hbef 2503 panduan untuk penyelia

8
PANDUAN UNTUK TUTOR/TUTOR PENYELIA PANDUAN KURSUS: (a) HBEF 2503 (KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN) (b) HBEF 4303 (KAJIAN TINDAKAN BERASASKAN SEKOLAH) BAGI PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJARAN (SMP) Perlaksanaan Kursus Berkaitan Kajian Kursus berkaitan kajian terdiri daripada DUA kursus iaitu HBEF 2503 dan HBEF 4303. Pelajar WAJIB mengambil kursus HBEF 2503 sebelum mengikuti kursus HBEF 4303. KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN HBEF 2503 1. Dijalankan selama 1 semester. Contohnya semester Mei 2008. Pelajar WAJIB mengambil kursus HBEF 2503 sebelum mengikuti kursus HBEF 4303. 2. Penilaian: PENILAIAN % Individu yang Bertanggungjawab Kerja Kursus: Cadangan Penyelidikan (CP) 35% Tutor Penyelia Perbincangan Atas Talian (OLP) 5% Tutor Peperiksaan Akhir 60% OUM JUMLAH KESELURUHAN 100% Pelajar perlu menyediakan satu cadangan kajian tindakan dalam kursus ini. Pelajar bebas memilih tajuk kajian, tetapi tajuk yang dipilih mestilah berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Untuk menyediakan

Upload: nukman-yunos

Post on 14-Feb-2015

172 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

oum

TRANSCRIPT

Page 1: Hbef 2503 Panduan Untuk Penyelia

PANDUAN UNTUK TUTOR/TUTOR PENYELIA

PANDUAN KURSUS: (a) HBEF 2503 (KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN)

(b) HBEF 4303 (KAJIAN TINDAKAN BERASASKAN SEKOLAH)

BAGI PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJARAN (SMP)

Perlaksanaan Kursus Berkaitan Kajian

Kursus berkaitan kajian terdiri daripada DUA kursus iaitu HBEF 2503 dan HBEF 4303. Pelajar WAJIB mengambil kursus HBEF 2503 sebelum mengikuti kursus HBEF 4303.

KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN HBEF 2503

1. Dijalankan selama 1 semester. Contohnya semester Mei 2008. Pelajar WAJIB

mengambil kursus HBEF 2503 sebelum mengikuti kursus HBEF 4303.

2. Penilaian:

PENILAIAN %Individu yang Bertanggungjawab

Kerja Kursus: Cadangan Penyelidikan (CP) 35% Tutor Penyelia Perbincangan Atas Talian

(OLP)5%

Tutor

Peperiksaan Akhir 60% OUMJUMLAH KESELURUHAN 100%

Pelajar perlu menyediakan satu cadangan kajian tindakan dalam kursus ini.

Pelajar bebas memilih tajuk kajian, tetapi tajuk yang dipilih mestilah berkaitan

dengan pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Untuk menyediakan

cadangan kajian, pelajar akan dibimbing oleh seorang tutor penyelia yang

dilantik oleh Fakulti. Tajuk kajian yang dipilih dan diterima oleh tutor penyelia

akan digunakan dalam kajian bahagian 2 (HBEF 4303).

Contoh tajuk kajian tindakan:

FAKTOR MINAT YANG MEMPENGARUHI MURID TAHUN 4 TERHADAP

PENDIDIKAN JASMANI DI SALAH SEBUAH SEKOLAH KEBANGSAAN

BIRU.

Page 2: Hbef 2503 Panduan Untuk Penyelia

3. Cara Perlaksanaan:

a) Pelajar akan mengikuti kelas tutorial seperti biasa yang dikendalikan

oleh sesorang tutor yang akan dilantik oleh Fakulti.

b) Penilaian OLP akan dilakukan oleh tutor didalam kelas. Peperiksaan

adalah berdasarkan modul HBEF 2503.

c) Perjumpaan/perbincangan tutor penyelia dengan pelajar sekurang-

kurangnya DUA (2) kali, iaitu selama 2 jam (minimum) bagi setiap

perjumpaan. Tarikh, tempat dan masa perjumpaan adalah mengikut

persetujuan di antara tutor penyelia dengan pelajar.

