hbef2803 perkembangan profesionalisme keguruan (t2 a2)

11
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA OPEN UNIVERSITY MALAYSIA KUALA LUMPUR. KOD KURSUS HBEF 2803. TAJUK KURSUS PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN NAMA : SITI JANIA @ NURSYAHIRAH BTE JIKRI NO. MATRIKULASI : 700113-12-5342001. NO.K/P: 700113125342. SEMESTER : SEPT. 2013

Upload: zauhari-hussein

Post on 09-Jan-2017

130 views

Category:

Education


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Hbef2803 perkembangan profesionalisme keguruan (t2 a2)

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASAOPEN UNIVERSITY MALAYSIA

KUALA LUMPUR.

KOD KURSUSHBEF 2803.

TAJUK KURSUSPERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN

NAMA :SITI JANIA @ NURSYAHIRAH BTE JIKRI

NO. MATRIKULASI :700113-12-5342001.

NO.K/P: 700113125342.

SEMESTER :SEPT. 2013

Page 2: Hbef2803 perkembangan profesionalisme keguruan (t2 a2)

ISI KANDUNGAN. MUKA SURAT.

PENGHARGAAN. ii

SEMINAR 2: ( MOTIVASI PELAJAR ). 1

1.0 : Pengenalan. 1 - 2

2.0 : Faedah Mengikuti Program Pensiswazaan Guru. 2 - 3

3.0 : Sumbangan Gurur Kepada Kementerian Pelajaran Malaysia. 3 - 4

4.0 : RUMUSANNYA. 5

ii

Page 3: Hbef2803 perkembangan profesionalisme keguruan (t2 a2)

PENGHARGAAN

Pada kesempatan ini, saya ingin mengucapkan syukur kepada Ilahi kerana dengan rahmat yang

diberikan olehNya, saya dapat menyiapkan tugasan yang telah diberikan dengan jayanya. Jutaan

terima kasih juga saya ucapkan kepada semua pihak yang turut membantu sama ada secara

langsung atau tidak langsung dalam menyiapkan tugasan ini.

Keseimbangan antara Kurikulum dan Kokurikulum amat dititik beratkan dalam falsafah

pendidikan negara.Oleh itu, sebagai guru-guru perlu melengkapkan diri bukan sahaja dari segi

ilmu pengetahuan malah kemahiran juga perlu dikuasai dengan sebaiknya.Dengan adanya ilmu

dan kemahiran tersebut, guru-guru dapat membentuk murid-murid ke arah yang lebih baik dan

seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.Secara tidak langsung, pendidikan di

negara ini dapat dipertingkatkan lagisetanding dengan negara-negara lain.

Keberkesanan aktiviti Kokurikulum dalam membentuk sahsiah murid-murid dapat dilihat dengan

wujudnya pelbagai unit berunifom, persatuan dan kelab di sekolah-sekolah. Kesemua unit ini

ditubuhkan adalah untuk memantapkan ilmu dan kemahiran serta melatih murid-murid

mempraktikkan ilmu dan kemahiran tersebutsama ada dalam ataupun luar kawasan sekolah.

Dengan adanya keyakinan yang tinggi, murid-murid dapat memberi sumbangan dalam membina

dan membangunkan agama, bangsa dan negara.

Peningkatan taraf pendidikan dari masa ke semasa merancakkan lagi aktiviti Kurikulum dan

Kokurikulum di sekolah. Oleh yang demikian, sekali lagi guru-guru disaran agar sentiasa

melengkapkan diri selaras dengan peredaran masa dan perubahan sistem pendidikan di negara

ini. Dengan itu, semua sekolah di negara ini akan melahirkan guru dan pelajar yang cemerlang

dari semua segi selaras dengan kehendak Rukun Negara dan Falsafah Pendidikan Negara.

Wassalam,

iii

Page 4: Hbef2803 perkembangan profesionalisme keguruan (t2 a2)

SEMINAR 2:

( MOTIVASI PELAJAR )

1.0 : PENGENALAN.

Menurut Tuan Haji Ibrahim bin Sakimin, Ketua Penolong Pengarah, Sektor Standard dan

Verifikasi daripada Bahagian Pendidikan Guru (BPG), Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)

telah dijemput sebagai pembentang pada Seminar Perkembangan Profesionalisme Keguruan

yang telah dianjurkan oleh Fakulti Pendidikan dan Bahasa yang bertempat di kampus induk

Open University Malaysia (OUM) pada 26 Oktober 2013. Pembentangan beliau bertajuk

Motivasi Pelajar.

