laporan praktikum hbef

Upload: anonymous-eedmkcwbtm

Post on 09-Mar-2016

75 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Laporan Praktikum HBEF

TRANSCRIPT

HBEF3603 Amalan Profesional (Laporan Praktikum) Inovasi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

HBEF3603 Amalan Profesional (Laporan Praktikum) Inovasi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

HBEF3603 AMALAN PROFESIONAL

LAPORAN PRAKTIKUMINOVASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANGERHANA SMART KIT

NAMA: NURUL ASYIKIN BT YA SALLEH @ SALAHUDDINNO. MATRIKULASI: 831001055474001NO.KAD PENGENALAN : 831001-05-5474 SEMESTER :MEI 2014PENSYARAH:PN HJH BADRUL MUIN BT MOHAMAD ADAMEMEL: [email protected] KAMPUS : OPEN UNIVERSITY KAMPUS BUKIT TUNGGAL KUALA TERENGGANU TERENGGANU DARUL IMAN ISI KANDUNGAN

PERKARAMUKA SURAT

PENDAHULUAN1.0 Refleksi Pengajaran dan pembelajaran lalu22.0 Objektif Kajian52.1 Objektif Umum2.2 Objektif Khusus 3.0 Kumpulan Sasaran 6 3.1 Latarbelakang Sekolah 3.2 Latarbelakang Sampel 3.2.1 Responden 17 3.2.2 Responden 2 3.2.3 Responden 3 3.2.4 Responden 4 3.2.5 Responden 5 3.2.6 Responden 6 4.0 Perlaksanaan Aktiviti Inovasi Dalam PdP85.0 Laporan Penilaian Perlaksanaan Aktiviti Inovasi 155.1 Ujian Pra dan Ujian Pos5.2 Data Soal selidik Kesimpulan206.0 Lampiran 21

Pendahuluan

Inovasi Pengajaran dan Pembelajaran sangat penting demi keberhasilan sesuatu objektif yang ingin dicapai oleh seseorang guru . Pengajaran tanpa inovasi membuatkan pdp berjalan hambar, murid tidak proaktif, tidak membangunkan perkembangan intelek, malah berkait rapat dengan emosi, tingkahlaku psikomotor dan pembentukan sahsiah murid. Inovasi bukan sekadar menghasilkan alat bantu mengajar yang baru, malah pengubahsuaian teknik, kemahiran serta kaedah pengajaran dan pembelajaran yang baru dan menarik serta pelbagai. Ia mestilah berfokuskan kepada tahap keupayaan murid dan objektif pdp yang hendak dicapai. Inovasi membantu guru menangani masalah pembelajaran, menjadikan pembelajaran lebih hidup, bermakna, murid lebih berminat dan cenderung melibatkan diri dalam aktiviti pdp serta secara tidak langsung dapat membentuk nilai-nilai murni dalam diri mereka. Tanggapan bahawa belajar itu suatu yang negatif dan membosankan dapat diatasi dengan adanya inovasi yang diwujudkan oleh seseorang guru.

1.REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALUSaya telah menjalani praktikum selama dua minggu di SK Institut Pendidikan Guru Kampus Dato Razali Ismail, Kuala Terengganu. Saya memilih tajuk Gerhana dalam Tema Menyiasat Alam Semesta bagi tahun 6. Saya mengajar kelas terakhir bagi tahun 6 iaitu kelas 6 Cerdik yang terdiri daripada 25 orang murid. Kebanyakan murid adalah bermasalah dalam pembelajaran dan tingkah laku. Melalui rujukan buku yang mengumpulkan soalan-soalan percubaan dan sebenar UPSR , saya mendapati tajuk gerhana kerap ditanya di dalam peperiksaan. Ini bermakna murid perlu benar benar menguasai tajuk ini. Saya juga membuat pemerhatian terhadap laporan prestasi murid dalam ujian TOV , OTI 1 dan ujian pra (Diagnostik) ke atas semua murid . Saya telah menyediakan soalan ujian pra kepada semua murid semasa minggu pertama praktikum, iaitu selepas pengajaran secara tradisional tanpa menggunakan apa-apa inovasi. Soalan ujian pra ini terdiri daripada soalan-soalan yang biasa ditanya dalam ujian dan peperiksaan yang berkaitan tajuk Gerhana iaitu bahagian A (objektif) dan bahagian B (struktur). Tujuan ujian pra ini adalah untuk mengesan atau mengenalpasti kelemahan murid dan kesilapan dalam menjawab soalan. Saya mendapati bahawa 6 orang murid di dalam kelas 6 Cerdik ini mendapat markah paling rendah. Saya telah menjadikan 6 orang murid ini sebagai responden dalam kajian. Berikut adalah laporan prestasi keenam-enam murid tersebut.

