al quran dan tajwid 1

Upload: remy-mn

Post on 07-Jul-2015

599 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

TAJUKALAT-ALAT UCAPAN MAKHRAJ-MAKHRAJ HURUF SIFAT-SIFAT HURUF HUKUM DAN CARA BACAAN AL-ISTIAZAH HUKUM DAN CARA BACAAN AL-BASMALAH HUKUM NUN SUKUN DAN TANWIN HUKUM NUN DAN MIM BERSABDU(BERTASYDID) HUKUM MIM SUKUN AL-MUTATHILAIN, AL-MUTAJANISAIN DAN ALMUTAQARIBAIN HUKUM LAM TARIF BAHAGIAN HUKUM BACAAN HURUF RA HUKUM LAM PADA LAFAZ AL-JALALAH HUKUM BACAAN MAD DAN QASR

M/S

ALAT-ALAT UCAPAN

1.

Bibir mulut

10. Anak tekak 11. Saluran 12. Rongga 13. Dengung. 14. Rongga 15. Biji halkum 16. Pita suara 17. Saluran

2. Gigi. makan 3. Gusi gigi mulut 4. Langit-langit keras

5. Langit-langit lembut kerongkong 6. 7. Anak lidah Hujung lidah

8. Tengah lidah nafas 9. Pangkal lidah

MAKHRAJ-MAKHRAJ HURUF1. 2. 3. Tempat menahan/menyekat udara ketika bunyi huruf dilafazkan. 28 huruf. 5 bahagian: Rongga mulut dan rongga kerongkong Kerongkong Lidah Bibir mulut Hidung

4.

Makhraj 5 yang umum dipecah-pecahkan jadi 17 bahagian :-

1. Rongga kerongkong hingga rongga mulut. Huruf alif, wau dan ya. Huruf lingkungan udara. Berakhir dengan hembusan udara daripada paru-paru melalui saluran angin. Huruf lingkungan rongga.

2.

Pangkal kerongkong. Huruf hamzah dan ha

3.

Tengah kerongkong. Huruf ain dan ha.

4.

Hujung kerongkong (sebelah atas dekat lingkungan anak lidah). Huruf ghain dan kha.

5.

Pangkal lidah diangkat ke langit-langit lembut ditekankan pada anak lidah. Huruf qaf.

6.

Pangkal daun lidah terkeluar sedikit daripada makhraj huruf qaf. Huruf kaf.

7. Pertengahan daun lidah, diangkat menekan pada langit-langit keras. Tekanan udara keluar. Huruf jim, syin dan ya.

8. Sepanjang tepi lidah ditekankan pada geraham atas, sebelah atau sebelah kanan. Huruf dad.

9. Tepi hujung lidah diangkat ke langit-langit keras menekan pada gusi gigi depan sebelah atas yang jadi tempat sekatan udara.tekan udara dalam rongga mulut keluar daripada sekatan. Huruf lam.

10. Tepi hujung lidah diangkat ke langit-langit keras tekan pada gusi gigi depan sebelah atas yang jadi tempat sekatan udara dan langit-langit lembut diturunkan. Tekan udara dalam rongga mulut dan keluar lalu mulut dan hidung. Huruf nun.

11. Tepi hujung lidah berdekatan dengan makhraj huru nun. Melencong ke belakang tepi hujung lidah. Huruf ra.

12. Hujung lidah diangkat tekan pada gusi gigi gunting atas. Huruf ta, dal dan ta. Tekanan udara pada makhrajnya berlainan sebabkan sebutan huruf kuat atau lemah. Ta paling kuat, berikutnya dal. Huruf lingkungan langit-langit keras.

13. Hujung lidah ditekankanpada belakang gigi gunting bawah antara bahagian depan lidah dan langit-langit keras. Huruf sad, sin dan zay. Tekanan udara pada makhrajnya yang sebabkan sebutan huruf kuat atau lemah. Sad paling kuat, berikutnya zay. Huruf lingkungan hujung lidah.

