dewan rakyat filejilid ii bil. 39 hari isnin ... bincangkan di perhimpunan agung pertubuhan...

159
PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN RAKYAT House of Representatives PARLIMEN KELAPAN Eighth Parliament PENGGAL KEDUA Second Session Jilid II Bil. 39 Hari Isnin 9hb November 1992 KANDUNGAN JAWAPAN-JAWAPAN MULUT BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Ruangan 1) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan 1993 (Ruangan 40) USUL: Anggaran Pembangunan 1993 (Ruangan 40)

Upload: dodiep

Post on 03-May-2019

257 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: DEWAN RAKYAT fileJilid II Bil. 39 Hari Isnin ... bincangkan di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangaa Bersatu * ... jawapan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri oleh sebab Indonesia

PENYATA RASMI PARLIMENPARLIAMENTARY DEBATES

DEWAN RAKYATHouse of Representatives

PARLIMEN KELAPANEighth Parliament

PENGGAL KEDUASecond Session

Jilid II B i l . 39 Hari Isnin 9hb November 1992

KANDUNGAN

JAWAPAN-JAWAPAN MULUT BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Ruangan 1)

RANG UNDANG-UNDANG:

Rang Undang-undang Perbekalan 1993 (Ruangan 40)

USUL:

Anggaran Pembangunan 1993 (Ruangan 40)

Page 2: DEWAN RAKYAT fileJilid II Bil. 39 Hari Isnin ... bincangkan di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangaa Bersatu * ... jawapan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri oleh sebab Indonesia

DR.9.11.92

MALAYSIA

DEWAN RAKYAT

Isnin, 9hb November, 1992

Mesyuarat dimulakan pada pukul 2.30 petang

DOA

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

JAWAPAN-JAWAPAN MULUT BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN

TIMUR-TIMOR - RESOLUSI PERSIDANGAN PBB

1. Tuan Ruhanie bin Haji Ahmad minta Menteri Luar Negerimenyatakan apakah benar Malaysia menjadi salah sebuah negarapenyokong kuat terhadap resolusi Timur-Timor yang dibentangkan diPersidangan PBB tempoh hari.

Timbalan Menteri Luar Negeri [Dato' Dr. Abdullah Fadzll bin Che

Wan]: Tuan Yang di-Pertua, suka saya menjawab soalan itu kepada

Dewan yang mulia ini bahawa soal mengenai Timor-Timur tidak di-

bincangkan di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangaa Bersatu*

sejak beberapa tahun yang lampau.

Resolusi Perhimpunan Agung yang mutakhir mengenai soal ini

telahpun diluluskan oleh badan dunia ini pada tahun 1982 yang di

antara lain meminta Setiauaaha Agung untuk mengadakan perundingan

dengan semua pihak yang terlibat secara langsung. Selain daripada

itu, usaha-usaha sedang dibuat oleh lndonesia dan Portugal untuk

mengadakaa dialog mengenai masalah Tiraur-Timor.

Malaysia menyokong penuh pendirian bahawa Timur—Timor sudahpun

menjadi sebahagian daripada wilayah Republik Indonesia melalui

proses integrasi yang telahpun diadakan pada tahun 1976.

Page 3: DEWAN RAKYAT fileJilid II Bil. 39 Hari Isnin ... bincangkan di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangaa Bersatu * ... jawapan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri oleh sebab Indonesia

DR.9.11.92 - 2 -

Tuan Haji Mohamed bin Sabu: Tuan Yang di-Pertua, soalan tamta-

han. Apakah sikap Kerajaan terhadap Tinmr-Timor selaras dengan si-

kap Kerajaan terhadap perjuangan rakyat Aceh yang menuntut kemerde-

kaan yang mendapat sokongan daripada Pertubuhan Antarabangsa di

Eropah.

Kalau ada perbeaaan, bolehkah ulaskan sedikit tentang perbeaaaa

sikap Malaysta terhadap Aceh dan sikap Malaysia terhadap Timur-

Timor?

Dato' Dr. Abdullah Fadzil bin Che Wan: Tuan Yang di-Pertua,

kedua-dua wilayah tersebut adalah sebahagian daripada wilayah

Republik Indonesia itu sendiri. Maka ianya berSamaan.•

Dr. Kua Kia Soong: Taan Yang di-Pertua, saya kesal dengah

jawapan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri oleh sebab Indonesia

menyerbu dan menakluki Timur-Timor pada 7hb Disember, 1975; 9 hari

selepas East Timor mencapai kemerdekaan mereka. Dan sejak 1975

sampai 1980an seramai lebih kurang 200,000 orang rakyat Timur-Timor

talah dibunuh dan resolusi Security Council, Resolusi 384......

Tuan Yang di-Pertua: Pertanyaannya, Yang Berhormat?

Dr. Kua Kia Soong: ....telahpun menghentara Indonesia dan mem-

pertahankan hak rakyat East Timor kepada rights to self-

determination. Memandangkan bahawa ada Resolusi 384 itu dan

memandangkan bahawa Kerajaan Malaysia telahpun. mengambil satu

pendirian yang begitu kuat terhadap Bosnia-Herzegovina, kenapakah

dalam perkara Timur-Timor pendirian Kerajaan Malaysia begitu double

standard? Saya berharap saya boleh mendapat suatu penjelasan. yang

lebih tepat.

Page 4: DEWAN RAKYAT fileJilid II Bil. 39 Hari Isnin ... bincangkan di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangaa Bersatu * ... jawapan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri oleh sebab Indonesia

DR.9.11.92 - 3 -

Dato' Dr. Abdullah Fadzil bia Che Wan: Taan Yang di-Pertua,

masalah Timur-Timor dan Bosnia-Herzegovina adalah dua perkara yang

begitu jauh berbeza, maka tidak ada double standard di sini.

AHAK PENEROKA FELDA - CABARAN KEMISKINAN

2. Tuan Haji Ibrahim bin Mahnood minta Menteri Pembangunan. LuarBandar menyatakan setakat manakah benarnya dakwaan Menteri PerpaduanNegara dan Pembangunan Masyarakat bahawa terdapat anak penerokaFELDA yang terjerumus dalam pelacuran akibat kemiskinan. Jikabenar, apa,kah langkah Kementerian untuk mengatasi kepincangan yangmemalukan itu. Jika tidak, bagaimanakah dakwaan tersebut bolehdibangkitkan oleh seorang Menteri Kabinet secara terbuka.

Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar [Tuan Mohd. Yassin bin

Kamari]: Tuan Yang di-Pertua, pihak Kementerian Pembangunan Luar

Bandar telah membuat siasatan mengenai perkara tersebut dan didapati•

tidak ada sebarang kes di mana anak peneroka atau mana-mana ahli

keluarga peneroka yang terjerumus dalam pelacuran akibat kemiskinan.

MAHKAMAH RAYUAN - MASALAH PENUBUHAN

3. Tuan Gooi Hock Seng minta Menteri Undang-undang menyatakansama ada Kerajaan telah memutuskan tarikh Mahkamah Rayuan akanditubuhkan dan apakah masalah-masalah yang dihadapi di dalampenubuhan Mahkamah ini.

10.11.1992

3. Tuan Shahidan bin Kassim minta Menteri Undang-undang meng-huraikan rancangan mewujudkan Mahkamah Rayuan di Malaysia.

Page 5: DEWAN RAKYAT fileJilid II Bil. 39 Hari Isnin ... bincangkan di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangaa Bersatu * ... jawapan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri oleh sebab Indonesia

DR.9.ll.92 - 4 -

Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Undang-undang

[Dato' Syed Hamid bin Syed Jaafar Albar]: Tuan Yang di-Pertua, saya

ingin menjawab soalan ini bersama-sama dengan soalan yang dibangkit-

kan oleh Yang Berhormat dari Arau untuk dijawab pada lOhb November,

1992.

Tuan Yang di-Pertua: Baiklah.

Dato' Syed Hamid bin Syed Jaafar Albar: Tuan Yang di-Pertua,

Kerajaan telah bersetuju pada dasarnya dengan cadangan penubuhan

Mahkamah Rayuan bagi mendengar kes-kes rayuan daripada Mahkamah

Tinggi tetapi tarikh Mahkamah Rayuan ditubuhkan belum diputuskan

lagi. Ini adalah oleh kerana sebelum Mahkamah Rayuan dapat ditubuh-

kan, beberapa perkara perlu dikenalpasti dan diselesaikan seperti

berikut:-

(i) bentuk dan struktur Mahkamah Rayuan;

(ii) pindaan kepada Akta-akta tertentu seperti Perlembagaan

Persekutuan dan Akta Mahkamah Kehakiman 1964, Akta

Mahkamah Rendah 1948 dan lain-lain;

(iii) bidangkuasa untuk Mahkamah Rayuan dan Mahkamah-mahkamah

yang lain;

(iv)prosedur-prosedur Rayuan;

(v)bilangan Hakim yang sesuai diambil;

(vi)bilangan pegawai sokongan yang dipilih;

(vii)kemudahan fizikal seperti Kamar dan pejabat perlu disedia-

kan,

Oleh itu, tarikh untuk. menubuhkannya akan hanya dapat diketahui

selepas perkara-perkara yang tersebut di atas dapat diselesaikan

dahulu

Page 6: DEWAN RAKYAT fileJilid II Bil. 39 Hari Isnin ... bincangkan di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangaa Bersatu * ... jawapan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri oleh sebab Indonesia

DR.9.11.92 -5-

Wan Junaidi bin Tuanku. Jaafar: Tuan Yang di-Pertua, soalan

tarabahan. Saya ingin bertanya dengan Yang Berhormat Menteri, pada

masa sekarang struktur Jabacan Kehakiman Malaysia sudah dibahagi dua

iaitu Hakim Tinggi Borneo dan Malaya. Jadi, dalam rangka pengajian

Kerajaan kita mengadakan Mahkamah Rayuan, adakah ini juga diadakan

dalam serata dua, satu di Semenanjung dan satu di Sarawak dan Sabah.

Dato' Syed Hamid bin Syed Jaafar Albar: Tuan Yang di-Pertua,

kita tidak bertujuan untuk mempunyai struktur yang berbeza. Dia

akan mempunyai satu struktur iaitu Mahkamah Rayuan bagi keseluruhan

Persekutuan.

MARDI - MENGKOMERSIALKAN PENEMUAN PENYELIDIKAN

4. Tuan Ahmad bin Omar minta Menceri Pertanian menyatakanse jauhmanakah usaha dan kejayaan MARDI untuk. mengkomersialkanpenemuan penyelidikan melalui projek-projek usahamasa dengan sektorswasta sama ada dalam sektor pertanian atau ternakan.

Setiausaha Parlimen Kementerian Pertanian [Tuan Mohd. Shariff

bin Haji Omar]: Tuan Yang di-Pertua, MARDI telah mengenalpasti

pelbagai jenis teknologi yang berpotensi untuk dikomersialkan secara

usahasama dengan pihak pelabur swasta dan agensi-agensi komersial

Kerajaan. Di antara teknologi-teknologi yang sedia ada untuk

dikomersialkan ialah teknologi pengeluaran pelbagai buah-buahan

tropika seperti belimbing, betik, jambu batu, limau langkat, durian,

ciku dan lain-lain buah-buahan. Pekatan jus dan palpa buah-buahan

tropika, ternakan itik jenis maskorvi, kuih tradisional, sos

baah-buahan, sayur-sayuran di bawah rumah lindungan hujan,

pengeluaran bahan tanaman dan sirap bunga raya.

Page 7: DEWAN RAKYAT fileJilid II Bil. 39 Hari Isnin ... bincangkan di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangaa Bersatu * ... jawapan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri oleh sebab Indonesia

DR.9,11.92 -6-

MARDI sedang giat menarik minat pelabur-pelabur bagi

melaksanakan projek usahasama. Sehubungan dengan ini MARDI telah

menandacangani perjanjian usahasama dengan pihak Perbadanan Ketnajuan

Pertanian Negeri Selangor untuk mendirikan kilang pengeluaran

pekatan jus dan palpa buah-buahan seperti nenas, belimbing, durian

belanda dan pisang. MARDI juga sedang mengadakan beberapa rundingan

dengan beberapa pihak pelabur untuk raengadakan projek usahasama•

berasaskan teknologi-teknologi yang dikenalpasti. dan akan mengadakan

parjanjian usahasama tidak lama lagi.

Tuan Shahidan bin Kassim: Tuan Yang di-Pertua, soalan

tambahan. Pertama, saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat,

sajauhmana prestasi syarikat-syarikat. usahasama yang telah dibuat

oleh MARDI, sebab di bawah Akta (Pindaan) MARDI yang telah dilulus

kalau saya tidak silap dua tahun lepas ataupun dalatn Parlimen yang

lepas, sudah pasti MARDI mengorak langkah ke arah tertentu untuk

raemulakan syarikat usahasama yang berkenaan, Jadi, soalan saya

kalau ada, sejauhmana prestasi syarikat yang telah mereka terlibat

dalam usahasama. Kelau belum, apakah bentuk usahasama, adakah dalam

bentuk 50:50 atau sebagainya? Ataupun bagaimana MARDI ingin membuat

pelaburan, sama ada MARDI hanya melibatkan know-how ataupun MARDI

juga akan melibatkan investment mengenai kewangan. Itu partama.

Kedua, untuk rekod, apakah MARDI bercadang, sebab saya tengok

suratkhabar hari ini, yang mana ada satu penemuan pokok yang saya'

rasa melibatkan MARDT iaitu pokok yang boleh mengubatkan penyakit

Page 8: DEWAN RAKYAT fileJilid II Bil. 39 Hari Isnin ... bincangkan di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangaa Bersatu * ... jawapan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri oleh sebab Indonesia

DR.9.11.92 -7-

AIDS, dan saya ingat pokok ini hanya terdapat di sini, saya pasti

MARDI akan merupakan syarikat yang paling kaya dalam dunia, kalau

sekiranya dia dapat penemuan mengenai penyakit AIDS daripada pokok

yang terdapat di Sarawak.

Tuan Mohd. Shariff bin Haji Omar:Tuan Yang di-Pertua, setakat

ini dari segi kemajuan usahamasa MARDI dengan pihak swasta, kita

baru sahaja mengadakan perjanjian usahasama yang telah ditandangani

dengan Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Selangor. Jadi, selain

daripada Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Selangor, ada lagi 7

pihak swasta yang sekarang ini dalam pringkat kita hendak deraf

perjanjian dan ada juga di peringkat penyediaan kajian. Untuk

makluman Yang Berhormat mengenai dengan ikuiti kita dengan

Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Selangor, MARDI memegang ekuiti

sebanyak 20% dengan sumbangan berbayar sebanyak $1.1 juta.

Dato' Haji Mohd. Zihin bin Haji Mohd, Hassan: Bolehkah

Timbalan.....

Tuan Shahidan bin Kassim: Sekejap, saya minta soalan nombor dua

itu dijawab, iaitu mengenai AIDS.

Tuan Yang di-Pertua: Dia tidak jawab Yang Berhormat, tidak

apalah.

Tuan Shahidan bin Kassim; Saya minta dia menjawab soalan itu.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, tidak boleh dah!

Dato' Haji Mohd. Zihin bin Haji Mohd. Hassan: Tidak boleh dah.

Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Dalam jawapan tadi,

Setiausaha Kementerian Pertanian ada berkata 7 syarikat-syarika'

yang terlibat dalam masalah yang sama, bolehkah beritahu kepada

Dewan yang mulia ini apakah syarikat-syarikat itu?

Page 9: DEWAN RAKYAT fileJilid II Bil. 39 Hari Isnin ... bincangkan di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangaa Bersatu * ... jawapan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri oleh sebab Indonesia

DR.9.11.92 -8-

Tuan Mohd. Shariff bin Haji Omar: Tuan Yang di-Pertua, saya

tidak boleh mengumumkan nama syarikat yang berkenaan sebab kita

masih lagi dalam peringkat perbincangan. Jadi, insya Allah,

selepas kita selesaikan ini kita boleh umum, tetapi sekadar

memaklumkan bilangan syarikat yang berminat dan telah mengadakan

perbincangan dengan pihak MARDI, saya suka maklumkan iaitu sebanyak

lapan, detailnya kita akan disclose, dengan izin, kemudiannya.

MAS - PENERBANGAN WAKTU MALAM KE IPOH

5. Dr.Nawawi bin Mat Awin minta Menteri Pengangkutan menyatakan:-

a) sama ada beliau sedar bahawa penerbangan waktu malam keLapangan Terbang Ipoh yang dibatalkan lebih kurang setahunkerana kerosakan sistem alat pendaratan, masih tidakberoperasi walaupun kalau berdasarkan jawapan YangBerhormat Menteri sendiri kepada Pertanyaan Yang BerhormatDr. Nawawi ' pada 6hb Mei, 1992 penerbangan waktu malamsepatutnya sudahpun beroperasi semula empat bulan lalu;

b) apakah sebabnya perkara ini berlaku; dan

( c ) b i l a k a h tarikh baru penerbangan waktu malam tersebutdijadualkan.

16.11.92

12. Tuan Kerk Kim Hock minta Menteri Pengangkutan menyatakan,bersabit dengan kerosakan alat pendaratan yang bernilai $6.5 juta diLapangan Terbang Sultan Azlan Shah, Ipoh:

a) setakat ini, berapakah jumlah kerugian yang telah dialamioleh Penerbangan Malaysia dan Jabatan Penerbangan Awamsemenjak pembatalan penerbangan malam dibuat sejak 21.8.91;

(b) adakah kontraktor alat pendaratan diwajibkan untukmenanggung kerugian tersebut. Jika ya, berapakah jumlahwang yang telah dibayar oleh kontraktor; dan

(c) bilakah sistem alat pendaratan dijangka dapat:dicommission dan digunakan.

Page 10: DEWAN RAKYAT fileJilid II Bil. 39 Hari Isnin ... bincangkan di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangaa Bersatu * ... jawapan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri oleh sebab Indonesia

DR.9.11.92 -9-

Timbalan Menteri Pengangkutan [Datin Paduka Hajah Zaleha binti

Ismail]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon izin untuk menjawab soalan

Yang Berhormat dari Tambung ini bersama-sama dengan soalan Yang

Berhormat dari Pasir Pinji yang dijadualkan pada I6hb November,

memandangkan kedua-dua soalan tersebut menyentuh mengenai masalah

sistem alat perhubungan, dengan izin, navigational aids, di

lapangan terbang Sultan Azlan Shah, Ipoh.

Tuan Yang di-Pertua:Baiklah.

Datin Paduka Hajah Zaleha binti Ismail: Tuan Yang di-Pertua,

alat perhubungan di Lapangan terbang Sultan Azlan Shah belum dapat

disempurnakan sepenuhnya. Oleh itu penerbangan waktu malam ke

lapangan terbang ini yang pada mulanya dijangka dapat dimulakan

semula pada bulan Mei tahun ini masih tidak dapat diadakan seperti

yang dirancangkan. Alat-alat perhubungan yang telah dipasang lebih

awal masih tidak dapat memenuhi sepenuhnya spesifikasi teknikal yang

ditetapkan oleh Kerajaan.

Pada bulan Julai tahun ini Kerajaan telah mengarahkan kontraktor

supaya menggantikan alat perhubungan, Kerja-kerja pemasangan dan

pertauliahan akan selesai pada pertengahan bulan tahun ini. Sebaik

sahaja alat-alat perhubungan yang dipasang didapati berfungsi pada

pertengahan November ini, operasi penerbangan malam ke

Lapangan terbang Sultan Azlan Shah akan dimulakan.

Jumlah kerugian yang telah dialami oleh DCA dan MAS sejak

September, 1991 hingga September 1992 adalah sebanyak $450,387.

Sejak dari 6hb Jun, 1990 kontraktor telah didenda sebanyak $1,300

sehari. Denda ini akan terus dikenakan sehingga kontraktor dapat

memulihkan sepenuhnya alat-alat perhubungan yang tidak berfungsi.

Page 11: DEWAN RAKYAT fileJilid II Bil. 39 Hari Isnin ... bincangkan di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangaa Bersatu * ... jawapan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri oleh sebab Indonesia

DR.9,11.92 -10-

Dato' Dr. Haji Jamaluddin bin Haji Jarjis: Tuan Yang

di-Pertua, soalan tambahan. Tadi, dimaklumkan bahawa pihak kontrak-

tor diminta mengganti aiat-alat navigational aids yang tidak

berfungsi. Adakah Kerajaan terpaksa membayar tambahan bila alat ini

Mengenai dengan barang ini, ada kata-kata kita dengar bahawa ba-

rang yang dibekal pada peringkat awal. atau navigational aids yang

dibekalkan itu merupakan alat proto-type yang tidak pernah digunakan

sebelum ini? Adakah ini benar, iaitu perkara-perkara yang saya

katakan seperti di atas.

Kedua, kerugian yang dialami oleh......

Tuan Yang di-Pertua:Itu ketiga. Cukuplah!

Dato' Dr. Haji Jamaluddin bin Haji Jarjis:Ya, cukup.

Datin Paduka Hajah Zaleha binti Ismail: Tuan Yang di-Pertua, se-

perti yang saya sebut tadi, kita tidak perlu menambah bahkan kita

denda kontraktor itu, $1,300 sehari. Mengenai alat ini, sama ada

ianya proto-type atau tidak, oleh kerana ianya tidak bertungsi, kita

telah meminta dan mengarahkan kontraktor menukarkannya kepada jenama ,

lain.

Tuan Yang di-Pertua: Tuan Haji Mahbud bin Haji Hashim.Y.B,

[Soalan No.67Tuan Haji Mahbud bin Haji Hashim tidak hadir]

KAD PENGENALAN BIRO PAlSU -JUMLAH DIRAMPAS

7. Tuan Michael Asang minta Menteri Dalam Negeri menyatakan bilan-gan kad pengenalan biru yang palsu yang telah dikesan dan dirampasoleh pihak Polis dan Jabatan Imigresen di Sabah, Sarawak dan Malay-"sia dalam tempoh 9 bulan pertama tahun ini (1992) sama ada jumlahbilangan yang dikesan dan dirampas dalam tempoh yang sama pada tahun1991. Sila nyatakan pemegang-pemegang kad ini. mengikut negara asalmereka dan apakah tindakan undang-undang yang telah dikenakan keatas pemegang atau pemilik kad pengenalan palsu ini selain daripadatindakan menghantar balik ke negara asal mereka.

Page 12: DEWAN RAKYAT fileJilid II Bil. 39 Hari Isnin ... bincangkan di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangaa Bersatu * ... jawapan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri oleh sebab Indonesia

DR.9.11.92 -11-

Timbalan Menteri Dalam Negeri Negeri [Dato'Megat Junid bin

Megat Ayob]:Tuan Yang di-Pertua, jumlah kad pengenalan biru palsu

yang telah berjaya dirampas di Sabah, Sarawak dan Semenanjung

Malaysia dalam tempoh 9 bulan tahun pertama tahun 1992 adalah

sebanyak 758 kad. Untuk tempoh yang sama bagi tahun 1991 pula

adalah sebanyak 953 kad. Kebanyakan pemegang atau pemilik kad

pengenalan palsu yang ditangkap ini terdiri daripada rakyat

Indonesia, India, Bangladesh, Thailand dan Filipina. Selain

daripada diusir, mereka didakwa di Mahkamah di bawah Akta

Pendaftaran kerana kesalahan memiliki kad pengenalan palsu.

Page 13: DEWAN RAKYAT fileJilid II Bil. 39 Hari Isnin ... bincangkan di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangaa Bersatu * ... jawapan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri oleh sebab Indonesia

DR.9.11.92 - 12-

PEMBELI RUMAH KOS RENDAH - KESUKARAN MENDAPAT PINJAMAN BANK

8. Tuan Fong Kui Lun minta Menteri Kewangan menyatakan adakahbeliau sedar kesukaran pembeli-pembeli rumah kos rendah untukmendapatkan pinjaman bank; jika sedar, apakah puncanya dan caramengatasinya.

Timbalan Menteri -Kewangan [Dato'Loke Yuen Yow]: Tuan Yang

di-Pertua, saya minta maaf kerana dalam jawapan saya ini, soalan ini

adalah soalan Tuan Chor Chee Heung. Minta maaf.

Tuan Yang di-Pertua, Kerajaan sedar akan kesukaran

pembeli-pembeli rumah kos rendah untuk mendapat pinjaman dari

institusi-institusi bank di mana puncanya adalah kerana pemberian

pinjaman perumahan oleh institusi bank pada masa ini dikatakan tidak

menguntungkan memandangkan kos dana institusi bank adalah lebih

tinggi berbanding dengan kadar faedah maksimum yang ditetapkan bagi

pinjaman perumahan kos rendah iaitu 9% setahun ataupun 1.75 mata

peratusan di atas kadar pinjaman asas.

Tuan Yang di-Pertua, untuk mengatasi masalah ini, baru-baru ini

Kerajaan telah bersetuju memberi bantuan dalam bentuk subsidi faedah

sebanyak 1% terhadap pinjaman perumahan tertumpu kepada bank- bank

perdagangan dan syarikat-syarikat kewangan bagi membiayai pembelian

rumah berharga $100,000 dan ke bawah. Subsidi tersebut hanya diberi

untuk pinjaman perumahan yang diberikan kepada kadar faedah maksimum

9% setahun berkuatkuasa dari 2hb November tahun ini.