Beliau memberi penekanan terhadap dua perkara pokok dalam pembentangan tersebut iaitu,

apakah faedah yang akan diperolehi oleh warga pendidik sekiranya mereka mengikuti program

pensiswazahan guru dan apakah pula sumbangan yang akan diberikan oleh para guru kepada

Kementerian Pelajaran Malaysia setelah mereka mengikuti program tersebut. Bahagian

Pendidikan Guru telah berusaha untuk membantu warga pendidik dengan mempelawa semua

guru mengikuti program pensiswazahan ini yang dikenali sebagai Open University Malaysia

(OUM). Menurut beliau lagi, guru-guru yang mengikuti program ini boleh belajar mengikut

subjek yang mereka ajar di sekolah.

Bahagian Pendidikan Guru juga telah mengambil beberapa langkah dengan mempelawa para

guru untuk menyertai program ini seperti menghantar sistem pesanan ringkas (SMS) kepada

lebih kurang 16,000 para guru di seluruh negara. Walaubagaimanapun, menurut pembentang

respon yang diterima daripada warga pendidik kurang memberangsangkan kerana hanya 80%

daripada 100% yang menyahut cabaran tersebut. Selain itu, guru-guru akan mengemukakan

soalan yang cukup panas iaitu; apakah yang akan saya perolehi sekiranya mengikuti

program ini?.

Melalui kertas pembentangan tersebut, beliau menerangkan bahawa terdapat dua kebaikan yang

akan diperolehi oleh semua guru yang mengikuti program OUM ini. Kebaikan tersebut ialah

dapat meningkatkan ilmu dan kemahiran dan dapat meningkatkan pendapatan para guru.

Page 5: Hbef2803 perkembangan profesionalisme keguruan (t2 a2)

1

Pihak pembentang dalam hal ini turut menjelaskan bahawa semua guru perlu membalas balik

segala usaha yang telah dijalankan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dengan memberi

sumbangan yang bukan sahaja dapat mewujudkan keberhasilan murid malah dapat meningkatkan

kualiti pendidikan negara.

2.0 : Faedah Mengikuti Program Pensiswazan Guru.

Dalam hal ini, pihak pembentang menyatakan bahawa terdapat dua kebaikan yang akan

diperolehi sekiranya mengikuti program OUM ini. Faedah yang pertama ialah dapat

meningkatkan ilmu dan kemahiran. Warga pendidik yang mengikuti program ini dapat

meningkatkan ilmu dan kemahiran yang sedia ada. Hal ini kerana mereka bukan sahaja belajar

subjek major malah akan mengikuti pembelajaran bagi subjek-subjek yang lain. Sebagai contoh,

bagi guru yang mengajar subjek Bahasa Melayu sebagai subjek major, mereka juga akan belajar

subjek Kemahiran Hidup dan Pendidikan Kesihatan dalam program tersebut. Oleh yang

demikian, mereka bukan sahaja mahir berbahasa malah mahir dalam aspek pertukangan dan

penjagaan kesihatan. Hal ini menunjukkan bahawa warga guru perlu mengikuti program yang

ditawarkan ini agar mereka dapat menguasai pelbagai bidang ilmu.

Faedah yang kedua ialah dapat meningkatkan pendapatan. Sekiranya guru-guru mengikuti

program pensiswazahan ini, secara tidak langsung pendapatan mereka juga akan meningkat. Hal

ini kerana, setelah memperolehi ijazah, gred jawatan bagi seseorang guru akan berubah. Sebagai

contoh, bagi guru yang berada pada gred jawatan DGA32 akan melonjak kepada gred jawatan

DG41 selepas mereka mendapat ijazah dan secara tidak langsung gred gaji para guru juga akan

turut berubah. Selain itu, menurut pembentang pada masa ini terdapat banyak laluan yang boleh

digunakan oleh warga guru untuk meningkatkan lagi profesionalisme keguruan ini. Antara laluan

tersebut ialah laluan biasa berdasarkan time based ataupun laluan luar biasa iaitu mempunyai

kreativiti dan inovasi yang boleh diperkenalkan kepada murid-murid terutamanya dalam aktiviti

pengajaran dan pembelajaran.

Page 6: Hbef2803 perkembangan profesionalisme keguruan (t2 a2)

2

Oleh yang demikian, berdasarkan kepada huraian di atas jelas menunjukkan bahawa guru-guru

yang mengikuti program pensiswazahan ini bukan sahaj dapat meningkatkan ilmu dan

kemahiran diri secara berterusan malah dapat melahirkan murid yang berpotensi tinggi.

3.0 : Sumbangan Gurur Kepada Kementeriaan Pelajaran Malaysia.

