13. hbef2803 topik 9 -...

31
PENGENALAN Insan guru adalah pembina generasi akan datang, pembentuk jati diri pelajar dan menjadi role model kepada masyarakat setempat. Oleh itu, pelatih guru perlu didedahkan kepada pelbagai situasi yang mencabar minda dan keupayaan mereka. Aktiviti-aktiviti ketahanan diri dirancang di dalam Program Bina Insan Guru untuk menyediakan bakal guru menghadapi situasi sebenar dan boleh menyesuaikan diri di dalam semua keadaan di samping mampu menangani pelbagai cabaran era globalisasi. Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menghuraikan konsep aktiviti darat dan aktiviti air; 2. Menjelaskan jenis-jenis aktiviti darat dan aktiviti air; 3. Mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran-kemahiran semasa menjalani aktiviti di dalam air; dan 4. Membincangkan aspek keselamatan di darat dan di air. HASIL PEMBELAJARAN T T o o p p i i k k 9 9 Pengenalan Aktiviti Ketahanan Diri

Upload: phamminh

Post on 06-Mar-2019

264 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: 13. HBEF2803 Topik 9 - epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/sme/fullarticle/HBEF2803/201208150725... · untuk mengenal pasti tanda-tanda di atas permukaan bumi. Ia merupakan

� PENGENALAN

Insan guru adalah pembina generasi akan datang, pembentuk jati diri pelajar dan menjadi role model kepada masyarakat setempat. Oleh itu, pelatih guru perlu didedahkan kepada pelbagai situasi yang mencabar minda dan keupayaan mereka. Aktiviti-aktiviti ketahanan diri dirancang di dalam Program Bina Insan Guru untuk menyediakan bakal guru menghadapi situasi sebenar dan boleh menyesuaikan diri di dalam semua keadaan di samping mampu menangani pelbagai cabaran era globalisasi.

Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1. Menghuraikan konsep aktiviti darat dan aktiviti air;

2. Menjelaskan jenis-jenis aktiviti darat dan aktiviti air;

3. Mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran-kemahiran semasa menjalani aktiviti di dalam air; dan

4. Membincangkan aspek keselamatan di darat dan di air.

HASIL PEMBELAJARAN

TTooppiikk

99 � Pengenalan

Aktiviti Ketahanan Diri

Page 2: 13. HBEF2803 Topik 9 - epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/sme/fullarticle/HBEF2803/201208150725... · untuk mengenal pasti tanda-tanda di atas permukaan bumi. Ia merupakan

� TOPIK 9 PENGENALAN AKTIVITI KETAHANAN DIRI

210

Melalui aktiviti ketahanan diri, diharapkan dapat melahirkan insan guru yang sentiasa berusaha meningkatkan potensi diri sebagai individu berakhlak mulia melalui amalan refleksi dan penilaian kendiri di dalam semua aspek kehidupan seharian. Guru juga perlu mempunyai semangat juang yang tinggi dan ketahanan fizikal dan mental, di samping menjadi insan yang berguna kepada diri, keluarga, masyarakat dan negara.

PENGENALAN AKTIVITI DARAT

Semua jenis aktiviti yang dilaksanakan di dalam hutan, di tepi pantai, di kawasan pergunungan seperti perkhemahan, abseilling, treking, orienteering dan sebagainya.

9.1.1 Orienteering

Orienteering ialah „cross-country race involving map-reading: A sport that combines map-reading and cross-country running. Competitors make their way through unfamiliar terrain using a compass and a topographical map‰. (Microsoft Encarta Reference Library, 2005 Co). Sila lihat Rajah 9.1.

Rajah 9.1: Contoh aktiviti „Orienteering‰

Orienteering adalah sejenis sukan darat yang mencabar. Pesertanya dikehendaki mengamalkan ketepatan, ketelitian menerusi penggunaan peta dan kompas untuk mengenal pasti tanda-tanda di atas permukaan bumi. Ia merupakan salah satu aktiviti mengembara di daratan yang boleh diikuti oleh pelbagai peringkat umur dan tahap kecerdasan serta kemahiran. Orienteering boleh dilaksanakan secara individu, berpasangan atau berkumpulan.

9.1

Page 3: 13. HBEF2803 Topik 9 - epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/sme/fullarticle/HBEF2803/201208150725... · untuk mengenal pasti tanda-tanda di atas permukaan bumi. Ia merupakan

TOPIK 9 PENGENALAN AKTIVITI KETAHANAN DIRI �

211

Aktiviti sebenar boleh dilaksanakan di mana-mana sahaja sama ada di kawasan sekolah, taman-taman rekreasi, tempat perkelahan dan sebagainya. Bagaimana pun kawasan hutan dara yang mempunyai anak-anak sungai, jeram, paya, bukit bukau dan halangan-halangan semula jadi muka bumi lain menjadi pilihan utama kerana ia relevan dengan konsep penggunaan kompas dan peta. (a) OObjektif Orienteering

(i) Memperoleh kemahiran asas membaca peta dengan menggunakan kompas.

(ii) Membina sikap bekerjasama, kepimpinan, kemahiran berfikir, dan menghargai alam semula jadi.

(iii) Memperoleh kemahiran memilih lokasi yang tepat serta menilai keadaan persekitaran dengan bantuan peta dan kompas.

(iv) Menikmati keseronokan semasa menjalani aktiviti orienteering.

(v) Melatih diri untuk berdikari dan tidak terlalu bergantung pada seseorang terutama dalam menangani situasi yang sukar.

(vi) Mendedahkan peserta kepada kehidupan sebenar di hutan.

(vii) Melahirkan insan yang mempunyai ketahanan diri dalam profesion perguruan.

(b) AAlatan dan Kemudahan Semasa menjalani aktiviti ini, beberapa peralatan perlulah disediakan

seperti berikut:

(i) PPeta Peta bukanlah peralatan yang wajib. Jika digunakan, ia mestilah

memenuhi syarat yang berikut:

� Peta berjudul yang menunjukkan lokasi-lokasi berdasarkan garisan-garisan latitud (melintang) dan longitud (menegak).

� Berskala 1: 10,000 atau 1 : 15,000 dan lain-lain.

� Arah penunjuk: utara.

Page 4: 13. HBEF2803 Topik 9 - epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/sme/fullarticle/HBEF2803/201208150725... · untuk mengenal pasti tanda-tanda di atas permukaan bumi. Ia merupakan

� TOPIK 9 PENGENALAN AKTIVITI KETAHANAN DIRI

212

� Melibatkan struktur fizikal semulajadi seperti tasik, paya, bukit dan lain-lain.