Tuan Yang di-Pertua, di samping itu, Bank Negara Malaysia pada

30hb Mac tahun ini telah mengeluarkan garispanduan pemberian

pinjaman 1992 yang melibatkan sektor perumahan, di mana bank-bank

perdagangan dikehendaki memberikan pinjaman perumahan untuk rumah

Page 14: DEWAN RAKYAT fileJilid II Bil. 39 Hari Isnin ... bincangkan di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangaa Bersatu * ... jawapan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri oleh sebab Indonesia

DR.9.11.92 -13-

kediaman yang berharga $100,000 dan ke bawah sekurang-kurangnya

75,000 unit dengan nilai pinjaman sekurang-kurangnya $4.5 ribu jua,manakala bagi syarikat-syarikat kewangan pula ialah sekurang-kurangnya 25,000 unit dengan jumlah pinjaman sekurang-kurangnya $1.5

ribu juta.Tarikh pematuhan garispanduan tersebut ialah pada 31hb

Mac, 1994. Walau bagaimanapun, separuh daripada jumlah kuota

tersebut hendaklah dipatuhi pada 3lhb Mac, 1993,

Tuan Fong Kui Lun: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Saya

ingin bertanya Yang Berhormat Timbalan Menteri, mengapakah pada masa ini terdapat bank-bank atau institusi kewangan memerlukan penjamin bagi pinjaman rumah kos rendah sedangkan pada masa lalu, ini bukan satu syarat.

Tuan Yang di-Pertua, soalan saya yang kedua. Adakah pihak

Kerajaan mempunyai rekod tentang kegagalan pembeli-pembeli rumah kos

rendah membayar balik pinjaman bank selama ini?

Dato' Loke Yuen Yow:Tuan Yang di-Pertua, saya harap Yang

Berhormat mengulangi soalan bahagian yang kedua.

Tuan Fong Kui Lun:Tuan Yang di-Pertua, soalan yang kedua,

adakah pihak Kerajaan atau Kementerian mempunyai rekodtentang

kegagalan pembeli-pembeli rumah kos rendah membayar balik pinjaman

bank selama ini?

Dato' Loke Yuen Yow: Tuan Yang di-Pertua, jawapan kepada

soalan tambahan bahagian yang pertama, iaitu berkenaan dengan

penjamin, saya ingin memberitahu Ahli Yang Berhormat berkenaan

Page 15: DEWAN RAKYAT fileJilid II Bil. 39 Hari Isnin ... bincangkan di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangaa Bersatu * ... jawapan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri oleh sebab Indonesia

DR.9.11.92 -14-

bahawa Kementerian saya akan mengkaji adakah ini perlu supaya

peminjam pinjaman perumahan yang berkenaan memerlukan penjamin.

Untuk menjawab soalan yang kedua, Kerajaan tidak mempunyai

rekod dalam tangan kita tetapi Bank Negara berkemungkinan mempunyai

rekod. Jikalau Bank Negara tidak mempunyai rekod, Bank Negara boleh

dengan mudahnya mendapat rekod kes-kes yang mana mereka gagal

membayar balik pinjaman yang berkenaan.

Tuan Chor Chee Heung: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan.

Memandangkan apa yang telah dijelaskan oleh Yang Berhormat Timbalan

Menteri, cuma saya hendak bertanya, adakah konsesi faedah iaitu 9%

setahun untuk rumah berharga $100,000 ke bawah adalah untuk pembeli-

pembeli bagi rumah yang pertama? Walaupun dalam dokumentasi

pinjaman itu ada sebut, katalah "hanya pembeli bagi rumah pertama

dapat konsesi itu". Macam mana pihak Kementerian ataupun bank dapat

memastikan bahawa pembeli-pembeli itu adalah pembeli rumah yang

pertama?

Yang kedua, tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri ada sebut

tencang subsidi 1% yang akan diberi oleh Bank Negara kepada bank-

bank yang memberi pinjaman kepada pembeli rumah berharga $100,000

dan ke bawah. Saya hendak tanya di sini, macam mana institusi-

institusi kewangan dan bank-bank dapat menuntut 1% ini dari Bank

Negara?

Dato' Loke Yuen Yow: Tuan Yang di-Pertua, oleh kerana Kerajaan

menganggap bahawa pemberian pinjaman perumahan kepada peminjam-

Page 16: DEWAN RAKYAT fileJilid II Bil. 39 Hari Isnin ... bincangkan di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangaa Bersatu * ... jawapan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri oleh sebab Indonesia

DR.9.11.92 -15-

peminjam yang ingin membeli rumah berharga $100,000 dan ke bawah,

Kerajaan menganggap bahawa peminjam-peminjam yang ingin meminjam

pinjaman ini untuk membeli rumah yang pertama patut diberikan faedah

ini ataupun pertolongan ini. Saya bagi pihak Kerajaan yakin bahawa

pihak bank ada satu sistem untuk menyiasat adakah benar bahawa

peminjam pinjaman yang berkenaan itu adalah peminjam yang ingin

meminjam pinjaman untuk membeli rumah yang pertama. Jikalau iidak,

apabila mereka diberikan pinjaman dan mereka dikenalpasti bahawa

rumah itu adalah rumah yang kedua dan sebagainya, pinjaman itu akan

ditarik balik dan kemungkinan penalti akan dikenakan.

Bagi menjawab bahagian yang kedua, Tuan Yang di-Pertua,

Kerajaan baru-baru ini mengumumkan polisi ini iaitu polisi untuk

memberikan subsidi 1% ini dalam Belanjawan 1993 yang baru-baru ini

diumumkan dan Kerajaan memerlukan masa untuk mengkaji supaya pada

satu hari nanti mengumumkan satu mekanisma yang efektif bagi pihak-

pihak bank untuk mereka mengikuti.

PERKHIDMATAN POS - LANGKAH-LANGKAH MEMPERTINGKATKAN MUTU

9. Tuan Abdol Mulok bin Awang Damit minta Menteri Tenaga, Telekomdan Pos menyatakan:

(a) apakah langkah-langkah yang telah dan akan diambilbagi mempertingkatkan perkhidmatan Pos di negaraini; dan

(b) apakah benar kepercayaan umum kepada pekerja PosMalaysia telah menurun akibat ketidakjujuransetengah pekerja Pos dan apakah usaha bagimeningkatkan kewibawaan pekerja Pos.

Menteri Tenaga, Telekom dan Pos [Dato' Seri S. Samy Vellu]:

Tuan Yang di-Pertua, bagi menjawab soalan (a) , di antara langkah-

Page 17: DEWAN RAKYAT fileJilid II Bil. 39 Hari Isnin ... bincangkan di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangaa Bersatu * ... jawapan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri oleh sebab Indonesia

DR.9.11.92 -16-

langkah yang telah dan akan diambil bagi mempertingkatkanlagi

perkhidmatan Pos adalah seperti berikut:

(i) Pengkomputeran pejabat-pejabat Pos di seluruh

negara agar lebih banyak perkhidmatan kaunter

dapat disediakan dengan lebih cepat danefficient;

(ii) memperkenalkan sistem jejak dan kesan, dengan

izin, track and trace system untuk memperbaiki

mutu pengendalian semua kategori perkhidmatan mel

khususnya Pos Laju, bungkusan dan surat berdaftar;

(iii) memperkenalkan perkhidmatan baru seperti mel

(iv) mengkaji dan memperkenalkan sistem serta prosedur-

(v) mengambil posmen baru untuk bertugas ditempat-

tempat yang ramai penduduk.

Tuan Yang di-Pertua, bagi menjawab soalan (b), adalah tidak

benar bahawa kepercayaan umum terhadap pekerja Pos Malaysia telah

menurun. Pos Malaysia sentiasa berusaha untuk menyediakan

perkhidmatan yang berkualiti serta menonjolkan imej yang positiif

kepada orang ramai.

Tuan Fong Kui Lun: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Saya

ingin bertanya Yang Berhormat Menteri, adakah Yang Berhormat sedar

terdapat pekerja-pekerja Pos mengambil kesempatan membuat kerja

sambilan menghantar surat atau risalah syarikat-syarikat peniaga.

Jika sedar, sejauh mana ianya berlaku?

Page 18: DEWAN RAKYAT fileJilid II Bil. 39 Hari Isnin ... bincangkan di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangaa Bersatu * ... jawapan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri oleh sebab Indonesia

DR.9.11.92 - 17 -

Dato'Seri S.SamyVellu:Tuan Yang di-Pertua saya minta

soalan yang pertama diulang sekali lagi.•

Tuan Fong Kui Lun:Tuan Yang di-Pertua,saya ingin bertanya

Yang Berhormat Menteri, adakah Yang Berhormat sedar terdapat

pekerja-pekerja Pos mengambil kesempatan membuat karja sambilan

sedar , sejauh manakah ianya berlaku?

Dato' Seri S. Samy Vellu: Tuan Yang di-Pertua saya tidak

mempunyai apa-apa laporan seperti apa dikatakan oleh Ahli Yang

Berhormat tadi.

Tuan Ruhaaie bin Haji Ahmad: Tuan Yang di-pertua, soalan

tambahan.Di dalam mempermodenkan perkhidmatan pos,saya ingin juga

bertanya oleh kerana salah satu masalah yang"menyebabkan kelewatan

di pejabat pos ialah kerana orang berbaris untuk membeli setem.

Adakah pihak Kementerian akan menimbangkan untuk mengadakan "vending

machine" untuk menjual setem? Yang keduanya, dari segi imej

korporat Pos Malaysia yang akan datang, adakah akan dititikberatkan

masalah disiplin supaya tidak lagi terdapat posman-posman yang

memakai pakaian seragam dengan topinya ditukar dengan serban dan

Dato' Seri S. Samy Vellu: Tuan Yang di-Pertua, saya sedar

masalah-masalah berkenaan deagan kelewatan surat-surat kepada

beberapa kawasan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bilangan

penduduk-penduduk di negara kita telah bertambah dan surat-surat

Page 19: DEWAN RAKYAT fileJilid II Bil. 39 Hari Isnin ... bincangkan di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangaa Bersatu * ... jawapan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri oleh sebab Indonesia

DR.9,11.92 - 18 -

permintaan pengguna telah ditambah beberapa kali ganda. Tetapi

dalam sepuluh tahun yang lalu ini, Pos Malaysia yang pada masa itu

sepuluh tahun lalu barulah iaitu pada tahun 1991 dapat kelulusan

inilah masalah yang pertama dan masalah penting yang kita hadapi

kan tidak lama lagi dengan sistem-sistem baru yang seperti saya

jelaskan tadi boleh dikenalkan dalam Pos Malaysia Berhad.

guna seragam-seragamnya sendiri kecuali apa yang kita tetapkan di

tiap-tiap posman sekarang telahpun diberi uniform atau seragam baru

Yang Berhormat itu tadi kita akan menyiasat.

Tuan Yang di-Pertua: Apakah pula mengenai mesin jual setem?

Dato' Seri S. Samy vellu: Oh, ya! Minta maaf, Tuan Yang

di-Pertua. Mesin menjual setem itu ada di pejabat-pejabat pos

besar sekarang tetapi kita akan memasang mesin itu di tempat-tempat

SEKOLAH MENENGAH LUAR BANDAR - MAKMAL SAINS

10. Dato' Haji Mohd. Zihin bin Haji Mohd. Hassan minta MenteriPendidikan menyatakan sedar atau tidak bahawa banyak juga sekolahmenengah di luar bandar yang tidak mempunyai makmal sains yang tidaksempurna. Jika sedar, apakah tindakan-tindakan yang diambil. Jikatidak, kenapa.

Page 20: DEWAN RAKYAT fileJilid II Bil. 39 Hari Isnin ... bincangkan di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangaa Bersatu * ... jawapan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri oleh sebab Indonesia

DR.9.11.92 - 19 -

Timbalan Menteri Pendidikan[Dr.Leo Michael Toyadj:Tuan Yang

di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Pen-

didikan memang menyedari. ada beberapa buah sekolah memanglah di Luar

bandar yang belum mempunyai makmal sains yang sempurna. .Sehubungan

dengannya, Kementerian Pendidikan akan sentiasa berusaha untuk mem-

pertingkatkan kelengkapan makmal tersebut. Bagi projek sekolah-

sekolah baru, kemudahan makmal sains diambil kira dalam pembinaan-

nya.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Tuan Maidom P. Pansai.

[Soalan No. 11 Y.B. Tuan Maidon P. Pansal tidak hadir]

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Tuan G. Palanivel.

[Soalan No. 12 Y.B. Tuan G. Palanivel tidak hadir]

13. Tuan Haji Mohamad bin Sabu minta Menteri Peneranganmenyatakan:-

(a) apakah keperluannya bagi Kerajaan memberikan pen-jelasan kepada Indonesia berhubung dengan penyiaranberita Dunia Jam 10 yang menyentuh peristiwa berdarahdi Timur-Timur;

(b) adakah Kerajaan diminta memberikan penjalasan kepadapihak Thai ketika rangkaian televisyen tempatanmenyiarkan berita-berita mengenai peristiwa berdarahdi Bangkok yang mengakibatkan kejatuhan Kerajaanpimpinan Suchinda;

(c) oleh kerana Angkasapuri baru-baru ini telah memper-kenalkan konsep "Terus terang dan terang terus",sejauh manakah penjelasan Menteri Penerangan kepadapihak Indonesia itu tidak menyanggahi konseptersebut; dan

(d) apakah jaminan bahawa tidak akan berlaku didkriminasiterhadap mana-mana kakitangan RTM yang bersikap jujurmelaksanakan konsep tersebut meskipun kontroversiditimbulkan oleh pihak Indonesia akibat dari siaranmengenai peristiwa Timur-Timur.

Page 21: DEWAN RAKYAT fileJilid II Bil. 39 Hari Isnin ... bincangkan di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangaa Bersatu * ... jawapan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri oleh sebab Indonesia

DR.9.11.92 - 20 -

17.11.92

9. Tuan Haji Buniyamin bin Yaakob minta Menteri Peneranganternyatakan:

(a) sejauh manakah kebenaran laporan yang disiarkan olehRTM pada 23.9.92 mengenai pembunuhan orang awam olehtentera Indonesia di Dili, Timur-Timor;

(b) jika benar, apakah alasan Kerajaan menghantar MenteriPenerangan untuk meminta maaf yang mana ini menunjuk-kan Kerajaan Malaysia tunduk kepada kehendak dantuntutan Ketua Pemuda Penegak order Baru Golkar yangmendesak Kerajaan meminta maaf yang sekaligus merupa-kan pengakuan bahawa penyiaran yang dibuat oleh RTMbersifat fitnah dan berat sebelah; dan

(c) jika tidak, bilakah RTM akan menghentikan laporanyang bersifat fitnah dan berat sebelah, bukan sahajaterhadap pihak luar negara, malahan terhadap pihak didalam negeri yang sering menjadi mangsa tindakan yangsedemikian rupa .

25.11.92

2. Tuan Wahab bin Suhaili minta Menteri Penerangan menyatakanadakah hubungan baik di antara Malaysia dengan Indonesia terjejasekoran penyiaran laporan mengenai Tragedi Deli di Timur Timor dalampenyiaran siaran Dunia Jam 10 pada 23 September 1992 yang lalu.

10.12.92

2. Dr. Sanusi bin Daeag Mariok minta Menteri Peneranganmenyatakan;

(a)siapakah yang bertanggungjawab ke atas penyiaran peristiwa Dili,

(b) apakah tindakan pihak Kementerian bagi memastikan

(c) apakah tindakan yang akan diambil ke atas penyiaran tersebut .

Page 22: DEWAN RAKYAT fileJilid II Bil. 39 Hari Isnin ... bincangkan di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangaa Bersatu * ... jawapan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri oleh sebab Indonesia

DR.9.11.92 -21 -

14.12.92

11. Tuan Saidin @ Yusof bin Adam minta Menteri Peneranganmenyatakan:

(a) mengapakah peristiwa Rusuhan Dili di Timor Timur diIndonesia pada 12 November 1991 tahun lalu disiarkanmelalui siaran Dunia Jam 10 Rangkaian Satu TelevisyenMalaysia sedangkan peristiwa tersebut hampir setahuntelah berlalu;

(b) tidakkah pegawai-pegawai di Kementerian Penerangandapat mengambil iktibar bahawa dengan adanyapenyiaran peristiwa tersebut merenggangkan hubunganpersahabatan di antara kedua-dua negara; dan

(c) apakah hukuman telah diambil terhadap pegawai-pegawaitersebut yang sengaja mahu melibatkan perpecahanwujud di antara Malaysia dan Indonesia denganmenyiarkan peristiwa Dili ini.

15.12.92

15. Dr Kua Kia Soong minta Menteri Penerangan menyatakan:

(a) mengapakah Kementerian ini mengambil tindakan tata-tertib terhadap staf RTM yang telah menyiarkan"kejadian Dili di TV Malaysia baru-baru ini;

(b) apakah komitmen yang ada pada Kementerian initerhadap penyiaran berita dan informasi jujur tidakkira mengenai isu-isu dalam atau luar negeri; dan

(c) apakah arahan yang telah diberikan kepada RTMberkenaan dengan polisi. pengeditan berita dan adakahia selaras dengan keperluan aliran bebas informasiyang jujur dan kebebasan berakhbar .

16.12.92

18. Tuan Ahmad Shukri bin Haji Hassan minta Menteri Peneranganmenyatakan apakah puncanya kesilapan penayangan, peristiwa Dili(Timur-Timor) di RTM baru-baru ini, apakah tindakan yang telahdiambil oleh Kementerian terhadap kesilapan tersebut.

Setiausaha Parlimen Kementerian Penerangan [Dato' Haji Fauzi

bin Haji Abdul Rahman]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon izin dari-

pada Tuan Yang di-Pertua untuk menjawab soalan ini sekaligus dengan

enam soalan yang lain yang berkaitan dengan perkara yang sama, iaitu

soalan pada 17 November oleh Yang Berhormat daripada Bachok, 25

November dari Batang Sadong, 10 Disember soalan Yang Berhormat dari

Rantau Panjang, 14 Disember soalan Yang Berhormat dari Tanjung

Page 23: DEWAN RAKYAT fileJilid II Bil. 39 Hari Isnin ... bincangkan di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangaa Bersatu * ... jawapan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri oleh sebab Indonesia

DR.9.11.92 - 22 -

Karang, 15 Disember soalan Yang Berhormat dari Petaling Jaya dan 16

Disember soalan Yang Berhormat dari Kok Lanas.

Tuan Yang di-Pertua: Baiklah.

Dato' Haji Fauzi bin Haji Abdul Rahman: Terima kasih. Tuan

Yang di-Pertua, saya mohon menjelaskan bahawa Penyiaran Laporan Khas

saya ulangi "Penyiaran Laporan Khas" - mengenai Peristiwa Dili

Timur-Timor, Republik Indonesia oleh RTM melalui Berita Jam 10 pada

tanggal 23 September 1992 adalah berpunca dari satu kesilapan dari

Bilik Berita RTM. Kesilapan ini yang berbentuk, dengan izin,

editorial misjudgement melibatkan penyiaran Laporan yang tidak men-

- berikan perhitungan terhadap sensitiviti serta kesan-kesan yang

boleh berbangkit daripadanya terutamanya dari segi reaksi dan

sensitiviti negara jiran.

Peristiwa Dili telah berlaku pada 12 November 1991 iaitu pada

tahun yang lalu dan laporan khas ini yang dibuat oleh World

Television News' (WTN) ialah pada 23 September 1992 - hampir setahun

setelah kejadian sebenar berlaku. Laporan khas WTN itu adalah

bermotif politik dan mempunyai tujuan-tujuan tertentu untuk mem-

burukkan Republik Indonesia. Penyiaran berita tersebut adalah

bertentangan dengan pendirian Kerajaan Malaysia mengenai Timur-

Timor. lanya bercanggah juga dengaa pengertian serta persefahaman

yang dicapai oleh Malaysia dengan Indonesia dari segi. kerjasama dua

hala di bidang penyiaran serta bertentangan pula dengan Deklarasi'

Mentari-menteri Penerangan ASEAN yang ditandatangani di Jakarta pada

25 Mei 1989, Antara lain Deklarasi. Menteri-menteri Penerangan ASEAN

mahukan media memainkan peranan penting dan positif dalam mengukuh-

kan lagi perpaduan di dalam ASEAN serta menggesa pihak media agar

lebih peka dan mengendalikan isu-isu yang agak sensitif dan yang

boleh menggugat perpaduan ASEAN. Oleh kerana penyiaran berita

tersebut boleh menjejaskan hubungan baik dua hala di antara Malaysia

Menteri, Yang Berhormat Menteri Penerangan telah

Page 24: DEWAN RAKYAT fileJilid II Bil. 39 Hari Isnin ... bincangkan di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangaa Bersatu * ... jawapan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri oleh sebab Indonesia

DR.9.11.92 - 23 -

menemui rakan sejawatnya Yang Mulia Bapak Harmoko di Jakarta bagi

menjelaskan dengan sebaik-baiknya tentang penyiaran berita tersebut.

Tuan Yang di-Pertua, hasil daripada tindakan segera dan serta-

merta Yang Berhormat Menteri ini, serta penjelasan yang dibuat oleh

beliau dan penjelasan yang dibuat oleh Yang Berhormat Menteri Luar,

nampaknya pihak Indonesia berasa puashati dan telah menerima dengan

baik penjelasan tersebut dan mengesyorkan agar isu ini tidak diper-

besarkan demi kepentingan persahabatan dan kerjasama dua hala yang

sedia ada di antara kedua-dua negara.

Tuan Haji Mohamad bin Sabu: Tuan Yang di-Pertua, soalan

tambahan. Apakah pihak media Indonesia yang memainkan peranan utama

ke arah supaya Malaysia memohon maaf kepada Indonesia berpunca dari-

pada terkenalnya Dr. Mahathir dalam sidang NAM yang mengatasi

pemimpin mereka sendiri di Jakarta.

Yang kedua, apakah dengan peristiwa Dunia Jara 10 menyiarkan

berita Timur-Timor itu menghalang Dunia Jam 10 ataupun RTM pada kali

yang lain untuk menyiarkan berita penindasan di tempat lain seperti

di Acheh? Apakah ini satu pre-empt supaya tidak menyiarkan perkara-

perkara yang berlaku"di Acheh di lain kali?

Dato' Haji Fauzi bin Haji Abdul Rahman: Tuan Yang di-Pertua,

saya tidak mahu apakah maksud media Indonesia di dalam tuntutan

mereka agar Malaysia meminta maaf, sama ada ianya merupakan kerana

masyhurnya Perdana Menteri kita iaitu Yang Amat Berhormat Dato' Seri

Dr Mahathir selaku pendokong dan juga pemimpin negara-negara NAM

atau tidak bukanlah menjadi perkiraan bagi kita.

Page 25: DEWAN RAKYAT fileJilid II Bil. 39 Hari Isnin ... bincangkan di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangaa Bersatu * ... jawapan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri oleh sebab Indonesia

DR.9.11.92 - 24 -

Yang pentingnya, RTM telah membuat kesilapan dan kita memper-

akui kesilapan tersebut dan kita menyedari sepertimana ungkapan

Inggeris menyatakan, 'to err is human and to forgive divine'. Kita

telah akui hanya tokoh yang mempunyai kekuatan sahaja mampu mengakui

kesilapannya sendiri dan kita berasa berterima kasih kepada 'to

forgive divine'daripada pihak di sebelah sana. Namun demikian, apa

yang saya suka bahaskan.

Yang kedua, sama ada 'Dunia Jam 10' tidak akan lagi mengeluar-

kan berita-berita penindasan. Saya ingin menjelaskan. dalam Dewan

yang mulia ini, ada perbezaan di antara ' treatment of news' ataupun

melaporkan berita-berita hal ehwal semasa, sama ada berbentuk

khas. Rencana khas ini merupakan berita yang dikumpul, yang telah

kadang-kadang lapuk dan kadang-kadang telahpun berlalu bertahun-

tahun direncanakan, dibuatkan sebagai laporan khas dengan matlamat-

matlamat'tertentu sedangkan penyiaran berita-berita hal ehwal semasa

adalah perkara biasa yang kita melaporkan tanpa terjemahan di atas

apa yang berlaku, hanya memaparkan keadaan yang sebenarnya berlaku

di dunia ini. Jadi, RTM akan meneruskan usaha-usaha memaparkan

berita yang sebenar, yang tepat, terkini dan tidak akan melibatkan

diri dengan memanjangkan pemikiran dan propaganda bangsa-bangsa lain

di negara-negara luar dengan menggunakan media kita untuk memecah-

belahkan perpaduan kita sesama kita.

Page 26: DEWAN RAKYAT fileJilid II Bil. 39 Hari Isnin ... bincangkan di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangaa Bersatu * ... jawapan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri oleh sebab Indonesia

DR.9.11.92 - 25 -

Dato' Haji Mohamaad Abu Bakar bin Rautin Ibrahim: Tuan Yang

di-Pertua, soalan- tambahan. Sebentar tadi Yang Berhormat Setiausaha

Parlimen menyatakan bahawa penyiaran berita berkenaan dengan

peristiwa berdarah di Timur-Timor ini adalah satu kesilapan. Saya

ingin tahu di pihak manakah berlakunya kesilapan ini? Adakah pihak

RTM tidak membuat penapisan siaran-siaran yang akan disiarkan

melaiui 'Dunia Jam 10'? Adakah ini juga bermakna bahawa berita yang

disiarkan itu adalah berita yang tidak ada kebenaran sama sekali,

oleh sebab itu pihak RTM mengatakan ini satu kesilapan.

Soalan yang kedua, dalam pertemuan Yang Berhormat Menteri

Penerangan dengan rakan sejawatnya di Indonesia apabila beliau

diberitakan memohon maaf kepada Indonesia, saya difahamkan juga di

dalam peristiwa berdarah di Timur-Timor ini salah seorang warga-

Menteri Penerangan juga berbincang dengan rakan sejawatnya ataupun

pihak berkuasa Indonesia berkenaan dengan pengorbanan rakyat kita di

dalam peristiwa Timur-Timor ini dan juga minta penjelasan ataupun

minta pihak Indonesia mohon maaf kepada kita. [Tepuk]

Dato' Haji Fauzi bin Haji Abdul Rahman: Tuan Yang di-Pertua,

saya kurang pasti sama ada Yang Berhormat dari Kuala Kedah ini parti

mana? [Ketawa] Namun begitu, inilah kebebasan yang kita amalkan

dalam Barisan Nasional, tak kira.

