taman tamadun islam sebagai produk pelancongan islam ... · batu caves di selangor untuk penganut...

12
PROSIDING PERKEM VIII, JILID 1 (2013) 179 - 190 ISSN: 2231-962X Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia ke VIII (PERKEM VIII) “Dasar Awam Dalam Era Transformasi Ekonomi: Cabaran dan Halatuju” Johor Bahru, 7 9 Jun 2013 Taman Tamadun Islam Sebagai Produk Pelancongan Islam: Persepsi, Kepuasan dan Jangkaan Pelancong Zairin Akma Zolkapli Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI) Universiti Kebangsaan Malaysia Email: [email protected] Chamhuri Siwar Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI) Universiti Kebangsaan Malaysia Email: [email protected] Habibah Ahmad Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia Email: [email protected] Hamzah Jusoh Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRAK Sektor pelancongan di Malaysia semakin giat dan bergerak aktif. Rentetan daripada itu, pertumbuhan produk baru dalam dunia pelancongan seperti Pelancongan Islam mendorong pertambahan pelancong ke Malaysia. Semenjak diperkenalkan pada tahun 2008, Pelancongan Islam semakin dikenali dan menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang yang terkenal kerana mampu menyediakan perkhidmatan mesra muslim kepada para pelancong. Walaupun Malaysia mempunyai masyarakat yang berbilang kaum, namun dengan berpegangkan kepada perlembagaan Islam sebagai agama rasmi, wajar pelancongan Islam dibangunkan di Malaysia. Objektif penulisan ini adalah untuk mengupas tahap kepuasan pelancong dan persepsi mereka terhadap Taman Tamadun Islam sebagai produk pelancongan Islam. Kajian yang dilakukan dapat mengenalpasti keinginan yang sebenar disamping tahap kepuasan yang diterima di Taman Tamadun Islam ini. Kajian menggunakan kaedah persampelan rawak mudah dan menggunakan sebanyak 179 orang sampel. Untuk menganalisis data yang diperoleh pengkaji menggunakan analisis inferensi secara khi kuasa dua bagi mengkaji hubungan antara pembolehubah. Didapati dalam kajian, jangkaan pelancong mempunyai hubungan yang signifikan dengan kepuasan pelancong kerana nilai P < 0.05. Tahap kepuasan pelancong juga mempunyai hubungan yang signifikan terhadap ciri ciri penting pelancongan Islam seperti Makanan Halal dan Kemudahan yang mesra muslim kerana mempunyai nilai P < 0.05. Namun begitu, beberapa cadangan perlu diberi perhatian dalam membangunkan lagi Taman Tamadun Islam sebagai produk pelancongan Islam di Malaysia. ABSTRACT The tourism sector in Malaysia is robust and active. Hence, the growth of new product in the world of tourism such as Islamic Tourism has lead to expansion the number of tourists to Malaysia. Since the introduction in 2008, Islamic Tourism has been known well and this make Malaysia as a country known for being able to provide Muslim friendly service to tourists. Although, Malaysia has a multi- racial society, but its hold on to the constitution of Islam as the official religion, therefore, Islamic tourism should be developed in Malaysia. The objective of this paper is to analyse the level of tourist satisfaction and their perceptions of the Islamic Civilization Park as an islamic tourism products. Studies done can identify the actual desire in addition to the level of satisfaction received in the Islamic Civilization Park. Studies using simple random sampling method and use 179 samples to analyze the data using chi-square analysis. This is to study the relationship between two variables. As a result , tourist expectations have a significant relationship with tourist satisfaction as the value of P <0.05.

Upload: others

Post on 09-Nov-2020

9 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Taman Tamadun Islam Sebagai Produk Pelancongan Islam ... · Batu Caves di Selangor untuk penganut beragama hindu dan Pu-Tou-San di China untuk penganut beragama budha (Cora U.I.,

PROSIDING PERKEM VIII, JILID 1 (2013) 179 - 190

ISSN: 2231-962X

Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia ke VIII (PERKEM VIII)

“Dasar Awam Dalam Era Transformasi Ekonomi: Cabaran dan Halatuju”

Johor Bahru, 7 – 9 Jun 2013

Taman Tamadun Islam Sebagai Produk Pelancongan Islam:

Persepsi, Kepuasan dan Jangkaan Pelancong

Zairin Akma Zolkapli

Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI)

Universiti Kebangsaan Malaysia

Email: [email protected]

Chamhuri Siwar

Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI)

Universiti Kebangsaan Malaysia

Email: [email protected]

Habibah Ahmad

Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Universiti Kebangsaan Malaysia

Email: [email protected]

Hamzah Jusoh

Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Universiti Kebangsaan Malaysia

ABSTRAK

Sektor pelancongan di Malaysia semakin giat dan bergerak aktif. Rentetan daripada itu, pertumbuhan

produk baru dalam dunia pelancongan seperti Pelancongan Islam mendorong pertambahan pelancong

ke Malaysia. Semenjak diperkenalkan pada tahun 2008, Pelancongan Islam semakin dikenali dan

menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang yang terkenal kerana mampu menyediakan

perkhidmatan mesra muslim kepada para pelancong. Walaupun Malaysia mempunyai masyarakat yang

berbilang kaum, namun dengan berpegangkan kepada perlembagaan Islam sebagai agama rasmi, wajar

pelancongan Islam dibangunkan di Malaysia. Objektif penulisan ini adalah untuk mengupas tahap

kepuasan pelancong dan persepsi mereka terhadap Taman Tamadun Islam sebagai produk pelancongan

Islam. Kajian yang dilakukan dapat mengenalpasti keinginan yang sebenar disamping tahap kepuasan

yang diterima di Taman Tamadun Islam ini. Kajian menggunakan kaedah persampelan rawak mudah

dan menggunakan sebanyak 179 orang sampel. Untuk menganalisis data yang diperoleh pengkaji

menggunakan analisis inferensi secara khi kuasa dua bagi mengkaji hubungan antara pembolehubah.

