perayaan-perayaan di malaysia

12
HARI RAYA AIDIL ADHA Hari Raya Aidiladha atau juga disebut Hari Raya Korban dan Hari Raya Haji merupakan perayaan agama yang disambut oleh seluruh umat Islam di dunia. Hari raya ini menandakan berakhirnya tempoh mengerjakan ibadat haji di Mekah, iaitu sehari selepas jemaah haji mengerjakan wukuf di Arafah. Orang-orang Islam menyambut Aidiladha pada tanggal 10 Zulhijjah pada setiap tahun. Malah, bulan ini merupakan bulan terakhir dalam kalendar Hijrah Islam. Perkataan 'Aidiladha' berasal daripada bahasa Arab yang membawa maksud 'hari penyembelihan korban'. Ini sempena memperingati kisah Nabi Ibrahim A.S yang diperintahkan oleh Allah S.W.T agar menyembelih anaknya, iaitu Nabi Ismail A.S. Walaupun dengan hati yang amat berat, Nabi Ibrahim terus taat dengan suruhan Allah untuk menyembelih anaknya. Walau bagaimanapun, Allah telah menggantikan Nabi Ismail dengan seekor kibas. Sehubungan dengan itu, sebagai mengingati perintah Allah kepada Nabi Ismail ini, masyarakat Islam yang berkemampuan digalakkan menyembelih binatang seperti kambing atau lembu sebagai korban pada hari raya ini. Daging sembelihan ini akan dibahagikan, terutamanya kepada fakir miskin. Sambutan Hari Raya Aidiladha di Malaysia, biasanya dimulakan dengan bacaan takbir dan tahmid secara berjemaah di masjid. Selepas itu, disusuli pula dengan sembahyang sunat Aidiladha pada waktu pagi. Kemudian bacaan khutbah akan diperdengarkan yang berkisarkan tentang pengorbanan dan perjuangan Nabi Ibrahim. Selepas habis mendengar khutbah, umat Islam akan mengambil kesempatan berkunjung ke rumah saudara mara dan sahabat handai untuk mengeratkan silaturahim sambil menjamu selera dengan juadah istimewa. Acara penyembelihan korban pula akan diadakan selepas itu dan tiga hari berikutnya, iaitu pada 11, 12, dan 13 hari Tasyrik. Seluruh masyarakat akan bersama-sama membuat kerja-kerja penyembelihan tersebut. Sambutan Hari Raya Aidiladha di Malaysia, biasanya disambut meriah oleh masyarakat di pantai timur, berbanding dengan masyarakat Islam di sebelah pantai barat yang menyambutnya dengan cara yang agak sederhana. Hari Wesak

Upload: nafis-nazri

Post on 23-Jun-2015

670 views

Category:

Documents


11 download

TRANSCRIPT

Page 1: Perayaan-perayaan Di Malaysia

HARI RAYA AIDIL ADHA

Hari Raya Aidiladha atau juga disebut Hari Raya Korban dan Hari Raya Haji merupakan perayaan agama yang disambut oleh seluruh umat Islam di dunia. Hari raya ini menandakan berakhirnya tempoh mengerjakan ibadat haji di Mekah, iaitu sehari selepas jemaah haji mengerjakan wukuf di Arafah.

Orang-orang Islam menyambut Aidiladha pada tanggal 10 Zulhijjah pada setiap tahun. Malah, bulan ini merupakan bulan terakhir dalam kalendar Hijrah Islam. Perkataan 'Aidiladha' berasal daripada bahasa Arab yang membawa maksud 'hari penyembelihan korban'. Ini sempena memperingati kisah Nabi Ibrahim A.S yang diperintahkan oleh Allah S.W.T agar menyembelih anaknya, iaitu Nabi Ismail A.S.

Walaupun dengan hati yang amat berat, Nabi Ibrahim terus taat dengan suruhan Allah untuk menyembelih anaknya. Walau bagaimanapun, Allah telah menggantikan Nabi Ismail dengan seekor kibas.

