hbml3203-820425085139001.doc

29
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER SEPTEMBER 2014 HBML 3203 TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU NAMA : IDHAM KHALI B ABDUL MULUK NOMBOR MATRIK : 820425085139001 NO. KAD PENGENALAN : 820425-08-5139 NO. TELEFON : 012-9269871 E-MAIL : [email protected] PUSAT PEMBELAJARAN : OUM BATU PAHAT

Upload: adang30

Post on 19-Nov-2015

22 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

HBML3203Tatabahasa dalamPengajaran Bahasa Melayu

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASASEMESTER SEPTEMBER 2014HBML 3203

TATABAHASA

DALAM PENGAJARAN

BAHASA MELAYUNAMA

:IDHAM KHALI B ABDUL MULUKNOMBOR MATRIK

: 820425085139001

NO. KAD PENGENALAN: 820425-08-5139

NO. TELEFON

: 012-9269871

E-MAIL

: [email protected]

PUSAT PEMBELAJARAN: OUM BATU PAHAT

KANDUNGAN

ABSTRAK

2

1.0 PENGENALAN

32.0 KONSEP DAN JENIS-JENIS WACANA

5BERFORMAT DALAM PENULISAN BAHASAMELAYU3.0 APLIKASI WACANA BERFORMAT DALAM

21PENGAJARAN PENULISAN BAHASA MELAYU4.0 RUMUSAN

255.0 BIBLIOGRAFI

26ABSTRAKTugasan ini akan membincangkan tentang wacana berformat dalam bahasa Melayu. Perbincangan ini berfokus kepada konsep dan jenis-jenis wacana berformat bahasa Melayu. Selain daripada itu, aplikasi wacana berformat dalam pengajaran penulisan bahasa Melayu turut dibincangkan dalam tugasan ini.

Bagi memperoleh hasil tugasan yang baik, penulis telah merujuk kepada beberapa sumber berupa sumber bercetak (buku-buku ilmiah, jurnal dan artikel) dan sumber internet. Setiap sumber yang diperoleh telah membantu penulis memahami dengan lebih baik tentang tugasan yang diberikan.

Selain daripada sumber rujukan, perbincangan bersama tutor bersemuka dan rakan-rakan turut menjadi sumber kepada penulis dalam menghasilkan tugasan ini. Banyak maklumat yang penulis peroleh terutama sekali dalam merangka tugasan.

1.0 PENGENALANWacana merupakan kesinambungan suatu cerita menggunakan bahasa yang mudah dan bersandarkan jalinan maklumat. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), wacana boleh didefinisikan sebagai keseluruhan tutur yang merupakan suatu kesatuan, ucapan, pertuturan atau percakapan. Harimurthi (1982) menyatakan wacana ialah unit bahasa yang melebihi batas ayat. Dr. Adenan Ayob dan Mohd Rain Shaari (2013) menyatakan, wacana boleh dianggap sebagai kesatuan bahasa yang paling tinggi iaitu kumpulan kalimat yang tertera dan berkesinambungan sehingga membentuk kesatuan yang utuh.Terdapat dua jenis wacana dalam unit bahasa iaitu wacana lisan dan tulisan. Wacana lisan melibatkan komunikasi secara lisan antara penutur dengan pendengar. Wacana tulisan pula melibatkan komunikasi yang disampaikan secara bertulis iaitu antara penulis dengan pembaca. Dalam wacana tulisan, terdapat dua konsep yang ditekankan iaitu konsep wacana berformat dan tidak berformat. Dalam tugasan ini, penulis akan memberi penekanan kepada konsep wacana berformat.Konsep wacana berformat ialah penulisan berkesinambungan yang mengandungi format-format tertentu untuk menggariskan penampilan wacana tatabahasa secara kohesif dan koheren (Kamarudin Husin, 1988). Dalam menghasilkan penulisan berformat, wacana yang baik mestilah mempunyai beberapa perkara seperti kohesi dan koheren bagi memastikan objektif penulisan dapat disampaikan dan difahami.Setiap wacana mempunyai struktur yang perlu diikuti bagi memperoleh wacana berformat yang lengkap. Struktur ini mestilah mempunyai pendahuluan, isi dan penutup. Selain daripada struktur wacana yang dititikberatkan, tujuan wacana berformat dihasilkan juga turut ditekankan kerana melalui tujuan kita dapat menentukan jenis wacana yang hendak digunakan.Melalui tujuan, kita dapat memilih teknik penyampaian wacana yang kita inginkan sama ada secara naratif, deskriptif, eksposisi atau penghujahan. Selain itu, tujuan dapat menentukan bentuk wacana yang hendak digunakan sama ada berbentuk ucapan, ceramah, surat rasmi dan sebagainya. Tujuan wacana juga adalah untuk mendapatkan dan menyampaikan maklumat.Konsep wacana berformat terdiri daripada format-format tertentu untuk menampilkan wacana tatabahasa dalam penulisan. Konsep wacana berformat dalam tatabahasa Melayu meliputi komponen-komponen yang bersepadu. Komponen-komponen berkenaan merupakan asas dalam membentuk konsep wacana berformat. Antara komponen-komponen yang dinyatakan adalah seperti:a. Penggunaan kata, rangka kata, dan ayat yang tepat bagi menyampaikan maklumat secra tersusun dan kohesif.b. Penentuan format penyampaian dan jenis penulisan yang sesuai untuk menyampaikan maklmat. c. Gaya bahasa dan kegunaan wacana dikenal pasti dalam penulisan.d. Gaya bahasa dan kegunaan wacana dalam penulisan turut dianalisis secara koheren.

