perayaan berbilang kaum di malaysia

25
perayaan berbilang kaum di malaysia.

Upload: mandalina-landy

Post on 25-May-2015

100.065 views

Category:

Spiritual


16 download

TRANSCRIPT

Page 1: perayaan berbilang kaum di malaysia

perayaan berbilang kaum di malaysia.

Page 2: perayaan berbilang kaum di malaysia

OBJEKTIF

• Untuk mengenalpasti perayaan yang diraikan oleh masyarakat berbilang kaum di malaysia.

• Untuk mengenalpasti ciri-ciri keunikan setiap perayaan.

• Untuk mengenalpasti amalan perayaan yang diamalkan oleh setiap kaum.

Page 3: perayaan berbilang kaum di malaysia

PENGENALAN

• HARI RAYA PUASA AIDILFITRI • HARI RAYA AIDILADHA• HARI MAAL HIJRAH ATAU AWAL

MUHARRAM• TAHUN BARU CINA • HARI CHAP GOH MEI• HARI KUIH BULAN • HARI WESAK • DEEPAVALI • PESTA PONGAL MASYARAKAT HINDU • HARI THAIPUSAM

Page 4: perayaan berbilang kaum di malaysia

HARI RAYA PUASA AIDILFITRI

• Dirayakan oleh umat muslim • Menandakan berakhirnya bulan puasa Ramadhan. • Selepas mengerjakan solat sunat Aidilfitri, dan masing-

masing segak dan cantik dengan pakaian baru, kaum keluarga akan berkumpul.

• Ucapan ‘selamat hari raya ‘ dan kemaafan dipohon, menandakan kesalahan lalu telah dilupakan.

• Tradisi memberi ‘duit raya’ memeriahkan lagi suasana • Juadah wajib bagi hari raya ialah seperti ketupat,

rendang, sambal kacang, lemang, dan serunding. • Sambutan hari raya adalah selama sebulan, dimana

terkini terdapat ramai pihak membuat rumah terbuka.

Page 5: perayaan berbilang kaum di malaysia

HARI RAYA AIDILADHA

• Hari Raya Korban Aidil Adha atau Hari Raya Haji • Berakhirnya tempoh mengerjakan ibadat haji di Mekah • Umat Islam bersolat sunat pada pagi hari. • Islam akan keluar ke masjid semula untuk

melaksanakan ibadah korban (lembu, ambing, biri-biri dan kerbau di sembelih)

• Ini adalah ibadah sunat yang dituntut sempena Aidiladha, sebagai lambang tulus dan ikhlasnya hamba terhadap Allah Taala.

• Daging binatang itu akan dibahagi-bahagikan, ⅓ kepada tuan punya dan selebihnya kepada fakir miskin dan jiran tetangga yang beragama islam.

Page 6: perayaan berbilang kaum di malaysia

HARI MAAL HIJRAH ATAU AWAL MUHARRAM

• Menandakan dua peristiwa penting berlaku dalam sejarah Islam.

1. Untuk memperingati penghijrahan Nabi Muhammad dari Kota Mekkah ke Madinah pada tahun 622 masihi

2. Hari keagamaan di mana umat Islam mengadakan solat sunat di masjid-masjid di seluruh negeri

• Maal Hijrah bermaksud perpindahan. Makna lain bagi hijrah ialah perubahan daripada keburukan dan kelemahan kepada kebaikan dan kelebihan

• Hari cuti umum di Malaysia dan merupakan permulaan tahun hijrah bagi umat Islam.

Page 7: perayaan berbilang kaum di malaysia

TAHUN BARU CINA

• Mengikut lagenda, pada zaman silam terdapat seekor makhluk ganas yang bernama ‘Nian’ sering mengancam manusia. Ini membuatkan manusia hidup dalam ketakutan dan kesengsaraan.Orang Cina menyedari bahawa makhluk ganas itu takut kepada bunyi kuat dan warna merah.

• Akhirnya mereka berjaya menakutkan makhluk ini dengan melemparkan reben merah ke udara, meletupkan mercun dan membakar bunga api siang dan malam.

• Bersama-sama dengan warna merah, tanglung, mercun dan pakaian ‘cheongsam’ , ia menjadi symbol tradisi kemeriahan masyarakat Cina. 