Didapati dalam kajian, jangkaan pelancong mempunyai hubungan yang signifikan dengan kepuasan

pelancong kerana nilai P < 0.05. Tahap kepuasan pelancong juga mempunyai hubungan yang

signifikan terhadap ciri – ciri penting pelancongan Islam seperti Makanan Halal dan Kemudahan yang

mesra muslim kerana mempunyai nilai P < 0.05. Namun begitu, beberapa cadangan perlu diberi

perhatian dalam membangunkan lagi Taman Tamadun Islam sebagai produk pelancongan Islam di

Malaysia.

ABSTRACT

The tourism sector in Malaysia is robust and active. Hence, the growth of new product in the world of

tourism such as Islamic Tourism has lead to expansion the number of tourists to Malaysia. Since the

introduction in 2008, Islamic Tourism has been known well and this make Malaysia as a country

known for being able to provide Muslim friendly service to tourists. Although, Malaysia has a multi-

racial society, but its hold on to the constitution of Islam as the official religion, therefore, Islamic

tourism should be developed in Malaysia. The objective of this paper is to analyse the level of tourist

satisfaction and their perceptions of the Islamic Civilization Park as an islamic tourism products.

Studies done can identify the actual desire in addition to the level of satisfaction received in the Islamic

Civilization Park. Studies using simple random sampling method and use 179 samples to analyze the

data using chi-square analysis. This is to study the relationship between two variables. As a result ,

tourist expectations have a significant relationship with tourist satisfaction as the value of P <0.05.

Page 2: Taman Tamadun Islam Sebagai Produk Pelancongan Islam ... · Batu Caves di Selangor untuk penganut beragama hindu dan Pu-Tou-San di China untuk penganut beragama budha (Cora U.I.,

180 Zairin Akma Zolkapli, Chamhuri Siwar, Habibah Ahmad, Hamzah Jusoh

Level of tourist satisfaction also has a significant relationship to the characteristics of Islamic tourism

Halal Food and Muslim-friendly facilities for P values <0.05. However, some recommendations should

be considered in the further development of Islamic Civilization Park as a islamic tourism product in

Malaysia.

PENGENALAN

Pelancongan merupakan kegiatan ekonomi yang menyumbang kepada pendapatan negara. Keadaan

iklim khatulistiwa dan kepelbagaian ekonomi mendorong Malaysia semakin dikenali di mata dunia.

Sektor pelancongan juga merupakan gabungan daripada beberapa sektor lain seperti pembuatan,

perkhidmatan, dan makanan menjadikan pelancongan berdiri dengan entiti yang besar dan bersama

membangun dengan sektor yang lain bagi menyumbang kepada pembangunan negara. Peningkatan

pelancong ke Malaysia semakin meningkat dari tahun ke tahun membuktikan bahawa para pelancong

semakin memilih Malaysia sebagai destinasi percutian mereka memandangkan keselamatan dan

keperlbagaian aktiviti dan produk pelancongan yang pelbagai telah ditawarkan di Malaysia. Jadual 1

menunjukkan jumlah kedatangan pelancong dan pendapatan pelancongan di Malaysia semakin

meningkat dari tahun 2001 hingga 2012. Pada tahun 2001 seramai 12.8 juta pelancong telah melawat

Malaysia berbanding tahun 2012 seramai 25.03 juta pelancong mengunjungi Malaysia. Peningkatan

berkali ganda ini membuktikan Malaysia menjadi pusat destinasi utama pelancong dalam percutian

mereka. Sektor ini juga dijangka akan terus berkembang dengan peningkatan jumlah ketibaan

pelancong daripada 25 juta orang pada 2012 kepada 36 juta orang pada 2020. Hasil pendapatan negara

juga meningkat dari tahun 2001 iaitu sebanyak RM 24.2 Bilion berbannding 2012 negara memperoleh

pendapatan dari sektor pelancongan sebanyak RM 60.6 Bilion. Perkembangan ekonomi yang pesat ini

menjadikan sektor pelancongan sebagai di antara sektor terpenting negara. Pada tahun 2008

pelancongan Islam diperkenalkan di Malaysia seiring dengan penyuaraan Islam Hadhari oleh Tun

Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu. Pelancongan Islam sudah lama berkembang

di dunia, namun masih baru diperkenalkan di Malaysia. Perlembagaan Malaysia yang meletakkan

Islam sebagai agama rasmi menjadi batu loncatan buat pelancongan Islam untuk dipasarkan. Malaysia

juga dikenali sebagai negara yang menyediakan perkhidmatan mesra muslim dan menduduki tempat

pertama dengan gred 8.3 dalam destinasi percutian mesra muslim mengatasi negara Islam yang lain

seperti Egypt, UEA, Turki dan Arab Saudi (Jadual 2).

PELANCONGAN ISLAM

Pelancongan Islam merupakan suatu produk baru dalam dunia pelancongan dan semakin mendapat

tempat di hati masyarakat dunia. Menurut Henderson (2003), bangunan, upacara, perayaan dan

peristiwa keagamaan merupakan tarikan utama para pelancong yang menganuti agama tersebut. Seperti

dalam agama Islam juga, setiap tahun dalam bulan Zulhijjah para penganut agama Islam akan

bertumpu dan berhimpun di Mekah untuk melakukan ibadah haji. Selain itu, mereka juga melawat ke

tempat-tempat bersejarah Islam seperti makam Rasulullah dan para pejuang Islam. Sama seperti

agama-agama lain yang mempunyai tempat suci untuk dilawati oleh peganut agama tersebut seperti