e. Dalam membina kerangka penulisan memerlukan penyampaian isi yang bernas.

f. Bagi membina perenggan yang kohesif, pembinaan ayat utama dan kohesif diperlukan.

g. Semasa menghasilkan perenggan yang kohesif dan koheren, penyusunan isi dan penggunaan penanda wacana dititik beratkan.

h. Tatabahasa perlu diajar secara terancang dan cekap supaya ketepatan berbahasa berasaskan penggunaan wacana dapat dikuasai dengan jelas.

Murid-murid perlu didedahkan sepenuhnya tentang konsep wacana berformat dalam bahasa Melayu. Ini kerana kebanyakan murid begitu lemah dalam mengingati konsep wacana berformat. Adakala juga penulisan murid terpesong terutama dalam aspek wacana dari segi isi. Keupayaan murid dalam mengetengahkan idea dan membuat huraian merupakan antara punca kelemahan murid. Selain itu, kelemahan murid mengingat format penulisan turut menyumbang kepada masalah ini.

2.0 KONSEP DAN JENIS-JENIS WACANA BERFORMAT DALAM BAHASA MELAYUBahasa Melayu merupakan suatu bahasa yang unik kerana ayat-ayat yang digunakan mempunyai kaitan dan pautan antara satu sama lain. Penghasilan karya yang baik bergantung kepada cara wacana digunakan. Dalam memastikan wacana dapat dihasilkan dengan baik, murid-murid perlu didedahkan dengan setiap jenis dan konsep wacana berformat. Ini secara tidak langsung membantu murid-murid memahami wacana berformat dalam bahasa Melayu.Setiap wacana berformat mempunyai format yang tersendiri. Murid-murid perlu kenal pasti jenis wacana berformat supaya hasil penulisan tidak terpesong atau mengikut kriteria yang dikehendaki. Seperti contoh, format surat kiriman tidak rasmi berbeza dengan surat kiriman rasmi meskipun kedua-dua penulisan ini merupakan surat kiriman. Oleh itu, konsep wacana berformat perlu diterapkan agar tiada kesilapan dilakukan.Sulaiman Masri (1988) menyatakan, penulisan berformat yang tidak ditulis mengikut format yang ditetapkan, maka boleh menjejaskan konsep wacana. Menurut Zainol Ismail (2003), ciri wacana berformat melibatkan perincian yang berasaskan beberapa penulisan berformat. Setiap jenis penulisan berformat memiliki format yang tersendiri. Jika berlaku kesalahan dalam menulis wacana berformat, maka penulisan tersebut tidak memberi makna apa-apa.Dalam bahagian ini, penulis akan memberi penekanan kepada tujuh jenis penulisan yang mengandungi wacana berformat tersendiri. Meskipun wacana berasaskan tiga struktur (pendahuluan, isi dan penutup), format penulisan turut diberi penekanan supaya wacana yang dihasilkan memenuhi kehendak soalan. 2.1 Surat Kiriman Tidak RasmiSurat kiriman tidak rasmi merupakan penulisan berformat yang memiliki ciri dan format tertentu. Ciri dan format penulisan perlu dilatih kepada murid jika ingin mendapatkan hasil yang baik. Penulisan ini nampak sahaja mudah tetapi jika tersalah atau terlupa format maka penulisan ini tidak menjadi. Surat kiriman tidak rasmi merupakan salah satu penulisan berformat yang paling popular dalam peperiksaan.