Sehubungan dengan itu, sebagai mengingati perintah Allah kepada Nabi Ismail ini, masyarakat Islam yang berkemampuan digalakkan menyembelih binatang seperti kambing atau lembu sebagai korban pada hari raya ini. Daging sembelihan ini akan dibahagikan, terutamanya kepada fakir miskin.

Sambutan Hari Raya Aidiladha di Malaysia, biasanya dimulakan dengan bacaan takbir dan tahmid secara berjemaah di masjid. Selepas itu, disusuli pula dengan sembahyang sunat Aidiladha pada waktu pagi. Kemudian bacaan khutbah akan diperdengarkan yang berkisarkan tentang pengorbanan dan perjuangan Nabi Ibrahim.

Selepas habis mendengar khutbah, umat Islam akan mengambil kesempatan berkunjung ke rumah saudara mara dan sahabat handai untuk mengeratkan silaturahim sambil menjamu selera dengan juadah istimewa. Acara penyembelihan korban pula akan diadakan selepas itu dan tiga hari berikutnya, iaitu pada 11, 12, dan 13 hari Tasyrik. Seluruh masyarakat akan bersama-sama membuat kerja-kerja penyembelihan tersebut.

Sambutan Hari Raya Aidiladha di Malaysia, biasanya disambut meriah oleh masyarakat di pantai timur, berbanding dengan masyarakat Islam di sebelah pantai barat yang menyambutnya dengan cara yang agak sederhana.

Hari Wesak

Page 2: Perayaan-perayaan Di Malaysia

Hari Wesak merupakan hati terpenting bagi penganut agama Buddha kerana

hari Wesak melambangkan kelahiran, kesedaran, dan kematian Gautama

Buddha. Penganut Buddha akan mengunjungi kuil Buddha pada waktu pagi

untuk memusatkan fikiran kepada lapan prinsip "Precepts" sementara para

sami yang memakai sarung kuning akan membaca kitab Buddha "Sutras". Hari

Wesak juga dikenali dengan nama Visakah Puja atau Buddha Purnima di India,

Vesak di Singapura, Visakha Bucha di Thailand, dan Wesak di Sri Lanka.

Selepas itu penganut Buddha akan bersembahyang dan melepaskan burung

merpati. Hari Wesak juga merupakan hari memberi makan kepada orang

miskin dan sedekah kepada para sami. Hari Wesak dirayakan oleh semua

penganut agama Buddha di seluruh dunia.

Dikalangan penganut Buddha di Singapura dan Taiwan, terdapat amalan

mencederakan diri ketika menyambut hari Wesak seperti berjalan di atas bara

api sebagai menyambut hari kelahiran dewa Bao-sheng Da-di.

1. Ia dirayakan dalam bulan Mei pada waktu terang bulan (purnama sidhi)

untuk memperingati tiga peristiwa penting, iaitu:

Kelahiran Siddharta Buddha di Taman Lumbini pada tahun 623 S.M.

2. Siddharta Buddha mendapat ilham Agung dan menjadi Buddha di

Buddha-Gaya pada usia 35 tahun di tahun 588 S.M.

3. Buddha Gautama mangkat di Kusinara pada usia 80 tahun di tahun 543

S.M.

4. Hari Deepavali

5.

6. Hari Deepavali (Bahasa Tamil: தீபா�வளி�) merupakan perayaan yang

disambut oleh semua penganut yang beragama Hindu di seluruh dunia

dan merupakan hari cuti di Malaysia.

7.

Perkataan Deepavali merupakan gabungan perkataan "Dipa" yang beerti

cahaya dan perkataan "Gavali" yang beerti barisan. Perayaan Deepavali

ini disambut pada hari ke 14 bulan Aipasi dalam kalender Tamil (antara

bulan Oktober dan November) dan juga dikenali sebagai pesta cahaya.

