halaman lima kenali organisasi dan peranan pertubuhan ... · pdf filelayah yang tidak ada...

Download Halaman Lima Kenali Organisasi dan Peranan Pertubuhan ... · PDF filelayah yang tidak ada pemerintahan ... SISTEM Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. MALAYSIA merupakan salah sebuah

If you can't read please download the document

Upload: ledieu

Post on 06-Feb-2018

233 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

  • Halaman LimaBERITA HARIAN R abu, 17 Mei 2006

    Kenali Organisasi dan PerananPertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu

    BENDERA Pertubuhan Bangsa-BangsaBersatu mempunyai peta dunia yangdikelilingi oleh kalungan rantingpokok Zaitun yang melambangkanperd a m a i a n .

    Oleh Zulhilmi Baharudin

    FUNGSI dan peranan yang di-mainkan oleh PertubuhanBangsa-Bangsa Bersatu

    (PBB) telah diulas dalam Jilid 17Ensiklopedia Dunia terbitan DewanBahasa dan Pustaka. PBB telah di-tubuhkan pada 24 Oktober 1945 se-jurus selepas Perang Dunia Keduatamat. Semasa perang tersebuthampir tamat, bangsa-bangsa yangmenentang Jerman, Itali dan Jepuntelah mencapai satu kesepakatanagar perang seperti ini tidak akanberulang lagi. Wakil-wakil negaratersebut telah bertemu di San Fran-cisco pada bulan April 1945 danmenyusun rancangan bagi penu-buhan organisasi yang mampu un-tuk menjaga keamanan dunia. Padabulan Jun 1945, Piagam PBB telahdibentuk dan dipersetujui oleh 50buah negara yang seterusnya men-jadi anggota pertama PBB dan kiniPBB telah dianggotai oleh 185 buahnegara.

    Ibu pejabat PBB terletak di tebingSungai East di New York City danperanan PBB dijalankan oleh enambadan utama iaitu PerhimpunanAgung, Majlis Keselamatan, Sek-retariat, Majlis Ekonomi dan So-sial, Mahkamah Keadilan Antara-bangsa dan Majlis Peramanahan.Perhimpunan Agung merupakanbadan utama yang mempunyai wa-kil dari semua negara anggota bagimembincangkan sebarang persoa-lan atau mengesyorkan tindakanyang perlu diambil oleh negara ang-gota atau badan-badan PBB yanglain. Majlis Keselamatan pula ber-tanggungjawab bagi menjaga ke-amanan dan kedaulatan negaraanggota manakala Sekretariat ber-tindak sebagai satu badan eksekutif

    bagi melaksanakan dan menyela-raskan ketetapan yang telah dibuatserta memastikan badan-badan laindi bawah PBB melaksanakan tu-gasan dengan secekap mungkin.Bagi memastikan taraf hidup bang-sa-bangsa negara anggota diting-katkan dengan lebih baik serta me-majukan hak asasi manusia, Pia-gam PBB menetapkan agar tang-gungjawab itu dilaksanakan olehMajlis Ekonomi dan Sosial. Mah-kamah Keadilan Antarabangsa pu-la mengendalikan perselisihan un-dang-undang manakala Majlis Pe-ramanahan untuk mengawasi wi-layah yang tidak ada pemerintahansendiri pada waktu PBB diasaskan.Fungsi enam badan-badan utamatersebut telah disokong oleh 21buah Jawatankuasa PBB dan 19buah Agensi Khas PBB seperti gam-baran lengkap yang boleh dilihatdalam rajah.

    Ensiklopedia Dunia ini turutmenjelaskan peranan dan tang-gungjawab Setiausaha Agung PBBselaku Ketua Pentadbir. Beliau per-lu menyedia dan melaporkan ma-salah dan kejayaan pertubuhan ke-

    pada Perhimpunan Agung setiaptahun selain menasihati negara-ne-gara anggota dan membantu me-nyelesaikan sebarang masalahyang timbul. Piagam PBB memberikuasa kepada Setiausaha Agunguntuk menasihati Majlis Kesela-mat an tentang sebarang keadaanyang mungkin mengancam keama-nan dunia. Turut disentuh dalamensiklopedia ini ialah bagaimanaproses pelantikan jawatan Setia-

    usaha Agung yang jarang diketa-hui umum. Setiausaha Agung di-calonkan oleh Majlis Keselamatandan dilantik oleh PerhimpunanAgung untuk tempoh lima tahun.Kesemua anggota tetap Majlis Ke-selamatan yang dianggotai oleh 15anggota dengan lima anggotanyamerupakan anggota tetap yang ter-diri daripada wakil Amerika Sya-rikat, China, Perancis, Rusia danUnited Kingdom perlulah bersetuju

    sebelum seseorang itu dapat dica-lonkan. Setelah itu, Majlis Kese-lamatan mengemukakan syornyakepada Perhimpunan Agung danSetiausaha Agung dilantik denganundi majoriti PerhimpunanAgung. Antara yang pernah men-jadi Setiausaha Agung PBB ialahTrygve Lie dari Norway (1946-1953),Dag Hammarskjold dari Sweden(1953-1961), U Thant dari Burma(1961-1971), Kurt Waldheim dariAustria (1972-1981), Javier Perez deCuellar dari Peru (1982-1991), Bou-tros Boutros-Ghali dari Mesir(1992-1996) dan Kofi Annan dariGhana (1997 hingga kini).

    Dalam sistem PBB PerhimpunanAgung adalah satu-satunya badanutama yang diwakili oleh semuaanggotanya. Setiap anggota bolehmenghantar lima orang wakil, limaorang pengganti wakil, dan seberapabanyak penasihat yang diingini. Punbegitu, setiap negara anggota hanyamempunyai satu undi sahaja. Padasetiap awal sesi tahunan, Perhim-punan Agung akan melantik penge-rusi baru yang berperanan untukmemimpin perbincangan Perhim-punan serta mengarahkan polisiatau kerja-kerja yang diputuskan di-laksanakan dengan jayanya. Seba-gai maklumat tambahan, Malaysiajuga merasa bertuah kerana seoranganak jatinya iaitu Tan Sri RazaliIsmail telah dipilih menjadi Penge-rusi Majlis Keselamatan bagi tem-poh 1989 hingga 1990 dan seterusnyadilantik menjadi Pengerusi Perhim-punan Agung PBB dari 1996 hingga1997.

    Melalui eksiklopedia ini pemba-ca dapat memahami fungsi dan pe-ranan PBB yang bukan semata-ma-ta menjaga keamanan dan kesela-matan dunia, malah, peranannyalebih luas dalam mengendalikanpelbagai masalah di seluruh duniaseperti pertanian, komunikasi, ke-sihatan, peningkatan taraf hidup,membantu menyediakan dana pin-jaman, bantuan pendidikan, peng-gunaan tenaga atom secara aman,kawalan pencemaran, menentangkebuluran dan lain-lain lagi. Pe-nerangan yang lengkap serta di-bantu dengan catatan rentetan per-istiwa-peristiwa penting mengikuttahun dalam sejarah PBB amatmembantu semua golongan pem-baca memahami fungsi dan pera-nan PBB melalui Ensiklopedia Du-nia ini.

    PERHIMPUNAN Agung merupakan satu-satunya badan utama PBB yangdiwakili oleh semua negara anggota.

    SISTEM Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. MALAYSIA merupakan salah sebuah negara anggota PBB sejak tahun 1957.

    ENSIKLOPEDIA DUNIA: Sumber rujukan utama yang lengkap.