Ciri-ciri penulisan ini ialah surat kiriman tidak rasmi bersifat peribadi dan ditulis kepada ahli keluarga seperti ibu, bapa dan adik beradik, sahabat handai, saudara-mara dan guru. Konsep wacana berformat yang ditekankan dalam penulisan ini adalah cara penyampaian penulisan ini. Jika surat kiriman tidak rasmi ditujukan kepada ahli keluarga maka cara penyampaian berlainan antara setiap ahli keluarga. Seterusnya, tujuan menulis surat tidak rasmi ini. Setiap tujuan menentukan jenis penulisan yang sesuai untuk menyampaikan maklumat. Antara tujuan menulis surat kiriman tidak rasmi adalah untuk:i. bertanyakan khabar;

ii. memberitahu keadaan diri;

iii. membalas surat;

iv. memohon maaf;

v. memberi ucapan tahniah atau takziah;

vi. memohon maaf;

vii. meluahkan perasaan dan sebagainya.

Setelah mengenal pasti ciri-ciri surat kiriman tidak rasmi, barulah murid-murid mengetahui wacana berformat yang ada dalam penulisan berformat ini. Berikut merupakan ciri-ciri wacana berformat dalam penulisan surat kiriman tidak rasmi.2.1.1 Alamat pengirim

Alamat pengirim perlu ditulis di sebelah kanan bahagian atas surat. Inilah format yang harus diutamakan kerana murid-murid adakala terlupa akan perkara. Tanpa alamat pengirim, penulisan ini tidak mendapat markah yang baik. Contoh alamat pengirim ditulis:

Rajah 1.12.1.2 TarikhTarikh merupakan elemen penting dalam penulisan ini. Tarikh merujuk kepada tarikh surat tersebut ditulis. Tarikh mestilah ditulis di bawah alamat pengirim. Contoh tarikh adalah seperti:

Rajah 1.22.1.3 Pembuka kata / pendahuluan suratFormat seterusnya dalam penulisan ini ialah pembuka kata atau pendahuluan surat. Pembuka kata atau pendahuluan surat ditulis pada perenggan pertama dan ditulis selepas diselang sebaris daripada tarikh. Contoh pembuka kata/pendahulun surat.

Rajah 1.32.1.4 Panggilan hormat penerimaPanggilan hormat penerima merupakan wacana berformat yang sangat penting dalam surat kiriman tidak rasmi. Ini yang membezakan dengan penulisan berformat yang lain. Panggilan hormat penerima turut merupakan pengganti kepada kata nama khas penerima surat. Contoh panggilan hormat penerima yang perlu ditulis dalam penulisan ini.

Rajah 1.42.1.5 Isi Isi ditulis mengikut kehendak soalan yang diberi. Selain itu, tujuan penulis menulis surat tersebut turut menjadi tunjang kekuatan isi. Isi ditulis dan dibahagikan kepada beberapa perenggan bagi menunjukkan kekreatifan penulis menjana idea. Contoh isi yang perlu ditulis dalam penulisan ini.

Rajah 1.52.1.6 PenutupPenutup dalam surat kiriman tidak rasmi bukanlah seperti penutup dalam lain-lain penulisan. Penutup ditulis dengan ringkas seperti ucapan salam. Contoh penutup dalam penulisan ini.

Rajah 1.62.1.7 TandatanganTandatangan merupakan perkara yang penting dalam surat kiriman tidak rasmi ini. Dengan adanya tandatangan maka lengkaplah penulisan berformat ini. Sebelum tandatangan ditulis, tulis terlebih dahulu frasa akuan seperti Anakanada yang jauh, Sahabatmu, Yang benar dan lain-lain yang difikirkan sesuai dengan si penerima. Tandatangan ditulis di bahagian bawah sebelah kanan surat. Contoh tandatangan yang perlu ditulis dalam penulisan ini.

Rajah 1.72.2 Surat Kiriman RasmiSurat kiriman rasmi sangat berbeza dengan surat kiriman tidak rasmi. Terdapat beberapa ciri yang perlu diketahui bagi memastikan penulisan tidak terpesong. Murid perlu tahu bahawa penulisan ini bersifat rasmi dan perlu tahu corak penyampaian yang hendak disampaikan.Kebiasaannya, surat kiriman rasmi ditulis kepada pegawai-pegawai kerajaan dan swasta, pihak pentadbiran sekolah, majlis perbandaran, pihak universiti dan sebagainya. Oleh itu, tujuan surat kiriman rasmi ditulis merupakan perkara yang mustahak dalam menghasilkan penulisan berkualiti. Tujuan penulisan ini adalah untuk:i. membuat permohonan;ii. pesanan barang;

iii. aduan;

iv. rayuan;

v. undangan;

vi. lawatan; dan sebagainya.