Page 3: Perayaan-perayaan Di Malaysia

8. Menurut lagenda, Raja Naragasuri yang

kejam dan selalu memeras rakyatnya, telah dikalahkan dan dibunuh oleh

Maha Krishnan. Sebelum mati, Raja Naragasuri meminta semua manusia

agar mereka merayai hari kemenangan itu sebagai peringatan kepada

yang mereka yang baik tentang godaan hantu dan syaitan, peringatan

kepada mereka yang lupa agar berbuat baik dan menjauhi daripada

membuat kejahatan sesama manusia.

9.

Pelita yang dipasang dalam barisan dapat dilihat dinyalakan di rumah

penganut Hindu bagi melambangkan kejayaan kebaikan mengatasi

kejahatan yang dirayakan sebagai perayaan Deepavali.

10.

11.Pada pagi Deepavali, penganut Hindu akan menjalani mandi minyak yang

melambangkan penyucian badan dan semangat. Selepas upacara

penyucian yang melambangkan permulaan yang baru, penganut Hindu

akan mengunjungi kuil dimana patung dewa Hindu akan dikalungkan

dengan kalungan bunga.

12.

13.Pada pintu masuk rumah penganut Hindu hiasan "kolam", hiasan

bungaan halus yang dilakarkan di atas tanah yang biasanya diperbuat

daripaja bijiran pelbagai warna akan diletakkan. Hiasan "kolam" ini

merupakan lambang penyembahan dewa Lakshimi, Dewa Kekayaan yang

dipercayai hanya akan mengunjungi rumah mereka yang mempunyai

hiasan "kolam" di pintu masuk rumah mereka.

14.

15."Kolam" merupakaan upacara keagamaan bagi penganut Hindu dan

orang Islam adalah dilarang mengikutnya

16. Hari Keamatan

Page 4: Perayaan-perayaan Di Malaysia

17.

Pesta Kaamatan atau Pesta Menuai ini disambut oleh kaum Kadazans /

Dusuns sebagai meraikan tuaian yang baik, tetapi Pesta Kaamatan juga

disambut oleh semua kaum lain di Sabah. Pesta Kaamatan biasanya

disambut sepanjang bulan Mei. Kemuncak perayaan Kaamatan adalah

peraduan ratu cantik, tarian tradisi, dan upacara kemuncak yang

dijalankan oleh Bobohizan "ketua pendita"

Pesta Kaamatan bagi kaum Kadazan juga dikenali sebagai 'Tadau

Ka'amatan'. Kaum Kadazan percaya kepada makhluk halus dan mereka

mempercayai terdapat lima jenis makhluk halus yang dikenali sebagai :-

Kinoingan, Ketua makluk halus dan Pencipta ,

Rusad semangat semua benda hidup kecuali manusia, Koududuvo

semangat manusia, Tombivo semangat orang yang telah meninggal, dan

Rogon semangat jahat.

Menurut kepercayaan orang Kadazan, semangat padi merupakan

sebahagian daripada Kinoingan - yang juga dikenali sebagai Bambaazon,

yang disembah sebagai pencipta dan amat berkuasa sumber kepada

kehidupan dan kewujupan. Semangat padi Bambaazon amat dimuliakan

pada pokok padi, beras, dan nasi. Ramai yang mempercayai bahawa

"Tanpa padi, tiada kehidupan."

Page 5: Perayaan-perayaan Di Malaysia

Ketika pesta Kaamatan, penduduk Sabah

mengenakan pakaian tradisi mereka dan bersuka-ria sepanjang hari.

Minuman tapai "arak beras" dihidangkan sebagai minuman istimewa

Pesta Kaamatan. Penduduk Sabah akan menyapa sesama mereka dengan

ucapan 'Kopivosian Tadau Ka'amatan' atau 'Selamat Hari Menuai'.

18. Perayaan Gawai disambut oleh masyarakat

Iban dan Bidayuh di Sarawak untuk meraikan tamatnya musim menuai

padi. Pesta Gawai juga dikenali sebagai Gawai Dayak. Pesta Gawai pada

kebiasaannya disambut pada akhir bulan May atau awal bulan Jun setiap

tahun. Perayaan ini selalunya disambut oleh masyarakat Dayak di

Sarawak pada 1 hb Jun setiap tahun.