� Melibatkan struktur buatan manusia seperti bangunan, jambatan jalanraya dan lain-lain.

(ii) KKompas

� Jenis base plate adalah kompas yang paling sesuai digunakan.

� Jenis plain watch hanya sesuai untuk pandu arah biasa. Kompas jenis ini mempunyai ketepatan yang terhad.

� Jenis wrist compass pula dipakai seperti jam tangan. Kompas jenis ini juga ketepatan yang terhad.

� Jenis lensatic compass merupakan kompas yang popular di kalangan tentera. Kekurangan protractor base dan tidak boleh digunakan untuk bearing.

� Jenis cermin adalah kompas yang lebih sesuai untuk kerja-kerja pemetaan. Kompas jenis ini tidak sesuai untuk aktiviti orienteering kerana ia berat untuk dibawa.

9.1.2 Kemahiran Asas Orienteering

(a) KKemahiran Membaca Peta Kemahiran membaca peta ini termasuklah mempunyai kemahiran

terhadap:

(i) Struktur fizikal seperti garisan kontur yang menunjukkan kedudukan ketinggian atau kecerunan sesuatu tempat, kedudukan garis lintang dan garis bujur.

(ii) Skala, struktur fizikal (semula jadi/buatan manusia) garisan kontur iaitu latitud dan longitud.

(iii) Tumbuhan seperti paya bakau, danau, belukar dan lain-lain.

Page 5: 13. HBEF2803 Topik 9 - epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/sme/fullarticle/HBEF2803/201208150725... · untuk mengenal pasti tanda-tanda di atas permukaan bumi. Ia merupakan

TOPIK 9 PENGENALAN AKTIVITI KETAHANAN DIRI �

213

(b) KKemahiran Menggunakan Kompas Dalam penggunaan kompas, guru perlulah mempunyai kemahiran:

(i) Menentukan arah tujuan iaitu arah anak panah menunjukkan arah perjalanan ke arah sasaran.

(ii) Memastikan garisan utara/selatan berada dalam kedudukan betul.

(iii) Dapatkan bearing yang selari dengan anak panah arah perjalanan.

(iv) Dapatkan back-bearing yang bertentangan dengan arah anak panah arah perjalanan.

(c) KKemahiran Memimpin Kumpulan/Isyarat Dalam melaksanakan aktiviti ini, seorang ketua akan bertindak sebagai

pemimpin yang akan:

(i) Memberikan isyarat bahaya seperti ular, duri dan lain-lain.

(ii) Memberi penerangan/arahan.

(iii) Membentuk organisasi kumpulan dengan memberi penekanan terhadap aspek keselamatan.

(iv) Membuat kiraan dari depan ke belakang dari semasa ke semasa. (d) KKemahiran Fizikal Dalam aktiviti ini juga, guru harus mempunyai kemahiran yang melibatkan

fizikal iaitu:

(i) Mengharungi sungai.

(ii) Mendaki atau menurun bukit, tangga curam dan kawasan tinggi.

(iii) Memanjat pokok, bukit dan lain-lain. JJenis-jenis Orienteering:

(i) Trim Orienteering Aktiviti ini dilaksanakan secara kumpulan besar tanpa had masa dan

tidak memerlukan perancangan yang teliti dan pelaksanaan mengikut tahap keupayaan peserta.

(ii) Orienteering di Waktu Malam Dilaksanakan di kawasan yang telah dipastikan tahap

keselamatannya. Aktiviti ini dijalankan dengan bantuan lampu suluh, wisel, parang dan lain-lain lagi.

Page 6: 13. HBEF2803 Topik 9 - epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/sme/fullarticle/HBEF2803/201208150725... · untuk mengenal pasti tanda-tanda di atas permukaan bumi. Ia merupakan

� TOPIK 9 PENGENALAN AKTIVITI KETAHANAN DIRI

214

(iii) Orienteering Berbasikal Aktiviti ini biasanya menggunakan kawasan yang jaraknya melebihi

15 kilometer. Kawasan perkampungan atau di kawasan yang mempunyai kemudahan jalan atau laluan yang tidak sibuk dengan kenderaan lalu lintas adalah kawasan yang sesuai untuk menjalankan aktiviti ini.

(e) TTerminologi

(i) TTitik Pemeriksaan (Check Point) Titik pemeriksaan (check point) adalah merupakan suatu tempat atau

kedudukan yang ditentukan yang perlu ditempuhi dan dilalui oleh setiap peserta atau kumpulan peserta. Kedudukan ini merupakan ciri-ciri semula jadi atau buatan manusia di mana ia mestilah ditandakan di dalam peta yang akan digunakan.

(ii) PPenanda Kawalan (Control Marker) Bagi membantu dan memastikan peserta tiba di titik kawalan yang

betul, satu penanda khas akan digantung di setiap kawalan. Penanda ini mempunyai kod kawalan sama ada dalam bentuk nombor atau huruf tertentu. Setiap kod adalah unik dan berbeza antara satu sama lain. Ia bertujuan untuk memastikan peserta tiba di titik kawalan yang betul.

(iii) KKad Kawalan (Control Card) Sebagai membuktikan setiap titik kawalan telah ditempohi, satu kad

kawalan akan diberikan kepada setiap peserta yang mencatat waktu permulaan dan penamat pergerakan peserta. Kad ini perlu diserahkan kepada pihak urusetia apabila tiba di titik penamat.

(iv) PPeta Utama (Master Map) Peta ini menunjukkan landasan atau laluan yang akan digunakan

oleh para peserta. Laluan ini akan ditentukan berdasarkan maklumat yang diberi sebelum pergerakan bermula.

9.1.3 Treking

Treking bermaksud „following of a trail: the act or process of following the trail of a person or animal‰ (Microsoft Encarta, Reference Library 2005). Treking merupakan sebahagian daripada aktiviti yang dijalankan semasa kembara. Aktiviti ini dilaksanakan sebagai sebahagian daripada Bina Insan Guru untuk:

Page 7: 13. HBEF2803 Topik 9 - epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/sme/fullarticle/HBEF2803/201208150725... · untuk mengenal pasti tanda-tanda di atas permukaan bumi. Ia merupakan

TOPIK 9 PENGENALAN AKTIVITI KETAHANAN DIRI �

215

(a) Membina ketahanan fizikal dan mental;

(b) Mengamalkan sikap berdikari semasa menjalankan aktiviti;

(c) Membentuk semangat berpasukan yang nilai kerjasama yang tinggi;

(d) Membina nilai kerohanian dan akhlak yang tinggi; dan

(e) Meningkatkan apresiasi terhadap alam sekitar. Sebelum aktiviti treking dilaksanakan, perancangan perlulah dibuat dengan teliti untuk mengelakkan kemalangan atau sesat perjalanan.