Jadual 1Laporan Markah Ujian RespondenRespondenTOVOTI 1Ujian Diagnostik (Pra)

1202420

2343630

3323632

4202630

5303230

6363634

Hasil daripada laporan prestasi responden, saya mendapati keenam-enam mereka masih tidak dapat menguasai tajuk Gerhana dan kerap membuat kesilapan semasa menjawab soalan berkaitan tajuk Gerhana. Saya telah juga membuat pemerhatian tentang tingkahlaku responden semasa pengajaran tanpa penggunaan inovasi iaitu tingkahlaku murid berubah menjadi negatif dan tahap kefahaman murid sangat rendah, ini disebabkan oleh aktiviti-aktiviti PdP dijalankan hanya melibatkan komunikasi sehala dan berpusatkan guru semata-mata. Saya mendapati proses pengajaran dan pembelajaran murid menjadi kaku, mudah bosan dan tidak dapat menarik minat murid semasa mengajar tajuk Gerhana . Murid kelihatan bingung dan tidak dapat memahami bagaimana fenomena Gerhana itu terjadi. Guru juga menjadi tertekan dek kerana pengajaran yang kurang mendapat tumpuan murid serta mendapat respon yang negatif di kalangan murid. Murid mula mempamerkan tingkahlaku destruktif seperti membuat bising, menganggu murid yang hendak belajar dan malas untuk belajar. Ini adalah kerana murid tidak dapat memahami penerangan guru dan konsep Gerhana yang disampaikan tidak jelas dan mengelirukan. Tumpuan dan fokus murid sangat penting untuk memastikan mereka dapat menguasai dan membina kefahaman terhadap tajuk yang diajar, namun kefahaman tentang sesuatu topik tidak mudah dicapai tanpa penggunaan Bahan Bantu Mengajar (BBM). Mereka mula mengerut dahi dan teragak-agak untuk menjawab soalan guru berkaitan Gerhana kerana masih keliru dan tidak pasti. Di samping itu, murid juga terdedah kepada persekitaran yang tidak membantu mereka untuk memahami tajuk Gerhana, contohnya pengalaman hidup. Apabila ditanya, kesemua mereka tidak pernah melihat kejadian Gerhana dan ini salah satu sebab mereka kurang berminat dan tidak memahami kejadian Gerhana.Oleh itu, saya merasakan tajuk ini sukar diajar kepada murid tanpa alat bantu mengajar atau aktiviti berbentuk inovasi. Justeru itu, saya terfikir bahawa perlunya satu inovasi dalam pdp berkaitan tajuk ini agar dapat memperbaiki prestasi murid dan mengembalikan minat murid terhadap tajuk ini. Saya telah mencadangkan satu langkah inovasi dalam pdp untuk menambah minat , motivasi serta kefahaman murid terhadap tajuk ini melalui `Gerhana Smart Kit. Di akhir praktikum, saya mendapati jelas dengan penggunaan kit sebagai langkah inovasi pdp dapat memudahkan pengajaran guru dan dapat memberi kefahaman kepada pelajar dengan mudah dan cepat , di samping meningkatkan minat serta penglibatan responden dalam aktiviti pdp.

2.0 OBJEKTIF KAJIANObjektif kajian terbahagi kepada dua bahagian iaitu 2.1 Objektif UmumObjektif kajian ini secara umumnya adalah untuk meningkatkan penguasaan pelajar tahun 6 terhadap tajuk Gerhana dengan menggunakan `Gerhana Smart Kit. Diharapkan dengan pendekatan yang diperkenalkan, murid-murid tersebut dapat menguasai tajuk tersebut. Seterusnya diharapkan mereka akan dapat mencapai pencapaian yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR nanti

Objektif KhususSecara khususnya, objektif kajian ini adalah untuk :-1. Mengenalpasti faktor-faktor murid tidak dapat menguasai tajuk Gerhana.2. Mengenalpasti penggunaan `Gerhana Smart Kit dapat meningkatkan pencapaian prestasi murid dalam matapelajaran Sains.3. Mengenalpasti minat murid meningkat dalam mempelajari Sains dengan penggunaan `Gerhana Smart Kit.

3. KUMPULAN SASARANKajian ini dijalankan di sebuah sekolah luar bandar iaitu Sekolah Kebangsaan Institut Pendidikan Guru Kampus Dato Razali Ismail, Kuala Terengganu . Sekolah ini dipilih sebagai tempat latihan praktikum kerana pengkaji merupakan salah seorang pendidik di sekolah ini. Dalam kajian ini, seramai 6 orang murid tahun 6 Cerdik telah dijadikan responden. Sampel diambil hasil daripada dapatan pemerhatian guru, dan pencapaian yang rendah responden dalam ujian TOV, OTI 1 dan ujian pra.