19.

20.Pesta Gawai di Sarawak disambut dengan meriah di bandar-bandar dan

di desa dengan persembahan tarian, minuman tuak 'arak beras', dan

bersuka-ria. Kuih-muih tradisional yang diperbuat daripada tepung

beras, gula dan santan juga disediakan. Pesta Gawai di Sarawak telah

Page 6: Perayaan-perayaan Di Malaysia

disambut secara besar- besaran semenjak

1964.

Perayaan Gawai Dayak bermula dengan upacara membuang sial oleh

Tuai Gawai. Tuai Gawai memulakan upacara ‘miring’ ini diruai (beranda)

rumah panjang. Beliau berdoa supaya dipanjangkan umur dan

dimurahkan rezeki. Pada jam 12.00 malam upacara minum air pengayu

dilakukan dengan harapan supaya panjang umur, sihat dan makmur.

Pada pagi 1 hb Jun, tepat jam 7.00 pagi, tuai rumah dengan diiringi oleh

beberapa penghuni rumah panjang menghantar piring persembahan ke

tiang pengingat iaitu sejenis kayu yang sering digunakan untuk

mendirikan rumah panjang.

21.

22.Pada hari pesta Gawai, pelbagai jenis makanan dan air tuak akan

dipersembahkan kepada Dewa Padi dan Kekayaan. Satu puisi khas untuk

Pesta Gawai akan dibacakan oleh salah seorang daripada mereka

sebelum merenjiskan darah ayam jantan ke atas bahan persembahan.

Bahan persembahan yang basah dengan darah ayam jantan itu dianggap

sebagai pembuka rasmi Pesta Gawai.

Setelah upacara persembahan telah selesai, perayaan Gawai secara

tradisi dimulakan. Seluruh masyarakat berkumpul sekitar 'ranyai' atau

pokok istiadat yang dibawa masuk kedalam dan diletakkan di serambi

Page 7: Perayaan-perayaan Di Malaysia

umum di rumah panjang. Perayaan berpusat sekitar ranyai dengan

makanan dan minuman tuak. Perayaan Gawai merupakan masa untuk

semua orang bersuka-ria sambil menjamu hidangan bersama air tuak.

Salah satu acara paling menarik pada perayaan Gawai adalah Ngajat

Lesong. Penari akan menunjukkan kekuatan dengan mengangkat lesung

menumbuk padi dengan menggunakan giginya.

Ketika perayaan Gawai, perhiasan tradisional Orang Ulu yang diperbuat

daripada manik-manik yang diwarisi turun temurun dan tidak ternilai

harganya, akan dipakai untuk dipamirkan. Anak dara orang Iban juga

akan mengenakan perhiasan perak yang menonjolkan lagi kecantikan

paras rupa mereka.

Pesta Gawai dianggap berakhir apabila ranyai atau pokok istiadat

dibuang.

23. Perayaan Kuih Bulan merupakan perayaan

menyambut kemenangan orang Cina menumpaskan penjajah Mongol

pada akhir Dinasti Yuan (120 Sebelum Masihi - 1341 Masihi).

24.

25.Perayaan Kuih Bulan disambut pada hari kelimabelas pada bulan

kelapan pada kalender Cina iaitu pada akhir bulan Ogos atau awal bulan

September. Perayaan Kuih Bulan disambut dengan perarakan tanglung

pada malam perayaan.

26.

27.Salah satu hidangan istimewa pada perayaan Kuih Bulan merupakan

Kuih Bulan itu sendiri. Kuih Bulan itu diperbuat daripada adunan manis

yang berinti kacang merah, atau adunan biji teratai, atau kuning telur

Page 8: Perayaan-perayaan Di Malaysia

masin. Menurut tradisi, pesanan untuk memberontak telah disebarkan

melalui surat yang diletakkan di dalam Kuih Bulan yang akhirnya berjaya

menjatuhkan Dinasti Mongol.