(a) PPersiapan Awal Sebelum Memulakan Aktiviti

(i) Taklimat diberikan kepada semua peserta dan pemandu:

� Maklumat berkenaan jumlah peserta dikenalpasti;

� Kumpulan kecil akan dibentuk dan seorang ketua dilantik dalam kumpulan masing-masing;

� Menomborkan setiap peserta;

� Memberi penerangan berkenaan jarak dan gambaran persekitaran yang akan ditempoh oleh setiap peserta;

� Memperkenalkan dan menetapkan formasi pergerakan. Semua peserta akan dijelaskan tentang kedudukan ketua, perintis jalan, pemandu arah, perawat kecemasan dan lain-lain;

� Diterangkan juga tindakan yang perlu diambil oleh peserta sekiranya berlaku kecemasan;

Secara berpasangan, senaraikan langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil sebelum aktiviti treking dijalankan. Peranan fasilitator: Buat sumbang saran dan senaraikan langkah-langkah keselamatan yang diberikan oleh pelajar.

AKTIVITI 9.1

Page 8: 13. HBEF2803 Topik 9 - epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/sme/fullarticle/HBEF2803/201208150725... · untuk mengenal pasti tanda-tanda di atas permukaan bumi. Ia merupakan

� TOPIK 9 PENGENALAN AKTIVITI KETAHANAN DIRI

216

� Peraturan dan prosedur keselamatan dijelaskan. Peserta juga diberi taklimat cara-cara penggunaan wisel, lampu picit, dan tanda arah;

� Peserta juga dimaklumkan tentang peraturan berkenaan flora dan fauna;

� Peserta dimaklumkan lokasi titik kawasan untuk berhenti rehat atau makan; dan

� Akhirnya peserta dijelas tentang tugasan yang perlu mereka laksanakan semasa treking dijalankan.

(ii) Aktiviti memanaskan badan.

(b) BBacaan Doa

9.1.4 Abseilling dan Rappelling

Selanjutnya kita akan berbincang dengan lebih lanjut tentang abseilling dan rappelling. (a) Abseilling Abseilling berasal daripada perkataan German abseilen, yang membawa

maksud menggunakan tali untuk turun iaitu proses menuruni tempat tinggi dengan menggunakan tali (lihat Rajah 9.2).

Sebelum aktiviti bermula anda akan diingatkan dengan:

„Don‰t leave anything except your footprint‰ „DonÊt take anything except photograph‰

Apakah rasional peringatan ini?

SEMAK KENDIRI 9.1

Apakah peralatan yang perlu dibawa semasa menjalani aktiviti treking?

SEMAK KENDIRI 9.2

Page 9: 13. HBEF2803 Topik 9 - epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/sme/fullarticle/HBEF2803/201208150725... · untuk mengenal pasti tanda-tanda di atas permukaan bumi. Ia merupakan

TOPIK 9 PENGENALAN AKTIVITI KETAHANAN DIRI �

217

Menurut Microsoft Encarta Reference Library (2005), abseiling ialah „to descend a steep slope or vertical face using a rope that is secured at the top and passed through a series of coils or a harness around the body‰. Dalam erti kata lain merupakan satu aktiviti menuruni satu cerun yang curam atau dengan keadaan muka menegak menggunakan tali yang diikat di atas dan meluncuri ke bawah dengan melalui gegelung yang dipasang pada badan.

Rajah 9.2: Contoh gambar abseilling

Abseilling ialah kemahiran menggunakan tali yang seringkali digunakan sebagai salah satu aktiviti di darat. Aktiviti ini selalunya melibatkan penggunaan tali untuk menuruni bukit atau batu ataupun bangunan tinggi. Peserta perlu dibekalkan kemahiran menggunakan tali terlebih dahulu termasuklah asas-asas ikatan dan kegunaannya. Aktiviti ini perlulah dikendalikan di bawah pengawasan jurulatih yang berpengalaman dan terlatih. Abseilling tidak boleh sekali-kali dijalankan secara individu kerana aktiviti ini sangat berisiko tinggi. Perlu diingat juga bahawa aktiviti lasak ini sangat merbahaya dan mengundang pelbagai kemalangan yang serius. Pemilihan tempat dicadangkan lebih kurang pada ketinggian 30 meter dengan kecerunan 90 darjah. Kemudahan untuk mendaki juga perlu diberikan perhatian. Antara lokasi kawasan yang sesuai untuk menjalankan aktiviti ini terdiri daripada yang berikut: � Bukit;

� Tanah tinggi;

� Tembok tinggi berbatu atau bangunan tinggi; dan

� Gunung.

Page 10: 13. HBEF2803 Topik 9 - epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/sme/fullarticle/HBEF2803/201208150725... · untuk mengenal pasti tanda-tanda di atas permukaan bumi. Ia merupakan

� TOPIK 9 PENGENALAN AKTIVITI KETAHANAN DIRI

218

Seterusnya mari kita lihat beberapa perkara penting yang harus kita ketahui untuk melakukan aktiviti abseilling. Kita mulakan dahulu dengan peralatan.

(i) Peralatan

Peralatan yang diperlukan oleh aktiviti ini adalah seperti berikut: � Tali

� Tali karmental � 50 meter;

� Tali hemp 1/4� in garis pusat x 5 m, untuk „Dulfer seat‰;

� Tali nylon 50 m � tali keselamatan;

� Tali belati 50 m � untuk kemudahan jalan mendaki;

� Tali nylon 10 m tiga utas � untuk keselamatan instruktur dan pembantu-pembantu; dan

� Tali harness untuk melilit bahagian pinggang.

� Topi keledar digunakan untuk melindungi kepala daripada hantukan atau ditimpa batu yang jatuh.

� Pelapik lutut dan pelapik siku untuk melindungi sendi semasa merangkak atau perlanggaran.

� Sarung tangan untuk melindungi tangan daripada tali atau dinding/batu.

� Kasut yang kukuh (boots) � untuk bertahan dengan dinding batu.

(ii) Ikatan Keselamatan pada Peserta

� Full body harness;

� Half harnerss; dan

� Dulfer seat dari tali lima meter.