Batu Caves di Selangor untuk penganut beragama hindu dan Pu-Tou-San di China untuk penganut

beragama budha (Cora U.I., Wong, 2011). Namun begitu, peredaran zaman merubah persepsi

pelancongan Islam kepada konsep yang baru, tetapi masih tidak melanggar hukum syarak supaya dapat

berkembang seiring dengan permodenan zaman. Pelancongan Islam pada abad ini mendapat perhatian

setelah berlakunya peristiwa 11 September 2001 yang telah melabelkan Islam sebagai pengganas dan

merubah perspektif dunia kepada Islam. Pelbagai istilah telah muncul seperti “Islamofobia” “Islam

pengganas” dan sebagainya (Christopher Allan, Jorgen S. Nielse, 2002). Namun begitu peristiwa ini

memberi paradigma baru dalam dunia pelancongan Islam apabila Pertubuhan Persidangan Islam (OIC)

telah memberi perhatian sepenuhnya dalam mempromosikan pelancongan dalam kalangan negara-

negara anggota. Setelah berlakunya peristiwa tersebut, negara anggota OIC sudah mula menyedari

bahawa sektor pelancongan merupakan pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi sesebuah negara.

Sejak penubuhan OIC sebanyak 7 kali persidangan mengenai pelancongan telah diadakan iaitu pada

persidangan yang pertama di Esfahan, deklarasi Esfahan telah terbentuk dan menjadikan pelancongan

sebagai titik permulaan kerjasama antara negara anggota OIC. Sebagai langkah permulaan dalam

mengembangkan pembangunan pelancongan Islam di Malaysia amnya tidak semudah yang

djangkakan. Segala perancangan dan persediaan rapi dan sistematik dengan mengambilkira pelbagai

aspek diperlukan bagi merealisasikan impian Malaysia sebagai hub pelancongan Islam dunia.

Page 3: Taman Tamadun Islam Sebagai Produk Pelancongan Islam ... · Batu Caves di Selangor untuk penganut beragama hindu dan Pu-Tou-San di China untuk penganut beragama budha (Cora U.I.,

Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke VIII 2013 181

Pelancongan Islam secara umumnya terbahagi kepada tiga konsep utama iaitu dari sudut

ekonomi, budaya dan agama (Hamarneh A. A, Steiner C., 2004). Dari sudut ekonomi, industri

pelancongan Islam mensasarkan untuk mengembangkan pelancongan dalam kalangan negara Islam,

membangunkan destinasi tarikan pelancong yang baru dan menguatkan kerjasama di antara kerajaan

dan institusi-institusi lain di kalangan negara Islam. Konsep pelancongan Islam dari sudut budaya,

lebih menumpukan kepada pertubuhan-pertubuhan yang menyediakan program pelancongan keislaman

kepada pelancong untuk melawat ke tapak warisan sejarah keislaman yang mana pelancong Islam dan

bukan Islam boleh lawati. Pelancongan Islam dari sudut agama membawa konsep penyesuaian industri

pelancongan mengikut ajaran asas yang dibawa oleh Islam termasuklah pengasingan jantina, kawasan

bebas alkohol, penganjuran aktiviti yang berunsur keislaman serta pengamalan kewangan berteraskan

Islam. Pelbagai konsep pelancongan Islam cuba diutarakan oleh pengkaji seperti Hassan 2004 &2007;

Shakiry, 2006; Henderson, 2009; Dogan, 2010; Henderson, 2010; Teoman, 2011 dan Laderlah et al.,

2011. Namun begitu, satu konsep khusus dibentuk bagi memudahkan pengurusan pelancongan Islam di

Malaysia. Islamic Tourism Center (ITC) sebagai agensi yang bertanggungjawab mengendalikan

pelancongan Islam di Malaysia menyatakan konsep pelancongan Islam sebagai suatu bidang atau

industri atau aktiviti yang berkaitan dengan pengembaraan untuk melawat tempat-tempat yang

mempunyai sejarah Islam, mengenali budaya serta warisan Islam dan juga untuk memahami dan

mengalami cara hidup masyarakat Islam (ITC). Dapat dikatakan bahawa pelancongan Islam adalah

pelancongan yang berlandaskan syariah dan mengikut tuntutan iman. Selain itu pelancongan Islam juga

tidak diselangi oleh sebarang niat dan tujuan, unsur dan aktiviti yang bertentangan selaras dengan

kehendak syariah.

METODOLOGI

Kajian terhadap persepsi pelancong terhadap pelancong Islam ini telah dijalankan terhadap para

pengunjung yang datang ke TTI. Pandangan pelancong mengenai pelancongan Islam di TTI diperlukan

bagi memenuhi keperluan pelancongan Islam dalam usaha meningkatkan kualiti perkhidmatan

pelancongan yang ditawarkan di TTI. Kajian lapangan telah dijalankan pada Disember 2012 dengan

bantuan 10 orang enumerator yang telah dilatih untuk memberi penerangan kepada responden. Seramai

179 orang responden yang terdiri daripada pengunjung yang datang ke TTI telah dijadikan sebagai

sampel kajian. Satu set borang soal selidik yang dilengkapi item – item yang dikenalpasti diagihkan

kepada responden. Pengumpulan data dalam kajian dilakukan dengan menggunakan soal selidik secara

langsung iaitu memberi soal selidik terus kepada responden. Justeru soal selidik diberikan secara

langsung kepada responden melalui bantuan enumerator. Sebelum soal selidik dijawab, penerangan

ringkas mengenai pelancongan Islam diberikan kepada responden. Kemudian, soal selidik dijawab oleh

responden berdasarkan pengetahuan dan perspektif peribadi mereka. Soal selidik yang telah dijawab

dianalisis menggunakan analisis diskriptif dan analisis inferensi. Analisis inferensi yang digunakan

ialah analisis khi kuasa dua.