28.

29.Terdapat juga tradisi yang menyatakan Kuih Bulan dibuat sebagai

persembahan kepada Dewa Dapur. Dewa Dapur yang makan Kuih Bulan

tidak dapat menyampaikan lapuran buruk kepada Maharaja Syurga

disebabkan mulutnya terkunci oleh Kuih Bulan yang manis itu.

30. Tahun Baru Cina

31.

32.Perayaan ini disambut secara besar-besaran oleh masyarakat Cina di

Malaysia yang menandakan kedatangan tahun baru menurut kalender

mereka.

33.

Orang Cina percaya ada 12 binatang yang menaungi kalender mereka

iaitu tikus , lembu, harimau, arnab, naga, ular, kuda, kambing, monyet,

ayam jantan, anjing dan babi.

34.

35.Pada malam Tahun Baru semua ahli keluarga berkumpul untuk

mengeratkan perhubungan sesama keluarga. Pemberian ‘angpau’ juga

dilakukan oleh mereka yang sudah berumahtangga. Perayaan Chap Goh

Mei diadakan sebagai penutup perayaan Tahun Baru Cina.

36. Pesta Menuai

Page 9: Perayaan-perayaan Di Malaysia

37.

38.Pesta menuai adalah suatu perayaan yang disambut setiap tahun oleh

masyarakat Kadazan-Dusun di Sabah selepas musim menuai untuk

memuja semangat padi. Perayaan ini disambut pada 30 dan 31 Mei setiap

tahun dan telah diiktiraf sebagai hari cuti rasmi di negeri Sabah.

39.

40.Biasanya, dalam menyambut pesta menuai, beberapa acara akan

diadakan seperti magavau (semangat padi), tarian, pertandingan ratu

cantik, sukan rakyat serta pameran barang-barang tradisional hasil kerja

tangan suku kaum di negeri Sabah. Pada hari tersebut juga, tapai yang

dipanggil 'Kinomoi' akan dihidangkan secara percuma kepada

masyarakat yang berkunjung meraikan pesta menuai ini. Pesta menuai

ini biasanya akan dimulakan dengan upacara magavau. Seorang dukun

wanita yang dipanggil 'Bobolian' akan mengetuai upacara ini yang

dilakukan ketika matahari hampir terbenam, sehari sebelum perayaan

pesta menuai bermula. 'Bobolian' akan membaca jampi serapah yang

dipanggil 'Momurinait' di dalam bilik khas.

41.

42.Di dalam bilik ini terletaknya 'bambaazon' atau 'bambarayon', iaitu

semangat padi. Barisan kaum lelaki dan wanita pula akan menari dan

menyanyi sehingga subuh dalam upacara ini. Menurut cerita, sebahagian

daripada tubuh anaknya menjadi padi (parai). Manakala anggota

tubuhnya yang lain menjadi tumbuh-tumbuhan. Apabila padi dan

tumbuh-tumbuhan makanan ini dicipta, barulah Tuhan Dusun mencipta

manusia daripada tanah yang menjadi keturunan masyarakat Kadazan-

Dusun.

43.Masyarakat kaum Kadazan-Dusun mempercayai padi adalah suci. Hal ini

demikian kerana mengandungi beberapa bahagian anak perempuan

Tuhan Dusun yang terjadi daripada semangat padi. Semangat padi ini

dilambangkan oleh tujuh tangkai padi yang dicabut, diikat, dan disimpan

ditempat khas.

Page 10: Perayaan-perayaan Di Malaysia

44.Secara amnya, masyarakat setempat melihat upacara pemujaan

semangat padi ini sebagai suatu tanda kesyukuran dan wujudnya

hubungan baik antara manusia dengan alam.

45.