(iii) Aktiviti Mengikut Urutan

� Langkah 1: Tentukan jalan naik/mendaki ke tempat permulaan.

� Langkah 2: Pasang tali untuk memudahkan peserta mendaki jika perlu.

Page 11: 13. HBEF2803 Topik 9 - epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/sme/fullarticle/HBEF2803/201208150725... · untuk mengenal pasti tanda-tanda di atas permukaan bumi. Ia merupakan

TOPIK 9 PENGENALAN AKTIVITI KETAHANAN DIRI �

219

� Langkah 3: Kenal pasti pokok/pasak. Pilih dua yang berdekatan.

� Langkah 4: Ikatkan satu tali hujung karmental pada pokok-pokok dengan satu lilitan dan membentuk „V‰ dengan ikatan tindih kasih.

� Langkah 5: Pastikan hujung tali tidak terlalu panjang (1-2m sahaja).

� Langkah 6: Pastikan tali karmental melalui tebing yang dilapik dengan tali guni bagi mengelakkan kerosakan tali.

� Langkah 7: Uji kekuatan tali karmental dengan cara tiga orang dewasa bergayut tanpa menyentuh bumi selama 10 saat.

(iv) Taklimat kepada Peserta

� Disiplin/keselamatan.

� Cara penggunaan tali (ikatan).

� Pakaian.

� Cara turun.

� Isyarat kebenaran turun „On Belle‰. Jawapan jurulatih di bawah „Belle On‰ bila sedia.

� Kecemasan.

� Latihan amali di tempat rata. (v) Lakuan Semasa Abseilling

� Pasang ikatan harness/dulfer seat.

� Pakai topi keledar dan sarung tangan.

� Pasang tali keselamatan di pinggang. Guna ikatan tindih kasih.

� Pasang karabiner pada harness/dulfer seat.

� Pasang figure of 8 pada tali karmental.

� Pasang karabiner pada figure of 8, skru di atas.

Page 12: 13. HBEF2803 Topik 9 - epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/sme/fullarticle/HBEF2803/201208150725... · untuk mengenal pasti tanda-tanda di atas permukaan bumi. Ia merupakan

� TOPIK 9 PENGENALAN AKTIVITI KETAHANAN DIRI

220

� Periksa kunci/skru. Pastikan lagi.

� Beri isyarat/minta kebenaran turun „On Belle‰ dan mesti terima jawapan „Belle On‰ dari jurulatih, baru mula bergerak.

(vi) Pergerakan Turun

� Satu tangan pegang tali utama dan satu tangan pegang ‰tali teras‰ di belakang.

� Condongkan badan dan kaki buka dan lutut kendur sedikit. Seluruh bahagian tapak kaki dilekapkan ke tanah.

� Tangan hadapan mengawal pergerakan dan tangan di belakang mengunci dengan memaut tali ke belakang.

� Kedudukan badan condong 45 darjah dari bukit.

� Berat badan sentiasa di belakang.

� Pergerakan kaki � lompat menggunakan kedua-dua kaki dengan membengkok lutut sedikit.

� Jika berlaku kecemasan, jerit „fall in‰ dan jurulatih di bawah akan menarik hujung tali.

Aktiviti kedua yang akan kita bincangkan sekarang adalah rappelling. Apakah aktiviti rappelling? Mari kita lihat bersama-sama.

(b) Rappelling Rappelling adalah aktiviti menuruni cerun menggunakan tali dengan cara

yang terkawal. Apabila menuruni cerun sama ada kecerunan bukit atau bangunan, selalunya kita mempunyai dua pilihan iaitu sama ada turun dengan cara berjalan kami atau turun menggunakan tali (rappel). Ada masanya keputusan untuk berjalan kaki lebih baik tetapi terdapat juga keadaan di mana turun menggunakan tali lebih mudah dan selamat.

Untuk mengikat tali kepada badan boleh menggunakan satu tali atau pun tali berkembar. Cara terbaik kedua-dua bahagian hujung tali perlu dibuat simpulan menjadikannya satu supaya lebih mudah dihuraikan semula bila diperlukan semasa menariknya turun lagi. Gunakan peralatan lain untuk dilekatkan kepada tali seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 9.3 di bawah. Gunakan penyekat simpulan pada bahagian atas.

Page 13: 13. HBEF2803 Topik 9 - epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/sme/fullarticle/HBEF2803/201208150725... · untuk mengenal pasti tanda-tanda di atas permukaan bumi. Ia merupakan

TOPIK 9 PENGENALAN AKTIVITI KETAHANAN DIRI �

221

Letakkan beberapa ikatan di bahagian hujung untuk mengelakkan anda jatuh jika tergelunsur terlalu jauh. Anda boleh menggunakan ikatan knots (rujuk Rajah 9.3).

Rajah 9.3: Cara mengikat tali

Untuk memulakan rappeling, pegang bahagian hujung tali dengan satu tangan dan penyekat simpulan (autoblock) dengan tangan satu lagi. Tangan yang di bahagian bawah digunakan sebagai penahan atau brake. Sila lihat Rajah 9.4.

Rajah 9.4: Memulakan rappelling

Apabila orang pertama sampai pada tempat yang dituju, dia akan keluar daripada „figure 8‰ dan penyekat. Bahagian hujung tali akan dipegang untuk membolehkan orang seterusnya menjalankan aktiviti rappelling. Jika aktiviti berlaku di tempat yang alat pemegang talinya tergantung bertentangan dengan batu, pastikan bahagian tali yang ditarik turun terletak di atas batu. Sebenarnya tali ini adalah ikatan yang dibuat menggunakan tali berkembar. Sila lihat Rajah 9.5.

Page 14: 13. HBEF2803 Topik 9 - epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/sme/fullarticle/HBEF2803/201208150725... · untuk mengenal pasti tanda-tanda di atas permukaan bumi. Ia merupakan

� TOPIK 9 PENGENALAN AKTIVITI KETAHANAN DIRI

222

Rajah 9.5: Ikatan yang dibuat menggunakan tali berkembar

(i) Rappelling Tanpa Menggunakan Peralatan Teknik ini hanya boleh digunakan jika menuruni cerun yang tidak

terlalu curam. Digunakan jika masa untuk aktiviti ini sangat pendek atau pun semasa kecemasan apabila tiada pilihan lain. Sila lihat Rajah 9.6.

Rajah 9.6: Rappelling tanpa menggunakan peralatan

(ii) BBagaimana Mengelakkan Tali Terlerai Selain daripada memasukkan karabiner melalui lubang kecil apabila

anda membuka ikatan pada gear loops anda, letakkan karabiner melalui lubang yang lebih besar (Rajah 9.7).

