hbml4203 sept 2010 kesusasteraan c

15
HBML4203 KESUSASTERAAN MELAYU AZMI BIN ARAZAD 651101016431003 1.0 Kesusteraan. http://clubitacom.com/topics/definisi-kesusasteraan.html http://clubitacom.com/topics/sejarah-dan-perkembangan- kesusasteraan-melayu.html Selden, Raman ( terjemahan ), 1989. Teori Kesusasteraan Sezaman. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka. Shahnon Ahmad. September 1987. “Kesusasteraan dan Permasalahan Manusia”.Dewan Sastera. Jld. 17.9, hal. 8-11 1.0 PENGENALAN KESUSASTERAAN Kesusasteraan berasal daripada kata akar “susastera” (Sanskrit) Su - indah, baik, lebih berfaedah Sastera - huruf atau buku Ke-susastera-an - kumpulan buku-buku yang indah bahasa dan baik isinya. Kesuasasteraan merupakan ciptaan seni yang dinyatakan dengan bahasa yang indah dan mengandungi isi yang baik yang baik lagi berfaedah. sosial yang secara modifikasi meresap masuk ke dalam karya

Upload: kamaljqa3002

Post on 12-Aug-2015

57 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

bahan sastera

TRANSCRIPT

Page 1: HBML4203 Sept 2010 Kesusasteraan c

HBML4203 KESUSASTERAAN MELAYUAZMI BIN ARAZAD 651101016431003

1.0 Kesusteraan.

http://clubitacom.com/topics/definisi-kesusasteraan.html

http://clubitacom.com/topics/sejarah-dan-perkembangan-kesusasteraan-melayu.html

Selden, Raman ( terjemahan ), 1989. Teori Kesusasteraan Sezaman. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.

Shahnon Ahmad. September 1987. “Kesusasteraan dan Permasalahan Manusia”.Dewan Sastera. Jld. 17.9, hal. 8-11

1.0 PENGENALAN KESUSASTERAAN

Kesusasteraan berasal daripada kata akar “susastera” (Sanskrit)

Su - indah, baik, lebih berfaedah

Sastera - huruf atau buku

Ke-susastera-an - kumpulan buku-buku yang indah bahasa dan baik isinya.

Kesuasasteraan merupakan ciptaan seni yang dinyatakan dengan bahasa yang indah dan

mengandungi isi yang baik yang baik lagi berfaedah.

sosial yang secara modifikasi meresap masuk ke dalam karya

Kesusasteraan merujuk kepada hasil seni yang disampaikan melalui bahasa. Dari segi

hurufiahnya, perkataan kesusasteraan bermaksud "kumpulan buku-buku yang indah

bahasanya dan baik isinya." Pada erti kata yang lebih luas, kesusasteraan boleh

dimaksudkan sebagai segala pengucapan yang indah-indah, sama ada ia tertulis atau

tidak.

Kesusasteraan pada lahiriahnya wujud dalam masyarakat manusia melalui bentuk tulisan

dan juga wujud dalam bentuk lisan. Dalam kehidupan sehari-harian, kedua-dua bentuk

kesusasteraan sememangnya tidak terpisah daripada kita. Misalnya, kita akan mendengar

muzik yang mengandungi lirik lagu yang merupakan hasil sastera. Dan kita sendiri pula

Page 2: HBML4203 Sept 2010 Kesusasteraan c

HBML4203 KESUSASTERAAN MELAYUAZMI BIN ARAZAD 651101016431003

akan menggunakan pelbagai peribahasa dan pepatah yang indah-indah yang sebenarnya

juga merupakan kesusasteraan.

2.0 SEJARAH DAN PERKEMBANGAN KESUSASTERAAN MELAYU

TRADISIONAL

Kesusasteraan Melayu Tradisional dapat dikelompokkan kepada dua kelompok utama

iaitu :

i. Prosa Melayu Tradisional

ii. Puisi Melayu Tradisional

2.1 Prosa Melayu Tradisional

Prosa boleh ditakrifkan sebagai satu bentuk karangan yang panjang. Prosa tidak terbatas

kepada cerita (naratif) sahaja tetapi termasuk juga karya-karya yang bukan cerita (bukan

naratif/non-naratif). Oleh itu, karya-karya kesusasteraan Melayu yang panjang sama ada

lisan atau tulisandikelompokkan sebagai prosa. Syarat utama ia boleh dikatakan sebagai

kesusasteraan Melayu ialah penggunaan bahasa Melayu sebagai alat penyampaian dalam

karya-karya tersebut merangkumi seluruh nusantara. Prosa Melayu tradisional berbentuk

lisan dikenali juga sebagai sastera rakyat. Prosa tradisional dalam kesusasteraan Melayu

boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu :

i. Naratif

ii. Bukan naratif

Prosa tradisional berbentuk naratif itu boleh dibahagikan pula kepada dua pecahan lagi

iaitu naratif lisan dan naratif tulisan. Naratif lisan pula boleh dipecahkan lagi kepada tiga

genre yang utama iaitu:

Page 3: HBML4203 Sept 2010 Kesusasteraan c

HBML4203 KESUSASTERAAN MELAYUAZMI BIN ARAZAD 651101016431003

i. Mitos

ii. Legenda

iii. Cerita rakyat

Cerita rakyat terangkum di dalamnya beberapa jenis cerita lagi seperti cerita binatang,

cerita jenaka, cerita Lipur Lara dan cerita teladan. Sementara itu naratif tulisan terbahagi

kepada lima genre iaitu:

i. Sastera sejarah

ii. Sastera hikayat

iii. Sastera sastera panji

iv. Sastera kepahlawanan / epik

v. Sastera agama

Prosa tradisional bukan naratif terdiri daripada empat genre iaitu :

i. Sastera undang-undang

ii. Sastera kitab

iii. Sastera ketatanegaraan

iv. Kepustakaan ilmu tradisional

Penjelasan setiap genre prosa tradisional akan dibuat dalam tajuk penghayatan prosa

tradisional.

2.2 Puisi Melayu Tradisional

Puisi merupakan kata pinjaman dari bahasa Indonesia yang digunakan secara meluas di

Malaysia. Puisi adalah satu bentuk karangan berangkap yang terikat dengan peraturan

sesuatu jenis puisi itu. Bahasa puisi adalah terhad dan padat tetapi makna yang cuba

disampaikan adalah mendalam. Puisi mengungkapkan sesuatu yang abstrak kepada yang

nyata. Puisi Melayu tradisional juga boleh dibahagikan kepada dua pecahan iaitu:

Page 4: HBML4203 Sept 2010 Kesusasteraan c

HBML4203 KESUSASTERAAN MELAYUAZMI BIN ARAZAD 651101016431003

i. Naratif

ii. Bukan naratif

Puisi Melayu tradisional yang berbentuk naratif terdiri daripada genre Syair sahaja.

Manakala yang bukan naratif ialah :

i. Pantun

ii. Gurindam

iii. Endoi

iv. Rejang

v. Dikir/Zikir

vi. Rubai

vii. Nazam

viii. Masnawi

ix. Ghazal

x. Berzanji

xi. Qit'ah

xii. Seloka

xiii. Teromba

xiv. Talibun

xv. Peribahasa berangkap

xvi. Mantera

3.0 SEJARAH DAN PERKEMBANGAN KESUSASTERAAN MELAYU

MODEN

Kesusasteraan dalam pendekatan moden ditakrifkan sebagai hasil karya individu yang

mengumpul segala bentuk pengalaman, perasaan dan pemikiran, yang secara intelektual

menggabungkan estetik, imaginasi dan ilusi pengarang sebagai teks diri dan ideologi,

budaya sejarah dan moraliti zaman sebagai teks sosial yang secara modifikasi meresap

Page 5: HBML4203 Sept 2010 Kesusasteraan c

HBML4203 KESUSASTERAAN MELAYUAZMI BIN ARAZAD 651101016431003

masuk ke dalam karya sastera. Teks sastera dikatakan merentasi pelbagai cabang isian

ilmu, termasuk sains sosial, ekonomi, matematik, politik, agama dan sebagainya.

sosial yang secara modifikasi meresap masuk ke dalam karya

4.0 BENTUK-BENTUK KESUSASTERAAN MELAYU

4.1 KESUSASTERAAN LISAN.

Kesusasteraan yang disampaikan melalui peraturan dari satu generasi ke satu generasi

yang lain. Dikenali juga sebagai sastera rakyat. contoh sastera lisan berbentuk cerita:

i. cerita asal-usul ( Dongeng harimau jadian, dongeng gerhana )

ii. cerita binatang ( Cerita Sang Kancil, Pelanduk )

iii. cerita jenaka ( Pak Pandir, Pak kaduk dan Lebai malang )

iv. cerita lagenda ( Mahsuri, Hang Tuah )

v. cerita penglipurlara ( Malim Deman, Malim Dewa, Anggun Cik Tunggal )

4.1.1 PERIBAHASA

Ayat atau kelompok yang mempunyai susunan yang tetap dan mempunyai pengertian

yang tertentu (Kamus Dewan). juga dikenali sebagai bidalan atau pepatah. contoh :

‘biar mati anak jangan mati adat’.

