hbef resource

30
1. PENDAHULUAN Penggunaan Teknologi dan Ict Dalam P & P Dalam Bilik DarjahEsei ini membincangkan kepentingan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam duniapendidikan pada alaf ini. Sebagai guru yang berdepan dengan ledakan maklumat dalam duniatanpa sempadan ini kita perlu melangkah sederap dengan kemajuan dan kecanggihan ilmuserta teknologi sebagai langkah awal demi menggalas amanah dan tanggungjawab terhadapbangsa dalam membina negara bangsa yang mampu berdiri gah di persada dunia.Penguasaan ICT dapat membantu guru menghadapi ranjau dan cabaran dalam duniapendidikan dan bertindak tepat dengan kehendak semasa. Fungsi guru sebagai egen perubahan sosial dapat memenuhi permintaan masyarakatsetempat melalui ilmu dan kemahiran yang dimiliki seterusnya menjadi rujukan dan idoladalam masyarakat. Kemahiran guru dalam bidang ICT dapat membantu pelajar- pelajar untukmenguasai kemahiran dan ilmu yang bersesuaian dengan minat, bakat serta potensi pelajarsekaligus dapat menanam rasa cinta akan ilmu pengetahuan. Hal ini secara tidak langsungdapat melahirkan modal insan cemerlang berminda kelas pertama sebagaimana yangdigarapkan dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP). Tanggungjawab inisememangnya terpikul atas bahu para guru yang komited dengan tugas serta bersedia dansanggup menerima perubahan mengikut peredaran masa. Semua ini menuntut pengorbananyang besar dari kalangan guru-guru untuk terus menambah ilmu dan kemahiran, bertepatandan bersesuaian dengan konsep pembelajaran sepanjang hayat.Mengapa Penggunaan ICT Diperlukan1) Meningkatkan kefahaman sesuatu konsep, memberi gambaran visual dan memudahkan pengiraan kompleks.2) Merangsang murid untuk belajar secara berkesan dengan bimbingan yang minimum.3) Membantu murid dalam proses penyelesaian masalah dan komunikasi dengan lebih cepat dan tepat.4) Mewujudkan peluang pembelajaran yang sama kepada murid yang mempunyai pelbagai kebolehan dan kecerdasan.5) Membantu murid mendapat dan mengumpul maklumat yang mungkin sukar diperoleh dalam keadaan biasa6) Mewujudkan suasana pembelajaran yang seronok, mencabar dan berbentuk penerokaan. 2. 7) Memupuk sifat ingin tahu dan ingin mencuba di kalangan murid.8) Meningkatkan daya kreativiti, inovasi dan imaginasi murid.9) Menggalakkan murid merealisasikan: - Pembelajaran terarah kendiri - Pembelajaran akses kendiriDasar Pembangunan Negara dalam Rancangan Malaysia Kelapan (2001 – 2005)menegaskan kepentingan membangunkan dan memperluaskan penggunaan teknologimaklumat dalam pembangunan pendidikan. Langkah ini bertujuan

Upload: andy-s-yong

Post on 17-Jan-2016

17 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

resource

TRANSCRIPT

Page 1: Hbef Resource

1. PENDAHULUAN Penggunaan Teknologi dan Ict Dalam P & P Dalam Bilik DarjahEsei ini membincangkan kepentingan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam duniapendidikan pada alaf ini. Sebagai guru yang berdepan dengan ledakan maklumat dalam duniatanpa sempadan ini kita perlu melangkah sederap dengan kemajuan dan kecanggihan ilmuserta teknologi sebagai langkah awal demi menggalas amanah dan tanggungjawab terhadapbangsa dalam membina negara bangsa yang mampu berdiri gah di persada dunia.Penguasaan ICT dapat membantu guru menghadapi ranjau dan cabaran dalam duniapendidikan dan bertindak tepat dengan kehendak semasa. Fungsi guru sebagai egen perubahan sosial dapat memenuhi permintaan masyarakatsetempat melalui ilmu dan kemahiran yang dimiliki seterusnya menjadi rujukan dan idoladalam masyarakat. Kemahiran guru dalam bidang ICT dapat membantu pelajar-pelajar untukmenguasai kemahiran dan ilmu yang bersesuaian dengan minat, bakat serta potensi pelajarsekaligus dapat menanam rasa cinta akan ilmu pengetahuan. Hal ini secara tidak langsungdapat melahirkan modal insan cemerlang berminda kelas pertama sebagaimana yangdigarapkan dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP). Tanggungjawab inisememangnya terpikul atas bahu para guru yang komited dengan tugas serta bersedia dansanggup menerima perubahan mengikut peredaran masa. Semua ini menuntut pengorbananyang besar dari kalangan guru-guru untuk terus menambah ilmu dan kemahiran, bertepatandan bersesuaian dengan konsep pembelajaran sepanjang hayat.Mengapa Penggunaan ICT Diperlukan1) Meningkatkan kefahaman sesuatu konsep, memberi gambaran visual dan memudahkan pengiraan kompleks.2) Merangsang murid untuk belajar secara berkesan dengan bimbingan yang minimum.3) Membantu murid dalam proses penyelesaian masalah dan komunikasi dengan lebih cepat dan tepat.4) Mewujudkan peluang pembelajaran yang sama kepada murid yang mempunyai pelbagai kebolehan dan kecerdasan.5) Membantu murid mendapat dan mengumpul maklumat yang mungkin sukar diperoleh dalam keadaan biasa6) Mewujudkan suasana pembelajaran yang seronok, mencabar dan berbentuk penerokaan.

2. 7) Memupuk sifat ingin tahu dan ingin mencuba di kalangan murid.8) Meningkatkan daya kreativiti, inovasi dan imaginasi murid.9) Menggalakkan murid merealisasikan: - Pembelajaran terarah kendiri - Pembelajaran akses kendiriDasar Pembangunan Negara dalam Rancangan Malaysia Kelapan (2001 – 2005)menegaskan kepentingan membangunkan dan memperluaskan penggunaan teknologimaklumat dalam pembangunan pendidikan. Langkah ini bertujuan merancakkanpertumbuhan, melatih profesional, meningkatkan produktiviti, memodenkan pengurusanteknologi maklumat dan pengetahuan, mengurangi jurang digital, dan mempastikan semuarakyat mendapat manfaat daripada ICT. Sektor pendidikan menjadi agen perubahan bagi mempertingkatkan kemahiranpenggunaan ICT dalam kalangan generasi muda. Keperluan terhadap penggunaan ICT dalampendidikan amat dirasai kerana ICT telah menjadikan dunia pendidikan sebagai hak milikpelbagai lapisan masyarakat di mana pelbagai maklumat dan sumber pendidikan dapatdicapai walau di mana jua berada. Pengaruh dan kemajuan era ICT mencetuskan inovasidalam pengurusan pendidikan, penilaian, serta pengajaran dan pembelajaran. Kewujudan masyarakat berpendidikan yang terbentuk melalui pembudayaankomputer, internet, dan multimedia menzahirkan kewujudan masyarakat yang cinta akan ilmupengetahuan. Bangsa yang maju adalah bagsa yang mementingkan perkembangan intelektualyang dirintis oleh kemajuan dunia pendidikan. Dalam konteks ini teknologi maklumatberperanan untuk meluaskan penyebaran pemikiran manusia sebagai agen revolusi sosial.Menurut Mohamed Rashid dan Mohd Nasir (2003) dalam kajian “Refleksi TerhadapPelaksanaan Sistem Pengajaran Dan Pembelajaran menyatakan bahawa pada

Page 2: Hbef Resource

abad ke-21,negara menghadapi cabaran dalaman dan luaran akibat daripada kesan globalisasi,liberalisasi, dan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi. Pembaharuanpendidikan dari segi pengajaran-pembelajaran, sistem pengurusan pembelajaran dan perananguru sudah tentu akan memberikan cabaran baharu kepada sistem pendidikan.

3. ISU 1FAKTOR GURUi) Persepsi guru terhadap kepentingan komputerWalaupun ramai guru yang telah bersedia dengan perubahan penggunaan komputer di dalampengajaran tetapi masih ada guru yang lebih selesa menggunakan kaedah konvensionalrelevan dengan sistem peperiksaan. Dengan sikap sebegini adalah sukar bagi perubahandilakukan dengan berkesan.ii) Kerisauan untuk menghadapai perubahan.- Terdapat tiga jenis kerisauan yang dihadapai oleh guru-guru dalam penggunaan komputeriaitu:-1. Risau sekiranya rosak apabila menggunakan peralatan tersebut.2. Risau kerana merasakan mereka tidak berupaya mempelajari teknologi tinggi.3. Risau sekiranya disuruh oleh sekolah untuk melakukan semua kerja kerana mahir dalampenggunaan komputer.iii) Masa dan beban tugas guru- Penggunaan komputer dalam pengajaran memerlukan masa yang banyak bagi guru-gurumenyediakannya. Persediakan diperlukan termasuk dari aspek penyediaan bahan mengajarserta setup bahan pada komputer sebelum kelas dimulakan. dengan bilangan waktu mengajaryang banyak, sesetengah guru mempunyai bilangan waktu mengajar sebanyak 27 waktuseminggu, sukar bagi guru untuk membuat persediaan mengajar dan juga untuk setup bahanmengajar dimakmal komputer. Guru-guru juga mempunyai tugas-tugas lain seperti menjadisetiausaha peperiksaan, guru data, ketua-ketua panitia, Ajk PIBG dan sebagainya. Situasi iniakan menyukarkan guru untuk membuat persediaan yang mantap jika mereka perlumenyediakan bahan sendiri dalam pengajaran. Menurut Mazniza Muhamad(2004) kebanyakan guru-guru sedar tentang kelebihanmenggunakan komputer tetapi kurang menggunakannya kerana kekangan masa, masalahpenyelenggaraan dan kemahiran. Kesuntukan masa menggunakan ICT oleh guru-gurumenjadi penghalang manakala sikap positif, keyakinan diri dan kemahiran menggunakanICT menjadi pendorong perlaksanaannya dalam penngajaran dan pembelajaran. (IAB, 2008).