TAMAN TAMADUN ISLAM SEBAGAI KAWASAN KAJIAN

Taman Tamadun Islam (TTI) merupakan taman tema pertama di Malaysia yang berkonsep

’Edutainment Park’ iaitu menekankan aspek pendidikan di samping berhibur. Taman ini

menggabungkan ciri-ciri keindahan semulajadi dan alam binaan buatan manusia berperanan sebagai

jendela dunia Islam. Taman ini dibina untuk membuktikan keunggulan warisan seni bina Islam dan

dibina di Pulau Wan Man, Kuala Terengganu. TTI berkeluasan 22.3 hektar ini telah mula dibina pada

Mac 2005 dan dirasmikan pada 3 Februari 2008 oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri

Malaysia pada ketika itu. TTI mengandungi empat komponen yang dibahagikan kepada fasa A, B, C

dan D. Pembangunan di komponen A menempatkan dua pintu masuk utama ke pulau iaitu melalui

jalan darat dan air. Bagi komponen B pula, membabitkan pembangunan pusat aktiviti TTI yang

mengandungi tiga elemen iaitu plaza masuk, pusat komersial dan konvensyen. Manakala fasa C

membabitkan pembinaan Masjid Kristal dan perumahan imam serta bilal dan akhir sekali bagi fasa D

merupakan pembinaan Taman Monumen yang menempatkan replika monumen seni bina Islam di

seluruh dunia (Rajah 1).

Page 4: Taman Tamadun Islam Sebagai Produk Pelancongan Islam ... · Batu Caves di Selangor untuk penganut beragama hindu dan Pu-Tou-San di China untuk penganut beragama budha (Cora U.I.,

182 Zairin Akma Zolkapli, Chamhuri Siwar, Habibah Ahmad, Hamzah Jusoh

DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

Jadual 1 menunjukkan taburan majoriti umur responden ialah pada lingkungan 21 hingga 30 tahun,

iaitu 54.2 peratus. Purata umur responden di bawah 21 tahun ialah 10.6 peratus, sebanyak 19 peratus

responden yang mengunjungi TTI berada dalam lingkungan 31 hingga 40 tahun, 12.8 peratus

responden pula berada dalam lingkungan 41 hingga 50 tahun, responden dalam lingkungun 51 hingga

60 tahun pula sebanyak 2.8 peratus dan responden 60 tahun ke atas sebanyak 0.6 peratus sahaja.

Kajian juga menunjukkan bahawa tiada perbezaan ketara pada taburan responden mengikut

jantina kerana daripada data yang diperoleh sebanyak 53.6 peratus responden yang mengunjungi TTI

merupakan responden lelaki dan 46.4 peratus responden adalah responden perempuan.

Namun begitu, perbezaan ketara diperoleh pada taburan responden mengikut bangsa. Merujuk

pada Jadual 1, responden berbangsa Melayu merupakan majoriti responden yang mengunjungi TTI

iaitu 98.3 peratus dan reponden yang bukan bangsa Melayu hanya 1.7 peratus sahaja daripada taburan

responden.

Hasil kajian juga menunjukkan bahawa, responden yang berada pada tahap pendidikan

universiti merupakan majoriti responden iaitu sebanyak 72.6 peratus. Manakala sebanyak 22.3 peratus

responden berpendidikan sekolah menengah, 3.4 peratus responden berpendidikan maktab, 1.1 peratus

responden berada pada tahap pendidikan sekolah agama dan 0.6 peratus sahaja responden mempunyai

tahap pendidikan sekolah agama.

Daripada segi tahap pendapatan responden, majoriti taburan pendapatan responden berada

dalam lingkungan RM 1001 hingga RM 2000 iaitu sebanyak 39.1 peratus, manakala taburan

pendapatan responden lingkungan RM 5001 hingga RM 6000 mempunyai peratusan terendah iaitu 1.1

peratus sahaja. Taburan responden mengikut tahap pendapatan lingkungan RM 2001 hingga 3000

mempunyai peratusan sebanyakk 20.7 peratus, sebanyak 10.1 peratus responden berada pada tahap

pendapatan lingkungan RM 3001 hingga 4000, 8.4 peratus responden berpendapatan lingkungan RM

4001 hingga RM 5000 dan 5.6 peratus responden berpendapatan RM 6000 ke atas.

Taburan majoriti responden merupakan responden yang sudah berkahwin iaitu sebanyak 55.3

peratus manakala taburan minoriti responden merupakan golongan duda iaitu sebanyak 0.6 peratus

sahaja. Namun begitu golongan responden yang belum berkahwin menunjukkan peratusan yang tidak

banyak beza daripada golongan berkahwin iaitu sebanyak 44.1 peratus.

Rajah 2 menunjukkan taburan tahap pengetahuan responden mengenai pelancongan Islam.

Sebanyak 53.1 peratus responden mengetahui mengenai pelancongan Islam manakala 46.9 peratus

tidak mengetahui mengenai pelancongan Islam. Hal demikian kerana, jika dilihat pada tahap

pendidikan responden majoriti responden berpendidikan sehingga universiti. Pendedahan mengenai

pelancongan Islam lebih meluas kerana pelancong yang berpendidikan tinggi berpotensi memperoleh

maklumat dengan cepat dan mempunyai keinginan yang tinggi untuk membaca serta mengetahui

situasi semasa.

Rajah 3 menunjukkan peratusan kefahaman responden mengenai pelancongan Islam.

Walaupun soalan dibuat secara open ended, namun penulis telah mengkategorikan kepada beberapa

bahagian. Majoriti responden mempunyai kefahaman bahawa pelancongan Islam merupakan unsur

sejarah iaitu 48 peratus. Unsur sejarah yang dimaksudkan adalah seperti monumen sejarah Islam dan

kawasan Islam. 11 peratus pula menyatakan pelancongan Islam merupakan unsur syariah Islam dan

perhidmatan berunsur keislaman. 15 peratus pula menyatakan pelancongan Islam merupakan unsur

fizikan dan budaya masyarakat Islam itu sendiri. 7 peratus menyatakan bahawa pelancongan Islam

terdiri daripada pendidikan Islam dan 8 peratus menyatakan bahawa pelancongan Islam adalah

berkaitan dengan halal. Majoroti yang berpendapat pelancongan Islam merupakan unsur Islam kerana

aspek pelancongan Islam itu sendiri yang lebih dikenali sebagai pelancongan keagamaan, pelancong

melawat ke tempat – tempat sejarah Islam seperti mengerjakan umrah ziarah dan pergi menunaikan

haji di Mekah.