3.1 Latarbelakang Sekolah Sekolah Kebangsaan Institut Pendidikan Guru Kampus Dato Razali Ismail merupakan sekolah angkat kepada Institut Pendidikan Guru Kampus Dato Razali Ismail . Ia juga dikenali sebagai Teaching School yang mana merupakan tempat guru-guru pelatih menjalani latihan mengajar berdasarkan kemahiran pedagogi dan ilmu yang didapati semasa di IPG. Rata-rata murid yang bersekolah di sekolah ini adalah terdiri daripada murid yang ibubapanya bekerja berhampiran IPG termasuklah kakitangan IPG sendiri dan terdapat sebilangan besar juga ibubapa murid berkerjaya sendiri dan bekerja kampung.

3.2 Latarbelakang SampelKajian ini melibatkan seramai 6 orang murid tahun 6 telah dijadikan responden yang mana 3 daripadanya murid lelaki dan 3 orang murid perempuan. Kesemua beragama Islam, berturunan Melayu serta merupakan warganegara Malaysia. Sampel diambil hasil daripada dapatan pemerhatian guru, dan pencapaian yang rendah responden dalam ujian TOV, OTI 1 dan ujian pra. Berikut adalah latarbelakang responden. 3.2.1 Responden 1Responden 1 adalah seorang murid lelaki dan merupakan antara murid paling lemah dalam kelas tersebut. Responden 1 merupakan anak kepada seorang kontraktor dan ibunya tidak bekerja dan hidup sederhana. Responden merupakan Pengawas Sekolah. Tingkahlaku responden adalah ekstrovert dan suka menonjol diri. Adakala sikapnya kurang disenangi oleh rakan sekelas dan suka menyakat orang lain.3.2.2 Responden 2Responden 2 merupakan murid lelaki juga antara murid paling lemah dalam subjek Sains. Sikapnya yang kurang memberi tumpuan dan kerap tertinggal buku semasa pdp merupakan faktor penyebab responden ketinggalan dalam pelajaran. Responden 2 merupakan anak bongsu kepada salah seorang pensyarah di IPG. Responden 2 tidak memegang apa-apa jawatan di sekolah.3.2.3 Responden 3Responden 3 ialah juga murid lelaki dan merupakan seorang Pengawas Pusat Sumber. Responden 3 juga merupakan murid lemah dalam subjek Sains. Dengan berlatarbelakangkan keluarga sederhana dan merupakan anak bongsu, responden kerap tidak hadir ke kelas tambahan yang selalu diadakan pada hujung minggu dan kelas prep waktu petang. Ini juga faktor responden tidak dapat menguasai hasil pembelajaran.

3.2.4 Responden 4Responden 4 adalah murid perempuan dan berlatarbelakang keluarga susah. Responden merupakan anak ke empat dari 6 beradik. Responden tidak memegang apa-apa jawatan dalam kelas, mahupun sekolah. Perwatakan responden adalah ceria dan suka menonjol. Responden juga kerap bertanya jika kurang memahami pembelajaran pada masa itu. Mungkin disebabkan kerap cuai dan kurang berhati-hati menjawab soalan menyebabkan responden antara murid paling rendah dalam ujian. 3.2.5 Responden 5Responden 5 adalah murid perempuan dan berjawatan sebagai Pengawas Pusat Sumber. Perwatakan responden adalah sederhana dan kurang menonjol. Berlatarbelakangkan keluarga sederhana dan merupakan anak ke 3 daripada 5 beradik. 3.2.6 Responden 6Responden 6 merupakan responden terakhir dan merupakan murid perempuan. Dengan berlatarbelakangkan keluarga susah dan mempunyai saiz tubuh yang agak gempal antara penyebab responden kurang aktif dan kurang menonjol dalam kelas. Responden juga merupakan Pengawas Pusat Sumber. Tingkahlaku pemalu dan kurang bertanya antara penyebab responden ketinggalan dalam pelajaran.