14. Hujung lidah dikeluarkan terletak antara hujung gigi gunting atas dan bawah. Tekanan hujung lidah pada hujung gigi gunting atas. Huruf za, zal dan tha. Za paling kuat, berikutnya zal. Huruf lingkungan gusi.

15. Bibir mulut dalam sebelah bawah diangkat mengenai hujung gigi gunting atas. Huruf fa.

16. Dua bibir mulut dibulatkan munsung ke hadapan secara terbuka. Huruf wau. Dua bibir dirapatkan secara ringan. Huruf ba dan mim. Huruf lingkungan bibir mulut.

17. Pangkal hidung. Angkat tepi hujung lidah ke langit-langit keras tekan pada gusi gigi depan sebelah atas. Turunkan langit-langit lembut. Tekan ydara dari paru-paru lalu rongga kerongkong, langit-langit lembut dan masuk ke hidung dan keluar.keluar bunyi dengung huruf nun. Tutup dua bibir mulut jadi tempat sekatan udara dan turunkan langi-langit lembut. Tekan udara dari paru-paru lalu rongga kerongkong, langit-langit lembut dan masuk ke hidung dan keluar. Keluan bunyi dengung huruf mim.

SIFAT-SIFAT HURUF1. Bahasa: keadaan atau rupa khas sesuatu benda, orang dan lain-lain. 2. Istilah ilmu tajwid: cara menekan/menyekat udara ketika bunyi huruf dilafazkan, sama ada nyaring, lembut, kuat dan sebagainya. 3. 17 sifat : 1. Sifat berlawanan (5 pasangan) 2. Sifat tunggal (7)

SIFAT-SIFAT BERLAWANAN1. Al Jahr Vs Al Hams

Al jahr:-

Bahasa: nyaring Istilah: semasa sebut huruf nafas tertahan sebab tekananyang kuat pada makhrajnya. 19 huruf( .)

Al hams:-

Bahasa: sembunyi Istilah: semasa sebut huru nafas terlepas sebab tekanan yang lemah pada makhrajnya. 10 huruf ( .)

2.

Asy Syiddah Vs Ar Rakhawah

Asy syiddah:-

Bahasa: kuat Istilah: semasa sebut huruf suara tertahan sebab tekanan yang kuat pada makhrajnya. 8 huruf ( .)

Ar rakhawah:-

Bahasa: lembut Istilah: semasa sebut huruf suara terlepas sebab tekan yang lemah pada makhrajnya. 16 huruf ( .)

At tawassut

Bahasa: sederhana/pertengahan Istilah: sebutan huruf antara syiddah dan rakhawah. Semasa sebut hurufnya sederhana sebab tidak seluruh suara tertahan dan tidak seluruh suara terlepas. 5 huruf ( .)

3.

Al Istila Vs Al Istifal

Al istila

Bahasa: meninggi Istilah: semasa sebut huruf sebahagian besar daripada pangkal lidah terangkat ke langit-langit. 7 huruf ( .)

Al istifal

Bahasa: merendah Istilah: semasa sebut huruf sebahagian besar daripada pangkal lidah tidak terangkat ke langitlangit. Merendah ke bawah. 22 huruf ( .)

4.

Al Itbaq Vs Al Infitah

Al itbaq

Bahasa: menutup/mendempik Istila: semasa sebut huruf melengkung keliling lidah ke langit-langit. 4 huruf ( .)

Al infitah

Bahasa: membuka Istilah: semasa sebut huruf tidak melengkung keliling lidah ke langit-langit. 25 huruf ( .)

5.

Al Izlaq Vs Al Ismat Al izlaq

Bahasa: tergelincir Istilah: sebut huruf dengan mudah dan lancar. Sebahagian keluar daripada hujung lidah dan sebahagian keluar daripada 2 bibir mulut. 6 huruf ( ).

