aktiviti 1- hbef 3503

Upload: jemilah-haji-ahmad

Post on 04-Jun-2018

306 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/13/2019 AKTIVITI 1- HBEF 3503

    1/67

    HBEF 3503

    PENDIDIKAN INKLUSIF

    1

    JEMILAH BT HJ AHMAD [650917025790]

    NO. MATRIKULASI : 650917025790001

    NO. KAD PENGENALAN : 650917-02-5790NO. TELEFON : 019-4588523

    E-MAIL : [email protected]

    PUSAT PEMBELAJARAN : PPW KEDAH

  • 8/13/2019 AKTIVITI 1- HBEF 3503

    2/67

    HBEF 3503

    PENDIDIKAN INKLUSIF

    2

    JEMILAH BT HJ AHMAD [650917025790]

    1.0PENGENALANKanak-kanak berkeperluan khas merujuk kepada kanak-kanak yang memerlukan

    perhatian dan penjagaan yang berbeza berbanding dengan kanak-kanak normal. Kanak-kanak

    ini berbeza daripada kanak-kanak normal dari segi ciri-ciri mental, keupayaan deria,

    keupayaan berkomunikasi, tingkah laku dan emosi dan ciri-ciri fizikal. Kirk et al (1993)

    menjelaskan difinisi kanak-kanak berkeperluan khas sebagai kanak-kanak yang berbeza dari

    kanak-kanak sederhana atau biasa dalam ciri- ciri mental keupayaan-keupayaan deria dalam

    ciri-ciri saraf dan otot atau fizikal dalam tingkahlaku sosial atau emosi dalam keupayaan

    komunikasai atau dalam pelbagai kekurangan sehinggakan ia memerlukan amalan-amalan

    sekolah yang diubahsuai atau perkhidmatan pendidikan khas, supaya ia boleh berkembang

    sehingga kemampuan yang maksimum.

    Menurut Jamila (2005), kanak-kanak khas berbeza dalam aspek ciri-ciri mental,

    keupayaan sensori atau deria, keupayaan komunikasi, tingkah laku sosial dan ciri-ciri fizikal.

    Oleh yang demikian kanak-kanak khas memerlukan modifikasi atau perubahan dalam

    aktiviti-aktiviti sekolah ataupun perkhidmatan pendidikan khas bertujuan mengembangkan

    potensi diri kanak-kanak khas ke tahap yang optimum dan tidak terabai seperti kanak-kanak

    normal. McDonnell et a (1995) menglkasifikasikan murid berkeperluan khas kepada rencatan

    akal, gangguan tingkah laku, autisme, gangguan pembelajaran, kecacatan deria serta

    kecacatan fizikal dan kesihatan yang lain. Ada juga yang yang mempunyai gangguan yang

    pelbagai seperti rencatan akal dan gangguan tingkah laku.

    Garciulo (2003) pula mendefinisikan kanak-kanak berkeperluan khas seperti yang di

    bawah;

    "Individuals who differ from societal or community standards of normalcy. These

    differences may be due to significant physical, sensory, kognitif, or behavioral

    characteristics. Many of these children may require educational programs customized to

    their unique needs."

  • 8/13/2019 AKTIVITI 1- HBEF 3503

    3/67

    HBEF 3503

    PENDIDIKAN INKLUSIF

    3

    JEMILAH BT HJ AHMAD [650917025790]

    Akta Pendidikan 1996 seksyen 312 (Farrel. 2003) menyatakan kanak-kanak itu dikatakan

    memerlukan keperluan khas jika mereka mempunyai masalah dalam aspek pembelajaran

    yang memerlukan peruntukan pendidikan khusus terhadap mereka. Mereka dikatakan

    menghadapi masalah dalam aspek pembelajaran jika mereka:

    Mempunyai masalah pembelajaran yang yang besar berbanding kanak-kanaksebaya dengannya.

    Mempunyai kecacatan yang menghalangnya menggunakan kemudahanpendidikan yang digunakan oleh kanak-kanak yang sebaya dengannya.

    Adalah di bawah umur wajib bersekolah dan berada di kategori (2) di atas.Sheila & Samsilah (2006) mengkategorikan murid berkeperluan khas adalah kanak-kanak

    yang memerlukan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berbeza daripada murid

    biasa. Murid berkeperluan khas terbahagi kepada murid bermasalah penglihatan, bermasalah

    pendengaran dan bermasalah pembelajaran (Maklumat Pendidikan Khas 2003 dalam Sheila

    & Samsilah 2006). Kanak-kanak berkeperluan khas dianggap kanak-kanak yang dianggap

    berhadapan dengan batasan keupayaan dengan sendirinya bagi memperoleh keperluan biasa

    dan untuk hidup bermasyarakat kerana had fizikal dan mentalnya (Mahmood Nazar, 2000).

    Kesimpulannya, kanak-kanak berkeperluan khas dapat dimaksudkan dengan kanak-kanak

    yang mempunyai masalah dalam pembelajaran dan mereka memerlukan kaedah pengajaran

    dan pembelajaran yang berbeza berbanding dengan kanak-kanak biasa.

  • 8/13/2019 AKTIVITI 1- HBEF 3503

    4/67

    HBEF 3503

    PENDIDIKAN INKLUSIF

    4

    JEMILAH BT HJ AHMAD [650917025790]

    2.0KATOGERI INDIVIDU BERKEPERLUAN KHAS

    2.1MASALAH KECACATAN FIZIKAL

    2.1.1 CEREBRAL PALSY

    Cerebral Palsy lebih dikenali sebagai Spastik merupakan satu keadaan

    yang berpunca daripada kecacatan otak. Menurut kajian seorang

    sukarelawan JOVC, Encik Yasuko Kunimori yang berkhidmat di bawah

    Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am, Sandakan Sabah, dalam bukunya

    yang bertajuk Satu Projek Klasifikasi Kecacatan mengatakan Cerebral

    bermaksud otak, manakala palsy pula bermaksud kurang atau tidak

    berupaya mengawal pergerakan otot-otot.

    Chua Tee Tee dan rakannya Koh Koh Boon di dalam buku

    bertajuk, Pendidikan Khas dan Pemulihan mengatakan Cerebral Palsy

    bermaksud kelumpuhan akal yang menganggu pergerakan tubuh. Dari

    sumber yang diperolehi daripada Unit Pemulihan Carakerja Hospital

    Melaka, Cerebral Palsy adalah gangguan pergerakan, postur, dan

    sebagainya yang disebabkan kerosakan atau kegagalan perkembangan

    normal dalam otak.

    Deborah Deutsch Smith dan Ruth Luckasson menulis di dalamIntroduction To Special Education: Teaching In An Age Of

    Challenge, the term Cerebral Palsy literally means muscle

    paralysis whose cause is in the brain. Exceptional Learners-Introduction to Special Education, Daniell P. Hallahan dan James

    M. Kauffman, 1978 menulis Cerebral Palsy is not a disease. It is

    rather condition that is nonprogressive and noninfectious

    Berasaskan kepada sumber-sumber tersebut, maka Cerebral Palsy

    didefinisikan sebagai satu pergerakan anggota badan yang tidak dapat

    dikawal sepenuhnya oleh kerana terdapat gangguan, kecederaan atau

    kelumpuhan dalam otak.

  • 8/13/2019 AKTIVITI 1- HBEF 3503

    5/67

    HBEF 3503

    PENDIDIKAN INKLUSIF

    5

    JEMILAH BT HJ AHMAD [650917025790]

    CIRI-CIRI FIZIKAL

    Kanak-kanak ini mempunyai otot-otot yang tegang dan kecut. Gerakan

    mereka tersentak-sentak dan kurang berkoordinasi serta bermungkinan

    tidak dapat mengenggam benda dengan jari. Sekiranya cuba mengawal

    pergerakan, pergerakan itu akan bertambah tersentak-sentak. Semasa cuba

    mengambil sesuatu benda, tangan mungkin melambai-lambai, muka

    kerenyot dan lidah yang terjulur.Mereka mungkin tidak dapat mengawal

    otot-otot bibir, lidah dan kerongkong menyebabkan air liur meleleh.

    Gerakan mereka adalah tidak stabil dan mereka seolah-olah cuba

    menstabilkan badan. Semasa berjalan mereka tersandung-sandung dengan

    gaya berjalan semacam gunting, berdiri atas jari kaki dengan lutut yang

    bengkok dan menuju bahagian dalam.

    Kanak-kanak Cerebral Palsy tidak boleh mengeluarkan suara, iaitu

    mereka tidak boleh memanggil ibu bapanya atau mengeluarkan babling

    sound. Mereka juga tidak memahami apa yang dikatakan kepadanya.

    Selain itu mreka hanya akan bertindak balas terhadap bunyi yang kuat

    ataupun tidak bertindak balas langsung terhadap bunyi. Dari segi masalah

    penglihatan, kanak-kanak ini juling ataupun mengalami mistagmus iaitu

    pergerakan bola mata yang berterusan.

  • 8/13/2019 AKTIVITI 1- HBEF 3503

    6/67

    HBEF 3503

    PENDIDIKAN INKLUSIF

    6

    JEMILAH BT HJ AHMAD [650917025790]

    CIRI-CIRI KESIHATAN

    Kanak-kanak ini akan menngalami kesukaran menghisap, menelan dan

    mengunyah makanan. Ini sering menyebabkan mereka muntah. Kanak-

    kanak juga akan serta merta mengigit makanan yang diletakkan di dalam

    mulut mereka dan sukar untuk dikeluarkan semula.

    Mereka juga mengalami kesukaran bernafas, pernafasan mereka

    menjadi kencang, dan bising. Kanak-kanak ini juga mengalami kesukaran

    untuk tidur, mereka kerap terjaga di waktu malam dan sering menangis.

    Kanak-kanak Cerebral Palsy mungkin akan mengalami kerencatan akal

    jika didapati mereka tidak pernah tersenyum, tidak mengenali ibu

    bapanya, sentiasa tidur, tidak bertindak balas atau tidak berminat terhadap

    keadaan sekelilingnya.

    Pergerakan psikomotor mereka juga amat terbatas iaitu mereka

    tidak berupaya untuk berjalan, duduk sendiri atau menggunakan tangan

    sendiri. Namun begitu, terdapat segolongan kecil pesakit boleh belajar

    berjalan tetapi ramai yang menggunakan kerusi roda, bracesatau peralatan

    lain. Sesetengah mengalami masalah menyuap makanan, menghisap atau

    menelan. Mereka bergantung kepada orang lain untuk makan atau ke

    tandas.

  • 8/13/2019 AKTIVITI 1- HBEF 3503

    7/67

    HBEF 3503

    PENDIDIKAN INKLUSIF

    7

    JEMILAH BT HJ AHMAD [650917025790]

    JENIS-JENIS CEREBRAL PALSY

    1. SpastikKecacatan ini disebabkan pada bahagian korteks motor yang boleh

    mengakibatkan kehilangan kawalan terhadap otot-otot yang boleh dikawal

    (voluntary muscle). Menyebabkan koordinasi pergerkan menjadi susah, di

    mana stimulasi menyebabkan ketegangan otot-otot. Ini seterusnya akan

    mengakibatkan getaran dan ketidakseimbangan yang menghalang

    pergerakan yang sempurna dan lancar. Kumpulan ini merupakan

    kumpulan yang terbesar di kalangan kanak-kanak yang menghidap

    Cerebral Palsyatau kelumpuhan otak.

    2. AtetosisKerosakan berlaku pada bahagian basal ganglion. Atetosis dicirikan

    oleh pergerakan writhing yang perlahan dan tidak boleh dikawal.

    Bahagian bahu, muka, kaki, tangan dan lengan menjadi sasaran utama.

    Sering kali juga ia melibatkan otot-otot tekak dan diapnram yang

    menyebabkan pertuturan menjadi payah dan tidak jelas. Mereka juga

    mengalami masalah mengawal pengluaran air liur.

    3. AtaksiaKerosakan pada bahagian serebelum otak. Ini menyebabkan kesulitan

    mengawal imbangan badan yang boleh dikesan dari perawakan dan

    pergerakan seseorang spastik. Pergerakan adalah kekok dan teragak-agak,

    pertuturan kurang jelas dan juga didapati ia sentiasa meliuk-likkan

    badannya. Pendengarannya juga turut terjejas.

  • 8/13/2019 AKTIVITI 1- HBEF 3503

    8/67

    HBEF 3503

    PENDIDIKAN INKLUSIF

    8

    JEMILAH BT HJ AHMAD [650917025790]

    LANGKAH-LANGKAH PEMULIHAN

    1. Rawatan Pemulihan Anggota (Fisioterapi)

    Memberi latihan kepada kanak-kanak spastik menggunakan anggota,

    terutama kaki dan tangan dengan bantuan alatan seperti kaliper

    angkup, walking aid, asut khas, kerusi perawakan (posture chairs),

    standing boxesdan crawlers. Latihan yang diberikan, kanak-kanak

    spastik dapat mengurangkan perawakan dan pergerakan yang kuang

    normal dan dapat mencegah sendi-sendi dan otot-otot dari mengejang

    disebabkan oleh kekurangan penggunaan.