4. Format Cadangan Penyelidikan dan Skema Permarkahan (35%)

Cadangan Penyelidikan pelajar hendaklah mengikuti format yang disediakan seperti berikut:

BIL PERKARAo Lebih kurang 21 – 24 halaman (tidak termasuk muka surat

tajuk, abstrak, rujukan dan lampiran)o 1.5 langkau (spacing) dan font New Times Roman saiz = 12

poino ‘comb’ binding dengan kulit nipis (soft cover) berwarna biru

tua.i Muka surat Tajuk (Title Page) 1%ii Abstrak (Abstract) 1%

Bab 1 PENGENALAN (INTRODUCTION) [kira-kira 6-7 halaman]

Penyataan Masalah Kajian (Statement of Research Problem) 3% Soalan Penyelidikan atau Kajian (Research Question) 4% Objektif Penyelidikan atau Kajian (Objectives of the Research) 2% Kepentingan Penyelidikan atau Kajian (Significance of the

Research) 1% Batasan Penyelidikan atau Kajian (Limitation of the Study) 1%

Bab 2 TINJAUAN LITERATUR (LITERATURE REVIEW) [kira-kira 8-9 halaman] 10%

Bab 3 METODOLOGI PENYELIDIKAN (RESEARCH METHODOLOGY)[kira-kira 7-8 halaman]

Rekabentuk Penyelidikan atau Kajian (Research Design) 2%

Page 3: Hbef 2503 Panduan Untuk Penyelia

Sampel (Sample) 3% Instrumen (Instuments)

Contoh: soal selidik, ujian pencapaian, skala sikap, senarai semak permerhatian, senarai semak temu bual (perlu dilampirkan) 3%

Prosedur Pengumpulan Data (Data Collection Procedure) 1% Analisis Data (Data Analysis) 1%Rujukan (References) 2% JUMLAH KESELURUHAN 35%

Tuan/Puan hendaklah memeriksa Cadangan Penyelidikan

Pelajar dan memberi markah seperti di atas. Tuan/Puan

dikehendaki memasukkan markah Cadangan kedalam sistem

OMES.

Manakala markah OLP akan diberi dan dimasukkan oleh tutor

yang mengajar didalam kelas.

Format Ringkasan Cadangan Penyelidikan

Setelah menyediakan Cadangan Penyelidikan, pelajar yang menjalankan kajian disekolah lain, dikehendaki membuat satu Ringkasan Cadangan Penyelidikan dengan mengikuti format seperti berikut:

BIL PERKARA

1

o Lebih kurang 6-8 halaman (tidak termasuk lampiran)o 1.5 langkau atau ‘spacing’

Muka Surat Tajuk (Title Page) Penyataan Masalah Penyelidikan atau Kajian (Research Problem)Objektif Penyelidikan atau Kajian (Research Objective)Soalan Penyelidikan atau Kajian (Research Questions)Kaedah Penyelidikan atau Kajian (Research Methodology)

Sampel (Sample)Instrumen (Instruments) Contoh: Borang Soal Selidik, Pra-Ujian, Pasca-Ujian & Pemerhatian (perlu dilampirkan)

2

Borang EPRD (Borang BPPDP) diisi dengan lengkap oleh pelajar o Borang EPRD pelajar perlu lengkapkan Bahagian A, B, C dan E

yang terdapat dalam borang. o Sila abaikan Bahagian B - NO 14, 15 DAN 16.

Perlu disertakan Tiga (3) sampul surat (21.5cm X 10.5 cm) bersetem RM0.50 tiap-tiap satu.

Page 4: Hbef 2503 Panduan Untuk Penyelia

Pastikan pelajar mengisi Borang EPRD dengan betul dan lengkap; iaitu Bahagian A, B, C dan E. Setelah Borang EPRD lengkap diisi, pelajar perlu mendapatkan pengesahan dari pentadbir sebelum borang tersebut dihantar ke Pihak EPRD. Setelah mendapatkan pengesahan, borang tersebut haruslah dihantar ke pihak EPRD oleh pelajar sendiri.

5. Bahasa Pengantar:

a) Pelajar yang mengambil major Bahasa Inggeris hendaklah menulis

Cadangan Penyelidikan dalam Bahasa Inggeris.

b) Pelajar yang mengambil major Pendidikan Matematik dan

Pendidikan Sains digalakkan menulis Cadangan Penyelidikan dalam

Bahasa Inggeris.

c) Manakala pelajar yang mengambil major lain (selain dari major di atas)

dikehendaki menulis Cadangan Penyelidikan dalam Bahasa Melayu.