Tuan Yang di-Pertua, berkaitan dengan soalan kedua, sebenarnya

ia tidak ada kaitan dengan persoalan ini, sebab ditanya apakah

sebeharnya hasil perbincangan di antara kedua-dua MENPEN (Menteri

Page 27: DEWAN RAKYAT fileJilid II Bil. 39 Hari Isnin ... bincangkan di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangaa Bersatu * ... jawapan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri oleh sebab Indonesia

DR.9.11.92 - 26 -

Penerangan). Oleh kerana saya tidak ada di dalam perbincangan itu,

saya akan rujuk kepada Yang Berhormat Menteri dan saya akan bisikkan

kepada Yang Berhormat apakah hasil perbincangannya. Saya percaya

dari segi negara kita, memang dunia mengenali negara kita sebagai

negara berdaulat yang bersedia mempertahankan rakyat Malaysia di

mana sahaja. Saya tak tahu dari segi sama ada ada rakyat kita mati

atau tidak, saya pun tak dapat maklumat mengenai hal itu. Saya

percaya bolehlah ditanya kepada Kementerian Luar Negeri.

Berkenaan dengan kesilapan, saya telah terangkan tadi bahawa

ini merupakan satu kesilapan di Bilik Berita. Mengenai sama ada

penapisan dibuat, sebenarnya penapisan dibuat, jadi inilah yang

dikatakan kesilapan kerana perkara yang ditapis, tertembus. Itulah

kesilapannya.

PERSATUAN PENTERNAK MALAYSIA - MEMORANDUM

14. Tuan Wong Wing On minta Menteri Pertanian menyatakan sama adaKabinet telah meneliti memorandum yang bertajuk "A Petition to TheGovernment of Malaysia - from The Poultry Parmers of Malaysia" yangdikemukakan kepada beliau pada 23hb Julai, 1992 di Wisma Tani, KualaLumpur oleh Persekutuan Persatuan-persatuan Penternak Malaysia(Federation of Livestock farmers' Association of Malaysia) danlangkah-langkah yang telah, sedang dan akan diambil untuk menyiasatserta mengenalpasti sama ada tuduhan-tuduhan yang dibuat terhadapsebuah syarikat raksasa negeri Thai, iaitu Charoen Pokphand olehPPPM dalam memorandumnya tersebut berasas: jika berasas, nyatakantindakan yang akan diambil.

Page 28: DEWAN RAKYAT fileJilid II Bil. 39 Hari Isnin ... bincangkan di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangaa Bersatu * ... jawapan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri oleh sebab Indonesia

DR.9.11.92 - 27 -

Setiausaha Parlimen Kementerian Pertanian [Tuan Mohd. Sharif£

bin Haji 0mar]: Tuan Yang di-Pertua, memorandum yang bertajuk,

dengan iain, "A Petition to The Government of Malaysia from The

Poultry Farmers of Malaysia" daripada Persekutuan Persatuan-

persatuan Penternak Malaysia telah dikemukakan untuk penelitian

Jemaah Menteri.

Pihak Kerajaan telah menyiasat tuduhan yang dibuat oleh

Persatuan Penternak Malaysia terhadap Charoen Pokphand. Per-

bincangan telah juga diadakan di antara Jabatan Perkhidmatan Haiwan,

pihak Persatuan dan Syarikat Charoen Pokphand di mana hasil daripada

perbincangan tersebut, Syarikat Charoen Pokphand teiah berjanji

untuk mematuhi perkara-perkara berikut:-

(i) meningkatkan eksport baka anak ayam bagi mengurangkan

pengeluaran anak ayam komersil untuk pasaraa tempatan;

(ii) mempertingkatkan kemudahan kilang memproses ayam bagi

tujuan eksport menjelang akhir tahun 1992.

Pihak persatuan telah menerima komitmen yang dibuat oleh

Charoen Pokphand sebagai satu langkah yang munasabah yang boleh

mengelakkan pengeluaran berlebihan dan seterusnya mengurangkan

kemerosotan harga daging ayam. Dalam masa yang sama, pihak

persatuan juga bersetuju untuk mengawal pengeluaran bagi tujuan

tersebut.

Tuan Yang di-Pertua, pengeluaran berlebihan serta harga yang

turun naik -adalah perkara yang kerap berlaku setiap tahun sebelum

Charoen Pokphand muncul. Pada masa kebelakangan ini, syarikat-

syarikat integrator dan ladang pembiakan besar, termasuk Charoen

Pokphand, telah meningkatkan pengeluaran dengan pesat yang menyebab-

kan pengeluaran berlebihan dan seterusnya kejatuhan harga.

Page 29: DEWAN RAKYAT fileJilid II Bil. 39 Hari Isnin ... bincangkan di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangaa Bersatu * ... jawapan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri oleh sebab Indonesia

DR.9.11.92 - 28 -

Kementerian Pertanian akan terus mengawasi pengeluaran dari

masa ke semasa. Industri ternakan adalah dalam pasaran bebas.

Persaingan yang wujud diharapkan dapat meningkatkan kecekapan

pengeluaran untuk membolehkan industri terus berkembang.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Tuan Ong Tin Kim.

[Soalan No.15 7.B. Tuan Ong Tin Kim tidak..hadir]

PROJEK KESIHATAN DI SABAH

16. Tuan Nurnikman bin Abdullah minta Menteri Kesihatan menyatakanapakah projek-projek kesihatan yang telah dirancang bagi negeriSabah bagi tahun 1992 dan apakah yang sudah dilaksanakan dan berapa-kah kos yang disediakan, Apakah rancangan atau program untukmencegah AIDS di Sabah.

Timbalan Menteri Kesihatan [Dato' Mohamed Farid bin Ariffin]:

Tuan Yang di-Pertua, bagi tahun 1992 untuk negeri Sabah peruntukan

yang diluluskan adalah sebanyak $56,988,000 dan projek-projek adalah

seperti berikut:-

(i) Pembinaan bangunan-bangunan baru di tempat-tempat yang

tidak mempunyai kemudahan kesihatan:

Klinik Desa - 8 buah

Pusat Kesihatan - 12 "

Pejabat Kesihatan - 2 "

(ii) Menaikkan taraf kemudahan yang sedia ada untuk memperbaiki

perkhidmatan kesihatan - 2 buah

(iii) Pembaikan kemudahan kesihatan - 14 "

Page 30: DEWAN RAKYAT fileJilid II Bil. 39 Hari Isnin ... bincangkan di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangaa Bersatu * ... jawapan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri oleh sebab Indonesia

DR.9.11.92 - 29 -

(iv) Pelaksanaan Program Bekalan Air dan Kebersihan Alam

Sekitar (BAKAS) untuk seluruh negeri Sabah mengikut

program yang telah ditetapkan.

(v) Pembelian kenderaan baru dan gantian.

Rancangan atau program mencegah penyakit AIDS di Sabah adalah

sama dengan apa yang dijalankan di negeri-negeri lain di Malaysia.•

lanya termasuklah program pendidikan kepada orang ramai dan

golongan-golongan tertentu untuk memastikan keselamatan darah dan

hasil darah selamat digunakan, membuat pengawaaan ke atas penyakit,

melatih kakitangan di dalara bidang rawatan dan kaunseling, mengada-

kan kerjasama dengan badan-badan Kerajaan dan bukan Kerajaan di

dalam negeri mahupun di iuar negeri untuk menentukan ada konsistensi

dalam approach.

Wau Junaidi bin Tuanku Jaafar: Tuan Yang di-Pertua, soalan

tambahan. AIDS adalah satu gejala yang melanda semua negara di

dunia ini. Soalan saya, adakah Kerajaan mempunyai satu peralatan

ataupun method untuk pengesanan AIDS dengan secara cepat (instant)?

Kalau tidak, berapa larnakah pengesanan ini boleh dipastikan sama ada

seseorang itu mengidap AIDS atauputi tidak?

Page 31: DEWAN RAKYAT fileJilid II Bil. 39 Hari Isnin ... bincangkan di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangaa Bersatu * ... jawapan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri oleh sebab Indonesia

DR. 9.11.92 -30-

Dato' Mohamed Farid bin Ariffin: Tuan Yaag di-Pertua, memang

pada ketika ini Kerajaan mempunyai alat-alat tertentu untuk mengesan

darah-darah yang tercemar dengan HIV dengan cepat. Jika sekiranya

ada Ahli-ahli Yang Berhormat mahu untuk diuji, saya boleh menentukan

bahawa ujian itu boleh mendapat jawapan dalam tempoh 3 jam, kalau

melalui lisa test, tetapi untuk menentukan bahawa antigen dalam

darah itu positif yang sebenarnya dan mesti melalui "Western Block

Test", mesti melalui satu pcoses yang lebih panjang, yang mengambil

masa 12 minggu. Sebab itulah kita memberitahu kepada orang ramai

untuk test yang pertama, kalau sekiranya negatif, tidak semestinya

orang itu tidak mempunyai HIV di dalamnya kerana ada window period

yang mengambil masa lebih kurang 12 minggu ke 6 bulan, untuk kita

memastikan adakah virus itu boleh keluar ataupun show its ugly head,

dengan izin.

Adalah waras saya menasihatkan Yang Berhormat-Yang Berhormat

untuk menasihatkan kawan-kawan kita supaya menjalani ujian ini

tiap-tiap 6 bulan, bagi menentukan adakan ia bebas daripada HIV atau

tidak; jika sekiranya kita mendapati bahawa selepas 6 bulan itu

kita masih iagi negatif, insya Allah test itu adalah test yang

mutlak.

Page 32: DEWAN RAKYAT fileJilid II Bil. 39 Hari Isnin ... bincangkan di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangaa Bersatu * ... jawapan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri oleh sebab Indonesia

DR 9.11.92 -31-

SIDANG NEGARA-NEGARA BERKECUALI DI JAKARTA

17. Tuan Shahidan bin Kassim minta Menteri Luar Negerimenjelaskan tnengapakah Perutusan Jakarta yang dikeluarkan sesudahsidang Negara-negara Berkecuali di Jakarta baru-baru ini tidakmembuat rujukan yang nyata dan padat terhadap masalahBosnia-Herzegovina.

Timbalan Menteri Luar Negeri [Dato' Dr Abdullah Fadzil bin Che'

Wan]: Tuan Yang di-Pertua, ada dua pengeluaran ketetapan telah

dibuat:

Pertamanya berkenaan dengan. Perutusan Jakarta yang memuatkan

pendirian bersama Pergerakan Negara-negara Berkacuali (PNB) mengenai

isu-isu dunia semasa yang melibatkan Pergerakan itu secara

menyeluruh. Pendirian Pergerakan Negara-negara Berkecuali secara

Cerperiaci dan mendalam yang dimuatkan dalam yang keduanya Risalah

Muktamad (Final Document) Sidang Kemuncak ,Jakarta. Dalam Risalah

Muktamad PNB ini pendirian Pergerakan tersebut mengenai masalah

Bosnia-Herzegovina telahpun diutarakan dengan. jelas dan tegas.

Dalam kontek ini, PNB telah mengutuk keras keganasan yang telahpun

berleluasa terhadap rakyat Bosnia terutamanya dalam polisi

'penghapusan kaum1, dengan izin, ethnic cleansing yang diamalkan

oleh pihak Serb di Bosnia. Dalam kontek ini juga PNB telah

merakamkan sokongan kepada usaha-usaha PBB termasuk Majlis

Keselamatan bagi mewujudkan keamanan dan menamatkan keganasan serta

kesengsaraan yang dialami oieh rakyat Bosnia.

Dato' Dr Affifudin bin Haji Omar: Tuan Yang di-Pertua,

apakah masalah-masalah yang dihadapi oleh negara-negara ahli yang

tidak senang menyokong secara terang-terang cadangan Malaysia untuk

Page 33: DEWAN RAKYAT fileJilid II Bil. 39 Hari Isnin ... bincangkan di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangaa Bersatu * ... jawapan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri oleh sebab Indonesia

DR 9.11.92 - 32 -

menjadikan soal Bosnia-Herzegovina ini soal yang ketara supaya

ianya keluar di dalaru communique secara ketara. Apakah

masalah-masalah mereka yang disebut sebagai sebab-sebab yang mereka

mengambil pendirian reserve itu?

Yang kedua, Tuan Yang di-Pertua, apakah. ini menyebabkan ucapan

Presiden. Suharto di di Perhimpunan Bangsa-bangsa Bersatu satu ucapan

yang dengan iain, watered down mengenai apabila ianya sampai kepada

masalah Bosnia-Herzegovina?

Dato' Dr Abdullah Fadzil bin Che Wan: Tuan Yang di-Pertua,

negara-negara yang tidak menyokong terang-terang tentang masalah

Bosnia-Herzegovina tidak menyatakan, mengapa, maka pihak kita tidak

boleh hendak mengagak-agak sebab-sebab yang tertentu mengapa pihak

Amerika tidak mahu dan tidak sanggup membuat pendirian yang tegas

terhadap masalah Bosnia-Herzegovina?

Mengenai ucapan Presiden Suharto di U.N, mungkin beliau berucap

di atas pendapat beliau daripada fahaman beliau tentang pendirian

Kerajaan yang dibuat oleh negara-negara yang berkenaan di Sidang

Kemuncak Jakarta.

Dr Tan Seng Giaw: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan.

Bolehkah Yang Berhormat menerangkan apakah masalah yang dihadapi

oleh Malaysia di dalam perdebatan isu Bosnia-Herzegovina di dalam

Persidangan Negara-negara Berkecuali di Jakarta itu? Dan mengapa

Malaysia tidak membentangkan usaha untuk menjadikan Bosaia kawasan

itu sebagai di bawah trusteeship PBB dan memandangkan apa yang

Page 34: DEWAN RAKYAT fileJilid II Bil. 39 Hari Isnin ... bincangkan di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangaa Bersatu * ... jawapan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri oleh sebab Indonesia

DR 9.11.92 -33-

sedang berlaku sekarang kerana puak Serbia sedang mempergiat dan

mempertambahkan kawasan-kawasan di Bosnia sekarang?

Dato' Dr Abdullah Fadzil bin Che Wan: Tuan Yang di-Pertua,

mereka tidak ada masalah di Sidang Kemuncak di Jakarta, malah kita

berjaya untuk mendapatkan satu kenyataan berkenaan dengan

Bonia-Herzegovina. Ini diterapkan dalara final document yang

dikeluarkan oleh Sidang Kemuncak tersebut. Dan dalam dokumen yang

final itu juga telahpun dapat kita menyerapkan satu para yang mana

kita merayu ataupun mendesak agak semua tentera-tentera asing di

Bosnia dikeluarkan dan Bosnia-Herzegovina ini dijaga serta diawasi

oleh tentera damai yang ditubuhkan oleh pihak PBB.

PEGAWAI KERAJAAN/ORANG POLITIK - SIASATAN OLEH BPR

18. Tuan Kerk Kim Hock minta Perdana Menteri menyatakan bagitempoh 1.1.91 hingga sekarang;

(a) berapakah orang pegawai Kerajaan. dan ahli politik telahdisiasat oleh Badan Pencegah Rasuah kerana terbabitrasuah, mengikut pecahan negeri; dan

(b) berapakah orang di antara jumlah tersebut telah disahkanterbabit rasuah.

Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri [Tuan Othman

bin Abdul]: Tuan Yang di-Pertua, sejak tempoh 1.1.1991 hingga bulan

Ogos 1992 bilangan pegawai Kerajaan dan ahli-ahli politik yang

telah dan sedang disiasat oleh Badan Pencegah Rasuah mengikut

pecahan negeri adalah seperti berikut:

Page 35: DEWAN RAKYAT fileJilid II Bil. 39 Hari Isnin ... bincangkan di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangaa Bersatu * ... jawapan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri oleh sebab Indonesia

DR 9.11.92 -34-

Negeri Pegawai Kerajaan Ahli Politik

Perlis 11 orang

Kedah 18 "

Pulau Pinang 50 "

Perak 44 "

Selangor 40 " 1 Orang

Wilayah Persekutuandan Ibu.Pejabat 30 " 5 "

Negeri Sembilan 38 "

Meiaka 24 " 1

Johor 37 "

Pahang 38 "

Terengganu 15 " 1 "

Kelantan 17 " 1 "

Sarawak- 30 "

Sabah 47 " _2

Jumlah 489 " 11 "

Daripada jumlah di atas seramai 220 pegawai Kerajaan disahkan

terbabit dengan rasuah dan telah ditangkap dan seramai 2 orang ahli

politik didapati bersabit dan telah juga ditangkap.

Tuan Ahmad bin Nor; Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan.

Saya ingin tahu sejauh manakah komitment Kerajaan terhadap

Page 36: DEWAN RAKYAT fileJilid II Bil. 39 Hari Isnin ... bincangkan di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangaa Bersatu * ... jawapan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri oleh sebab Indonesia

DR 9.11.92 -35-

menghapuskan amalan-amalan rasuah di negara iai, terutamanya yang

berhubung kait dengan pegawai Kerajaan dan ahli politik. Apakah

langkah-langkah yang diambil untuk menentukan bahawa tindakan Badan

Pencegah Rasuah itu berkesan secara satu komitment yang besar,

memberi bantuan yang penuh oleh seraua pihak kepada BPR, memastikan

supaya semua kes rasuah yang melibatkan ahli politik dan pegawai

Kerajaan akan mudah ditangkap dan didakwa.

Tuan Othman bin Abdul: Tuan Yang di-Pertua, semalam Yang Amat

Berhormat Perdana Menteri masih menjelaskan lagi tentang komitment

Kerajaan tentang rasuah ini. Kita tidak ada tolak-ansur siapa

sahaja yang didapati bersalah menerima rasuah, memberi rasuah yang

tertaklak di bawah undang-undang semuanya akan disiasat dan akan

diambil tindakan oleh pihak Kerajaan,

Tuan Shahidan bin Kassim: Tuan Yang di-Pertua, siapakah Yang•

Berhormat maksudkan ahli politik, dalam kategori yang macamana?

Yang kedua, adakah ahli politik dan pegawai Kerajaan yang

memegang jawatan dalam Transport Workers Union (TWU) termasuk dalam

senarai yang mereka disiasat?

Tuan Othman bin Abdul: Tuan Yang di-Pertua, yang ahli politik

ini termasuklah ahli politik di dalam pentadbiran Kerajaan, dan

semua sekali yang terlibat dengan pihak yang ada kuasa untuk

memberi iaitu yang memegang executive power. Jika sekiranya

ahli-ahli politik lainpun yang memegang jawatan-jawatan tertentu

yang membolehkan mereka menerima rasuah akan disiasat oleh pihak

BPR.

Page 37: DEWAN RAKYAT fileJilid II Bil. 39 Hari Isnin ... bincangkan di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangaa Bersatu * ... jawapan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri oleh sebab Indonesia

DR.9.11.92 . -36-

PENJENAYAH PERDAGANGAN LARI KELUAR NEGERI - TINDAKAN POLIS

19. Tuan Haji Ibrahim bin Jendol minta Menceri Dalam Negerimenyatakan:-

(a) bilangan mereka yang dikehendaki oleh Polis keranamelakukan jenayah perdagangan dan lain-lain jenayah yangtelah melarikan diri ke negara luar dan yang belum dapatdikesan sehingga hari ini; dan

(b) apakah masalah-masalah yang dihadapi oleh pihak Polisuntuk mengesan dan menangkap rnereka dan apakah tindakanyang diambil untuk mengatasi masalah ini.

Dato' Megat Junid bin Megat Ayob: Tuan Yang di-Pertua,

(a) Bilangan orang yang dikehendaki oleh Polis kerana disyaki

melakukan jenayah perdagangan dan melarikan diri ke negara

luar ialah seramai 16 orang.

(b) Pihak Polis tidak menghadapi banyak kerumitan dalam usaha

mengesan dan menangkap orang-orang yang telah dikenal

pasti terlibat melakukan jenayah tersebut.

Tuan Haji Mohamad bin Sabu: Tuan Yang di-Pertua, soalan

tambahan. Jenayah perdagangan ini kadangkalanya ditangkap kerana

disyaki sesuatu. Setelah ditangkap dan dua minggu dikurung di Balai

Polis dan selepas itu tidak ada pendakwaan apa-apa, maka orang yang

ditangkap itu perniagaannya terjejas dan reputasi terhadap orang

ramai menurun. Bagaimana pihak Kementerian Dalam Negeri mengatasi

peristiwa-peristiwa seperti ini?

Page 38: DEWAN RAKYAT fileJilid II Bil. 39 Hari Isnin ... bincangkan di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangaa Bersatu * ... jawapan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri oleh sebab Indonesia

DR.9.11.92 -37-

Dato' Megat Junid bin Megat Ayob: Tuan Yang di-Pertua( apabila

ada seseorang yang disyaki dan bersabit daripada bukti-bukti yang

ada, maka orang-orang tersebut terpaksa ditangkap dan juga diselidik

dengan rapinya. Bagaimanapun setelah kita selidiki didapati bahawa

tidak ada bukti-bukti yang konkrit untuk tindakan selanjutnya, maka

mereka-mereka ini terpaksa dilepaskan. Saya ingat dengan cara pihak

Polis melepas dan membebaskan mereka, itu satu rahmat kepada mereka

daripada menghadapi bala yang lebih dahsyat lagi jika dibanding

dengan kerugian perniagaan yang mereka hadapi.

Tuan Ahmad bin Nor: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan.

Saya ingin bertanya satu perkara yang spesifik iaitu sama ada

Lorraine Osman yang sekarang ini ditahan di United Kingdom adalah

terdiri daripada jenayah perdagangan? Dan yang kedua, kita ingin

tahu apakah tindakan Kerajaan Malaysia telah mengambil satu tindakan

undang-undang terhadap Lorraine Osman jika beliau seorang penjenayah

perdagangan?

Dato' Megat Junid bin Megat Ayob: Tuan Yang di-Pertua, soalan

yang telah dibangkitkan dalam Soalan No. 19 ini bersangkut-paut

dengan jenayah perdagangan yang dilakukan di negara ini yang raereka

telah lari keluar. Bagi Lorraine Osman, kesalahan yang dia lakukan

ialah di Hong Kong dengan sebab itu saya tidak dapat menjawab soalan

ini.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Tuan Abdol Mulok bin Awang

Damit.

Tuan Abdul Mulok bin Awang Damit: Terima kasih, Tuan Yang

Page 39: DEWAN RAKYAT fileJilid II Bil. 39 Hari Isnin ... bincangkan di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangaa Bersatu * ... jawapan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri oleh sebab Indonesia

DR.9.11.92 -38-

di-Pertua, ini rekod saya dalam Parlimen dapat 3oalan dua kali

dijawab dalam masa satu hari, Tuan Yang di-Pertua, soalan No.20.

PERSATUAN NEGARA-NEGARA PENGELUAR TTMAH (ATPC)- KAWALAN PENGELUARAN

20. Tuan Abdol Mulok. bin Awang Damit minta Menteri Perusahaan Utamamenyatakan:-

(a) adakah Kerajaan bersetuju terhadap cadangan beberapa buahnegara anggota Persatuan Negara-negara Pengeluar Timah(ATPC) untuk menurunkan pengeluaran timah ke paras 5000tan metrik;

(b) apakah implikasinya kepada pengeluaran dan industri timahdi negara ini; dan

(c) apakah Malaysia bersetuju tentang cadangan Vietnam untukmenyertai ATPC.

Setiausaha Parlimen Kementerian Belia dan Sukan [Dato' Ismail

bin Said]: Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya raenjawab bagi pihak

Yang Berhormat Menteri Perusahaan Utama. Jawapan kepada:-

(a) Di Persidangan Persatuan Negara-Negara Pengeluar Timah

(ATPC) baru-baru ini persetujuan telah dicapai untuk

melanjutkan skim merasionalisasikan bekalan timah (SRS)

bagi tempoh kali ketujuhnya iaitu dari Januari hingga 3lhb

Disember 1993. SRS Ketujuh ini dijangka dapat menyusutkan

bekalan timah dalam pasaran sebanyak 7,300 tan menjadikan

lebihan timah dalam pasaran kepada kira-kira 20,000 tan

pada akhir 1993 iaitu pada paras normal pasaran timah.

Page 40: DEWAN RAKYAT fileJilid II Bil. 39 Hari Isnin ... bincangkan di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangaa Bersatu * ... jawapan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri oleh sebab Indonesia

DR.9.11.92 -39-

Sebagai negara anggota ATPC yang terlibat dengan skim SRS

itu Malaysia bersetuju dengan jumlah eksport timah yang

telah diperuntukkan itu.

(b) Jumlah eksport yang diperuntukkan kepada Malaysia sebanyak

20,000 tan bagi SBS Ketujuh adalah sesuai dengan daya

mampu pengeluaran timah negara semasa. Dengan yang

demikian, keputusan tersebut dijangka tidak akan

menimbulkan sebarang raasalah kepada negara ini untuk

memenuhinya.

(c) Sejak ATPC ditubuhkan dalam tahun 1983 memanglah menjadi

hasrat Persatuan berkenaan untuk mendapatkan beberapa

banyak negara-negara pengeluar timah untuk menganggotainya

bagi meningkatkan keberkesanan serta keupayaannya. Dengan

yang demikian, Malaysia mengalu-alukan cadangan Vietnam

untuk menyertai ATPC. Di samping itu ATPC juga meneruskan

usaha-usahanya untuk mendapatkan Brazil, Myanmar, Peru dan

Zimbabwe untuk menganggotai ATPC.