4.1.2 PANTUN

sejenis puisi lama yang biasanya terdiri daripada empat baris dalam tiap-tiap rangkap

(dua baris pertama merupakan pembayang maksud dan yang selainnya mengandungi

maksudnya (Kamus Dewan).

Page 6: HBML4203 Sept 2010 Kesusasteraan c

HBML4203 KESUSASTERAAN MELAYUAZMI BIN ARAZAD 651101016431003

4.1.3 MANTERA

Kata atau ayat apabila diucapkan dapat menimbulkan kuasa ghaib (untuk menyembuhkan

penyakit dan lain-lain), jampi. (Kamus Dewan)

4.1.4 TEROMBA

Sejarah yang diceritakan dalam bentuk perbilangan, tombo, riwayat (Kamus Dewan).

Merupakan susunan kata-kata adat.

4.1.5 GURINDAM

Sejenis bentuk puisi terdiri daripada dua baris, berisi dengan pelbagai pengajaran.

(Kamus Dewan). Dalam baris kedua termuat jawapan atau ketegasan bagi baris pertama

tadi.. Rima akhir tiap-tiap baris gurindam adalam sama. Jenis-jenis gurindam :-

i. Gurindam serangkap dua baris

ii. Gurindam serangkap empat baris

iii. Gurindam bebas

4.1.6 SELOKA

Kamus Dewan : seloka ialah sejenis puisi yang mengandungi ajaran (sindiran, jenaka,

dll). Perkataan ‘seloka’ berasal daripada bahasa Sanskrit iaitu ‘shloka’.Bentuk puisi lama

yang ditulis secara berangkap-berangkap. Rima akhir adalah tidak tetap. Ia digubah sama

ada mengikut bentuk pantun, syair ataupun perumpamaan. Seloka tidak mempunyai

pembayang.

Page 7: HBML4203 Sept 2010 Kesusasteraan c

HBML4203 KESUSASTERAAN MELAYUAZMI BIN ARAZAD 651101016431003

Contoh seloka tiada pembayang:

Sudah bertudung terendak Bentan,

Dengan siapa saya sesalkan,

Sudah untung permintaan badan,

Pagar siapa saya sesarkan.

4.1.7 TEKA-TEKI

Menurut Kamus Dewan teka-teki ialah soalan yang dikemukakan secara samar-samar

atau rumit yang jawapannya harus diduga, soalan untuk menduga akal.

Contoh teka-teki:

Kalau tuan muda teruna,

Pakai seluar dengan gayanya,

Kalau tuan bijak laksana,

Biji di luar apa buahnya ?

4.2 KESUSASTERAAN TULISAN

Kesusasteraan tulisan ialah kesusateraan yang disampaikan secara bertulis. Pada

awalnya, tulisan jawi digunakan untuk menulis kesusasteraan. Sebelum adanya alat

pencetak, banyak karya sastera bertulis dengan tangan sahaja. Contohnya Hikayat Hang

Tuah dan Sejarah Melayu. Setelah masyarakat didatangi peradaban barat, alat cetak dan

tulisan rumi di perkenalkan. Contoh karya-karya sastera adalah seperti Hikayat Sang

Kancil. Sastera tulisan berbentuk cerita terbahagi kepada 3 iaitu novel, cerpen dan drama.

Page 8: HBML4203 Sept 2010 Kesusasteraan c

HBML4203 KESUSASTERAAN MELAYUAZMI BIN ARAZAD 651101016431003

4.2.1 NOVEL

Menurut Kamus Dewan, novel didefinisikan sebagai cerita dalam bentuk prosa, biasanya

panjang dan kompleks yang berkaitan dengan pengalaman dan kelakuan sosial. Menurut

Hashim Awang novel adalah prosa cerita yang panjang dan menceritakan kisah hidup

manusia pada sesuatu tempat dan dalam suatu masa tertentu untuk melahirkan satu

persoalan kehidupan yang menarik. Contoh novel yang terkenal ialah Novel Siti

Nurbaya. Menurut Hashim Awang Novel terbahagi kepada :

Novel Perwatakan

Novel Psikologi

Novel Peristiwa

4.2.2 CERPEN

Cerita pendek (Kamus Dewan). Cerpen ialah bentuk cereka pendek, yang membawakan

satu persoalan bagi menghasilkan satu kesan tertentu yang indah. (Hashim Awang)

Contoh : Cerpen Ngayau ciptaan Ali Majod.