Al ismat

Bahasa: tertegah Istilah: ditegah hanya guna huruf untuk susun kalimah bahasa arab yang lebih daripada tiga huruf yang menjadi huruf akar pada kalimah. 23 huruf (.)

SIFAT-SIFAT TUNGGAL

1. As Safir

Bahasa: bersiul/berdesir Istilah: sebut huruf dengan bunyi berdesir dan kuat dari antara 2 bibir mulut. Bunyi suara unggas. 3 huruf ( .)

2. Al Qalqalah

Bahasa: bergerak-gerak dan gementar Istilah: bunyi lantunan yang kuat daripada makhraj ekoran bacaan huruf sukun. Tekan makhraj terlalu kuat dan lepas dalam waktu singkat. 5 huruf ( ).

2 jenis:Qalqalah sughra ( qalqalah kecil)

Contoh: Qalqalah kubra ( qalqalah besar)

Contoh:

3. Al Lin

Bahasa: lunak/lembut Istilah: huruf disebut keluar daripada makhrajnya dengan lunak lembut. 2 huruf (.)

4. Al Inhiraf

Bahasa: melentur/melencong Istilah: sembunyikan huruf dengan melenturkan lidah dan melencongkan makhraj kepada makhraj yang lain. 2 huruf ()

5. At Takrir

Bahasa: berulang-ulang Istilah: semasa sebut huruf keadaan hujung lidah bergerak berulang-ulang serta bergetar. 1 huruf ( .)

6. At Tafasysyi

Bahasa: berhamburan Istilah: semasa sebut huruf berhamburan angin antara gigi depan dan langit-langit keras. 1 huruf ( .)

7. Al Istitalah

Bahasa: berpanjangan Istilah: makhraj huruf berpanjangan daripada tepi pangkal lidah hingga tepi hujung lidah makhraj huruf lam. 1 huruf ( .)

HUKUM DAN CARA BACAAN AL ISTI`AZAH HUKUM BACAAN

Istiazah pada ketika hendak memulakan bacaan Al-Quran adalah sunat muakkad.

CARA BACAAN

4 cara iaitu 2 cara dengan suara nyaring: dibaca dalam majlis. 2 cara dengan suara perlahan: dibaca dalam sembahyang dan seorang diri.

CARA BACAAN ISTIAZAH DENGAN BASMALAH DAN AWAL SURAH

4 cara iaitu

-

Berhenti pada istiazah dan basmalah. Berhenti pada istiazah dan sambung basmalah dengan awal surah.

- Sambung istiazah dengan basmalah sahaja kemudian dengan nafas baru mula bacaan awal surah. Sambung ketiga-tiganya sekaligus dengan satu nafas.

HUKUM DAN CARA BACAAN AL BASMALAH HUKUM BACAAN

Hukum baca di awal surah sunat sebab tertulis padanya. Kecuali surah At-Taubah sebab tidak tertulis padanya.

CARA BACAAN BASMALAH DI ANTARA DUA SURAH

1. Berhenti di akhir surah dan berhenti pada basmalah. Dengan nafas baru mula baca awal ayat surah.

2. Berhenti di akhir surah dan sambung bacaan basmalah dengan awal ayat surah.

3. Sambung akhir surah dengan basmalah dan awal ayat surah sekaligus dengan satu nafas.

BASMALAH ANTARA SURAH AL-ANFAL DENGAN AT-TAUBAH

1. Berhenti di akhir surah al-anfal kemudian sambung bacaan dengan awal ayat sura attaubah.

2. Saktah di akhir ayat surah al-anfal kemudian sambung bacaan dengan awal ayat surah attaubah.

3. Sambung akhir kalimah surah al-anfal dengan awal surah at-taubah dengan satu nafas tanpa berhenti dan saktah.

HUKUM NUN SUKUN DAN TANWINApabila nun sukun /tanwin bertemu dengan huruf hijaiyah bahas arab yang mengandungi 28 tidak termasuk alif dalam Al-Quran maka ia mempunyai 4 hukum bacaan:

Al-izhar Al-idgham Al-iqlab Al-ikhfa

AL-IZHAR

-

Bahasa: menyatakan sesuatu

- Istilah: melafazkan setiap huruf bertanda sukun dari makhrajnya tanpa dengung pada pertemuannya dengan huruf izhar. 6 huruf iaitu

AL-IDGHAM

-

Bahasa: memasukkan sesuatu kedalam sesuatu.

- Istilah: masukkan huru pertama yang bertanda sukun ke dalam huruf kedua yang berbaris dan menjadi kedua-duanya satu huruf bersabdu dari jenis huruf yang kedua. 6 huruf iaitu 2 bahagian

.

idgham maal ghunnah: memasukkak dengan dengung

4 huruf iaitu Idgham bila ghunnah: memasukkan tanpa dengung 2 huruf iaitu

AL-IQLAB

-

Bahasa: menukarkan sesuatu kepada sesuatu

- Istilah: tukar lafaz nun sukun dan tanwin kepada lafaz mim lalu diikhfakan di sisi huruf ba serta kekalkan dengungnya. 1 huruf iaitu

AL-IKHFA

-

Bahasa: tersembunyi

- Istilah: baca huruf tanda sukun dengan sifat bacaan antara izhar dan idgham tanpa sabdu serta kekalkan sifat dengung huruf pertama. 15 huruf iaitu

HUKUM NUN DAN MIM BERSABDU (BERTASYDID) HUKUM Wajib menyatakan sifat dengung dengan sempurna 2 harakat.

Dengung pada bahasa: keluarkan bunyi melalui hidung atau suara lembut yang keluar dari rongga hidung berikutan dengan menurunkan anak lidah dan terbukanya langitlangit lembut.

Istilah ilmu tajwid: suara lembut dan sedap yang hanya berada pada huruf nun dan mim.

Huruf nun dan mim adalah huruf yang bersifat dengung. Apabila terdapat sabdu diatasnya maka wajib didengungkan dengan sempurna 2 harakat sama ada bacaannya disambung atau berhenti padanya Cuma dengungnya lebih sempurna dan kemas daripada dengung idgham.

Huruf nun dan mim bersabdu dinamakan juga harf ghunnah musyaddad: huruf dengung bersabdu idgham bi-ghunnah musyaddad: memasukkan serta dengung bertasydid

HUKUM MIM SUKUNMim sukun bertemu huruf hijaiyah ada 3 hukum: al-ikhfa al-idgham al-izhar

Al-ikhfa

-

Apabila mim sukun bertemu dengan huruf ba yang berbaris dalam 2 kalimah.

- Wajib ikhfakan huruf sukun di sisi huruf ba yang berbaris serta dengung sempurna 2 harakat. Ikhfa syafawi: ikhfa kebibiran

. Al-idgham

-

Apabila mim sukun bertemu dengan huruf mim yang berbaris dalam 2 kalimah.

- Wajib idghamkan huruf mim sukun ke dalam huruf mim yang berbaris serta dengung sempurna 2 harakat. Idgham mislaini saghir: idgham 2 jenis huruf yang sama kecil

Al-izhar

- Apabila mim sukun bertemu dengan huruf selain mim dan ba, sama ada dalam satu kalimah atau 2 kalimah. Wajib menyatakan sebutan huruf mim sukun daripada makhrajnya serta tanpa dengung. Izhar syafawi: izhar kebibiran.

