hbef 1403

22
771204115412 HBEF 1403 FALKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA PRORAM SARJANA MUDA PENGAJARAN HBEF 1403 SENI DALAM PENDIDIKAN SEMESTER JANUARI 2015 Nama : ROHANA BT MOHD ZALI No. Kad Pengenalan : 771204-11-5412 Nombor Matrik :771204115412001 Nombor Telefon : 019 9563172 Alamat E-mail : [email protected] Pusat Pembelajaran : TERENGGANU LEARNING CENTRE 1

Upload: glechoh

Post on 08-Nov-2015

84 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

seni dalam pendidikan

TRANSCRIPT

FALKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASAPRORAM SARJANA MUDA PENGAJARAN

HBEF 1403SENI DALAM PENDIDIKANSEMESTER JANUARI 2015

Nama: ROHANA BT MOHD ZALINo. Kad Pengenalan: 771204-11-5412Nombor Matrik :771204115412001Nombor Telefon : 019 9563172Alamat E-mail : [email protected] Pembelajaran: TERENGGANU LEARNING CENTRE

SEMESTER JANUARI 2015

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT 1.0 Pengenalan3 - 4

2.0 Aspek Penerokaan5 - 83.0Aspek Pengalaman9 - 12

4.0Maklumat Sokongan13

5.0Kesimpulan14

6.0Rujukan15

771204115412 HBEF 1403

13

1.0 Pengenalan

Permainan tradisional berupaya untuk membentuk sebahagian kehidupan yang dilalui oleh nenek moyang dahulu. Asas penting yang menjamin kesinambungan permainan tradisional pada masa lalu ialah keseragaman cara hidup mereka. Sejak dari kecil lagi mereka telah membiasakan diri dengan permainan tersebut dan masih ada permainan yang dimainkan oleh kanak-kanak sehingga hari ini.Permainan tradisional bukan hanya dimainkan oleh kanak-kanak bahkan juga oleh golongan dewasa. Permainan tradisional boleh dimainkan secara individu atau kumpulan dan tidak memrlukan belanja yang besar untuk dimainkan kerana bahan yang digunakan boleh didapati dengan mudah di kawasan sekitar. Melalui permainan tradisional kita dapat memupuk semangat perpaduan, rasa muhibbah dan mesra dalam kelompok masyarakat. Selain itu, masyarakat dapat mengisi masa lapang dengan melakukan aktiviti-aktiviti yang berfaedah serta menjauhkan diri daripada melakukan perkara-perkara sia. Permainan tradisional juga mempunyai nilai tradisi yang tinggi kerana di dalamnya terkandung pelbagai nilai budaya masyarakat yang memilikinya. Sekiranya ia dimainkan secara berkumpulan, secara tidak langsung semangat kerjasama antara ahli kumpulan dapat dipupuk. Malahan, permainan tradisional juga merupakan satu bentuk hiburan masyarakat zaman dahulu.Permainan akan membuatkan perkembangan kanak-kanak meningkat secara menyeluruh dan perkembangannya melibatkan empat aspek iaitu dari segi aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek. Kepentingan permainan dari segi jasmani, kanak-kanak boleh menggunakan tenaga yang berlebihan . Ini bermakna kanak-kanak masih boleh menggunakan tenaga mereka untuk memenuhi segala kehendak mereka pada umur mereka sekarang. Pada usia mereka yang masih muda, mereka hanya lebih berminat untuk bermain dan sebagai seorang guru yang bijak dan prihatin mestilah pandai mengawal pergerakan badan mereka.Selain itu, Kanak-kanak diberi peluang untuk menunjukkan bakat yang terpendam melalui bermain selain memberi kemahiran psikomotor dan secara tidak langsung membiasakan mereka untuk berusaha ke a rah yang lebih baik serta mempertingkatkan fizikal mereka.Dari segi perkembangan sosioemosi, Kanak-kanak memerlukan permainan yang lebih mencabar dalam kumpulan yang besar. Ini dapat mempertingkatkan lagi perkembangna sosioemosi kerana melibatkan ramai kawan dan menceriakan emosinya. Mereka juga akan bersikap lebih matang dan semakin pandai untuk memahami emosi masing-masing. Kanak-kanak menjadi lebih berani untuk menonjolkan diri dan tidak peduli dengan apa-apa halangan yang dihadapi kerana mereka belajar melalui permainan.Manakala dari segi perkembangan intelek atau kognitif murid, bermain dapat memupuk semangat kerjasama dan daya saing antara kumpulan. Malahan, permainan juga dapat memberikan pengalaman baru kepada mereka. Sememangnya kanak-kanak banyak mengetahui kemahiran daripada permainan yang melibatkan pemikiran keratif.Permainan tradisional mempunyai nilai tradisi yang tinggi kerana didalamnya mengandungi pelbagai nilai budaya masyarakat. Ia juga lambang manggambarkan corak kehidupan masyarakat dan satu bentuk hiburan masyarakat zaman dahulu.

