hari kemenangan umat islam - risda€¦ · kebiasaannya, kanak-kanak yang paling gembira ketika...

4
Bil. 6/2018 Page 1 HARI KEMENANGAN UMAT ISLAM SETELAH sebulan berpuasa umat Islam merayakan Aidilfitri sebagai tanda kemenangan. Ibadat puasa pada bulan Ramadan diibaratkan suatu madrasah atau sekolah yang mendidik jiwa umat Islam sepanjang sebulan berpuasa. Bukan saja menahan lapar dahaga, malah juga mengekang hawa nafsu daripada merajai jiwa. Disiplin yang dipupuk oleh madrasah Ramadan ini amat kental kerana umat Islam bukan hanya berpuasa di hadapan orang tetapi juga apabila bersendirian. Inilah kejayaan Islam mendidik peribadi mulia dan amanah. Manifestasi kemuliaan Ramadan dapat dilihat dari sudut amalan umat Islam seperti bersolat tarawih, bersedekah, bertadarus al-Quran dan banyak lagi. Hampir sebulan mengikuti institusi Ramadan, kini tiba pula masa untuk meraikan Aidilfitri. Jelas kegirangan dan kegembiraan tersemat dalam hati Muslimin dan Muslimat sekalian kerana kemenangan pada hari yang mulia ini. Pelbagai persiapan diadakan bagi menyambutnya. Pada kebiasaannya, kanak-kanak yang paling gembira ketika hari raya. Bagi yang merayakan Aidilfitri tanpa orang tersayang, perayaan ini masih tetap diteruskan memandangkan ia adalah tuntutan syarak. Namun sudah tentulah kehibaan di jiwa tidak dapat dielakkan semasa menyambut Aidilfitri. AIDILFITRI ADALAH IBADAH Aidilfitri bukanlah semata-mata suatu adat, tetapi lebih kepada ibadat berasaskan sumber hukum yang jelas. Oleh kerana ia adalah ibadat, hari besar ini wajar dipenuhi dengan ibadat yang dituntut Allah. Ia tidak hanya ziarah menziarahi, tetapi mengeratkan silaturahim, ia tidak hanya berborak-borak, tetapi menegakkan syiar dan dakwah Islamiah. Ia bukan juga hanya menyanyi kegembiraan, tetapi menambah zikir dan takbir kepada Yang Maha Esa. ‘ Integriti Menjana Kecemerlangan & Jati Diri ’ MANFAATKAN Aidilfitri untuk mengeratkan persaudaraan dan silaturahim

Upload: others

Post on 19-Oct-2020

8 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: HARI KEMENANGAN UMAT ISLAM - RISDA€¦ · kebiasaannya, kanak-kanak yang paling gembira ketika hari raya. Bagi yang merayakan Aidilfitri tanpa orang tersayang, perayaan ini masih

Bil. 6/2018

Page 1

HARI KEMENANGAN UMAT ISLAM

SETELAH sebulan berpuasa umat Islam merayakan Aidilfitri sebagai tanda kemenangan. Ibadat puasa pada bulan Ramadan diibaratkan suatu madrasah atau sekolah yang mendidik jiwa umat Islam sepanjang sebulan berpuasa.

Bukan saja menahan lapar dahaga, malah juga mengekang hawa nafsu daripada merajai jiwa. Disiplin yang dipupuk oleh madrasah Ramadan ini amat kental kerana umat Islam bukan hanya berpuasa di hadapan orang tetapi juga apabila bersendirian. Inilah kejayaan Islam mendidik peribadi mulia dan amanah.

Manifestasi kemuliaan Ramadan dapat dilihat dari sudut amalan umat Islam seperti bersolat tarawih, bersedekah, bertadarus al-Quran dan banyak lagi. Hampir sebulan mengikuti institusi Ramadan, kini tiba pula masa untuk meraikan Aidilfitri.

