perbandingan ilmu tajwid menurut tariq al-syatibiy dan tariq al-jazariy bagi riwayat imam hafs_2

Upload: aizuddin-hamid

Post on 06-Jul-2018

300 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

  • 8/17/2019 Perbandingan Ilmu Tajwid Menurut Tariq Al-syatibiy Dan Tariq Al-jazariy Bagi Riwayat Imam Hafs_2

    1/21

    1

    PERBANDINGAN ILMU TAJWID MENURUT TARIQ AL-SYATIBIYDAN TARIQ AL-JAZARIY BAGI RIWAYAT IMAM HAFS ‘AN ‘ASIM

    Oleh:

    Sedek bin Ariffin 1

    Shaafiqah bt. Idris 2

    Abstract

    Tajwid is a vital knowledge which is closely related to Quranicrecitational art ( Qiraat ).There are many types of methodology need to beexposed. In Malaysia, the approach of Qiraat Hafs ‘An ‘Asim accordingto the method of al-Syatibi and al-Jazari are dominantly applied amongthe society. The process of getting data is based on observation andevaluation forms in order to know the weaknesses and provide thealternative to overcome the problem. In short, a complete explanationabout the approach of al-Syatibi and al-Jazari would solve the argumentin applying the two methods.

    PENDAHULUAN

    Ilmu Qiraat dan Ilmu Tajwid adalah dua ilmu yang mempunyai banyak pertalian dan

    persamaan kerana kedua-dua ilmu ini berkaitan dengan cara pembacaan Al-Quran.Ilmu Tajwid

    merupakan satu cabang daripada Ilmu Qiraat. Dalam mempelajari Ilmu Tajwid dan Ilmu Qiraat,

    kita boleh mendapati bahawa terdapat perkara yang ijma’(disepakati) dan perkara yang khilaf

    (berbeza) .Perkara yang ijma’ mengikut ahli Qurra’ dalam Ilmu Tajwid ialah sifat huruf dan

    tempat keluar huruf (makhraj huruf) walaupun terdapat kekhilafan tentang bilangan kedua-

    duanya, namun sebutannya adalah sama dan tiada kekhilafan kesemua Qurra’. Adapun yang

    lain daripada perkara tersebut, ianya mengandungi kekhilafan di antara Qurra’, sehingga dalam

    Qiraat Hafs sendiri mempunyai kehilafan tertentu mengikut Toriq As-Syatibi dan Toriq Al-

    Jazari. Maka, sesiapa yang ingin mempelajari ilmu Qiraat, mestilah mendalami ilmu Tajwid

    sedalam-dalamnya dan juga kaedah-kaedah yang betul serta mempelajari ilmu Bahasa Arab. 3

    1 Tutor dan calon PHD Jabatan Al-Quran Dan Al-Hadith Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya.2 Mahasiswi Tahun Akhir, Sarjana Muda Usuluddin, Jabatan Al-Quran dan Al-Hadith, Akademi Pengajian IslamUniversiti Malaya.3 Ust. Mohd Rahim Jusoh (2001), Pengenalan Ilmu Qiraat, Selangor : Mahsuri Timur Sdn. Bhd.

  • 8/17/2019 Perbandingan Ilmu Tajwid Menurut Tariq Al-syatibiy Dan Tariq Al-jazariy Bagi Riwayat Imam Hafs_2

    2/21

    2

    Kerana kedua-dua disipilin ilmu tersebut berkaitan dengan pembacaan Al-Quran yang

    merupakan mukjizat sepanjang zaman sebagai satu-satunya kitab yang masih kekal menjadi

    tatapan harian setiap muslim, maka sudah tentu penguasaan dan kemahirannya sangat-sangat

    dituntut. Justeru itu, kajian ini ingin menyingkap beberapa perkara yang menjadi khilaf sertayang disepakati dalam hukum tajwid antara Toriq As-Syatibi 4 dan Toriq Al-Jazari 5 bagi

    Riwayat Hafs ‘An Asim.

    DEFINISI QIRAAT, RIWAYAT DAN TORIQ

    Qiraat ialah setiap bacaan yang disandarkan kepada imam-imam, sama ada imam qiraat

    sepuluh iaitu daripada Imam al-Jazari atau imam qiraat tujuh iaitu daripada Imam al-Syatibi.

    Pembahagiaan Qiraat itu terbahagi kepada beberapa bahagian, iaitu Mutawatir, Masyhur, Ahad,

    Syaazah dan Maudu’. Riwayat ialah setiap apa yang disandarkan kepada periwayat yang

    diambil daripada imamnya. Dalam erti kata lain ialah murid-murid yang mengambil bacaan

    tersebut dengan imam-imam walaupun melalui perantaraan.Toriq ialah setiap apa yang

    disandarkan kepada murid-murid atau periwayat yang mengambil bacaan daripada imamnya.

    Dan sesiapa sahaja selepasnya daripada periwayat. Dalam erti kata lain, toriq ialah murid-murid

    yang mengambil daripada periwayat di atas tadi. Contoh :

    Imam Hamzah

    Sulaim

    Khalaf Khallad

    Idris Al-Haddad Muhd b. Syazan

    Rawi yang mayhur di sisi ahli Qurra’ daripada Imam Hamzah ialah Khalaf dan Khallad, walau

    melalui perantaraan Sulaim.Turuq daripada rajah ini ialah Idris Al-Hadda dan Muhd b. Syazan.