Rajah 9.7: Bagaimana mengelakkan tali terlerai

Page 15: 13. HBEF2803 Topik 9 - epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/sme/fullarticle/HBEF2803/201208150725... · untuk mengenal pasti tanda-tanda di atas permukaan bumi. Ia merupakan

TOPIK 9 PENGENALAN AKTIVITI KETAHANAN DIRI �

223

(iii) LLangkah-langkah Keselamatan Semasa Menjalani Aktiviti Darat:

Kesesatan Keadaan ini berkemungkinan besar akan terjadi bukan disebabkan oleh kesilapan peta atau kompas tetapi disebabkan oleh kurang kemahiran menggunakan peralatan tersebut. Kesesatan berlaku biasanya disebabkan oleh faktor-faktor:

� Kelemahan pemimpin untuk mengemudikan arah pergerakan.

� Kegagalan mengesan pergerakan.

� Peserta lebih mempercayai diri sendiri berbanding daripada mengikut arah peta atau kompas.

� Terlalu ramai ahli kumpulan yang bertindak sebagai pemandu arah ketika aktiviti berjalan.

Antara tanda-tanda kesesatan jalan berlaku adalah:

� Peserta sampai ke titik yang hendak dituju melebihi waktu yang dijangkakan.

� Ciri-ciri muka bumi yang di persekitaran berbeza daripada apa yang ditunjukkan dalam peta yang dirujuk.

Sekiranya berlaku kesesatan jalan, maka dicadangkan agar peserta:

� Berhenti, berehat dan tenangkan fikiran.

� Rujuk dan teliti semula peta yang dibawa. Bandingkan ciri-ciri yang dijumpai dengan apa yang ada di dalam peta. Sekiranya menjumpai sungai, perhatikan arah airnya mengalir dan bandingkan dengan peta.

� Jika semua langkah di atas gagal, berpatah balik ke belakang; sama ada melalui belakang bearing atau melalui laluan secara susuran.

Langkah-langkah pencegahan:

� Jangan mengendalikan kompas dan peta jika peserta tidak mahir.

� Serahkan tugas memandu arah kepada mereka yang mempunyai kepakaran menggunakan peta dan kompas.

Page 16: 13. HBEF2803 Topik 9 - epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/sme/fullarticle/HBEF2803/201208150725... · untuk mengenal pasti tanda-tanda di atas permukaan bumi. Ia merupakan

� TOPIK 9 PENGENALAN AKTIVITI KETAHANAN DIRI

224

� Selalu memeriksa peta dan kompas semasa dalam perjalanan.

� Perjalanan haruslan berpandukan kepada bearing atau kompas.

� Lukiskan rajah perjalanan dari titik ke titik yang lain.

� Hentikan pergerakan jika didapati terdapat perbezaan ciri-ciri muka bumi berbanding dengan apa yang ditunjukkan dalam peta.

PENGENALAN AKTIVITI AIR

Aktiviti air boleh dijalankan sama ada di kolam, sungai, tasik atau laut. Antara aktiviti yang boleh dilaksanakan ialah berkayak, berenang, snorkelling, berakit dan sebagainya. Ini diterangkan seperti berikut:

9.2.1 Berkayak

Kayak mengikut Kamus Dewan bermaksud sampan orang Eskimo. Kebiasaannya kayak dibina dengan menggunakan kain layar atau terpal, sabuk atau serabut. Pada masa kini dengan kemajuan teknologi, kayak telah dibuat dengan menggunakan fibreglass dan mutunya lebih terjamin. Lihat Rajah 9.8. (a) Bentuk/Jenis Kayak

� Kayak slalom;

� Kayak lautan;

� Tourina double kayak;

� Canadian canoe;

� Racing kayak;

� Surf canoe; dan

� Bat mini canoe. (b) BBahagian-bahagian Kayak

� Bow adalah bahagian bucu kayak;

� Deck ialah bahagian atas kayak;

� Hull ialah bahagian bawah kayak;

� Gunwale Line merupakan bahagian tepi yang mencantumkan Deck dan Hull;

9.2

Page 17: 13. HBEF2803 Topik 9 - epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/sme/fullarticle/HBEF2803/201208150725... · untuk mengenal pasti tanda-tanda di atas permukaan bumi. Ia merupakan

TOPIK 9 PENGENALAN AKTIVITI KETAHANAN DIRI �

225

� Cockpit adalah ruang terbuka yang menjadi ruang duduk; dan

� Seat tempat duduk dalam cockpit.

Rajah 9.8: Bahagian-bahagian kayak

(c) TTeknik Berkayak

(i) CCara Menaiki dan Keluar dari Kayak Anda dikehendaki menaiki kayak dengan berhati-hati. Bengkokkan

kaki berhampiran dengan cockpit menghala ke bow. Pada masa yang sama sandarkan dayung pada deck di hadapan cockpit dan masukkannya secara memanjang ke dalam cockpit. Kemudian barulah anda masuk ke dalam cockpit dan duduk di atas seat yang disediakan.

(ii) CCara Memasuki Kayak

� Untuk langkah memasuki/menaiki kayak bowman akan mendahuluinya. Ini bagi membolehkan sternman untuk mengawal kayak dengan memegangnya bagi maksud imbangan atau mengelakkan haluan kayak dari melencong.

Page 18: 13. HBEF2803 Topik 9 - epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/sme/fullarticle/HBEF2803/201208150725... · untuk mengenal pasti tanda-tanda di atas permukaan bumi. Ia merupakan

� TOPIK 9 PENGENALAN AKTIVITI KETAHANAN DIRI

226

� Bowman akan berdiri di sebelah kiri kayak dan kedua-dua tangan memegang bahagian coaming. Tangan kanan juga memegang dayung.

� Selepas itu ia akan segera memasukkan kaki kanan ke dalam kayak melalui cockpit.

� Apabila kaki kanan telah mencecah lantai kayak, maka badan hendaklah segera dibawa masuk ke dalam kayak dengan menempatkan punggung di atas tempat duduk.

� Kemudian segeralah memasukkan kaki kiri ke dalam kayak supaya dapat duduk dengan selesa dimana kedua-dua kaki diluruskan.

� Selepas itu ia akan menggunakan badan bagi mengimbang kayak dan dayung bagi mengawal kayak.