    2. Rawatan Pemulihan Pertuturan

    Seseorang kanak-kanak spastik cacat pertuturan disebabkan oleh dua

    perkara iaitu pertama kerosakan fungsi saraf otot pada bahagian otot

    pertuturan, pendengaran dan pernafasan. Kedua kekurangan

    pengalaman akibat dari kekurangan peluang untuk berinteraksi yang

    disebabkan oleh kecacatan fizikal, walaupun pada asalnya otot-otot

    pertuturan diberikan untuk mengembangkan keupayaan untuk

    berkomunikasi sama ada secara lisan, isyarat ataupun bertulis.

    3. Rawatan Pemulihan Cara Kerja

    Memperkembangkan pola pergerakan asas kepada kemahiran motor

    dan sosial bagi membolehkan kanak-kanak berdikari dari segi fungsi

    mental, fizikal dan psikologi. Termasuklah kebolehan memegang dan

    menggunakan sesuatu barang, perkembangan kordinasi mata dan

    tangan, perkembangan fungsi sensori dan persepsi. Latihan berupa

    mencapai, memegang dan melepaskan sesuatu barang, latihan

    menggunakan jejari bagi membolehkan kegunan jejari untuk makan,

  • 8/13/2019 AKTIVITI 1- HBEF 3503

    9/67

    HBEF 3503

    PENDIDIKAN INKLUSIF

    9

    JEMILAH BT HJ AHMAD [650917025790]

    menulis dan sebagainya dengan bantuan alatan seerti hand splint,

    sudu khas dan seumpamanya.

    Latihan persepsi diberikan dengan mendedahkan kanak-kanak

    kepada seberapa banyak pengalaman seperti sensori dan dilatih

    membentuk konsep yang bersesuaian berkenaan diri sendiri dan juga

    keadaan sekelilingnya. Umpamanya tentang warna, bentuk, saiz dan

    rasa. Dalam memperolehi kemahiran sosial, kanak-kanak dilatih

    melakukan aktiviti-aktiviti seharian.

    Contohnya aktiviti penjagaan diri sendiri seperti makan, memakai

    pakaian dan latihan ke tandas. Aktiviti kehidupan seperti memasak,

    mengemas, aktiviti-aktivit rekreasi dan hobi. Aktiviti vokasional

    seperti pertukangan kayu, menjahit dan aktiviti pertanian.

  • 8/13/2019 AKTIVITI 1- HBEF 3503

    10/67

    HBEF 3503

    PENDIDIKAN INKLUSIF

    10

    JEMILAH BT HJ AHMAD [650917025790]

    2.1.2 SPINA BIFIDA

    Perkataan Spina Bifidaberasal dari perkataan Latin bermaksud Split

    Spike atau tulang belakang merebah iaitu pembentukan yang tidak

    lengkap atau selaput yang menonjol. Elemen utama bagi sistem saraf pusat

    adalah otak dan spina cord. Semua aktiviti badan dikawal oleh otak

    dengan cara menerima maklumat menerusi sentuhan, penglihatan,

    perasaan, deria rasa dan pendengaran. Spina terbentuk daripada 33

    cantuman tulang di sepanjang belakang yang berfungsi sebagai pencetus

    pergerakan otot-otot di samping melindungi spina cord. Tiub neural

    terbentuk di antara 14 hingga 28 minggu. Spina kebiasaannya terjadi

    disebabkan olrh tulang mengelilingi otak dan spina cord gagal bercantum

    dengan lengkap.

    CIRI-CIRI FIZIKAL

    Terdapat beberapa masalah perkembangan fizikal yang dikenalpasti iaitu:

    perkembangan fizikal tidak sempurna kebolehan mental yang teruk

    cara percakapan yang janggal sukar berjalan mengikut arah bunyi hanya menggunakan isyarat tangan apabila berkomunikasi.

    CIRI-CIRI KESIHATAN

    Mempunyai masalah kesihatan seperti saiz telinga, telinga berairatau bernanah, kurap, selesema, sakit tekak dan tonsilitus.

    Hilang kawalan atau kesukaran mengawal untuk membuang airkencing, kencing malam kerana mengalami masalah usus dan

    pundi kencing.

    Saraf-saraf menjadi tegang terutama bahagian lumber dansacral.

  • 8/13/2019 AKTIVITI 1- HBEF 3503

    11/67

    HBEF 3503

    PENDIDIKAN INKLUSIF

    11

    JEMILAH BT HJ AHMAD [650917025790]

    2.1.3 EPILEPSY

    Menurut Kamus Dewan 2002, sawan atau epilepsy bermaksud penyakit

    yang datang secara tiba-tiba dan menyebabkan anggota menjadi kaku,

    kejang, berbuih mulut dan lain-lain.Epilepsyadalah sawan serius. Semasa

    pesakit mengalaminya terdapat perubahan pada Brain Wave.Epilepsy

    atau sawan terbahagi kepada dua iaitu sawan demam dan sawan bukan

    demam. Sawan demam ialah sawan yang berpunca dari demam panas dan

    berlaku dalam kalangan kanak-kanak yang berumur di antara enam bulan

    hingga tiga tahun. Manakala, sawan bukan demam adalah sawan yang

    bukan berpunca daripada demam panas.

    Namun begitu, sawan bukan demam terbahagi kepada tiga.

    Antaranya ialah sawan grand mal, sawan petit mal, dan sawan

    psikomotor. Sawan grand mal ialah yang boleh dikenal pasti dengan

    kehilangan ingatan, kekakuan badan, menahan nafas, jatuh ke tanah

    melainkan jika ditahan, badan yang terketar-ketar dan berakhir dengan

    kelesuan dan tertidur. Setelah sedar, mereka pening kepala, kebingunggan

    dan mengantuk. Selain itu, sawan petit mal pula boleh dikenal pasti

    dengan sifat merenung jauh seolah-olah pesakit sedang dilamun mimpi di

    siang hari. Kadangkala dia mengenyitkan matanya beberapa kali secara

    tiba-tiba atau diikuti oleh pergerakan pada kaki, tangan atau pipi muka

    beberapa kali.

    Manakala, sawan psikomotor pula ialah perlakuan-perlakuan yang

    disengajakan, tetapi tidak sesuai dengan keadaan. Pesakit seolah-olah

    seperti dirasuk sambil mendecap-decapkan bibirnya beberapa kali atau

    melakukan pergerakan bibirnya seperti menguyah. Pesakit juga mungkin

    bangun secara tiba-tiba dari kerusinya dan berjalan sambil membuka baju.

    Ada juga yang bercakap sendirian dan menggerak-gerakkan tangannya

    seolah-olah memandu kereta. Jika perlakuannya dihalang, pesakit akan

    melawan atau pun merasa marah. Sawan psikomotor berlangsung hanya

  • 8/13/2019 AKTIVITI 1- HBEF 3503

    12/67

    HBEF 3503

    PENDIDIKAN INKLUSIF

    12

    JEMILAH BT HJ AHMAD [650917025790]

    beberapa minit sahaja dan tidak disertai oleh pengerakkan badan yang

    keterlaluan atau pun terjatuh.

    CIRI-CIRI FIZIKAL

    Secara umumnya, penyakit epilepsy menyerang kanak-kanak t sama ada

    kanak-kanak itu berada dalam kategori sebagai kanak-kanak istimewa atau

    tidak. Hal ini bermaksud kanak-kanak normal juga berisiko untuk

    mengidap epilepsy. Kanak-kanak yang mengalami terencat akal lazimnya

    juga akan menghadapi epilepsy, tetapi semua pesakit epilepsy adalah

    terencat akal. Ada kanak-kanak yang menghidapi epilepsy aktif seperti

    kanak-kanak normal, gembira dan ada kalanya lebih pandai lagi daripada

    kanak-kanak normal. Dalam hubungan sosial pula, kanak-kanak tersebut

    boleh bergaul dengan kanak-kanak normal yang lain. Cuma semasa kanak-

    kanak tersebut mengalami epilepsy, keadaannya jauh berbeza dengan

    kanak-kanak normal. Pada waktu itu, mereka tidak boleh berfikir dan

    mengingatinya. Keadaan mereka agak lemah dan kepenatan seterusnya

    akan tertidur. Bagi kanak-kanak epilepsyyang mengalami kerencatan akal

    pula mempunyai fikiran yang tidak keruan dan merungsingkan. Tindakan

    mereka diluar kawalan dan tidak diduga seperti naik marah, membaling

    barang-barang, menghantuk kepala, mencederakan diri dan sebagainya.

    Emosi dan fikiran mereka tidak stabil apatah lagi apabila diserang

    epilepsy.

  • 8/13/2019 AKTIVITI 1- HBEF 3503

    13/67

    HBEF 3503

    PENDIDIKAN INKLUSIF

    13

    JEMILAH BT HJ AHMAD [650917025790]

    LANGKAH PENCEGAHAN

    Terdapat beberapa langkah yang boleh diambil untuk mengelakkan

    daripada menghidap epilepsy ini. Antaranya ialah jangan membiarkan

    anak-anak yang mengalami demam yang berpanjangan. Jika dibiarkan

    terlalu lama dan suhunya terlalu tinggi akan menyebabakan anak-anak

    tersebut mengalami sawan demam. Oleh itu, seharusnya ibu bapa segera

    membawanya ke klinik atau pun ke hospital. Terdapat juga ibu bapa yang

    mengelap badan kanak-kanak terebut dengan tuala basah agar suhu

    badannya akan turun.

    Selain itu, elakkan kepala daripada terhantuk dengan kuat terutama

    dalam kalangan kanak-kanak. Hantukan dan pukulan yang kuat boleh

    menimbulkan masalah saraf di kepala. Masalah saraf di kepala

    mempunyai kaitan dengan kerencatan akal dan hampir semua yang

    terencat akal mengalamiepilepsy.Disamping itu, dapatkan makanan yang

    seimbang bagi ibu-ibu yang mengandung. Makanan yang seimbang ini

    mengandungi zat dan vitamin yang diperlukan di dalam badan si ibu dan

    membantu pertumbuhan dan perkembangan janin. Kekurangan gula,

    kalsium, atau magnesium di dalam darah boleh mengakibatkan epilepsy.

    Malah, pastikan keadaan dan kelengkapan yang mencukupi

    sewaktu menyambut kelahiran. Hal ni kerana epilepsy boleh berlaku

    dalam kalangan mereka yang lemas semasa di dalam rahim ibu atau pun

    ketika dilahirkan. Sering kali kita mendengar layanan-layanan yang

    kurang baik diberikan oleh pihak hospital kepada ibu-ibu yang akan

    melahirkan anak. Sikap sambil lewa dan cuai ini kadang kala

    menyebabkan si ibu bersalin seorang diri dan akibatnya anak tersebutlemas di dalam rahim atau pun sewaktu dilahirkan.

  • 8/13/2019 AKTIVITI 1- HBEF 3503

    14/67

    HBEF 3503

    PENDIDIKAN INKLUSIF

    14

    JEMILAH BT HJ AHMAD [650917025790]

    2.2MASALAH PENGLIHATAN

    Menurut Hewett (1974), seseorang manusia normal berupaya melihat dalam

    lingkungan 20/200 atau kurang. Kecacatan penglihatan yang tidak sempurna berlaku

    apabila seseorang itu berkebolehan melihat antara 20/200 dan 20/70. Harifah Zaharah

    (1985) pula berkata masalah pengelihatan ialah penglihatan terhad atau rabun iaitu

    seseorang yang rabun itu tidak buta tetapi tidak boleh melihat dengan terang.

    PUNCA-PUNCA MASALAH PENGLIHATAN

    1. 47% disebabkan oleh jangkitan semasa lahir.2. 33% akibat keracunan.3. 7 hingga 8% akibat kemalangan.

    JENIS-JENIS MASALAH PENGLIHATAN

    1. Miopia(rabun dekat)2. Hiperopia(rabun jauh)3. Astigmatisme4. Rabun malam5. Rabun warna

  • 8/13/2019 AKTIVITI 1- HBEF 3503

    15/67

    HBEF 3503

    PENDIDIKAN INKLUSIF

    15

    JEMILAH BT HJ AHMAD [650917025790]

    TANDA-TANDA MASALAH PENGLIHATAN

    1. TINGKAHLAKU

    i. Menggosok-gosok mata dengan keterlaluan.ii. Menutup atau melindungi sebelah mata, mengenyetkan kepala atau

    mendorong kepala ke depan.

    iii. Mengalami kesulitan membaca atau membuat kerja-kerja lain yangmemerlukan penggunaan mata dengan rapi.

    iv. Mengedip-ngedip mata lebih kerap daripada biasanya atau mudah berasajengkel apabila membuat kerja yang memerlukan penglihatan rapi.

    v. Memegang buku rapat pada mata.vi. Tidak dapat melihat benda-benda yang jauh dengan jelas.

    vii. Mengecilkan mata (merapatkan kelopak mata) atau mengerutkan dahi.

    2. RUPA

    i. Bermata juling.Biasanya antara sebab mata juling ini adalah disebabkan oleh rabun dekat

    yang terlalu teruk ataupun oleh penyakit barah.

    ii. Kelopak mata merah.Tahap penglihatan anak adalah amat sensitif ketika tahun-tahun awal

    tumbesaran anak terutamanya ketika berusia 4 dan 5 tahun.

    iii. Mata yang radang atau berair.