    4 Toriq As-Syatibi dinamakan As-Sughra kerana periwayatan beliau terhadap turuq qiraat adalah kecil dan sedikit,iaitu dengan makna tidak menyeluruh dan mendalah terhadap kesemua turuq qiraat5 Toriq Al-Jazari dinamakan Al-Kubra kerana periwayatan beliau terhadap turuq qiraat adalah menyeluruh dan mencakupi kesemua turuq

  • 8/17/2019 Perbandingan Ilmu Tajwid Menurut Tariq Al-syatibiy Dan Tariq Al-jazariy Bagi Riwayat Imam Hafs_2

    3/21

    3

    DEFINISI ILMU QIRAAT DAN ILMU TAJWID

    Ilmu Qiraat ialah ilmu yang membincangkan tentang pelbagai bacaan serta pengambilan

    dan sebutannya mesti diambil daripada guru sehingga bacaannya sampai kepada Rasulullahs.a.w kerana Qiraat dan Al-Quran adalah sunnah muttabaa’(yang diikuti). 6 Hukum

    mempelajarinya adalah fardhu kifayah. Manakala ilmu tajwid ialah ilmu atau pengetahuan

    untuk memberi hak bagi setiap huruf Al-Quran sama ada pada makhraj, sifat dan hukum-hukum

    tajwid yang lain. 7 Para ulama’ meletakkan hukum mempelajari ilmu tajwid adalah fardhu

    kifayah dan memenuhi tajwid ketika pembacaan Al-Quran adalah wajib sebagaimana firman

    Allah :

    È@Ïo?u‘urtb#uäö•à)ø9$#x̧ ‹Ï?ö•s?ÇÍÈ

    Maksudnya : Dan bacalah Al-Quran dengan Tartil

    Surah Al-Muzammil (73) : 4

    BIOGRAFI RINGKAS IMAM HAFS (90H-180H)

    Imam Hafs adalah perawi Qiraat Imam A’sim yang terkemuka. Nama beliau ialah Hafs

    bin Sulaiman bin Al-Mughirah Abu Daud Al-Asadi Al-Kufi. Beliau lebih terkenal dengan

    gelaran Abu Umar. Dilahirkan di Kufah pada tahun 90 hijrah dan wafat pada tahun 180 hijrah. 8

    Imam Hafs telah mengambil bacaan al-Quran secara terus daripada gurunya iaitu Imam

    A’sim secara talaqqi 9 dan musyafahah. 10 Beliau amat terkenal dengan ketelitian dan ketepatan

    bacaan dan hafalan al-Qurannya. Ini telah menjadikan riwayat bacaannya sangat masyhur dan

    diiktiraf oleh para ulama dan Qurra’ pada zamannya. 11

    6 Mohd Husdi b. Mohamad (2003), “Qiraat Sab’ah: Kajian Biografi Pada Qurra” ( Latihan ilmiah, Jabatan Al-Quran dan Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya)7 Muhammad Ahmad Ma’bad (2003) , Al-Mulakkhas Al-Mufid Fi ‘Ilmi At-Tajwid , Madinah : Darus Salam8 Muhammad bin Muhammad bin Muhammad bin Ali bin Yusof al-Jazari (1932), Ghayah al-Nihayah Fi Tabaqatal-Qurra , Beirut : Dar al-Kitab al-Ilmiyah, h.254. 9 Pertemuan guru dan murid secara bersemuka.10 Murid menerima pengajaran dengan sebutan guru, melihat pergerakan bibir guru danmenyebutnya(mengikut).Guru memberikan contoh bacaan kepada murid, kemudian murid itu mengikut bacaanguru secara individu.11 Surur Shihabuddin An-Nadawi (2207), Ilmu Tajwid Menurut Riwayat Hafs An’Asim Melalui Tariq Asy-Syatibiah , Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sdn.Bhd, hlm.14.

  • 8/17/2019 Perbandingan Ilmu Tajwid Menurut Tariq Al-syatibiy Dan Tariq Al-jazariy Bagi Riwayat Imam Hafs_2

    4/21

    4

    Selain itu, beliau merupakan periwayat daripada Imam ’Asim yang paling alim. Beliau

    juga pernah tinggal di Kota Baghdad dan Mekah sekaligus menjadi muqri’ yang terkenal. 12

    Beliau telah meriwayatkan satu bacaan baris fathah daripada Imam Asim. Antara murid

    Imam Hafs yang meriwayatkan bacaannya ini ialah Ubaid bin Sabbah, Amir bin Sabbah,Husain bin Muhammad Al-Mazuri, Al-Fadhl bin Yahya Al-Ambari, Abu Syu’ib Al-Qawwas

    dan lain-lain.

    Bersambung sanad (salasilah) bacan al-Qurannya kepada Rasulullah s.a.w melalui

    gurunya iaitu Imam ‘Asim adalah seperti berikut :

    Dari sini jelas terbukti bahawa sesuatu bacaan itu mestilah mempunyai sandaran yang

    sah datangnya daripada Rasulullah s.a.w. Walaupun terdapat perbezaan bacaan, tetapi apa yang

    lebih penting perbezaan itu mestilah mempunyai sandaran yang sah dan kuat dalam

    pengambilannya.

    Hafs adalah murid Imam Asim yang paling banyak mengetahui bacaan-bacaan Imam

    Asim kerana beliau telah berulangkali bertalaqqi dengan gurunya itu, jika dibandingkan dengan

    rakan seperguruannya yang lain. Beliau mengatasi rakan-rakannya dari segi kemantapan

    sebutan huruf. Oleh kerana berulang-ulangkali bertalaqqi dengan Imam Asim, maka wujud

    selepas kewafatan beliau Toriq (aliran bacaan) Imam Hafs bin Sulaiman yang berbagai-bagai,

    seperti aliran Asy-Syatibiah dan aliran al-Jazariah. Kesemua aliran yang dikembangkan oleh

    murid-murid beliau sesudah kewafatannya itu mempunyai sandaran yang sah dan

    berkesinambungan tanpa terputus hingga ke Rasulullah s.a.w.

    12 Abd Allah Muhammad bin Ahmad al-Dhahabi (1997), Ma’rifah al-Quran al-Kubar , Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah, h.85.