4.0 PERLAKSANAAN INOVASI P&P

Guru telah merancang satu pendekatan inovasi dengan menghasilkan alat bantu mengajar yang dinamakan `Gerhana Smart Kit. Gerhana Smart Kit ini terdiri daripada gabungan beberapa alat bantu mengajar yang dapat membantu guru memudahkan pengajaran dan dapat membantu murid mendapatkan kefahaman serta minat terhadap tajuk Gerhana. Kit Pembelajaran merujuk kepada sesuatu yang mengandungi alatan asas yang berkaitan dengan topik topik yang diajar serta boleh digunakan untuk meningkatkan penguasaan kemahiran proses Sains murid. Gerhana Smart Kit adalah bahan bantu mengajar secara maujud, bervisual dan bersifat interaktif. Ia dapat memudahkan guru menerangkan konsep Gerhana dan mencirikan Gerhana dengan betul. Di samping itu, ia dapat menarik minat serta merangsang motivasi murid untuk memahami apa itu Gerhana. Terdapat dua jenis Gerhana yang perlu murid fahami iaitu Gerhana Bulan dan Gerhana Matahari. Kit ini boleh disentuh dan dipegang oleh murid. Murid boleh menggunakan kit ini untuk kaedah simulasi atau aktiviti demonstrasi pergerakan Bulan dan Bumi semasa Gerhana terjadi. Tambahan pula, dalam Gerhana Smart Kit ini juga terdapat bahan interaktif yang menggunakan teknologi komputer. Setelah murid membuat aktiviti yang main peranan atau demontrasi, murid boleh memperkukuhkan kefahaman mereka dengan menonton video kejadian sebenar Gerhana atau membuat soalan Interaktif dalam laman web yang disertakan dalam Gerhana Smart Kit tersebut.Kandungan yang terdapat dalam Gerhana Smart Kit adalah :1) Dua buah video penerangan lengkap kejadian Gerhana Bulan Dan Gerhana Matahari oleh Guru Cemerlang Sains Sekolah Rendah. Video ini boleh membantu penerangan guru semasa pdp.2)Model Bumi, Bulan dan Matahari yang boleh disentuh dan dipegang oleh murid. Model ini sangat sesuai untuk guru menjalankan pengajaran mengikut kaedah simulasi tentang pergerakan Bulan dan Bumi semasa kejadian Gerhana. 3) Permainan Dam permainan ini dinamakan `Dam Dim Dum Gerhana kerana ingin menarik perhatian dan minat murid. Permainan ini menggalakkan murid bersaing secara sihat dan dapat menguji kefahaman mereka terhadap tajuk Gerhana setelah melalui pembelajaran melalui video dan model tersebut. Beberapa soalan misteri disediakan di dalam sekeping sampul surat yang menghendaki murid menjawab secara lisan dan bertulis .Sebahagian besar soalan misteri yang disediakan adalah berbentuk pilihan jawapan. 4) Set Soalan Gerhana- set soalan ini terdiri daripada bahagian A (objektif) dan bahagian B. Soalan yang dibina merujuk kepada soalan yang biasa ditanya dalam peperiksaan. Set soalan ini dapat menguji kefahaman serta penguasaan murid dalam tajuk Gerhana ini. Skema jawapan disediakan.

Langkah 1 : Gerhana Smart Kit diperkenalkan oleh guru tentang isi kandungan dan cara penggunaannya. Ia boleh dijalankan secara berasingan dalam masa lain-lain atau boleh dijalankan dalam satu sesi pengajaran dalam tempoh satu jam (60 Minit). Berkaitan kajian yang dijalankan, guru telah melaksanakan inovasi menggunakan Smart Gerhana Kit ini dalam tempoh 60 minit semasa pengajaran dalam praktikum sesi kedua. Guru memperkenalkan aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan melalui ` Gerhana Smart Kit.Langkah 2 :Murid diberi penerangan oleh guru tentang kejadian Gerhana Bulan Dan Gerhana Matahari dengan berbantukan video yang terdapat dalam Gerhana Smart Kit. Guru turut menyelang-seli penerangan dengan aktiviti perbincangan dan soal jawab dengan responden agar murid memberi tumpuan sepenuhnya dan dapat mencapai kefahaman terhadap penerangan tersebut. Tayangan Video murid diminta memerhati dan memberi perhatian sepanjang tayangan dibuat. Guru memberi penerangan tentang proses kejadian Gerhana berbantukan tayangan video.

Langkah 3 :Murid menggunakan model Matahari, Bumi dan Bulan untuk menunjukkan kedudukan mereka semasa Gerhana Matahari dan Gerhana Bulan serta fasa-fasa gerhana. Murid menggunakan model dengan berpandukan soalan oleh guru. Contohnya Di manakah kedudukan Bumi semasa Gerhana Bulan? , Apakah fasa gerhana ketika ini?, Pada waktu apakah Gerhana Matahari terjadi?. Guru membantu murid memahami kejadian gerhana melalui penggunaan model. Responden turut diminta menjawab secara individu supaya responden benar-benar dapat menjawab serta memahami tajuk Gerhana. Responden turut diberi rangsangan dan peneguhan positif selesai menjawab soalan seperti puji-pujian, tepukan dan kata-kata motivasi supaya dapat menimbulkan minat dan keseronokan belajar. Guru memberi penerangan tentang cara menggunakan model kejadian Gerhana.

Langkah 4 :

Murid diberi peluang bermain dengan sebuah permainan dam yang diberi nama Dam Dim Dum Gerhana. Permainan ini dimainkan secara bergilir mengikut giliran responden. Dam ini disertai soalan misteri yang mengandungi soalan berbentuk pilihan jawapan dan soalan struktur yang perlu dijawab secara lisan atau bertulis bergantung kepada giliran responden yang terkena nombor yang tertulis simbol di atas dam tersebut.

Permainan Dam Dim Dum Gerhana Guru memberi penerangan tentang cara bermain sambil belajar menggunakan permainan dam.