� Setelah mendapat isyarat dari bowman maka sternman akan menaiki kayak dengan cara yang sama sebagaimana yang dilakukan oleh bowman.

� Selepas itu tindakan berdayung hendaklah segera dilakukan.

(iii) CCara Keluar dari Kayak

� Untuk turun/keluar dari kayak mestilah berada di dalam posisi untuk mendarat iaitu membelakangkan darat (mengundur). Peserta yang akan turun terlebih dulu adalah sternman kerana ia paling hampir dengan darat.

� Sternman akan memegang bahagian kiri dan kanan coaming dengan kedua belah tangannya, selain mengepit dayung di tangan kanannya.

� Tarikkan kaki ke belakang sehingga kaki bengkok dan rapat ke belakang. Dengan mengangkat punggung dari tempat duduk, ia akan membuang kaki keluar melalui cockpit.

� Apabila kaki telah berpijak, maka ia akan mengangkat badan ke atas dengan menggunakan kekuatan kedua tangan mengeluarkan kaki kanannya ke posisi berdiri.

Page 19: 13. HBEF2803 Topik 9 - epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/sme/fullarticle/HBEF2803/201208150725... · untuk mengenal pasti tanda-tanda di atas permukaan bumi. Ia merupakan

TOPIK 9 PENGENALAN AKTIVITI KETAHANAN DIRI �

227

� Setelah keluar dari kayak, sternman akan berdiri di sisi kiri kayak sambil memegang kayak bagi tujuan mengimbang dan mengawal haluan kayak.

� Selepas itu bowman akan turun dari kayak dengan cara yang sama seperti apa yang dilakukan oleh sternman.

(iv) MMendayung

� Mendayung adalah satu gerak laku oleh pendayung bagi menggerakkan kayak dari satu tempat ke tempat lain atau dari satu posisi ke satu posisi yang lain. Berdayung adalah satu kemahiran asas yang dimestikan kepada setiap individu yang ingin melibatkan diri dengan aktiviti berkayak.

� Batang dayung dipegang dengan kedua-dua belah tangan. Pegangan ini janganlah terlalu ketat kerana ini akan menyukarkan batang dayung untuk digerak-gerakkan ketika berdayung.

� Posisi kedua belah tangan yang memegang dayung hendaklah sedikit keluar dari keluasan bahu.

� Bahagian punggung hendaklah dirapatkan ke cockpit, badan tegak lurus dan bahu dalam keadaan relak/selesa.

� Apabila berdayung, kedudukan blade mestilah 85% sahaja yang tenggelam ke dalam air. Dayungan (stroke) mestilah seberapa panjang yang boleh supaya kelajuan maksima kayak dapat diperolehi. Kadar dayungan ialah antara 45 � 50 dayungan seminit.

� Berdayung akan menyebabkan otot-otot berasa letih dan sakit-sakit jika teknik yang betul tidak diamalkan. Oleh yang demikian jangan memaksa otot anda bekerja lebih dari kemampuannya kerana ini akan menyebabkan kecederaan jangka panjang. Selalulah berehat sewaktu berdayung.

Page 20: 13. HBEF2803 Topik 9 - epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/sme/fullarticle/HBEF2803/201208150725... · untuk mengenal pasti tanda-tanda di atas permukaan bumi. Ia merupakan

� TOPIK 9 PENGENALAN AKTIVITI KETAHANAN DIRI

228

9.2.2 Berakit (Rafting)

Berakit adalah salah satu teknik yang penting dalam berkayak. Ia bertujuan untuk berkumpul, berehat, makan, minum, memperbaiki kayak, bertukar pasangan dan memberi serta menerima taklimat secara berkumpulan. (a) TTeknik Berakit (Rafting)

(i) Rafting dilakukan selepas mendapat isyarat. Pengkayak hendaklah masuk melalui portside dan cuba elakkan masuk dari berbagai arah.

(ii) Semasa keluar rafting, sternman di bahagian penjuru kiri dan kanan cuba kawal haluan untuk mengikut arus dan angin.

(iii) Semasa rafting elakkan bahagian portside atau star board melintang angin atau arus. Ini boleh menyukarkan pengkayak untuk melakukan rafting.

(b) CCara-cara Mengusung Kayak

(i) Usungan di Bahu Kayak diangkat ke atas bahu. Pastikan bahagian keel menghala ke

langit dan bahagian bowman di hadapan. Kedudukan orang yang mengusung hendaklah seorang berada di portside bow dan seorang lagi berada di startboard stern. Sila lihat Rajah 9.9.

Rajah 9.9: Usungan kayak di bahu

Page 21: 13. HBEF2803 Topik 9 - epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/sme/fullarticle/HBEF2803/201208150725... · untuk mengenal pasti tanda-tanda di atas permukaan bumi. Ia merupakan

TOPIK 9 PENGENALAN AKTIVITI KETAHANAN DIRI �

229

(ii) Usungan di Pinggang Kayak diusung di pinggang. Kedudukan pengusung sama seperti

usungan di bahu. Dengan menggunakan pautan tangan, kayak akan dikunci dipinggang bagi mengampu atau menahan kayak daripada melurut ke bawah. Lihat Rajah 9.10.

Rajah 9.10: Usungan kayak di pinggang

(c) LLangkah-langkah Keselamatan

(i) Kemahiran asas berenang: Perlu dipastikan seseorang pengkayak mempunyai asas dalam berenang. Ini adalah bertujuan untuk membina keyakinan dan membantu pengkayak jika sekiranya berlaku kemalangan dan kesukaran sewaktu berkayak. Dicadangkan latihan-latihan berenang haruslah dilakukan sebelum sesi kayak bermula.

(ii) Bot Penyelamat: Bot penyelamat perlu disediakan atau diadakan sebagai persediaan penyelamat sekiranya berlaku kesukaran semasa aktiviti dijalankan.

(iii) Pemeriksaan Kayak dengan teliti: Pengayak dengan bantuan jurulatih harus memeriksa keadaan kayak baik dan selamat digunakan seperti tiada kebocoran dan alat pengapung (buoyancy) berada dalam keadaan baik.

(iv) Memakai kasut ringan: Pengayak dikehendaki memakai kasut yang ringan semasa berada di dalam kayak agar tidak menjadi bebanan dan halangan sewaktu menjalankan aktiviti. Kasut perlu bagi mengelakkan terpijak benda-benda yang tajam semasa aktiviti berjalan.

(v) Elakkan berkayak terlalu dekat: Walaupun pada dasarnya aktiviti berkayak digalakkan secara berkumpulan tetapi jangan terlalu dekat di antara satu sama lain bagi tujuan mengelakkan perlanggaran.