    Hafs Asim As-Sulami Rasulullah

    s.a.w

    Ali

  • 8/17/2019 Perbandingan Ilmu Tajwid Menurut Tariq Al-syatibiy Dan Tariq Al-jazariy Bagi Riwayat Imam Hafs_2

    5/21

    5

    BIOGRAFI RINGKAS IMAM AL-SYATIBI (538H-590H)

    Namanya ialah Al-Qasim bin Firruyah bin Khalf bin Ahmad Asy Syatibi Ar-Ra’aini Al-

    Andalusi. Dilahirkan pada akhir tahun 538 Hijrah di Syatibah di Andalus sekarang dipanggil

    Sepanyol.Walaupun beliau buta sejak lahir,namun beliau dikenali sebagai seorang ulama’ besardalam bidang Qiraat. Beliau wafat pada 28 Jamadil Akhir tahun 590 Hijrah dan dikebumikan di

    Kaherah. 13

    Beliau adalah Imam yang terkemuka dalam meriwayatkan Qiraat yang tujuh melalui

    kitabnya yang terkenal iaitu Hirzul Amani wa Wahju At-Tahani 14 atau lebih dikenali dengan

    Matan Asy-Syatibiah. 15

    Beliau mempelajari al-Quran dan Qiraat daripada gurunya iaitu Abi Abdullah

    Muhammad bin Abil Al-Nafari di Syatibiah. Kemudian beliau merantau ke Balnasiah iaitu

    sebuah kampung di Andalus dan berguru dengan gurunya yang terkenal iaitu Ibn Huzail. Beliau

    telah mempelajari ilmu Qiraat dan telah menghafaz kitab At-Taysir karangan Abu Amr Ad-

    Dani dan juga mempelajari ilmu Hadis. Disana beliau juga mendalami ilmu-ilmu lain seperti

    kitab As-Sibawaih, Al-Kamil oleh Al-Mubarrad, Adabul Katib oleh Ibnu Qutaibah daripada Abi

    Abdullah Muhammad bin Humaid. Beliau kemudiannya pergi menunaikan haji dengan

    mengikuti jalan Al-Iskandariah. Beliau sempat membaca al-Quran kepada Abi Tohir As-Salafi

    dan ulama-ulama lain dalam perjalanan tersebut.

    Apabila beliau sampai ke Kaherah, orang ramai mula menyambut dan memuliakannya

    kerana ketinggian ilmu serta akhlaknya. Cerita tentang beliau telah diketahui oleh pentadbir

    Mesir pada masa itu, di mana al-Qadhi Al-Fadhil telah menawarkan beliau untuk menjadi

    Syeikh di Al-Madrasah Al-Fadhillah. Semenjak itu, beliau telah pun menjadi guru qiraat yang

    terkemuka yang didatangi oleh pencinta ilmu untuk menimba ilmu daripada beliau.

    Walaupun beliau mahir dalam ilmu Qiraat, tetapi bacaan yang beliau riwayatkan

    daripada bacaan Imam Asim adalah lebih masyhur dan diterima oleh semua berbanding yang

    lain. Bacaan aliran beliau iaitu bacaan riwayat Hafs daripada qiraat Asim dan aliran Asy-Syatibiah telah menjadi bacaan utama yang diamalkan oleh sebahagian besar umat Islam secara

    amnya sehingga ke hari ini.

    13 Shihab al-Din Ahmad bin Muhammad al-Qaslatani (2000), Al-Fath al-Mawahibi fi Tarjamah al-Imam al-Syatibi ,Amman : Dar al-Fath, h.34 14 Sebuah karya bersyair 1172 bait. Juga dikenali sebagai Nazam Asy-Syatibiah.15 Ibid

  • 8/17/2019 Perbandingan Ilmu Tajwid Menurut Tariq Al-syatibiy Dan Tariq Al-jazariy Bagi Riwayat Imam Hafs_2

    6/21

    6

    BIOGRAFI RINGKAS IMAM AL-JAZARI (751H-833H)

    Namanya ialah Muhamad bin Muhammad bin Ali bin Yusuf Al-Jazari Ad-Dimasyqqi

    As Syirazi Asy-Syafie. Beliau lebih terkenal dengan gelaran Ibnul Jazari yang merujuk kepada

    tempat bernama Jazirah Ibnu Umar, sebuah bandar pelabuhan berdekatan dengan sungai Dajlahdi Turki sekarang ini. Dilahirkan di Damsyiq (Damascus, Syiria) pada malam Sabtu selepas

    solat terawih bersamaan 25 Ramadan tahun 751 Hijrah bersamaan 30 Februari 1350M. 16

    Beliau adalah Imam yang terkemuka dalam meriwayatkan Qiraat sepuluh melalui

    kitabnya yang terkenal iaitu An-Nasyr dan Matan Toyyibatun Nasyr yang menyatakan bacaan

    sepuluh Imam qiraat. Sejak kecil lagi Imam al-Jazari sibuk mempelajari al-Quran. Beliau telah

    menghafal al-Quran sejak berumur 13 tahun dan telah mengkhatamkan 30 juzuk al-Quran

    dalam solat terawih pada tahun berikutnya. Beliau mula mempelajari ilmu Qiraat daripada guru-

    guru tempat kelahirannya iaitu Damsyiq sehingga beliau benar-benar mahir dalam bacaan tujuh

    Imam Qiraat ketika umurnya 17 tahun.

    Perantauan dan perjalanan yang dilalui oleh Imam Al-Jazari dalam menuntut dan

    mengembangkan ilmu amat panjang. Ia bermula ketika beliau keluar mengerjakan haji pada

    tahun 768H ketika berumur 17 tahun. Pada ketika itu beliau mengambil kesempatan membaca al-

    Quran dengan Syeikh Abi Abdullah Muhammad bin Soleh (wafat 785H), Imam Masjid An-

    Nabawi pada ketika itu. Pada tahun berikutnya, beliau terus merantau ke Kaherah untuk

    mendalami ilmu Qiraat bagi 14 imam. Beliau pun pulang ke kampung halamannya dan

    mendalami ilmu Hadis dan Feqah daripada Al-Asnawi dan Al-Abraquhi iaitu murid kepada As-

    Syeikh Ad-Dimyati yang masyhur.

    Beliau kemudiannya kembali ke Kaherah dan terus ke Iskandariah untuk mendalami

    ilmu Balaghah, Usul Fiqh, al-Quran dan lain-lain lagi. Sampai di Mesir beliau telah diberi

    pengiktirafan oleh tiga orang mufti yang terkemuka iaitu Al-Qadhi Abu Fida’ pada tahun 774,

    Al-Qadhi Dhiauddin pada tahun 778 dan Syeikhul Islam Al-Baqilani pada tahun 785H untuk

    mengeluarkan fatwa ketika beliau berusia 34 tahun.Pada tahun 793H, sekembalinya beliau ke kampung halamannya, beliau telah diangkat

    menjadi Qadhi hakim tertinggi di negerinya iaitu Damsyiq. Di sini beliau telah mengasaskan

    pusat pengajiannya yang diberi nama “Darul Quran”.