Penulisan ini memiliki beberapa ciri wacana berformat yang perlu diikuti oleh murid. Apabila ciri-ciri ini diikuti maka surat kiriman yang ditulis menjadi dan menepati format.2.2.1 Alamat pengirim

Alamat pengirim adalah sangat mustahak ditulis dalam penulisan ini. Ironinya alamat pengirim ditulis adalah untuk memudahkan penerima surat membalas kembali surat yang dikirim. Alamat pengirim ditulis di sebelah kanan bahagian atas surat. (Lihat rajah 2.1)2.2.2 Garisan pemisahSatu garisan lurus yang panjang perlu dihasilkan sebagai pemisah alamat pengirim dengan wacana format yang seterusnya. Garisan ini dihasilkan selepas alamat pengirim ditulis. (Lihat rajah 2.1)2.2.3 Nama dan alamat penerimaSebaik sahaja garisan pemisah dihasilkan, nama dan alamat penerima pula ditulis. Bagi menulis nama penerima, penulis boleh menulis nama jawatan penerima, nama beserta jawatan penerima atau nama penerima sahaja. Setelah nama ditulis, alamat penerima pula ditulis. Alamat penerima perlu ditulis lengkap seperti alamat penerima. Sebagai pelengkap kepada konsep wacana berformat ini, baris terakhir alamat penerima perlu digaris. (Lihat rajah 2.1)2.2.4 Tarikh Tarikh surat kiriman rasmi dihasilkan perlu ditulis sebagai peringatan kepada penerima surat tentang masa yang perlu diambil untuk sebarang peringatan dan maklum balas. Tarikh perlu ditulis sebaris dengan baris terakhir alamat penerima di sebelah kanan surat. (Lihat rajah 2.1)

Rajah 2.12.2.5 Kata ganti nama diri / panggilan hormatKata ganti nama diri merupakan penggantian kepada nama penerima surat. Kebiasaannya, penggantian nama diri bergantung kepada penerima surat. Jika lelaki berjawatan gunakan perkataan tuan dan jika perempuan gunakan perkataan puan. Lain-lain kata ganti nama diri yang difikirkan sesuai boleh digunakan. Tanda koma dibubuh selepas kata ganti nama diri atau panggilan hormat ditulis. (Rujuk rajah 2.2)2.2.6 TajukTajuk atau perkara merupakan elemen penting dalam format penulisan ini. Tajuk atau perkara ini menggambarkan tujuan surat itu ditulis. Tajuk atau perkara ditulis selepas panggilan hormat penerima. Setiap awal perkataan hendaklah ditulis dengan huruf besar dan dihujung tajuk tiada tanda noktah. Kemudian, tajuk atau perkara perlu digaris. (Rujuk rajah 2.2)

Rajah 2.22.2.7 IsiIsi yang ditulis adalah mengikut perenggan. Setiap perenggan mempunyai isi dan tujuan yang berbeza. Perenggan pertama dan akhir tidak perlu dibubuh nombor dan ditulis dari tepi surat. Perenggan kedua dan seterusnya mesti dibubuh nombor dan ditulis jarak dari nombor. (rujuk rajah 2.3)2.2.8 Kata penutupKata penutup berupa kata penamat bagi surat kiriman tidak rasmi. Tanpa kata penutup, penerima boleh mengandaikan bahawa penulisan masih belum tamat lagi. Antara contoh kata penutup ialah sekian, saya yang menurut dan lain-lain yang difikirkan sesuai. Kata penutup perlu ditulis sebelum tanda tangan. (rujuk rajah 2.3)2.2.9 Akuan dan tandatangan pengirimAkuan dan tandatangan pengirim merupakan elemen yang penting dalam penulisan ini. Tanpa tandatangan, surat kiriman rasmi menjadi tidak sah dan dianggap tidak rasmi. Akuan dan tandatangan pengirim ditulis di bahagian kiri bawah surat selepas kata penutup. (rujuk rajah 2.3)2.2.10 Nama dan jawatan pengirimNama dan jawatan pengirim merupakan pelengkap kepada surat kiriman ini. Nama perlu ditulis dengan huruf besar sepenuhnya dan dibubuh tanda kurungan. Selepas itu, jawatan pengirim pula ditulis di bawah nama pengirim. Nama dan jawatan pengirim ditulis selepas tandatangan. (rujuk rajah 2.3)

Rajah 2.32.3 DialogPenulisan dialog terbahagi kepada dua jenis iaitu:

a) dialog dan perbualan; dan

b) wawancara dan temuramah.