2.0 Aspek Penerokaan

Permainan ting-ting lebih dipopularkan dengan nama Jengkek kapal Terbang merupakan satu permainan laman yang dimainkan di kampung-kampung sejak dahulu hingga hari ini. Permainan ini boleh dikatakan sudah sebati kepada kanak-kanak perempuan kerana permainan ini tidak begitu lasak namun memerlukan tenaga yang banyak dan memandangkan sebahagian besar pemain mengambil bahagian ialah kanak-kanak perempuan. Matlamat utama permainan tidak lari daripada memberi hiburan dan kegembiraan. Selain daripada beriadah ia juga dapat mengeluarkan peluh agar tubuh sentiasa dalam kesihatan yang memuaskan. Namun, untuk menghayati dan menghidupkan sesuatu permainan, kemahiran diperlukan untuk menjayakan sesuatu permainan.Nama kapal terbang diperolehi daripada petak atau gelanggang yang khusus dibina untuk bermain . Gelanggang ini terdiri daripada petak-petak empat persegi yang disusun sedemikian rupa untuk menampakkkan sebuah imej sebuah Kapal Terbang. Terdapat lima petak empat segi yang dilakarkan sebaris. Pada petak ke empat terdapat lagi satu tambahan satu petak lagi di kiri dan di kanan yang menimbulkan rupa sekali imbas seperti sayap kapal terbang. Di sebelah kanan pada petak pertama pula terdapat tambahan petak yang berukuran separuh petak dipanggil sebagai tangga kelihatan jelas seperti ekor kapal terbang. Rajah di bawah dipaparkan lakaran permainan ting-ting kapal terbang.

Kawasan bermain ting-ting ini tidak perlu luas. Memadai sekirangya kawasan itu dapat menampung 8 buah petak. Permainan ini boleh bermain sekurang-kurangnya 2 orang dan seandainya lebih ramai ia menjadi lebih seronok. Keselamatan amat dititikberatkan kerana tapaknya tidak boleh dipindah-pindahkan. Bagi menjamin keselamatan pastikan tunggul atau kayu dibersihkan terlebih dahulu. Lorekan jengkek kapal terbang boleh dilukis menggunakan kayu pada kawasan laman dan kawasan bersemin boleh mennggunakan kapur.Sebelum itu buah untuk permainan mesti disediakan, ianya diperbuat daripada sesuatu objek yang agak sesuai seperti duit syiling, kepingan papan atau penutup botol dan apa sahaja asalkan berat agar lemparan nanti lebih mantap. Bagi menentukan siapa yang layak mula dahulu, satu undian yang unik akan dijalankan. Masing masing melempar buah secara membelakang sejauh mana yang mungkin, siapa yang melemparkan lebih jauh ia berhak sebagai pemain pertama.Rajah di atas menunjukkan cara lemparan bagi membuat undian permainan yang pertama dijalankan. Permainan ini nampak mudah tetapi pelbagai halangan akan menyusul dan semakin lama ia menjadi semakin sukar. Dalam pusingan pertama pemain pertama disyaratkan membawa buah dengan cara menatangnya di atas belakang tapak tangan. Sekiranya buah tersebut jatuh, pemain dikira mati. Pemain seterusnya akan mendapat peluang untuk berjengkek. Seandainya ada pemain yang berjaya menamatkan 9 ting dan 2 brak tanpa menjatuhkan buah, dia perlu melambung dan menyambut buah secara kaut dengan kedudukan menghala tapak tangan menghala ke bawah.Seterusnya barulah pemain itu berhak mendapatkan rumah. Buah mestilah mendarat di mana-mana petak iaitu dengan melempar membelakangi gelanggang untuk mendapatkan rumah. Dengan itu pemain lain tidak boleh berting-ting lagi dalam petak rumah orang. Pemain lain juga tidak boleh berting-ting di petak rumah orang dengan kebenaran tuannya.Nilai juara dalam permainan ting-ting kapal terbang terletak pada kemewahan iaitu banyaknya rumah yang berjaya dimiliki oleh seseorang pemain. Setelah semua petak sudah bertukar menjadi rumah maka permainan terpaksa ditamatkan. Namun, ia bukanlah semudah dan secepat yang disangka untuk menukarkan semua petak menjadi rumah. Sekiranya buah yang dilemparkan mendarat di rumah sendiri, maka rumah itu dikira hangus iaitu bertukar menjadi petak semula dan pemain dikira mati,Penerokaan dalam permainan ting-ting memberikan kanak-kanak membuat pemerhatian yang teliti dan kepekaan dalam menganalisis apa yang diterokai. Dalam erti kata lain, meneroka bermaksud membuat percubaan menggunakan pelbagai bahan dan kaedah. Bahan yang digunakan dalam permainan ting-ting boleh diubah mengikut peredaran masa kini. Biasanya Peralatan yang digunakan dapat dimanupulasikan mengikut kehendak kanak-kanak. Oleh demikian, mereka meninjau dan meneliti alat tersebut megikut kesesuaian ketika bermain. Sekiranya permainan ini diperkenalkan kepada kanak-kanak zaman kini,mereka akan berasa teruja kerana mereka tidak tahu akan permainan sebegini. Kanak-kank kini hanya leka permainan menggunakan internet atau games di dalam komputer. Ini akan menimbulkan perasaan ingin tahu dan meneroka sesuatu yang baru dalam dirinnya.