Rajah 4 menunjukkan peratusan min bagi ciri penting pelancongan Islam yang diberikan oleh

responden. Dalam Makanan Halal merupakan ciri terpenting yang diberikan oleh responden iaitu

memperoleh min sebanyak 4.89 peratus, diikuti oleh Kemudahan yang mesra muslim untuk pelancong

muslim (arah kiblat, sejadah) sebanyak 4.8 peratus dan ketiga tertinggi ialah penyediaan tandas yang

kondusif bagi orang muslim (tempat wuduk, bidet dan hos air untuk pembersihan). Namun begitu

responden tidak menitikberatkan mengenai penyediaan jurubahasa. Hal demikian penyediaan

jurubahasa mempunyai min yang paling sedikit iaitu sebanyak 3.97 peratus sahaja. Majoriti responden

mengatakan makanan halal merupakan ciri penting dalam pelancongan Islam kerana sektor makanan

merupakan aspek penting semasa pemilihan tempat pelancongan. Pelancong banyak berbelanja untuk

makanan dan minuman semasa melancong. Hal demikian dapat dibuktikan apabila sektor makanan dan

minuman menyumbang RM9.4 bilion atau 17.5 peratus kepada pendapatan yang dijana industri

Page 5: Taman Tamadun Islam Sebagai Produk Pelancongan Islam ... · Batu Caves di Selangor untuk penganut beragama hindu dan Pu-Tou-San di China untuk penganut beragama budha (Cora U.I.,

Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke VIII 2013 183

pelancongan ( BERNAMA, 2012). Oleh itu pemilihan makanan halal menjadi faktor penting kepada

pelancong muslim ketika melancong.

Rajah 5 menunjukkan Jangkaan dan Penerimaan pelancong terhadap TTI. Jangkaan pelancong

terhadap TTI daripada segi konsep aktiviti, ilmu, hospitaliti/akhlak, fasiliti mesra muslim, kemudahan

dan perhubungan, harga, halal dan haram mencapai tahap yang memuaskan iaitu masing – masing

4.55, 4.61, 4.6, 4.62, 4.59, 4.55 dan 4.45. Rajah juga menunjukkan tahap penerimaan pelancong

mencapai tahap yang memuaskan hampir dengan jangkaan awal yang diberikan terhadap TTI. Namun

perbezaan yang ketara dapat dilihat daripada jangkaan dan penerimaan dari konsep harga. Jangkaan

pelancong bagi harga ialah 4.55 namun penerimaannya hanya 3.4 sahaja. Hal demikian kerana harga

pada pembukaan TTI jauh lebih berbeza daripada harga sekarang. Rata-rata pengunjung yang pernah

mengunjungi TTI mengatakan harga ketika tahun 2010 ialah RM10 berbanding dengan 2012 menjadi

RM 20. Selain itu, segala perkhidmatan di dalam TTI juga berbayar dan membebankan pengunjung

dan mempengaruhi tahap kepuasan pengunjung dari segi Harga di TTI.

Rajah 6 menunjukkan peratusan pelancong yang akan berkunjung lagi ke TTI. Sebanyak 16

peratus responden mengatakan bahawa mereka tidak akan berkunjung lagi ke TTI dan majoriti

responden mengatakan mereka akan berkunjung lagi ke TTI. Hal demikian kerana, jika dilihat pada

tahap kepuasan pelancong terhadap penerimaan aktiviti, ilmu, hospitaliti/akhlak, fasiliti mesra muslim,

kemudahan dan perhubungan, harga, halal dan haram mempengaruhi kunjungan berulang pelancong.

Kunjungan berulang berlaku apabila timbulnya tahap kepuasan yang tinggi pelancong terhadap

destinasi pelancongan.

Jadual 4 menunjukkan keputusan beberapa ujian korelasi Pearson yang dilakukan untuk

melihat hubungan ciri penting pelancongan Islam dengan umur. Dapatan menunjukkan terdapat

beberapa ciri penting yang mempengaruhi umur pelancong terhadap pelancongan Islam di TTI. Dapat

difahami bahawa setiap umur memberikan pandangan berbeza mengenai ciri penting pelancongan

Islam.

Daripada aspek kemudahan yang mesra muslim untuk pelancong muslim, dapatan kajian ini

menunjukkan tidak wujud hubungan yang signifikan antara umur pelancong dengan ciri pelancongan

Islam dalam percutian mereka. Ini memberi kefahaman bahawa kemudahan yang mesra muslim untuk

pelancong muslim tidak diberi pertimbangan dalam pemilihan percutian pelancong. Begitu juga dengan

etika pemakaian mengikut prinsip Islam, pengasingan jantina di kolam mandi, pengurusan pelancongan

yang profesional, kawasan yang diyakini bebas alkohol dan maklumat mengenai destinasi pelancongan

disediakan adalah tidak signifikan dan kurang diberi pertimbangan. Namun begitu, keadaan berbeza

wujud bagi makanan halal, pemandu pelancong yang mempunyai pengetahuan asas Islam, jurubahasa

disediakan dan tandas kundusif bagi orang muslim.