4. iv) Kekurangan kemahiran komputer dan pengetahuan penggunaan komputer dalam P&P-Proses pengajaran memperalatkan ICT menuntut guru berkemahiran dalam membinapersembahan dan mengintegrasikan multimedia sekurang-kurangnya menggunakanPowerpoint dengan input-input seperti rakaman suara, memasukan video, grafik dan bunyimengikut kreativiti guru. Oleh kerana tidak semua bahan pengajaran tersedia untukdigunakan terus, maka guru dikehendaki menyediakan bahan pengajaran yang lebih menarik,tetapi keinginan guru untuk menambahbaikan bahan P & P hanya tinggal sebagai kemahuansaja kerana guru-guru kekurangan kemahiran komputer dan pengetahuan menggunakankomputer dalam P & P. Tambahan lagi, penggunaan komputer oleh guru adalah pada tahapyang minima sahaja iaitu sekali sekala dalam masa sebulan. Selain daripada itu, guru-gurukerap menggunakan hanya satu program sahaja iaitu pemprosesan perkataan. Guru-gurujarang menggunakan pangkalan data, persembahan mutimedia, persembahan grafik, melelektronik dan laman web dalam pengajaran.ISU 2FAKTOR SEKOLAHPeranan dan sikap pengetua- Sikap pihak pengurusan sekolah (pengetua/guru besar,penolong kanan) adalah kritikalterhadap pembentukan dasar dan amalam diperingkat sekolah. Mereka adalah penggerakyang boleh memotivasikan setiap guru supaya menpunyai misi dan objektif yang sama untukmeningkatkan kualiti pendidikan sekolah. Pengetua atau pentadbir yang tidak prihatin akankeperluan masa hadapan akan menyebabkan organisasi pendidikan ketinggalan.Melalui enam isu dan enam cabaran berkenaan guru dalam menggunakan teknologiinstruksional di sekolah ini dapatlah disimpulkan pula lapan cadangan bagi merealisasikanhasrat membudayakan penggunaan teknologi instruksional

Page 3: Hbef Resource

dalam proses pembelajaran danpengajaran.1). Membuat pemilihan kajian tindakan berdasarkan bahan pengajaran teknologi instruksional di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan.2. Bahan terbaik diperingkat kebangsaan akan dikumpulkan melalui CD dan disebarkan diseluruh negara.3. Mewajibkan bakal guru di universiti mengambil dua atau tiga kertas berkaitan komputer

5. sebagai subjek teras.4. Mengutamakan kursus latihan dalam perkhidmatan (LADAP) yang berkaitan teknologi instruksional.5. Mewujudkan sikap positif jangka panjang guru terhadap teknologi instruksional melalui motivasi intrinsik.6. Guru sendiri hendaklah berperanan dan rasa bertanggungjawab untuk menyediakan keperluan teknologi instruksional.7. Pentadbir menggunakan sebahagian besar pengurusan dan pentadbiran sekolah menggunakan teknologi maklumat.8. Kurikulum bagi melahirkan guru hendaklah lebih mengutamakan teknologi instruksional berbanding pedagogi.Sistem Pendidikan Berorientasikan Peperiksaan.Disebabkan penekanan kepada pencapaian di dalam periksaan guru-guru diarahkanmemberikan latihan sebanyak yang mungkin kepada pelajar-pelajar. Buku latihan pelajar-pelajar akan dipantau dari masa ke semasa oleh pihak pentadbir sekolah bagi memastikanguru menjalankan arahan yang diberikan. Penekanan kepada pemantauan buku latihan yangdibuat oleh pelajar menyebabkan guru tidak berminat menggunakan perisian di dalampengajaran dan pembelajaran.Penggunaan kaedah biasa seperti buku latihan dan buku aktiviti lebih disukai oleh guru-guruberbanding dengan memberikan latihan melalui penggunaan ICT kerana buku-buku tersebutmenjadi bukti perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran sebagaimana yang di arahkan olehpentadbir sekolah.Penekanan yang berlebihan kepada peperiksaan menyebabkan guru-guru mengabaikan aspeklain seperti pengajaran menggunakan ICT. Peperiksaan dianggap perkara yang sangat pentingsamada oleh guru , pelajar dan ibubapa. Peperiksaan dianggap sebagai penanda aras dan kayupengukur kepada kebolehan dan kemampuan pelajar. Media massa turut memainkan peranandengan menghebahkan pencapaian pelajar dan sekolah. Ini menyebabkan timbulnya budayaatau fenomena berikut: Mengajar dan belajar untuk peperiksaan. Guru hanya memfokuskan kepada isi kandungan dan kemahiran yang akan dinilai di dalam peperiksaan. Pelajar diajar untuk mengingati model jawapan. Guru akan memberikan latihan secara berterusan hingga mengabaikan kaedah pengajaran

6. menggunakan ICT yang dianggap mengambil masa semasa hendak memulakan pengajaran dan pembelajaran. Menghabiskan sukatan pelajaran seberapa segera. Guru akan berusaha bersungguh-sungguh menghabiskan sukatan pelajaran dengan secepat mungkin dengan harapan masih mempunyai masa memberikan soalan latih tubi bagi persediaan pelajar menghadapi peperiksaan hingga ada masanya guru sekadar ‘ menunjuk dan memberitahu’ sesuatu konsep matematik tanpa memberi peluang atau kesempatan pelajar memahami konsep tersebut. Pembelajaran yang lumpuh. Istilah ini diutarakan oleh bekas Ketua Pengarah Kementerian Pelajaran , Tan Sri Wan Zahid Nordin. Menurut beliau pelajar Malaysia antara pelajar paling menderita disebabkan sistem yang berasaskan peperiksaan. Pelajar yang mendapat keputusan cemerlang berkemungkinan mengeluarkan apa yang dipelajari tanpa memahami konsep-konsep penting untuk dipraktikkan dalam kehidupan seharianISU 3KEKURANGAN PRASARANA DAN BAHAN SOKONGANSatu cabaran penting pendidikan di sekolah ialah menyediakan kemudahan prasarana danbahan sokongan untuk guru dan semua pelajar. Ini bermakna kemudahan ini tidak terhadkepada golongan tertentu sahaja tetapi melibatkan keseluruhan warga sekolah tanpa mengirastatus ekonomi, sosial, kaum dan sebagainya.1. Bilangan komputer di sekolah jauh lebih rendah daripada bilangan pelajarBilangan komputer yang disalurkan bagi sesebuah sekolah masih tidak mencukupi untukmemaksimumkan penggunaan komputer sebagai medium pengajaran bagi para pelajar. Bilikkomputer di sekolah digunakan untuk

Page 4: Hbef Resource

mempelajari sesuatu yang memang memerlukanpenggunaan komputer dan hanya boleh digunakan oleh sebilangan kecil pelajar sahaja dalamsatu-satu masa. Justeru itu kebiasaannya penggunaan ICT dalam pengajaran hanya terfokus

7. kepada sesuatu mata pelajaran dan dalam masa-masa yang tertentu sahaja. Ini sebenarnyatidak sesuai seperti yang dirancangkan iaitu penggunaan ICT dalam proses pengajaran danpembelajaran setiap masa. Program Pengkomputeran sekolah semakin diberi perhatian keranauntuk memberi peluang kepada pelajar sekolah supaya mereka dapat menguasai pengetahuanasas ICT di peringkat sekolah. Berbekal dengan pengetahuan asas ICT para pelajar akandapat berdepan dengan kehendak dan cabaran kerjaya mereka dalam abad ke 21. Walaupunhampir semua sekolah di Malaysia ini dibekalkan makmal komputer, namun pelajar tidakdapat akses kepada komputer secara menyeluruh kerana bilangan komputer yang dibekalkanjauh lebih rendah daripada bilangan pelajar dalam sesebuah kelas. Bilangan komputer yangboleh digunakan seringkali terhad disebabkan oleh kerosakan teknikal yang dialamimenambahkan kadar pengguna komputer bertambah sehingga 4 atau 5 orang murid terpaksaberkongsi satu unit komputer semasa pengajaran dijalankan. Ini juga sering mengganggukelancaran penggunaan komputer dalam pengajaran.2. Pembekalan yang tidak berkualitiMutu peralatan ICT yang rendah boleh mengganggu proses penggunaan ICT dalampengajaran. Ramai guru menyatakan komputer yang dibekalkan tidak berkualiti dan adanyayang sudah ketinggalan zaman. Ini ditambah lagi dengan cepatnya perkembangan teknologikomputer. Oleh itu komputer hendaklah dipastikan dari segi kualiti dan diletakkan di tempat-tempat yang sesuai dan boleh dicapai oleh semua orang, termasuk guru dan pelajar-pelajar.Di samping itu, terdapat kekangan dari segi sistem selenggaraan komputer yang tidak cekapdi sekolah3. Masalah penyenggaraan makmal komputer di sekolahMakmal komputer di sekolah sememangya menghadapi masalah dari segi penyenggaraan.Banyak makmal di sekolah tidak terurus kerana tidak ada kepakaran dari segi penyenggaraan.Walaupun kerajaan telah melantik juruteknik komputer di setiap daerah, tetapi masalah inimasih tidak dapat diselesaikan. Perkakasan dan perisian komputer yang terdapat di dalammakmal memerlukan penyelenggaraan sentiasa untuk mengelakkannya daripada mudah