Langkah 5 : Responden diberi satu set soalan ujian pos pada akhir pdp ini. Setiap responden perlu menjawab kesemua soalan bahagian A dan Bahagian B secara individu tanpa perlu berbincang dengan rakan. Ini adalah penting untuk mengukur pencapaian responden dalam menguasai tajuk Gerhana ini. Masa untuk menjawab diberi sebanyak 30 minit. Hasil dapatan ujian pos ini dijangkakan sangat memuaskan dan mencapai objektif kajian.

Guru memberi penerangan tentang Set Soalan Gerhana yang perlu dijawab oleh murid di akhir sesi menggunakan Gerhana Smart Kit.

5.0 Laporan perlaksanaan konsep inovasi yang dijalankan.Sebelum penggunaan Gerhana Smart Kit, pencapaian responden dalam ujian pra sangat mengecewakan dan kesemua responden mendapat markah bawah 40% atau gred D (gagal). Sikap dan tingkahlaku responden juga sebelum ini kurang aktif dan menunjukkan kurang berminat dengan pdp. Secara keseluruhannya melalui penggunaan Gerhana Smart Kit ini berlaku perubahan yang sangat positif di kalangan keenam-enam responden. Hal ini dapat diukur melalui pencapaian prestasi responden dalam ujian pos dan perubahan tingkahlaku responden. Kesemua responden mendapat markah lulus yang baik iaitu antara 60%-80%. Responden juga menunjukkan minat yang tinggi dan bersaing secara positif untuk menjawab soalan yang dikemukakan oleh guru. Hasil daripada analisis dokumen kertas jawapan Ujian Pra dan Ujian Pos responden, saya mendapati Gerhana Smart Kit ini berjaya dan sangat berkesan dalam membantu responden menguasai dan meningkatkan minat dalam tajuk Gerhana ini. Tayangan video beserta penerangan guru memberi gambaran sebenar kejadian Gerhana . Video dapat menarik minat murid di samping warna yang pelbagai serta sistem audio bunyi dan suara yang jelas dapat membantu kefahaman murid . Responden kelihatan lebih berminat dan faham tajuk Gerhana apabila dapat menggunakan model melalui kaedah simulasi. Murid dapat menjawab soalan misteri yang disediakan dengan betul dalam permainan Dam Dim Dum Gerhana .

Murid menjawab soalan dengan tekun dan bersungguh-sungguh.

5.1 Ujian Pra dan Ujian PosKajian ini menggunakan satu set ujian pra dan ujian pos. Kedua-dua set soalan ini adalah soalan sama yang terdiri daripada soalan bahagian A (Objektif) dan bahagian B (struktur). Set ujian pra diberi kepada responden sebelum penggunaan Gerhana Smart Kit ,manakala ujian pos selepas penggunaan Gerhana Smart Kit. Soalan ujian yang diberi sesuai dengan aras kebolehan responden iaitu rendah dan sederhana sesuai dengan bentuk soalan sebenar peperiksaan. Berikut adalah jadual pencapaian responden dan perbezaan markah yang diperolehi selepas ujian pos diberikan kepada responden :

Jadual 2Perbezaan Markah Ujian Pra dan Ujian Pos Responden.RespondenUjian PraUjian Pos% Peningkatan

1208060

2306838

3327543

4306030

5307848

6346632

Jadual 2 menunjukkan perbezaan markah responden yang ketara semasa ujian pra dan ujian pos. Peningkatan markah bagi responden 1 adalah 60%, responden 2 menunjukkan peningkatan sebanyak 38%,responden 3 meningkat sebanyak 43%, responden 4 berjaya meningkat sebanyak 30% peratus, manakala responden 5 dan responden 6 menunjukkan peratusan pencapaian masing-masing sebanyak 48% dan 32%. Kesemua responden dapat lulus ujian pos dengan sangat baik.5.2 Data Soal SelidikDalam kajian ini, soalan selidik digunakan ialah soal selidik tertutup (lampiran C) di mana hanya dua pilihan jawapan sahaja digunakan sama ada Ya atau Tidak. Ini bersesuaian dengan tahap kognitif responden yang terdiri daripada murid lemah. Item soal selidik dibina sebanyak 10 item yang berdasarkan objektif kajian dan termasuklah berkaitan kefahaman responden terhadap isi kandungan pdp dan minat responden. Hasil daripada soal selidik, didapati semua jawapan responden adalah positif dan memberangsangkan. Kesemua responden bersetuju bahawa penggunaan Gerhana Smart Kit berjaya memberi kefahaman dan meningkatkan minat kepada mereka .Berikut adalah jadual Analisis Data Soal Selidik daripada keenam-enam responden yang diterjemahkan kepada nilai peratusan mengikut setiap item.