Jelas kegirangan dan kegembiraan tersemat dalam hati Muslimin dan Muslimat sekalian kerana kemenangan pada hari yang mulia ini. Pelbagai persiapan diadakan bagi menyambutnya. Pada kebiasaannya, kanak-kanak yang paling gembira ketika hari raya. Bagi yang merayakan Aidilfitri tanpa orang tersayang, perayaan ini masih tetap diteruskan memandangkan ia adalah tuntutan syarak. Namun sudah tentulah kehibaan di jiwa tidak dapat dielakkan semasa menyambut Aidilfitri.

AIDILFITRI ADALAH IBADAH

Aidilfitri bukanlah semata-mata suatu adat, tetapi lebih kepada ibadat berasaskan sumber hukum yang jelas. Oleh kerana ia adalah ibadat, hari besar ini wajar dipenuhi dengan ibadat yang dituntut Allah. Ia tidak hanya ziarah menziarahi, tetapi mengeratkan silaturahim, ia tidak hanya berborak-borak, tetapi menegakkan syiar dan dakwah Islamiah. Ia bukan juga hanya menyanyi kegembiraan, tetapi menambah zikir dan takbir kepada Yang Maha Esa.

‘ Integriti Menjana Kecemerlangan & Jati Diri ’

MANFAATKAN Aidilfitri untuk mengeratkan persaudaraan dan silaturahim

Page 2: HARI KEMENANGAN UMAT ISLAM - RISDA€¦ · kebiasaannya, kanak-kanak yang paling gembira ketika hari raya. Bagi yang merayakan Aidilfitri tanpa orang tersayang, perayaan ini masih

Pemborosan dan pembaziran semata-mata bagi menyambut Aidilfitri sebenarnya adalah tergelincir daripada apa dianjurkan Islam. Islam menggalakkan umatnya merayakan hari kemenangan ini, tetapi dalam sukatan dan kadar tidak menjurus kepada pembaziran. Alangkah baiknya jika wang lebihan itu digunakan bagi manfaat perjuangan Islam dan membantu golongan memerlukan.

Ramai juga dalam kalangan umat Islam tidak mahu keluar rumah mengunjungi sanak saudara. Hal sedemikian seolah-olah menjadi budaya masyarakat Islam di Malaysia. Ia berlaku kerana umat Islam khususnya muda mudi menumpukan perhatian kepada rancangan hiburan yang disediakan.

Saya tidak mengatakan hiburan patut diharamkan pada hari raya, tetapi rancangan disajikan itu hendaklah tidak menghakis semangat hari raya itu sendiri. Apatah lagi apabila rancangan itu pula disiarkan pada waktu prima oleh media arus perdana menarik perhatian segenap lapisan masyarakat.Seperti lazimnya, Syawal akan dipenuhi program rumah terbuka yang menyajikan pelbagai juadah dan makanan. Adakalanya sehinggakan kita tidak dapat memenuhi jemputan yang datang.

Dari sudut pembaziran makanan pun sudah cukup menyedihkan, apatah lagi jika dikaji kesan produktiviti, betapa lama masa yang diluangkan menghadiri majlis berkenaan. Saya tidak berhasrat menyanggah apa yang telah dilakukan sekian lama ataupun menyarankan ia diberhentikan, tetapi biarlah dalam semua tindakan itu dibuat dengan berpada-pada dan tidak disifatkan sebagai suatu pembaziran.

JANGAN ABAI KEPERLUAN ROHANI

Malah, oleh kerana terlalu banyak rumah terbuka meraikan Aidilfitri, adakalanya kita tidak berkesempatan menunaikan tuntutan agama seperti berpuasa enam. Berpuasa enam hari pada Syawal amatlah dituntut dalam Islam.

Dalam keghairahan meraikan Aidilfitri, sewajarnya kita merenung sejenak apakah kita akan berjumpa lagi Ramadan akan datang? Apakah pula persiapan kita menemui Tuhan Maha Pencipta? Kebeningan Ramadan sudah pasti dirindui dan syahdunya menunggu Ramadan tahun hadapan. Tiada janji pasti kita akan bertemunya lagi. Segala-galanya terserah kepada qada’ dan qadar-Nya.