  • 8/13/2019 AKTIVITI 1- HBEF 3503

    16/67

    HBEF 3503

    PENDIDIKAN INKLUSIF

    16

    JEMILAH BT HJ AHMAD [650917025790]

    2.3MASALAH PENDENGARAN

    Seseorang yang cacat pendengaran selalunya disalah anggap sebagai seorang yang

    normal kerana kecacatan mereka tidak ketara tidak seperti mana seorang yang

    lumpuh, buta atau spastik. Seseorang yang buta dan pekak menyatakan jika di beri

    peluang memilih di antara buta dan pekak , mereka lebih rela memilih sebagai

    sebagai seorang yang buta.

    Jika seseorang itu di lahirkan tanpa kecacatan pendengaran, dia akan mampu

    untuk bertutur. Sebaliknya jika dia dilahirkan dengan cacat pendengaran, tentu

    perkembangan pertuturannya dan bahasanya akan terganggu atau lambat. Keadaan

    semakin parah jika sekiranya kanak-kanak tersebut langsung tidak mendengar dan

    sudah pastinya dia tidak akan dapat bercakap. Ini kerana sejak di lahirkan, salah satu

    cara untuk kanak-kanak belajar mengenal alam sekeliling ialah melalai

    pendengaran.Apabila umur semakin meningkat, kanak-kanak akan mulai belajar

    bercakap dan membentuk bahasanya sendiri.Kebanyakan yang cacat pendengaran

    bertutur bukanlah di sebabkan oleh alat suara mereka rosak tetapi disebabkan mereka

    tidak dapat menyebutkan kerana tidak pernah mendengar.

  • 8/13/2019 AKTIVITI 1- HBEF 3503

    17/67

    HBEF 3503

    PENDIDIKAN INKLUSIF

    17

    JEMILAH BT HJ AHMAD [650917025790]

    Kecacatan pendengaran boleh dibahagikan kepada empat jenis iaitu;

    1. Cacat Pendengaran PenerimaanKehilangan pendengaran penerimaan ialah apabila getaran tidak boleh sampai

    ke bahagian dalam telinga yang mungkin disebabkan lubang telingan

    tersumbat, luka pada gegendang telinga atau tidak mempunyai lubang telinga.

    Kecacatan pendengaran seperti biasanya tidaklah tenat dan penggunaan alat

    pendengaran pengaliran tulang selalunya boleh memulihkan pendengaran

    yang rosak itu

    2. Kecacatan Pendengaran Pengamatan.Kecacatan pendengaran pengamatan atau sarat deria selalunya lebih tenat. Ini

    di sebabkan oleh kerosakan bahagian dalam telinga atau kecacatan saraf

    telinga yang menghantarnya utusan kebahagian otak.

    3. Cacat Pendengaran PusatKecacatan pendengaran pusat pula apabila organ pendengaran berfungsi

    secara betul tetapi system urat saraf pusat tidak bergerak dengan betul atau

    cedera.

    4. Cacat Pendengaran PsikogenikKecacatan pendengaran psikogenik ialah satu keadaan apabila organ-organ

    penerimaan termasuklah urat saraf pusat berfungsi dengan baik tetapi

    pengidapnya tidak boleh mendengar apa-apa kerana gannguan emosi yang

    terpenda

    Daripada huraian di atas, secara umunnya kecacatan pendengaran boleh di bahagikankepada dua kategori iaitu:

    A. Pekak mereka yang mempunyai deria dengar yang tidak berfungsi.Kecacatan ini dialami sama ada sebelum atau selepas di lahirkan.

    B. Separa pekakwalaupun deria dengar mereka rosak tetapi bolehberfungsi sama ada dengan alat bantuan pendengaran atau tidak.

  • 8/13/2019 AKTIVITI 1- HBEF 3503

    18/67

    HBEF 3503

    PENDIDIKAN INKLUSIF

    18

    JEMILAH BT HJ AHMAD [650917025790]

    Terdapat berbagai-bagai darjah atau peringkat cacat pendengaran iaitu dari

    peringkat yang rendah kepada peringkat yang tenat. Bagi mengetahui darjah

    pendengaran, sejenis alat mengukur yang dipanggil audimeter digunakan. Unit yang

    di gunakan bagi menjelaskan kekuatan bunyi ialah desibel (dB). Jika peringkat

    kecacatan pendengaran seseorang yang tenat, nilai desibelnya lebih tinggi.

    Kadang-kadang cacat pendengaran pada pelajar tudak diketahui oleh ibu bapa

    sehinggalah kanak-kanak bersekolah. Guru juga tidak menyedari keadaan ini dan

    mungkin menyalahkan anggap pelajar itu mempunyai masalah pembelajaran

    perenggan baru. Cacat pendengaran boleh diklasifikasikan seperti berikut:

    1. Ringan (mild) - kehilangan pendengaran 20-40(decibel)2. Seherhana (moderate) - kehilangan pendengaran 40-70(decibel)3. Teruk(severe) - kehilangan pendengaran 70-95(decibel)4. Amat teruk (profound) - kehilangan pendengaran melebihi 95(decibel)

  • 8/13/2019 AKTIVITI 1- HBEF 3503

    19/67

    HBEF 3503

    PENDIDIKAN INKLUSIF

    19

    JEMILAH BT HJ AHMAD [650917025790]

    LANGKAH PENCEGAHAN

    Langkah pencegahan bermula sejak sebelum dan selepas kelahiran bayi. Pencegahan

    awal dapat membantu mengelakkan daripada berlaku masalah kehilangan pendengan.

    Langkah pencegahan yang paling awal dapat dilaksanakan sebelum ibu mengandung.

    Rawatan ini berbentuk imunisasi yang diberikan kepada semua golongan remaja dan

    wanita. Imunisasi ini disebut sebagai Imunisasi Rubella. Ia disuntik kepada remaja

    yang berumur 12 tahun keatas. Suntikan ini dapat mengelakkan daripada jangkitan

    Rubilla (German Measles) yang menyerang ibu mengandung tiga bulan pertama.

    Pengambilan dadah dan alcohol yang berlebihan juga turut menyumbang kepada

    berlakunya masalah kehilangan pendengaran. Kesan daripada pengambilan tersebut

    menyebabkan pertumbuhan perkembangan janin terbantut. Walaupun seseorang itu

    dilahir normal namun itu tidak menghalang daripada terjadinya masalah kehilangan

    pendengaran ini.

    Faktor keadaan fizikal dan alam sekitar juga antara penyebab terjadinya

    masalah kehilangan pendengaran. Suatu ketika dahulu heboh diperkatakan

    penggunaan plumbum di dalam penghasilan pensil dan cat air. Penggunaan pewarna

    ini turut digunakan didalam penghasilan barang permainan kanak-kanak. Pendedahan

    yang berterusan kepada agen-agen kimia yang berbahaya ini boleh mengakibatkan

    pelbagai implikasi.

    Selain daripada faktor-faktor di atas, kemalangan juga memberi kesan kepada

    deria pendengaran. Bahagian telinga adalah organ yang sangat sensitif.Ini kerana

    organ yang dikenali koklea merupakan organ terpenting bagi membolehkan seseorang

    itu mendengar. Ia merupakan organ yang kecil, sensitif, dan kedudukan yang hampir

    dengan otak dan saraf muka. Sebarang kecederaan pada bahagian ini boleh

    mengakibatkan masalah kepekakan yang serius. Namun begitu, sekiranya seseorang

    itu dilahirkan pekak, masih ada peluang untuk sembuh seperti normal. Salah satu cara

    ialah menerusi implan koklea. Implan ini bagi menghasilkan rangsangan pendengaran

    dan meningkatkan kebolehan bertutur. Pengesan awal mampu membantu mereka

    bertutur berbanding lewat diketahui. Jika lewat diketahui maka proses pemulihan

    agak sukar kerana tengkorak dan lidah mereka terlalu lama tidak digunakan. Ini boleh

  • 8/13/2019 AKTIVITI 1- HBEF 3503

    20/67

    HBEF 3503

    PENDIDIKAN INKLUSIF

    20

    JEMILAH BT HJ AHMAD [650917025790]

    menyebabkan ia menjadi keras dan tidak mampu mengeluarkan bunyi untuk

    menghasilkan percakapan. Jika masalah pendengaran dikenalpasti seawal tiga bulan,

    mereka diberikan alat bantuan pendengaran dan pembedahan koklea dalam telinga

    mengikut tahap kecacatan pendengaran yang dialami oleh bayi tersebut. Kurangnya

    pendedahan mengenai pembedahan ini menyebabkan orang ramai tidak mengetahui

    golongan yang menghadapi masalah itu masih ada harapan untuk mendengar semula.

  • 8/13/2019 AKTIVITI 1- HBEF 3503

    21/67

    HBEF 3503

    PENDIDIKAN INKLUSIF

    21

    JEMILAH BT HJ AHMAD [650917025790]

    SEBAB-SEBAB KEHILANGAN PENDENGARAN

    1. Sejarah keluargaTerdapat beberapa sebab kecacatan diperolehi seperti yang dinyatakan oleh

    Hallahan dan Kauffman (1977) iaitu sebelum, semasa, atau selepas kelahiran.

    a. Sebelum KelahiranTerdapat beberapa faktor yang menyebabkan gejala ini berlaku

    sebelum kelahiran seperti faktor baka disebabkan oleh gen yang

    dibawa ibu bapa. Manakala faktor bukan baka pula disebabkan oleh

    jangkitan semasa mengandung seperti Rubella, Meningitis, campak,

    beri-beri, kencing manis, darah tinggi dan sebagainya, pengambilan

    dadah dan alkohol yang berlebihan, mengandung yang terlalu kerap

    dan Toksemia di peringkat akhir mengandung turut menyumbang

    kepada gejala ini.

    b. Semasa KelahiranFaktor semasa kelahiran pula berlaku disebabkan oleh kelahiran yang

    tidak cukup bulan, tekanan yang terlalu kuat terutama pada bahagian

    telinga kerana kepala bayi terlalu lama dipintu rahim, kecederaan

    semasa dilahirkan terutama dibahagian telinga, penyakit Homolisis

    yang disebabkan oleh faktor Rd darah dan barat badan bayi semasa

    lahir kurang daripada 1.5 kilogram.

    c. Selepas kelahiranBagi selepas kelahiran pula disebabkan oleh kemalangan yang

    mencederakan bahagian telinga, pengambilan antibiotik seperti

    streptomein ,terdedah kepada bunyi yang terlalu kuat, terdedah kepada

    bahan kimia seperti plumbum yang terdapat dalam pensil warna,dan

    penyakit berjangkit yang dibawa oleh bakteria dan virus seperti begok,

    deman campak, demam panas,dan sebagainya.

  • 8/13/2019 AKTIVITI 1- HBEF 3503

    22/67

    HBEF 3503

    PENDIDIKAN INKLUSIF

    22

    JEMILAH BT HJ AHMAD [650917025790]

    d. HyperbilirubinaemiaIanya berlaku melibatkan komplikasi yang terdapat dalam factor Rd

    darah iaitu kurang merbahaya pada kandungan pertama seterusnya

    antibodi mencukupi akan terbentuk pada kandungan kedua atau ketiga

    untuk merbahayakan fetus ( Fundenberg et al.,1980) mengakibatkan,

    erythroblastosisi fetalis akan berlaku iaitu sel darah fetal rosak. Ini

    memberi kesan kepada otak bayi, selain keadaan kepekaan, cerebral

    palsy, aphasiadan retardationjuga boleh berlaku.

    e. MeningitisPenyakit teruk yang disebabkan oleh selaput yang meliputi otak dan

    tulang belakang menjadi bengkak dan merah. Walaupun kebanyakan

    kes meningitis kehilangan pendengaran disebabkan jangkitan bekteria,

    meningisti juga boleh disebabkan oleh virus. Kadar penyumbang

    meningitis kepada kepekakan telah berkurangan namun mereka

    berisiko untuk mendapat kecacatan neurologikal yang teruk selain

    daripada kepekakkan.

  • 8/13/2019 AKTIVITI 1- HBEF 3503

    23/67

    HBEF 3503

    PENDIDIKAN INKLUSIF

    23

    JEMILAH BT HJ AHMAD [650917025790]

    2.4MASALAH PERTUTURAN

    Masalah pertuturan boleh dikaitkan dengan masalah bahasa dan komunikasi. Masalah

    bahasa ialah kelemahan lisan dan tulisan. Ia juga melibatkan kelemahan dalam bentuk

    bahasa, kandungan bahasa dan pragmatik bahasa. Manakala, komunikasi ialah proses

    penyampaian atau pemindahan mesej dari seorang kepada yang lain. Ianya juga

    merupakan proses mewujudkan kefahaman orang lain mengenai mesej yang

    disampaikan dan kedua-duanya mempunyai kefahaman yang dikongsi bersama.

    Komunikasi normal biasanya bergantung kepada pertuturan dan bahasa. Pertuturan

    ialah kemampuan mengeluarkan bunyi-bunyi yang difahami seperti perkataan dan

    ayat. Bahasa pula merupakan apa yang orang lain nyatakan dan kemampuan

    menggambarkan dalam pemikiran bentuk simbolik seperti perkataan ataupun

    pergerakan yang mewakili perkataan. Masalah komunikasi mungkin berpunca dariada

    masalah pertuturan, masalah bahasa ataupun keduanya sekali.