Melalui pergerakan dalam permainan ting-ting, kanak-kanak hendaklah melompat menggunakan sebelah kaki ketika melompat dari satu rumah ke satu rumah kecuali di petak Sembilan menggunakan kedua belah kaki. Oleh itu, kanak-kanak mestilah pandai mengimbangkan diri mereka agar tidak jatuh ke tanah. Dengan ada keyakinan diri antara pemain, mereka dapat mengawal dan membuat penyesuaian dalam permainan ting-ting..Jelas menunjukkan bahawa permainan ini memberi banyak pengajaran iaitu mewujudkan semangat kerjasama dikalangan pemain, timbang rasa, tolak ansur, saling hormat menghormati dan penuh kesabaran disebabkan permainan ini mengambil masa yang agak lama. Keistimewaan permainan ting-ting iaitu tidak membebankan kanak-kanak atau ibu bapa untuk membeli peralatan kerana peralatannya terdiri barang-barang yang boleh dikitar semula dan senang diperolehi serta selamat digunakan. Ini dinamakan penerokaan mencipta alatan yang sesuai dengan permainan ting-ting. Setiap pemain perlu ada kor yang terdiri daripada batu, penutup botol, duit syiling, kulit siput dan lain-lain peralatan yang sesuai . Kor mereka mestilah berbeza agar tidak mmengelirukan para pemain.

Lazimya, permainan ting-ting boleh dilukis di atas tanah yang lapang menggunakan kayu dan kawasan itu mestilah tidak berumput agar lukisan tersebut boleh nampaak dengan jelas. Bagi kawasan di bandar, boleh bermain di kawasan bersemin menggunakan kapur berwarna atau krayon untuk melukis petak ting-ting. tersebut. Gambar di bawah ditunjukkan cara bermain ting-ting di kawasan lapang dan rata . Kebiasaannya dimainkan di kawasan luar bandar dan petaknya tidak ditetapkan mengikut kesesuaian untuk bermain.

Para ibu bapa mempercayai permainan ini dianggap selamat dijalankan diperkarangan rumah kerana gerak geri anak-anak mereka dapat diawasi sambil menguruskan tugasan masing-masing. Malahan, permainan ting-ting yang dimainkan di kawsan lapang dapat menyihatkan badan kerana udaranya bersih dan segar berbanding dengan permainan dalaman yang mengongkong pergerakan.