Penulisan dialog mempunyai format yang sama tetapi corak penyampaian berlainan antara satu sama lain. Dialog dan perbualan lebih berkisar persoalan biasa dan perbincangan seperti bertanya khabar, perbualan menerusi telefon dan pelbagai lagi. Berbaza pula wawancara dan temuramah lebih berkisar kepada perbualan rasmi, ingin mendapatkan maklumat atau pertanyaan kepada orang yang lebih dihormati.Penulisan ini juga mempunyai tajuk dan murid perlu menulis penulisan dialog berasaskan tajuk yang diberi. Selain itu, watak yang boleh diwujudkan mestilah sekurang-kurangnya dua watak atau lebih. Murid mestilah sentiasa diingatkan bahawa watak yang ingin diwujudkan jangan terlalu banyak kerana bimbang watak tersebut akan mengganggu jalan cerita.

Dalam penulisan ini, murid boleh memulakan keterangan sebelum memulakan penulisan. Keterangan ini lebih berupa kepada permulaan sebelum memulakan penulisan dialog. Wacana berformat yang digunakan tidak terlalu rumit kerana penulisan ini tidak memerlukan perenggan. Cuma ada beberapa format yang perlu diambil perhatian semasa menulis penulisan ini. Rajah di bawah dapat menunjukkan format penulisan dialog.

Rajah 3.1i. Pendahuluan dalam penulisan dialog tidak seperti penulisan lain. Pendahuluan boleh dimulakan dengan bertanya khabar, memberi salam atau lain-lain ayat yang difikirkan sesuai. Memulakan penulisan dialog dengan menulis keterangan juga boleh dikira sebagai pendahuluan.ii. Dua watak atau lebih bagi sesebuah penulisan dialog. Nama perlu ditulis selari di sebelah kiri.iii. Tanda noktah bertindih mesti ditulis selepas nama. Noktah bertindih perlu ditulis selari untuk menampakkan kekemasan.iv. Ayat tanya dan ayat seru antara ayat biasa digunakan. Perlu diingatkan, penggunaan dua ayat ini mestilah mengikut situasi dan keperluan dalam penulisan yang ditulis.v. Boleh menggunakan perkataan singkatan seperti dah, tak, tu dan sebagainya.

2.4 Syarahan / Ucapan / PerbahasanSyarahan, ucapan dan perbahasan merupakan penulisan berformat yang menyerupai penulisan fakta atau cereka. Namun begitu, terdapat beberapa elemen yang membezakan syarahan, ucapan dan perbahasan dengan penulisan fakta atau cereka. Terdapat beberapa format yang perlu diikuti dalam menghasilkan penulisan ini.

BilFormatSyarahanUcapanPerbahasan

1PenyampaianBiasanya untuk pertandinganDisampaikan dalam sesuatu majlisBiasanya untuk pertandingan

2KandunganBerasaskan fakta atau ulasan kepada sesuatu topik.Berasaskan pada subjek perpisahan, penghargaan, alu-aluan dan sebagainya.Berasaskan fakta atau perbincangan demi untuk menyokong, mengusul atau membangkang akan sesuatu topik.

3PendahuluanDimulakan dengan kata alua-aluan bermula Pengerusi Majlis, diikuti orang yang memiliki yang tertinggi dalam majlis tersebut dan diakhiri dengan sidang hadirin.

4Isi penulisanIsi dan fakta yang diberikan mestilah logik. Selain itu, isi penulisan mestilah jelas dan memberi penerangan.

5BahasaBahasa yang digunakan mudah difahami, padat, ada ketegasan, berkesan dan berbahasa baku.

6Kata sapaanKata sapaan perlu disebut sekurang-kurangnya sekali untuk mewujudkan suasana bersyarah, berucap atau berbahas.

7Seni berbahasaPantun, peribahasa, simpulan bahasa dan sebagainya boleh ditambah dalam penulisan bagi menampakkan keindahan penulisan ini.

6PenutupAkhiri penulisan dengan terima kasih sebagai tanda penghargaan atas kesudian pendengar mendengar syarahan, ucapan atau perbahasan.

2.5 LaporanPenulisan laporan berkait rapat dengan hasil peristiwa, kegiatan atau aktiviti yang telah dilakukan. Biasanya, pelaporan ini berkaitan dengan kegiatan persatuan, lawatan, mesyuarat, majlis perasmian, sukan, aktiviti kelas dan sebagainya.

Apabila menulis penulisan laporan ini, penulis perlu mengandaikan diri sebagai seorang setiausa. Ini kerana hanya setiausaha sahaja yang bertanggungjawab menulis laporan. Selain itu, penulisan laporan mestilah mengikut urutan peristiwa atau aktiviti yang dilaksanakan.