46.Selain itu, upacara ini juga dapat mewujudkan semangat bersatu padu

dan tolong-menolong dalam masyarakat Kadazan-Dusun. Pada hari ini,

upacara pemujaan semangat padi ini agak jarang dilakukan, terutama

selepas beberapa golongan kaum Kadazan-Dusun ini memeluk agama

Islam dan Kristian.

47.

48. Namun begitu, masih terdapat golongan

daripada kaum ini yang masih mengamalkannya untuk memperjuangkan

tradisi dan amalan hidup mereka. Bagi seluruh masyarakat negeri Sabah

pula, Pesta Menuai dijadikan suatu perayaan bersama untuk

mewujudkan semangat muhibah dan bersatu dalam anggota masyarakat.

49. Hari Thaipusam

50.

51.Hari Thaipusam merupakan satu perayaan yang disambut oleh

masyarakat beragama Hindu di seluruh dunia. Perayaan ini bagi

menghormati dewa Hindu, iaitu Lord Murugan. Perayaan ini disambut

pada bulan kesepuluh dalam kalendar Tamil yang dikenali juga sebagai

bulan 'Thai'.

52.

Page 11: Perayaan-perayaan Di Malaysia

53.Bagi penganut yang beragama Hindu, Thaipusam adalah hari untuk

menghapuskan dosa-dosa dan bertaubat sepenuhnya akan kesalahan

yang lepas.

54.

55.Sebelum menyambut Thaipusam, penganut agama Hindu akan berpuasa

selama sebulan untuk tujuan membersihkan jiwa. Dalam tempoh sebulan

ini, mereka berpuasa dengan makan sayur sehari sekali dan sentiasa

mengunjungi kuil. Dua puluh empat jam sebelum menyambut Thaipusam

pula, mereka akan berpuasa sepenuhnya.

56.

57.Masyarakat yang beragama Hindu di Malaysia, biasanya akan

menyambut perayaan Thaipusam ini di Batu Caves, iaitu sebuah tempat

suci bagi masyarakat Hindu di sini.

58.

59.Pada hari Thaipusam, penganut agama Hindu akan membawa patung

Dewa Subramaniam, iaitu anak bongsu Dewa Siva, di atas pedati perak

dan diarak dengan muzik tradisi. Selain itu, antara ciri utama perayaan

Thaipusam ini, penganut agama Hindu juga akan membawa 'kavadi',

iaitu sebuah kerangka besi yang dihiasi dengan bunga, kertas berwarna-

warni, dan buah-buahan segar yang dijunjung di atas bahu. Ini adalah

sebagai tanda membayar nazar atau bertaubat kepada Dewa

Subramaniam.

60.

61.Bagi sesetengah penganut agama Hindu juga, mereka akan mencucuk

logam atau besi yang menembusi kulit tubuh, lidah, pipi, dan anggota

badan yang lain bagi tujuan membersihkan dosa dan menyucikan diri.

Mereka akan berkumpul beramai-ramai sambil membawa 'kavadi'.

Biasanya, pembawa 'kavadi' ini berada dalam keadaan terpukau sambil

mengikut rentak lagu yang dimainkan.

62.

63.Di Malaysia, pembawa 'kavadi' ini akan berarak dan menaiki 272 anak

tangga di Batu Caves sehingga sampai di pintu gua dan meletakkan

kavadi dihadapan patung dewa. Selain itu, penganut agama Hindu juga

akan membawa kelapa, madu, dan susu untuk dipersembahkan kepada

dewa-dewa bagi mendapatkan restu.

64.

65.Perayaan Thaipusam di Malaysia, biasanya disambut secara meriah bagi

masyarakat yang beragama Hindu. Perayaan ini turut mendapat

Page 12: Perayaan-perayaan Di Malaysia

perhatian daripada masyarakat yang berbangsa lain. Oleh itu, tidak

hairanlah banyak pelancong yang datang dan merakamkan suasana

menarik semasa sambutan perayaan ini.