Page 22: 13. HBEF2803 Topik 9 - epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/sme/fullarticle/HBEF2803/201208150725... · untuk mengenal pasti tanda-tanda di atas permukaan bumi. Ia merupakan

� TOPIK 9 PENGENALAN AKTIVITI KETAHANAN DIRI

230

(vi) Wajib memakai jaket keselamatan: Jaket keselamatan perlu dipakai sepanjang masa sewaktu aktiviti berjalan. Jaket keselamatan perlu dipakai dengan betul dan kemas.

(d) KKeyakinan di Air Sebelum memulakan sebarang aktiviti di dalam air terdapat beberapa

perkara yang perlu diberikan perhatian untuk mewujudkan rasa keyakinan di kalangan pelajar dan juga fasilitatornya. Selain daripada kepakaran ataupun tauliah yang ada pada jurulatih, peralatan juga perlulah disediakan:

(e) PPeralatan Aktiviti

(i) Jaket keselamatan;

(ii) Wisel;

(iii) Tali penyelamat;

(iv) Boya/buoy;

(v) Pelampung keselamatan; dan

(vi) Peti pertolongan cemas. (f) MMaklumat Berkaitan Lokasi Aktiviti

(i) Arus;

(ii) Kedalaman;

(iii) Aras pasang surut; dan

(iv) Keselamatan.

KESELAMATAN SEMASA DI AIR

Jurulatih akan memberikan penerangan berkenaan dengan keselamatan semasa berada di dalam air kepada semua pelajar sebelum aktiviti dimulakan. Sila rujuk Jadual 9.1.

9.3

Page 23: 13. HBEF2803 Topik 9 - epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/sme/fullarticle/HBEF2803/201208150725... · untuk mengenal pasti tanda-tanda di atas permukaan bumi. Ia merupakan

TOPIK 9 PENGENALAN AKTIVITI KETAHANAN DIRI �

231

Jadual 9.1: Prosedur Menjaga Keselamatan di Air

Prosedur Menjaga Keselamatan di Air

1. Belajar berenang.

2. Aktiviti dijalankan sekurang-kurangnya secara berpasangan.

3. Setiap pasangan diberikan nombor.

4. Kedalaman air tempat aktiviti berlangsung dapat dianggarkan.

5. Aktiviti berenang hanya di tempat yang selamat.

6. Penyelamat berada di sekitar jika aktiviti berenang di kawasan yang luas.

7. Jangan berenang secara bersendirian.

8. Jangan terjun ke dalam air.

9. Elakkan bergurau secara berlebihan semasa di dalam air.

10. Jangan berenang jika terlalu keletihan.

11. Keluar dari air secara berpasangan atau dalam barisan � semak bilangan peserta.

12. Lakukan aktiviti warming-down/gerak kendur.

9.3.1 Teknik-teknik Mengapung

Dalam proses belajar berenang, pelajar akan didedahkan dahulu dengan teknik-teknik mengapungkan diri di dalam air, seperti berikut: (a) CCara 1

� Cecahkan kepala ke air;

� Bongkokkan badan sedikit; dan

� Donggakkan kepala bila hendak bernafas. (b) CCara 2

� Baringkan badan ke atas air; dan

� Naikkan kaki, tonjolkan perut (legs up, stomach arch upwards). (c) CCara 3

� Baring atas air;

� Mengapung dan menguakkan tangan untuk bergerak;

� Tangan di sisi;

� Tolak air ke arah luar dengan tapak tangan; dan

� Tarik semula tangan menghala ke tepi badan.

Page 24: 13. HBEF2803 Topik 9 - epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/sme/fullarticle/HBEF2803/201208150725... · untuk mengenal pasti tanda-tanda di atas permukaan bumi. Ia merupakan

� TOPIK 9 PENGENALAN AKTIVITI KETAHANAN DIRI

232

9.3.2 Asas Berenang

(a) PPelaksanaan

� Berpasangan;

� Melunjur;

� Kayuhan kaki;

� Kayuhan tangan;

� Teknik pernafasan semasa berenang; dan

� Berenang di dalam air/menyelam. (b) Kemahiran Asas Berenang Semasa mula-mula belajar berenang, untuk membina keyakinan diri dan

menimbulkan rasa seronok berada di dalam air misalnya. Floating board ini sangat digunakan. Lihat Rajah 9.11.

Cara menggunakannya: Tangan kedua-dua lurus ke depan dan pegang

board pada dua lubang yang disediakan. Cuba belajar kayuh perlahan-lahan.

Rajah 9.11: Floating board

Page 25: 13. HBEF2803 Topik 9 - epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/sme/fullarticle/HBEF2803/201208150725... · untuk mengenal pasti tanda-tanda di atas permukaan bumi. Ia merupakan

TOPIK 9 PENGENALAN AKTIVITI KETAHANAN DIRI �

233

(c) Peralatan Berenang Rajah 9.12 menunjukkan pelbagai jenis pakaian mandi.

Rajah 9.12: Pelbagai jenis pakaian mandi

Sebelum kemahiran berenang secara langsung diajar, pelajar-pelajar akan terlebih dahulu diberikan latihan asas berenang: (i) MMemanaskan Badan

� Aktiviti meningkatkan kadar denyut jantung; dan

� Aktiviti regangan/kelonggaran. (ii) LLatihan Asas

� Mesra di air, iaitu: Berjalan di dalam air sambil membina bulatan secara kumpulan 6 � 8 orang dan duduk secara melutut di dalam air.

(iii) PPernafasan

� Ketika melutut di dalam air, masukkan bahagian muka ke dalam air, tahan nafas selama 2 � 3 saat dan kemudian angkat muka ke permukaan. Ulang aktiviti ini sebanyak lima kali.

� Semasa aktiviti memasukkan muka ke dalam air, pelajar diminta

mengeluarkan udara dari mulut (bobbing) sehingga udara habis, baru muka diangkat semula. Ulang aktiviti ini sebanyak lima kali.

Page 26: 13. HBEF2803 Topik 9 - epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/sme/fullarticle/HBEF2803/201208150725... · untuk mengenal pasti tanda-tanda di atas permukaan bumi. Ia merupakan

� TOPIK 9 PENGENALAN AKTIVITI KETAHANAN DIRI

234

(iv) LLungsuran

� Kedudukan kaki dibuka selebar bahu, kedua-dua tangan diluruskan ke hadapan.