Rajah 4.1i. Tajuk laporan mestilah ditulis dengan huruf besar bagi setiap huruf awal perkataan. Kemudian garis tajuk tersebut.ii. Isi laporan mestilah berkaitan dengan tajuk laporan. Setiap peristiwa atau kegiatan mestilah dilaporkan mengikut urutan. Dalam pendahuluan, terangkan terlebih dahulu beberapa perkara seperti organisasi yang terlibat, bilangan peserta, tarikh, masa dan apa-apa sahaja perkara yang difikirkan sesuai. Dalam penutup pula, pengharapan serta penghargaan menjadi isi untuk bahagian ini.

iii. Akuan laporan ditulis di bahagian bawah sebelah kiri dan dibubuh tanda koma. Tandatangan ditulis di bawah akuan laporan.

iv. Nama pelapor mestilah ditulis dengan huruf besar dan dibubuh tanda kurungan. Nama pelapor ini juga ditulis di bawah tandatangan. Kemudian, tuliskan jawatan dan nama organisasi di bawah nama pelapor.

v. Tarikh ditulis di bahagian bawah sebelah kanan sebaris dengan akuan laporan.

2.6 BeritaPenulisan berita merupakan suatu bentuk pelaporan yang memerlukan fakta atau maklumat tentang sesuatu kejadian seperti kemalangan, kebakaran, keraian dan sebagainya. Konsep wacana berformat dalam penulisan ini terarah kepada cara untuk memulakan penulisan. Penulisan berita terhasil melalui enam persoalan iaitu apa?, bila?, di mana?, mengapa? dan bagaimana?. Keenam-enam persoalan akan membantu murid dalam menghasilkan penulisan berita yang baik dan padat. Harus diingat bahawa bahasa yang digunakan dalam penulisan ini mestilah mudah dan tidak meleret-leret.

Rajah 5.1i. Dimulakan dengan menulis nama tempat di sebelah dengan kesemua huruf dalam huruf besar dan diletakkan tanda koma. Diikuti dengan hari atau tarikh. Kemudian tanda sempang diletakkan sebelum perenggan pertama.

ii. Isi penulisan ditulis mengikut maklumat yang diperoleh dan berasaskan enam persoalan yang telah dinyatakan.

2.7 Catatan Harian

Penulisan catatan harian merupakan penulisan tentang sesuatu peristiwa atau pengalaman yang dialami oleh penulis. Penulisan ini turut dikenali sebagai penulisan diari. Penulisan ini terbahagi kepada dua bentuk iaitu catatan untuk sehari dan untuk beberapa hari. Jika catatan tersebut untuk sehari, catatan tersebut perlu sertakan tarikh, hari dan waktu berlaku peristiwa tersebut. Berbeza dengan catatan beberapa hari, catatan tersebut perlu sertakan hari, tarikh dan waktu (jika perlu).Penulisan ini ditulis seperti sebuah cerita. Dalam satu catatan, tidak memerlukan terlalu banyak perenggan. Susunan atau urutan peristiwa yang menjadi kunci utama dalam menghasilkan penulisan ini.

Contoh penulisan catatan harian untuk beberapa hari

Contoh penulisan catatan harian untuk sehari

Rajah 6.13.0 APLIKASI WACANA BERFORMAT DALAM PENGAJARAN PENULISAN BAHASA MELAYUDalam mengaplikasi wacana berformat dalam pengajaran penulisan bahasa Melayu, murid-murid perlu didedahkan dengan lebih terperinci akan setiap penulisan berformat yang diajar di dalam kelas. Seperti yang telah dinyatakan dalam perbincangan sebelum ini, struktur wacana iaitu pendahuluan, isi dan penutup perlu dilatih supaya murid-murid dapat menghasilkan penulisan yang baik dan berkualiti. Terdapat lima panduan yang boleh diikuti dalam mengaplikasikan wacana berformat dalam pengajaran penulisan bahasa Melayu.3.1 Peraturan Dalam Merancang Pengajaran Penulisan

Guru perlu tekankan bahawa penulisan yang lengkap merangkumi sekurang-kurangnya tiga isi yang dikembangkan dengan huraian dan contoh. Setiap isi yang dikemukakan pula mestilah tepat dan relevan dengan tajuk. Setiap huraian dan contoh mestilah memiliki tautan antara satu sama lain.Murid perlu matang dalam menghuraikan isi pokok yang diberikan agar penulisan yang dihasilkan gramatis dan menarik minat untuk membaca. Murid juga perlu bijak menggunakan bahasa dengan baik supaya dapat mengelakkan pengulangan atau kebergantungan idea.

Penggunaan penanda wacana mestilah betul dan tepat. Selain itu itu, murid perlu meminimakan kesalahan ejaan dan tanda baca dalam menghasilkan penulisan. Dalam menghasilkan penulisan yang baik, pemerengganan hendaklah seimbang dan dicadangkan antara lima hingga tujuh perenggan sahaja.