8. rosak. Memandangkan makmal komputer tidak mempunyai pembantu makmal sebagaimanamakmal sains yang mempunyai pembantu makmalnya sendiri, maka kerja-kerjapenyelenggaraan buat masa sekarang terletak di bahu guru teknologi maklumat itu sendiri. Inibermakna beban tugas guru teknologi maklumat semakin bertambah.Kerja-kerjapenyenggaraan ini mengambil banyak masa guru sekiranya terdapat kerosakan ke atassesebuah komputer. Kadang-kala terdapat juga kalangan guru teknologi maklumat yangkurang mempunyai kemahiran menyenggarakan komputer. Ini bermakna sebarang kerosakanpada komputer perlu merujuk kepada pihak luar. Kaedah ini biasanya memakan belanja yangbesar dan proses P&P juga terganggu. Dukacita yang amat sangat kerana kerajaan telahmembelanjakan banyak peruntukkan untuk membangunkan ICT di sekolah tetapi dari segipenyenggaraannya terabai.4. Perisian komputerAlat ICT yang selalu digunakan untuk pembelajaran tutorial ialah komputer dan perisianpendidikan sama ada yang disimpan di dalam CD-ROM, cakera keras ataupun laman web.Perubahan ini seiring dengan perkembangan yang berlaku dalam rekabentuk perisianpendidikan yang berciri kecerdasan. Ciri ini melahirkan perisian pendidikan yang berupayamenyesuai maklumat yang disampai dengan kemampuan dan keperluan pelajar. Denganperkembangan ICT, perisian kursus yang terdapat pada hari ini hampir semuanya bercirimultimedia. Secara umum, setiap perisian pendidikan mengandungi satu atau lebih daripadakomponen.:Bagaimanapun, pendidik harus berhati-hati dalam melaksana

Page 5: Hbef Resource

pendekatan ini.Kesilapan dalam memberikan pertimbangan boleh mengakibat pembaziran masa dan tenaga,menghalang penggunaan kemudahan ICT yang lebih produktif menjurus ke arahpenyalahgunaan kemudahan ICT, mengakibat lebih banyak masa diperlu oleh pelajar untukmempelajari sesuatu . Untuk tujuan ini, guru perlu terlebih dahulu menilai setiap perisianpendidikan yang hendak diguna oleh pelajar. Setelah pasti benar-benar wujud keperluan, guruhendaklah merancang penggunaan ICT, bukan dibuat secara bidan terjun.Cadangan mengatasi Kekurangan Prasarana dan Bahan SokonganPihak sekolah perlu memberi perhatian kepada beberapa perkara iaitu memperbaiki infrastruktur komunikasi dan multimedia seperti kemudahan komputer, lebar jalur tinggi yang bersepadu dan sambungan Internet serta makmal komputer.

9. meningkatkan infrastruktur seperti rangkaian, kandungan tempatan, insentif dan perundangan untuk membentuk persekitaran yang membolehkan penyediaan infrastruktur. wujudkan jaringan kerjasama antara panitia atau sekolah dalam PPD sediakan peruntukan yang sesuai untuk menyediakan teknologi komputer terkini. wujudkan prasarana ICT yang sesuai untuk pembelajaran pihak pentadbir perlu memberi dorongan kepada guru untuk membina bahan pengajaran dan pembelajaran.Bagi pihak KPM pula perlu memberi fokus beberapa perkara iaitu menyelenggara peralatan dan perkakasan ICT secara intensif dan bersepadu. menyediakan infrastruktur ICT yang bersepadu dan berterusan di luar bandar dan pedalaman. menyediakan kemudahan bangunan institusi pendidikan mengikut piawai berasaskan keperluan dan kesesuaian memastikan kemudahan fizikal bangunan pendidikan diselenggara untuk memenuhi piawai, keperluan dan kesesuaian memastikan bekalan air bersih dan elektrik di semua sekolah.ISU 4JURANG ICT DAN DIGITALJurang digital bermaksud terdapatnya jurang di antara satu komuniti dengan komuniti yanglain di dalam mengakses kepada ICT, mencapai maklumat melalui ICT serta memahami danmenggunakan maklumat dari ICT. Faktor yang menyebabkan jurang digital ialah - Faktor ekonomi, iaitu tidak mampu untuk membeli dan mendapatkan khidmat ICT. - Faktor Geografi,iaitu tempat tiada liputan internet dan bekalan elektrik - Faktor Kemahiran Komputer iaitu tidak mengetahui bagaimana untuk mengakses maklumat - Faktor Kemahiran Bahasa Dan Literasi iaitu tidak dapat membaca dan memahami bahasa internet dengan baik

10. Pelbagai inisiatif dijalankan untuk merapatkan jurang digital di negara kita. Inisiatif-inisiatif ini datangnya daripada pelbagai pihak dan berperanan untuk memperkasa komunitidan menjana ilmu dalam melalui usaha menyeberangi jurang teknologi dan jurang minda.Inisiatif merapatkan jurang digital di Malaysia adalah bertujuan untuk mewujudkan jalinanpengetahuan secara digital serta memperkasa masyarakat di dalam bidang ekonomi, sosialdan akses kepada informasi dalam membantu masyarakat menjadi lebih berpengetahuan. Ketidakseimbangan yang berlaku dalam masyarakat terutama dan segi ekonomi,pendapatan, pendidikan, kemudahan infrastruktur. pemodenan dan sebagainya akan memberikesan terhadap kemajuan ICT dan digital. Sekolah, pendidikan dan profesion keguruan dinegara ini perlu memainkan peranan yang konstruktif bagi menangani jurang ICT dan digitalyang berlaku, terutama di luar bandar dan di kalangan kaum. Sekolah dan profesion keguruanperlu memberikan perhatian serius bagi merapatkan jurang perbezaan ICT dan digital denganmeningkatkan program pendidikan ICT dan memperluaskan peluang menguasai pengetahuandan kemahiran digital, khususnya di kalangan pelajar miskin dan luar bandar.ISU 5PENYALAHGUNAAN MAKMAL KOMPUTER DAN INTERNET PERCUMAGuru-guru dan pelajar didapati menyalahgunakan kemudahan internet di sekolah untukmelayari laman-laman web yang tidak berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran sepertilaman sosial Myspace, Friendster dan sebagainya. Selain daripada portal-portal sosial,permainan komputer atas talian(Online Games)

Page 6: Hbef Resource

turut menjadi kegilaan pelajar sekolah masakini. Penyalahgunaan seperti ini dibimbangi mampu meningkatkan jenayah internet yangsukar dikawal. Memandangkan internet telah menjadi keperluan utama, melarang merekadaripada menggunakan internet amatlah tidak wajar. Namun, langkah-langkah pemantauanamatlah berkesan dalam mengatasi masalah ini. Selain itu, di sekolah juga pemantauanharuslah dilakukan oleh guru-guru yang bertugas, memandangkan proses pembelajaran danpengajaran sekarang banyak menggunakan internet. Selain itu, nilai-nilai murni juga wajarditerapkan di dalam minda pelajar bagi mengelakkan masalah ini daripada bertambah teruk.Pelajar sekolah hari ini adalah antara pengguna internet di Malaysia. Penyalahgunaan internet

11. dikalangan pelajar sekolah semakin membimbangkan dewasa ini terutamanya membabitkanpelayaran laman web berunsur lucah yang turut menjadi kegilaan pelajar masakini.KESIMPULANHarapan Negara untuk melahirkan modal insan yang kreatif dan inovatif bagi memenuhikeperluan pasaran pada masa depan boleh dicapai melalui kurikulum pembelajaran berkaitanteknologi maklumat dan komunikasi yang sentiasa dikemas kini. Justeru itu, sebagaipengguna yang bijak kita tidak harus menyalahgunakan kemudahan teknologi maklumat ini.Penggunaan ICT dalam pembelajaran adalah prasyarat bagi Malaysia untuk menjadi Negarayang berpendapatan tinggi. Namun, kerajaan Malaysia khasnya Kementerian PelajaranMalaysia perlu berusaha mengatasi masalah-masalah yang timbul.