� Tolak kaki untuk melungsur dengan badan berada di paras permukaan air. Sebahagian daripada kepala berada di dalam air dan „bobbing‰ ketika badan dalam pergerakan lungsuran. Tambah jarak secara ansur maju.

� Ketika lungsuran berlaku, posisi badan hendaklah dalam keadaan lurus. Tiada pergerakan tangan dan kaki.

� Ketika lungsuran semakin perlahan, bengkokkan kedua-dua kaki, sentuh dasar sungai/laut dan cuba berdiri. Ulang 3-5 kali.

(v) KKayuhan Kaki

� Buat pergerakan lungsuran, tetapi kali ini ditambah dengan pergerakan kaki secara kayuhan.

� Kedua-dua tangan masih lurus ke hadapan lakukan berulang kali dalam jarak yang sesuai.

(d) Kemahiran Terdapat empat kemahiran asas berenang seperti:

(i) GGaya Bebas (Free Style) Perenang boleh berenang menggunakan pelbagai strok. Strok yang

sering diguna ialah merangkak (craw), yang dikenali melalui kayuhan lengan atas permukaan air yang diselangseli dengan tendangan (flutter kick) secara atas dan bawah (up and down). Lihat Rajah 9.13.

Page 27: 13. HBEF2803 Topik 9 - epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/sme/fullarticle/HBEF2803/201208150725... · untuk mengenal pasti tanda-tanda di atas permukaan bumi. Ia merupakan

TOPIK 9 PENGENALAN AKTIVITI KETAHANAN DIRI �

235

Rajah 9.13: Kuak gaya bebas

Rajah 9.14: Kuak gaya dada

Page 28: 13. HBEF2803 Topik 9 - epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/sme/fullarticle/HBEF2803/201208150725... · untuk mengenal pasti tanda-tanda di atas permukaan bumi. Ia merupakan

� TOPIK 9 PENGENALAN AKTIVITI KETAHANAN DIRI

236

(ii) KKuak Dada Berenang dengan melakukan pergerakan lengan secara serentak

secara horizontal. Tangan ditekan keluar ke hadapan dada dan dikeluarkan di bawah atau ke permukaan air. Kuakan kaki juga secara serentak sama seperti katak melompat. Lihat Rajah 9.14.

(iii) KKayuhan ke Belakang (Backstroke) Menggunakan pergerakan lengan yang diselangseli dengan

tendangan (flutter kick) semasa menelentang. Boleh juga menterbalikkan diri atas perut. Lihat Rajah 9.15.

Rajah 9.15: Kuak belakang asas

(iv) GGaya Kupu-kupu Gaya berenang yang tercantik ialah gaya kupu-kupu. Sila lihat Rajah

9.16. „It features a simultaneous recovery of the arms over the water

combined with an undulating dolphin kick. In the kick, the swimmer must keep both legs together and may not flutter, scissors or use the breaststroke kick. Both hands must touch the wall simultaneously on the turns and the finish. (The butterfly is the newest stroke and was developed in the early 1950s as a variation of the breaststroke‰.

Page 29: 13. HBEF2803 Topik 9 - epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/sme/fullarticle/HBEF2803/201208150725... · untuk mengenal pasti tanda-tanda di atas permukaan bumi. Ia merupakan

TOPIK 9 PENGENALAN AKTIVITI KETAHANAN DIRI �

237

Rajah 9.16: Kuak gaya kupu-kupu

9.3.4 Asas Menyelamat

Semasa melaksanakan akktiviti berenang, faktor-faktor keselamatan perlulah diberikan perhatian. Berbagai kemalangan boleh terjadi seperti lemas, kejang, luka dan seumpamanya. Dalam merancang aktiviti berenang ini perlulah memasukkan keperluan mempunyai jurulatih yang bertauliah, yang bukan sahaja mahir mengajar asas berenang tetapi juga boleh menyelamatkan pelajar yang mungkin ditimpa kemalangan. Untuk menyelamatkan mangsa lemas berbagai cara boleh digunakan seperti dengan cara berikut: (a) Menggunakan peralatan:

(i) Tali;

(ii) Kain;

(iii) Batang kayu;

(iv) Batang buluh;

(v) Pendayung; dan

(vi) Pelampung.

(b) Melalui cara berpasukan.

(c) Towing dilakukan secara berpasangan.

Page 30: 13. HBEF2803 Topik 9 - epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/sme/fullarticle/HBEF2803/201208150725... · untuk mengenal pasti tanda-tanda di atas permukaan bumi. Ia merupakan

� TOPIK 9 PENGENALAN AKTIVITI KETAHANAN DIRI

238

� Topik ini memperkenalkan aktiviti ketahanan diri.

� Aktiviti-aktiviti ketahanan diri dijalankan di darat ataupun di dalam air.

� Aktiviti di darat termasuklah treking, orienteering, abseilling dan rappeling.

� Aktiviti di dalam air merangkumi keselamatan di air dan keyakinan di air.

� Aktiviti asas menyelamat dan asas berenang dimasukkan sebagai persediaan kepada keselamatan dan keyakinan di air.

Bearing

Fauna

Flora

Karabiner

1. Senaraikan tiga jenis aktiviti darat.

(i) ______________________________________________________________

(ii) ______________________________________________________________

(iii) ______________________________________________________________

(3 markah) 2. Peralatan utama yang digunakan semasa orienteering ialah:

(i) ______________________________________________________________

(ii) ______________________________________________________________

(2 markah)

Page 31: 13. HBEF2803 Topik 9 - epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/sme/fullarticle/HBEF2803/201208150725... · untuk mengenal pasti tanda-tanda di atas permukaan bumi. Ia merupakan

TOPIK 9 PENGENALAN AKTIVITI KETAHANAN DIRI �

239

3. Senaraikan tiga teknik mengapung.

(i) ______________________________________________________________

(ii) ______________________________________________________________

(iii) ______________________________________________________________

(3 markah) 4. Alat yang digunakan pada kayak untuk menghalang air masuk ialah

___________________________________________________________________

(1 markah) 5. Floating Board digunakan oleh pelajar-pelajar yang ingin belajar berenang

untuk: ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________

(1 markah)

1. Senaraikan lima alat yang perlu dibawa semasa menjalani aktiviti

abseilling.

(5 markah) 2. Senaraikan lima langkah-langkah yang perlu diikuti semasa aktiviti

abseilling.

(5 markah) 3. Huraikan lima langkah pencegahan sesat jalan semasa menjalani aktiviti

darat.

(10 markah)