    16 Ibid

  • 8/17/2019 Perbandingan Ilmu Tajwid Menurut Tariq Al-syatibiy Dan Tariq Al-jazariy Bagi Riwayat Imam Hafs_2

    7/21

    7

    Pada tahun 797H beliau telah diangkat ke Barusah ibu Negara Turki Utmaniah

    sehinggalah ke saat-saat peristiwa Dimasyq jatuh ke tangan Taimur Lang pada tahun 804H.

    Taimur Lang amat kagum dengan kebolehan beliau lalu diutuskannya Imam Al-Jazari ke Kish

    di Negara Parsi pada tahun 1404M. Maka, beliau pun menetap di Samarkand iaitu ibu negaraTaimur Lang dan mengajar disana. Di situ beliau bertemu dengan Asy-Syarif Al-Jurujani iaitu

    seorang ulama dalam ilmu Nahu.

    Setelah Timur Lang wafat (807H/1405M), Imam Al-Jazari meneruskan perantauan ke

    Khurasan, Asbahan dan lain-lain tempat hinggalah beliau telah kembali ke Syiraz. Melalui

    perantauan inilah Imam Al-Jazari telah menimba banyak pengalaman di samping beliau

    menabur jasa dan menyampaikan ilmunya kepada umat Islam. Beliau juga telah mengambil

    manfaat-manfaat daripada para ulama yang sezaman dengannya.

    Diakhir perjalanannya, Imam Al-Jazari kembali semula ke Syiraz dan menetap disitu

    beberapa tahun hinggalah ajal menjemputnya tatkala hampir masuk waktu Zohor pada hari

    Jumaat bersamaan 9 Rabiul Awal tahun 833 Hijrah ( 2 Disember 1429 ) di rumahnya, pada

    usianya 82 tahun dan dikebumikan di madrasah yang telah beliau asaskan itu.

    Imam Al-Jazari telah meninggalkan banyak karya dan kitab-kitab kepada umat Islam.

    Kesemuanya melebihi 77 karangan yang dapat ditemui setakat ini. Karangan beliau bukan

    hanya terhad kepada ilmu Tajwid dan Qiraat sahaja tetapi juga meliputi ilmu-ilmu Hadis.

    Antaranya Asmaur Rijal, Tarikh, Nahu dan lain-lain. Ada antara karangan tersebut yang sudah

    dicetak dan banyak lagi masih tersimpan dalam bentuk manuskrip yang belum dicetak.

    Walaupun Imam Al-Jazari mahir dalam semua qiraat beserta riwayat-riwayat dan aliran-

    alirannya, tetapi apa yang beliau riwayatkan tentang aliran-aliran bacaan Imam Asim seperti

    membaca 2 harakat bagi Mad Munfasil itulah yang lebih masyhur. Ini telah memberi pilihan

    yang lebih luas kepada pembacaan Al-Quran secara Hadr. 17

    17 Bacaan secara cepat dengan memelihara hukum-hukum tajwid

  • 8/17/2019 Perbandingan Ilmu Tajwid Menurut Tariq Al-syatibiy Dan Tariq Al-jazariy Bagi Riwayat Imam Hafs_2

    8/21

    8

    PERBANDINGAN DARI SEGI PERBEZAAN HUKUM-HUKUM YANG PERLU

    DIJAGA DAN DIBERI PERHATIAN KETIKA MENGAMALKAN BACAAN

    DENGAN TARIQ AL-SYATIBI DAN TARIQ AL-JAZARI DALAM RIWAYAT HAFS

    ‘AN ‘ASIM

    Tariq al-Syatibi dan tariq al-Jazari menampilkan banyak perkara yang harus dijaga dan

    diambil perhatian oleh mana-mana pembaca al-Quran ketika mana mereka membaca riwayat

    Hafs ‘an Asim daripada tariq Syatibiyyah. Tariq al-Syatibi merupakan tariq al-Ammah, yang

    menjadi pilihan utama para pembaca terutama sekali negara-negara Asia Tenggara. Manakala,

    tariq al-Jazari adalah tariq yang tinggi peringkatnya, sukar dan yang tersusun dalam banyak

    hukum-hukum teori dan praktikalnya yang hanya dikuasai oleh ahli-ahlinya sahaja. Daripada

    kedua-dua tariq ini, telah dibuat perbezaan antaranya dari segi:

    1. AL-TAKBIR

    Takbir bermaksud ucapan ( ! "#! $&(* +,- +, ) atau sekurang-kurangnya ( $&(* +, ) atau

    ( .02#, +,- $&(* +,- +, ! "#! ) ketika majlis khatam al-Quran. Imam Hafs melalui tariq al-Syatibi ketika khatam Al-Quran yang bermula daripada Surah Ad-Dhuha dan berakhir dengan

    Surah An-Nas, mempunyai dua wajah . Pertama ,takbir di antara dua surah sama ada takbir

    sahaja atau takbir bersama tahlil dan tahmid. Wajah kedua, tidak membaca takbir. 18

    Manakala, melalui tariq Al-Jazari, Imam Hafs, meninggalkannya tetapi dibolehkan

    bacaannya. Cara bacaannya adalah seperti ( +, ! "#! ) atau sekurang-kurangnya ( $&(* +, - )atau ( .02#, +,- $&(* +,- +, ! "#! ). Namun, melalui tariq Al-Jazari, bacaan takbir sebelum

    basmalah adalah dengan dua cara. Pertamanya tahlil diikuti dengan takbir ( +,- +, ! "#! $&(* )dan keduanya tahlil diikuti dengan takbir dan tahmid ( .02#, +,- $&(* +,- +, ! "#! ).