Tuan Yang di-Pertua: Masa unwuk Pertanyaan-Pertanyaan Jawab

Mulut telah selesai.

[Masa untuk Pertanyaan bagi Jawab Mulut telah cukup dan

Jawapan bagi Soalan No. 6, 11, 12, 15 dan 21 hingga 33 akan

dimasukkan dalam naskhah bercetak kelak]

Page 41: DEWAN RAKYAT fileJilid II Bil. 39 Hari Isnin ... bincangkan di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangaa Bersatu * ... jawapan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri oleh sebab Indonesia

DR.9.H.92 -40-

RANG UNDANG-UNDANG

RANG UNDANG-UHDANG PERBEKALAN 1993

Bacaan Kali Yang Kedua

DAN

DSUL

ANGGARAN PEMBANGUNAN 1993

Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula perba-

hasan yang ditangguhkan atas masalah, "Bahawa Rang Undang-undang

Perbekalan 1993 dibacakan kali yang kedua sekarang," dan "Bahawa

usul yang berikut ini dirujukkan kepada Jawatankuasa sebuah-buah

Majlis:

Bahawa Dewan ini, mengikut Seksyen 4(3) Akia Kumpulan

Wang Pembangunan 1966, membuat ketetapan iaitu satu jumlah

wang sebanyak tidak lebih daripada $11,854,471,720 (Sebe-

las bilion, lapan ratus lima puluh empat juta, empat ratus

tujuh puluh satu ribu, dan tujuh ratus dua puluh ringgit)

dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun

1993, dan bagi tujuan-tujuan dan butiran-butiran perbelan-

jaan Pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangu-

nan atau ("P") dalam senarai Belanjawan Persekutuan, 1993

yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 26 Tahun 1992,

adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan

jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran

itu di ruangan lapan dan sembilan senarai tersebut." [5hb

November, 1992]

Tuan Lim Guan Eng:[Bangun]

Tuan Yang di-Pertua: Ya.

Page 42: DEWAN RAKYAT fileJilid II Bil. 39 Hari Isnin ... bincangkan di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangaa Bersatu * ... jawapan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri oleh sebab Indonesia

DR.9.11.92 -41-

Tuan Lim Guan Eng: Point of order.

Tuan Yang di-Pertua: Point of order, ya.

Tuan Lim Guan Eng: Point of order 26(1 )(p). Tuan Yang

di-Pertua, saya ingin membawa satu Usul tergempar di bawah Peraturan

Mesyuarat 26(1 )(p) Majlis Dewan Kakyat untuk merujuk Yang Berhormat

dari Ampang Jaya ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.

Yang Berhormat dari Ampang Jaya telah mencemarkan Majlis Dewan

Rakyat dengan menggunakan kedudukan beliau sebagai Timbalan Yang

di-Pertua Dewan Pakyat untuk membuat promosi untuk keluaran barangan

dan bahan sebuah syarikat perniagaan swasta Fame Plus Sdn.

Bhd. [Tepuk.] Malah tindakan Yang Berhormat dari Ampang Jaya telah

mengheret Parlimen dalam dunia perniagaan...

Tuan Yang di-Pertua: Nanti sekejap Yang Berhormat. Yang ini

saya sudah pun buat satu keputusan dulu iaitu jikalau sekiranya

hendak bawa Usul itu hendaklah dibuat mengikut Peraturan yang

telahpun ditentukan iaitu memasukkan dalam Peraturan Mesyuarat. Dan

hanya kejadian-kejadian yang bersangkuC dengan hak dan kebebasan

yang berlaku dalant Parlimen dan semasa itu sahaja boleh dibawa pada

masa itu. Dan yang lain-lain itu hendaklah dibawa mengikut

peraturan yang telahpun ditentukan iaitu hendaklah dibuat satu

permohonan dengan tidak ada notis. Di bawah ini iidak ada notis,

dimasukkan kepada Peraturan Mesyuarat.

Tuan Lim Guan Eng: Tuan Yang di-Pertua, kerana perkara ini

ialah melibatkan tentang privilege, dengan izin, Parlimen di mana

nama Parlimen telah diguna dan dicemarkan...

Tuan Yang di-Pertua: Saya faham Yang Berhormat.. . .

Page 43: DEWAN RAKYAT fileJilid II Bil. 39 Hari Isnin ... bincangkan di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangaa Bersatu * ... jawapan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri oleh sebab Indonesia

DR.9.11.92 -42-

Tuan Lin Guan Eng: Telah digunakan untuk sebuah syarikat. Dan

di sini saya hendak mehdapat satu penjelasan daripada Tuan Yang

di-Pertua, sama ada Tuan Yang di-pertua tahu bahawa lambang Parlimen

telah digunakan untuk menyokong satu bahan keluaran sebuah syarikat

swasta Fame Plus Sdn. Bhd...

Tuan Yang di-Pertua: Baiklah, kalau begitu Yang Berhormat...

Tuan Lim Guan Eng: Kerana ini saya rasa menghina.Parlimen dan

membawa malu kepada semua Ahli Parlimen.

Tuan Yang di-Pertua: Jika sekiranya Yang Berhormat berfikir

perkara ini mustahak, bavalah sebagai notis di bawah Peraturan

Mesyuarat 26 itu dan akan dimasukkan ke dalam Aturan Urusan

Mesyuarat.

Tuan Lim Guan Eng: Tuan Yang di-Pertua, yang saya hendak ialah

mengenai hak dan kebebasan...

Tuan Yang di-Pertua: Ya..

Tuan Lim Guan Eng: Tentang seorang Ahli Parlimen...

Tuan Yang di-Pertua: Saya faham itu.......

Tuan Lim Guan Eng: Kalau saya perlu membuat notis di bawah

Peraturan Mesyuarat berapa?

Tuan Yang di-Pertua: Di bawah Peraturan Mesyuarat 26.

Tuan Lim Guan Eng: 26(6)?

Tuan Yang di-Pertua: Ya..

Tuan Lim Guan Eng: ..di mana perlu notis selama dua minggu.

Tuan Yang di-Pertua: Tidak gaduh notis itu. Di bawah

Peraturan Hak dan Kebebasan tidak ada notis, boleh masuk.

Tuan Lim Guan Eng: Tidak ada notis. Besok pun boleh bawa

termasuk?

Page 44: DEWAN RAKYAT fileJilid II Bil. 39 Hari Isnin ... bincangkan di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangaa Bersatu * ... jawapan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri oleh sebab Indonesia

DR.9.11.92 -43-

Tuan Yang di—Pertua: Boleh, bawa masuk dan akan dibawakan ke

dalam Aturan Urusan Mesyuarat.

Tuan Lim Guan Eng: Bolehkah saya membawa perkara ini di bawah

Peraturan Mesyuarat 18?

Tuan Yang di-Pertua: Dia tertakluk pula kepada Peraturan

Mesyuarat 14 iainu Urusan-urusan Kerajaan hendaklah didahulukan.

Tuan Lim Guan Eng: Kalau Peraturan Mesyuarat 18 ini untuk

mendapat panduan daripada Tuan Yang di-Pertua. Solehkah saya•

membawa perkara ini di bawah Peraturan Mesyuarat 18?

Tuan Yang di—Pertua: Itu terpulang kepada Kerajaan. Jika

sekiranya pihak Kerajaan bersetuju hendak dikemukakan terlebih

dahulu, itu terpulang kepada Kerajaan. Bagi pihak Pengerusi di sini

tidak ada hak di situ.

Tuan Yang di-Pertua: Bolehkah saya serahkan salinan Usul 26(1)

sekarang kepada Tuan Yang di-Pertua?

Tuan Yang di-Pertua: Tidak payah. Yang Berhorraat boleh

kemukakan kepada saya bila-bila masa di dalain pejabat.

Tuan Lim Guan Eng: Bukan, saya keraukakan sekarang, saya tidak

akan baca, mengikut arahan...

Tuan Yang di-Pertua: Tidak boleh. Kerana Yang Berhormat

bangun sekarang ini tidak mengikuti Peraturan Mesyuarat.

Tuan Lim Guan Eng: Kalau macam ini bagaimanakah kita boleh

gunakan Peraturan Mesyuarat 26(1)(p) kerana tidak payah mengeluarkan-

notis untuk merujuk seorang yang telah menghina, mencemarkan

Parlimen iaitu Yang Berhormat dari Ampang Jaya ke Jawatankuasa Hak

Page 45: DEWAN RAKYAT fileJilid II Bil. 39 Hari Isnin ... bincangkan di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangaa Bersatu * ... jawapan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri oleh sebab Indonesia

DR.9.11.92 -44-

dan Kebebasan.

Dato' Mohd. Tajol Rosli bin Mohd. Ghazali:[Bangun]

Taan Yang di-Pertua: Yang Berhormat bangun atas apa?

Dato' Mohd. Tajol Rosli bin Mohd. Ghazali: Tuan Yang*

di-Pertua, saya minta kalau boleh Parlimen beri satu naskhah

"Standing Order" kepada Yang Berhormat dari Kota Melaka.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, sila serahkan itu kepada

saya selepas daripada ini dalam Pejabat saya. Saya akan masukkan

dalam Aturan Urusan Mesyuarat besok.

Tuan Lim Guan Eng: Jadi, terkandung dalam Aturan Urusan

Mesyuarat besok tidak payah notis.

Tuan Yang di-Pertua: Tidak payah notis.

Tuan Lim Guan Eng: Baik, jika inilah keputusan Tuan Yang

di-Pertua, saya akan akuri.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat dari Arau 3ila sambung•

selama 25 minit.

Page 46: DEWAN RAKYAT fileJilid II Bil. 39 Hari Isnin ... bincangkan di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangaa Bersatu * ... jawapan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri oleh sebab Indonesia

DR.9.11.92 - 45 -

3.40 ptg.

Tuan Shahidan bin Kassim [Arau]: Taan Yang di-Pertua, saya

ingin menyambung ucapan saya, sebelum itu, saya dengan rendah diri

dan sedih bagi pihak backbenchers ingin menyatakan rasa terharu karai

kepada Ketua Pembangkang yang telah digantung sehingga hari ini.

Kita amat rindu dengan kritikan-kritikan yang bemas dan tidak

bernas yang sentiasa dibawa oleh beliau. Saya cuma hendak menyatakn

rasa kesai saya kepada Presiden Semangan 46 yang sepatutnya berucap

di Parlimen tetapi beliau wakilkan kepada orang lain dan sebaliknya

beliau berucap di WATAN "Belanjawan Golongan Kaya".Saya menyeru

kepada ketua Semangat 46 supaya beliau lebih bertanggungjawab

sedikit oleh kerana beliau adalah Ahli Parlimen supaya beliau ber-

ucap di Parlimen ini dan tidak mewakilkan kepada orang lain.

Tuan Yang di-Pertua, saya telah menyebut dalam ucapan saya yang

lepas bahawa DAP sepatutnya bertanggungjawab atas apa yang mereka

katakan iaitu mereka minta supaya Dewan Undangan Negeri di Pulau

Pinang ditambah tetapi malangnya oleh kerana sikap tidak ber-

tanggungjawab mereka, mereka barcakap lain tetapi mereka buat lain.

Apabila kita buat pengundian untuk menambah kerusi di Pulau Pinang,

mereka telah menentang. Sekali lagi saya ingin mencabar mereka,

oleh kerana mereka menentang, maka mereka tidak akan meletakkan

calun dalam pilihanraya yang akan datang. Saya juga mencabar, oleh

kerana mereka mencabar usul di Parlimen ini untuk menambah 12 kerusi

lagi, maknanya mereka tidak berminat untuk kerusi yang berkenaan,

Page 47: DEWAN RAKYAT fileJilid II Bil. 39 Hari Isnin ... bincangkan di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangaa Bersatu * ... jawapan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri oleh sebab Indonesia

DR.9.11.92 - 46 -

supaya mereka ju?a tidak meletakkan calon dalam pilihanraya yang

akan datang oleti kerana mereka tidak bersetuju dengang tambahan

kerusi yang telah dibuat.

Saya hendak maklumkan kepada Ahli dari Kepong oleh kerana ini

merupakan Wakil Rakyat DAP yang boleh diterimapakai sehingga kini,

berhubung dengan perbandingannya yang dibuat tempoh hari. Untuk

makluman Yang Berhormat, pengundi di Pulau Pinang bagi tahun 1985

ialah 522,194; 1991 sebanyak 555,658 orang iaitu tambahan sabanyak

33,464 ataupun dalam peratusnya 6.4%. Tetapi di Perlis, untuk

pengetahuan Yang Berhormat, bagi tahun 1985 sebanyak 85,394 orang,

tambahan kepada 96,949 orang untuk 1991 bermakna tambahan sebanyak

11,555 orang dan dari segi peratusannya ialah sebanyak 13.53%.

Untuk pengetahuan. Yang Berhormat ia bukan dikira tambahan berdasar-

kan jumlah banyak tetapi pecatusan kepada tambahan tersebut. Saya

minta Yang Berhormat ambil maklum tentang perkara ini dan oleh

kerana Yang Berhormat telah membuat kesilapan sebagai Ahli DAP yang

berwibawa sehingga kini, saya minta Yang Berhormat menarik balik

kenyataan Yang Berhormat tempoh hari, DAP yang sepatutnya menyokong

tambahan ini supaya Yang Berhormat menyatakan sokongan Yang

Berhormat. Kalau tidak saya akan mengatakan bahawa" DAP adalah parti

yang tidak berwibawa, Untuk pengetahuan Yang Berhormat, pada 25hb

Oktober, 1990 DAP telah menunjukkan sikap tidak berwibawanya,

terutamanya Ketua Pembangkang. Belia telah menyatakan beliau akan

berhenti - Kit Siang letak jawatan parti - Utusan Malaysia

25.10.90. Selepas itu beliau meayatakan yang beliau menyatakan yang

beliau akan menepati janji kerana ketewasannya dalam Tanjong II dan

Page 48: DEWAN RAKYAT fileJilid II Bil. 39 Hari Isnin ... bincangkan di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangaa Bersatu * ... jawapan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri oleh sebab Indonesia

DR.9.11.92 - 47 -

juga lima sebab yang lain. Tetapi malangnya, beliau tidak mengikuti

janji. Oleh kerana Ketua Pembangkang tidak pandai menepati janji,

sudah pasti anak-anak buah juga tidak pandai menepati jani. Sya

ingin berkata parti Yang Berhormat Kepong suka bermain sandiwara

sama seperti Ketua Pembangkang. Saya tidak mahu sentuh panjang

perkara ini...

Dr. Tan Seng Giaw: [Bangun]

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, dia tidak beri jalan.

Tuan Shahidan bin Kassim: Saya hendak beri tahu bahawa parti

ini adalah parti sandiwara dan Ketua Pembangkangnya adalah pemain

sandiwara yang pertama bercakap tidak serupa bikin.

Saya kena cakap point sahaja. Yang-pertama, sebelum saya meng-

ulas perkara-perkara yang iain, saya minta supaya ini direkodkan,

iaitu Kemeaterian Pelancongan. Saya akan sentuh semua Kementerian.

Kementerian Pelancongan ini saya ingin bertanya oleh kerana Tahun

Melawat Malaysia yang dicadangkan dalam tahun 1994, apakah bentuk

program yang terbaru untuk membolehkan para pelancong dapat melawat

negara ini dengati pandangan dan pengalaman yang baru.

Yang keduanya, fasal LPN. Saya minta pihak Kerajaan menjawab

tentang pertanyaan saya berhubung dengan kilang-kilang bumiputera

yang telah membeli kilang-kilang bukan bumiputera yang melibatkan

wang beratus juta ringgit. Apakah program dan perancangan yang

dibuat oleh pihak Kerajaan untuk membolehkan perkara ini diselesai-

kan, oleh kerana Ketua Pengarah LPN dalam kempen "LPN Turun ke

Bendang", telah berjanji bahawa LPN akan membantu bumiputera yang

membeli kilang-kilang swasta. Apakah yang telah terjadi kepada

program tersebut?

Page 49: DEWAN RAKYAT fileJilid II Bil. 39 Hari Isnin ... bincangkan di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangaa Bersatu * ... jawapan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri oleh sebab Indonesia

DR.9.11.92 - 48 -

Ketiga, saya minta pihak Kementerian Belia dan Sukan oleh•

kerana usaha Kementerian ini untuk memajukan sukan dan juga untuk

mewujudkan rakyat Malaysia yang sihat, saya ingin bertanya bilakah

Majlis Fisikal dan Rekreasi Malaysia akan dikaji semula.

Keempat, saya minta Kementerian Pendidikan menyatakan sejauh

mana kajian yang telah dibuat untuk memperbaharui sistem KBSR dan

KBSM oleh kerana semua pihak bersetuju bahawa sistem yang diper-

kenalkan. sekarang telah menyebabkan anak-anak dipaksa belajar dan

bukan bergembira belajar untuk mendapatkan ilmu.

Berikutnya, saya ingin bertanya kepada Kementerian Tenaga,

Telekom dan Pos, apakah sumbangan sosial pihak Telekom dan Tenaga

Nasional oleh kerana mereka telah mendapat keuntangan yang begitu

besar?

Kepada Kementerian Alam Sekitar, saya ingin bertanya apakah

yang mereka akan buat oleh kerana setengah negeri telahpun tueng-

haramkan pembalakan. Contohnya Selangor telahpun mengharamkan

pembalakan dan tidak ada lesen baru dikeluarkan. Pembalakan yang

dibuat sekarang adalah berdasarkan kepada lesen yang dikeluarkan

pada masa yang lepas. Oleh kerana banyak pembalakan ini berlaku

telah banyak merosakkan kawasan pelancongan, apakah tindakan.

diambil? Adakah Kementerian Alam Sekitar ingin menasihatkan kepada

Kerajaan-Kerajaan Negeri yang berkenaan supaya menghentikan pem-

balakan kepada mereka yang telah merosakkan alam sekitar dan juga

keadaan hutan? Saya beri contoh, ialah kawasan di Gunung Kutu,

Gunung Panglima di Selangor dan juga di Gunung Hantu di Negeri

Sembilan termasuk di Perak, kalau tidak silap saya Gunung Korbu,•

Semua gunung-gunung ini telah saya panjat dan saya telah lihat

Page 50: DEWAN RAKYAT fileJilid II Bil. 39 Hari Isnin ... bincangkan di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangaa Bersatu * ... jawapan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri oleh sebab Indonesia

DR.9.11.92 - 49 -

sendiri, habis alam sekitar rosak sebab untuk mendapatkan sebarang

pokok, kadang-kadang terpaksa diclearkan sampai 10 ekar kawasan

tersebut. Satu lagi yang terakhir saya baru pergi ialah di Janda

Baik. Terdapat sebuah kilang kayu di Janda Baik yang mana saya

kurang pasti sama ada kilang kayu ini sah atau haram tetapi yang

dikeluarkan daripada hutan terus pergi ke kilang yang berkenaan dan

kayu yang dikeluarkan dari Janda Baik adalah kayu yang telah

diproses dan bukan kayu yang belum diproses.

Yang berikutnya, kepada Timbalan Menteri yang banyak bercakap

fasal AIDS. Saya rasa dia lebih pakar daripada doktor sekarang.

Oleh kerana satu kajian telah didapati di Sarawak, saya cukup

tertarik hati iaitu sejenis pokok telah dapat mengeluarkan getah

yang boleh menghasilkan ubat untuk penyakit AIDS. Adakah Yang

Berhormat bercadang untuk memberi perhatian yang serius terhadap

pengkajian ini dan saya percaya Malaysia akan menjadi negara yang

paling kaya di dunia, lebih kaya daripada minyak sebab berpuluh juta

penyakit AIDS, kita akan jual mungkin $500,000 satu ubat. Orang

lebih suka bayar duit daripada mati - ini harga satu nyawa, bermakna

beratus nyawa dapat diselamatkan dan Malaysia akan kaya dengan. ubat

AIDS ini. Ini serius, saya minta Yang Berhormat lihat pokok ini di

Sarawak dan supaya memastikan supaya pokok ini tidak ditebang.

Kementerian Luar Bandar, saya ingin bertanyakan berkenaan Pusat

Pertumbuhan Luar Bandar yang dicadangkan oleh Kementerian. Apakah

kriteria yang diterimapakai, oleh kerana saya lihat setengah tempat

yang dicadangkan untuk Pusat Pertumbuhan Bandar ini sebenarnya ia

akan menjadi "Gajah Putih" kaiau sekiranya cara-cara pelaksanaan

yang dibuat tidak dikaji dengan betul oleh kerana ianya lebih di-

dasarkan kepada kemampuan Kerajaan negeri untuk membeli tanah dan

bukan berdasarkan kepada strategi-strategi lain seperti pemasaran

dan sebagainya.

Page 51: DEWAN RAKYAT fileJilid II Bil. 39 Hari Isnin ... bincangkan di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangaa Bersatu * ... jawapan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri oleh sebab Indonesia

DR.9.11.92 - 50 -

Kemudian, dalam Budget baru-baru ini dia telah memperuntukkan

wang sejumlah yang begitu besar untuk industri pengeluaran-

pengeluaran makanan. Saya iagin bertanya kepada Kementerian

Kewangan bagaimanakah cara wang ini akan disalurkan, sama ada

melalui ACDC ataupun melalui syarikat-syarikat swasta untuk mem-

bolehkan ianya dapat dikembangkan dengan lebih baik lagi.

Saya minta Menteri di-Jabatan Perdana Menteri, yang saya rasa

jawapannya agak kurang raemuaskan berhubung dengan SSB, yang telah

ditanyakan oleh Ahli dari Parit Sulong untuk memperjelaskan

kedudukan SSB, terutamanya bagi pensyarah-pensyarah universiti.

Sekarang ucapan yang tidak payah pakai point.

Tuan Yang di-Pertua, yang pertama saya ingin menyentuh bahawa

ucapan yang telah diberikan olah Menteri Kewangan baru-baru ini

dengan sekaligus telah menunjukkan bahawa kemampuan Kerajaan dan

juga kemampuan Menteri yang berkenaan untuk menguruskaa kewangan

sampai ke tahap yang begitu baik sekali. Saya ucap tahniah kepada

Menteri yang berkenaan, kepada Perdana Menteri dan kepada Kerajaan

kerana usaha gigih mereka telah meletakkan keadaan ekonomi kita di

tahap yang cukup baik. Saya hendak beri tahu bahawa oleh kerana

banyak mereka yang terlibat dengan pasaran saham, akan mengetahui

bagaimana kedudukan pasaran saham sekarang yang telah melambung naik

dengan begitu baik sekali. Saya ingat inilah kali pertama dalam

tahun ini pasaran saham kita melambung naik oleh kerana confidence,

kepercayaan rakyat kepada Belanjawaan yang telah dibentangkan oleh

Kerajaan. Belanjawan. ini bukanlah Belanjawan yang berdasarkan

jangkaan, tetapi Belanjawan ini adalah Belanjawan jangkaan tepat

Page 52: DEWAN RAKYAT fileJilid II Bil. 39 Hari Isnin ... bincangkan di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangaa Bersatu * ... jawapan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri oleh sebab Indonesia

DR.9.11.92 - 51 -

dan pasti akan berjaya, pasti akan menemui kejayaan, oleh kerana

dipertahankan growth di peringkat yang tidak menyebabkan inflasi

yang terlampau tinggi. Inilah Belanjawan yang paling baik.

Jadi, saya hendak cadangkan, Tuan Yang di-Pertua, supaya Ahli-

ahli Parlimen termasuk DAP dan juga S.46, Pembangkang dan segalanya,

kita mencadangkan supaya ditambah gaji $10.00 kepada Perdana Menteri

dan juga Menteri Kewangan, kerana kejayaan mereka untuk membentang-

kan Belanjawan yang begitu baik untuk kebahagiaan rakyat Malaysia

dan dipotong gaji kepala dua-dua ekor yang di depaa itu yang tidak

mengetahui tentang bagaimana mengurus kewangan.

Tuan Yang di-Pertua, kemudian saya ingin megulas ucapan Yang

Berhormat dari Kota Belud, Tuan Maidbm P. Pansai. Saya bersyukur

kerana PBS - saya ingat DAP selepas ini tak payah berangan-angan

untuk berkawan dengan PBS - sebab PBS walaupun pendiriannya tidak

pernah terang, tetapi dia selalu suka melompat, tetapi pada hari

tersebut PBS dengan cara nyata telah sebut bahawa dia sedang merayu

untuk menyertai Barisan Nasional. Saya minta PBS, cabar tidak mahu,

supaya tampil di luar menyatakan rasa keikhlasan mereka untuk

menyertai Barisan Nasional. Tetapi saya minta satu sahaja pada PBS.

Yang PBS menghadapi masalah di Sabah sekarang ini oleh kerana mereka

lebih mementingkan politik perkauman dan juga suku, yang raana ini

boleh merosakkan prinsip yang celah ditecimapakai oleh Barisan

Nasional. Kalau sekiranya mereka ikhlas, mereka patut merabuat cara-

cara ataupun cadangan-cadangan yang begini. Saya cadangkanlah kalau

mereka hendak masuk Barisan Nasional, apabila mereka jumpa Perdana

Menteri mereka akan minta, yang pertama kawasan yang diduduki oleh

Page 53: DEWAN RAKYAT fileJilid II Bil. 39 Hari Isnin ... bincangkan di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangaa Bersatu * ... jawapan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri oleh sebab Indonesia

DR.9.11.92 - 52 -

bumiputera terutamanya orang-orang Islam diberi kepada UMNO. Bagi

kawasan Kadazan dengan Dusun diberi kepada AKAR daa juga PBS. 3agi

kawasan orang-orang Tionghua atau orang Cina ramai diberi kepada MCA

dan LDP. Ini saya cadangkan, kalau PBS ikhlas supaya PBS buat

demikian, oleh kerana mereka tidak iagi patut berada dengan kerusi

DAP, oleh kerana pada masa sekarang pun walaupun berada dengan DAP(

mereka tidak pernah menyokong DAP, dan saya telah cek rekod baru-

baru ini bahawa mereka memang berkecuali, tidak bersama-sama dengan

DAP dalam masa kita membuat Pindaan Perlembagaan baru-baru ini.