Jadual 3Analisis Data Soal Selidik

BILPENYATAAN ITEM

1Pembelajaran Sains tanpa video dan penggunaan model sangat membosankan.YA(100%)TIDAK(0%)

2Saya bosan dan tidak berminat belajar Sains jika tiada permainan. YA(100%)TIDAK(0%)

3Saya mudah memahami tajuk Gerhana dengan bantuan Gerhana Smart Kit

YA(100%)TIDAK(0%)

4Saya lebih menyukai matapelajaran Sains selepas belajar dengan Gerhana Smart Kit

YA(100%)TIDAK(0%)

5Saya dapat menyiapkan tugasan yang diberi dalam tajuk Gerhana tanpa bantuan sesiapa

YA(80%)TIDAK(20%)

6Saya suka aktiviti seperti Gerhana Smart Kit ini dijalankan pada tajuk-tajuk lain dalam matapelajaran Sains.

YA(100%)TIDAK(0%)

7Penggunaan Gerhana Smart Kit dalam pengajaran dan pembelajaran guru tidak sesuai.

YA(0%)TIDAK(100%)

8Bahan-bahan yang disediakan dalam Gerhana Smart Kit yang disediakan oleh guru sangat menarik.

YA(100%)TIDAK(0%)

9Saya dapat bekerjasama dengan rakan-rakan melalui Gerhana Smart Kit.

YA(80%)TIDAK(20%)

10Saya yakin dapat menjawab soalan peperiksaan dengan baik setelah belajar guna Gerhana Smart Kit

YA(100%)TIDAK(0%)

KesimpulanPenggunaan Gerhana Smart Kit ini didapati telah berjaya membantu responden mendapatkan kefahaman terhadap tajuk Gerhana. Ia juga mampu meningkatkan minat dan motivasi belajar responden sepanjang menjalani aktiviti pdp. Pencapaian prestasi responden turut positif dan menunjukkan peratusan peningkatan yang sangat baik. Penggunaan Gerhana Smart Kit ini turut memberi kesedaran dan motivasi yang sangat baik kepada saya sebagai guru bahawa naluri seorang kanak-kanak perlu kepada kaedah dan alat bantu mengajar yang pelbagai dan mempunyai nilai inovasi dalam pengajarannya. Sudah tentu ia menuntut kepada persediaan, perancangan guru yang rapi dan sistematik sebelum menjalani sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran. Hakikatnya dengan penggunaan inovasi dalam pengajaran adalah sangat memudahkan kerja penitisan ilmu oleh guru terhadap anak didik. Ia bukan sekadar bertindak membantu guru dalam penyampaian ilmu, malah sangat memotivasikan murid dan dapat menumbuh minat mereka secara mendalam terhadap pembelajaran Sains. Secara tidak langsung ini penggunaan inovasi ini membantu murid memperbaiki prestasi belajar murid kepada lebih cemerlang, memupuk semangat cintakan ilmu dan membentuk sikap positif dalam hidup mereka.

LAMPIRAN

LAMPIRAN 1SULIT018SAINSUJIAN DIAGNOSTIKMac 201430 MINIT

Nama :______________________________________________Kelas :_______________________________________________________________________________________________________________________________UJIAN DIAGNOSTIKSAINS TAHUN 6(30 Minit)

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi 15 soalan objektif dan 2 soalan struktur.2.Jawab semua soalan.

BAHAGIAN A : SOALAN OBJEKTIF ( 15 soalan)Masa yang diperuntukkan adalah 20 minit.Soalan GerhanaSains

Arahan : Jawab semua soalan. Setiap soalan mengandungi pilihan jawapan berlabel A, B, C and D. Pilih hanya SATU sahaja jawapan bagi setiap soalan.

1. Rajah menunjukkan bayang-bayang Bulan pada permukaan Bumi.

Pada kawasan manakah, gerhana Matahari separa berlaku?

AP

BQ

CR

DS

2. Rajah menunjukkan radas yang digunakan pada suatu eksperimen gerhana.

Apakah yang diwakili oleh lampu suluh dan bola tenis?

Lampu suluhBola tenis

ABumiBulan

BBulanBumi

CMatahariBumi

DMatahariBulan

3. Apakah gerhana Bulan?

IBerlaku apabila Bumi berada di antara Matahari dan Bulan

IIDisebabkan oleh pantulan cahaya matahari oleh Bulan

IIIBerlaku apabila Matahari, Bumi dan Bulan berada di garis lurus

IVBerlaku apabila Bulan berada di antara Bumi dan Matahari

AI dan II

BI dan III

CII dan IV

DIII dan IV

4. Rajah menunjukkan apa yang pemerhati dapat lihat semasa gerhana Matahari.

Apakah objek bulat hitam yang terdapat dalam rajah?