    Pertuturan ialah gabungan bunyi-bunyi bahasa yang dilafazkan atau dihasilkan

    oleh alat-alat artikulasi dan dapat diungkapkan dengan sempurna. Ia berlaku pada

    peringkat penglahiran atau produktif level. Ia berlaku setelah si penutur dapat

    mendengar dan memahami dengan baik apa yang diperdengarkan. Individu lebih

    banyak bertutur melalui pengalaman daripada kecergasan otak. Kemahiran bertutur

    merujuk kepada keupayaan pelajar menyampaikan maklumat, pendapat, perasaan,

    serta idea yang kritis dan kreatif secara lisan dengan sebutan dan intonasi yang betul

    secara sopan. Penekanan diberikan pada keyakinan pelajar untuk bertutur serta

    penggunaan pengucapan yang menggunakan tatabahasa yang sesuai. Namun begitu,

    murid berkeperluan khas mengalami masalah bahasa.

    Masalah pertuturan yang dialami oleh kanak-kanak memberi kesan terhadap

    bunyi yang dikeluarkan. Perbezaan cara kanak-kanak bercakap menjadi suatu

    masalah apabila pertuturannya tidak dapat difahami oleh orang lain yang mendengar.

    Kanak-kanak yang mengalami masalah pertuturan ini juga mengalami masalah lain

    seperti sumbing,palsi serebrum, dyspraxia dan masalah pendengaran.

  • 8/13/2019 AKTIVITI 1- HBEF 3503

    24/67

    HBEF 3503

    PENDIDIKAN INKLUSIF

    24

    JEMILAH BT HJ AHMAD [650917025790]

    Antara ciri-ciri kecacatan ini ialah :

    i. Lewat dalam kemampuan mengeluarkan bunyi da menggunakanbunyi dalam perkataan disebabkan masalah artikulasi ataupun

    fonologi.

    ii. Mempunyai suara yang kasar.iii. Tiada bunyi yang keluar apabila kanak-kanak cuba bercakap.iv. Bunyi sengaun ataupun bunyi dengungan walaupun kanak-kanak

    tidak menghadapi penyakit lain.

    v. Gagap iaitu kanak-kanak mengulang perkataan yang sama beberapakali.

    Kanak-kanak yang mengalami masalah pertuturan tidak mampu menyatakan

    keperluan, kehendak dan perassan mereka kepada orang lain. Hal ini seterusnya

    menjejaskan pembelajaran dan interaksi mereka dengan orang lain. Apabila orang

    sekeliling tidak tidak memahami apa yang mereka sampaikan, mereka akan merasa

    kecewa seterusnya menunjukkan tingkah laku yang agresif. Biasanya kanak-kanak

    yang mengalami masalah pertuturan mengalami masalah dalam bersosial kerana

    diabaikan rakan-rakan yang lain kerana tidak faham apa yang mereka tuturkan.

    Keadaan ini seterusnya membuatkan perkembangan bahasa kanak-kanak lambat

    terutamanya dalam kemahiran interaksi sosial kerana peluang untuk mereka

    berinteraksi terhad.

  • 8/13/2019 AKTIVITI 1- HBEF 3503

    25/67

    HBEF 3503

    PENDIDIKAN INKLUSIF

    25

    JEMILAH BT HJ AHMAD [650917025790]

    Masalah perkembangan bahasa pula mungkin terjadi dalam bahasa reseptif

    iaitu kemampuan memahami dan mengingat apa yang dikatakan oleh orang lain atau

    dalam bahasa ekspresif iaitu kemampuan untuk menyatakan idea dalam perkataan

    ataupun simbol. Masalah dalam aspek bahasa terbahagi kepada dua iaitu :

    1. Perkembangan lambatMelibatkan kemahiran berbahasa yang berkembang dalam kadar yang lambat

    tetapi dalam urutan normal bagi aspek bahasa seperti pembentukan perkataan,

    ayat dan perbualan. Keadaan persekitaran rumah yang tidak menyumbang

    kepada masalah perkembangan bahasa meruapakan salah satu faktor lewat

    perkembangan bahasa.

    2. Kecacatan bahasaIa dapat dikesan semasa aktivti pengajaran dijalankan. Kanak-kank ini dapat

    dikesan dengan tanda-tanda seperti ayat yang digunakan tidak berkaitan

    dengan perbualan misalnya memberi jawapan yang tidak sesuai dengan

    soalan. Mereka juga tidak menggunakan tatabahasa yang tidak tepat, sukar

    mengingat sesuatu nama dan percakapan mereka terganggu kerana tidak

    mengetahui perkataan untuk disebut.

  • 8/13/2019 AKTIVITI 1- HBEF 3503

    26/67

    HBEF 3503

    PENDIDIKAN INKLUSIF

    26

    JEMILAH BT HJ AHMAD [650917025790]

    2.5MASALAH PEMBELAJARAN

    2.5.1 LEMBAB (SLOW LEARNER)

    Brennan (1974) mendefinisikan murid lembam sebagai murid yang gagal

    melaksanakan kerja normal sekolah seperti kumpulan sebaya mereka

    tetapi kegagalan mereka tidak boleh dikatakan disebabkan oleh kecacatan.

    Murid lembam selalunya kurang aktif dan kurang berminat untuk

    menyertai kegiatan pelajaran di dalam bilik darjah. Jamila (2005) pula

    menyatakan kanak-kanak lembam dikenali sebagai kanak-kanak yang

    memerlukan pendidikan kelas pemulihan. Selalunya kanak-kanak ini

    dikenal pasti pada peringkat awal setelah mendapati tidak dapat

    menguasai kemahiran membaca menulis dan mengira dalam pendidikan.

    Walau bagaimanapun adalah sukar untuk menyediakan garis pemisah

    yang jelas di peringkat awal perkembangan kanak-kanak antara kanak-

    kanak normal dengan kanak-kanak lembam kerana permasalahan mereka

    tidak begitu ketara. Hanya selepas mereka memasuki alam persekolahan

    permasalahan mereka dapat dikesan. Kanak-kanak ini tidak boleh

    mengikuti pelajaran di kelas atau kurikulum atau belajar di sekolah biasa.

    Mereka ini terlalu lambat untuk mencapai satu - satu objektif pengajaran

    yang mudah atau objektif jangka pendek dan juga mempunyai daya

    rangsangan serta daya pengamatan yang lemah dan rendah.

    Menurut Messe (2001) dalam modul Universiti Terbuka Malaysia,

    keupayaan intelektual kanak-kanak ini berada tahap sederhana iaitu pada

    tahap 85 atau lebih di dalam skor ujian saringan kecerdasan. Mereka juga

    mempunyai masalah dalam memberi perhatian, mengumpul atau

    memproses maklumat yang diterima di dalam ingatan mereka. Di samping

    itu, kanak-kanak lembam mudah hilang tumpuan, mudah membuat

    kesalahan akibat kecuaian, sukar untuk menyiapkan tugasan dan

    kepayahan membuat tugasan yang berturutan. Di dalam mata pelajaran

    matematik, mereka menunjukkan kesukaran dalam mengingati simbol-

  • 8/13/2019 AKTIVITI 1- HBEF 3503

    27/67

    HBEF 3503

    PENDIDIKAN INKLUSIF

    27

    JEMILAH BT HJ AHMAD [650917025790]

    simbol yang digunakan dan mengingati turutan proses dalam penyelesaian

    matematik (Jamila 2005). Disebabkan masalah kurang tumpuan, sukar

    memproses maklumat, sukar menyiapkan tugasan dan lain-lain lagi

    menyebabkan mereka mempunyai masalah sosial-emosi. Tingkah laku

    kanak-kanak lembam sering mengganggu rakan-rakan.

    CIRI-CIRI KANAK-KANAK LEMBAB

    Pendiam, tidak aktif dan tidak banyak cakap dan sukar menerimaarahan.

    Tidak dapat berkomunikasi seperti kanak-kanak biasa. Menyebut huruf-huruf yang tidak tepat dan salah dan selalu

    bertukar-tukar huruf.

    Ketika membaca dan menulis, mereka akan meninggalkanhuruf,sukukata atau perkataan dan kerap melakukan kesalahan

    dalam ejaan dan tanda bacaan.

    Tulisan kanak-kanak lembam selalunya buruk dan sukar dibacaapabila mereka menulis tanpa ketetapan sama ada menaik dan

    menurun, menulis huruf terbalik atau turutan dan arah yang salah.

    Perbendaharaan kata yang terhad dan tatabahasa yang tidak tepat.

  • 8/13/2019 AKTIVITI 1- HBEF 3503

    28/67

    HBEF 3503

    PENDIDIKAN INKLUSIF

    28

    JEMILAH BT HJ AHMAD [650917025790]

    2.5.2 PINTAR CERDAS

    Ahli biologi mengatakan pintar cerdas sebagai kebolehan luar biasa yang

    dimiliki oleh seorang individu yang melakukan adaptasi dan manipulasi

    terhadap keadaan dan perubahan persekitaran. Menurut Stanford Binet

    (1916), pintar cerdas merupakan kepada keupayaan seseorang untuk

    memahami, membuat pertimbangan dan penakulan dengan bijak.

    Manakala, Lewis Terman (1916) pula menyatakan bahawa pintar cerdas

    sebagai individu yang berkebolehan berjiwa secara abstrak iaitu lebih jauh

    daripada orang biasa. Mengikut pendapat Marland (1972) pula, kanak-

    kanak yang dikenalpasti oleh pihak yang berkelayakan profesional sebagai

    individu yang memiliki kebolehan tinggi dan berkeupayaan mencapai

    kecemerlangan. Di samping itu, menurut Pusat Perkembangan Kurikulum

    Malaysia , pintar cerdas adalah kanak-kanak yang maju dalam

    pembelajaran dan menerima pelajaran lebih awal dan cepat daripada

    kanak-kanak normal. Mereka dapat membuat kerja sekolah dengan cepat,

    sempurna serta mempunyai bakat menyeluruh dalam bidang yang tertentu.

    Kesimpulannya ialah pintar cerdas merangkumi satu kombinasi yang

    istimewa dan tinggi (Superiol General Abilities), pencapaian kreatif pada

    tahap yang lebih bermotivasi tinggi untuk belajar dan berjaya.

  • 8/13/2019 AKTIVITI 1- HBEF 3503

    29/67

    HBEF 3503

    PENDIDIKAN INKLUSIF

    29

    JEMILAH BT HJ AHMAD [650917025790]

    PUNCA-PUNCA PINTAR CERDAS

    1. Faktor GenetikPerwarisan daripada ciri-ciri fizikal ibu bapa, boleh dibeza-beza jika di

    lihat persamaan dan perbezaan anak-anak dalam keluarga.

    Kebanyakan pakar bersetuju bahawa asas potensi mental seseorang

    sememangnya diwarisi daripada ibu bapa. Namun begitu, masih tiada

    alat yang dapat mengukur kebenaran faktor genetik ini.

    2. Faktor PersekitaranPengalaman melalui asuhan merupakan salah satu daripada faktor

    yang lebih dominan dan membantu dalam perkembangan serta

    meningkatkan kepintaran seseorang. Keadaan sekeliling seseorang

    individu yang membesar adalah faktor penentu untuk menentukan

    sejauh mana bakat dan kepintaran yang diwarisi berkembang.

  • 8/13/2019 AKTIVITI 1- HBEF 3503

    30/67

    HBEF 3503

    PENDIDIKAN INKLUSIF

    30

    JEMILAH BT HJ AHMAD [650917025790]

    CIRI-CIRI MASALAH FIZIKAL PINTAR CERDAS

    Mempunyai semangat inkuiri dan perasaan curiga yang tinggi. Kebolehan yang luar biasa, suka bertanya dan berminat untuk

    mendapatkan jawapan yang terkini.

    Sangat kreatif terutamanya dalam menguasai dalam kemahiranyang mampu untuk menghasilkan sesuatu yang abstrak dan

    mempunyai idea-idea yang kreatif.

    Kadangkala, dianggap pelik. Suka mencuba sesuatu yang dianggap sukar oleh orang lain.

    Boleh bercakap, membaca, menulis dan memahami percakapanorang dewasa pada peringkat umur yang awal.

    Mempunyai perbendaharaan kata yang kemas Mempunyai tahap penumpuan yang lama terhadap sesuatu perkara

    terutamanya dalam aspek kemahiran.

    Mempunyai tenaga yang banyak dan sangat aktif Berkemampuan bersosial dalam tempoh yang singkat. Mempunyai daya keistimewaan yang hampir sama dengan kanak-

    kanak normal yang biasa.

    Mempunyai daya kepimpinan dan ketua yang lebih dominan sertasuperior dalam kalangan rakan sebaya.