3. Aspek PengalamanPengalaman dalam seni dan pergerakan akan menjana pembelajaran kanak-kanak dalam pelbagai bidang. Bagi perkembangan kognitif, kanak-kanak menggunakan seni untuk meluahkan fikiran dan idea mereka. Pengalaman ini akan memberi peluang kepada kanak-kanak untuk menyelesaikan masalah, membuat ekspremitensi, meneroka , mengambil risiko, mencipta secara kreatif, membuat penilaian dan bijak membuat pilihan.Pengalamaan mempunyai nilai riadah yang sungguh menakjubkan, nilai kecergasan tinggi dan bertindak sebagai alat untuk menyalurkan rasa ketahanan semulajadi di dalam jiwa kanak-kanak.3.1 Antara objektif permainan ting-ting dijalankan iaitu :A) Memperkembangkan rohani dan jasmani kanak-kanak di mana dapat mengeratkan persahabatan dan menggunakan otot mampu melahirkan badan yang sihat otak yang cergas.B) Mewujudkan sifat keyakinan dalam diri kanak-kanak dalam lompatan yang telah dilakukan.C) Mematuhi peraturan yang telah diamalkan di dalam permainan ting-ting dan mendidik kanak-kanak mendisiplinkan diri apabila berada di rumah mahupun di tempat-tempat awam.D) Mewujudkan persaingan yang sihat agar kanak-kanak sentiasa berusaha gigih untuk mencapai matlamat mereka dengan adil.E) Melahirkan interaksi sosial yang sihat di kalangan kanak-kanak serta mengeratkan perpaduan dikalangan kaum di kalangan masyarakat majmuk.Selain menyihatkan tubuh badan, permainan ting-ting juga dapat menguji stamina dan kecekapan seseorang pemain tanpa mengira tahap umur dan saiz badan. Kanak-kanak sememangnya gemar dengan permainan ini kerana ia menyeronokkan dan menghiburkan. Malah bermanfaat terhadap rohani dan jasmani seseorang pemain. Skil melompat dalam permainan ketingting sememangnya memberi pengalaman dan latihan asas kepada pemain untuk menceburi sukan yang lebih tinggi kemahirannya.3.2 Langkah Permainan Ting-Ting1) Sebelum permainan dimulakan, undian dijalankan bagi menentukan pemain mana yang harus memulakan permainan terlebih dahulu melalui lemparan kor dari belakang yang paling dekat dengan garis rumah dalam petak permainan seperti gambar di bawah. 2) Bagi memulakan permainan , pemain hendaklah mencampakkan kor ke dalam petak pertama , kedua dan seterusnya. Kemudian pemain dikehendaki melompat dengan sebelah kaki kesemua petak kecuali di petak Sembilan dengan kedua belah kaki. Gambar di bawah menunjukkan cara lompatan permainan ting-ting :

3)Jika kor tidak masuk ke dalam petak yang ditentukan atau terkeluar ia dianggap mati dan hilang giliran. Pemain lain yang akan mengambil giliran tetapi pemain yang baru sahaja memulakan permainan tidak boleh memijak pada petak pertama kerana terdapat kor di dalamnya. Ia perlu melompat ke petak kedua dan seterusnya.4)Seseorang pemain perlu menghabiskan permaianan sehingga kornya dibuang di petak 7. Selepas tamat semua pusingan, kini tibalah langkah memilih rumah dengan cara membelakangkan kesemua petak di garisan permulaan dan mencampakkan ke dalam mana-mana petak gelanggang dan di situlah kedudukan rumahnya.5)Rumah pemain boleh dihias dengan corak mengikut citarasa pemain dan pemain lain tidak boleh memijak rumah tersebut. Manakala , tuan rumah akan memijak menggunakan kedua belah kaki. Sekiranya lemparan tersebut terkena garisan dan terkeluar maka ia di kira mati. Gambar di bawah adalah contoh rumah yang di hias : 6) Pemain lain perlu melompat dari petak 2 terus ke petak 4 kerana petak 3 sudah ada tuan rumah.Begitu juga lompatan di setiap petak, seandainya terpijak garisan ia dianggap mati dan giliran pemain lain mengambil alih permainan Begitulah seterunya sehingga tamat permainan di mana rumah telah dimiliki oleh tuan rumah. Gambar di bawah menunjukkan pemain berjengkek memasuki kesemua petak dan terpaksa melangkah terus dari petak 3 ke petak satu kerana petak nombor 2 sudah ada tuan rumah.

7) Pemenang dikira melalui pemain yang paling banyak memiliki rumah.

Permainan ting-ting dapat memperkembangkan intelek, sosioemosi, fizikal dan boleh belajar cara menentukan kedudukan yang seharusnya berada dengan berfokuskan pada petak permainan. Malah, dapat berkomunikasi dengan baik sesame ahli kupulan dan memberi tunjuk ajar yang berterusan dalam permainan ini. Seterusnya berlakunya pergerakan kaki, tangan , mata dan badan dalam menjalankan permainan ting-ting. Tidak dapat dinafikan bahawa permainan ini memberi pengalaman yang berkesan kepada setiap pemain terutama kanak-kanak.