66. Hari Raya Aidilfitri

67. Pada tanggal 1 Syawal tahun

Hijrah, seluruh masyarakat Islam di dunia akan menyambut Hari Raya

Aidilfitri. Di Malaysia, sambutan hari raya ini disebut juga sebagai Hari

Raya Puasa. Hari raya ini setelah menghabiskan kewajipan puasa pada

bulan Ramadan.

Sambutan Hari Raya Aidilfitri ini akan ditentukan harinya apabila anak

bulan Syawal (rukyah) dapat dilihat pada penghujung bulan Ramadan.

Ini mengikut hisab berdasarkan Takwim Tahun Islam. Kebiasaannya,

apabila sudah ditentukan 1 Syawal itu, pada malamnya, umat Islam akan

beramai-ramai bertakbir hari raya di masjid atau pun surau.

Keesokan harinya, semua umat Islam, lelaki dan perempuan akan ke

masjid untuk menunaikan sembahyang sunat Hari Raya Aidilfitri secara

berjemaah. Di negara kita, sambutan Hari Raya Aidilfitri ini disambut

secara meriah pada setiap tahun.

Bermula seawal bulan Ramadan lagi, umat Islam akan membuat

persiapan tertentu untuk menyambut kedatangan hari raya ini. Antara

tradisi umat Islam di negara ini, menjelang kedatangan 1 Syawal ini,

adalah dengan menyediakan pakaian baru untuk keluarga, menghias

rumah, dan membuat berbagai-bagai jenis kuih tradisi untuk

dihidangkan kepada para tetamu yang datang berkunjung ke rumah.

Selain itu juga, umat Islam diwajibkan membayar zakat fitrah bagi setiap

anggota keluarga. Kadar nilai zakat ini ditentukan oleh harga semasa

beras, iaitu makanan asasi rakyat di negara kita.

Masyarakat Islam di Malaysia, biasanya mengambil peluang cuti pada

hari raya ini untuk pulang ke kampung dan menyambut hari raya

Page 13: Perayaan-perayaan Di Malaysia

bersama-sama keluarga dan ibu-bapa masing-masing. Pada pagi hari

raya pertama, umat Islam akan mengambil kesempatan untuk memohon

ampun dan maaf kepada ibu bapa, suami atau isteri dan dari yang muda

kepada yang tua. Selepas itu, dalam tradisi kunjung-mengunjung ke

rumah sanak saudara dan sahabat handai juga, umat Islam akan

mengambil kesempatan untuk bermaaf-maafan, di samping mengeratkan

silaturrahim.

Pada hari raya Aidilfitri juga, umat Islam akan meyediakan berbagai-

bagai jenis juadah tradisional seperti lemang, ketupat, nasi himpit,

dodol, dan lain-lain lagi untuk tetamu yang datang berkunjung dan

beraya di rumah mereka. Bagi kanak-kanak pula, mereka amat gembira

kerana dapat bergaya dengan pakaian yang baru serta mendapat duit

raya apabila beraya dengan orang dewasa. Amalan memberi duit raya ini

adalah suatu tradisi yang diamalkan oleh masyarakat Islam di negara

kita pada hari raya, iaitu untuk bersedekah dan menggembirakan anak-

anak yang masih muda.

Selain itu, pada hari raya juga, umat Islam di Malaysia mengambil

kesempatan untuk berkunjung ke pusara ahli keluarga dan saudara

mara. Kemeriahan sambutan Hari Raya Aidilfitri di Malaysia lebih

bermakna pada hari ini dengan konsep rumah terbuka yang dianjurkan

oleh pihak-pihak tertentu.

Kerajaan juga telah mengadakan rumah terbuka peringkat kebangsaan

untuk meraikan hari raya Aidilfitri ini dengan berbagai-bagai acara dan

juadah istimewa kepada seluruh masyarakat yang hadir. Konsep rumah

terbuka ini dapat menyatupadukan seluruh rakyat Malaysia yang terdiri

daripada pelbagai kaum untuk bersama-sama menyambut perayaan ini

dengan penuh rasa gembira dalam suasana harmoni.

http://kebudayaan.blogspot.com/2007/03/aidilfitri.html