Perkara yang paling mustahak ialah murid perlu tahu format yang hendak digunakan. Apabila murid dapat menguasai penulisan berformat, maka murid tidak mempunyai masalah dalam menghasilkan penulisan berformat mengikut kehendak soalan.

Sehubungan dengan itu, guru perlu memberikan skema pemarkahan penulisan bagi membantu murid memahami kehendak penulisan. Skema pemarkahan penulisan terbahagi kepada dua aspek iaitu aspek penulisan dan aspek bahasa.

IsiMarkah

Pendahuluan 1

Isi12

Penutup2

Jumlah15

BahasaMarkah

Perbendaharaan Kata3

Struktur Ayat3

Penggunaan Imbuhan3

Tanda Baca3

Ejaan3

Jumlah15

3.2 Proses MenulisDalam proses menulis, murid perlu faham dan yakin ketika memilih tajuk. Pemilihan tajuk mestilah berasaskan pengetahuan, pemahaman, keupayaan mengolah serta berupaya mengembangkan isi. Murid perlu memiliki pengetahuan tentang apa-apa tajuk yang dipilih dari segi bentuk atau format penulisan, isi-isi dan laras bahasa. Melalui pengetahuan tersebut, barulah murid dapat melakukan pemilihan yang tepat dan menghasilkan penulisan yang sempurna.Jika murid memiliki pengetahuan tetapi tidak tahu langkah seterusnya, sudah tentu tindakan memilih tajuk tersebut merupakan tindakan yang kurang bijak. Begitu juga jika kurang keyakinan dalam mengembangkan idea meskipun memiliki pengetahuan, maka hal itu turut menyumbang kerugian kepada murid berkenaan.

Murid perlu memahami perbezaan format dan laras bahasa bagi setiap jenis penulisan berformat untuk memudahkan murid menguasai kemahiran menulis. Murid juga perlu perluaskan kosa kata melalui bahan bacaan untuk membantu murid dalam mengolah isi-isi penulisan. Setiap maklumat yang diperoleh juga perlu dicatat dan disimpan dengan untuk dijadikan rujukan pada masa akan datang.

3.3 Rangka PenulisanRangka ialah garis kasar dan panduan dalam menghasilkan penulisan yang lengkap. Rangka penulisan dapat membantu murid memastikan perkara-perkara yang dicadangkan tidak terpesong dengan kehendak soalan. Selain itu, rangka juga dapat membantu murid menyusun isi-isi mengikut aturan atau susunan yang betul.

Rangka penulisan juga dapat membantu murid menghasilkan perenggan yang padat. Ini kerana murid dapat menganggar isi dengan perenggan. Selain itu, rangka juga dapat mengelakkan murid melakukan pengulangan fakta dalam penulisan. Harus diingat bahawa rangka penulisan mestilah ringkas, jelas dan mudah difahami.

3.4 Membina PerengganSatu perenggan mestilah mengandungi satu isi yang lengkap beserta huraian dan contoh yang mengukuhkan isi. Perenggan yang baik bermaksud idea yang diketengah dalam isi tersebut, kemudian dihuraikan dengan fakta atau maklumat yang berupa keterangan kepada idea tersebut dan disokong dengan contoh-contoh daripada sumber yang boleh dipercayai.

Dalam membina perenggan, terdapat dua teknik yang boleh diketengahkan kepada murid iaitu:

i. Teknik deduktif

Teknik ini merupakan teknik yang mengetengahkan isi atau idea utama dalam ayat pertama. Kemudian, dalam ayat berikutnya mengandungi huraian terhadap isi atau idea utama tersebut. Seterusnya, ayat yang mengandungi contoh-contoh yang sesuai dengan huraian tadi dalam ayat berikutnya.

ii. Teknik induktifTeknik ini mengetengahkan huraian dalam ayat pertama dan diikuti dengan contoh. Setelah huraian dan contoh dikemukakan, barulah idea atau isi utama dijadikan kesimpulan terhadap penghuraian tersebut.3.5 Membuat SemakanMenyemak atau menyunting merupakan proses akhir selepas menulis. Ini penting kerana dapat memastikan segala aspek dalam penulisan dipatuhi dan diikuti. Dalam hal ini, aspek yang perlu disemak atau disunting ialah kemahiran kebahasaan, jumlah perkataan dan pemerengganan. Penulisan yang disunting dengan baik akan memudahkan pembaca untuk membaca hasil penulisan.