Hasil dapatan menunjukkan ciri penting tersebut mempunyai hubungan yang signifikan

dengan umur pelancong. Ini menunjukkan ciri penting tersebut diberi pertimbangan dalam percutian

mereka. Terutama sekali pada makanan halal, makanan merupakan aspek terpenting dalam sektor

pelancongan dan bergerak seiring dengan pembangunan pelancongan. Penyediaan makanan halal dan

boleh dinikmati oleh semua peringkat umur mendorong kepada pembangunan pelancongan di sesebuah

destinasi pelancongan. Termasuklah pemandu pelancong dan penyediaan jurubahasa. Kedua – dua

aspek ini mempengaruhi penyebaran maklumat mengenai destinasi pelancongan yang dilawati. Setiap

peringkat umur mempunyai kefahaman yang berbeza berdasarkan kepada penyampaian jurubahasa

yang disediakan. Tandas yang kondusif menjadi ciri penting yang diberi pertimbangan kerana tandas

merupakan kemudahan asas pelancong sewaktu melacong. Selain membersihkan diri, mereka

menggunakan tandas sebagai tempat untuk mengambil wuduk. Oleh itu, tandas yang bersih dan

dipenuhi ciri mesra muslim mempengaruhi kedatangan pelancong mengikut umur.

Jadual 5 menunjukkan keputusan ujian korelasi Pearson yang dilakukan untuk melihat

hubungan ciri penting pelancongan Islam dengan tahap kepuasan pelancong. Dapat menunjukkan

terdapat beberapa ciri penting yang mempengaruhi kepuasan pelancong terhadap pelancongan Islam di

TTI. Dapat difahami bahawa setiap ciri penting memberi tahap kepuasan berbeza mengikut pelancong.

Terdapat beberapa aspek dalam kepuasan pelancong tidak mempunyai hubungan signifikan

dengan ciri penting pelancongan Islam seperti dari aspek hospitaliti/ akhlak, kepuasan dari aspek harga

dan kepuasan dari segi halal dan haram. Ciri penting yang diberi pertimbangan tidak mempengaruhi

tahap kepuasan pelancong dari aspek di atas. Ini menunjukkan ciri penting di atas tidak perlu diberi

pertimbangan dalam pembangunan pelancongan Islam di TTI.

Namun begitu, keadaan berbeza wujud dalam aspek aktiviti, kepuasan dari apek ilmu, aspek

fasiliti yang mesra muslim dan kepuasan dari aspek kemudahan dan perhubungan mempunyai

hubungan yang signifikan terhadap ciri penting pelancongan Islam di TTI. Ciri penting yang diberi

pertimbangan dalam pelancongan Islam yang mempengaruhi kepuasan dari aspek aktiviti ialah hiburan

dan program berunsur keislaman, etika pemakaian mengikut prinsip Islam, pengasingan jantina di

Page 6: Taman Tamadun Islam Sebagai Produk Pelancongan Islam ... · Batu Caves di Selangor untuk penganut beragama hindu dan Pu-Tou-San di China untuk penganut beragama budha (Cora U.I.,

184 Zairin Akma Zolkapli, Chamhuri Siwar, Habibah Ahmad, Hamzah Jusoh

kolam mandi, pengurusan pelancongan yang profesional dan jurubahasa disediakan. Hal ini

menunjukkan bahawa pelancong menitik beratkan ciri penting ini dalam setiap aktiviti yang dilakukan

dalam TTI. Sebagai contoh, hiburan dan program keislaman diperlukan di TTI sebagai cara menarik

minat pelancong untuk berada lama di dalam TTI. Melalui pemerhatian yang dilakukan, tidak ada

sebarang bentuk hiburan yang dipertonjolkan oleh pihak TTI sebagi contoh suasana di dalam TTI

senyap sepi. Mengikut pandangan salah seorang respoden, pihak TTI harus menyediakan muzik dan

mengadakan pelbagai bentuk hiburan sebagai tanda menyambut kedatangan tetamu. Aspek ini

mungkin dapat menarik lebih ramai pelancong mengunjungi TTI.

Ciri penting yang mempengaruhi kepuasan dari aspek ilmu pula ialah hiburan dan program

berunsur keislaman, pengasingan jantina di kolam mandi dan pengurusan pelancongan yang

profesional. Aspek ilmu yang cuba diterapkan dalam TTI ialah seperti program yang dianjurkan,

pemaparan monumen yang mampu memberi pengetahuan terhadap pelancongan Islam, dan

penyampaian maklumat yang mudah difahami oleh pelancong. Hubungan antara ciri penting dengan

kepuasan dari aspek ilmu seperti pengurusan pelancongan yang profesional perlu diperkukuhkan bagi

memastikan setiap aspek dalam ilmu yang ingin disampaikan dapat diserap oleh pelancong. Bentuk

penyampaian juga perlu dikenal pasti supaya pelancong merima ilmu yang disampaikan dan menjadi

ingatan kepada mereka apabila mereka kembali ke tempat asal mereka.

Ciri penting yang mempengaruhi kepuasan dari aspek fasiliti mesra muslim ialah jurubahasa

disediakan dan tandas yang kondusif bagi orang muslim (tempat wuduk, bidet dan hos air untuk

pembersihan). Manakala ciri penting yang mempengaruhi tahap kepuasan pelancong dari aspek

kemudahan dan perhubungan ialah tandas yang kondusif bagi orang muslim (tempat wuduk, bidet dan

hos air untuk pembersihan). Tandas yang kondusif dapat dijadikan contoh untuk menyatakan bahawa

kepuasa pelancong mempengaruhi aspek fasiliti mesra muslim dan kemudahan dan perhubungan. Ini

termasuklah kebersihan di TTI, keselesaan ketika berada di TTI dan beberapa kemudahan lain lagi. Ini

menunjukkan tandas merupakan sapek penting yang perlu diberi perhatian. Menerusi pemerhatian yang

dilakukan ketika kajian dilakukan, ramai yang tidak berpuas hati mengenai kebersihan tandas di TTI.

Dengan jumlah pengunjung yang ramai, tandas yang diperlukan juga diperlukan dan kebersihannya

juga perlu dijaga. Pemerhatian juga mendapati, kekurangan pekerja untuk membersihkan tandas dan

kawasan sekitar penyumbang kepada berlakunya keadaan sedemikian.