4. Maklumat Sokongan ( Perkembangan Ekspresi )Seni dalam pendidikan menyediakan matlamat yang menarik dengan memberi peluang kepada kanak-kanak untuk menemui potensi ekspresif diri melalui pergerakan, bunyi, perkataan dan visual mereka. Ekspresi bermain merupakan satu lagi cara untuk membantu anak anda mengekspresi diri. Dengan membenarkannya bermain dengan kanak-kank lain menerusi sukan dan aktiviti lain khususnya permainan ting-ting yang menyeronokkan,mengajarnya tentang kerjasama, mengeratkan hubungan persauadaraan dan juga menghormati orang lain. Selain itu, peraturan permainan disediakan sebagai panduan dan batasan kepada pemain.. Antara peraturan dalam permainan ting-ting iaitu :1) Kor pemain tidak boleh sama kerana mengelirukan para pemain untuk membezakannya.2) Semasa bermain, kor tidak boleh jatuh di luar petak, di atas garisan mana mana petak dan di petak rumah pemain lain.3) Seseorang pemain diberikan 3 peluang sahaja apabila membuat pemilihan rumah .4) Pemain boleh melompat dirumahnya tetapi tidak di rumah pemain lain.5) Pemain yang tidak mematuhi mana-man peraturan di atas akan hilang satu pusingan.

Melalui peraturan di atas, kanak-kanak telah belajar untuk mematuhi garis panduan,peraturan dan arahan serta digabungkan dengan kreativiti. Galakkan dalam mengekspresi diri mempastikan anak kita bermain dengan selamat.

Antara ciri-ciri generik tahap kemahiran yang dapat diaplikasikan dalam permainan ting ting iaitu :i- Tahap prakawalan Kanak-kanak mengulangi pergerakan dengan melompat secara berjengkek sehingga penamat permainan. Pola perlakuan mereka berubah-ubah dari satu lompatan ke satuan lompatan.

ii- Tahap kawalan Pergerakan pemain lebih tekal dan pola pengulangannya agak serupa. Pemain lebih kerap mempraktikkan kemahiran dengan betul.iii- Tahap penggunaan Pemain sudah berupaya untuk mengawal kemahiran mereka dengan tekal dan boleh menggabungkan dengan beberapa kemahiran.iv- Tahap kecekapan Pergerakan yang dilakukan dengan mudah dan dapat memperlihatkan keupayaan mengubahsuai perlakuan mereka selaras dengan kehendak situasinya dengan baik dan terancang.5.0KesimpulanPermainan ketingting adalah tergolong dalam permainan luar rumah yang sangat sesuai untuk perkembangan rohani dan jasmani seorang kanak-kanak. Gerakana lompatan yang menguji kemahiran mengawal keseimbangan badan dan menjadikan kanak-kanak sentiasa cergas dan aktif. Malahan, sifat keyakinan diri dapat disemai dalam jiwa kanak-kanak berdasarkan kepada kemampuan diri. Mengawal gerakan badan dan mematuhi peraturan yang diamalkan dapat mendidik seseorang kanak-kanak mendisiplinkan diri ketika berada di rumah mahupun di tempat awam.Selain itu, wujudnya persaingan dalam memonopoli rumah dalam permainan ketingting adalah satu budaya yang sihat. Sikap bersaing ini dapat melatih kanak-kank agar sentiasa berusaha gigih untuk mencapai keinginan mahupun matlamat mereka dengan cara yang adil dan betul. Secara tidak langsung , permainan keting-ting juga dapat melahirkan interaksi sosial dikalangan kanak-kank yang pelbagai budaya dan keturunan yang berbeza. Interaksi ini dapat mengeratkan perpaduan kaum dikalangan masyarakat majmuk di Negara kita.Harapan agar permainan ting-ting akan terus terpelihara dikalangan generasi muda agar khazanah warisan kebudayaan melayu akan berkekalan dan jadikan ia sebagai jati diri yang disanjungi. ( 2402 patah perkataan )6.0Rujukan

Ayob, S (1992),Pergerakan Kreatif Dan Pendidikan, Petaling Jaya : Flo Enterprise sdn. Bhd

Azizi Yahaya dan Zurihanmi Zakaria, 2005, Aplikasi Kognitif Dalam Pendidikan,PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd : Kuala Lumpurhttp://www.ncrel.orghttpa://www.slideshare.net/AiQay/permainan-tradisional-teng-tengModul Seni Dalam Pendidikan Unit Pengenalan Kepada Seni Dalam Pendidikan, 2003,Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pendidikan MalaysiaZulkifli Yaakob,Mohd Jamel Ismail, Jamilah Omar . (2014) HBEF 1403 Seni Dalam PendidikanOpen University Malaysia : Selangor