AL MUTHAMATHILAINI , AL MUTAJANISAINI DAN AL MUTAQARIBAINI AL-MUTAMATHILAIN (DUA YANG BERSAMAAN)

Dua huruf yang serupa pada nama, bersamaan pada sifat dan makhraj sama ada dalam satu atau dua kalimah. Wajib idgham Idgham al-mutamathilain saghir: memasukkan dua yang bersamaan kecil

Contoh adalah

AL-MUTAJANISAIN (DUA YANG BERHAMPIRAN SEJENIS

Dua huruf yang bersamaan makhraj tetapi berlainan sifat. Izhar kecuali pada 6 tempat daripada 3 makhraj wajib idgham. Idgham al-mutajanisain saghir: memasukkan dua yang berhampiran sejenis kecil.

Contoh: Makhraj dan , wajib idgham kamil 3 tempat:

Makhraj , dan wajib idgham kamil pada 2 tempat:

Makhraj wajib idgham pada secara idgham kamil serta dengung kerana mim bersabdu pada satu tempat :

AL-MUTAQARIBAIN ( DUA YANG BERHAMPIRAN)

Dua huruf yang berhampiran makhraj dan sifat seperti . Atau berhampiran pada makhraj tidak pada sifat seperti . Atau berhampiran sifat tidak pada makhraj seperti .

HUKUM LAM TARIFHuruf lam yang didahului oleh hamzah wasl yang ada pada kata sandang tarif.

AL-IZHAR

Kata sandang tarif disandang pada permulaan kata nama am yang dimulakan dengan salah satu huruf qamariyah, maka huruf lam yang ada kata sandang tarif waji izhar. Izhar qamariyah

14 huruf kesemuanya ~ contoh:

AL-IDGHAM

Kata sandan tarif disandang pada permulaan kata nama am yang dimulakan dengan salah satu huruf syamsiah. wajib idgham idgham syamsiah 14 huruf terdapat pada permulaan kata-kata dalam syair:

~ contoh:

BAHAGIAN HUKUM BACAAN HURUF RA AT-TAFKHIM

Ra baris atas atau hadapan:

Ra di akhir kalimah. Berhenti kerana sukun mendatang. Baca sukun atau ditengah kalimah tanda sukun. Sebelumnya huruf asal kalimah baris atas atau hadapan:

Ra tanda sukun. Sebelumnya hruf asal pada kalimah baris bawah. Selepasnya huruf istila baris atas atau hadapan dalam satu kalimah:

Ra tanda sukun sebelumnya huruf baris bawah yang mendatang:

Ra di akhir kalimah kerana berhenti mendatang. Dibaca sukun yang diselangi huruf sukun atau mad bukan ya sebelumnya huruf baris atas atau hadapan:

AT TARQIQ

Ra baris bawah:

Ra tanda sukun sebelumnya huruf asal pada kalimah yang berbaris di bawah dan selepasnye bukan huruf istila.

Ra di akhir kalimah kerana berhenti mendatang dibaca sukun atau tetap sedia bertanda sukun dan huruf sebelumnya baris bawah.

Ra di akhir kalimah kerana berhenti mendatang dibaca sukun dan huruf sebelumnya adalah huruf mad ya atau lin.

Ra tanda sukun di akhir kalimah sebelumnya baris bawah dan selepasnya huruf istila berada di awal kalimah berikutnya.

Ra di akhir kalimah kerana berhenti mendatang dibaca sukun yang diselangi huruf tanda sukun bukan istila dan sebelumnya huruf baris bawah daripada asal kalimah.

RA HARUS AT TAFKHIM ATAU AT TARQIQ

Ra tanda sukun di tengah kalimah sebelumnya terdapat huruf asal pada kalimah baris bawah dan selepasnya huruf istila baris bawah.

Ra di akhir kalimah kerana berhenti mendatang dibaca sukun dan sebelumnya huruf istila. Sebelumnya huruf daripada asal kalimah baris bawah.

HUKUM LAM PADA LAFAZ AL-JALALAH AT TAFKHIM

Huruf sebelumnya baris atas dan hadapan.

AT TARQIQ

Huruf sebelumnya baris bawah.