  • 8/13/2019 AKTIVITI 1- HBEF 3503

    31/67

    HBEF 3503

    PENDIDIKAN INKLUSIF

    31

    JEMILAH BT HJ AHMAD [650917025790]

    2.5.3 DISLEKSIA

    Perkataan Disleksia ataupun dyslexia adalah gabungan dua perkataan

    Greek iaitu dys bermaksud kesukaran dan lexia bermaksud

    perkataan dan jika diterjemahkan secara terus bermaksud kesukaran

    dengan perkataan bertulis. Istilah lain yang digunakan untuk

    menunjukkan masalah ini ialah buta huruf. Perkataan Disleksia telah

    diperkenalkan oleh Profesor Berlin, seorang pakar perubatan dan

    ophtalmotologis pada tahun 1887 (Hammond & Hughes, 1996). Dari

    sudut pengistilahan, penggunaan perkataan disleksia amat terhad kerana

    istilah tersebut merujuk kepada murid-murid yang mengalami kesukaran

    untuk menguasai kemahiran membaca. Penulisan Barat mentakrifkan

    disleksia sebagai kesukaran atau ketidakbolehan menguasai kemahiran

    membaca oleh seseorang individu walaupun telah menerima pendidikan

    yang mencukupi.

    Manakala mengikut British Psychological Society (1999)

    Dyslexia is evident when accurate and fluent word reading or spelling

    develops very incompletely or with great diffculty, iaitu disleksia terbukti

    wujud apabila ketepatan dan kelancaran membaca perkataan atau mengeja

    berkembang secara amat tidak lengkap atau dengan kesukaran yang amat

    sangat. Bagi Payne dan Turner (1999), Hammond dan Hughes (1996)

    lebih cenderung menggunakan istilah Specific Learning Difficulties

    (masalah belajar spesifik) bagi murid yang menghadapi masalah belajar

    disleksia. Menurut mereka, murid disleksia bukan sahaja mempunyai

    masalah dalam menguasai kemahiran membaca sahaja tetapi

    berkemungkinan menghadapi masalah secara menyeluruh dalam

    kemahiran literasi dan numerasi.

  • 8/13/2019 AKTIVITI 1- HBEF 3503

    32/67

    HBEF 3503

    PENDIDIKAN INKLUSIF

    32

    JEMILAH BT HJ AHMAD [650917025790]

    CIRI-CIRI FIZIKAL

    Lemah dalam bacaan. Fasih bertutur dan boleh bercerita tetapi kerja tulisan lemah. Tampak cerdik dan berkemampuan seperti murid lain tetapi

    sentiasa mengalami masalah dalam kerja sekolah.

    Pakaian mereka sentiasa tidak kemas tetapi tidak kotor, butangbaju salah butang, tali kasut tidak diikat rapi dan kidal.

    Kelihatan tidak berminat dalam pelajaran dan dilabelkan pemalasatau bodoh.

    Perhatian dan pengamatan singkat dan lemah. Degil, agresif, memberontak, suka menyendiri dan suka membuat

    bising.

    Mempunyai masalah dalam menggunakan sudu garfu sewaktumakan.

    Sukar menggunakan gunting terutama jika kidal. Sukar untuk menekap. Memegang pensil secara ganjil. Sukar mengikat tali leher. Koordinasi yang lemah.

    o Sukar untuk melompat dan skipping keseimbangan.o Sukar untuk menangkap, membaling dan menyepak bola.o Sering terlanggar orang lain dan objek.o Selalu menjatuhkan barang.o Sukar untuk naik tangga.o Sukar belajar menunggang basikal.o Sukar untuk berenang.o Sukar dalam permainan yang menggunakan perkataan kiri

    atau kanan, atas atau bawah, depan dan belakang, undur

    atau maju.

    o Sukar untuk belajar menari.

  • 8/13/2019 AKTIVITI 1- HBEF 3503

    33/67

    HBEF 3503

    PENDIDIKAN INKLUSIF

    33

    JEMILAH BT HJ AHMAD [650917025790]

    JENIS-JENIS DISLEKSIA

    1. Disleksia PandanganMurid-murid ini dapat melihat dengan baik tetapi tidak dapat

    membezakan, membuat interpretasi atau mengingati perkataan yang

    dilihat. Ada yang begitu teruk sehingga tidak dapat membaca

    langsung, ada yang hanya mengalami masalah penyebutan perkataan

    yang mempunyai sukukata yang banyak sahaja. Ciri-ciri yang selalu

    dikaitkan ialah kekeliruan mengenal perkataan atau huruf yang sama,

    seperti beg untuk bog, snip untuk ship. Kecenderungan kebalikan

    seperti dig untuk big, kecenderungan songsang contohnya spa untuk

    sap. Lukisan yang rendah mutunya kerana banyak butiran yang

    penting ditinggalkan walaupun pada benda yang biasa. Tidak dapat

    menjalani latihan permainan sukan yang kompleks. Kepayahan

    membuat analisis dan sintesis pandangan, tetapi tinggi daya kebolehan

    dalam aktiviti kemahiran mendengar yang mana menutup kekurangan

    dalam aktiviti berkaitan dengan pandangan.

    2. Disleksia PendengaranDapat melihat persamaan antara perkataan tetapi menghadapi masalah

    dalam menjalankan aktiviti yang berkaitan dengan fungsi

    pendengaran. Contohnya membezakan persamaan dan perbezaan

    antara bunyi, mengenal pasti bunyi dalam setiap perkataan satu

    pengadunan bunyi untuk menjadikan perkataan dan membahagikan

    perkataan ke dalam suku kata tertentu. Murid-murid ini akan

    menghadapi masalah dalam belajar membaca.

    Ciri-ciri yang selalu dikaitkan ialah kecelaruan diskriminasi

    pendengaran dan pengamatan yang menyebabkan sukar belajar bacaan

    mengikut kaedah analisis fonetik. Mereka juga seringkali mempunyai

    masalah dengan analisis dan sintesisi pendengaran. Ini menyebabkan

  • 8/13/2019 AKTIVITI 1- HBEF 3503

    34/67

    HBEF 3503

    PENDIDIKAN INKLUSIF

    34

    JEMILAH BT HJ AHMAD [650917025790]

    ketidakupayaan membahagikan perkataan kepada sukukata atau bunyi

    tertentu, tidak dapat menggabung bahagian-bahagian perkataan

    menjadi satu yang lengkap.

    Kanak-kanak ini juga tidak dapat membunyikan semula bunyi

    dalam perkataan, contohnya tidak dapat mengingati bunyi huruf atau

    tidak dapat menyebut perkataan walaupun ia tahu makna perkataan itu.

    Selain itu, terdapat kekacauan dalam memahami bunyi secara

    berurutan seperti penyebutan yang tidak betul semasa menulis,

    mengubah urutan huruf kerana tidak dapat mengingat atau

    mengekalkan urutan bunyi. Dari segi perlakuan, murid-murid ini lebih

    cenderung untuk memilih aktiviti yang memerlukan kemahiran

    pandangan.

  • 8/13/2019 AKTIVITI 1- HBEF 3503

    35/67

    HBEF 3503

    PENDIDIKAN INKLUSIF

    35

    JEMILAH BT HJ AHMAD [650917025790]

    LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN

    Mereka yang menghadapi disleksia biasanya susah untuk

    menguasai kemahiran membaca dan menulis tetapi memiliki bakat,

    kepintaran atau kecerdasan yang lain. Ini disebabkan oleh perbezaan

    dalam cara otak memproses maklumat terutama sekali berkenaan

    dengan bunyi , simbol dan makna. Kanak-kanak disleksia cenderung

    menggunakan otak kanan. Ini menimbulkan cara disleksik berfikir dan

    cara belajar berlainan. Cara anak disleksia memerhati dan berfikir

    boleh dianggap satu anugerah bukan satu masalah.

    Program kemahiran keibubapaan seperti Program Peningkatan

    Akademik. Sebelum persekolahan, ibu bapa hendaklah peka dengan

    memerhatikan simptom-simptom disleksia, beri bantuan bacaan dan

    latihan pembelajaran sebelum tadika, perhatikan dan beri bantuan

    sosial, beri pengalaman luaran meningkatkan pengetahuan seperti

    melawat zoo, muzium dan lain-lain. Ketika bersedia untuk memasuki

    alam persekolahan, ibu bapa hendaklah berbincang dengan guru besar

    dengan memberitahu masalah melalui maklumat berkenaan penilaian

    psikologi dan pendidikan, mengenali guru yang mengajar anak dengan

    menjelaskan masalah anak dan meminta kerjasama membantu dan

    memahami masalah anak sepanjang persekolahan.

    Ibu bapa juga perlu meluangkan masa untuk mengajar dan

    membantu anak melalui mengenal pasti kekuatan dan kelemahan anak-

    anak, mengenal pasti bakat kebolehan dan kemahiran khusus yang

    dimiliki, mencuba berbagai cara untuk menarik minat dan menambah

    motivasi serta memahami gaya pembelajaran kanak-kanak disleksia.Selain itu juga mengadakan program perkongsian mengajar berhasil.

    Program ini dapat membantu ibu bapa membantu anak mereka di

    rumah dengan menggunakan pendekatan secara bersama dengan guru.

  • 8/13/2019 AKTIVITI 1- HBEF 3503

    36/67

    HBEF 3503

    PENDIDIKAN INKLUSIF

    36

    JEMILAH BT HJ AHMAD [650917025790]

    Di samping itu juga, mengadakan program kerjasama antara

    pelbagai disiplin. Termasuklah terapi bahasa, terapi pertuturan, ahli

    psikologi, guru pendidikan khas, pentadbir dan ahli-ahli lain akan

    mampu membina modul serta pendekatan pengajaran yang boleh

    digunakan oleh ibu bapa mengembang potensi anak-anak ini. Individu

    disleksia harus digalakkan mempamerkan kekuatan luar biasa terutama

    dalam pemikiran kreatif secara visual. Kebolehan mereka yang unik

    harus digunakan supaya mereka juga boleh berjaya dalam bidang seni,

    sains dan teknikal. Nama-nama hebat yang tergolong dalam kumpulan

    istimewa ini termasuklah Thomas Edison, Leonardo De Vinci,

    Winston Churchill, George Pattorn dan William Butler Yeats.

  • 8/13/2019 AKTIVITI 1- HBEF 3503

    37/67

    HBEF 3503

    PENDIDIKAN INKLUSIF

    37

    JEMILAH BT HJ AHMAD [650917025790]

    2.6AUSTISMA

    Menurut Thevarthen Aitken, Papoudi dan Robert (1998) perkataan autisme

    merupakan gabungan dua huruf Greek iaitu aut yang bermakna diri dan ism yang

    membawa makna orientasi atau keadaan. Oleh itu, autisma boleh didefinisikan

    sebagai kedaan seseorang yang tidak biasa dengan dirinya. Autisma berasal daripada

    perkataan Yunani bermaksud autos atau tiada keupayaan dan tidak boleh

    berinteraksi sosial. Autisme, autisma dan autistik adalah perkataan yang digunakan

    bagi menerangkan tentang sejenis penyakit dimana pesakitnya tidak sedar akan

    keadaan persekitarannya dan berada seolah-olah seperti di dalam dunianya. Autisma

    adalah ketidakmampuan yang mungkin dihidapi seumur hidup oleh seseorang yang

    menyebabkan mereka tidak dapat mengerti tepat apa yang mereka lihat, dengar dan

    juga melalui panca indera mereka. Hal ini mengakibatkan masalah yang cukup berat

    pada hubungan sosial, komunikasi dan perilaku. Nama-nama yang lain yang

    diberikan untuk menjelaskan autism bagi kanak-kanak adalah autisme infatil, psikosi

    infatil, autisme kanak-kanak, psiko simbiotik, skizofrenia kanak-kanak dan sindrom

    skizofrenia kanak-kanak.

  • 8/13/2019 AKTIVITI 1- HBEF 3503

    38/67

    HBEF 3503

    PENDIDIKAN INKLUSIF

    38

    JEMILAH BT HJ AHMAD [650917025790]

    CIRI-CIRI FIZIKAL

    Sekarang ini sering mendengar tentang autisma, yang banyak terjadi kepada anak-

    anak. Ini disebabkan ibu bapa lebih peka dan mengambil berat akan pekembangan

    anak-anak. Perkembangan yang bermula dari kelahiran sehingga pra sekolah. Ibu

    bapa kini amat sensitif jika anak-anak mereka tidak seperti kanak-kanak lain. Autisma

    adalah gangguan kognitif atau gangguan sukar untuk gangguan tingkah laku sosial

    dan sukar untuk berbicara. Data statistik menyatakan, 50% terdapat gejala gangguan

    mental retardasi.

    Sehingga kini, para ahli belum dapat memberi keputusan yang tepat

    penyebabnya. Tetapi, dari penelitian kanak-kanak autisma ini mempunyai kelainan

    pada otak yang disebabkan gangguan perkembangan pada saat kehamilan dan

    gangguan hati yang menimbulkan gangguan saraf dan jiwa. Dengan itu, ciri-ciri yang

    boleh kita perhatikan dapat membantu kita mengesan lebih awal untuk memberi

    perhatian yang sewajarnya kepada kanak-kanak ini. Antaranya termasuklah berlaku

    sebelum berumur dua puluh dua tahun, berlaku berkekalan, sukar berhubung secara

    bermasyarakat, sukar berkomunikasi dan sukar menerima perubahan dari kebiasaan.