    Tempat untuk membaca takbir melalui tariq al-Jazari terdapat perselisihan. Jumhur berpendapat tiada takbir, dan satu kumpulan lain membacanya. Dan kumpulan ini berpecah

    kepada tiga mazhab. Pertamanya takbir awal daripada surah al-Syarh hingga surah al-Nas.

    Keduanya takbir daripada akhir surah al-Dhuha hingga akhir surah al-Nas. Kaedah ini

    dinamakan dengan takbir khas iaitu khas untuk surah-surah tertentu sahaja dan yang ketiganya

    takbir di awal surah al-Fatihah hingga akhir al-Quran kecuali surah al-Taubah.

    18 Doktor Muhammad ‘Isom (1998) , Al-Wadhih Fi Ahkam At-Tajwid, Jordan : Darun Nafais

  • 8/17/2019 Perbandingan Ilmu Tajwid Menurut Tariq Al-syatibiy Dan Tariq Al-jazariy Bagi Riwayat Imam Hafs_2

    9/21

    9

    Ini dinamakan juga dengan takbir umum. Hukum membaca takbir adalah sunat sama ada di

    dalam atau di luar sembahyang. Disunatkan bacaan yang kuat ketika khatam al-Quran.

    2. MAD AL-MUNFASIL

    Mad al-Munfasil iaitu apabila huruf hamzah dan huruf mad berada di dalam dua kalimah

    yang berlainan iaitu huruf mad di akhir kalimah pertama dan huruf hamzah di awal kalimah

    yang kedua. Contohnya ( 451,7 ,8#49 ). Kadar bacaan Imam Hafs melalui tariq al-Syatibi adalahdengan kadar 4 harakat yang diistilahkan sebagai ( :

  • 8/17/2019 Perbandingan Ilmu Tajwid Menurut Tariq Al-syatibiy Dan Tariq Al-jazariy Bagi Riwayat Imam Hafs_2

    10/21

    10

    #$:øtpK ÷‰ß!¬#$!©%Ï “ü&rR “tAtãt?n’ 4ãt7ö‰ÏnÍ#$9ø3ÅGt»=|ru9sOó†sgøèy@!©&ã¼ãÏquỳ%2ÈÇ %sŠhÍ JV$9 jÏŠãZ‹É‘u/t'ù™U$©x‰Ïƒ‰ Y#BiÏ`

    çm÷Rà$©!t•Ïe±u;ãƒurtûüÏZÏB÷sß J ø9$#z̀ƒÏ%©!$#šc qè=y J ÷ètƒÏM»ys Î=»¢Á 9$#b̈r&öNßgs9#·•ô _ r&$ YZ|¡ ymÇËÈ

    Surah al-Kahfi (18) :1-2

    Antara kalimah ( 46.9$1 ) dan ( ,HJ ) pada ayat 52 surah Yasin.Firman Allah :

    %s$9äq#(ƒt»quƒ÷=nZu$Bt.̀/tèyVsZu$BÏ`B̈•ö%s‰ÏRt$23dy»‹x#Bt$ruãt‰y#$9•§q÷Ho»ß̀ru¹|‰yXš#$9ø Jß•ö™y=èqcšÈËÎÇ

    Surah Yaasin (36) : 52

    Antara perkataan ( K1 MG9- ) dan ( @,% ) yang terdapat pada surah al-Qiyamah melalui tariq al-Jazari, Imam Hafs membacanya dengan dua wajah. Pertamanya dengan saktah dan keduanya

    dengan tidak saktah.Firman Allah:

    ru%ÏŠ@ŸBtồ2‘u#-5ÈÐËÇ

    Surah al-Qiyamah (75) : 27

    Antara perkataan ( M' O( ) dan ( L,% ) yang terdapat pada surah al-Mutaffifin. Menurut tariq al-Jazari, Imam Hafs membacanya dengan dua wajah. Pertamanya dengan saktah dan keduanya

    dengan tidak saktah. Firman Allah:

    .xxž(/t@ö2‘u#btãt?n’ 4%è=èq5ÍkÍNB̈$.x%Rçq#(ƒt3õ¡Å6çqbtÈÍÇ

    Surah al-Mutaffifin (83) : 14

  • 8/17/2019 Perbandingan Ilmu Tajwid Menurut Tariq Al-syatibiy Dan Tariq Al-jazariy Bagi Riwayat Imam Hafs_2

    11/21

    11

    5. PADA PERKATAAN ( #$&% ) PADA SURAH AL-INSAN AYAT 4.

    Pada perkataan ( OPQ< ) pada surah Al-Insan ayat 4, ketika waqaf harus bagi Imam Hafsmelalui tariq al-Syatibi membaca dengan dua wajah. Pertamanya iaitu dengan hazaf ( buang

    huruf alif ) dan waqaf dengan huruf lam itu dimatikan. Manakala, wajah bacaan yang kedua

    pula ialah dengan ithbat alif ( tidak membuang huruf alif ). Manakala, ketika wasal Imam Hafs

    membaca dengan hazaf huruf alif. Contohnya, cara bacaan melalui tariq al-Syatibi ialah hazaf

    huruf alif :

    Wš6x »n=øî r&ur @»nyÅ¡ =»ny™ú ïÌ•Ïÿ»s3ù=Ï9

    Cara bacaan yang kedua ialah ithbat iaitu tidak membuang huruf alif :

    š6x »n=øî r&urx Å¡ »n=y™ ú ïÌ•Ïÿ»s3ù=Ï9

    Manakala, melalui tariq al-Jazari, harus bagi Imam Hafs membacanya ketika waqaf hanya

    dengan satu wajah iaitu hazaf huruf alif tanpa ithbat.