Kemudian, yang berikutnya saya hendak komen fasal zakat yang

telah dibawa oleh kawan-kawan saya, Saya rasa terkilan hati, Yang

Berhormat bertiga ini orang yang baik hati yang jarang bercakap

dengan orang, tetapi banyak memberi ceramah di luar. Saya rasa Yang

Berhormat bersetuju dengan saya iaitu kedudukan kutipan zakat

sekarang ini tidak selaras, tidak selaras di semua aegeri. Jadi,

kita sepatutnya memberi tahniah kepada Kerajaan Pusat kerana usaha

Kerajaan Pusat untuk menyelaraskan dan- dalam tasa yang sama

mempastikan semua orang-orang Islam membayar zakat. Semua pegawai-•

pegawai Kerajaan, setaua Ahli-ahli Yang Berhormat, semua orang yang

mendapat pendapatan yang patut membayar zakat, dibayar zakat.

Sekarang ini sistem itn tidak selaras. Di setengah-setengah negeri

ada sistem atau cara yang betul bagi mengutip zakat perniagaan ini,

di setengah-setengah negeri itu tidak clear. Jadi, saya ingat Yang

Berhormat eloklah pergi balik kepada Pengarang Harakah, yang ada di

belakang sana, cerita keadaan sebenaraya bahawa cara mereka komen

Page 54: DEWAN RAKYAT fileJilid II Bil. 39 Hari Isnin ... bincangkan di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangaa Bersatu * ... jawapan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri oleh sebab Indonesia

DR.9.11.92 - 53 -

ataupun,cara mereka tegur itu sebenarnya tidak sesuai, tidak betul.

Saya kurang pasti dan apa hukura dari segi Islam. Ini sekaligus

mengelirukan pandangan orang-orang Islam untuk membayar zakat.

Kerajaan Pusat tidak akan mengambil satu sen pun daripada zakat yang

dikutip, sebaliknya akan dipulangkan baiik kapada negeri. Ini

cadangan yang baik dan tidak mengelirukan orang ramai. Saya

ingat Harakah patut fikir. Yang baik saya setuju. Saya tengok

banyak Ahli-ahli PAS, yang baik dia sokong, Tuan Yang di-Pertua,

bagas alhamdulillah, yang tidak baik dia tegur, kalau dia rasa dia

tidak baiklah. Bagi kami Barisan Nasional semuanya baik, Tetapi

pada pandangan dia, kalau tidak baik dia tegurlah. Tetapi kalau

mengatakan Pusat akan pungut zakat, ini satu benda yang tidak

munasabah dan tidak pernah dibuat. Ahli-ahli ekonomi yang ada dalam

Kerajaan tidak pernah terfikir hendak ambil kuasa Negeri. Mana ada

Kerajaan Pusat pada masa sekarang hendak menyentuh hak Negeri fasal

agama, fasal tanah, fasal air? Tidak ada. Kalau tidak ada, tidak

payah sebut, sebab ini akan mengurangkan darjat kita sebagai seorang

Pengarang yang baik.

Kita jangan jadi pengarang-pengarang 'surat layang' yang selalu

menyibarkan berita-berita half-truth, dengan izin, Tuan Yang

di-Pertua. Saya minta supaya Kementerian Dalam Negeri melihat

perkara ini dengan serius, kerana penyibaran berita-berita surat

layang ini akan merosakkan imej orang-orang yang tidak berdosa.

Pada masa sekarang, Tuan Yang di-Pertua, penulis-penulis surat

layang ini dan juga penulis-penulis upakan, saya tengok mereka ini

ada berkeliaran di Parlimen ini, di luar sana dan kadang-kadang

masuk jadi pemerhati. Saya minta supaya ini diberi perhatian.

Kalau Kerajaan Malaysia dan rakyat Malaysia ingin berada dalam aman

Page 55: DEWAN RAKYAT fileJilid II Bil. 39 Hari Isnin ... bincangkan di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangaa Bersatu * ... jawapan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri oleh sebab Indonesia

DR.9.11.92 - 54 -

dan damai untuk menjadi rakyat yang progresif, cakyat yang rajin

bekerja, mereka yang menjadi penulis upahan untuk membantai orang

lain dan sebagainya perlu diambil tindakan. Saya timbul perkara ini

kerana diri saya sendiri, saya rasa saya tidak pernah mengganggui

siapa-siapa, kecuali Pembangkang. Saya ganggui pun secara terbuka.

Dr Tan Seng Giaw: [Bangun]

Tuan Yang di-Pertua: Kepong bangun, Yang Berhormat.

Tuan Shahidan bin Kassim: Adakah tiap-tiap kali dia bangun saya

dapat bonus untuk injury time?

Tuan Yang di-Pertua: Tidak, tidak, Itu terpulang kepada Yang

Berhormat. Hendak beri jalan atau tidak. Itu sahaja.

Tuan Shahidan bin Kassim: Satu minit sahaja.

Dr Tan Seng Giaw: Tuan- Yang di-Pertua, adakah Yang Berhormat

dengan membangkitkan hal ini beberapa kali di dalam Dewan dan juga

di dalam Perhimpunan parti beliau dua hari yang lepas, dan balik ke

sini timbulkan lagi. Berapakah surat-surat layang yang telah

diterima oleh beliau? Bukankah kerana perangainya yang tidak sopan,

yang kurang manis di dalam Dewan yang muiia ini yang boleh menyebab-

kan surat-surat layang seperti ini, baik dia tukar ke perangai yang

tidak sopannya!

Tuan Shahidan bin Kassim: Apa saya buat? Pernahkah saya tampar

muka DAP? Adakah atau tidak? Tidak pernah...

Tuan Yang di-Pertua: Sila, sila Yang Berhormat.

Tuan Shahidan bin Kassim: Apa yang kurang baik?

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, masa Yang Berhormat ber-

jalan, ya.

Page 56: DEWAN RAKYAT fileJilid II Bil. 39 Hari Isnin ... bincangkan di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangaa Bersatu * ... jawapan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri oleh sebab Indonesia

DR.9.11.92 - 55 -

Tuan Shahidan bin Kassim: Saya tahu.

Tuan Yang di-Pertua, saya hendak beritahu pernah atau tidak

saya sepak muka dia, saya sentiasa memberi senyuman yang manis, saya

ahli orang yang suka senyum, saya sentiasa mengikut sunnah Nabi,

sentiasa senyum kepada orang ramai dan sebagainya. Senyuman saya

diterima oleh DAP di luar sana, sebab itu, cadangan saya untuk

kenaikan gaji dan elaun dia sokong, dalam bilik air. Sekarang ini

hendak 'bantai' pula, saya orang yang manis, orang yang sentiasa

dihormati. Saya tidak pernah buat kerja tidak senonoh.

Tuan Mohd. Tamrin bin Abdul Ghafar: [Bangun]

Tuan Shahidan bin Kassim: Masa sudah habis 'boss',

Tuan Mohd. Tamrin bin Abdul Ghafar: Saya bersetuju dengan

pandangan Yang Berhormat dari Arau tentang surat layang yang

disebutkan tadi itu. Tetapi dalam masa yang sama saya ingin men-

dapat pandangan daripada Yang Berhormat, apakah Yang Berhormat

bersetuju dengan pandangan saya kalau saya katakan bahawa tindakan

akhbar-akhbar juga, akhbar-akhbar harian nasional, yang juga kadang-

kadang membuat Laporan-laporan yang boleh kalau kita tidak mengkaji

dan mengetahui sedalam-dalamnya boleh juga mengganggu gugat pucuk

pimpinan yang ada hari ini.

Tuan Yang di-Pertua, sebagai contoh, sebuah majalah 'Malaysian

Business' telah menulis pertemuan sulit "hush-hush" meeting di

Singapura yang mana beberapa nama pemimpin termasuk juga nama saya

Page 57: DEWAN RAKYAT fileJilid II Bil. 39 Hari Isnin ... bincangkan di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangaa Bersatu * ... jawapan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri oleh sebab Indonesia

DR.9.11.92 - 56 -

telah dikaitkan, seolah-olah mengadakan satu perjumpaan sulit dan

perkara ini telah disibarkan dengan tulisan mengatakan bahawa

pertemuan sulit ini diadakan untuk menjatuhkan pucuk pimpinan

negara. Apakah Yang Berhormat bersetuju bahawa akhbar-akhbar juga

perlu dilihat, dikaji supaya perjalanan akhbar ini tidak melaga-

lagakan pucuk pimpinan yang ada hari ini?

Tuan Shahidan bin Kassim: Tuan Yang di-Pertua, saya bersetuju

Yang Berhormat, kalau sekiranya berita tidak betul, saya minta kalau

boleh jangan buat tuduh menuduh dan sebagainya sebab saya iagat

kepimpinan negara ini penting. DAP pun bersetuju bahawa DAP kaca

daripada awal-awal, Ketua Pembangkang berkata, saya masih ingat,

kita bukan hendak jadi Perdana Menteri, Perdana Menteri tetap juga

terdiri daripada UMNO, kita tidak mahu, tetapi kita hendak tegur.

Jadi, saya hendak beritahu kalau semua orang mengakui bahawa

kepimpinan yang ada sekarang adalah kepimpinan yang terbaik, eloklah

kita tulis yang baik-baik. Kita tulis perkara-perkara yang boleh

menimbulkan budaya yang sihat, budaya rakyat Malaysia, budaya

Malaysia baru, bukan Malaysian Malaysia, budaya Malaysia baru yang

sekarang ini diketengahkan oleh pucuk pimpinan supaya diketengahkan

oleh seraua pihak termasuk akhbar dan sebagainya. Kalau setakat

tulisan yang bercorak provokasi, saya ingat kita hentikanlah, sebab

sekarang ini kita teiah tidak mampu berbuat demikian oleh kerana

Malaysia perlu bergerak dan maju ke hadapan.

Tuan Yang di-Pertua, yang keduanya, saya hendak beritahu

tentang surat layang ini, oleh kerana saya minta supaya pihak

Page 58: DEWAN RAKYAT fileJilid II Bil. 39 Hari Isnin ... bincangkan di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangaa Bersatu * ... jawapan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri oleh sebab Indonesia

DR.9.11.92 - 57 -

Kerajaan mengambil tindakan kepada berita-berita yang 'half truth'.

Dan kita Lihat semalam seraua orang tengok berhubung dengan jawapan

Perdana Menteri mengenai jawapan-jawapan, surat-surat yang berbentuk

'half Cruth'. Jadi, sekarang ini saya sendiri telah dapat berita

yang sebenarnya 'truth'.

Tuan Yang di-Pertua, berhubung dengan nama-nama yang menimbul-

kan kontroversi, dahulu semasa dalam MAPEN, DAP dan juga sahabat

saya daripada MCA, MIC dan semua pihak meminta supaya kita mengakui

satu hakikat dan juga konsep bahawa mereka yang telah menyumbang

kepada pembangunan ekonomi dan negara patut diberi sokongan dan juga

pengiktirafan.

Jadi, pada hari ini eloklah kita beri pengiktirafan kepada

beberapa korporat giant yang ada dalam pasaran sekarang ini yang

telah banyak memberi sumbangan ekonomi tentang pembangunan. Walau-

pun kita terdengar cerita-cerita mengenai Vincent Tan, Arumugam,

Halim Saat, Ananda, mereka ini adalah mereka yang memberi sumbangan

dalam pembangunan ekonomi, pengiktirafan patut diberi. Soal kalau

sekiranya berlaku perkara-perkara yang tidak elok dan sebagainya,

kita ada badan yang boleh menyiasat.

Jadi, kita telah dengar jawapan pihak Kerajaan mereka yang

disiasat dan sebagainya. Saya harap siasatan itu termasuk juga

berhubung dengan TWU yang terlibat dengan skandal kewangan, yang

dipimpin oleh orang-orang DAP. Saya minta jangan dikecualikan, oleh

kerana orang-orang Barisaa Nasional dan semua pihak rakyat Malaysia

Page 59: DEWAN RAKYAT fileJilid II Bil. 39 Hari Isnin ... bincangkan di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangaa Bersatu * ... jawapan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri oleh sebab Indonesia

DR.9.11.92 - 58 -

yang terlibat dengan penyelewengan, kita mesti arabil tindakan.

Tuan. Yang di-Pertua, kita beri tahniah, ini merupakan korporat,

orang-orang yang telah menyebabkan negara ini telah muncul dari segi

ekonomi dengan begitu baik dan membanggakan. Mereka ini patut

diberi pengiktirafan dan bukan pencurigaan kerana mereka berpuluh

ribu rakyat yang boleh mendapat pekerjaan, ini yang kita kena fikir.

Dan orang yang pertama, yang patut menyokong mengenai nama-nama yang

saya sebutkan tadi ialah Ahli dari Bayan Baru kerana dia memper-

juangkan pekerja dan ramai pekarja-pekerja yang menjadi ahli dia,

bekerja dengan orang-orang ini. Kalau dia 'bantai' majikan ini,

bagaimana orang-orangnya hendak boleh bekerja. Jadi, bila 'you'

bercakap nanti, 'you' pastikan menyokong orang ini supaya 'you'

menjadi orang yang baik.

[Timbalan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

Tuan Yang di-Pertua, yang keduanya, fasal industri. Saya

menyokong fasal industri, fasal TUB, TPU dan sebagainya. Cuma saya

minta TPU ini dalam masa sepuluh minit yang Tuan Yang di-Pertua beri

kepada saya ini ....

Beberapa Ahli: [Menyampuk]

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Yang Berhormat

ada dua minit lagi.

Tuan Shahidan bin Kassim: Saya minta lima minit lagi, Tuan

Yaag di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Yang Berhormat,

sudah diputuskan. Jadi, ada dua minit lagi.

Page 60: DEWAN RAKYAT fileJilid II Bil. 39 Hari Isnin ... bincangkan di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangaa Bersatu * ... jawapan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri oleh sebab Indonesia

DR.9.1.92 - 59 -

Tuan Shahidan bin Kassim: Tuan Yang di-Pertua, saya hendak

minta PUNB. PUNB telah dilancarkan pada 28 Julai 1992. Dan di

antara projek yang telah diluluskan ialah Hatsu Industries Sdn.

Berhad dan juga Rotocraft Sdn. Berhad. Mereka ini telah ditonjolkan

pada hari kita melancarkan PUNB. Dan seorang pemohon wanita dari-

pada B&Z Plascic Industries Sdn. Berhad telah diketengahkan sebagai

pemimpin korporat baru yang telah diperkenalkan oleh PUNB. Tetapi

malangnya sampai sekarang tidak ada, satu pun termasuk orang yang

membaca ucapan, yang seolah-olah dia telah mendapat permohonan dan

berjaya yang diberikan pinjaman dan mereka ini masih menganggur dan

tidak tahu ke hala mana yang mereka tuju. Saya hendak tanya apa

yang sudah terjadi kepada PUNB.

Saya tahu Tan Sri Datuk Raja Aman kalau saya tidak silap adalah

merupakan seorang yang telah berjaya untuk mengendalikan Perwira

Habib Bank dengan begitu baik. Apa yang telah terjadi kepada Datuk

sekarang ini bila Datuk masuk PUNB? Saya minta sesuatu dibuat,

kalau sekiranya PUNB juga ingin membuat projek, sampai setahun baru

diluluskan dan sebagainya, dalam masa yang sama pada masa tersebut,

setahun ke hadapan mungkin pasaran untuk benda-benda yang telah

dicadangkan ini sudah tidak laku lagi. Jadi, tidak bermakna, PUNB

kena membuat sasuatu.

Tuan Yang di-Pertua, yang berikutnya ialah berhubung dengan

Kementerian Sumber Manusia - SOCSO. .Saya telah menimbulkan dengan

panjang lebar, tetapi saya seolah-olahnya mencampak air di daun

keladi dan sebaliknya terdapat pegawai-pegawai SOCSO yang pergi,

Page 61: DEWAN RAKYAT fileJilid II Bil. 39 Hari Isnin ... bincangkan di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangaa Bersatu * ... jawapan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri oleh sebab Indonesia

DR.9.11.92 - 60 -

saya kurang pasti, pergi mencerita kepada Menteri, saya tidak tahu

apa benda, tetapi mereka mengambil pandangan secara negatif. Kalau

hal ini berterusan, saya hendak cadangkan supaya sumbangan kepada

SOCSO dihentikan, wangnya dimasukkan ke dalam EPF sebab SOCSO kena

beri perhatian kepada perkara-perkara ini.

Yang pertama, mesti juga terlibat sama-sama memberi nasihat

mengenai pencegahari.

Tuan Yang di-Pertua, saya majikan, dan saya tahu sangat tentang

perkara ini, Saya majikan dan saya ada hampir beratus-ratus juga

pekerja saya, saya tahu saya banyak memberi sumbangan kepada SOCSO.

Dan, tidak pernah SOCSO datang untuk menunjukkan cara-cara kepada

saya bagaimana harus saya buat untuk tujuan pencegahan supaya

pekerja-pekerja saya tidak mendapat kecederaan dan sebagainya..

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Yang Berhormat.

Tuan Shahidan bin Kassim: Tuan Yang di-Pertua, yang kedua,

pampasan. Dari segi pampasan kita lihat SOCSO juga tidak memberi

perhatian yang serius tiap-tiap kali berlaku kecederaan, kemalangan

dan sebagainya, kita tengok orang lain dahulu yang sampai.

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Yang Berhormat,

nanti dahulu.

Tuan Shahidan bin Kassim; Yang ketiganya, selepas kecederaan,

pampasan ....

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Yang Berhormat,

ini bukan caranya. Yang Berhormat, masa sudah cukup, memang sudah

cukup.

Page 62: DEWAN RAKYAT fileJilid II Bil. 39 Hari Isnin ... bincangkan di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangaa Bersatu * ... jawapan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri oleh sebab Indonesia

DR.9.11.92 - 61 -

Tuan Shahidan bin Kassim: Point of order.

Timbalan Yaug di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Point of order

pula, yang ke berapa Yang Berhormat?

Tuan Shahidan bin Kassim: Tuan Yang di-Pertua, saya rasa saya

Pengerusi Backbencher, Mengapa Ketua Pembangkang dan ketua-ketua

parti lain diberi kebenaran bercakap tanpa had dan saya diberi had

masa.

Timbalan Yang di-Pcrtua [Tuan Ong Tee Keat]: Yang Berhormat.

Tuan Shahidan bin Kassim: Tidak, Ketua Pembangkang hanya

seorang sahaja, yang lain-Iain ini tidak boleh jadi ketua parti.

Kalau sekiranya kita tidak ada ....

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Yang Berhormat,

sabar. Sebenarnya dalara minggu yang pertama memang sudah diberi

peluang yang banyak kepada Ahli Yang Berhormat semua. Jadi,

sekarang ini mulai hari ini 25 minit sahaja untuk setiap orang.

Bayan Baru.

4.09 ptg.

Tuan Ahmad bin Nor [Bayan Baru]: Tuan Yang di-Pertua, terima

kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk mengambii bahagian

dalam ucapan Belanjawan 1993.

Tuan Yang di-Pertua, terutama sekali saya ingin merakamkan

perasaan kesal saya kerana tidak ada seorang Menteri pun .....

[Menteri Perusahaan Awam (Dato' Dr. Mohamad Yusof bin Haji

Mohamed Nor) memasuki Dewan]

Page 63: DEWAN RAKYAT fileJilid II Bil. 39 Hari Isnin ... bincangkan di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangaa Bersatu * ... jawapan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri oleh sebab Indonesia

DR.9.11.92 - 62 -

Tuan Ahmad bin Nor: Ah! baru masuk seorang. Hanya seorang

Menteri sahaja yang baru masuk hendak mendengar ucapan, yang lain

tidak berminat, sedangkan mereka boleh duduk tiga hari dalam

Perhimpunan Agung UMNO dengan tidak ....

Seorang Ahli: [Menyampuk]

Tuan Ahmad bin Mor; Itu tidak kira Menteri.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin memetik sebahagian kecil dari-

pada ucapan Menteri Kewangan pada 30hb yang lalu iaitu berhubung

dengan: "Kita juga perlu lebih peka dan waspada terhadap perbuatan

rasuah dan penyalahgunaan kuasa, Kerajaan mempunyai tanggungjawab

menjaga kewibawaan dan melindungi imej bersihnya dan tidak akan mem-

biarkan seekor kerbau membawa lumpur, habis semua terpalit,"

Begitu kagum sekali kita mendengar ucapan Menteri Kewangan pada 30hb

Oktober yang lalu semasa membentang Belanjawan 1993.

Tuan Yang di-Pertua, tiga hari yang lalu, daripada 6hb hingga

8hb November 1992, rakyat Malaysia seluruh negara telah menyaksikan

salah satu perilaku penyalahgunaan kuasa yang amat besar oleh

Kerajaan Barisan Nasinal yang ditulangbelakangkan oleh UMNO.

Page 64: DEWAN RAKYAT fileJilid II Bil. 39 Hari Isnin ... bincangkan di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangaa Bersatu * ... jawapan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri oleh sebab Indonesia

DR.9.11.92 - 63 -

UMNO telah menggunakan Radio Televisyen Malaysia untuk memberi

publisiti secara besar-besaran kepada Perhimpunan UMNO selama 3 hari

itu. Apakah RTM itu kepunyaan UMNO? Apa saham yang Dr. Mahathir

ada dan lain-Iain pemimpin UMNO dalam RTM? Sudahlah UMNO monopoli,

media-raedia akhbar yang besar-besar di negara ini sehingga tidak

memberi peluang kepada pihak yang lain dan sekarang kita lihat satu

penyalahgunaan kuasa yang begitu besar menggunakan RTM yang menjadi

hak kepunyaan rakyat, seolah-olah RTM itu hak UMNO. Apakah ini satu

sikap yang bertanggungjawab dan yang mengatakan Kerajaan ini adalah

sebuab Kerajaan yang bersih? Saya tidak nampak. Ini terang-terang.

Baharu sahaja Menteri Kewangan berucap tentang "oh, kita akan

menentukan tidak ada rasuah dan penyalahgunaan kuasa". Terang-

terang tiga hari, seolah-oleh RTM kepunyaan UMNO. Ini adalah amat

dikesalkan.

Kita amat sedih kerana dalam Parlimen tidak ada pun liputan

khas, tidak ada. Ini begini penting kerana iai adalah wakii-wakil

rakyat seluruh negara yang mana ia dianggotai oleh pihak Kerajaan

dan pihak Pembangkang. Rakyat hendak tahu apa yang dibahaskan di

Parlimen - tidak ada masa. RTM tidak ada masa. Setiausaha Parlimen

Kementerian Penerangan pun ada di ,sini - tidak ada masa. Apakah ini

bukan satu tindakan salahguna kuasa oleh Menteri Penerangan dan

semua anggota-anggota di RTM? Ini satu perbuatan yang memalukan,

tidak ada moral, cakap besar, cakap itu, ini, tetapi sebenarnya

tidak ada moral.

Tuan Ruhanie bia Haji Ahmad: [Bangun]:

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Yang Berhormat,

Parit Sulung bangun.

Page 65: DEWAN RAKYAT fileJilid II Bil. 39 Hari Isnin ... bincangkan di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangaa Bersatu * ... jawapan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri oleh sebab Indonesia

DR.9.11.92 - 64 -

Tuan Ahmad bin Nor: Saya cuma ada 20 minit, nanti......•

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Hendak beri jalan?

Tuan Ahmad bin Nor: Bukan saya tidak hendak beri jalan, tidak

ada bonus. Ada bonus?

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Tidak ada.

Tuan Ahmad bin Nor: Tidak ada bonus, sila duduk.

Tuan Shahidan bin Kassim: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat]; Arau bangun juga.

Tuan Ahmad bin Nor: Saya beri chance sekali, fasal dia ketua

backbencher.

Tuan Shahidan bin Kassim: Yang Berhormat dari Bayan Baru,

terima kasih kerana beri peluang. Saya hendak. ambil masa 30 second

sahaja. Yang Berhormat sedar atau tidak, dalam Perhimpunan itu yang

hadir bukan sahaja Ketua Parti tetapi ia juga Perdana Menteri dan

mesej yang hendak disampaikan bukan untuk ahli UMNO sahaja, tetapi

untuk seluruh rakyat Malaysia. Saya hendak tanya kepada Yang

Berhormat, kalau Yang Berhormat tengok televisyen buat liputan, Yang

Berhormat dengar atau tidak ucapan yang diberi. Dia mencadangkan

satu bentuk rupa bangsa Malaysia Baru, DAP Baru, PAS Baru, UMNO

Baru, Rakyat Malaysia baru. Itu yang bercakap itu Perdana Menteri

atau siapa? Perdana Menterikan? Perdana Menteri ini Ketua

Kerajaan kita, Yang Berhormat! Yang Berhormat kena tengok. Yang

menjawab pula itu semua Menteri-menteri yang juga menjawab bakan

sahaja untuk orang UMNO tetapi juga untuk rakyat Malaysia. Dan saya

cadangkan, dulu RTM tidak beri live, sepatutnya dia beri siaran

terus-menerus sebab ini ucapan penting untuk rakyat Malaysia. Ini

bukan untuk UMNO sahaja.