Pengenalan

Era perkembangan teknologi masa kini mempengaruhi setiap bidang kehidupan. Aspek teknologi telah digabungkan dalam kurikulum sekolah sebagai satu daya usaha ke arah menyemai dan memupuk minat serta sikap yang positif terhadap perkembangan teknologi. Budaya persekolahan seharusnya diubah daripada sesuatu yang berdasarkan memori kepada yang berpengetahuan, berpemikiran, kreatif,dan penyayang dengan menggunakan teknologi terkini ( KPM, 1997 ). Atas alasan inilah pihak kerajaan melalui Kementerian Pendidikan berhasrat untuk mengujudkan Sekolah Bestari yang sekali gus bertindak mengisi agenda perancangan , dan perlaksanaan Koridor Raya Multimedia ( Multimedia Super Corridor atau MSC ). Perlaksanaan Sekolah Bestari akan membuka ruang seluas-luasnya kepada teknologi komputer yang akan membolehkan fleksibiliti dan kepelbagaian dibina dalam sistem pendidikan. Suasana ini akan mengurangkan jurang peluang antara mereka yang berada dan berupaya menggunakan teknologi terkini di rumah, dengan mereka yang kurang berada ( KPM, 1997 ).

Pengajaran Berbantukan Komputer

Page 7: Hbef Resource

Perubahan yang sedang melanda dalam dunia pendidikan kini tentunya akan merubah kandungan dan reka bentuk kurikulum setiap mata pelajaran ( Jamaludin, 1989; Nik Azis, 1989). Kurikulum matematik juga tidak dapat lari daripada arus teknologi ini

( Fatimah & Munirah, 1995; PPK, 1993; Nik Azis, 1989 ). Pendidikan komputer dalam kurikulum melibatkan tiga peranan penting (Nik Azis, 1989 );

1. Pembelajaran tentang komputer perisian, perkakasan dan pengaturcaraan komputer

2. Penggunaan komputer untuk menyelenggara dan memproses data

– memproses data penyelidikan

– memproses perkataan

3.Penggunaan komputer untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran

– pengaturan murid

– pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer ( PPBK ).

Pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) ialah aturcara komputer yang menggunakan teknik-teknik kepintaran buatan untuk membantu seseorang belajar ( Jamaluddin, 1989 ). Mikrokomputer digunakan untuk menyelenggara aktiviti pengajaran dengan berpandu kepada program yang dibentuk oleh penulis perisian. Murid berinteraksi dengan program komputer atau perisian melalui terminal ( Nik Azis, 1989 ).

Dalam pengajaran berbantukan komputer ( CAI ), komputer boleh dianggap sebagai tutor atau guru. Dalam proses pengajaran sebenar dalam bilik darjah, guru berperanan sebagai pengajar (instructor), penerang (explaner) dan pemudahcara (facilitator). Semua peranan ini boleh diambil alih oleh komputer dalam CAI ( Abd. Rahman, 1995 ). Pengajaran berbantukan komputer melibatkan sistem tutorial, permainan dan simulasi di samping aktiviti latih tubi ( PPK, 1993; Jamaludin, 1989 ).

Komputer Dalam Pendidikan

Penggunaan komputer dalam pengajaran matematik dapat memperkembang dan memperkayakan lagi tajuk yang diajar. Lebih seabad yang lalu, NCTM (National Council of Teachers’ of Mathematics, 1980) mencadangkan supaya pengajaran matematik mengambil peluang luas yang ditawarkan oleh komputer. Cockcroft (1982) menyarankan bahawa penggunaan komputer dalam pengajaran bukan sahaja boleh memperbaiki kualiti pengajaran matematik malah penggunaan komputer juga boleh merubah kepentingan sesuatu tajuk dalam silibus . Keadaan yang sama juga mungkin wujud dalam pengajaran dan pembelajaran matapelajaran lain di sekolah. Aktiviti penyelesaian masalah adalah bahagian terpenting dalam pendidikan matematik. Pencapaian yang tinggi dalam matematik tidak bermakna jika seseorang pelajar tidak mampu melakukan proses penyelesaian masalah. Laporan

Page 8: Hbef Resource

Cockcroft (1982) menegaskan bahawa masalah matematik harus diterjemahkan kepada sebutan dan bahasa matematik sebelum ianya diselesaikan. Langkah terjemahan seperti ini memerlukan fahaman yang lengkap terhadap struktur konsep yang terkandung dalam masalah tersebut. Keadaan ini telah menyebabkan kesukaran pembelajaran di kalangan setengah-setengah pelajar. Masalah dan kesukaran ini boleh diatasi melalui penggunaan komputer ( Al Ghamdi, 1987; Lim, 1989 ).

Dalam beberapa kajian yang telah dijalankan (Funkhouser, 1993; Henderson and Landersman, 1992, Chazan, 1988; McCoy, 1991; Al Ghamdi, 1987) didapati :

• pelajar yang menggunakan komputer mempunyai sikap yang lebih positif terhadap dirinya dan berkeupayaan menyelesaikan masalah yang lebih kompleks.

• Perisian komputer yang digunakan dalam proses pengajaran akan dapat membantu pelajar memahami konsep dan prinsip dengan mudah dan berkesan

• Pencapaian pelajar dalam peperiksaan akhir menunjukkan peningkatan yang ketara

• Kumpulan yang belajar berbantukan komputer mempunyai kemampuan mengekalkan maklumat dalam jangka masa yang lebih lama dan dapat menggunakannya dalam bidang-bidang lain.

Kelembapan dan kebantutan perkembangan CAI dalam pendidikan matematik khususnya, pada pertengahan tahun 70 an hingga 80 an adalah disebabkan oleh kos perkakasan komputer yang terlalu tinggi, bilangan perisian yang sedikit, kemahiran dan pengetahuan tentang komputer yang rendah dan tidak kurang juga kebimbangan dan kurang keyakinan di kalangan pendidik ( PPK, 1993 ). Walau bagaimanapun keadaan tersebut telah berubah, di mana harga komputer telah banyak menurun dan mampu dibeli oleh ramai orang serta berbagai kursus telah dan sedang dianjurkan oleh pihak kementerian untuk memberi kesedaran, keyakinan, pengetahuan serta kemahiran dalam penggunaan komputer.

Dalam pendidikan, komputer boleh berperanan untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti berikut

i. Penghasilan Bahan Kurikulum

ii. Latih Tubi

iii. Tutorial

iv. Ulangkaji

v. Pemulihan dan Pengayaan

vi. Simulasi

vii. Pengiraan

viii. Alat Bantu Mengajar

ix. Tutee

Page 9: Hbef Resource

Penggunaan spreadsheet

Terdapat banyak kajian tentang penggunaan spreadsheet dalam pengajaran matematik. Kajian-kajian yang telah dijalankan mencadangkan berbagai cara penggunaan spreadsheet dalam pengajaran matematik ( Janet, 1988; Lim, 1995; Fatimah & Munirah, 1995). Ada juga kajian yang mencadangkan penggunaan spreadsheet dapat mengurangkan kesilapan konsep tentang sesetengah konsep matematik ( Catterall and Lewis, 1985 dalam Fatimah & Munirah, 1995 ). Mungkin guru-guru di Malaysia juga boleh menggunakan speadsheet dalam pengajaran matematik sementara menunggu pakej CAI yang sesuai.

Penggunaan multimedia

Multimedia adalah teknologi maklumat terkini yang membenarkan integrasi dan manipulasi video, audio, teks, grafik dan animasi ( Baharuddin & Mohd, 1995 ). Multimedia berasaskan komputer boleh menjadikan proses pendidikan suatu pengalaman yang menyeronokkan dan menarik di samping membantu pelajar memahami sesuatu konsep dengan cepat dan mudah ( Brown & Bush, 1992; Toh & Ng, 1994; Rio & Kasiran, 1994; Baharuddin & Mohd, 1995 ). Penggunaan multimedia mempunyai peranan penting dalam pendidikan matematik. Antaranya ialah multimedia boleh;

1. memberi peluang kepada pelajar untuk belajar sendiri berdasarkan kemampuan masing-masing.

2. memudah dan mempercepatkan kefahaman sesuatu konsep matematik.

3. menjadikan aktiviti pembelajaran menarik dan menyeronokkan

4. membekalkan lebih banyak maklumat dan pengetahuan kepada pelajar

5. membantu pelajar mengulangi sesuatu isi pelajaran berulang kali

Penggunaan Internet

Internet atau ‘ International Network of Networks ‘ ialah sebuah rangkaian komputer diperingkat antarabangsa. Ia mengandungi lebih daripada 50 ribu rangkaian komputer di seluruh dunia, lebih daripada 6.6 juta komputer hos dan lebih daripada 50 juta pengguna dari lebih daripada 160 buah negara ( Zoraini, 1995 ). Dalam rangkaian Internet, terdapat berbagai jenis sumber yang berjuta-juta bilangannya. Sumber ini termasuklah kertas persidangan, artikel majalah, perisian komputer, gambar, video dan sebagainya. Seseorang guru boleh mendapat rancangan pengajaran dari guru lain

Page 10: Hbef Resource

atau pun dari komputer yang menyimpannya. Atau pun sumber pengajaran seperti peta, gambar dari angkasa lepas dan sebagainya boleh didapati dalam Internet.