    Wš6x »n=øî r&ur @»nyÅ¡ =»ny™ ú ïÌ•Ïÿ»s3ù=Ï9

    6. PADA DUA KALIMAH ( (*+ ) DAN ( ,-*+ ) DI DALAM SURAH AL-RUMAYAT 54

    Harus bagi Imam Hafs melalui tariq al-Syatibi membaca dengan dua wajah iaitu dengan

    dad berbaris di atas (fathah) dan di depan (dhammah). Kedua-dua wajah bacaan tersebut adalah

    betul yang dibaca oleh Imam Hafs daripada Imam Asim melalui tariq al-Syatibi. Manakala

    bacaan baris di atas hendaklah didahulukan. 21 Cara bacaan yang pertama bacaan baris fathah :

    *#$!ª#$!©%Ï “{s=n)s3äNBiÏ`|è÷#7OèO¢ _ yèy@ŸBÏ.̀/tè÷‰Ï|è÷#7%èq§oZOèO¢ _ yèy@ŸBÏ.̀/tè÷‰Ï%èq§o;|è÷ÿZ$

    21 Ibid

  • 8/17/2019 Perbandingan Ilmu Tajwid Menurut Tariq Al-syatibiy Dan Tariq Al-jazariy Bagi Riwayat Imam Hafs_2

    12/21

    12

    Cara bacaan yang kedua ialah baris dammah :

    !"#$%/&'("#$% Manakala, melalui tariq al-Jazari, harus bagi Imam Hafs membaca kedua-dua kalimah

    itu hanya dengan satu wajah sahaja iaitu dengan huruf dad berbaris di atas. Cara bacaannyaialah satu wajah sahaja iaitu baris fathah :

    *#$!ª#$!©%Ï “{s=n)s3äNBiÏ`|è÷#7OèO¢ _ yèy@ŸBÏ.̀/tè÷‰Ï|è÷#7%èq§oZOèO¢ _ yèy@ŸBÏ.̀/tè÷‰Ï%èq§o;|è÷ÿZ$

    7. PADA AYAT ( !u¾Ç̀8s?#uä ª! $# $y J sù ) PADA SURAH AL-NAML AYAT 36

    Harus bagi Imam Hafs melalui tariq al-Syatibi membaca dengan dua wajah ketika waqaf.

    Pertamanya dengan ithbat huruf ya dan keduanya dengan hazf ya iaitu waqaf dengan huruf nun

    dimatikan atau rawm. 22 Wajah bacaan dengan ithbat ya adalah didahulukan.

    Ketika bersambung bacaan Imam Hafs melalui tariq al-Syatibi membaca kalimah tersebut

    dengan ithbat huruf ya selepas huruf nun. Cara bacaan yang pertama ialah dengan ithbat huruf

    ya:

    ª! $#u¾Ç̀8s?#uä !$y J sù 5

    Cara bacaan yang kedua hazf huruf ya iaitu waqaf dengan huruf nun dimatikan atau rawm:

    ª! $#Ç̀8s?#uä !$y J sù

    22 Melemahkan suara pada huruf terakhir yang berbaris yang dibaca dengan berhenti sehingga hilang sebahagian besar suaranya dengan suara perlahan yang dapat didengari oleh yang dekat dan tidak kepada yang jauh.

  • 8/17/2019 Perbandingan Ilmu Tajwid Menurut Tariq Al-syatibiy Dan Tariq Al-jazariy Bagi Riwayat Imam Hafs_2

    13/21

    13

    Manakala, melalui tariq al-Jazari, harus bagi Imam Hafs ketika waqaf membaca dengan hazf

    huruf ya tanpa ithbat.Cara bacaannya ialah:

    ª! $#Ç` 8s?#uä !$y J sù

    Perbandingannya dengan tariq al-Syatibi ialah tariq al-Jazari hanya dibaca dengan hazf huruf ya

    tanpa ithbat.

    8. PADA KALIMAH ( ./1 ) DI DALAM SURAH AL-SYU’ARA’ PADA AYAT 63

    Melalui Tariq al-Syatibi, harus bagi Imam Hafs membacanya dengan dua wajah iatu

    dengan tafkhim23

    dan tarqiq24

    . Bacaan tarqiq hendaklah didahulukan.

    Cara bacaan pertamamenipiskan sebutan huruf ( % ):

    )*"+,-.'/0 1"2)3 4560 Bacaan yang kedua ialah menebalkan sebutan huruf ( % ):

    )*"+,-.'/0 1"2)3 4560 Manakala, harus bagi Imam Hafs melalui Tariq al-Jazari membacanya dengan satu wajah sahaja

    iaitu dengan membaca tafhkim sahaja. Cara bacaannya ialah menebalkan bacaan huruf ( 0 )sahaja :

    )*"+,-.'/0 1"2)3 4560

    23 Menebalkan huruf Ra’.24 Menipiskan huruf Ra’.

  • 8/17/2019 Perbandingan Ilmu Tajwid Menurut Tariq Al-syatibiy Dan Tariq Al-jazariy Bagi Riwayat Imam Hafs_2

    14/21

    14

    9. HURUF AYN’ PADA PERMULAAN SURAH MARYAM 2*467( ) DANPERMULAAN SURAH AL-SYURA ) 9$: ;=(

    Huruf ‘ayn pada permulaan surah Maryam ( GR(SU ) dan ) ?PF V3( , melalui tariq al-Syatibi harus dibaca dengan kadar 4 dan 6 harakat. Akan tetapi wajah bacaaan dengan 6 harakat

    hendaklah didahulukan. Contohnya:

    Ç È È ÿè‹g !2

    ÇËÈ , û¡ ÿã Ç È Om

    Huruf ( X ) pada dua kalimah tersebut dibaca dengan 4 atau 6 harakat mengikut tariq al-Syatibi.Manakala menurut tariq al-Jazari. Huruf ( X ) pada kalimah tersebut dibaca dengan 4 harakatsahaja. Contohnya:

    Ç È È ÿè‹g !2

    ÇËÈ , û¡ ÿã Ç È Om

    10. PADA KALIMAH ( ,>@AB C ) DI DALAM SURAH YUSOF AYAT 11

    Melalui tariq al-Syatibi membacanya dengan dua wajah iatu dengan isymam. 25 Bacaan

    yang kedua dengan al-Ikhtilas. 26 Cara bacaannya:

    Ÿ4’ n?tã $̈Z0Bù's?w y7 s9$tB

    25 Bacaan dengan memuncungkan dua bibir mulut atau isyarat dengan dua bibir mulut ke arah baris dommah ketikahuruf nun bersabdu dibaca dan ianya dapat diketahui oleh orang yang celik dan sebaliknya bagi yang buta.26 Iaitu pada dammah ketika bacaan pada huruf nun, di mana akan kekal 1/3 baris daripadanya.