ABumi

BMatahari

CBulan

DBayang-bayang Bumi

5. Mengapakah gerhana berlaku?

ICahaya bergerak pada garis lurus

IIBumi berputar pada paksinya

IIIBulan memantulan cahaya matahari

IVBumi berputar mengelilingi Matahari dan Bulan berputar mengelilingi Bumi

AI dan II

BI dan IV

CII dan III

DIII dan IV

6. Antara yang berikut, apakah kesan gerhana Matahari penuh pada Bumi?

IBintang tidak dapat dilihat

IIMatahari tidak kelihatan di langit

IIICahaya siang menjadi gelap bagi beberapa seketika

IVBulan penuh dapat dilihat

AI dan II

BI dan IV

CII dan III

DIII dan IV

7. Antara yang berikut, manakah susunan yang betul semasa gerhana Matahari?

X- Matahari

Y- Bumi

Z- Bulan

AX, Y, Z

BY, X, Z

CZ, Y, X

DZ, X, Y

8. Apakah yang akan berlaku semasa gerhana bulan?

AMatahari tidak kelihatan bagi beberapa seketika

BBayang-bayang Bulan akan menutupi permukaan Matahari

CBulan akan kelihatan kemerahan, kelabu gelap dan perang

DBumi menghalang cahaya bulan daripada sampai ke Matahari

9. Apakah fasa Bulan ketika gerhana Bulan boleh berlaku?

ABulan Baru

BBulan Penuh

CBulan Sabit

DBulan suku

10. Antara yang berikut, pernyataan manakah yang benar tentang situasi yang dilihat daripada kawasan P, Q dan R di Bumi.

IBulan berada pada bayang-bayang Bumi

IIMatahari dilihat daripada kawasan Q ialah berbentuk bulan sabit

IIIBulan menghalang cahaya matahari daripada sampai ke Bumi

IVPersekitaran akan menjadi gelap buat sementara waktu pada waktu siang

AI dan II

BI dan III

CII dan IV

DIII dan IV

11. Rajah menunjukkan susunan radas bagi menyiasat pembentukan gerhana. Lampu suluh dipasang dan bayang-bayang yang terbentuk diperhatikan.Antara yang berikut, manakah susunan yang menunjukkan susunan yang terbentuk di kawasan X pada glob?

A

B

C

D

12. Rajah menunjukkan Matahari, Bulan dan Bumi.

Apakah yang menyebabkan kawasan X mengalami gerhana?

ACahaya dipantulan

BCahaya dipesongkan

CCahaya tidak bergerak melalui vakum

DCahaya tidak dapat melalui objek legap

13. Rajah menunjukkan W, X, Y dan Z mewakili kedudukan Bulan pada suatu situasi.

Antara yang berikut, manakah persamaam kedudukan Bulan dengan bentuk gerhana bulan apabila diperhatikan?

Kedudukan BulanBentuk gerhana

IWGerhana penuh

IIXGerhana penuh

IIIYGerhana penuh

IVZGerhana separa

AI dan II

BI dan III

CII dan IV

DIII dan IV

14. Maklumat menerangkan tentang gerhana.

Bumi berputar mengelilingi Matahari. Pada masa yang sama Bulan berputar mengelilingi Bumi. Pada suatu kejadian, Bumi adalah di antara Matahari dan Bulan pada garis yang lurus.

Antara yang berikut, manakah yang menerangkan tentang pembentukan gerhana berdasarkan pernyataan dia atas?

AIa berlaku pada waktu siang

BBulan merupakan bayang-bayang Bumi

CIa berlaku seketika pada jangka masa yang singkat

DBulan menghalang cahaya matahari daripada sampai ke Bumi

15. Rajah menunjukkan kedudukan Matahari, Bumi dan Bulan pada suatu masa.

Apakah yang akan disebabkan oleh kedudukan tersebut?

AMatahari akan kelihatan sebagai cincin

BBulan akan kelihatan sangat cerah pada waktu malam

CBulan akan kelihatan kemerahan

DBumi akan menjadi gelap seketika pada waktu siang

Sumber : I-Teach Interactive Teaching Courseware.

Jawapan

1. B2. D3. B4. C5. A6. C7. A8. C9. B10. D11. C12. D13. D14. D15. D

BAHAGIAN B : SOALAN STRUKTUR ( 2 soalan)Masa Diperuntukkan : 15 MinitSoalan 1Rajah di atas menunjukkan satu penyiasatan yang dijalankan oleh sekumpulan pelajar untuk mengkaji fenomena gerhanaApakah yang diwakili oleh..lampu suluh ? ______________________________________(1 markah)glob ? ______________________________________ (1 markah)bola ping pong ? ____________________________________ (1 markah)Apakah yang dapat diperhatikan apabila glob diletakkan di antara lampu suluh dengan bola ping pong ? _______________________________________________________________ (1 markah)Apakah jenis gerhana yang berlaku ketika ini ? _______________________________________________________________ (1 markah)Berikan satu sebab (inferens) untuk menyokong jawapan kamu di (c) . _______________________________________________________________ (1 markah)