RUMUSAN DAN CADANGAN

Maka hasil daripada perbincangan di atas didapati bahawa, banyak lagi aspek yang perlu diperhatikan

dan diubah oleh TTI dalam membangunkan produk pelancongan Islam di situ. Beberapa tindakan

segera perlu diambil bagi meningkatkan lagi kunjungan pelancongan ke TTI. Pihak pengurusan TTI

perlu memantau setiap perkembangan yang berlaku di dalam TTI. Pemuliharaan dan pemeliharaan

terhadap monumen perlu dilakukan bagi meningkatkan tahap kepuasan pelancong. Pihak TTI perlu

menerapkan unsur hiburan supaya pelancon tidak bosan ketika berada di dalam TTI. Ini dapat menarik

lebih ramai pelancong ke TTI. Selain itu dalam merangka usaha untuk membangunkan pelancongan

Islam di TTI, perkara-perkara asas perlu diberi tumpuan yang khusus. Ini merangkumi langkah

pembangunan kandungan seperti mengemaskini portal atas talian yang bersepadu dan menarik dan

mempunyai pautan di seluruh portal agensi kerajaan dan swasta. Selain itu, penyemakan semula brosur

yang sedia ada perlu dilakukan supaya lebih difahami dan lebih mesra pelancong serta mempunyai

konsep pelancongan Islam yang jelas. Pakej-pakej pelancongan Islam juga perlu relevan dengan harga

yang berpatutan dan tidak membebankan pelancong. Saluran pemasaran yang digunakan juga

dipelbagaikan seperti menggunakan blog, laman sosial seperti facebook, mempergiatkan iklan di radio,

televisyen dan majalah-majalah pelancongan. Brosur yang lebih interaktif diletakkan di dalam pesawat

penerbangan dengan kerjasama syarikat penerbangan. Dengan adanya usaha pemasaran sebegitu, TTI

sebagai pelancongan Islam lebih dikenali dan dapat berkembang dengan pesat.

RUJUKAN

Al-Hamarneh & Steiner C. 2004. Islamic Tourism: Rethinking the Strategies of Tourism Development

in the Arab World after September 11, 2001, Comparative Studies of South Asia and the

Middle East, 24(1), 173-182

Christopher Allan, Jorgen S. Nielse, 2002. Summary reports on Islamophobia in the EU after 11

September 2001. Vienna: The University of Birmingham.

Page 7: Taman Tamadun Islam Sebagai Produk Pelancongan Islam ... · Batu Caves di Selangor untuk penganut beragama hindu dan Pu-Tou-San di China untuk penganut beragama budha (Cora U.I.,

Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke VIII 2013 185

Cora U.I., Wong, 2011. Buddhisme and Tourism at Pu-Tuo-Shan, China. New Zealand: Tourism

Management The University of Waikato.

Executive summary, Global Muslim Lifestyle Travel Market 2012: Landscape & Consumer Needs

study for Airlines, Destination and Hotel/Resorts

Hassan A. R. 2004. Islamic tourism: The concept and the reality. Islamic Tourism, 14, 2.

Hassan A. R. 2007. Islamic tourism revisited. Islamic Tourism. Islamic Tourism, 32, 2.

Henderson J.C. 2003. Managing Tourism and Islam in Peninsular Malaysia. Tourism Management 24:

447 – 456.

Henderson J. C. 2009. Islamic tourism reviewed. Tourism Recreation Research, 34 (2), 207-212.

Henderson, J. C. 2010. Chapter 6: Islam and tourism. In Bridging Tourism Theory and Practice. Scott,

N. And Jafari, J. (eds), 75-89. Emerald Group Publishing. Paterson, M. H. S. 1924. "An Early

Inscription from Trengganu Malay." JMBRAS 2: 252-258. Sheppard, M.C.1949. A Short

History of Terengganu. Journal of The Malayan Branch of The Royal Asiatic Society, XXII

(3): 45-52

Islamic Tourism Centre

Kementerian Pelancongan Malaysia

Laderlah, S. A., Rahman, S. A., Awang, K., & Man, Y. C. 2011. A Study on Islamic Tourism : A

Malaysian Experience, 2nd International Conference on Humanities, Historical and Social

Sciences, 17, 184–189.

Shakiry, A. S. 2006. The academy of Islamic tourism project. Islamic Tourism, 25, September-October.

< http://www.itm-itw.com/Articles/articles.php?issue=25> on 23 June 2011.

Teoman Duman/World Islamic Tourism Forum (WITF 2011), 12-13 July 2011 Kuala Lumpur,

Malaysia

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Sektormakanan_minumandisasarsumbangRM30bilionpad

a2020/Article

SENARAI RAJAH DAN JADUAL

RAJAH 1: Peta Interaktif Taman Tamadun Islam

Page 8: Taman Tamadun Islam Sebagai Produk Pelancongan Islam ... · Batu Caves di Selangor untuk penganut beragama hindu dan Pu-Tou-San di China untuk penganut beragama budha (Cora U.I.,

186 Zairin Akma Zolkapli, Chamhuri Siwar, Habibah Ahmad, Hamzah Jusoh

Sumber: Kajian Lapangan 2012

RAJAH 2: Taburan tahap pengetahuan responden mengenai pelancongan Islam

Sumber: Kajian Lapangan 2012

RAJAH 3: Kefahaman responden mengenai pelancongan Islam

Page 9: Taman Tamadun Islam Sebagai Produk Pelancongan Islam ... · Batu Caves di Selangor untuk penganut beragama hindu dan Pu-Tou-San di China untuk penganut beragama budha (Cora U.I.,

Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke VIII 2013 187

Sumber: Kajian lapangan 2012

RAJAH 4: Ciri penting dalam pelancongan Islam

Sumber: Kajian lapangan 2012

RAJAH 5: Jangkaan dan penerimaan pelancong

Page 10: Taman Tamadun Islam Sebagai Produk Pelancongan Islam ... · Batu Caves di Selangor untuk penganut beragama hindu dan Pu-Tou-San di China untuk penganut beragama budha (Cora U.I.,