  • 8/17/2019 Perbandingan Ilmu Tajwid Menurut Tariq Al-syatibiy Dan Tariq Al-jazariy Bagi Riwayat Imam Hafs_2

    15/21

    15

    Bacaan yang kedua dengan al-Ikhtilas. Cara bacaannya ialah:

    yŸ4’ n?tã $̈Z0Bù' s?w y7 s9$tB

    Manakala melalui tariq al-Jazari, harus bagi Imam Hafs membacanya dengan idgham

    bersama isymam. Akan tetapi ikhtilas didahulukan. Istilah rawm dan ikhtilas di sisi Imam Hafs

    adalah dua istilah yang sama maknanya. 27 Cara bacaannya:

    Ÿ4’ n?tã $̈Z0Bù's?w y7 s9$tB

    11. PADA KALIMAH ( D5/7 F'" ) YANG TERDAPAT PADA SURAH AL-AN’AMAYAT 143 DAN 144

    Menurut riwayat Imam Hafs melalui tariq al-Syatibi membacanya dengan dua wajah.

    Pertamanya ibdal 28 kepada alif bersama isyba’ 29 sama dengan kadar bacaan pada Mad Lazim

    Kalimi Muthaqqal. 30 Wajah ini didahulukan. Cara bacaannya ialah ibdal huruf alif bersama

    isyba’:

    P§•ymÈûøït•Ÿ2 ©%!!#uä ö@è%

    Wajah keduanya ialah tashil 31 antara hamzah dan alif dan qasr dua harakat. Cara bacaanya

    ialah:

    P§•ymÈûøït•Ÿ2 ©%!!#uä ö@è%

    27 Husni Syeikh Othman (1987), Haq Al-Tilawah , Urdun : Maktabah Al-Manar, h.90. 28 Ialah menukarkan.29 Ialah kadar bacaan panjang enam harakat, selain dari isyba’ istilah lain yang digunakan ialah mad.30 Abd.Rahman bin Abd.Ghani (2006), Metodologi Bacaan Al-Quran , Selangor: Mashi Publications Sdn.Bhd.h.34.

    31 Menyebut bunyi huruf antara bunyi huruf Hamzah dan huruf Mad.

  • 8/17/2019 Perbandingan Ilmu Tajwid Menurut Tariq Al-syatibiy Dan Tariq Al-jazariy Bagi Riwayat Imam Hafs_2

    16/21

    16

    Manakala, melalui tariq al-Jazari membacanya dengan ibdal hamzah wasal kepada huruf alif

    beserta isyba’. Cara bacaannya ialah:

    P§•ymÈûøït•Ÿ2 ©%!!#uä ö@è%

    12. PADA KALIMAH ( HJL5N ) DI DALAM SURAH AL-BAQARAH AYAT 245

    Imam Hafs melalui tariq al-Syatibi membaca dengan huruf ( Y ) sahaja pada huruf

    ( T ). Contohnya:

    )7"8/.)9:;

    6B: ?

    PERBANDINGAN DARI SEGI PERSAMAAN HUKUM-HUKUM YANG PERLU

    DIJAGA DAN DIBERI PERHATIAN KETIKA MENGAMALKAN BACAAN DENGAN

    TARIQ AL-SYATIBI DAN TARIQ AL-JAZARI DALAM RIWAYAT HAFS ‘AN ‘ASIM

    1. IDGHAM NUN SAKINAH DAN TANWIN

    Nun sakinah ialah huruf nun yang mati tanpa baris, dan terdapat ketika dibaca, tulis,

    sambung dan waqaf. Ianya berada pada ism, fi’l dan harf serta terdapat di tengah dan hujung

    kalimah. Manakala tanwin pula ialah nun mati tambahan yang terdapat pada lafaz sahaja ketika

    menyambung bacaan.Ianya berada hanya pada akhir kalimah ism. Kedua-dua tariq al-Syatibidan tariq al-Jazari membacanya tanpa ada ghunnah. Contohnya:

    zÏQöqu‹ø9$#ur «! $$Î/ ` tB#uä ồ tBú üÏ«Î7»¢Á 9$#ur

  • 8/17/2019 Perbandingan Ilmu Tajwid Menurut Tariq Al-syatibiy Dan Tariq Al-jazariy Bagi Riwayat Imam Hafs_2

    17/21

    17

    Idgam nun sakinah dan tanwin ketika bertemu dengan huruf lam dan ra. Mengikut Imam Hafs

    melalui tariq al-Syatibi dan tariq al-Jazari tanpa ada ghunnah. Contohnya :

    :D)E)F'GHI).

    'JK)LM:N "O)PQEGF R)S

    2. IZHAR HURUF NUN PADA LAFAZ ( O5 ) DAN ( E )

    Menurut Imam Hafs, huruf nun pada lafaz ( ZA ) dan ( L ) melalui tariq al-Syatibi,ketika menyambung bacaaan dengan ayat selepasnya kedua-duanya tanpa idgham atau izhar.

    Begitu juga dengan tariq al-Jazari, kedua-dua lafaz ( ZA ) dan ( L ) dibaca tanpa idgham atauizhar ketika menyambung bacaan dengan ayat selepas kedua-duanya, iaitu pada ayat :

    ( )O/I/BA.T:;':S:;/U;$26-"=: ? ) dan ( ÉO‹Å3ptø: $#b#uäö•à)ø9$#ur ).

    3. PADA KALIMAH ( ,>*@ Q70" ) DI DALAM SURAH HUD AYAT 42

    Kalimah ( 45U1 [(%, ) di dalam surah Hud ayat 42, melalui tariq al-Syatibi dan al-Jazari,wajib dibaca dengan kaedah idgham huruf ba’ ke dalam huruf mim. Ia juga dinamakan idgham

    mutajanisayn. 32 Contohnya:

    ` ä3s?wur $o YyèB̈= Ÿ2 ö‘$#¢Óo _ ç6»tƒ5AÌ “÷ètB

    Mengikut tariq al-Syatibi dan tariq al-Jazari, cara bacaannya ialah memasukkan huruf

    (\ ) ke dalam huruf ( W).