Terdapat lima aspek kemahiran kebahasaan yang perlu diberi perhatian dalam penyuntingan penulisan, iaitu;

a. tatabahasa;

b. sistem ejaan;c. perbendaharaan kata;

d. tanda baca; dan

e. gaya bahasa.4.0 RUMUSAN

Hasil daripada tugasan ini kita dapat merumuskan bahawa wacana mempunyai format yang tersendiri dalam setiap penulisan berformat. Setiap wacana berformat yang ditonjolkan menunjukkan identiti bagi setiap penulisan berformat. Inilah keunikan yang ada dalam setiap penulisan.Konsep wacana berformat yang ditonjolkan dalam setiap penulisan sangat berbeza dan bergantung kepada penulisan berformat yang diketengahkan. Jika tersalah konsep wacana berformat, penulisan tersebut tidak menjadi penulisan berformat yang diharapkan. Sebagai contoh, seorang murid dikehendaki menulis penulisan catatan harian tetapi murid tersebut menggunakan konsep wacana berformat surat kiriman tidak rasmi. Oleh itu, hasil penulisan murid itu telah terpesong.Sebagai seorang guru, kita perlu berhati-hati dalam mengajar murid-murid tentang konsep wacana berformat dalam penulisan bahasa Melayu. Ini kerana murid-murid agak sukar memahami konsep tersebut terutama ketika mengetengahkan isi atau idea utama. Jika murid dapat mengaplikasi wacana berformat, sudah tentu murid dapat menghasilkan penulisan yang baik dan gramatis.

3,532 patah perkataan5.0 BIBLIOGRAFIDewan Bahawa dan Pustaka. (2005). Kamus dewan edisi keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Dr Adenan Ayob dan Mohd Rain Shaari. (2013). Hbml3203 tatabahasa dalam pengajaran bahasa Melayu. Kuala Lumpur: OUM.Dr Nadzeri Isa. (2013). Kemahiran menulis dalam hbml3103 pengajaran KOMSAS dalam bahasa Melayu, halaman. 102-114. Kuala Lumpur: OUM.Kementerian Pendidikan Malaysia. (2003). Sukatan pelajaran KBSR, Bahasa Melayu. Kuala Lumpur. Pusat Perkembangan Kurikulum.Mahzan Arshad. (2003). Teknik penggajaran literasi yang menyokong dan menggalakkan penulisan dalam Pendidikan literasi bahasa Melayu satu pendekatan bersepadu, hlmn. 119-129. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.Nik Safiah Karim. et. al. (1996). Tatabahasa dewan edisi baharu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Sumber Internethttp://cikgudins.blogspot.com/2011/01/karangan-jenis-ucapansyarahan-dan.htmlhttp://gbsktpsp.blogspot.com/2009/06/pebagi-jenis-penulisan.htmlhttp://tatabahasabm.tripod.com/tulisan/kdialog.htmhttp://www.slideshare.net/cikgubibi/panduan-menulis-beritaAlamat ditulis sebelah atas bahagian kanan.

Cara tarikh surat ditulis.

Pembuka kata / pendahuluan surat

ayah ayahanda

ibu bonda

datuk / nenek nenda

rakan lelaki saudara

rakan perempuan saudari

kakak / abang kakanda

adik adinda

Penutup mengandungi pengakhiran surat (sekian sahaja buat kali ini) dan salam.

Tandatangan ditulis di bahagian bawah sebelah kanan. Sebelum itu, frasa akuan ditulis atas tandatangan.

Alamat pengirim ditulis di sebelah kanan bahagian atas.

Nama (jawatan) dan alamat penerima ditulis di bawah garisan.

Garisan pemisah ditulis selepas alamat penerima.

Tarikh ditulis sebaris dengan alamat akhir penerima.

Garisan yang digaris pada baris akhir alamat penerima.

Panggilan hormat penerima

Setiap awal perkataan perlu ditulis dengan huruf besar dan digaris.

Kata penutup. Ditulis sebagai penutup surat.

Akuan dan tandatangan pengirim. Mesti ditulis supaya menjadi rasmi.

Nama ditulis dengan huruf besar sepenuhnya dan dibubuh tanda kurungan. Di bawah nama, tulis jawatan pengirim.

Isi ditulis mengikut perenggan dan bernombor. Perenggan pertama dan akhir tidak perlu dinomborkan.

ii

iii

iv

v

i

i

ii

iii

iv

v

Laporan Lawatan Sambil Belajar Persatuan Bahasa Melayu

i

ii

Jadual 1.1: Pecahan Markah untuk Aspek Penulisan

Jadual 1.2: Pecahan Markah untuk Aspek Bahasa

Idham Khalil B Abdul Muluk

820425085139001 25

_1253083327.bin