Ramadan tahun ini terlalu banyak dugaannya sehingga ramai yang tidak dapat menumpukan kepada ibadat berpuasa. Isu Pilihan Raya Umum ke-14 masih mendominasi minda dan kelakuan ramai, adakalanya akhlak serta tertib dipinggirkan.

Bukanlah kita tidak boleh berseronok meraikan Aidilfitri tetapi tujuan utama untuk mengabdikan diri kepada Allah janganlah dikesampingkan.

Page 2

Utusan Online 20 jun 2018

Page 3: HARI KEMENANGAN UMAT ISLAM - RISDA€¦ · kebiasaannya, kanak-kanak yang paling gembira ketika hari raya. Bagi yang merayakan Aidilfitri tanpa orang tersayang, perayaan ini masih

Bil. 6/2018

Page 1

When Your Employees Are 'Freaking Out' And Feeling Anxious, That Can Actually Be A Good Sign

Anxiety is an interesting phase that’s often misdiagnosed. When people are freaking out, they can look oppositional, but oftentimes they’re not so much oppositional as they are scared. Let’s say you’re implementing a new change initiative. When you hear people say things like “This is too much” or “We’re never going to be able to pull this off,” it’s natural to say “This person is resisting, they’re oppositional and trying to derail the whole thing.” But in many cases, they’re just feeling and reacting to anxiety.

It’s important to diagnose the anxiety stage correctly because responding with anger when people are feeling anxious tends to make the situation worse. One of my studies, called "How To Build Trust In The Workplace," surveyed more than 7,000 people all about why people do, or don’t, trust their leaders. And through regression analysis, we discovered that the number one driver of whether an employee will trust their boss is the extent to which employees felt that their boss responded constructively when they shared their work problems. So, not only could you worsen someone’s anxiety, you could also destroy any trust with them in the process.

Remember, anxious folks are not that far away from accountability, and to help them (and maintain trust), you may only need to alter your approach a little bit to get them to take the leap to accountability. Your first task is simply to make them feel less overwhelmed by breaking into bite size chunks whatever you’re dealing with so they can handle it more effectively.

This can be done as simply as saying “Listen. Let’s just break this up and take it one step at a time.” This dials back the anxiety by making the challenge seem less insurmountable. And it lets the employee know they don’t have to solve the entire world’s problems right this minute, they just have to solve part A.

‘ Integriti Menjana Kecemerlangan & Jati Diri ’

From the book Hundred Percenters: Denial, Blame, Excuses, Anxiety

Page 4: HARI KEMENANGAN UMAT ISLAM - RISDA€¦ · kebiasaannya, kanak-kanak yang paling gembira ketika hari raya. Bagi yang merayakan Aidilfitri tanpa orang tersayang, perayaan ini masih

Some of the best leaders also encourage a “Do It Right the Second Time “culture to lessen employee anxiety. When employees are scared of “what might happen” if they make a mistake, it can incent even high performers to stay silent about and/or cover up mistakes. Too many leaders let their own fears of “what might happen” get in the way of instilling a spirit of “Do It Right the Second Time.” Good employees aren’t going to misuse it as an excuse to goof off or underperform. And if your expectations of accountability are clearly communicated, neither will your lower performers.

Note: I’m not saying that in an organization like a hospital, for example, that you should go out and encourage people to make mistakes. But the data is very clear that medical errors in hospitals are wildly underreported, and without the chance to learn from mistakes, these errors are going to happen over and over again.

Eliminating the fear of making mistakes and turning errors into learning opportunities that inspire root-cause problem solving provides all employees with new and valuable learning opportunities. Plus it helps ensure the same mistakes don’t happen again. You can implement this right into your organizational performance expectations or code of conduct: “If I am unsure about something, or uncover an unexpected problem, I take immediate action to remedy the situation and to bring it to the attention of others in order to avoid the problem in the future.”

Anxiety can sound terrible, but it’s actually a good indicator that your people are showing signs of ownership. They’re acknowledging there’s an issue and they’re not falling back on blame or excuses. And with a little help you can quickly move them past “total freak out” mode to “I’ve got it all handled and under control.”

Page 2

Forbes 24 Jun 2018