    Selain itu, mereka juga sukar memberhentikan dari perlakuan yang berulang, gemar

    menyendiri, tidak mengendahkan keadaan sekeliling dan suka hidup bersendirian. Di

    samping itu, mereka juga berkecenderungan kepada objek yang bergerak, serang yang

    pendiam, sangat menyayangi sesuatu objek yang disukai dan sangat susah untuk

    mengubah sesuatu yang telah dilakukannya setiap hari.

  • 8/13/2019 AKTIVITI 1- HBEF 3503

    39/67

    HBEF 3503

    PENDIDIKAN INKLUSIF

    39

    JEMILAH BT HJ AHMAD [650917025790]

    LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN

    Punca gangguan autisma ini masih belum difahami begitu mendalam. Oleh itu,

    bentuk rawatan untuk kanak-kanak autisma belum ada lagi yang boleh dikatakan

    memberi kesan. Hanya yang boleh diubah setakat ini ialah tingkahlaku sahaja

    mengikut terapi tingkahlaku yang sedia ada. Ini bertujuan menggalakkan

    perkembangan yang sihat dan seberapa normal yang boleh mengikut keperluan setiap

    kanak-kanak autisma. Perkara utama yang perlu dilakukan adalah membuat diagnosis

    dengan teliti dan tepat bagi mengesahkan sama ada kanak-kanak ini mengalami

    autisma atau tidak. Setelah pasti, barulah diberitahu kepada ibu bapanya. Ini kerana

    rawatan awal perlu diberikan seawal yang mungkin supaya latihan dan didikan untuk

    membolehkan kanak-kanak ini menggunakan dan memahami bahasa dapat

    dilaksanakan sebelum berumur lima tahun. Oleh itu, rawatan dalam bentuk

    pendidikan awal dan terapi tingkahlaku amat penting bagi kanak-kanak ini.

    Segala didikan perlu diberi sedikit tetapi berulang-ulang. Rawatan perlu dibuat

    bersama ahli lain seperti jurupilih tatacara, guru-guru dan ibu bapa. Rawatan didapati

    lebih berkesan sekiranya dilakukan di rumah sendiri atau di sekolah khas yang

    berdekatan dengan kediaman sendiri serta sekumpulan murid autisma lain. Namun

    begitu, setiap kumpulan mestilah tidak melebihi empat atau lima orang murid sahaja.

    Dari segi komunikasi pula, kanak-kanak ini perlu diberi peluang bergaul dengan

    kanak-kanak normal apabila keadaan mereka lebih baik. Kanak-kanak ini tidak

    digalakkan duduk disekolah berasrama kerana dikuatiri akan lebih memburukkan

    keadaan mereka, seterusnya boleh menyebabkan interaksi bersama-sama ahli

    keluarga mereka akan terjejas.

    Manakala dari segi rawatan pula, terdapat dua jenis rawatan menerima

    sokongan emperikal adalah modifikasi tingkahlaku atau Applied Behavior Analysis

    (ABA) dan penggunaan vitamin B6 dengan tambahan magnesium. Modifikasi

    tingkahlaku merangkumi pelbagai strategi tingkahlaku seperti peneguhan positif dan

    time out, untuk meningkatkan tingkahlaku yang bersesuaian seperti komunikasi dan

    tingkahlaku yang tidak bersesuaian seperti tingkahlaku mencederakan diri. Lebih

    kurang 45% daripada kanak-kanak autisma dapat meningkatkan kesedaran dan

  • 8/13/2019 AKTIVITI 1- HBEF 3503

    40/67

    HBEF 3503

    PENDIDIKAN INKLUSIF

    40

    JEMILAH BT HJ AHMAD [650917025790]

    tumpuan perhatian setelah mengambil vitamin B6 dengan magnesium. Terdapat juga

    beberapa zat makanan pelengkap dan Di- Methy-Iglycine (DMG). DMG banyak

    membantu kearah tingkahlaku yang baik dan terdapat banyak laporan anekdot untuk

    menggalakkan kemahiran komunikasi.

    Selain itu, terdapat juga ubat-ubatan seperti Haloperidol untuk mengawal

    tingkah laku yang tidak diingini boleh diberi tetapi sekiranya kanak-kanak autisma ini

    terlalu lasak ataupun mempunyai ciri-cirir hiperaktif sehingga boleh mengganggu

    tidurnya. Dari segi peranan ahli keluarga, mereka juga perlu memberi bantuan agar

    kanak-kanak ini tidak terabai. Mereka boleh mengikuti pertubuhan seperti NASOM

    (Nasional Autistic Society of Malaysia) untuk membantu keperluan kanak-kanak

    autisma dan keperluan keluarga boleh ditubuhkan. Hal ini kerana kebanyakan ibu

    bapa akan mendapat manfaat setelah menjadi ahli dalam pertubuhan ini.

  • 8/13/2019 AKTIVITI 1- HBEF 3503

    41/67

    HBEF 3503

    PENDIDIKAN INKLUSIF

    41

    JEMILAH BT HJ AHMAD [650917025790]

    2.7SINDROM DOWN

    Sindrom Down ialah penyakit konginetal apabila seseorang dilahirkan mempunyai

    tiga salinan kromosom ini. Sebab itu jugalah, Sindrom Down di rujuk dengan nama

    Trisomi 21. Dengan erti kata lain, mereka mempunyai satu kromosom terlebih yang

    menyebabkan mereka dikategorikan Sindrom Down dan lain-lain kromosom mereka

    adalah normal. Kromosom adalah struktur yang terdapat nukleus sel-sel yang

    mengandungi maklumat yang di warisi daripada ibu dan bapa. Ia mengandungi kod

    genetik yang mengawal dan mengarah pembahagian pertumbuhan dan fungsi sel.

    Seorang individu normal mempunyai 46 kromosom, setiap 23 di warisi daripada ibu.

    Manakala bakinya di warisi daripada bapa. Setiap individu mempunyai kod genetic

    yang unik kecuali kembar seiras. Keunikan inilah yang menyebabkan penampilan

    fizikal setiap individu yang berbeza-beza.

    Penyakit ini sebenarnya sudah diketahui sejak 1860 oleh Dr.Langdon Down

    dari Inggeris, tetapi baru pada awal tahun 60-an ditemukan diagnosisnya secara pasti

    iaitu dengan pemeriksaan kromosom. Dahulu nama penyakit ini dikenal dengan nama

    Mongoloid atau Mongolism kerana penderitanya mempunyai gejala klinik yang khas,

    iaitu wajahnya seperti bangsa Monggol dengan mata yang sepet dan bujur ke atas.

    Tetapi setelah diketahui bahawa penyakit ini terdapat pada seluruh bangsa di dunia

    dan adanya tuntutan dari perintah negara Mongolia yang menganggap kurang sesuai

    terhadap pemberian nama tersebut , maka dianjurkan untuk mengganti nama tersebut

    dengan Sindrom Down. Terdapat beberapa kajian yang telah dilakukan oleh para

    saintis luar negara. Pada tahun 1866, seorang ahli fizik berbangsa Inggeris, John

    Lagdon Down ( 1828 1896 ) telah menerbitkan penerangan pertama dalam dunia

    perubatan mengenai individu yang dilahirkan sebagai Sindrom Down. Kajian

    seterusnya dilakukan pada tahun 1959 oleh Jerome Lejuene, seorang ahli fizik dari

    Perancis. Beliau telah menemui penambahan kromosom pada kromosom yang ke -21.

    Bagi orang normal , bilangan kromosom 21 adalah 2 tetapi bagi pengidap Sindrom

    Down mempunyai 3 kromosom. Pada tahun 1990, kromosom 21 adalah kromosom

    pertama yang dirajahkan secara penuh.

  • 8/13/2019 AKTIVITI 1- HBEF 3503

    42/67

    HBEF 3503

    PENDIDIKAN INKLUSIF

    42

    JEMILAH BT HJ AHMAD [650917025790]

    CIRI-CIRI FIZIKAL SINDROM DOWN

    1. Kepala

    Mempunyai iras muka yang hampir sama seperti muka orang Monggol. Mempunyai pangkal hidung yang kemek. Jarak di antara dua mata jauh. Mata mereka sentiasa berair dan merah. Mempunyai mata yang sepet. Terdapat lipatan pada kedua- dua sisi hidung yang menutupi bahagian dalam

    mata.

    Saiz mulut adalah kecil yang sentiasa terbuka dan tidak tertutup rapat. Saiz lidah yang tebal, kasar dan pendek menyebabkan lidah selalu terjelir. Pertumbuhan gigi mereka adalah lambat dan tidak teratur. Paras telinga adalah lebih rendah. Saiz kepala yang lebih kecil dan agak leper dari bahagian depan ke belakang. Leher yang pendek.

    2. Tangan Mempunyai jari- jari yang pendek. Jari kelingking membengkok ke dalam. Tapak tangan yang lebar dan pendek. Hanya terdapat satu garisan pada tapak tangan. Jari dan tangan mereka adalah lebar, pendek dan berbonggol.

    3. Kaki Kaki agak pendek. Jarak di antara ibu jari kaki kedua agak jauh terpisah dari tapak kaki.

  • 8/13/2019 AKTIVITI 1- HBEF 3503

    43/67

    HBEF 3503

    PENDIDIKAN INKLUSIF

    43

    JEMILAH BT HJ AHMAD [650917025790]

    4. Otot Mempunyai otot yang lemah menyebabkan mereka menjadi lembik. Menghadapi masalah lewat dalam perkembangan motor kasar.

    5. Ciri-ciri lain Berbadan gempal dan rendah Agak bongkok . Berambut lurus dan lembut. Suka bermanja, bermain dan bergembira. Mudah mesra dan dapat bergaul dengan baik. IQ mereka adalah di antara 30-80. Sudah dapat dikesan sebaik selepas kelahiran.

  • 8/13/2019 AKTIVITI 1- HBEF 3503

    44/67

    HBEF 3503

    PENDIDIKAN INKLUSIF

    44

    JEMILAH BT HJ AHMAD [650917025790]

    JENIS-JENIS SINDROM DOWN

    1. TrisomiKanak-kanak Sindrom Down adalah kanak-kanak yang menghadapi masalah

    fizikal, emosi dan intelek. Kanak-kanak jenis ini berlaku disebabkan penambahan

    pasangan kromosom 23+1 (pada kromosom nombor 21) yang sepatutnya 46

    menjadi 47. Kelahiran Sindrom Down jarang berlaku dalam sesebuah keluarga.

    Menurut kajian nisbah kelahiran bagi ibu yang berumur kurang 25 tahun ialah

    1:2000 kelahiran manakala nisbah kelahiran bagi ibu yang berusia 35-39 tahun

    adalah 1:50 kelahiran dan bagi ibu yang berusia 40 tahun nisbah kelahiran adalah

    pada nisbah 1:30 kelahiran. Darjah kecerdasan Sindrom Down jenis trisomi ini

    adalah antara 50%-80%.

    2. TranslocationKelahiran jenis ini tidak membabitkan kebaikan kromosom dalam darah ibu

    hamil. Sindrom Down (translocation) ini terjadi dalam dua cara. Cara yang

    pertama ialah apabila secebis kromosom nombor 14 bercampur dengan

    kromosom nombor 21. Jika ibu pembawa, kebarangkalian mendapat anak

    Sindrom Down adalah 10%-25%. Jika bapa pembawa, kebarangkalian untuk

    mendapat anak Sindrom Down adalah 3%-5%. Cara kedua pula terjadi apabila

    secebis kromosom yang bernombor 21 bercampur dengan nombor yang sama.

    Oleh itu, jika ibu adalah pembawa kebarangkalian mendapat anak Sindrom Down

    ini ialah di antara 50%-80%.

    3. MosaicSindrom Down jenis ini adalah tidak ketara pada wajah murid-murid dan tidak

    100% Sindrom Down. Kerosakan mental bagi murid-murid ini tidak teruk. Hal ini

    kerana darjah kecerdasannya adalah 80%-90%.

  • 8/13/2019 AKTIVITI 1- HBEF 3503

    45/67

    HBEF 3503

    PENDIDIKAN INKLUSIF

    45

    JEMILAH BT HJ AHMAD [650917025790]

    2.8ATTENTION DEFICIT DISORDERS (ADD)

    Hiperaktif dipercayai berpunca daripada gangguan mekanisme sistem saraf pusat

    ataupun central nerves system. Punca permasalahan ini adalah disebabkan oleh

    beberapa faktor. Faktor-faktornya termasuklah genetik, infeksi, kerosakan pada

    otak dan juga masalah persekitaran rumah. Selain itu, ia juga berpunca daripada

    keracunan (toksin), kekurangan zat makanan, alahan kepada makanan dan alahan

    kepada bahan kimia. Kanak-kanak hiperaktif mempunyai ciri-ciri tingkah laku

    seperti tumpuan perhatian yang singkat, sentiasa resah dan tidak boleh duduk

    diam. Mereka tidak mengendahkan arahan ibu bapa atau gurunya dan

    menunjukkan kedegilannya serta susah dikawal. Oleh itu, kanak-kanak hiperaktif

    sering mengalami masalah pembelajaran di sekolah kerana tabiatnya yang suka

    merayau-rayau, tidak boleh duduk diam dan tidak mendengar arahan guru.