Page 8: perayaan berbilang kaum di malaysia

• Sanak saudara yang jauh akan kembali berkumpul. • Rumah-rumah dihiasi dengan buah limau, bunga dan

pokok limau kumquat. • Kaum keluarga akan makan besar dengan masakan

tradisi (itik, salai, sosej, kek beras, dan limau mandrin)• Apabila hari siang, lilin upacara akan dibakar, pakaian

baru yang berwarna merah akan memeriahkan suasana, disamping ucapan ‘Gong Xi Fa Cai’ akan diucapkan sesama penganut

• Tetamu mula berkunjung membawa limau mandarin, manakala tradisi memberi ‘ang pow’ diteruskan kepada kanak-kanak dan orang yang belum berkahwin

• Perarakan tarian Naga atau Singa akan diadakan, dengan kereta berhias yang diiringi bunyi gendang.

• Apabila selepas lima belas hari, perayaan Tahun Baru Cina ditamatkan dengan dengan perayaan Chap Goh Mei.

Page 9: perayaan berbilang kaum di malaysia

HARI CHAP GOH MEI• Disambut dengan mengadakan upacara sembahyang

secara besar-besaran, colok besar akan dibakar dan juga diadakan makan besar bersama keluarga.

• Bunga api dibakar dan tanglung dinyalakan.  • Malam mencari pasangan di mana para gadis akan

berpakaian cantik dan mengunjungi kuil untuk berdoa agar mendapat pasangan yang secucuk.

• Amalan melontar buah limau ke dalam laut atau sungai dengan doa untuk mendapat pasangan. Buah limau yang basah membawa pesanan agar mereka mendapat pasangan yang sesuai. 

• Persembahan kebudayaan Cina akan diadakan pada waktu malam bagi menandakan perayaan Chap Goh Mei seperti perarakan tanglung, tarian naga atau singa, opera Cina, dan mengimbang bendera besar "Chingay".

Page 10: perayaan berbilang kaum di malaysia

HARI KUIH BULAN 

 • Disambut pada hari ke-15 pada bulan ke-8 kalendar Cina.• Menandakan berakhirnya musim menuai pada zaman

dahulu kala.Juga dikenali sebagai Pesta Tanglung. • Di Malaysia, masyarakat Cina menyambutnya dengan

mengunjungi tokong, berkumpul bersama keluarga, membuat kuih bulan dan menggantung tanglung.

• Amalan memberi kuih bulan kepada rakan dan saudara mara, bagi mereka adalah untuk mengukuhkan ikatan, kerana kuih bulan adalah lambang hormat.

Page 11: perayaan berbilang kaum di malaysia

HARI WESAK

• Penganut agama Buddha kerana hari Wesak melambangkan kelahiran, kesedaran, dan kematian Gautama Buddha.

• Mengunjungi kuil Buddha pada waktu pagi untuk memusatkan fikiran kepada lapan prinsip "Precepts" sementara para sami yang memakai sarung kuning akan membaca kitab Buddha "Sutras". 

• Selepas itu penganut Buddha akan bersembahyang dan melepaskan burung merpati.

• Hari memberi makan kepada orang miskin dan sedekah kepada para sami.

Page 12: perayaan berbilang kaum di malaysia

DEEPAVALI

• Dikenali oleh masyarakat Hindu sebagai pesta cahaya, Deepavali atau Diwali iaitu merupakan simbol kebaikan menumpaskan kejahatan, cahaya menumpaskan kegelapan.

• Pada pagi Deepavali, mereka akan bangun awal, untuk upacara mandi minyak. Ia adalah simbol kepada penyucian diri.

• Menuju ke kuil untuk bersembahyang. Oleh kerana namanya Pesta Cahaya, ia disambut dengan cahaya dan lampu oleh penganut Hindu.

• Penganut Hindu akan membersihkan rumah mereka, hiasan seperti kolams dibuat, dan lampu ‘vilakku’ dipasang. Perayaan juga bertambah seri dengan lampu-lampu moden.

• Penganut Hindu juga percaya yang Dewi Laksmi, iaitu dewa kekayaan dan kemakmuran akan datang melawat rumah pada masa ini. Jadi persiapan ini juga akan dibuat untuk menyambutnya. 

Page 13: perayaan berbilang kaum di malaysia

PESTA PONGAL MASYARAKAT HINDU

• Dirayakan oleh masyarakat Hindu di Malaysia. Perkataan 'pongal' adalah bermaksud 'masa menuai' dan ia menandakan masa untuk mereka menuai hasil tanaman mereka di masa lalu.

• Di pagi hari, biasanya kaum wanita akan mengemas rumah dan menghiasi rumah dengan 'kolams'.