Di dalam Internet terdapat lebih daripada 8 000 kumpulan diskusi eletronik. Kumpulan ini mungkin terdiri dari beberapa orang sehinggalah ke beberapa ribu orang yang berbincang tentang perkara yang sama, termasuklah tentang matematik. Topik-topik perbincangan bermacam-macam dari Antropologi sehinggalah ke Zoologi. Bagi guru matematik, terdapat beberapa kumpulan diskusi eletronik yang dapat disertai secara percuma. Antaranya; IMSE-L dan MATHEDCC. Selain daripada diskusi eletronik, WWW (World Wide Web) juga menyediakan berbagai sumber pengajaran dan pembelajaran , khususnya dalam bidang matematik ( Zoraini, 1995; Lee, 1996 )

Beberapa tajuk yang boleh diperolehi dari WWW :

Global Network Navigator – Mathematic

Math Section

Mathematics – Singapore Min of Education

Math Launchpad

Mathematics Archives – K12 Internet Sites

K-8 dan K-12 Mathematics Education

Math and Numbers

The Math Forum

Ask Dr Math

Math Archives

Internet Math Class

Forum Guru dan Pelajar – TM School On Line

Nota dan Soalan Latihan ( UPSR, PMR dan SPM ) – TM School On Line

Menyedari potensi dan keupayaan Internet sebagai wadah komunikasi dan interaksi eletronik yang berkesan maka Kementerian Pendidikan telah mengambil langkah untuk

memperkenalkan Internet kepada para pelajar dan pendidik. Dengan kerjasama serta bantuan kepakaran daripada MIMOS, Kementerian Pendidikan telah melancarkan projek Jaringan Pendidikan ( Sulaiman, 1996 ). Dalam perlaksanaan projek ini, Kementerian Pendidikan telah:

Page 11: Hbef Resource

1. menyediakan kemudahan dan perkhidmatan rangkaian kepada para pelajar dan golongan pendidik di sekolah dan maktab-maktab perguruan

2. melatih dan membimbing guru-guru dengan kemahiran menggunakan kemudahan yang disediakan

3. merancang, melaksana dan menyelia pelbagai aktiviti pendidikan berasaskan penggunaan rangkaian meluas ke arah mengembangkan minda dan pengetahuan di samping menggalakkan perlaksanaan pelbagai aktiviti kreatif dan inovatif berasaskan teknologi maklumat

Segala kemudahan yang sedia ada perlu dimanfaatkan sepenuhnya. Bidang teknologi maklumat yang menjadi sebahagian daripada kandungan sukatan kursus akan memberi peluang kepada guru pelatih untuk menambahkan pengetahuan dan meningkatkankemahiran dalam penggunaan komputer, khususnya untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Tambahan pula pada hari ini, terdapat berbagai program pendidikan yang dicipta dan dipasarkan, yang meliputi hampir semua peringkat.

DARI LITERASI KOMPUTER KE KOMPETENSI TEKNOLOGI

Setiap kali suatu teknologi baru diperkenalkan dalam bilik darjah, ada pihak yang akan menyokong dan mendakwa teknologi ini akan merevolusikan cara guru mengajar, cara murid belajar dan secara amnya keseluruhan cara pendidikan dikendalikan.

Contohnya, Thomas Edison menerajui pemikiran bahawa sebarang pelajaran yang diajar oleh guru dapat diajar melalui filem (Heinich, Molenda, Russell & Smaldino, 1996). Beliau mendakwa filem akan merevolusikan pendidikan. Selepas pelancaran Sputnik pula, sekolah didedahkan kepada projektor overhed. Andaiannya, projektor overhed dapat memperjelaskan dan memperbaiki mesej yang disampaikan oleh guru. B.F. Skinner (Department of Education, 1960) memperkenalkan pengajaran terancang ke sekolah dan mendakwa ia adalah penawar masalah dalam pendidikan. Bork (1987) kebelakangan ini pula mendakwa mikrocomputer dapat memperbaiki cara pelajar belajar di sekolah.

Setiap dakwaan ini berdasarkan perkakasan teknologi pendidikan (projektor overhead dan komputer) ataupun perisian (pengajaran terancang). Namum ramai penyelidik (Clark, 1983,1994; Morrison, 1994; Ross & Morrison, 1989) telah menunjukkan bahawa teknologi atau media tidak memberi kesan kepada pembelajaran, yang lebih penting adalah strategi pengajaran spesifik yang direkabentuk dan diimplementasi oleh guru atau perekabentuk pengajaran yang menentukan keberkesanan pembelajaran.

Kini mikrocomputer pula semakin menukar penggunaannya di sekolah. Di Amerika Syarikat sahaja, pada awal 1995, dianggarkan terdapat lebih kurang 5-8 juta mikrokomputer di sekolah awam K-12 (US Office of Technology Assessment, 1995). Jumlah ini mencatatkan pertambahan 600% daripada statistik 1980. Bagaimanapun perincian belanjawan untuk komputer bagi pejabat daerah pendidikan mendapati 55% belanjawan diperuntukkan bagi perkakasan, 20% untuk perisian dan hanya 15% bagi latihan guru (Market Data Retrieval, 1992). Data ini memberi gambaran bahawa peluang

Page 12: Hbef Resource

perkembangan professional bagi guru sering diabaikan dan berfokus kepada latihan ” short term, one-shot” bertujuan membiasakan guru dengan aplikasi spesifik atau membentuk literasi komputer (US Office of Technology Assessment, 1995).

Kertas kerja ini bertujuan membincangkan cara membentuk persekitaran pembelajaran menggunakan komputer dalam bilik darjah. Fokus diberikan kepada pembentukan kompetensi teknologi guru, yang merupakan asas kepada melahirkan persekitaran pembelajaran yang kondusif kepada integrasi berkesan teknologi komputer dalam bilik darjah. Bahagian pertama mengimbas kembali pengenalan komputer ke dalam persekitaran pembelajaran dan pergerakan literasi komputer. Bahagian kedua menakrifkan set kemahiran baru yang diperlukan oleh guru untuk mengajar daripada literasi komputer kepada kompetensi teknologi. Bahagian terakhir membincangkan pengajaran berasaskan komputer yang akan memupuk kemahiran penyelesaian masalah dan kemahiran berfikir.

KOMPUTER DALAM BILIK DARJAH

Sungguhpun teknologi komputer membuka pelbagai peluang kepada proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah tetapi kajian di Amerika Syarikat menunjukkan kebanyakan sekolah gagal melaksanakan dengan sempurna dalam kurikulum (US Office of Technology Assesment, 1995). Kebanyakan pendidik dan pengurus pendidikan gagal memahami keperluan melibatkan pelajar dengan pengalaman pembelajaran yang menyediakan mereka memasuki masyarakat yang semakin bergantung pada komputer.

Terdapat sekurang-kurangnya lima faktor yang menyumbang kepada situasi ini. Faktor pertama adalah sekolah membeli fasiliti komputer tanpa memberi peruntukan kewangan kepada keperluan baikpulih , upgrade dan latihan . Perubahan mendadak dalam teknologi menyebabkan sekolah tersadai dengan komputer yang ketinggalan teknologi (obsolete). Ada pula yang mempunyai peralatan yang rosak atau tidak dapat dipakai. Situasi ini mirip kepada situasi 1960an dengan pengenalan televisyen kepada sistem pendidikan. Komputer dibeli tanpa memberi pertimbangan kepada bagaimana perkakasan dan perisian tersebut akan digunakan dalam aktiviti seharian.

Faktor kedua adalah sikap guru terhadap aplikasi komputer dalam bilik darjah. Ross(1991) melaporkan sikap guru terhadap komputer dalam bilik darjah berkisar daripada penerimaan sepenuh kepada ketakutan. Ada yang menerima komputer sebagai alat pengajaran yang berkesan dan ada yang menjarakkan diri dan enggan mencuba peluang yang ada.

Pelbagai alasan disarankan seperti aktiviti komputer mengambil masa berharga yang sepatutnya digunakan untuk pengajaran (Evans-Andris, 1995) atau lebih sesuai digunakan untuk pengajaran tradisi. Malahan di antara yang menerima penggunaan komputer dalam pendidikan, ramai yang berpegang kepada penggunaan komputer untuk mengulangkaji pengetahuan yang telah dipelajari atau sebagai permainan untuk menarik minat pelajar. Pendek kata, guru enggan menukar gaya pengajaran mereka kepada suatu yang dapat mengintegrasikan komputer dalam bilik darjah (Ellis, 1992).

Page 13: Hbef Resource

Tambahan pula ada tanda-tanda yang menunjukkan kejayaan atau kegagalan aplikasi komputer dalam pendidikan adalah domain-spesifik. Ehman dan Glenn (1987) menunjukkan untuk K-12, kajian sosial tidak telus kepada revolusi komputer dalam pendidikan. Begitu juga Becker (1984) melaporkan tahap penggunaan komputer dalam bilik darjah kajian sosial adalah lebih rendah daripada subjek lain. White(1986) dan Whitehead, Cain dan Graves (1994) menyarankan kekurangan pengetahuan dan pengalaman menggunakan komputer sementara Wagschal(1986) pula mendapati kekurangan perisian berkualiti dan relevan kepada keperluan bilik darjah sebagai punca diskrepansi ini. Isu-isu seperti kekurangan peluang latihan dan kesukaran peluang menggunakan komputer (access) perlu diatasi untuk meningkatkan integrasi komputer dalam bilik darjah kajian sosial (Whitehead et el.,1994).