Berpandukan kepada kertas kerja yang dibentangkan oleh Tuan haji Ibrahim, terdapat tiga

perkara penting yang perlu diaplikasikan oleh para pendidik dalam tugas seharian mereka setelah

memperolehi ijazah. Antaranya ialah nilai sebagai seorang guru, ilmu dan kemahiran.

Lantaran itu sebagai seorang guru perlulah menerapkan nilai-nilai murni dalam menjalankan

tugas seharian mereka sebagai seorang guru. Menurut pembentang, antara nilai murni tersebut

ialah menepati masa sewaktu hendak masuk ke dalam kelas. Guru-guru seharusnya datang ke

kelas lima minit awal dari masa yang sepatutnya. Hal ini kerana, apabila guru datang ke kelas

mengikut masa pembelajaran yang sepatutnya, banyak masa untuk aktiviti pengajaran dan

pembelajaran yang akan terbuang memandangkan guru telah mengambil masa yang banyak

dalam perjalanan ke kelas yang hendak diajar. Oleh itu, guru perlu jujur dan bersungguh-

sungguh dalam menjalankan tugas.

Sebagai sumbangan yang tidak ternilai, guru perlulah menngaplikasikan dan memanafaatkan

ilmu yang diperolehi untuk dalam bentuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang terancang.

Guru-guru tidak seharusnya menggunakan teknik pengajaran yang sama setiap tahun tanpa

membuat pembaharuan. Hal ini kerana sistem pendidikan akan sentiasa berkembang mengikut

peredaran masa. Selain itu, kemudahan teknologi perlu diterokai oleh semua guru untuk

mendapatkan dan meningkatkan ilmu pengetahuan. Menurut pembentang, walaupun kemudahan

pembelajaran kini semakin canggih namun semuanya berbalik kepada guru. Hal ini kerana

sekiranya guru menguasai ilmu yang pelbagai baharulah teknologi tersebut dapat digunakan

dengan sebaiknya dan begitulah sebaliknya.

Page 7: Hbef2803 perkembangan profesionalisme keguruan (t2 a2)

3

Pembentang telah memberi contoh satu kes yang berlaku di negeri Sabah. Walaubagaimanapun,

beliau tidak mendedahkan nama sekolah tersebut. Terdapat 30 orang murid yang akan

menduduki peperiksaan UPSR dan daripada jumlah tersebut hanya tujuh orang murid yang boleh

membaca tetapi tidak lancar dan selebihnya tidak boleh membaca. Guru yang berada di sekolah

tersebut seramai 27 orang dan kesemua guru tersebut mempunyai ijazah. Hal ini

menggambarkan bahawa semua guru tersebut mempunyai ilmu namun tidak digunakan dengan

sebaiknya dalam membantu murid-murid yang mengalami masalah pembelajaran. Oleh yang

demikian, warga guru perlu bertanggungjawab dengan tugas yang telah diamanahkan dan bukan

hanya mementingkan pendapatan bulanan.

Selain itu, kemahiran yang pelbagai juga perlu dikuasi oleh warga guru. Warga guru perlu

mempunyai inisiatif kendiri untuk membangunkan profesionalisme keguruan. Hal ini kerana

kemahiran tersebut bukan sahaja dapat meningkatkan pengetahuan guru tetapi turut membantu

meningkatkan potensi murid-murid. Sebagai contoh, guru perlu lebih kreatif dan berinovatif

ketika menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan mengaplikasikan kemudahan

ICT. Dengan adanya penggunaan kemudahan tersebut secara tidak langsung guru dapat

mewujudkan pemikiran aras tinggi di kalangan murid-murid atau pelajar. Selain itu, murid-murid

atau pelajar pada masa ini adalah mereka yang celik komputer. Oleh itu, guru perlu

melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran agar murid atau pelajar tidak berasa guru yang

mengajar mempunyai ilmu yang cetek.

4.0 : Rumusannya.

Berpandukan kertas kerja yang dibentangkan oleh pihak pembentang, maka jelaslah

menunjukkan bahawa para guru perlu melaksanakan tugas yang telah diamanahkan dan

diberikan kepada mereka oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dengan bersungguh-sungguh dan

dengan penuh tanggungjawab. Setelah memperolehi pelbagai faedah selepas mengikuti program

pensiswazahan ini, guru-guru perlu memberi sumbangan kepada Kementerian Pelajaran

Malaysia. Keadaan ini dapatlah dikatakan sebagai win win situations.

Page 8: Hbef2803 perkembangan profesionalisme keguruan (t2 a2)

4