6. Permohonan Kelulusan EPRD

a) Bagi pelajar yang menjalankan kajian di sekolah sendiri tidak perlu

mendapatkan surat kebenaran untuk menjalankan kajian daripada

EPRD. Pelajar juga tidak perlu membuat Ringkasan Kajian.

Walau bagaimanapun, pelajar perlu mendapatkan kebenaran daripada

Guru Besar. Surat kebenaran boleh didapati dalam Mylms di bahagian

Fakulti.

b) Bagi pelajar yang menjalankan kajian di sekolah lain, pelajar perlu

mendapatkan surat kebenaran dari pihak EPRD. Pelajar perlu membuat

Ringkasan Kajian tersebut dan dihantar sendiri kepada pihak EPRD

untuk mendapatkan surat kebenaran menjalankan kajian di sekolah

tersebut. Ringkasan Kajian tersebut tiada markah, oleh itu pelajar

digalakkan menjalankan kajian di sekolah sendiri.

Page 5: Hbef 2503 Panduan Untuk Penyelia

7. PEMBAYARAN TUTOR PENYELIA

Perkara Bayaran (RM)

1. Penyeliaan Pelajar(HBEF 2503-Kaedah Kajian Dalam Pendidikan) Cadangan Penyelidikan Ringkasan Cadangan Penyelidikan Semakan Cadangan Penyelidikan

50/Pelajar

Tutor Penyelia perlu menghantar borang tuntutan tutor penyelia, borangkehadiran pelajar dan salinan OMES kepada PPW/PPT.

PROJEK KAJIAN TINDAKAN BERASASKAN SEKOLAH-HBEF 4303

1. Dijalankan selama 1 semester. Pelajar mesti mengikuti kursus HBEF 4303

dalam tempoh 1 tahun Kalender Akademik selepas mengambil kursus HBEF

2503.

Contohnya: Pelajar yang telah mengikuti kursus HBEF 2503 pada semester

MEI 2009, hendaklah mengambil kursus HBEF 4303 sebelum atau pada

semester MEI 2010.

2. Pelajar akan menjalankan kajian seperti yang telah dirancang dalam cadangan

kajian yang telah disediakan dalam kursus HBEF 2503.

3. Kajian yang dijalankan di sekolah sendiri tidak perlu mendapatkan

kebenaran daripada EPRD. Walau bagaimanapun, pelajar perlu mendapatkan

kebenaran daripada Guru Besar. Surat kebenaran boleh didapati dalam

Mylms di bahagian Fakulti.

4. Pelajar akan diselia oleh tutor penyelia yang telah membimbing pelajar

menyediakan cadangan kajian (HBEF 2503). Pelajar perlu membuat

perjumpaan bersama tutor penyelia masing-masing sekurang-kurangnya

EMPAT kali perjumpaan.

5. Tutor penyelia akan membimbing dan memastikan kajian yang dihasilkan oleh

pelajar memenuhi piawaian yang ditetapkan oleh pihak universiti.

Page 6: Hbef 2503 Panduan Untuk Penyelia

6. Penilaian untuk kursus HBEF 4303 adalah seperti berikut:

PENILAIAN %Individu yang Bertanggungjawab

Laporan Kemajuan Penyeliaan(Berdasarkan Empat Kali Perjumpaan) 20 Tutor Penyelia

Laporan akhir 80 Tutor Penyelia

JUMLAH KESELURUHAN 100%

7. PEMBAYARAN TUTOR PENYELIA

Perkara Bayaran (RM)

1. Penyeliaan Pelajar (HBEF4303-KAJIAN TINDAKAN

BERASASKAN SEKOLAH)

Laporan Akhir Projek – Bab 1-5

100/Pelajar

2. Penyemakan Tesis 50/Pelajar

Tutor Penyelia perlu menghantar borang tuntutan tutor penyelia, borangkehadiran pelajar dan salinan OMES kepada PPW/PPT.

PERINGATAN

LAPORAN AKHIR ADALAH MENGIKUT FORMAT TESIS UNTUK

MENDIDIK PELAJAR SUPAYA BOLEH MENGHASILKAN SATU LAPORAN

ILMIAH YANG BERKUALITI.

Page 7: Hbef 2503 Panduan Untuk Penyelia