National Assessment of Educational Progress (1990) dalam kajian ke atas pengetahuan, kemahiran dan pengalaman mengenai komputer mendapati sebilangan besar pelajar tidak pernah menggunakan komputer di bilik darjah. Halangan yang dikenalpasi termasuklah guru kekurangan masa untuk membentuk pelajaran yang melibatkan penggunaan komputer, tidak cukup masa dalam jadual waktu, kekurangan sokongan kewangan, tidak cukup perkakasan, tidak cukup fasilitator untuk menyelia pelajar, guru kurang minat dan kekurangan strategi pengajaran untuk melibatkan komputer dalam aktiviti pembelajaran.

Namun, terdapat pertambahan dalam bilangan guru yang literasi komputer atau dapat gunakan aplikasi asas komputer seperti pemprosesan perkataan, ataupun dapat memastikan pelajar menggunakan perisian latih-tubi dan tutorial (US Office of Technology Assessment, 1995) Guru menganggap penggunaan komputer dalam bilik darjah sebagai supplemen kepada kurikulum dan bukannya sebahagian integral kurikulum (Evans-Andris, 1995). Merka menggalakkan penggunaan komputer dalam bilik darjah tetapi gagal menguasai keupayaan sepenuh komputer. Ada guru pula yang menganggap komputer sebagai sumber menarik perhatian pelajar tanpa memerlukan interaksi guru-pelajar. Pelajar diajar mengoperasikan terminal bukannya menggunakan komputer sebagai alat pembelajaran (Evans-Andris, 1995). Guru yang memegang pandangan dan sikap terhadap komputer ini akan menjejaskan pelaksanaan berkesan integrasi komputer dalam bilik darjah.

Kajian juga menunjukkan pengetahuan, sikap serta pegangan yang guru komunikasikan kepada pelajar mengenai teknologi dicerminkan oleh sikap dan pandangan guru (Conery, 1993). Guru yang menggunakan komputer dengan yakin, dan sukarela, dapat menggunakan komputer dengan kreatif untuk meningkatkan pengalaman pembelajaran dan memindahkan pandangan ini kepada pelajarnya (Hannafin & Freeman, 1995). Guru akan menyusun bilik darjah dan gaya pengajaran sekitar komputer dan sentiasa mencari peluang membenarkan komputer menjadi sebahagian integral kurikulum (Laszlo & Castro, 1995) dan bukannya sebagai beban yang mengelirukan.

LITERASI KOMPUTER

Apabila komputer mula diperkenalkan dalam bilik darjah pada awal 1980an, guru kurang bersedia untuk menggunakannya dengan berkesan. Keperluan memahami asas komputer mewujudkan pelbagai kursus dan latihan Literasi Komputer di maktab dan universiti serta penerbitan buku teks

Page 14: Hbef Resource

(Erickson & Vonk, 1994) untuk menyediakan guru-guru yang literasi komputer. Kursus-kursus literasi komputer meliputi komponen-komponen komputer, sejarah komputer, asas pengoperasian komputer, perisian aplikasi, pengaturcaraan BASIC dan penilaian perisian. Kini kebanyakan guru lepasan maktab dan universiti mempunyai kemahiran ini tetapi gagal disediakan untuk integrasikan penggunaan komputer sebagai alat komputer untuk pembelajaran (US Office of Technology Assessment, 1995). Kertas kerja ini menghipotesiskan masalah ini timbul disebabkan guru kekurangan kompetensi tekanologi.

KOMPETENSI TEKNOLOGI

Kompetensi teknologi adalah langkah selanjutnya yang perlu dijelajahi selepas mencapai literasi komputer. Ia dicirikan oleh individu yang dapat berfikir secara konseptual aplikasi komputer berhubung dengan pembelajaran. Individu yang kompeten teknologi melihat komputer sebagi alat menyelesaikan masalah, menyediakan set data, menjimatkan masa dan mensimulasi peristiwa sebenar dunia ini. Pandangan ini bertentangan dengan individu yang hanya literasi komputer yang menganggap komputer sebagai sistem penyampaian pelajaran (delivery system).

Guru masih memerlukan kemahiran literasi komputer, tetapi mereka mesti menganjak paradigma daripada menerima maklumat kepada memanipulasi maklumat. Guru mesti membentuk persekitaran pembelajaran di mana komputer menjadi “rakan pengajaran” dalam proses membentuk pengetahuan (McDaniel., McInerney, & Armstrong, 1994). Kompetensi teknologi komputer adalah konsisten dengan pandangan teknologi pendidikan sebagai hasil & proses (product & process) yang disarankan oleh Heinich et al. (1996).

Persekitaran Pembelajaran Multidimensi

Pembentukkan pengetahuan dikukuhkan oleh guru yang kompetens teknologi yang akan menggubal, membimbing, dan mengurus persekitaran pembelajaran multidimensi yang berpusatkan pelajar dan mempunyai unsur penggunaan komputer dalam pengajaran (Morrison,1995). Tiga faktor utama memberi sumbangan kepada persekitaran pembelajaran multidimensi: susunan pelajar, tugasan pembelajaran multidimensi dan bahan sokongan (komputer, manipulatif, kalkulator, radas eksperimen dll). Pelajar dalam persekitaran ini akan belajar dalam gabungan kumpulan seperti individu, pasangan, kumpulan kecil atau keseluruhan kelas

Satu pelajaran atau projek akan melibatkan pelajar dengan pelbagai aktiviti, contohnya menggubal eksperimen, mengutip data dari World Wide Web, membuat eksperimen dalam kelas, menulis laporan atau membentuk slaid persembahan. Untuk pelajar menyelesaikan tugasan pembelajaran, dia perlu disediakan komputer sebagai alat pembelajaran dengan CD ROM, internet, aplikasi perisian pangkalan data, hamparan elektronik, pemprosesan perkataan dan perisian pendidikan untuk mengurangkan jurang atau menyediakan “scaffold” di antara keperluan tugasan dan kemahiran (Greenfield, 1984).

Peranan Komputer

Page 15: Hbef Resource

Dalam persekitaran pembelajaran multidimensi, pelajar tidak belajar mengenai komputer tetapi komputer merupakan alat yang digunakan bersama pembelajaran dalam menyelesaikan masalah bermakna dan autentik (Brown, Collins & Duguid, 1989).

Komputer membolehkan pelajar menggunakan pangkalan data atau hamparan elektronik untuk mencari penyelesian kepada pelbagai masalah. Data dapat dimanipulasi dengan mudah, diuji daripada beberapa perspektif, membuat tekaan dan menguji tekaan. Keupayaan multimedia membolehkan pelajar menerokai ide mereka dengan menggabungkan grafik, animasi, video dan bunyi dalam dokumen mereka. Satu premis utama persekitaran pembelajaran multidimensi ialah untuk menganggap komputer sebagai alat pembelajaran sama seperti kalulator digunakan untuk membuat penghitungan dan pembaris digunakan untuk mengukur panjang garis lurus.

Peranan Guru

Peranan guru yang kompeten teknologi merangkumi tiga aspek utama: penggubal pembelajaran, fasilitator pembelajaran dan pengurus pembelajaran. Bahagian berikutnya membincangkan ketiga-tiga peranan ini.

Penggubal Pembelajaran

Untuk menyediakan pembelajaran yang sesuai bagi persekitaran pembelajaran multidimensi, guru perlu memahami hubungan di antara fungsi asas aplikasi komputer dengan teori pembelajaran. Pemahaman ini menjadi asas bagi pemilihan strategi pembelajaran yang menurut Kemp, Morrison dan Ross (1994) perlu dipilih berdasarkan jenis kandungan pelajaran (fakta, peraturan, konsep, prosedur, dll) dan hasil pembelajaran yang disasarkan (mengingat semula atau aplikasi).

Selepas kandungan pelajaran dan sasaran pembelajaran ditetapkan, guru menggubal aktiviti-aktiviti yang menjanakan pembelajaran atau membimbing pelajar membuat perkaitan di antara pelajaran baru dengan pelajaran lama (Jonassen, 1988).Aktiviti-aktiviti ini melibatkan pelajar dalam berbagai tugasan seperti mencari maklumat, mengkategori maklumat, menganalisis ide, membuat paraphrasing yang lebih mantap daripada pembelajaran rote memorization. Kemp, Morrison dan Ross (1994) menyenaraikan aplikasi komputer yang menyokong pembelajaran sebegini sebagai aplikasi pemprosesan perkataan, hamparan elektronik danpangkalan data.