188 Zairin Akma Zolkapli, Chamhuri Siwar, Habibah Ahmad, Hamzah Jusoh

Sumber: Kajian lapangan 2012

RAJAH 6: Kunjungan berulang pelancong ke TTI

JADUAL 1: Jumlah Kedatangan Pelancong dan Pendapatan Pelancongan di Malaysia (2001 – 2012)

Tahun Jumlah Kedatangan (RM/Juta) Jumlah Pendapatan Pelancongan

(RM/Bilion)

2012 25.03 60.6

2011 24.7 58.7

2010 24.6 56.5

2009 23.6 53.4

2008 22.0 49.5

2007 20.9 46.0

2006 17.5 36.2

2005 16.4 31.9

2004 15.7 29.6

2003 10.6 21.2

2002 13.3 25.7

2001 12.8 24.2

Sumber: Kementerian Pelancongan Malaysia

JADUAL 2: Destinasi percutian mesra muslim

Negara Gred

Malaysia 8.3

Egypt 6.7

UEA 6.6

Turki 6.6

Arab Saudi 6.4

Sumber: Executive summary, Global Muslim Lifestyle Travel Market 2012: Landscape & Consumer

Needs study for Airlines, Destination and Hotel/Resorts

JADUAL 3: Demografi responden

Pemboleh ubah

Frekuensi Peratus (%)

Umur < 21 19 10.6

21 - 30 97 54.2

31 - 40 34 19

41 - 50 23 12.8

51 - 60 5 2.8

> 60 1 0.6

Jantina Lelaki 96 53.6

Perempuan 83 46.4

Bangsa Bukan Melayu 3 1.7

Page 11: Taman Tamadun Islam Sebagai Produk Pelancongan Islam ... · Batu Caves di Selangor untuk penganut beragama hindu dan Pu-Tou-San di China untuk penganut beragama budha (Cora U.I.,

Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke VIII 2013 189

Islam 176 98.3

Tahap Pendidikan Sekolah Agama 2 1.1

Sekolah Kebangsaan 1 0.6

Sekolah Menengah 40 22.3

Maktab 6 3.4

Universiti 130 72.6

Pendapatan < 1000 27 15.1

1001 - 2000 70 39.1

2001 - 3000 37 20.7

3001 - 4000 18 10.1

4001 - 5000 15 8.4

5001 - 6000 2 1.1

> 6000 10 5.6

Taraf Perkahwinan Bujang 79 44.1

Berkahwin 99 55.3

Duda 1 0.6

Sumber: Kajian Lapangan 2012

JADUAL 4: Hubungan Antara Ciri Penting Pelancongan Islam Dengan Umur

Pemboleh ubah Ujian X² (Nilai - P)

Umur

Makanan Halal 0.000***

Kemudahan yang mesra muslim untuk pelancong muslim (arah

kiblat, sejadah) 0.051

Hiburan dan program berunsur keislaman 0.666

Etika pemakaian mengikut prinsip Islam 0.880

Pengasingan jantina di kolam mandi 0.883

Pengurusan pelancongan yang profesional 0.538

Kawasan yang diyakini bebas alkohol 0.361

Pemandu pelancong yang mempunyai pengetahuan asas Islam 0.000***

Jurubahasa disediakan 0.009**

Maklumat mengenai destinasi pelancongan disediakan 0.117

Tandas yang kondusif bagi orang muslim (tempat wuduk, bidet

dan hos air untuk pembersihan) 0.032*

*** p < 0.001, ** p < 0.01, * p < 0.05

Page 12: Taman Tamadun Islam Sebagai Produk Pelancongan Islam ... · Batu Caves di Selangor untuk penganut beragama hindu dan Pu-Tou-San di China untuk penganut beragama budha (Cora U.I.,

190 Zairin Akma Zolkapli, Chamhuri Siwar, Habibah Ahmad, Hamzah Jusoh

JADUAL 5: Hubungan antara ciri penting pelancongan Islam dengan tahap kepuasan pelancong

Pemboleh Ubah

Ujian X² (Nilai - P)

Aktiviti Ilmu

Hospitaliti/

Akhlak

Fasiliti/Mesra

Muslim

Kemudahan &

Perhubungan Harga Halal & Haram

Makanan halal 0.974 0.961 0.818 0.967 0.997 0.819 0.881

Kemudahan yang mesra muslim untuk

pelancong muslim (arah kiblat, sejadah

dll) 0.499 0.997 0.466 0.701 0.784 0.603 0.499

Hiburan dan program berunsur

keislaman 0.047* 0.002** 0.362 0.455 0.998 0.078 0.771

Etika pemakaian mengikut prinsip

Islam 0.028* 0.253 0.360 0.409 0.966 0.938 0.785

Pengasingan jantina di kolam mandi 0.008* 0.000*** 0.081 0.290 0.475 0.982 0.595

Pengurusan pelancongan yang

profesional 0.027** 0.000*** 0.990 0.068 0.784 0.300 0.176

Kawasan yang diyakini bebas alkohol 0.126 0.916 0.447 0.700 0.772 0.549 0.329

Pemandu pelancong yang mempunyai

pengetahuan asas Islam 0.685 0.919 0.654 0.547 0.648 0.099 0.934

Jurubahasa disediakan 0.048* 0.161 0.116 0.029* 0.258 0.670 0.568

Maklumat mengenai destinasi

pelancongan disediakan 0.667 0.992 0.172 0.250 0.115 0.082 0.553

Tandas yang kondusif bagi orang

muslim (tempat wuduk, bidet dan hos

air untuk pembersihan) 0.742 0.861 0.155 0.001*** 0.000*** 0.066 0.639

*** p < 0.001, ** p < 0.01, * p < 0.05

Sumber: Kajian lapangan 2012