hari raya merupakan perayaan masyarakat melayu dan penganut agama islam

5
PETIKAN PERAYAAN DI MALAYSIA Hari Raya merupakan perayaan masyarakat Melayu dan penganut agama Islam. Sambutan Hari Raya Aidilfitri bermula dengan ibadat puasa di bulan Ramadan. Hari Raya disambut dengan penuh kesyukuran. Umat Islam saling bermaaf-maafan dan kunjung mengunjungi untuk mengeratkan silaturahim. Tahun Baru Cina disambut secara besar-besaran oleh masyarakat Cina di Malaysia yang menandakan kedatangan tahun baru menurut kalendar mereka. Pada malam Tahun Baru semua ahli keluarga berkumpul beramai-ramai untuk makan bersama. Tujuannya adalah untuk mengeratkan jalinan hubungan sesama keluarga. Ahli keluarga yang telah berumahtangga akan memberi ‘angpau’ kepada saudara mara dan sahabat yang belum berumahtangga. Penutup kepada perayaan Tahun baru Cina ialah perayaan Chap Goh Meh. Deepavali disambut oleh masyarakat Hindu. Deepavali bermaksud ‘sebarisan pelita’. Dengan memasang pelita, mereka percaya bahawa kecerahan mengatasi kegelapan, kebaikan mengatasi kejahatan, keadilan mengatasi kezaliman dan kebijaksanaan mengatasi kejahilan. Pada pagi hari, masyarakat Hindu akan menyucikan tubuh badan dengan memakai sedikit minyak di kepala dan mandi. Kemudian mereka bersembahyang di rumah atau dikuil- kuil.

Upload: nisah7271

Post on 24-Apr-2015

24 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

Petikan perayaan di Malaysia

TRANSCRIPT

Page 1: Hari Raya Merupakan Perayaan Masyarakat Melayu Dan Penganut Agama Islam

PETIKAN PERAYAAN DI MALAYSIA

Hari Raya merupakan perayaan masyarakat Melayu dan penganut

agama Islam. Sambutan Hari Raya Aidilfitri bermula dengan ibadat puasa di

bulan Ramadan. Hari Raya disambut dengan penuh kesyukuran. Umat Islam

saling bermaaf-maafan dan kunjung mengunjungi untuk mengeratkan

silaturahim.

Tahun Baru Cina disambut secara besar-besaran oleh masyarakat Cina

di Malaysia yang menandakan kedatangan tahun baru menurut kalendar

mereka.  Pada malam Tahun Baru semua ahli keluarga berkumpul beramai-

ramai untuk makan bersama. Tujuannya adalah untuk mengeratkan jalinan

hubungan sesama keluarga. Ahli keluarga yang telah berumahtangga akan

memberi ‘angpau’ kepada saudara mara dan sahabat yang belum

berumahtangga. Penutup kepada perayaan Tahun baru Cina ialah

perayaan Chap Goh Meh.

Deepavali disambut oleh masyarakat Hindu. Deepavali

bermaksud ‘sebarisan pelita’. Dengan memasang pelita, mereka percaya

bahawa kecerahan mengatasi kegelapan, kebaikan mengatasi kejahatan,

keadilan mengatasi kezaliman dan kebijaksanaan mengatasi kejahilan. Pada

pagi hari, masyarakat Hindu akan menyucikan tubuh badan dengan

memakai sedikit minyak di kepala dan mandi. Kemudian mereka

bersembahyang di rumah atau dikuil-kuil.

Hari Gawai disambut oleh masyarakat Dayak di Sarawak pada 1 hb Jun

setiap tahun. Kuih-muih tradisional yang diperbuat daripada tepung beras,

gula dan santan disediakan. Tuak merupakan sajian utama perayaan Gawai

Dayak.

Page 2: Hari Raya Merupakan Perayaan Masyarakat Melayu Dan Penganut Agama Islam

Hari Krismas dirayakan oleh penganut Kristian pada 25 hb

Disember sebagai mengingati kelahiran Jesus Christ. Sambutan

Krismas dimeriahkan dengan hiasan pohon krismas yang dipasang

dengan lampu berwarna warni. Kanak-kanak tidak digalakkan

mengikut mereka sebaliknya disuruh tidur kerana semasa mereka

tidur, mereka percaya Santa Claus akan datang membawa hadiah

kepada mereka. Seperti perayaan masyarakat lain, pada pagi hari

Krismas mereka akan mengunjungi gereja-gereja untuk upacara

sembahyang.

Pada hari Wesak, penganut Buddha memperingati kelahiran, kesedaran dan kematian Buddha. Para penganut mempersembahkan pemberian mereka dan menjalankan upacara seperti ‘mandian patung Buddha’, pembacaan mentera dan membakar colok.

Malaysia menyambut Hari Kemerdekaannya pada 31 Ogos setiap tahun. Warganegara

Malaysia menyambut perayaan ini dengan mengibarkan bendera Malaysia di seluruh negara. Pelbagai

aktiviti diadakan di setiap negeri termasuk perarakan dan pertunjukan bunga api. Acara kemuncak ialah

perarakan besar-besaran di Kuala Lumpur, yang dihadiri oleh Raja dan Permaisuri Agong, Perdana

Menteri, orang-orang kenamaan serta para pengunjung.

Thaipusam disambut sebagai tanda kesyukuran oleh penganut

agama Hindu, serta sebagai tanda penghormatan kepada tuhan Muruga

atau Subramaniam. Perayaan ini paling meriah disambut di Kuala Lumpur,

di mana kenderaan berhias tuhan Muruga dibawa berarak menerusi jalan-

jalan tertentu di Bandar raya sebelum berakhir di Batu Caves, Selangor.

Ribuan penganut berarak sambil memikul Kavadi, menarik perhatian ramai

pengunjung.

Page 3: Hari Raya Merupakan Perayaan Masyarakat Melayu Dan Penganut Agama Islam
Page 4: Hari Raya Merupakan Perayaan Masyarakat Melayu Dan Penganut Agama Islam

Perayaan yang disambut oleh rakyat Malaysia setiap tahun.

1. Perayaan yang disambut suku kaum cina.2. Perayaan yang akan disambut pada 8 November 2007.3. Perayaan yang disambut oleh umat islam setelah berpuasa selama sebulan.4. Umat islam akan menyambut hari raya………….selepas menyambut hari raya.5. Kaum suku iban akan meraikan pesta ………pada 31 Jun setiap tahun.6. Diraikan pada setiap 25 disember.7. Pesta…….diraikan oleh masyarakat kadazan/dusun di Sabah.8. Hari ……… akan disambut pada 31 ogos setiap tahun.9. Pesta kuih……….akan disambut setiap tahun oleh masyarakat cina.

Page 5: Hari Raya Merupakan Perayaan Masyarakat Melayu Dan Penganut Agama Islam