• Dibuat di depan pintu rumah, sebagai tanda selamat dan rahmat supaya isi rumah mendapat kesejahteraan.

• Beras yang diguna membuat kolams ini juga boleh dimasak untuk dijadikan juadah kepada tetamu dan juga diletakkan di kuil untuk dipersembahkan kepada dewa. Ianya dimasak dengan kunyit dan halia dan dimakan dengan dhal dan susu.

• Terdapat juga makanan tradisi yang lain seperti 'vadaas' , 'payasam' dan keledek untuk dijamu semasa Pongal. Perayaan ini biasanya disambut selama empat hari.

Page 14: perayaan berbilang kaum di malaysia

HARI THAIPUSAM

• Disambut oleh mereka yang beragama Hindu diseluruh dunia bagi menghormati dewa Hindu, Lord Murugan atau juga dikenali sebagai Lord Subramaniam.

• Merupakan hari bertaubat pada dosa-dosa yang lepas. • Patung Dewa Subramaniam, anak bongsu Dewa Siva,

diletakkan di atas pedati perak dan diarak dengan musik. • Ciri utama perayaan Thaipusam adalah acara membawa

kavadi, kerangka besi atau kayu yang dihiasi dengan kertas berwarna warni, bunga, dan, buah segar sebagai membayar nazar atau bertaubat kepada Dewa Subramaniam. Kavadi merupakan kerangka besi separuh bulatan dengan galang untuk diletakkan pada bahu dan dihiasi dengan bunga-bungaan, dan bulu merak. 

Page 15: perayaan berbilang kaum di malaysia

• Sesetengah penganut Hindu yang lain mengenakan selipar berpaku, atau mengenakan rod logam menembusi pipi, lidah, dan badan mereka.

• Bagaimanapun mereka berada dalam bersawai "terpukau" dan tidak kelihatan merasa sakit.

• Di Malaysia, perayaan Thaipusam dirayakan setiap tahun di Batu Caves.

• Perarakan membawa kavadi bermula ketika fajar. • Pembawa kavadi akan berada dalam keadaan bersawai

"terpukau" dan menusuk pipi, lidah, kening, badan, dan belakang dan memanjat anak tangga sehingga sampai ke pintu masuk Batu Caves untuk menyucikan diri.

• Selain penyeksaan diri untuk mendapatkan restu dari dewa Lord Murugan, madu, susu, dan kelapa juga akan dipersembahkan kepada dewa-dewa.

Page 16: perayaan berbilang kaum di malaysia
Page 17: perayaan berbilang kaum di malaysia

1) Tahap penghayatan terhadap perayaan

80% 73.30% 76.70%

20% 26.70% 23.30%0%

20%

40%

60%

80%

MELAYU CINA INDIA

TIDAK SETUJU

SETUJU

Page 18: perayaan berbilang kaum di malaysia

2) Pengetahuan terhadap perayaan

85% 77.50% 87.50%

15% 22.50% 12.50%0%

50%

100%

MELAYU CINA INDIA

TIDAK SETUJU

SETUJU

Page 19: perayaan berbilang kaum di malaysia

3) Pendapat terhadap perayaan

100% 100% 100%

0%

20%

40%

60%

80%

100%

MELAYU CINA INDIA

TIDAK SETUJU

SETUJU

Page 20: perayaan berbilang kaum di malaysia
Page 21: perayaan berbilang kaum di malaysia

1) Tahap penghayatan terhadap perayaan

82.50% 82.50% 92.50%

12.50% 0.00%0%

5% 17.50% 7.50%0%

20%

40%

60%

80%

100%

MELAYU CINA INDIA

TIADA KOMEN

TIDAK SETUJU

SETUJU

Page 22: perayaan berbilang kaum di malaysia

2) Pemahaman terhadap perayaan

70% 68% 62%

16.70% 17.00% 25.00%

13.30% 15.00% 13.00%0.00%

20.00%

40.00%

60.00%

80.00%

MELAYU CINA INDIA

TIADA KOMEN

TIDAK SETUJU

SETUJU

Page 23: perayaan berbilang kaum di malaysia

KESIMPULAN

• Malaysia mempunyai masyarakat yang berbilang kaum dan mempunyai pelbagai perayaan.

• Masyarakat Malaysia memupuk nilai murni iaitu saling hormat menghormati antara satu sama lain

• Masyarakat Malaysia saling kunjung-mengunjungi antara satu sama lain.

Page 24: perayaan berbilang kaum di malaysia
Page 25: perayaan berbilang kaum di malaysia