    Adakalanya, kanak-kanak hiperaktif juga mempamerkan ciri-ciri

    perkembangan bahasa yang lambat. Kesemuanya ini akan menyebabkan dia tidak

    digemari oleh kanak-kanak lain dan mereka sering terasa terasing. Kanak-kanak

    yang sebegini sering menyulitkan gurunya yang kebiasaannya terpaksa menjaga

    empat puluh orang murid dalam satu kelas. Mereka tidak boleh menerima

    perhatian yang khusus pada murid ini sahaja. Selain itu, kanak-kanak hiperaktif

    ini juga mempunyai keupayaan intelek yang baik tetapi oleh kerana sikap resah

    dan perangai impulsifnya, mereka sukar dikawal di dalam suasana sekolah biasa.

    Kank-kanak seperti ini memerlukan latihan khas berbentuk modifikasi tingkah

    laku untuk meningkatkan tumpuan perhatiannya serta latihan yang menggunakan

    pendekatan satu dengan satu. Guru-guru perlu sering meberikan peringatan

    kepada murid-murid ini sama ada isyarat atau mengetuk meja untuk

    mendapatkan perhatiannya dari semasa ke semasa. Adakalanya, pakar kanak-

    kanak perlu memberi ubat-ubat yang khusus yang bertujuan untuk mengurangkan

    keresahan agar boleh menjalani latihan dan program pendidikan dengan lebih

    berkesan lagi.

  • 8/13/2019 AKTIVITI 1- HBEF 3503

    46/67

    HBEF 3503

    PENDIDIKAN INKLUSIF

    46

    JEMILAH BT HJ AHMAD [650917025790]

    Walau bagaimanapun, hiperaktif ini mempunyai ciri-cirinya yang

    tersendiri. Ciri-ciri khususnya ialah aktiviti fizikal yang agresif dan berlebihan

    serta tindakan yang berlebihan terhadap rangsangan cahaya, bunyi, dan warna.

    Selain itu, mereka ini tidur tidak tetap dan terlalu kerap menangis atau ketawa.

    Disamping itu, mereka sukar memberi tumpuan terhadap permainan atau kerja

    yang dilakukan dan mengubah aktiviti atau tindakan secara mengejut. Malah,

    mereka sering mengamuk bila kehendaknya dihalang dan sukar menyesuaikan

    diri serta berinteraksi dengan rakan sebaya.

  • 8/13/2019 AKTIVITI 1- HBEF 3503

    47/67

    HBEF 3503

    PENDIDIKAN INKLUSIF

    47

    JEMILAH BT HJ AHMAD [650917025790]

    3.0CARA UNTUK MENGENALPASTI INDIVIDU BERKEPERLUAN KHAS

    Pengesanan merupakan proses yang memerlukan teknik dan prosedur yang sesuai dan

    tepat. Proses pengesanan ini juga harus dilakukan dalam situasi sebenar seperti di bilik

    darjah ataupun di rumah supaya tingkah laku kanak-kanak ditunjukkan tanpa sebarang

    lakonan. Oleh itu, teknik yang bersesuaian harus dipilih oleh pemerhati dalam melakukan

    pengesanan ketidakupayaan dan keperluan kanak-kanak khas agar pengesanan yang

    dilakukan membuahkan hasil yang sepatutnya diperoleh.

    Antara beberapa teknik pengesanan ketidakupayaan dan keperluan kanak-kanak khas

    yang boleh digunakan adalah cacatan anekdot, catatan berterusan, catatan spesimen,

    mensampel masa, mensampel peristiwa dan senarai semak.

    3.1CACATAN ANEKDOT

    Catatan anekdot merupakan catatan yang dibuat oleh penyelidik mengenai kelakuan-

    kelakuan yang luar biasa (Sutrisno Hadi, 1985). Catatan ini menggambarkan dan

    menjelaskan tentang naratif tingkah laku yang penting kepada pemerhati. Anekdot

    ini menghuraikan apa yang berlaku secara fakta dan objektif. Pemerhati tidak

    membuat andaian sendiri berdasarkan tingkah laku yang ditunjukkan oleh kanak-

    kanak. Catatan ini juga menerangkan bagaimana tingkah laku berlaku, bila dan di

    mana ia berlaku, dan apa yang dikatakan dan dilakukan oleh kanak-kanak tersebut.

    Selain daripada itu, catatan anekdot bersifat selektif iaitu penyelidik memilih

    peristiwa yang bermakna dan mempunyai hubungan dengan perkembangan

    individu. Kebiasaannya, catatan anekdot ditulis selepas peristiwa tersebut berlaku

    dan ditulis oleh orang yang rapat dengan kanak-kanak tersebut. Rekod ini dapat

    menyediakan gambaran yang lengkap tentang kemajuan seseorang kanak-kanak

    apabila ditelitikan secara kumulatif. Catatan anekdot mengandungi perincian tentang

    ekspresi yang ditunjukkan oleh kanak-kanak, intonasi suara dan pergerakan badan.

  • 8/13/2019 AKTIVITI 1- HBEF 3503

    48/67

    HBEF 3503

    PENDIDIKAN INKLUSIF

    48

    JEMILAH BT HJ AHMAD [650917025790]

    3.2CATATAN BERTERUSAN

    Antara yang kerap digunakan untuk melakukan pengesanan ketidakupayaan dan

    keperluan kanak-kanak khas ialah catatan berterusan. Catatan berterusan merupakan

    satu catatan naratif yang terperinci tentang tingkah laku kanak-kanak mengikut urutan

    ia berlaku. Catatan berterusan ini merupakan catatan yang lengkap tentang tingkah

    laku kanak-kanak kerana catatan ini melihat kesemua tingkah laku yang ditunjukkan

    oleh kanak-kanak dalam masa yang telah ditetapkan.

    Catatan berterusan dilakukan sewaktu tingkah laku tersebut

    berlangsung. Kebiasaannya, pemerhati hanya menggunakan ayat-ayat yang ringkas

    dan pendek bagi menerangkan tingkah laku yang ditunjukkan supaya pengekalan

    penumpuan kepada perkara yang dilakukan oleh kanak-kanak tersebut berjalan

    dengan baik. Data yang ditulis juga harus berbentuk fakta dan objektif. Pemerhati

    tidak dibenarkan menggunakan perkataan-perkataan atau frasa-frasa yang deskriptif

    dan bersifat menghakim.

    3.3CATATAN SPESIMENCatatan spesimen merupakan catatan yang lebih panjang dan mengandungi maklumat

    tambahan seperti peristiwa yang berlaku sebelum dan selepas tingkah laku yang ingin

    diperhatikan ditunjukkan oleh kanak-kanak. Melalui catatan spesimen, pemerhati

    menumpukan perhatian kepada tingkah laku yang ingin diperhatikan. Satu tingkah

    laku yang ingin diperhatikan dikenal pasti terlebih dahulu.

    Kanak-kanak dijadikan sebagai spesimen untuk menguji sesuatu tingkah laku

    yang telah dikenal pasti. Kanak-kanak diletakkan dalam sesuatu situasi seperti di

    dalam bilik darjah dengan peristiwa atau keadaan tertentu. Rekod akan dicatatkanjika kanak-kanak tersebut menunjukkan tingkah laku yang telah dikenal pasti untuk

    diperhatikan.

  • 8/13/2019 AKTIVITI 1- HBEF 3503

    49/67

    HBEF 3503

    PENDIDIKAN INKLUSIF

    49

    JEMILAH BT HJ AHMAD [650917025790]

    3.4MENSAMPEL MASAPemerhati perlu mencatatkan kekerapan berlakunya sesuatu tingkah laku yang

    dipamerkan dalam masa yang telah ditentukan. Satu sela masa akan ditetapkan dalam

    tempoh masa tersebut. Tingkah laku telah ditetapkan terlebih dahulu sebelum

    pemerhatian dijalankan ke atas kanak-kanak tersebut. Di samping itu, tingkah laku

    yang direkod ialah tingkah laku overt iaitu yang dapat dilihat dengan jelas dan boleh

    dikira. Tingkah laku berjaya menyelesaikan masalah merupakan contoh tingkah laku

    yang tidak sesuai kerana tidak jelas untuk diperhatikan oleh pemerhati. Teknik ini

    efektif untuk dijalankan kerana ia bersifat lebih objektif dan terkawal kerana tingkah

    laku adalah terhad dan telah ditentukan terlebih dahulu.

    Nama kanak-kanak : Rahimi Umur : 6 tahun Tarikh : 8 Ogos 2008

    Pemerhati : Norafiza

    Tingkah laku : Bercakap sendirian dan mencubit rakan

    Pemerhatian bermula : 8.30 pagi

    Sela masa : 5 minit

    Pemerhatian tamat : 9.00 pagi

    Kekerapan

    Sela masa

    5 5 5 5 5 5

    I I I I I I I I I I I I I I I

    IBercakap sendirian

    IMencubit rakan

  • 8/13/2019 AKTIVITI 1- HBEF 3503

    50/67

    HBEF 3503

    PENDIDIKAN INKLUSIF

    50

    JEMILAH BT HJ AHMAD [650917025790]

    Berdasarkan contoh di atas, pemerhati ingin memerhatikan kekerapan Rahimi

    bercakap sendirian dan mencubit rakan dalam tempoh setengah jam. Tempoh ini

    akan dibahagikan kepada sela masa selama 5 minit. Oleh yang demikian, pemerhati

    akan merekodkan berapa kali Rahimi bertingkah laku sedemikian dalam setiap 5

    minit. Bagi memudahkan pemerhati mengecam kekerapan yang tingkah laku yang

    ditonjolkan oleh Rahimi, pemerhati boleh menggunakan pen yang warnanya

    berlainan bagi setiap tingkah laku seperti pen berwarna biru bagi tingkah laku

    bercakap sendirian dan warna merah untuk mencubit rakan.

    Justeru dapat di kesan bahawa Rahimi bercakap sendirian sebanyak dua kali

    pada 5 minit pertama, tiga kali pada 5 minit ke dua, dua kali pada 5 minit ke empat

    dan sekali pada 5 minit ke lima. Namun pada 5 minit terakhir Rahimi tidak bercakap

    sendirian. Kekerapan ini berbeza untuk tingkah laku mencubit rakan. Rahimi hanya

    mencubit sekali pada 5 minit pertama, dua kali pada 5 minit ke dua, sekali pada 5

    minit ke tiga, dua kali pada 5 minit ke empat dan sekali pada 5 minit ke lima. Teknik

    ini akan membantu pemerhati merekodkan kekerapan berlakunya tingkah laku yang

    ingin diperhatikan itu. Pemerhati juga boleh mengulang teknik ini pada hari

    seterusnya. Justeru, pemerhati akan memperolehi satu data yang lengkap tentang

    kekerapan tingkah laku untuk seminggu dan seterusnya.

  • 8/13/2019 AKTIVITI 1- HBEF 3503

    51/67

    HBEF 3503

    PENDIDIKAN INKLUSIF

    51

    JEMILAH BT HJ AHMAD [650917025790]

    3.5MENSAMPEL PERISTIWA

    Teknik ini merupakan teknik yang memerlukan pemerhati menunggu dan merekod

    tingkah laku yang telah dipilih. Oleh sebab itu, pemerhati perlu menentukan tingkah

    laku yang ingin diperhatikan terlebih dahulu. Pemerhati juga perlu memastikan

    kekerapan berlakunya tingkah laku tersebut. Perkara penting apabila pemerhati

    menggunakan teknik ini ialah pemerhati perlu mencatatkan perkara yang berlaku

    sebelum dan selepas tingkah laku itu ditunjukkan. Oleh itu, pemerhati perlu

    mengambil peluang terhadap sesuatu situasi yang berlaku kerana kanak-kanak

    mungkin menunjukkan tingkah laku tersebut pada masa itu. Maka pemerhati hanya

    perlu menunggu dan merekodkan tingkah laku tersebut. Menerusi peristiwa dan

    tingkah laku yang dipamerkan oleh kanak-kanak ini, guru dapat menghasilkan suatu

    rancangan bagi mengatasi masalah yang berlaku.

  • 8/13/2019 AKTIVITI 1- HBEF 3503

    52/67

    HBEF 3503

    PENDIDIKAN INKLUSIF

    52

    JEMILAH BT HJ AHMAD [650917025790]

    3.6SENARAI SEMAK

    Senarai semak merupakan satu senarai yang mengandungi item-item spesifik

    berkenaan tingkah laku yang disusun secara teratur. Di samping itu, tingkah laku

    yang terkandung dalam senarai semak mestilah tingkah laku yang jelas dan senang

    diperhatikan. Senarai semak ini dijadikan alat untuk merekod tingkah laku yang

    ditunjukkan oleh kanak-kanak. Teknik ini menjadi sangat bermanfaat apabila

    pemerhati ingin merekod banyak tingkah laku terhadap kanak-kanak. Guru hanya

    perlu menandakan pada atau tingkah laku atau kemahiran yang disenaraikan untuk

    memastikan sama ada kanak-kanak telah mempamerkan mahupun menguasai tingkah

    laku atau kemahiran berkenaan.