Proses pembelajaran juga perlu melibatkan masalah bermakna (meaningful problem), memerlukan kerjasama kumpulan (collaboration), dan membuat refleksi (reflection) (Driscoll, 1994). Guru yang kompetens teknologi menanangani penggubalan pelajaran ini dengan melibatkan pelajar menggunakan aplikasi komputer yang lazim ditemui seperti hamparan elektronik dalam kumpulan kecil Pelajar juga diwajibkan mengutip data samada on-line, melalui eksperimen atau sumber lain, memanipulasikan data, dan membuat reflection ke atas penyelesaian.

Yang penting dalam persekitaran pembelajaran multidimensi yang berteraskan teknologi adalah keupayaan mencari, memperolehi dan menganalisa sumber maklumat. Guru perlu bijak menentukan pelajar belajar daripada berbagai sumber (Zahner, Reiser, Dick, & Gill, 1992) dalam suasana yang penuh dengan maklumat seperti internet, CD ROM, perisian pendidikan dans ebagainya.

Fasilitator

Page 16: Hbef Resource

Peranan guru perlu berubah daripada penyampai maklumat kepada fasilitator pembelajaran (Dufty & Jonassen, 1991). Fasilitator melibatkan aktiviti-aktiviti modeling, bimbing, scaffolding dan fading (Choi & Hannifin, 1995). Guru yang kompeten teknologi bukan sahaja memodelkan proses seperti bagaimana membina pelbagai medan (field) dalam pangkalan data tetapi juga memodelkan proses kognitif pemikiran diperlukan untuk mencapai tugasan pembelajaran (Gorrell & Capron, 1990). Contohnya guru yang membantu kumpulan pelajar menentukan apa yang perlu ada dalam pangkalan data, mungkin berkata ” Jika saya ingin membina pangkalan data, saya terlebih dahulu memikirkan apa jenis laporan yang saya perlukan untuk menjawap masalah yang dihadapi.” Fasilitasi digunakan oleh guru bagi mensimulasi dan membimbing pemikiran pelajar dan membuat keputusan.

Kebanyakan bilik darjah terdiri daripada pelajar heterogeneous dari segi pengetahuan dan kemahiran. Guru perlu fasilitasi proses scaffolding untuk membantu pelajar-pelajar mengurangkan jurang di antara yang mereka tahu dengan apa yang mereka perlu tahu (Collins, 1993). Proses scaffolding melibatkan berbagai pengalaman pembelajaran seperti penggunaan perisian pendidian spesifik yang disasarkan kepada kekurangan yang perlu diperbaiki. Contohnya jika pelajar perlu menentukkan saiz bilik yang diperlukan untuk menyimpan suatu kuantiti tong berbentuk silinder, sesetengah pelajar mungkin memerlukan pemulihan untuk mengukuhkan kemahiran matematik yang diperlukan untuk menyelesaikan masalah. Guru akan mengarahkan pelajar kepada perisian pendidikan atau sumber pembelajaran yang sesuai. Apabila pelajar semakin kompeten untuk membuat keputusan dan tahap kemahiran meningkat, kadar fasilitasi guru akan dikurangkan (fading). Proses fading membenarkan pelajar lebih terlibat dalam proses kerjasama sesama rakan sebaya dan menggalakkan proses pemikiran dan memproses maklumat serta memikir cara belajar (Choi & Hannafin,1995).

Pengurus Pembelajaran

Komponen penting dalam persekitaran pembelajaran multidimensi adalah pengurusan berkesan. Guru perlu merancang jadual kitaran berkesan yang mengambilkira apa yang pelajar akan lakukan sebelum ke komputer, pada terminal komputer, serta selepas menamatkan tugasan di komputer. Contohnya untuk suatu matapelajaran tentang durian, sebelum menggunakan komputer, pelajar diminta menjanakan beberapa soalan dan hipotesis mengenai durian itu. Pelajar perlu mengutip data seperti berat, ukurlilit, ketinggian durian tersebut. Setiap kumpulan menganalisis data diperolehi untuk membuat kesimpulan dan tekaan tentang durian lain, seperti apakah berat sesuatu duarian berdasarkan panjang atau ukurlilit. Sepanjang pelajaran, pelajar mungkin dapat melihat video atau menerokai buku atau sumber lain. Pelajaran dikaitkan dengan matematik, sains atau geografi. Projek pelajar pada komputer mungkin melibatkan

a. menentukan sumber maklumat di Internet

b. download data dalam pengkalan data atau hamparan elektronik

c. menjana jadual atau carta

d. menulis laporan

e. menyediakan persembahan

Page 17: Hbef Resource

Proses menyediakan jadual kitaran adalah kompleks dalam persekitaran pembelajaran multidimensi. Aspek kritikal guru sebagai pengurus adalah keupayaan guru menyelesaikan masalah teknikal yang timbul dalam proses pembelajaran. Guru perlu menguji perisian dan perkakasan sebelum pelajaran bermula dan menjangka masalah yang mungkin dihadapi oleh pelajar. Guru juga perlu selesa dengan aplikasi yang akan digunakan oleh pelajar. Bagaimanapun masalah ini boleh dikurangkan dengan menggunakan kepakaran komputer pelajar sendiri. Kaedah ini adalah gabungan peranan guru sebagai pengurus dan fasilitator untuk menggunakan sumber terbaik ada untuk membentuk persekitaran pembelajaran berpusatkan pelajar.

Peranan Pelajar

Matlamat ideal untuk persekitaran pembelajaran multidimensi adalah menghasilkan pelajar yang kompetens tekanologi. Pelajar digalakkan untuk membentuk kemahiran berfikir secara kritikal dalam konteks menyelesai masalah bermakna. Penyoalan, perancangan, perekaan, penganalisaan dan tekaan adalah sebahagian usaha kumpulan yang dipupuk dalam persekitaran pembelajaran multidimensi.

Pelajar juga perlu selesa dengan penggunaan pelbagai sumber maklumat termasuk penggunaan komputer dan memilih sumber yang paling sesuai. Contohnya, mereka mungkin perlu mencari, menilai dan mengambil maklumat daripada internet, menggunakan hamparan elektronik bagi manipulasi data dan melihat keputusan dalam pelbagai format dan carta dan penyediaan persembahan. Aktiviti lain mungkin lebih sesuai dicapai dengan membina model, membuat eksperimen atau membuat temuduga. Perkara yang perlu ditegaskan ialah pelajar mempelajari penggunaan komputer bukan sebagai sumber pembelajaran tunggal tetapi satu daripada pelbagai sumber.

Pendekatan Baru kepada Perisian Pendidikan

Dalam perubahan daripada literasi komputer kepada kompetasi teknologi, kita perlu mengubah konsep penggunaan komputer dalam bilik darjah. Penggunaan computer perlu diubah kepada “Computer-Supported Instruction” (CSI) daripada “Computer–Assisted Instruction” (CAI). Dalam CAI, komputer digunakan sebagai pengganti guru untuk menyampaikan pelajaran. Contohnya, program latih-tubi akan mengajar proses pendaraban atau hukum gas.

CSI pula menganggap komputer sebagai alat sebagaimana anggapan seorang akauntan, atau saintis dan menggunakannya untuk menyelesaikan masalah. CSI memerlukan pelajar menerokai, menemui dan membentuk pengetahuan. Pertimbangkan sinario di mana pelajar perlu mempelajari cara membuat tekaan dan mentafsir graf. Pelajar akan mengenalpasti pelbagai minuman dan makanan yang akan dimasukkan dalam ujian rasa. Selepas itu mereka akan membuat tekaan bilangan pelajar yang meminati setiap item, contohnya seorang pelajar mungkin jangkakan 8 pelajar suka air mineral Baby Borneo dan 2 orang sukakan Evian. Kemudian dalam kumpulan, pelajar merancang prosedur dan hamparan data untuk mengutip data.

Selepas mengutip data, pelajar memasukkan data sebenar pelajar dan tekan mereka ke dalam hamparan elektronik. Guru kemudian membimbing cara membina graf untuk memaparkan tekaan dan keputusan, mentafsir graf dan akhirnya membuat laporan.

Menggubal Pelajaran CSI

Page 18: Hbef Resource

CSI meletakkan lebih penekanan kepada guru sebagai penggubal pembelajaran berbanding dengan CAI yang telah ditetapkan mod pengajarannya. Guru akan merancang pembelajaran berdasarkan masalah bermakna kepada pelajar dan fokus pelajaran adalah pelajar. Komputer hanya alat dan bukannya sistem penyampaian maklumat. Pelajar mengutip data, manipulasi data dan mencari penyelesaian dalam menyelesaikan masalah secara berkumpulan. Pelajaran juga dapat merentasi kurikulum.

Contoh 1

Untuk pelajaran sains tentang cuaca, dalam kelas sains, pelajar mempelajari pola cuaca dan konsep haba serta suhu sementara dalam kelas geografi mereka mempelajari iklim dan penghasilan pertanian. Dengan merentasi kurikulum pelajar dapat menggabungkan pengetahuan cuaca dengan iklim dan geografi untuk memahami bagaimana kedudukan dan mukabumi menpengaruhi pula cuaca. Kemudian mereka dapat membuat tekaan dan menyelesai masalah seperti apakah musim menanam atau jenis tanaman yang sesuai untuk sesuatu kawasan.