4.2.3 DRAMA

Sejenis cereka yang berbentuk lakonan : ia selalunya dipentaskan. Perkataan ‘drama’

berasal daripada bahasa Yunani yang bermaksud ‘gerak’

4.3 SASTERA BERTULIS BERBENTUK BUKAN CERITA

4.3.1 ESEI

Menurut Kamus Dewan esei bermaksud karangan prosa (yang biasanya lebih pendek

daripada tesis atau disertasi) tentang sesuatu tajuk.

Page 9: HBML4203 Sept 2010 Kesusasteraan c

HBML4203 KESUSASTERAAN MELAYUAZMI BIN ARAZAD 651101016431003

Menurut Encyclopedia Britannica bermaksud satu karangan yang berpatutan panjangnya.

4.3.2 SAJAK

Menurut Hashim Awang sajak adalah puisi baru yang bebas daripada peraturan-peraturan

dalam pembentukan rangkap, baris, kata-kata dan rima. Sajak bersifat demikian untuk

dapat mengucapkan fikiran penyair dalam cara yang lebih indah, segar dan bebas.

4.3.3 KRITIKAN SASTERA

Usaha mempertimbangkan dan menilai karya sastera secara jujur dan sistematik.

Merupakan cabang ilmu yang mempunyai fungsi-fungsi sendiri. Pertimbangan dan

penilaian terhadap karya–karya sastera akan diperkuat dengan alasan–alasan yang

munasabah.

5.0 ALIRAN-ALIRAN DALAM PENULISAN SASTERA

Pada kesimpulannya, kesusasteraan merupakan sebahagian daripada budaya manusia. Ia

adalah ekspresi diri manusia dan juga manifestasi estetik manusia terhadap bahasa yang

dipertuturkan oleh mereka sendiri.

Page 10: HBML4203 Sept 2010 Kesusasteraan c

HBML4203 KESUSASTERAAN MELAYUAZMI BIN ARAZAD 651101016431003

Rujukan

1. Ann Raimes. 1983. Techniques in Teaching Writing. New York: Oxford University Press

2. Nathesan. S. 2010. 'Penulisan Karangan Bergambar' dlm Pelita Bahasa  (akan terbit)

3. Institut Bahasa. 1992. Asas Kemahiran Berbahasa KBSR. (Siri Panduan Guru Kurikulum Baru Sekolah Rendah; Jilid 30. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka  

4. 2. Kamarudin Husin & Siti Hajar Abdul Aziz. (1997). Pengajian Melayu 2:

Ketrampilan Bahasa. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman.

5. Dr Adenan Ayob, (2009).HDML3203/HBML3203. Tatabahasa dalam

Pengajaran Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Open University Malaysia.

6. Md Rasul Haron(2007). Teks & Rujukan Lengkap PMR Bahasa Melayu.Selangor

Darul Ekhsan. Arah Pendidikan Sdn Bhd

7. Raminah Sabran & Rahim Syam(1985). Kaedah Pengajaran Bahasa Malaysia.

Kuala Lumpur:Fajar Bakti

Page 11: HBML4203 Sept 2010 Kesusasteraan c

HBML4203 KESUSASTERAAN MELAYUAZMI BIN ARAZAD 651101016431003

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

1.0 Pendahuluan 1

2.0 Pendekatan pengajaran penulisan wacana oleh Raimes 1

2.1 Pendekatan Terkawal 2

2.2 Pendekatan Bebas 3

3.0 Pendekatan Pengajaran : Penulisan karangan Bergambar Secara Berpandu.

3.1 Kaedah Bergambar 5

4.0 Aktiviti Menulis Karangan Bergambar

4.1 Langkah-langkah Pengajaran dan Pembelajaran 6

Langkah 1 6

Langkah 2 7

Langkah 3 8

Langkah 4 8

Langkah 5 9

5.0 Rumusan 9

6.0 Rujukan 11

Page 12: HBML4203 Sept 2010 Kesusasteraan c

HBML4203 KESUSASTERAAN MELAYUAZMI BIN ARAZAD 651101016431003