    Di samping itu, teknik ini sangat mudah untuk dianalisis kerana masa dan

    tarikh sesuatu tingkah laku berlaku dapat dicatatkan untuk membuatkan rekod

    menjadi lebih lengkap. Senarai semak yang berbeza boleh digunakan untuk

    pemerhatian yang berlainan. Selain itu, senarai semak juga boleh boleh dikumpul

    sekiranya pemerhati ingin memerhatikan kanak-kanak yang sama pada tahun-tahun

    yang berikutnya namun tarikh perlu direkodkan pada item-item tersebut. Satu senarai

    semak boleh digunakan oleh seorang pemerhati dan boleh juga digunakan oleh ramai

    pemerhati. Senarai semak lazimnya didasarkan pada objektif pengajaran. Hal ini

    dapat membantu guru mengenal pasti kelemahan yang dialami oleh kanak-kanak

    dalam kelasnya.

    Senarai semak juga senang untuk diinterpretasi berbanding satu perenggan

    ayat yang panjang dan mengandungi deskripsi yang kompleks. Walau

    bagaimanapun, senarai semak perlu disediakan dengan berhati-hati dan

    teliti. Sekiranya pemerhati ingin menggunakan senarai semak yang dibuat sendiri

    atau senarai semak yang sedia ada, pemerhati perlu memastikan setiap item adalah

    objektif dan jelas. Namun item-item yang terkandung dalam senarai semak mestilah

    satu pernyataan yang tidak menghukum. Ayat yang digunakan perlulah positif dan

    tidak berulang-ulang.

  • 8/13/2019 AKTIVITI 1- HBEF 3503

    53/67

  • 8/13/2019 AKTIVITI 1- HBEF 3503

    54/67

    HBEF 3503

    PENDIDIKAN INKLUSIF

    54

    JEMILAH BT HJ AHMAD [650917025790]

    4.2MASALAH PENGLIHATAN

    Guru boleh menyediakan bahan pembacaan yang mempunyai saiz yang besardan sesuai ataupun bahan audio untuk membantu pembelajaran. Sebagai

    contoh,Big Book.

    Sediakan bahan bacaan yang jelas, misalnya hurufnya mempunyai perbezaanwarna yang ketara dengan latar belakang kertas yang terlalu banyak perkataan

    atau ayat dalam satu muka surat.

    Semasa tulis di papan putih guru boleh menyebut secara lisan bahan yang tulisuntuk kemudahan kanak-kanak ini.

    Pengalaman kanak-kanak ini telah diperluaskan dengan memberi merekaaktiviti hands-on.

  • 8/13/2019 AKTIVITI 1- HBEF 3503

    55/67

    HBEF 3503

    PENDIDIKAN INKLUSIF

    55

    JEMILAH BT HJ AHMAD [650917025790]

    4.3MASALAH PENDENGARAN

    Kanak-kanak bermasalah perdengaran perlu mendapat latihan awal yang baikdi sekolah-sekolah khas untuk kehidupan yang lebih baik seperti kanak-kanak

    normal yang lain.

    Guru-guru diingatkan supaya bercakap dengan jelas. Jangan membelakangkan kanak-kanak ini semasa memberi arahan atau

    mengajar.

    Kanak-kanak ini boleh ditempatkan di baris hadapan kelas untukmemudahkan mereka melihat wajah guru.

    Elakkan daripada menjerit atau meninggikan suara. Sebarang lisan bolehdiikuti dengan illustrasi grafik atau visual untuk memudahkan kefahaman

    murid.

    Sediakan persekitaran pembelajaran yang tidak diganggu oleh bunyi bisingatau gangguan bunyi lain.

    Penggunaan bahasa isyarat adalah satu cara efektif untuk berkomunikasidengan kanak-kanak ini.

    Guru perlu dilatih dan didedahkan kepada cara menggunakan jari tanganuntuk mengeja.

    Komunikasi secara keseluruhan juga digalakkan dengan melibatkanpertuturan, pembacaan, bahasa isyarat dan bahasa badan.

  • 8/13/2019 AKTIVITI 1- HBEF 3503

    56/67

    HBEF 3503

    PENDIDIKAN INKLUSIF

    56

    JEMILAH BT HJ AHMAD [650917025790]

    4.4MASALAH PERTUTURAN

    Guru boleh melakukan aktiviti yang menggunakan kemahiran membaca danmenulis.

    Namun begitu, kanak-kanak ini perlu diberi masa yang mencukupi untukmemberi respon.

    Guru juga boleh menggalakkan mereka memberi respon secara bertulis. Selain itu, guru boleh menggunakan aktiviti mahupun pendekatan yang

    melibatkan penggunaan pelbagai deria.

    Guru juga boleh membantu kanak-kanak dengan menjadi model yang sesuai,misalnya mengulang perkataan secara jelas dan perlahan menggunakan alat

    audio.

    Kanak-kanak yang menghadapi masalah sebutan atau gagap boleh dibantumelalui terapi.

  • 8/13/2019 AKTIVITI 1- HBEF 3503

    57/67

    HBEF 3503

    PENDIDIKAN INKLUSIF

    57

    JEMILAH BT HJ AHMAD [650917025790]

    4.5MASALAH PEMBELAJARAN

    4.5.1 DISLEKSIA Guru boleh menggunakan pelbagai deria dalam aktiviti P&P

    seperti sebut, dengar, lihat, rasa dan sentuh. Contoh :

    o Menulis atas pasir.o Bina bentuk huruf.o Mengulangi dengan kerap melalui cara yang berbeza-beza

    untuk mengukuhkan fahaman dan ingatan.

    Guru juga boleh menggunakan kaedah kumulatif iaitu mengaitkanmaklumat baru dengan apa yang telah dipelajari dengan

    menggunakan contoh yang berbeza untuk pengukuhan dan

    pembinaan yakin diri seperti menggunakan strategi ingatan atau

    hafalan seperti peta minda, lukisan dan carta.

    Kanak-kanak disleksia mudah berasa letih, jadi kurangkan bebankerja mereka.

    Kaedah yang lebih baik untuk meningkatkan kemahiran membacamereka adalah melalui menggunakan hanya sebelah mata sahaja

    bagi mengelakkan kedua-dua mata melihat huruf yang kelihatanbersilang antara satu sama lain.

    Guru juga boleh menggunakan modifikasi tingkah laku bagimengukuhkan perlakuan positif di samping melancarkan proses

    pemulihan kanak-kanak istimewa ini.

  • 8/13/2019 AKTIVITI 1- HBEF 3503

    58/67

    HBEF 3503

    PENDIDIKAN INKLUSIF

    58

    JEMILAH BT HJ AHMAD [650917025790]

    4.5.2 PINTAR CERDAS Kanak-kanak pintar cerdas boleh dibantu melalui tiga jenis

    program:

    i. PengasinganDalam program pengasingan, kanak-kanak diasingkan

    daripada rakan sebaya di mana mereka disediakan

    kurikulum khas yang mampu menggalakkan kebolehan

    istimewa mereka. Pengasingan ini bertujuan mengeluarkan

    kanak-kanak daripada kelas biasa yang tidak dapat

    membantu perkembangannya secara optima.

    ii. Pemecutan (acceleration)Program pemecutan pula boleh dilaksanakan dengan dua

    cara. Satu cara ialah di mana kanak-kanak ini dikeluarkan

    daripada bilik darjah mereka untuk subjek-subjek spesifik.

    Mereka dimasukkan ke kelas untuk subjek tersebut. Maka

    mereka akan belajar dengan murid atau pelajar yang lebih

    tua daripada mereka.Cara kedua pula adalah murid tersebut

    disediakan dengan rancangan khas dalam kelas yang sama.

    Rancangan ini membantu mereka belajar sesuatu bidangkemahiran mereka pada kadar yang lebih cepat berbanding

    rakan sebaya.

    iii. PengayaanProgram pengayaan pula melibatkan pendekatan yang

    menyediakan pengalaman pengayaan sama ada di dalam

    atau di luar kelas.Sebagai contoh, aktiviti tambahan seperti

    lawatan ke muzium atau perpustakaan negara. Selain itu,

    guru boleh merancang projek atau aktiviti lain yang

    memerlukan murid mencari maklumat yang lebih

    mendalam tentang sesuatu topik dan dilakukan oleh murid

    secara bersendirian.

  • 8/13/2019 AKTIVITI 1- HBEF 3503

    59/67

    HBEF 3503

    PENDIDIKAN INKLUSIF

    59

    JEMILAH BT HJ AHMAD [650917025790]

    4.5.3 SLOW LEARNER Guru hendaklah menggunakan bahasa yang mudah. Arahan yang diberikan mesti dinyatakan dengan jelas dan perlu

    diulang.

    Ia boleh diberi dalam bentuk visual atau dipaparkan pada papanhitam atau papan kenyataan kelas.

    Bahan pengajaran dan pembelajaran perlu dinyatakan dalamlangkah-langkah yang pendek dan ringkas.

    Strategi pengajaran dan pembelajaran diubahsuai untuk membinakeyakinan dan memberi perasa kejayaan, misalnya meminta

    seorang kanak-kanak disleksia untuk memberi laporan secara lisan

    manakala rakan-rakannya memberi laporan bertulis (Woolfolk A

    & Margetts K, 2007).

    Tugasan dan penilaian harus sesuai dengan tahap kanak-kanaktersebut. Ia boleh diberi dalam bentuk tugasan-tugasan kecil yang

    kanak-kanak mampu lakukan. Tempoh masa yang lebih lama

    boleh diberikan untuk kanak ini untuk menyiapkan tugasan

    mereka.

    Tugasan dan kerja rumah yang diberikan setiap minggu bolehditampal pada papan notis kelas sebagai peringatan.

    Satu salinan boleh juga diserahkan kepada ibu bapa.

  • 8/13/2019 AKTIVITI 1- HBEF 3503

    60/67

    HBEF 3503

    PENDIDIKAN INKLUSIF

    60

    JEMILAH BT HJ AHMAD [650917025790]

    4.6AUTISME Pendidikan kanak-kanak ini berfokus kepada kemahiran-kemahiran:

    o Kesediaan untuk belajar, misalnya duduk dan memberi perhatiankepada guru.

    o Kemahiran psikomotor misalnya penggunaan alat, gunting.o Kemahiran sosial seperti berinteraksi dengan rakan-rakan sebaya.

    Ia harus menekankan kemahiran yang dapat membantu kanak-kanakberdikari. Misalnya, membaca notis, surat khabar dan mengisi borang

    permohonan.

    Bimbing kanak-kanak ini mengurus diri misalnya, dengan membantu merekamenyediakan jadual kerja dan menyenaraikan perkara-perkara yang perlu

    dilakukan pada hari itu.

    Beri latihan dan peluang untuk mempraktikkan apa yang telah mempelajarimisalnya dengan mengulang langkah atau konsep yang telah dipelajari.

    Kanak-kanak ini memerlukan rutin. Perubahan ialah sesuatu yang sukarditerima oleh mereka.

    Amalan rutin harus dipraktikkan di dalam bilik darjah.

  • 8/13/2019 AKTIVITI 1- HBEF 3503

    61/67

    HBEF 3503

    PENDIDIKAN INKLUSIF

    61

    JEMILAH BT HJ AHMAD [650917025790]

    4.7SINDROM DOWN Guru perlu bersabar dalam menangani pembelajaran kanak-kanak yang

    mempunyai masalah Sindrom Down.

    Proses pengajaran perlu dijalankan dengan kadar yang perlahan mengikutkebolehan kanak-kanak tersebut.

    Ini juga memberi peluang bagi mereka mencapai kemahiran danmeningkatkan emosi mereka yang mereka juga berupaya untuk berjaya.

    Setiap tugasan, aktiviti atau arahan perlu dirancang dengan rapi. Ia perlu disampaikan dengan jelas, betul, khusus dan lengkap. Ini adalah kanak-kanak Sindrom Down sukar untuk memahami arahan dan

    perkataan.

    Setiap arahan perlu lengkap dengan butiran yang terperinci.Contohnya: Ambil buku yang berwarna kuning di atas meja dan bawa

    buku itu kepada cikgu.

    Guru perlu memberi bimbingan dan bantuan yang berkesan semasapengajaran akademik.

    Kanak-kanak Sindrom Down kurang mempunyai keupayaan untuk mengingatdan memproses maklumat.

    Guru juga boleh mengajar kemahiran mengingat yang mudah. Ia bolehdikaitkan dengan perkara yang mereka sukai.

    Guru boleh memasukkan elemen vokasional dan kemahiran kendiri di dalamkurikulum mereka.

    Ini adalah supaya mereka berupaya menjaga keperluan asas diri dan berupayamencari kerjaya yang sesuai apabila tamat persekolahan nanti.

  • 8/13/2019 AKTIVITI 1- HBEF 3503

    62/67

    HBEF 3503

    PENDIDIKAN INKLUSIF

    62

    JEMILAH BT HJ AHMAD [650917025790]

    4.8ADD Oleh kerana kanak-kanak ini sukar memberi penumpuan, guru boleh

    menempatkan mereka di sudut yang senyap dan kurang aktivti yang boleh

    mengalihkan perhatian mereka.

    Kedudukan tempat duduk kanak-kanak ini seeloknya berhampiran tempatduduk guru.

    Hal ini akan memberi peluang kepada guru untuk menegur dan memberimotivasi kepada murid-murid ini.

    Guru juga boleh menggunakan modofikasi tingkah laku di mana kanak-kanakini