Contoh 2

Untuk pelajaran mengenai taburan frekuensi dan ukuran memusat pelajar boleh mendapatkan data mengenai Piala Dunia (bilangan permainan, bilangan gol, bilangan tendangan penalti dan sebagainya). Pelajar kemudian boleh menggunakan hamparan elektronik untuk mengira jumlah gol dan min gol untuk setiap pemainan. Guru kemudian boleh membuat senario sekiranya salah satu permainan itu berkesudahan 4-0 dan bukannya 1-0. Pada tekaan pelajar apa yang akan berlaku kepada min gol setiap pemainan.

Ciri-ciri penting pelajaran sebegini adalah

1. perancangan data set yang realistik dan pelajar perlu mengutip data tersebut (daripada sumber Internet, CD-ROM atau eksperimen).

2. Menganalis tugasan dan memeringkat setiap langkah diperlukan bergantung kepada tahap keupayaan pelajar, guru perlu menentukan arahan diperlukan untuk mencari data, mengutip data, membina jadual, mengguna hamparan elektronik, membuat pengiraan dan seterusnya. Apabila pelajar semakin biasa dan berupaya, bimbingan diperlukan berkurangan.

3. Guru perlu merancang plan mengurus supaya pelbagaian aktiviti dapat dilakukan dalam bilik darjah tanpa mengganggu perjalanan kelas.

Mengelakkan Ketinggalan Teknologi (Obsolescence)

CSI mempunyai beberapa kelebihan berbanding dengan CAI. Pelajaran yang sama dapat digunakan pada pelbagai komputer samada Apple, IBM atau Power PC. Fokus adalah pada perisian dan bukannya perkakasan. Setiap jenis mesin mempunyai perisian pangkalan data dan hamparan elektronik yang dapat digunakan oleh pelajar bagi menyelesaikan masalah. Sungguhpun terdapat ciri-ciri yang berbeza di antara perisian ini tetapi semuanya mempunyai ciri asas seperti memasukkan formula dan melukis carta. Kelebihan kedua CSI adalah ciri platform independence. Tanpa mengira samada ada sistem Windows atau Macintosh digunakan, kita dapat menyediakan fail teks yang dapat diimport oleh guru dan pelajar untuk kegunaan mereka.

Page 19: Hbef Resource

CSI adalah kaedah berkesan mengintegrasikan komputer ke dalam kurikulum untuk menyelesaikan masalah bermakna. Pengajaran dan pembelajaran berfokus kepada proses dan bukannya teknologi. Pelajar menggunakan komputer sebagai alat pembelajaran dan bukannya alat penyampaian pelajaran.

KESIMPULAN

Apabila komputer mela diperkenalkan ke dalam bilik darjah, literasi komputer memdai untuk mendidik guru dan pelajar tentangperkakasan dan perisian komputer. Kini sekolah dan masyarakat telah menerima teknologi komputer dan keperluan pendidikan telah menjangkaui penguasaan literasi komputer. Guru perlu knompten dalam yeknologi untuk menghasilkan persekitaran pembelajaran multidimensi dengan komputer sebagai komponen integral kurikulum dan bukannya sekadar euplemen kepada kurikulum. Dalam persekitaran ini, pelajar dicabar belajar menerusi penyelesaian masalah bermakna menggunakan pelbagai sumber. Dalam proses penyelesaian masalah, pelajar belajar bekerjasama dengan pelajar lain, menggunakan komputer, menyoal, membuat keputusan dan membuat reflection. Pembelajaran merentasi kurikulum dan mencerminkan siatuasi alam kerja.

Perkembangan profesional guru juga pelu memberi tumpuan kepada penyediaan guru yang kompeten dalam teknologi. Guru perlu mengahayati bagaimana pelajar menggunakan komputer sebagai alat pembelajaran disamping mengetahui komputer sebagai sistem penyampaian pembelajaran dan penggunaan perisian dan permaianan pendidikan. Guru perlu mengubah peranan kepada fasilitator pembelajaran dan diberi peluang menggubal dan menguji pelajaran dalam kumpulan yang mencerminkan keadaan dunia sebenar. Melatih guru menjadi literasi komputer ternyata tidak berhasil mengintegrasikan komputer komputer ke dalam kurikulum. Sekiranya guru dapat mencapai kompetensi teknologi mereka juga dapat membimbing pelajar ke arah ini.

Penutup

Penggunaan komputer dalam pendidikan adalah merupakan langkah awal ke arah mewujudkan masyarakat berteknologi selaras dengan hasrat Wawasan 2020. Institusi pendidikan sebagai wadah terpenting perlu mengalami perubahan terlebih awal berbanding dengan institusi-institusi lain ke arah mencapai matlamat tersebut. Potensi dan kecanggihan teknologi perlu dimanfaatkan sepenuhnya.

Untuk mancapai matlamat pendidikan di Malaysia, satu anjakan paradigma diperlukan dalam cara pemikiran dan penggunaan teknologi ( Wan Zahid, 1996 ). Usaha perlu dibuat dan penglibatan secara menyeluruh perlu dilakukan sehingga kita mampu mereka dan menghasilkan sesuatu mengikut acuan pemikiran kita sendiri, tanpa bersandar dan berharap kepada orang lain. Selagi kita bertaraf ‘pengguna’, selagi itulah kita tidak mampu merubah apa-apa.

BIBLIOGRAFI

Page 20: Hbef Resource

Abd. Rahman Ahmad (1995). ” Pembinaan Pakej Pengajaran Pembelajaran Berpandukan Komputer” Kertas yang dibentangkan dalam Persidangan Kebangsaan Pendidikan Matematik Ke 4. Kuantan: BPG

Al Ghamdi, Y. A. S. (1987). The effectiveness of using microcomputers in learning algebraic precedence conventions. Doctoral Dissertation, Florida State University.

Baharuddin Aris & Mohd b. Bilal Ali (1995). ” Pendekatan Alternatif Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Matematik” . Kertas yang dibentangkan dalam Persidangan Kebangsaan Pendidikan Matematik Ke 4. Kuantan: BPG

Cockcroft, W. H. (1986). Mathematics Counts. London: HMSO

Funkhouser, C. (1993). The influence of problem solving software in students’ attitudes about mathematics.Journal of Research on Computing in Education, 25(3),339- 346

Henderson, R. W. & Landesman, E. M. (1992). The integrative videodisk system in the zone of proximal development: Academic motivation and learning outcomes in pre- calculus. Journal of Educational Computing Research, 21(3), 33-43.

NCTM (1980). An Agenda For Action: Recommendations For School Mathematics of The 1980s. New York

Jamaludin Ibrahim (1989). ” Pengajaran Berbantukan Komputer Berkepintaran: Implikasi Kepada Pengajaran dan Pembelajaran”. Proceedings of the National Symposium on Educational Computing. USM : MCCE

Janet, L. M. (1988). Integrating spreadsheets into the mathematics classroom. Mathematics Teacher, 81(8), 615 – 622 . Kementerian Pendidikan

Malaysia (1997).” Sekolah Bestari Di Malaysia: Suatu Lonjakan Saujana “. Kertas yang dibentangkan dalam Seminar Sekolah Bestari. Kuala Lumpur: KPM

KPM (1997). Sekolah Bestari Di Malaysia: Suatu Lonjakan Saujana. Kuala Lumpur.

Lee Siew Eng (1996). ” Internet – A Modern Tool For Mathematics Teaching And Learning “. Proceedings of the National Symposium on Educational Computing. USM : MCCE

Lim Chap Sam (1995). ” Komputer Dalam Pengajaran Pembelajaran Matematik: Penggunaan Hamparan Eletronik Sebagai Contoh”. Kertas yang dibentangkan dalam Persidangan Kebangsaan Pendidikan Matematik Ke 4. Kuantan: BPG

Nik Azis Nik Pa (1989). ” Komputer Dalam Pendidikan “. Proceedings of the National Symposium on Educational Computing. USM : MCCE

NCTM (1989). Curriculum and Evaluation Standards For School Mathematics. New York

Nik Azis Nik Pa (1992). Agenda Tindakan: Penghayatan Matematik KBSR dan KBSM. Kuala Lumpur: DBP

Page 21: Hbef Resource

PPK (1993). ” Peranan Komputer Dalam Pendidikan Matematik “. Kertas yang

dibentangkan dalam Persidangan Kebangsaan Matematik Ke 2 Institusi/Maktab Perguruan Malaysia. Kuala Lumpur: BPG

Sue Brown & Bette Bush (1992). Multimedia math. The Computer Teacher, 20(3), 57 – 58

Sulaiman Hashim (1996). ” Jaringan Pendidikan “. Proceedings of the National Symposium on Educational Computing. USM : MCCE

Toh Seong Chong (1994). ” Design Principles for Effective Instructional Hypermedia/Multimedia Packages “. Proceedings of the National Symposium on Educational Computing. USM : MCCE

Wan Mohd Zahid Wan Mohd Noordin (1997). Sekolah Bestari Di Malaysia: Hala Tuju Ke Masa Depan. Kuala Lumpur: KPM

Zoraini Wati Abas (1995). ” Internet Untuk Pengajaran Matematik “. Kertas yang dibentangkan dalam Persidangan Kebangsaan Pendidikan Matematik Ke 4. Kuantan: BPG