Page 66: DEWAN RAKYAT fileJilid II Bil. 39 Hari Isnin ... bincangkan di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangaa Bersatu * ... jawapan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri oleh sebab Indonesia

DR.9.11.92 - 65 -

Tuan Ahmad bin Nor: Setahu saya Perhimpunan itu adalah Per-

himpunan UMNO, saya tidak memadang bahawa yaag bercakap itu adalah

Perdana Menteri tetapi ianya adalah Prasiden UMNO. Tidak ada lebih

daripada itu kerana ia adalah Perhimpunan UMNO dan saya hendak beri-

tahu kepada Yang Berhormat dari Arau, raereka takut gunakan 'baru'.

Dia tidak berani sebut UMNO Baru, UMNO, UMNO, UMNO, kenapa takut

hetidak gunakan UMNO Baru. Yang ada sekarang ini ialah UMNO Baru di

bawa kepimpinan Dr. Mahathir, bukan UMNO Lama tetapi UMNO Baru.

Kenapa takut disebut?

Tuan Ruhanie bin Haji Ahmad: [Bangun]:

Tuan Shahidan bia Kassim: [Bangun]:

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Yang Berhormat

hendak beri jalan?

Tuan Ahmad bin Nor: Tidak. Tidak boleh beri lagi dah!

Beberapa Ahli: [Menyampuk]

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Dia tidak beri.

Sila duduk Yang Berhormat.

Tuan Ahmad bin Nor: Tuan Yang di-pertua, kita memang berasa

kesal dan sedih........

Dato' Haji Fauzi bin Haji Abdul Rahman: [Bangun].

Timbalan Yaug di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Nanti Yang

Berhormat, Setiausaha Parlimen bangun juga.

Tuan Ahmad bin Nor: Setiausaha Parlimen boleh, ada standard.

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Setiausaha

Parlimen boleh.

Page 67: DEWAN RAKYAT fileJilid II Bil. 39 Hari Isnin ... bincangkan di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangaa Bersatu * ... jawapan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri oleh sebab Indonesia

DR.9.11.92 - 66 -

Dato' Haji Fauzi bin Haji Ahdul Rahman: Saya ucapkan terima

kasihlah kerana saya ada standard. Tuan Yang di-Pertua, saya hendak

bertanya. Saya tidak hendak jawab lagi mengenai masalah RTM ini,

saya boleh jawab pada masa yang sesuai. Jadi, saya hendak tanya,

fasal ada disebuc UMNO Baru, UMNO Laraa, sedar atau tidak Yang

berhormat daripada Bayan Baru , itu saya berani sebut 'baru', bahawa

nama apapun, sama ada UMNOkah, UMNO Barukah, UMNO kolotkah, UMNO

luputkah, UMNO kunokah, UMNO apakah, asal ada UMNO yang mendapat

sokongan rakyat jelata yang begitu hebat satriap tahun daripada mula

kita mencapai kemerdekaan sehingga hari ini, tidak sekali ditolak

oleh Kerajaan, adakah itu pada pandangan Yang Berhormat mempunyai

pengertian bahawasanya itulah sebenarnya parti yang mendapat

sokongan dan mandat rakyat setiap kali dan tidakkah begitu amalan

demokrasi kita? Demokrasi yang bererti bahawasanya pemerintahan

dari rakyat, oleh rakyat, untuk rakyat. Terima kasih.

Tuan Ahmad bin Nor: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua, dia

tidak minta penjelasan, dia buat ucapan, tetapi tidak apalah.

Sebenarnya apa yang saya hendak katakan di sini, UMNO selepas......

Dato' Haji Fauzi bin Haji Abdul Rahman: [Bangun]

Tuan Ruhanie bin Ahmad: [Bangun]:

Tuan Shahidan bin Kassim: [Bangun]:

Timbalau Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Yang Berhormat,

nanti. Ada yang bangun lagi.

Tuan Ahmad bin Nor: . . . . '. . . .selepas 1987 yang dibubar dan

kemudian didaftar baru, itu adalah UMNO Baru bukan UMNO Lama dan

saya hendak beritahu perbezaan antara UMNO Baru dari UMNO Lama memang

amat jauh.

Page 68: DEWAN RAKYAT fileJilid II Bil. 39 Hari Isnin ... bincangkan di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangaa Bersatu * ... jawapan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri oleh sebab Indonesia

DR.9.11.92 - 67 -

Timbalan Yang di-Pertua [Tuau Ong Tee Keat]: Yang Berhormat,

nanti, hendak beri jelas?

Tuan Ahmad bin Nor: Kalau hendak tahu, duduk, saya akan terang-

kan.

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Hendak beri jalan

atau tidak?

Tuan Ahmad bin Nor: Nanti Setiausaha Parlimen boleh jawab

kemudian. Saya hendak beritahu bahawa saya sendiri mengikuti dan

hendak tengok gelojoh-gelojoh orang UMNO dalam perhimpunan dan saya

rasa kesal, bukan semua tetapi segelintir perwakilan UMNO yang

memang saya rasa membawa sikap UMNO Baru di bawah pimpinan yang ada

sekarang.......

Tuan Shahidan bin Kassim: [Bangun]:

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Oag Tee Keat]: Yang Berhormat,

nanti, nanti.....

Tuan Ahmad bin Nor: ......mereka berani menghina dan merendah-

kan kedaulatan Raja. Ada yang berani sebut Raja sekarang samseng.

Tuan Ruhanie bin Haji Ahmad: Point of order.

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee Kaat]: Yang Berhormat,

nanti, point of order.

Tuan Ruhanie bin Haji Ahmad: Tuan Yang di-Pertua, point of

order.

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat] : Sila duduk

sebentar. Point of order yang ke berapa Yang Berhormat?

Page 69: DEWAN RAKYAT fileJilid II Bil. 39 Hari Isnin ... bincangkan di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangaa Bersatu * ... jawapan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri oleh sebab Indonesia

DR.9.11.92 - 68 -

Tuan Ruhanie bin Haji Ahmad: 36(1).

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Ya.

Tuan Ruhanie bin Haji Ahmad: Keduanya, saya hendak tanya

perbezaan antara "kakak tua" dengan "bayan baru",

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Yang Berhormat,

kalau point of order, itu sahaja. Kalau minta penjelasan, itu lain.

Tuan Ruhanie bin Ahmad: Oleh kerana dia membuat sangkaan jahat.

Timbalan Yang di-Pertua [Tuau Ong Tee Keat]: Saya akaa membuat

keputusan.

Tuan Ruhanie bin Ahmad: Saya juga hendak tanya beza "kakak tua"

dengan "bayan baru".

Timbalan Yang di-Pertua [Tuaa Ong Tee Keat]: Yang Berhormat,

saya rasa Yang Berhormat teruskan, tetapi saya berharap jangan pergi

jauh sangat.

Tuan Ahmad bin Nor: Saya tidak beri jalan lagi.

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Ya.

Tuan Shahidan bin Kassim: [Bangun]: Point of ocder,

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Arau bangun lagi.

Point of order yang ke berapa?

Tuan Shahidan bin Kassim: - 36(6), sebab dia membuat' sangkaan

jahat kepada Yang Berhormat dari Jerai, sebab daripada perkataannya,

dia menuduh Yang Berhormat mengatakan "Raja samseng". Dia tidak

kata "Raja samseng" dan Raja-raja tidak boleh dibincangkan daLam

Parlimen.

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Yang Berhormat,

saya akan buat keputusan.

Page 70: DEWAN RAKYAT fileJilid II Bil. 39 Hari Isnin ... bincangkan di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangaa Bersatu * ... jawapan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri oleh sebab Indonesia

DR.9.11.92 - 69 -

Tuan Shahidan bin Kassim: Tidak boleh menyebut fasal Raja di

Parlitnen, di Perhirapunan Agung, karai bertanggungjawab.

Tuan Ahmad bin Nor: Saya tidak kata dia samseng, Tuan Yang

di-Pertua.

Tuan Shahidan bin Ka.ssia: Nanci sekejap.

Beberapa Ahli: [Menyampuk].

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Saya rasa ini

tidak kena, Yang BerhormaC sila ceruskan.

Tuan Ahmad bin Mor: Tuan Yang di-Pertua, kalau dia cidak kacau,

tidak jadi begini. Jadi sekarang saya Cidak mahu beri jalan.

Timbalaa Yang di-Pertua [Tuau Ong Tee Keat]: Itu Cerpulang

kepada Yang Berhormat'.

Tuan Ahmad bio Nor: Saya minta mereka mesti berwaspada.

Tuan Shahidan bin Kassim: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee KeatJ: Nanci duiu, ada

yang bangun lagi. Yang Berhormat Arau.

Tuau Shahidan bin Kassim: Point of order. 36(6).

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Ya, sangkaan

jahat.

Tuan Shahidan bin Kassim: Dan satu lagi di bawah perkara yang

menyebutkan "kita tidak boleh menyebut hal Raja-raja di Parlimen" .

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Ya, saya akan buat

keputusan, 36(6) itu saya rasa tidak kena, sebab sangkaan jahat

terhadap Ahli yang" iain, tetapi di dalam kes ini saya tidak pernah

dengar nama Jerai itu disebut.

Tuau Ahmad bin Nor: Siapa makan cili dia rasa pedas.

Tuan Ruhanie bin Haji Ahmad: [Bangun]

Tuan Shahidan bin Kassim: [Bangun]:

Page 71: DEWAN RAKYAT fileJilid II Bil. 39 Hari Isnin ... bincangkan di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangaa Bersatu * ... jawapan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri oleh sebab Indonesia

DR.9.11.92 - 70 -

Puan Hajah Rakibah binti Haji Abdul Manap: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan. Ong Tee Keat]: Nanti dahulu, Yang

Berhormat, satu demi satu. Shah Alam bangun. Ada sesuatu?

Puan Hajah Rakibah binti Haji Abdul Hanap: 36(1), iaitu

seseorang Ahli hendaklah menghadkan percakapannya kepada perkara

yang dibincangkan.

Beberapa Ahli: Boo!

Puan Hajah Rakibah binti Haji Abdul Manap: Ini cakap apa ini?

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Oag Tee Keat]: Yang Berhormat,

biasanya dalam perbahasan Belanjawan, memang banyak aspek boleh

diliputi. Asalkan Yang Berhormat yang berkenaan jangan pergi jauh

sangat. Sekadar beri contoh itu dibenarkan, tetapi janganlah

menyeleweng sangat.

Tuan Shahidan bin Kassim: Tuan Yang di-Pertuan, point of order

36(7).

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Ya, sila bacakan

Yang Berhormat.

Tuan Shahidan bin Kassim: "Nama Duli Yang Maha Mulia Seri

Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atau nama Duli-duli Yang Maha

Mulia Raja-Raja Melayu atau Tuan-tuan. Terutama Yang di-Pertua Negeri

tidak digunakan untuk mempengaruhi Majlis Mesyuarat". Dia mengguna-

kan nama tadi untuk mempengaruhi Majlis Mesyuarat.

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Ya, Yang

Berhormat....

Tuan Shahidan bin Kassim: Kena tarik balik.

Tuan Ahmad bin Nor: Saya tidak sebut nama, saya sebut Raja-raja

saya tidak sebut nama mana-mana Raja yang khusus atau spesifik.

Page 72: DEWAN RAKYAT fileJilid II Bil. 39 Hari Isnin ... bincangkan di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangaa Bersatu * ... jawapan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri oleh sebab Indonesia

DR.9,11.92 - 71 -

Tuan Shahidan bin Kassim: Tetapi dia menggunakannya untuk mem-

pengaruhi Majlis Mesyuarat.

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Yang Berhormat,

cukup jelas itu ya?

Tuan Shahidan bin Kassim: Ya.

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Saya akan buat

keputusan. Yang Berhormat, cuba elakkan diri daripada sebarang yang

menyentuh Raja-raja dan sebagainya, tetapi kalau sekiranya secara

umum.....

Tuan Ahmad bin Nor: Biar saya terangkan.

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Nanti dahulu,

sabar. Secara umum itu tidak apa, tetapi jangan secara khusus, itu

tidak baik, tidak diizinkan.

Dato' Haji Fauzi bin Haji Abdul Rahman: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Ya, ada lagi yang

bangun. Setiausaha Parlimen.

Dato' Haji Fauzi bin Haji Abdul Rahman: Ada. standard bolehlah

tanya. Depa tidak ada standard, saya ada standard.

Tuan Ahmad bin Nor: Saya tidak beri.

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Dia tidak beri.

Dato' Haji Fauzi bin Haji Abdul Rahman: Tidak beri? Terima

kasih.

Beberapa Ahli: [Menyampuk]

Tuan Haji Sukri bin Haji Mohamed: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Kok Lanas bangun

Yang Berhormat.

Tuan Ahmad bin Nor: Tuan Yang di-Pertua, mereka hendak membuang

masa, Tuan Yang di-Pertua, dok melayan apa?

Tuan Haji Sukri bin Haji Mohamed: Bukan, bukan [Ketawa]

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Oag Tee Keat:]: Kok Lanas yang

bangun.

Page 73: DEWAN RAKYAT fileJilid II Bil. 39 Hari Isnin ... bincangkan di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangaa Bersatu * ... jawapan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri oleh sebab Indonesia

DR.9.11.92 -72-

Tuan Haji Sukri bin Haji Mohamed: Saya hendak minta penjelasan

dari Yang Berhormat Bayan Baru, adakah Yang Berhormat bersetuju,

kalau Ahli-ahli UMNO boleh menggunakan pentas UMNO secara terbuka

menghentam Raja-raja, adakah tidak adil bagaimana seorang Ahli Dewan

Rakyat tidak boleh mempertahankan Raja-raja dalam Majlis ini?

[Tepuk]

Tuan Ahmad bin Nor: Tuan Yang di-Pertua, memang betul. Paling

aneh! Cukup aneh! Kita cakap demokrasi, dalam Perhimpunan UMNO ada

demokrasi, -di Parlimen tidak ada demokrasi, tidak boleh sebut raja-

raja! Ini tidak boleh diterima akal.

Tuan Shahidan bin Kassim: [Bangun]

Tuaa Ruhanie bin Haji Ahmad: [Bangun]

Puan Hajah Rakibah binti Haji Abdul Manap: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Yang Berhormat,

ada tiga yang bangun. Arau dahulu.

Tuan Shahidan bin Kassim; Tuan Yang di-Pertua, 36(7) - macam

ini kedudukannya. Kalau sekiranya kami bersalah di Perhimpunan

Agung, biar kami ditangkap di luar sana di Perhimpunan Agung, tetapi

di Parlimen kita ada peraturan. Kita ada peraturan .kalau kita tidak

boleh menyebut. Di sana, kalau hendak tangkap, tangkap - saya pun

sebut. Tangkaplah kalau hendak tangkap. Saya rela ditangkap tetapi

hak Ahli Parlimen ada peraturan.

Page 74: DEWAN RAKYAT fileJilid II Bil. 39 Hari Isnin ... bincangkan di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangaa Bersatu * ... jawapan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri oleh sebab Indonesia

DR.9.11.92' -73-

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Yang Berhormat,

cukup jelas.

Tuan Shahidan bin Kassim: Ya.

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat] : Kalau Yang

Berhormat meneliti 36(7), nama Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka

Baginda Yang di-Pertuan Agong itu tidak boleh disebut-sebut ataupun

digunakan untuk mempengaruhi Majlis Mesyuarat. Dalam kes ini, saya

rasa tidak kena sebab tidak ada nama Raja-raja yang disebut. Cuma

Yang Berhormat yang berkenaan itu beri contoh yang melibatkan

Saja-raja.

Beberapa Ahli: [Menyampuk]

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Ya, ini hak dia.

Tuan Shahidan bin Kassim: Point of order 3^(8) - kelakuan atau

sifat Duli Yang Maha Mulia. Tidak sebut 'nama'. Kelakuan atau

sifat. Perkataan "samseng" itu adalah kelakuan atau sifat. Dia

tidak boleh ulang apa yang kita kata sebab ini tidak boleh disentuh

langsung. Ini Parliraen ada peraturannya. Di Perhimpunan Agung,

kalau kami salah, tidak ada masalah. Ini UMNO punya fasal, pergi

tangkap.UMNO.

Tuan Haji Badruddin bin Amiruldin: [Bangun][Menyampuk]

Timbalan Yang di-pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Jerai, duduk.

Jangan bangun dan bercakap terus. Nanti dahulu. Satu demi satu.

36(8).' itu saya rasa kurang relevan dalam kes ini, Yang Berhormat.

Tuan Ruhanie bin Haji Ahmad; [Bangun]

Page 75: DEWAN RAKYAT fileJilid II Bil. 39 Hari Isnin ... bincangkan di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangaa Bersatu * ... jawapan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri oleh sebab Indonesia

DR.9.11.92 -74-

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee Eeat]; Ya.

Tuan Ruhanie bin Haji Ahmad: Point of order 36(9).

Tuan Ahmad biu Nor: Tuan Yang di-Pertua, diharap jangan layan

dia, ini masa saya!

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Yang Berhormat,

tni point of order.

Tuan Ruhanie bin Haji Ahmad: Point of order, Tuan Yang

di-Pertua. Ini point of order. [Disampuk]

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Yang Berhormat,

nanti. Bukan Kerusi hendak layan atau tidak, ini hak dia.

Tuan Ruhanie bin Haji Ahmad: Tuan Yang di-Pertua, saya minta,

kalau dia tidak mahu dipanggil sebagai samseng, sila duduk. 36(9) -

kelakuan Ahli Parlimen atau sebagainya selain daripada menjalankan

tugas di ParLimen, tidak payah disebut di sini. Kalau umpamanya,

perkara yang berlaku dalam perhimpunan Agung, itu adalah hak kami

sebagai Ahli-ahli UMNO. Tidak membabitkan pendirian kita sebagai

Ahli Parlimen.

Jadi, apa yang DAP ini. kalau dia sudah bankrap isu, jangan

cakap dalam Dewan. Duduk sahaja. Tolong expose kawan-kawan yang

dituduh sebagai rasuah .

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Ya, saya rasa ini

kena, sebab 36(9) memang cukup jelas. Jadi, saya harap Yang

Berhormat faham dan janganlah gunakan perkataan "samseng".

Tuan Ahmad bin Nor: Tetapi yang penting, Tuan Yang di-Pertua,

saya rasa, dalam Pexhimpunan UMNO, dia hendak berbogelkah, hendak

Page 76: DEWAN RAKYAT fileJilid II Bil. 39 Hari Isnin ... bincangkan di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangaa Bersatu * ... jawapan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri oleh sebab Indonesia

DR.9.11.92 -75-

tungging, telanjangkah saya tidak. peduli. Yang saya peduli sekarang

ialah salahguna RTM. Ini yang dibincangkan. Ini yang saya dok

ambil kisah sekarang irii. [Tepuk] Hendak bogel, hendak telanjang,

hendak keriau, hendak kata apa-apa, mampus pergilah. Saya tidak

peduli,! [Tepuk]

Tuan Shahidan bin Kassim: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Ya, Arau.

Tuan Shahidan bin Kassim: On a point of order. Dia kata

"mampus" kepada UMNO. "Mampus" itu perkataan unparliamentary.

[Ketawa]

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Yang Berhormat,

dalam senarai perkataan unparliamentary itu, perkataan "mampus"

tidak termasuk, Yang Berhormat. [Tepuk][Ketawa]

Tuan Shahidan bin Kassim: Kalau tidak termasuk, mampuslah DAP!

[Ketawa]

Dato' Haji Fauzi bin Haji Abdul Rahman: [Bangun]

Timbalan Yang di-pertua [Tuan Ong Tee Keat] : Itu terpulanglah

Yang Berhormat. Ya , Setiausaha Parlimen bangun.

Dato' Haji Fauzi bin Haji Abdul Rahman: Sedikit sahaja.

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasihlah kepada Yang

Berhormat dari Bayan Baru. Saya juga tidak mengambil kesempatan ini

untuk berbogel di sini, tidak ada dalam rancangan saya. Kalau saya

lakukan pun, saya takut orang lain semua lari. Tetapi saya hendak

meminta penjelasan sahaja.

Page 77: DEWAN RAKYAT fileJilid II Bil. 39 Hari Isnin ... bincangkan di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangaa Bersatu * ... jawapan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri oleh sebab Indonesia

DR.9.11.92 -76-

Dari segi kritikan Yang Berhormat kepada UHNO tadi, bahawasanya

ada satu, dua orang mengkritik Raja-raja. Betullah kata Yang

Berhormat dari Arau tadi, kalau salah dari segi undang-undang kita,

kita harap boleh tangkaplah. Beranilah Ahli UMNO ini mengkritik.

Sekurang-kurangnya, Tuan Yang di-Pertua, saya rainta penjelasan.

Dalam Perlembagsan UMNC, kita ada Per Lernbagaan kita, menegak dan

mendaulatkan, meletakkan martabat Baja itu dalam Perlembagaan. Saya

hendak tahu dari segi DAP, di mana dia letak Raja-raja? [Tepuk]

Tuan Ahmad bin Nor: Tuan Yang di-Pertua, kita sedang

berbincang tentang apa itu Perhimpunan Agung UMMO, bukan tentang

DAP. Walaupun dalam Perlembagaan UMNO, ada kata mereka menjunjang

dan mendaulatkan Raja-raja, daLam kritikan yang sama mereka hentam

habis-habisan Raja . Itu ada .

Tuan Puhanie bin Haji Ahmad: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat] : Ya, ada point of

order, Yang Berhormat.

Tuan Ruhanie bin Haji Ahmad: Duduk dahulu, ooint of order.

Duduklah! Point of order/duduk dahulu!

Tuan Ahmad bin Nor: Bilangan?

Tuan Ruhanie bin Haji Ahmad: Duduk dahulu!

Timbalan Yang di-Pertua (Tuan Ong Tee Keat]: Yang Berhormat,

sabar. Saya akan tanya. Yang ke berapa?

Tuan Ruhanie bin Haji Ahmad: 36(0), dan kalau DAP, konon di

sini hendak bela Raja, dalam Malaysian-Malavsia. dia hendak hapuskan

Raja! Betul atau tidak?

Page 78: DEWAN RAKYAT fileJilid II Bil. 39 Hari Isnin ... bincangkan di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangaa Bersatu * ... jawapan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri oleh sebab Indonesia

DR.9.11.92 -77-

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Yang Berhormat.

jangan ambil kesempatan.Kalau point of order.sebutkan sahaja.

Teruskan.

Tuan Ahmad bin Nor: Tuan Yang di-Pertua, memang rakyat telah

melihat dengan jelas apakah UMNO, apakah sikap UMNO Baru Yang ada

sekarang.

Puan Hajah Rakibah binti Haji Abdul Manap: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat] : Ya, Shah Alam

pula yang bangun .

Puan Hajah Rakibah binti Haji Abdul Manap: Tuan Yang

di-Pertua, point of order 36(6), Saya rasa ini sudah keterlaluan

menuduh UMNO mengecamlah, menghentamlah. Yang sebenarnya, kita

tidak menghentam atau mengecam. UMNO hanya membincangkan perkara

Raja-raja. Kita tidak menghentam. Ini tuduhan dan sangkaan jahat!

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat] : Saya sudah cakap,

36(6) ini memang seringkali dibangkitkan, tetapi saya rasa ini bukan

dikhususkan kepada mana-mana seorang Ahli.

Tuan Ahmad bin Nor: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua, saya

sambung. Saya minta mulai sekarang saya tidak beri j alan dan

janganlah cuba hendak memperalatkan Peraturan Mesyuarat kita untuk

membuangkan masa saya. [Tepuk]

Tuan Yang di-Pertua, itulah yang saya nyatakan bahawa UMNO

telah menyalahgunakan kuasa untuk menggunakan RTM semasa tiga hari

Perhimpunan UMNO yang lalu sedangkan Kerajaan Kelantan dan Kerajaan

Page 79: DEWAN RAKYAT fileJilid II Bil. 39 Hari Isnin ... bincangkan di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangaa Bersatu * ... jawapan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri oleh sebab Indonesia

DR.9.11.92 -79-

Tuan Ruhanie bin Haji Ahmad: Hendak minta penjelasan .. .

Tuan Ahmad bin Nor: Tidak ada, tidak ada.

Tuan Ruhanie bin Haji Ahmad: Saya hendak minta peajelasan.

Masalah siaran langsung ini sudah lama, sudah bertahun- tahun. Hari•

ini oleh kerana dia tidak ada isu....

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Nanti, nanti

dahulu. Hendak beri jalan atau tidak?

Tuan Ahmad bin Nor: Tidak.

Tuan Ruhanie bin Haji Ahmad: Waktu saya berucap, banyak kali

saya beri jalan kepada dia.

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Dia tidak beri,

itu terpulang kepada dia.

Tuan Ahmad bin Nor: Waktu saya dihadkan. Tuan Yang

di-pertua ....

Tuan Ruhanie bin Haji Ahmad: Itu nasiblah, tetapi masalah

siaran langsung, bertahun-tahun .. .

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Yang Berhormat,

jangan berbuat demikian.

Tuan Ruhanie bin Haji Ahmad: Tuan Yang di-Pertua, haruslah

bersikap adil di sini.

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Ini memang adil,

Yang Berhormat sebab itu hak dia sama ada hendak beri jalan atau

tidak. Kalau dia tidak beri , itu terpulangLah.

Tuan Ahmad bin Nor: Tuan Yang di-Pertua, masa untuk membodek,

menjunjung, mengangkat Kerajaan sudah habis banyak harilah.

Sekarang masa kita hendak belasah pula Kerajaan, jangan takut, duduk

dan dengar! [Tepuk] Saya berterus-terang, jangan dok takut, dengar!