HUKUM BACAAN MAD DAN QASR MAD

Bahasa: lebih/tambahan Istilah: panjangkan sebutan suara lebih dari dua harakat dengan huruf mad pada ketika pertemuan dengan huruf hamzah atau tanda sukun. 3 huruf iaitu alif, wau dan ya.

QASR

Bahasa: tahanan/tetapan Istilah: menetap sebutan suara atas huruf mad tanpa tambahan/memanjangkan sebutan suara tidak lebih daripada 2 harakat.

BAHAGIAN MAD

2 bahagian iaitu mad asli dan mad fari

Mad asli:-

Bahasa: mad asas Istilah: mad yang asal wujud bagi huruf-huruf yang bertemu dengan huuf mad. Bukan sebab selepas huruf mad terdapat huruf hamzah atau tanda sukun. 2 harakat.

Dikenali juga sebagai mad tabii/mad zati.

Mad fari:-

Bahasa: mad cabangan/cawangan Istilah: mad yang telah berkembang lebih daripada ukuran mad asli sebab ada huruf hamzah atau tanda sukun selepas huruf mad. Lebih panjang daripada mad asli.

Ada 6 bahagian:

Mad munfasil Mad muttasil Mad lazim Mad badal Mad lin Ma arid lissukun

MAD MUNFASIL (MAD BERASINGAN)

Huruf mad bertemu dengan huruf hamzah dalam 2 kalimah. Mad jaiz (mad harus). 2 atau 4/5 atau 6 harakat. Contoh:

MAD MUTTASIL (MAD BERANGKAI)

Huruf mad bertemu dengan huruf hamzah dalam 1 kalimah. Mad wajib. 6 harakat. Contoh:

MAD LAZIM (MAD KEBIASAAN/PASTI)

Lepas huruf mad ada huruf tanda sukun asli wujud di kala bacaan berhenti atau bersambung bacaan di atasnya. 6 harakat. 2 bahagian iaitu :-

1. Mad lazim kalimi : mad lazim kalimi muthaqqal mad lazim kalimi mukhaffaf 2. Mad lazim harfi : mad lazim harfi muthaqqal mad lazim harfi mukhaffaf

o Mad lazim kalimi muthaqqal : huruf mad bertemu dengan huruf bersabdu. Contoh: o Mad lazim kalimi mukhaffaf : huruf mad bertemu dengan huruf yang tidak bersabdu. Contoh:

o Mad lazim harfi muthaqqal : apabila mad lazim berlaku dalam huruf yang bersabdu. Contoh: o Mad lazim harfi mukhaffaf : apabila mad lazim berlaku dalam satu kata

huruf yang tidak bersabdu. Contoh:

MAD BADAL (MAD TUKARAN)

Huruf mad ditukar dengan huruf hamzah. Asalnya terhimpun 2 huruf hamzah dalam 1 kalimah. Huruf hamzah pertama berbaris huruf kedua bertanda sukun. Lalu ditukarkan hamzah kedua kepada huruf mad. 2 harakat. Contoh:

MAD LIN ( MAD LUNAK/LEMBUT)

Huruf wau dan ya tanda sukun. Sebelumnya baris atas dan selepasnya dibaca sukun kerana berhenti bacaan padanya. 2, 4 atau 6 harakat. Contoh:

MAD ARID LISSUKUN ( MAD MENDATANG KERANA SUKUN)

Tanda sukun mendatang pada huruf akhir kalimah kerana hentikan bacaan padanya dan sebelumnya terdapat huruf mad atau lin. 2, 4 atau 6 harakat.

TERIB MAD FARI

Mad lazim : 6 harakat

Mad muttasil : wajib 4/5 harakat, harus 6 harakat ketika di akhir kalimah dan berhenti bacaan padanya adalah

Mad arid lissukun : 2/4 atau 6 harakat Mad munfasil : 4/5 harakat