Bola pingpongLampu suluh

glob

Soalan 2 Rajah di bawah menunjukkan fasa-fasa Matahari ketika Gerhana MatahariP Q R ST Rajah 2Nyatakan corak perubahan kecerahan Matahari ketika ini. _______________________________________________________________(1 markah)Pada fasa manakah Gerhana Matahari Penuh berlaku? _______________________________________________________________(1 markah)Berikan satu sebab (inferens) bagi jawapan kamu di (b). _______________________________________________________________(1 markah)Lukis kedudukan Bumi, Bulan dan Matahari ketika Gerhana Matahari Penuh berlaku. (1 markah)Nyatakan satu keadaan yang akan berlaku di kawasan yang mengalami fasa R. ________________________________________________________________(1 markah) SOALAN TAMATSoalan 2

LAMPIRAN 2

BORANG SOAL SELIDIK PELAJAR(Ubahsuai daripada Ahmad Tarmizi B Mohd Zain, 2010,Sivaraja A/L Subramaniam,2011 & Noor Fauziati Bt Mohd Noor, 2012 )Arahan : Soal selidik ini adalah dijawab oleh responden yang terpilih sahaja bagi kajian ini. Sila BULATkan pada petak berkenaan mengikut Skala Likert. Kerjasama anda sangat dihargai. Maklumat anda adalah sulit.

1. Jantina Lelaki

Perempuan

2. Umur Tahun

3. AgamaIslamLain-lain

4. Bangsa Melayu Cina India Lain-lain Kelas : ________________________________________

Sila bulatkan jawapan pilihan anda, sama ada Ya atau TidakBILPENYATAAN ITEM

1Pembelajaran Sains tanpa penggunaan video dan model sangat membosankan.YATIDAK

2Saya bosan dan tidak berminat belajar Sains jika tiada permainan. YATIDAK

3Saya mudah memahami tajuk Gerhana dengan bantuan Gerhana Smart Kit

YATIDAK

4Saya lebih menyukai matapelajaran Sains selepas belajar dengan Gerhana Smart Kit

YATIDAK

5Saya dapat menyiapkan tugasan yang diberi dalam tajuk Gerhana tanpa bantuan sesiapa

YATIDAK

6Saya suka aktiviti seperti Gerhana Smart Kit ini dijalankan pada tajuk-tajuk lain dalam matapelajaran Sains.

YATIDAK

7Penggunaan Gerhana Smart Kit dalam pengajaran dan pembelajaran guru tidak sesuai.

YATIDAK

8Bahan-bahan yang disediakan dalam Gerhana Smart Kit yang disediakan oleh guru sangat menarik.

YATIDAK

9Saya dapat bekerjasama dengan rakan-rakan melalui Gerhana Smart Kit.

YATIDAK

10Saya yakin dapat menjawab soalan peperiksaan dengan baik setelah belajar guna Gerhana Smart Kit

YATIDAK

Lampiran Jawapan Calon 1) Responden 1Analisis Perbandingan Ujian Pra Dan Ujian Pos Bagi Responden 1UjianTranskrip Responden

Ujian Pra

Responden gagal menjawab soalan dengan baik dalam bahagian A dan B.

Ujian Pos

Respondan berjaya menjawab soalan dengan betul dan tepat.2) Responden 2Analisis Perbandingan Ujian Pra Dan Ujian Pos Bagi Responden 2UjianTranskrip Responden

Ujian Pra

Responden gagal menjawab soalan dengan baik dalam bahagian A dan B.

Ujian Pos

Respondan berjaya menjawab soalan dengan betul dan tepat.

3) Responden 3Analisis Perbandingan Ujian Pra Dan Ujian Pos Bagi Responden 3UjianTranskrip Responden

Ujian Pra

Responden gagal menjawab soalan dengan baik dalam bahagian A dan B.

Ujian Pos

Respondan berjaya menjawab soalan dengan betul dan tepat.

4) Responden 4Analisis Perbandingan Ujian Pra Dan Ujian Pos Bagi Responden 4UjianTranskrip Responden

Ujian Pra

Responden gagal menjawab soalan dengan baik dalam bahagian A dan B.

Ujian Pos

Respondan berjaya menghubungkait kefahaman tentang tajuk Gerhana dan dapat menjawab soalan dengan betul dan tepat.

5) Responden 5Analisis Perbandingan Ujian Pra Dan Ujian Pos Bagi Responden 5UjianTranskrip Responden

Ujian Pra

Responden gagal menjawab soalan dengan baik dalam bahagian A dan B.

Ujian Pos

Respondan dapat menunjukkan kefahaman dan berjaya menjawab soalan dengan betul dan tepat.6) Responden 6Analisis Perbandingan Ujian Pra Dan Ujian Pos Bagi Responden 6UjianTranskrip Responden

Ujian Pra

Responden gagal menjawab soalan dengan baik dalam bahagian A dan B.

Ujian Pos

Respondan dapat menghubungkait kefahaman tentang tajuk Gerhana dan berjaya menjawab soalan dengan betul dan tepat.

Nurul Asyikin Bt Ya Salleh @ Salahuddin. No.Matriks : 831001055474001~ 3 ~