Page 80: DEWAN RAKYAT fileJilid II Bil. 39 Hari Isnin ... bincangkan di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangaa Bersatu * ... jawapan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri oleh sebab Indonesia

DR.9.11.92 -80-

Tuan Yang di-Pertua, inilah satu perkara yang amat tidak sihat

dan diharap Kerajaan ataupun Kementerian Penerangan akan mengkaji

semula permohonan permit yang telah dibuat oleh Kerajaan Kelantan

mahupun Kerajaan Sabah untuk menyiarkan stesen tempatan mereka dan

ini adalah satu perkara yang penting kerana RTM adalah hak rakyat.

Tuan Yang di-Pertua, selanjutnya saya ingin menyebut tentang

pendirian Kerajaan berhubung dengan soal accountability, rasuah dan

penyeLewengan dalam negara ini. Memang baru-baru ini, di

Perhimpunan UMNO pun, Presiden UMNO iaitu Perdana Menteri ada

menyentuh tentang komitmen Kerajaan. Komitmen apa kalau komitmen di

mulut? Komitmennya di mulut! [Tepuk]

Page 81: DEWAN RAKYAT fileJilid II Bil. 39 Hari Isnin ... bincangkan di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangaa Bersatu * ... jawapan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri oleh sebab Indonesia

DR.9.11.92 - 81 -

Apakah tindakan, langkah dan mekanisma yang telah digunakan

oleh Kerajaan Barisan Nasional untuk menentang dan menghapuskan

gejala-gejala yang tidak sihat ini - rasuah, penyelewengan,

penyalahgunaan kuasa dan soal accountability? Tidak ada. Cakap.

Kerana kalaulah ada cara, tindakan tegas diambil dalatn gejala-gejala

yang tidak sihat ini saya rasa Perdana Menteri pun takut,

entah-entah dia pun keita, dan juga Menteri-menteri lain,..,.

Tuan Shahidan bin Kassim: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Yang

Berhormat.

Tuan Shahidan bin Kassim: Point of order 36(6). Sangkaan

jahat kepada Ahli Parlimen Kubang Pasu.. [Ketawa]

Timbalan Yang di-pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Terhadap siapa?

Tuan Shahidan bin Kassim: Dia sangkaan jahat. Dia kata

Perdana Menteri terlibat dengan rasuah....

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Ya, terhadap

siapa?

Tuan Shahidan bin Kassim: You sebut itu secara tidak langsung

tadi. "Silap-silap dia terkena", You kata tadi. 36(6).

Tuan Ahmad bin Nor: Saya cerita kalau.....

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Yang Berhormat

nanti dulu. Sangkaan jahat terhadap siapa?

Tuan Shahidan bin Kassim: Kepada Perdana Menteri. Ahli

Parlimen Kubang Pasu.....

Page 82: DEWAN RAKYAT fileJilid II Bil. 39 Hari Isnin ... bincangkan di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangaa Bersatu * ... jawapan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri oleh sebab Indonesia

DR.9.11.92 - 82 -

Tuan Ahmad bin Nor: Tak boleh sebut langsung

"rasuah"... [Ketawa] Tak boleh. Sikit sentuh saja dah sangka

jahat.

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Yang Berhormat

"saya akan membuat keputusan,

Tuan Shahidan bin Kassim: Tuan Yang di-Pertua, kalau ada

bukti, tunjukkan bukti - boleh tangkap. Tidak ada masalah.

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Baiklah, Yang

Berhormat.

Tuan Shahidan bin Kassim: Kita bukan takut, tapi tidak pernah

pun dia timbul pasal TWU yang terlibat dengan skandal rasuah, dia

timbul tidak.......Transport Workers Union?

Tuan Ahmad bin Nor: Tuan Yang di-PerCua, ini point of

order....

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Yang

Berhormat....

Tuan Shahidan bin Kassim: Sebabnya oleh kerana TWU kawan dia..

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Yang Berhormat,

Yang Berhormat diingatkan jangan tujukan kepada mana-mana ahli

percakapan yang disebutkan tadi....

Tuan Ahmad bin Nor: Saya cakap soal rasuah, accountability dan

penyelewengan, penyalahgunaan kuasa. Saya tidak puashati tentang

pendirian Kerajaan kerana ttdak ada komitmen yang benar-benar

menunjukkan bahawa mereka memang pegang daripada apa yang mereka

cakap. Kita tidak mahu cuma di mulut sahaja sedangkan

penyelewengan, rasuah dan penyalahgunaan kuasa amat berleluasa.

Page 83: DEWAN RAKYAT fileJilid II Bil. 39 Hari Isnin ... bincangkan di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangaa Bersatu * ... jawapan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri oleh sebab Indonesia

DR.9.11.92 - 83 -

Tuan Yang di-Pertua, kalau tidak ada komitmen seumpama ini saya

rasa apa juga usaha yang dirancangkan oleh Kerajaan. termasuk apa

yang dibentangkan dalam Belanjawan baru-baru iai....

Tuan Ruhanie bin Haji Ahmad; [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Yang Berhormat,

Parit Sulong bangun.

Tuan Ahmad bin Nor: Tidak. Saya sudah sebut tidak beri jalan.

Tuan Ruhanie bin Haji Ahmad: Saya ingin mengulangi, saya

hendak bertanya.....

Tuan Ahmad bin Nor: Tuan Yang di-Pertua, saya tidak beri

jalan...

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Yang

Berhormat....

Tuau Ruhanie bin Haji Ahmad: ..,dia kata penyelewengan,

penyalahgunaan kuasa termasuk MTUC dan TWU......

Timbalan Yang di—Pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Dia tidak beri

Yang Berhormat.

Tuan Ahmad bin Nor: Tidak beri, duduklah!

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Oag Tee Keat]: Teruskan. Masa

berjalan ini.

Tuan Ahmad bin Nor: Tuan Yang di-Pertua, minta maaf. Ya, masa

saya berjalan ini, saya tahu. Banyak gangguan, mereka tidak senang

hati kerana "punggung mereka hangat"! [Ketawa]

Page 84: DEWAN RAKYAT fileJilid II Bil. 39 Hari Isnin ... bincangkan di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangaa Bersatu * ... jawapan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri oleh sebab Indonesia

DR.9.11.92 - 84 -

Tuan Shahidan bin Kassim: Point of order.

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Ya. Point of

order ini.

Tuan Shahidan bin Kassim: Point of order, dia kata punggung

kita orang panas. [Tepuk] "Punggung" tidak boleh sebut di Parlimen,

unparliamentary. [Ketawa]

Timbalan Yang di—Pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Yang Berhormat

sama ada hangat atau tidak.....

Tuan Shahidan bin Kassim: Tidak, kalau boleh Yang Berhormat

dia sebutkan juga skandal rasuah di MTUC dan. TWU,

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Cukuplah, Yang

Berhorraat. Teruskan.

Tuan Ahmad bin Nor: Tuan Yang di-Pertua, seperti yang saya

jelaskan tadi jika sekiranya amalan rasuah, penyelewengan dan

salahguna kuasa tidak dibendung, maka apa jua perancangan yang ada

dan tindakan-tindakan yang telah dirancang di bawah pelaksanaan itu

tidak akan membawa hasil sepertimana yang kita harapkan kerana kita

tidak bendung penyakit - punca yang mustahak ini. Kerana rasuah

kita tidak dapat menghapuskan berbagai jenayah termasuk

amalan-amalan, aktiviti-aktiviti maksiat, amalan penyalahgunaan

dadah. Macam-macam ini disebabkan oleh araalan rasuah, ini

puncanya. Kalau Kerajaan mempunyai satu komitmen yang tegas, yang

benar-benar hendak menunjukkan bahawa kita ini hendak....

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Yang Berhormat,

masa sudah cukup.

Page 85: DEWAN RAKYAT fileJilid II Bil. 39 Hari Isnin ... bincangkan di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangaa Bersatu * ... jawapan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri oleh sebab Indonesia

DR.9.11.92 - 85 -

Tuan Ahmad bin Nor: Ya. Cukup bagaimana?

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Sudah cukup ya,

Yang Berhormat.

Beberapa Ahli: [Bangun]

Tuan Ahmad bin Nor: Tuan Yang di-Pertua, saya hendak gulung.

Saya gulung tidak apa. Jadi kalau kita ada komitmen yang sebenarnya

barulah kita kata Kerajaan itu benar-benar committed ataupun penuh

dengan komitmen terhailap gejala rasuah, penyelewengan dan salahguna

kuasa. Tuan Yang di-Pertua, saya hendak sebut secara yang ringkas

dan tergulung....

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Yang Berhormat,

masa Yang Berhormat sudah cukup.

Tuan Ahmad bin Nor: Saya t a h u . laitu saya mahu

Kerajaan....

Tuan Haji Badruddin bin Amiruldin: [Bangun]

Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: [Bangun]

Timbalan Yang di—Pertua [Tuan Oag Tee Keat]: Ya, sudah cukup

Yang Berhormat. Kota Bharu.

4.35 ptg.

Puan Hajah Ilani binti Dato' Haji Isahak [Kota Bharu]: Terima

kasih, Tuan Yang di-Pertua. Saya juga ingin ikut serta di dalam

perbahasan Belanjawan tahun 1993. Yang Berhormat Menteri Kewangan

telah membentangkan Belanjawan di mana sejumlah RM32.790 bilion

diperuntukkan bagi pengurusan dan RMl1.854 bilion untuk pembangunan

Page 86: DEWAN RAKYAT fileJilid II Bil. 39 Hari Isnin ... bincangkan di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangaa Bersatu * ... jawapan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri oleh sebab Indonesia

DR.9.11.92 -86-

iaitu jumlah besamya RM 44.144 bilion, Terletak kepada kita

Ahli-ahli Parlimen sama ada Dewan Rakyat atau Dewan Negara untwk

memastikan wang rakyat yang dicadang dibelanjakan itu diurus dengan

penuh amanah, jujur, penuh pertanggungjawaban - full accountability,

dan tidak sama sekali disalahgunakan.

Walaupun begitu, selain dari Ketua Audit Negara yang secara

khususnya dipertanggungjawab membongkar apa juga penyelewengan

kewangan, saya berpendapat Yang Berhormat Meateri Kewangan. juga

tidak terlepas dari memikul tanggungjawab utama di dalam memastikan

Belanjawan yang dibentang itu adalah benar-benar berasas kepada

kepentingan negara dan tiada apa-apa pengaruh laia atau kepentingan

politik, kepentingan kewangan orang-orang yang tertentu diambilkira.

Tuan Yang di-Pertua, saya berasa sangsi sedikit kerana Yang

Berhormat Menteri Kewangan nampaknya di dalam ucapan. Belanjawan

tempohari pada Jumaat 30hb, Oktober telah meneruskan suatu tradisi

yang tidak sihat. Menteri Kewangan-Menteri Kewangan yang dulu,

iaitu Tun Tan Siew Sin dan Yang Berhormat dari Gua Musang telah

memastikan ucapan. Belanjawan mereka tidak dicampuraduk dengan

serangan-serangan politik yang hanya sesuai di dalam ceramah

politik. Mereka sentiasa menjaga imej kenegarawan sesuai dengan

kedudukan kanan Menteri Kewangan.

30hb. Oktober adalah hari Jumaat, hari yaag seharusnya dipenuhi

oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan dengatt kebaikan sahaja iaitu

lebih-lebih lagi setelah Yang Berhormat mendengar khutbah Jumaat.

Seharusnya juga Yang Berhormat Menteri Kewangan. sedar bahawa

Page 87: DEWAN RAKYAT fileJilid II Bil. 39 Hari Isnin ... bincangkan di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangaa Bersatu * ... jawapan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri oleh sebab Indonesia

DR.9.11.92 - 87 -

Parlimen menjadi tumpuan bukan sahaja di kalangan rakyat Malaysia

tetapi juga kedutaan-kedutaan yang mewakili masyarakat

antarabangsa. Kenalah jaga standard sedikit, Tak patut Yang

Berhormat Menteri Kewangan meneruskan tradisi yang diperkenalkan

oleh Yang Berhormat dari Merbok iaitu membuat ucapan Belanjawan yang

bercampuraduk dengan serangan politik. Walaupun Yang Berhormat dari

Merbuk merupakan mentor Yang Berhormat Menteri Kewangan tetapi

tradisi itu harus dihentikan derni tnenjaga imej Yang Berhormat

sendiri. Nanti terjejas usaha Yang Berhormat ke arah menjadi

Perdana Menteri. Hendak jadi Perdana Menteri perlu tonjol imej

negarawan.

Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya Yang Berhormat Menteri Kewangan

semasa memegang jawatan Presiden Majlis Belia Malaysia awal 70an

dulu sangat dikagumi. Saya sendiri turut berbangga dengan

kepimpinan beliau. Apabila beliau ditahan dan dikurung di bawah ISA.

(Akta Keselamtan Dalam Negeri) ramai pemimpin. dia termasuk saya

berazam untuk memerangi penyalahgunaan kuasa, penindasan dan

penyelewengan oleh pihak-pihak yang berkuasa. Kami pimpinan belia

di dalam Majlis Belia Malaysia terdorong dengan raotto "Belia

Bertindak Derai Kebenaran dan Keadilan" yang diperkenalkan oleh Yang

Berhormat Menteri Kewangan selaku Presiden Majlis Belia Malaysia.

Tetapi apakah Yang Berhormat Menteri Kewangan ttu jujur?

Tuan Yang di-Pertua, semasa berucap di Konnvensyen UMNO (Baru)

di negeri Melaka Yang Berhormat Menteri Kewangan ada memberi amaran

kepada Ketua—ketua Jabatan atau agensi-agensi Kerajaan dan beliau

berjanji akan bertindak mendedah penyalahgunaan kedudukan oleh

mereka untuk kepentingan peribadi jika berlaku. Beliau menyatakan

Page 88: DEWAN RAKYAT fileJilid II Bil. 39 Hari Isnin ... bincangkan di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangaa Bersatu * ... jawapan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri oleh sebab Indonesia

DR.9.11.92 - 88 -

segala langkah akan diambil bagi membanteraskan penyelewengan dan

penyalahgunaan kuasa. Yang Berhormat Menteri Kewangan juga dengan.

berani berjanji meletak jawatan jika segala usaha beliau gagal.

Jadi, saya ingin bertanya, apakah tindakan Yang Berhormat terhadap

MARA, khususnya Menteri dan Timbalan Menteri; Pengerusi MARA

berkaitan dengan skandal perabelian berjumlah lebih kurang $28 juta

iaitu keahlian kelab golf sebanyak 450 keahlian iaitu setiap satu

$62,500.

Page 89: DEWAN RAKYAT fileJilid II Bil. 39 Hari Isnin ... bincangkan di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangaa Bersatu * ... jawapan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri oleh sebab Indonesia

DR.9.11.92 - 89 -

Tuan Yang di-Pertua, saya juga turut bimbang, takut-takut Yang

Berhormat Menteri Kewangan bukan sebenarnya ikhlas, bukan jujur

dalam memerangi penyelewengan atau salahguna kuasa. Setelah lebih

10 tahun di dalam Kabinet, "track record beliau dalam bidang ini

tidak cemerlang. Beliau tidak kritia terhadap skandal BMF yang

berjumlah S2.5 billion. Bukankah BBMS (Bank Bumiputra) adalah

parent company kepada BMF berada di bawah Jabatan Perdana Menteri,

mengapa tak siasat peranan Perdana Menteri, termasuk usaha memburuk-

kan Yang Berhormat dari Gua Musang. Wengapa senyap sedu apabila

berdepan dengan skandal pembelian saham UMBC oleh PERNAS? Mengapa

tiada tindakan atau siasatan terhadap Yang Berhormat dari Merbok?

Mengapa Yang Berhormat Menteri Kewangan tidak menyuara kemarahan

terhadap Peguam Negara di atas skandal pemusnahan video lucah dan

2,000 gambar lucah yang mengaitkan D.P. Vijandran. Mengapa cidak

berkata apabila terbongkar pula skandal pelaburan EPF atau KWSP, kes

MAMINCO, skandal Ko-op pengambilan deposit, MAIKA iaitu kes

hijacking 9 juta saham Telekom yang dikurniakan oleh Kemencerian

beliau. sendiri, mengapa tidak bertindak menegakkan kebenaran dan

keadilan apabila Tun Salleh Abas, Ketua Hakim Negara dipecat dengan

cara yang melanggar Perlembagaan Malaysia dan memalukan kehakiman

Malaysia.

Oleh itu saya ingin memesan kapada Yang Berhormat Menteri

Kewangan supaya mengocakan janji-janji beliau. Retorik sahaja tidak

bermakna , nanti susah bagi beliau mencapai matlamat menjadi Perdana

Page 90: DEWAN RAKYAT fileJilid II Bil. 39 Hari Isnin ... bincangkan di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangaa Bersatu * ... jawapan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri oleh sebab Indonesia

DR.9.11.92 - 90 -

Menteri. Belum terlewat, boleh balik ke pangkal jalan. Masih ada

masa untuk benar-benar membuktikan kejujuran dan berusahalah untuk

menjadi Menteri Kewangan yang disegani, dikagumi kerana kewibawaan

yang berteraskan amanah, kejujuran, keikhlasan, ketegasan dan

keilmuan. Elok Yang Berhormat Menteri Kewangan bermula dengan

mengajak Yang Berhormat dari Merbok supaya menyerah diri kepada

suatu siasatan yang bebas terhadap skandal Sagawa Kyubin, iaitu

kumpulan syarikat Jepun yang dikaitkan dengan gangster. Kumpulan

Sagawa Kyubin sedang disiasat oleh Kerajaan Jepun berkaitan dengan

tuduhan kumpulan itu terlibat dalam memberi wang rasuah kepada

berpuluh-puluh pimpinan tinggi politik negeri Jepun, Akhbar New

Straits Times hari ini dan hari Khamis yang lalu ada menyiarkan

kisah skandal Sagawa Kyubin ini. Mengikut laporan Far Eastern

Economic Reviev siasatan itu telah membongkarkan dokumen yang

mengaitkan Yang Berhormat dari Merbok dengan suatu pembayaran

bernilai lebih kurang $3 juta oleh Kyoshi Sagawa, Pengasas dan

Pengerusi Sagawa Kyubin. Kalau Yang Berhormat jujur, haruslah Yang

Berhormat bertindak ke arah menegakkan kebenaran dalam hal ini dan

jangan menghalang proses pertanggungjawaban.

Saya juga menyeru Yang Berhormat Menteri Kewangan membuktikan

kejujuran beliau dengan memberi penerangan yang jelas berkaitan

tawaran istimewa saham yang dirizab untuk bumiputera di bawah

kelolaan Kementerian beliau yang sepatutnya bertujuan memberi

manfaat kepada masyarakat bumiputera keseluruhannya, bukan untuk

menambah kekayaan butniputera-bumiputera tertentu yang sudahpun kaya.

Saya khuatir, takut-takut Yang Berhormat Menteri Kewangan

Page 91: DEWAN RAKYAT fileJilid II Bil. 39 Hari Isnin ... bincangkan di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangaa Bersatu * ... jawapan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri oleh sebab Indonesia

DR.9.11.92 - 91 -

*menggunakan kuasa bagi mewujudkan sistem politik 'patronage'. Ini

bertentangan dengan pengamalan demokrasi tulen. Tidakkah lebih baik

saham-saham yang dirizab itu ditawarkan kepada tabung-tabung amanah

yang diaudit seperti ASN dan ASB.. Jika beliau jaguh demokrasi,

sikap keterbukaan Kerajaan perlu diamalkan. Sila senaraikan sentua

syarikat dan individu yang telah mendapat nikmat saham-saham

tersebut di bawah Kementerian Kewangan dan Kementerian-kementerian

lain.

Tuan Yang di-Pertua, akhbar New Straits Times Khamis lalu ada

juga menyiarkan berita bahawa Parlimen Britain buat pertama kali di

dalam sejarahnya telah memilih seorang wanita sebagai Speaker atau

Tuan Yang di-Pertua 'House of Commons'. Sebelum Puan Beattie

Boutroit dipilih, beliau telah memohon ahli-ahli Dewan supaya

memilih beliau berdasarkan merit atau keupayaan, bukan sebab beliau

wanita. Yang menarik ialah beliau adalah dari parti Pembangkang,

iaitu Party Labour tetapi demokrasi di Britain membolehkan lebih

dari 70 orang ahli Parlimen dari parti pemerintah, iaitu Parti

Konservatif menyokong beliau. Perdana Menteri, John Major sendiri

mengepalai ucapan-ucapan tahniah. Pemerhati-pemerhati mengalukan

peristiwa bersejarah itu kerana ia menonjolkan kebaikan demokrasi.

Bekas Speaker, Bernard Whetheril menyatakan jawatan itu memerlukan,

dengan izin, 'total impartially complete fairness and absolute

imperviousness to pressures brought by either of the front-benchers

or anybody else'. [Tepuk] Bermaksud, perlu Speaker berlaku adil

terhadap parti pemerintah dan parti-parti dari Pembangkang. Puan

Boutroit Speaker baru itu dinyatakan menjanjikan keadilan, dengan

Page 92: DEWAN RAKYAT fileJilid II Bil. 39 Hari Isnin ... bincangkan di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangaa Bersatu * ... jawapan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri oleh sebab Indonesia

DR.9.11.92 - 92 -

izin, fairness and justice di dalam membela kepentingan ahli-ahli

Dewan apabila berdepan dengan pengaruh Kerajaan. Kita sama-samalah

mengalu-alukan peristiwa bersejarah itu. Saya sendiri berharap satu

masa kelak Parlimen ini juga akan mencacat sejarah yang sama,•

seorang wanita menduduki Kerusi Speaker mana-mana Dewan Parlimen

ini, [Tepuk]

Tuan Yang di-Pertua, dalam soal keadilan di pihak Speaker., saya

berharap semasa sesi Soal-Jawab, setiap Tuan Yang di-Pertua akan

sentiasa berwaspada kerana sudah ada trend di mana pihak Kerajaan

atau front-bench tidak mahu menjawab soalan tambahan dengan alasan

soalan-soalan itu tiada kaitan dengan soalan asal, sedangkan hanya

Tuan Yang di-pertua sahaja boleh membuat ruling atau ketetapan,

bukan Menteri, Timbalan Menteri ataupun Setiausaha Parlimen.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyaran kepada Tuan Yang

di-Pertua supaya soalan-soalan yang dikemukakan oleh Wakil-vakil•

Rakyat untuk dijawab secara lisan jangan ditapis dahulu oleh mana-

mana Kementerian. Ini gangguan cabang eksekutif terhadap bidang

kuasa Parlimen. Jawatan Tuan Yang di-Pertua sebagai orang pertama

Parlimen sangat sesuai berperanan menjaga demokrasi berparlimen.

Apa jua kuasa Parlimen jangan seaang-senang serah kepada cabang

eksekutif, pihak Kerajaan. Kewibawaan Parlimen banyak terletak

kepada kewibawaan Tuan-tuan Yang di-Pertua Dewan Rakyat mahupun

Senat.

Perlu diadakan peruntukan di bawah Belanjawan 1993 bagi maksud

memajukan Perkhidmatan Parlimen supaya dapat membantu Ahli-ahli

Parlimen serta kakitangan Parlimen menjalankan tugas dengan lebih

Page 93: DEWAN RAKYAT fileJilid II Bil. 39 Hari Isnin ... bincangkan di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangaa Bersatu * ... jawapan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri oleh sebab Indonesia

DR.9.11.92 - 93 -

memuaskan. Kemudahan-kemudahan seperti komputer, mesin fax perlu

disediakan bagi keperluan Ahli-ahli Parlimen. Sekurang-kurangnya

Pejabat Pembangkang dilengkapkan dengan keperluan-keperluan asas

itu. [Tepuk]

Baru-baru ini Ahli-ahli Parlimen dari Barisan Nasional telah

menjejas kewibawaan Parlimen apabila meminda Perlembagaan Malaysia

bagi memansuhkan Akta Perkhidtnatan Parlimen 1963. Sepatutnya Dewan

ini mengarah satu kajian diadakan bagi mengenalpasti keperluan-

keperluan untuk meningkatkan prestasi Perkhidmatan Parlimen.

Beberapa Ahli Parlimen dari Barisan Nasional sebenarnya sedar tidak

wajah Akta Perkhidmatan Parlimen 1963 itu dimansuhkan. Mereka

bersetuju bahawa tidak patut Perkhidmatan Parlimen diserap ke dalam

Perkhidmatan Awam, diletak di bawah JPA, Perkhidmatan Parlimen

seharusnya bebas dan berada di bawah Suruhanjaya yang berasingan,

yang tidak di bawah telunjuk.....

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Yang Berhormat,

saya ingin memperingatkan Yang Berhormat bahawa perkara yang telah-

pun diputuskan dalam Dewan ini tidak wajarlah dibangkitkan semula.

Puan Hajah Ilani binti Dato Haji Isahak: Baik, terima kasih.