    32 Ialah idgham dua huruf sama makhraj dan berlainan sifat.

  • 8/17/2019 Perbandingan Ilmu Tajwid Menurut Tariq Al-syatibiy Dan Tariq Al-jazariy Bagi Riwayat Imam Hafs_2

    18/21

    18

    4. PADA KALIMAH ( S'G U6&5 ) DI DALAM SURAH AL-A’RAF AYAT 176

    Manakala, pada kalimah ( ]#I _RQA ) di dalam surah al-Araf ayat 176, melalui tariq al-Syatibi dan al-Jazari, wajib dibaca dengan cara idgham huruf ( ` ) pada huruf( )I . Ini jugadinamakan idgham mutajanisayn. Contohnya:

    ã@sVtB7 Ï9º©Œ 4 ] ygù=tƒ÷çmò2 çŽøIs?rr&

    5. PADA KALIMAH ( /W4JXM ) DI DALAM SURAH AL-GHASYIAH AYAT 22

    Persamaan tariq al-Syatibi dan tariq al-Jazari ialah pada kalimah ( $aGb0' ) di dalamsurah al-Ghasyiah ayat 22 ialah membaca huruf sad dengan huruf sad sahaja. Contohnya:

    ÇËËÈ @•ÏÜøŠ|Á ß J Î/ OÎgø‹n=tæ Mó¡ ©9

  • 8/17/2019 Perbandingan Ilmu Tajwid Menurut Tariq Al-syatibiy Dan Tariq Al-jazariy Bagi Riwayat Imam Hafs_2

    19/21

    19

    KESIMPULAN

    Sebagai kesimpulannya, selepas mengkaji tajuk ini, perlunya para ilmuan qiraat dan

    tajwid menggiatkan usaha dan saling berganding bahu untuk memberi kefahaman dan

    kesedaran kepada masyarakat tentang pentingnya pembacaan Al-Quran mengikut kaedah-

    kaedah dan peraturan-peraturannya yang sebenar supaya pengetahuan mengenai ilmu qiraat dan

    tajwid ini khususnya dalam riwayat Hafs dapat di rencamkan kepada masyarakat di Malaysia.

    Oleh kerana bacaan riwayat Hafs daripada Asim adalah menjadi amalan dan pilihan

    utama di Malaysia, ianya harus menjadi tumpuan utama dalam pengajian ilmu tajwid agar etika

    bacaannya tidak dilanggari dengan sewenang-wenangnya selain memperkenalkan bacaan qiraat-

    qiraat yang lain kerana pada pandangan penulis, pengajian terhadap ilmu qiraat ini kurang

    disebarluaskan kepada masyarakat. Kepekaan dan pengetahuan pembaca Al-Quran terhadap

    perbezaan dan persamaan riwayat Hafs melalui kedua-dua tariq al-Syatibi dan tariq al-Jazari

    sebenarnya melambangkan tahap penguasaan sebenar pembaca al-Quran tersebut dalam

    mengaplikasikan pembacaannya.

    Justeru, apabila kita membicarakan atau mempelajari ilmu tajwid di Malaysia

    ,penumpuan harus dirincikan dan diberi perhatian kepada pembacaan riwayat Hafs melalui

    kedua-dua tariq tersebut agar tidak berlaku percampuran dan pertindihan hukum-hukum bacaan

    yang tidak diharuskan.

  • 8/17/2019 Perbandingan Ilmu Tajwid Menurut Tariq Al-syatibiy Dan Tariq Al-jazariy Bagi Riwayat Imam Hafs_2

    20/21

    20

    BIBLIOGRAFI

    • Al-Quranulkarim

    • Muhammad bin Muhammad bin Muhammad bin Ali bin Yusof al-Jazari (1932) Ghayahal-Nihayah Fi Tabaqat al-Qurra , Beirut : Dar al-Kitab al-Ilmiyah

    • Abd Allah Muhammad bin Ahmad al-Dhahabi (1997) Ma’rifah al-Quran al-Kubar ,Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah

    • Shihab al-Din Ahmad bin Muhammad al-Qaslatani (2000), Al-Fath al-Mawahibi fiTarjamah al-Imam al-Syatibi , Amman : Dar al-Fath

    • Muhammad Ahmad Ma’bad (2003) , Al-Mulakkhas Al-Mufid Fi ‘Ilmi At-Tajwid ,Madinah : Darus Salam

    • Hisyamuddin Salim al-Kilani (1999), Al-Bayan fi Ahkam Tajwid al-Quran , JumhuriahAl Arabiah al-Syauriah

    • Doktor Muhammad ‘Isom (1998), Al-Wadhih Fi Ahkam At-Tajwid , Jordan : Darun Nafais

    • Husni Syeikh Othman (1987), Haq Al-Tilawah , Urdun : Maktabah Al-Manar

    Surur Shihabuddin An-Nadawi (2207). Ilmu Tajwid Menurut Riwayat Hafs An’Asim Melalui Tariq Asy-Syatibiah , Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sdn.Bhd.

    • Abd.Rahman bin Abd.Ghani (2006), Metodologi Bacaan Al-Quran , Selangor: MashiPublications Sdn.Bhd.

    • Ust. Mohd Rahim Jusoh (2001), Pengenalan Ilmu Qiraat , Selangor: Mahsuri TimurSdn. Bhd.

    • Mohd Husdi b. Mohamad (2003), “Qiraat Sab’ah: Kajian Biografi Pada Qurra”

    ( Latihan Ilmiah, Jabatan Al-Quran dan Hadith, Akademi Pengajian Islam, UniversitiMalaya)

    • Shaharuddin bin Saad (2007), Tajwid al-Quran Tariq al-Syatibi dan al-Jazari Riwayat Hafs an Asim: Pengamalan di Maahad Tahfiz Darul Quran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Akademi Pengajian Islam: Universiti Malaya.

  • 8/17/2019 Perbandingan Ilmu Tajwid Menurut Tariq Al-syatibiy Dan Tariq Al-jazariy Bagi Riwayat Imam Hafs_2

    21/21

    21