Malangnya, Wakil-vakil Rakyat Barisan Nasional yang sedar ini tidak

diberi kebebasan mengundi mengikut conscience mereka. Whip telah

digunakan terhadap semua Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional, mesti

ikut telunjuk. Agak berbeza dengan peristiwa memilih Puan Speaker,

iaitu Puan Boutroit bagi House of Commons Britain. Dewan Rakyat

Malaysia gagal menunjuk kebaikan demokrasi. Seharusnya ada

Page 94: DEWAN RAKYAT fileJilid II Bil. 39 Hari Isnin ... bincangkan di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangaa Bersatu * ... jawapan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri oleh sebab Indonesia

DR.9.11.92 - 94 -

penyatuan di kalangan semua Ahli-ahli Parlimen, Pemerintah dan

Pembangkang dalam hal yang sangat periting kepada demokrasi ber-

parlimen. Pada tahun 1978 Parlitnen Britain meluluskan House of

Commons Administration Act 1978 bagi meningkatkan lagi prestasi

Perkhidmatan Parlimen. Kita seharusnya mengkaji Akta tersebut dan

lain-lain perundangan Parlimen seluruh dunia dalam usaha mengenal-

pasti ruang-ruang untuk meningkatkan prestasi Perkhidmatan Parlimen

dan menghalang gangguan oleh Eksekutif arau pihak Kerajaan. Saya

suka mengajak semua Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional supaya insaf

atas kesilapan yang telah berlaku dan mari kita mengatur langkah

menyelamat Perkhidmatan Parlimen Malaysia.

Page 95: DEWAN RAKYAT fileJilid II Bil. 39 Hari Isnin ... bincangkan di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangaa Bersatu * ... jawapan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri oleh sebab Indonesia

DR.9,11.92 -95-

Tuan Yang di-Pertua, saya berharap semua Ahli-ahli Parlimen

Malaysia akan bersatu menunjukkan pendirian tegas terhadap keganasan

bercerusan oleh Serbia.

Kita perlu mengambil inisiatif mengajak semua Ahli-ahli

Parlimen seluruh dunia supaya bersama-sama dengan kita mendesak

Serbia menghentikan peperangan terhadap rakyat Bosnia-Herzegovina,

yang beragama Islam dan hentikan rampasan tanahair mereka,

Kita perlu desak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu supaya lebih

komited menyelesaikan masalah ini. Kita perlu desak Amerika

Syarikat supaya membuktikan kejujuran. Kengapa bertindak begitu

tegas terhadap Iraq tetapi sungguh lemah di dalam usaha membantu

Bosnia-Herzegovina; sebab apa? Tiada minyakkah di sana atau Iraq

tidak boleh diizin menjadi kuasa yang besar kerana mengancam

Israel? Double Standard Amerika Syarikat terlalu jelas.

Kita Ahli-ahli Parlimen Malayasia jangan terus membisu, mari

kita bertindak menyuarakan pendirian kita kepada dunia. Mari kita

tulis surat kepada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, Amerika

Syarikat dan Serbia, kita gunakan network CPA, IPU dan lain-lain,

Tuan Yang di-Pertua, peruntukan Kementerian Penerangan di bawah

Belanjawan 1993 harus digunakan untuk kepentingan rakyat dan tidak

untuk kepentingan Barisan Nasional. Mengapa selama tempoh

Persidangan UWNO (Baru) dalam Berita RTM melalui TVl dan TV2,

Page 96: DEWAN RAKYAT fileJilid II Bil. 39 Hari Isnin ... bincangkan di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangaa Bersatu * ... jawapan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri oleh sebab Indonesia

DR 9.11.92 -96-

prosiding Parlimen hanya berlansung selama 3 minit, tetapi bagi•

melaporkan Persidangan UMNO (Baru) melebihi 20 minit [Tepuk] dan

semalam melebihi 25 minit. Ini salahguna wang rakyat, Yang

Berhormat Menteri Kewangan sila ambil tindakan. [Tepuk]

Tuan Yang di-Pertua, mengikut siaran akhbar Perdana Menteri

selaku Presiden UMNO(Baru) tidak segan-silu mengakui ahli-ahli

UMNO(Baru) telah menggunakan kemudahan Kerajaan bagi kepentingan

politik mereka dalam rebutan jawatan. Yang Berhormat Menteri

Kewangan sila ambil tindakan terhadap mereka ini. Tidakkah ini

salahguna kuasa?

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh peruntukan

kepada Kementerian Pertahanan iaitu $3.212 bilion bagi pengurusan

dan $1.8292 bilion pembangunan. Perbelanjaan yang tidak terkawal,

membazir oleh Kementerian ini akan melibatkan kerugian yang sangat

besar, kita telah lihat rekod Kementerian ini cukup sedih.

Lihat skandal Depo di Melaka, kini Kementerian ini membeli 28

pesawat Hawk dengan anggaran perbelanjaan melebihi $1.2 bilion,

iaitu setiap satu dianggarkan antara $40-$45 juta, sedangkan tentera

Republik Indonesia membeli Hawk yang sama antara $25-$30 juta.

Jika pembelian dibuatkan secara tender terbuka tentunya harga-harga

lebih kompetetif boleh diperolehi bukan sahaja untuk pesawat-pesawat

tetapi kelengkapan-kelengkapan lain - tentera. Tidak wajar bagi

Kementerian Pertahanan membazir wang rakyat, yang untung ialah

Britain dan orang-orang seperti Tan Sri Arumugam dan kuncu-kuncunya

Page 97: DEWAN RAKYAT fileJilid II Bil. 39 Hari Isnin ... bincangkan di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangaa Bersatu * ... jawapan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri oleh sebab Indonesia

DR 9.11.92 -97-

yang lain, melalui komisyen-komisyen yang berjuta-juta. Syarikat

GEC milik Tan Sri Arumugam nampaknya anak emas Kementerian

Pertahanan, banyak bekalan tentera melalui kumpulan GEC termasuk

radar dan frigate. Kenapa GEC dilantik menjadi prime contractor

bagi beberapa projek, umpamanya C3I, Projek Gemas dan Projek

Mersing, tiadakah syarikat British lain yang mungkin lebih layak

untuk dilantik menjadi prime contractor?

Tuan Yang di-Pertua, saya ingtn menyeru kepada Yang Amat

Berhormat Perdana Menteri dan Kerajaan Pusat supaya hentikan

kezaliman cerhadap negeri Kelantan. Rakyat negeri Kelantan dan

Kerajaan Angkatan Perpaduan Uramah pilihan rakyat negeri Kelantan.

Negeri Kelantan adalah lubuk orang Melayu dan orang Islam di

Malaysia. 98% rakyat negeri Kelantan terdiri dari orang-orang

Melayu beragama Islam, jangan tindas rakyat Kelantan yang tidak

berdosa. Sepatutnya [Tepuk] Yang Amat Berhormat Perdana Menteri

jika mendakwa dirinya Melayu bersedia membantu rakyat negeri

Kelantan, jangan adakan "Kerajaan Negeri anjuran Pusat" yang

berjalan "parallel" di negeri Kelantan. Apa yang orang Melayu boleh

berbangga? Bagi masyarakat Cina banyak yang boleh dibanggakan.

Mengikut satu laporan Sunday Times Singapura bertarikh 7hb

Jun, 1992 ada dilaporkan Yang Berhormat Timbalan Menteri Kebudayaan,

Kesenian dan Pelancongan telah menyatakan economic share ataupun

bahagian ekonomi bagi masyarakat Cina Malaysia telahpun melebihi

target asalnya iaitu 40% di bawah Dasar Ekonomi Baru. Ia telah

Page 98: DEWAN RAKYAT fileJilid II Bil. 39 Hari Isnin ... bincangkan di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangaa Bersatu * ... jawapan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri oleh sebab Indonesia

DR 9.11.92 -98-

meningkat dari 28% pada tahun 1970 kepada 44.9% pada hari ini. Ini

tidak pula termasuk enterprise-enterprise ataupun

syarikat-syarikat, kilang-kilang yang sederhana, yang mempunyai

kapitial kurang daripada 52,5 juta.......

Dato' Dr Affifudin bin Haji Omar: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Yang

Berhormat.....

Puan Hajah Ilani binti Dato Haji Isahak: Di sebaliknya.....

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Padang Terap

bangun, beri jalan.

Puan Hajah Ilani binti Dato Haji Isahak: Minta maaf, saya

tidak dapat memberikan.

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Ya, teruskan.

Puan Hajah Ilani binti Dato Haji Isahak: Sebaliknya bagi

target masyarakat Melayu pula yang seharusnya mencapai matlamat 30%

tetapi hanya memperolehi 20,2%. Beliau telah menyatakan bahawa

masyarakat Cina telah dapat satu kejayaan dari segi ratio di dalarn

setiap profesion iaitu kedoktoran, guaman, contraction, engineering,

accounting dan surveying,

Dari segi kesihatan pula, dari segi life-span masyarakat Cina

telah dapat satu kejayaan melebihi masyarakat Melayu dan Indla dan

mereka juga telah mendapat keupayaan yang lebih tinggi dari segi

pendapatan.

Dari segi bahasa, beliau telah menyatakan selain daripada Hong

Page 99: DEWAN RAKYAT fileJilid II Bil. 39 Hari Isnin ... bincangkan di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangaa Bersatu * ... jawapan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri oleh sebab Indonesia

DR 9.11.92 -99-

Kong, Taiwan dan tnainland China, Malaysia adalah tempat yang telah

bersetuju untuk menjaga heritage maayarakat Cina dan beliau telah

memberi satu angka iaitu 1,289 buah Sekolah Rendah Cina yang

terdapat di seluruh Malaysia, yang mengalahi apa yang terdapat di

Singapura. Jadi, ini jelas bahawa bagi masyarakat Melayu tidak dapat

banyak yang hendak dibanggakan di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat

Perdana Menteri.,..

Tuan Chor Chce Heung: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Yang Berhormat

Alor Setar bangun.

Puan Hajah Ilani binti Dato Haji Isahak: Tidak ada.

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Ya, tidak beri.

Puan Hajah Ilani binti Dato Haji Isahak: Tidak ada jalan bagi

beliau.

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Baik.

Puan Hajah Ilani binti Dato Haji Isahak: Akhir sekali, Tuan

Yang di-Pertua, saya ......

Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Yang Berhormat

Batang Lupar bangun.

Puan Hajah Ilani binti Dato Haji Isabak: .. setuju dengan Yang

Berhormat dari Arau.....

Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Yang Berhormat

dari Batang Lupar bangun pula.

Page 100: DEWAN RAKYAT fileJilid II Bil. 39 Hari Isnin ... bincangkan di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangaa Bersatu * ... jawapan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri oleh sebab Indonesia

DR 9.11.92 -100-

Puan Hajah Ilani binti Dato Haji Isahak: Tidak ada jalan.

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Tidak beri jalan

juga.

Puan Hajah Ilani binti Dato Haji Isahak: Saya bersetuju

dengan Yang Berhormat dari Arau bahawa....

Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Ya, nanti dahulu

Batang Lupar, dia tidak beri jalan.

Puan Hajah Ilani binti Dato Haji Isahak: Kita harus kesal

dengan ketiadaan Ketua Pembangkang kerana beliau telah dinafikan

hak demokratiknya [Tepuk] tetapi. saya ingin menyatakan bahawa Yang

Berhormat dari Arau tidak perlu jaga tepi kain orang.

Yang Berhormat dari Gua Musang akan berucap di Parlimen pada

masa yang difikirkan wajar, beliau telah berucap kepada akhbat

WATAN dan lain-lain forum. Itu memang wajar kerana rakyat

berkesempatan menilai ucapan beliau.

Page 101: DEWAN RAKYAT fileJilid II Bil. 39 Hari Isnin ... bincangkan di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangaa Bersatu * ... jawapan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri oleh sebab Indonesia

DR.9.11.92 - 101 -

Di Dewan ini Ahli-ahli Parlimen Barisan- Nasional yang mewakili

rakyat tidak begitu berrainat untuk menjalankan tanggungjawab di

Dewan ini. Tiap-tiap minggu, nasib baik tidak tiap-tiap hari...

Tuan Shahidan bin Kassim:[Bangun]

Timbalan Yang di-pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Yang Berhormat,

Arau bangun.

Puan Hajah Ilani binti Dato Haji Isahak: Tidak ada jalan.

Tuan Shahidan bin Kassim: Point of order.

Timbalan Yang di-pertua [Tuan Ong Tee KeatJ: Point of order.

Tuan Shahidan bin Kassim: 36(6), sanglcaan jahat.

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Terhadap siapa?

Tuan Shahidan bin Kassim: Terhadap saya Ahli Parlimen Arau.

Dia menyebut bahawa saya tidak perlu ganggu tepi kaia orang. Tetapi

Pembangkang menyebut hal UMNO itu daripada yang pertama Bayan Baru

sampai...

Timbalan Yang di—Pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Ya, cukup jelas

Yang Berhormat. Saya akan buat satu ruling.

Tuan Shahidan Kassim: Sangkaan jahat.

Tinbalan Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Saya rasa ini pun

tidak kena juga. Tetapi masa sudah suntuk Yang Berhormat. Tidak ada

masa lagi Yang Berhormat.

Puan Hajah Ilani binti Dato Haji Isahak: Satu ayat lagi.

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat]; Ya.

Page 102: DEWAN RAKYAT fileJilid II Bil. 39 Hari Isnin ... bincangkan di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangaa Bersatu * ... jawapan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri oleh sebab Indonesia

DR.9.11.92 - 102 -

Puan Hajah Ilani binti Dato Haji Isahak: Tiap-tiap minggu,

nasib baik tidak tiap-tiap hari, kuorum tidak cukup. [Tepuk] Yang

Berhormat dari Arau jangan suka kritik orang sahaja pastikan rakan-

rakan lebih bertanggungjawab, jangan lagi berlaku tidak cukup kuorum

di persidangan Dewan Rakyat ini. Sekian, terima kasih.

Tuan Shahidan bin Kassim: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Ya, cukup masa

Yang Berhormat.

Tuan Shahidan bin Kassim: Taan Yang di-Pertua...

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Oag Tee Keat]: Dia sudah habis.

Batang Lupar.

5.01 ptg.

Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar [Batang Lupar]: Tuan Yang

di-Pertua, saya akan bercakap pendek oleh kerana masa 25 minit

sahaja. Maka saya alu-alukan juga pembentangan Belanjawan 1993 ini

dan. saya beri tahniah kepada Menteri kerana Belanjawan begitu baik

sekali. Tetapi oleh kerana saya tidak boleh cakap panjang sangat

oleh kerana 25 minit sahaja jadi saya baca satu-persatu persoalan

yang ingin saya bangkitkan kepada pihak Kementerian-kementerian yang

tertentu,

(1) Kepada Kementerian Luar Negeri, saya ingin bertanya:

(i) adakah Kementerian berpuas hati atas prestasi Duta-

duta, wakil dan pegawai-pegawai yang berada di luar

negeri pada masa sekarang.

Page 103: DEWAN RAKYAT fileJilid II Bil. 39 Hari Isnin ... bincangkan di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangaa Bersatu * ... jawapan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri oleh sebab Indonesia

DR.9.11.92 - 103 -

(ii) soalan saya, adakah rancangan untuk memperkemas

kinikan pengetahuan dan pengertian Duta-duta, wakil

dan pegawai-pegawai yang berkhidmat di luar

negeri. Dan kenapakah pihak Duta-duta, wakil-wakil

negara kita di luar negeri tidak boleh dapat mem-

banteraskan tindakan-tindakan yang dibuat oleh

negara-negara asing dan NGOs di luar negeri di

dalara mencaci dan menghina negara kita di luar

negeri terutama daripada segi environment ataupun

alam sekitar dan pembalakan,

(2) Kementerian Pertahanan:

(i) Adakah pihak Kerajaan atau Kementesian telah meng-

arah pihak MARDI untuk membuat satu penyelidikan

untuk mencari satu klon padi tahan lasak, high

yielding, dengan izin, dan resilient.

(ii) Adakah Kerajaan membuat satu penyelidikan untuk

padi yang boleh ditanam di tanah air masin.

- Kementerian, tidak boleh cakap minta maaflah. Baca

pakai nombor di sini,

(3) Daripada Perabangunan Industri Sarawak. Ini cakap sedikit

(i) Oleh kerana industri di Sarawak itu lagi di-

peringkat embryoniv ataupun terkecil sekali jadi

apakah insentif di bawah Investment Promotion Act

1986, dengan izin, iaitu pioneer status dan barang-

barang disenaraikan dalam No. (2) Warta senarai

projek yang digalak sebelum Belanjawan 1992 masih

diberi.

Page 104: DEWAN RAKYAT fileJilid II Bil. 39 Hari Isnin ... bincangkan di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangaa Bersatu * ... jawapan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri oleh sebab Indonesia

DR.9.11.92 - 104 -

(ii) Membenarkan industri pelastik, dengan izin,

injection the metal stamping dipunyai 100% oleh

pelabur luar membina kilang di Sarawak.

(iii) Industri elektronik kepunyaan 100" pelabur asing

boleh membuat kilang mereka di Sarawak dan meng-

eksportkan barang-barang keluaran mereka ke Free

Indus trial zone di Semenanjung Malaysia, dengan

izin.

(iv) Sama ada pengalihan, ataupun transfer of human

resources, dengan izin daripada Semenanjung

Malaysia dan ke Sarawak atau vis-a-vis boleh diberi

tambang murah. Kita di Sarawak mendesak Yang

Berhormat Menteri untuk meminta pihak MAS menurun-

kan tambang human resources ini.

(v) Double deduction - semua barang—barang dikeluar di

industri Sarawak, bukan kayu sahaja. Sekarang kayu

ada diberi double deduction. Jadi, hendaklah

diberi peluang begini.

(vi) Untuk mengurangkan levi foreign workers yang datang

bekerja di industri pertanian dl negeri Sarawak

sama ada boleh diberi pengurangan levi.

(vii) Capital grant untuk membina complex, industry dan

utility dan infrastruktur untuk cotnplex industry

ini boleh diberi capital grant. Latar belakangnya

ialah oleh kerana kayu kami akan diturun pemotongan.

dan penjualannya mungkin Kerajaan Negeri tidak lagi

berkemampuan untuk membuatnya.

Page 105: DEWAN RAKYAT fileJilid II Bil. 39 Hari Isnin ... bincangkan di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangaa Bersatu * ... jawapan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri oleh sebab Indonesia

DR.9.11.92 - 105 -

(4) Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan.

Ini betul boringlah dengar cerita, baca pakai nombor

sahaja ini. Lepas ini cakap sedikit. Mengenai

Kementerian Kebudayaan, Kesetiian dan Pelancongan pula,

masa Tahun Melawat Malaysia 1990, Sarawak dengar cerita

sahaja Keraenterian ini. Kejayaan didengar di sini tetapi

dengar berita sahaja di Sarawak. Jadi kita cadangkan

iaitu:

(i) Minta supaya penerbangan MAS dari Hong Kong ke

Sarawak dan sebaliknya ditingkatkan dari satu kali

seminggu ke tiga kali seminggu.

(ii) Dasar yang lebih liberal diberi kepada syarikat

penerbangan asing untuk datang ke Sarawak.

(iii) Memberi penerbangan lebih untuk pihak SIA daripada

Kuching ke Singapura meningkat daripada dua ke erapat

penerbangan serainggu.

(iv) Meminta supaya promosi pelancong antuk menekankan

supaya ditonjolkan Sarawak sebagai satu destinasi

pelancongan yang baik yang boleh dilawati dan

menarik. Kerana kalau kita pandang sekarang masuk

dalam limousine, masuk dalam kereta, masuk dalam

hotel, masuk di mana-mana tempat promosi pelancong

ktta dapati nama Sarawak itu langsung tidak ada.

Jadi, saya selalu naik hotel, selalu naik teksi,

naik limousine terjumpa perkara itu aneh sekali.

Kenapa?

Page 106: DEWAN RAKYAT fileJilid II Bil. 39 Hari Isnin ... bincangkan di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangaa Bersatu * ... jawapan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri oleh sebab Indonesia

DR.9.11.92 - 106 -

(5) Kementerian Pendidikan:

Rumah-rumah guru, rumah-rumah sekolah di luar bandar

Sarawak sekarang kalau hendak dikatakan kandang kambing,

kandang kerbau, kandang babi dan. kandang ayam itu lebih

baik lagi susah hendak cakap. Tetapi kalau mahu lihat-

lah Yang Berhormat sendiri, Tuan Yang di-Pertua sendiri,

mana sahaja pegawai di sini boleh pergi ke Sarawak

tengok sendiri. ttulah sebabnya guru-guru di

Semenanjung ini tidak hendak datang ke Sarawak mengajar.

Sebab rumah itu teruk sangat. Cultural shock yang

datang daripada Seraenanjung, dari Kuching pergi ke

pendalaman Sarawak itu berlebihan lagi. Kurang lebih

daripada cultural shock kita daripada Semenanjung

Malaysia hendak pergi ke England, pergi ke Amerika atau

ke Australia kerana keadaannya itu teruk. Kita ini

biasa tengok paip, tengok api, tengok gas, btla tengok

sana berkubang masuk dalam sungai mandi. Itu pun air

kotor.

Jadi kita kehendak supaya peruntukkan lebih sedikit

diberi untuk dibinakan sekolah-sekolah di luar bandar

negeri Sarawak dan negeri-negeri lain ada juga. Dan

ditetapkan time frame untuk pembinaan sekolah-sekolah

yang dibina pada tahun 1960 dan 1970 dulu oleh pihak•

Majlis Tempatan. Oleh kerana hendak menampung ramai

murid sekolah maka kita membina sekolah dengan mengguna-

kan kayu yang tidak baik, low quality, keadaannya tidak

sebaik tetapi sekarang kayu-kayu itu sudahpun buruk.

Page 107: DEWAN RAKYAT fileJilid II Bil. 39 Hari Isnin ... bincangkan di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangaa Bersatu * ... jawapan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri oleh sebab Indonesia

DR.9.11.92 - 107 -

Di kawasan saya pada tahun 1990 masa pilihanraya, 30

orang masuk hospital kerana rumah sekolah itu roboh

kerana diguna sebagai "polling station" dengan izin.

Seorang patah tangan. Nasib baik orang itu tidak bawa

Kerajaan ke mahkamah. Kalau tidak memang boleh. Kita

suruh dia orang mengundi di sana, rumah yang roboh!

Mana Kementerian, mana Jabatan? Saya tulis surat

jawapan pun tidak beri.

Jadi, saya mintalah buat sementara sekarang saya hendak sentuh

perkara itu sahaja. Jadi sekarang saya hendak cakap sedikit. Tadi

nombor-nombor keluar, sekarang bercakap. Saya hendak sentuh soalan

yang saya bangkit pada satu ketika dahulu soalan Yang Amat Berhormat

Tok Guru datang ke Sarawak tidak minum air sungai Sarawak, saya

cakap. Ada jawapan terkeluar dalam Utusan Malaysia mengatakan tidak

benar percakapan saya itu.

Ulasan saya macam ini. Masa Tok Guru itu datang mana-mana

state function tidak sempat datang pun. Satu sahaja datang. Saya

datang tiap-tiap kali, dia tidak datang, Jadi, saya atau orang

Sarawak inginlah hendak jumpa Tok Guru, hendak tengok orang alim

ini, tidak pernah narapak.

Page 108: DEWAN RAKYAT fileJilid II Bil. 39 Hari Isnin ... bincangkan di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangaa Bersatu * ... jawapan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri oleh sebab Indonesia

DR.9.11.92 -108-

Orang Sarawak tertanya-tanya, kenapa ini? Mereka berasa kecil hati

juga kerana dijemput tidak datang. Perangai orang Sarawak, bila

dijemput mesti datang. Kalau tidak datang tentulah ada sebab,

kalau tidak, tidak sudilah. Kalau sudi, tidak terasalah orang sana.

Saya hendak bercerita sedikit. Di satu-satu kawasan di Sarawak

itu, kalau sekali naik ke rumahnya tidak sudi minum air atau makan

nasi, seumur hidup pun kita tidak akan nampak air atau nasi di

rumahnya lagi, walau mati kelaparan sekalipun dia tidak akan bagi,

kerana tidak sudi pada kali yang pertama. Itulah yang dihebohkan di

saua sini. Walau bagaimanapun, saya mengucapkan terima kasih kepada

Yang Amat Berhormat Tok Guru yang telah memberi penjelasan bahawa

beliau sudi meminum air Sarawak itu, supaya orang Sarawak yang

mendengar cerita-cerita di kedai-kedai kopi, market dan di sana sini

yang mengatakana Tok Guru tidak hendak minum air di Sarawak,

penjelasan sudah ada, alhamdulillah. Ini menunjukkan bahawa Tok

Guru ita tnemang sudi minum air di Sarawak, tetapi sebab-sebabnya

adalah apa yang saya katakan tadi.

Kedua, soal freedom yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat dari

Kok Lanas. Saya hendak sebut sedikit sahaja soalan freedom ini.

Perbezaan memang ada di antara negeri kita dan luar negeri ataupun

negeri-negeri barat yang percaya dengan total freedom ini. Freedom

yang dipercayai oleh pihak barat itu, kalau Ahli-ahli Yang Berhormat

hendak lihat, pergi ke Hyde Park atau St. James Park di London -

orang berbogel, buka baju, buka coli - int freedom. Pergi

Page 109: DEWAN RAKYAT fileJilid II Bil. 39 Hari Isnin ... bincangkan di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangaa Bersatu * ... jawapan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri oleh sebab Indonesia

DR.9.11.92 -109-

ke Brighton, Tokyo - orang buka semua sekali - telanjang bulat, kata

orang Sarawak - ini freedom juga.

Tuan Philip Yong Chiew Lip: [Bangun]

Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: Duduklah, saya ada 25 minit

sahaja, terima kasih. Lain kali boleh tanya.

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Yang Berhormat,

dia tidak beri jalan.

Tuan Philip Yong Chiew Lip: Yang Berhormat nampak kepanasan.

Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: Belum panas lagi. Kalau saya

panas, menyala api keluar. Ini freedom - freedom berbogel di

padang, di tepi laut, di tepi pantai. Freedom jugalah yang

ditunjukkan oleh Salman Rushdie dengan menulis "Satanic Verses" yang

mengandungi macam-macam cerita - itu freedom juga. Bahkan Salman

Rushdie mengatakan ada tuhan baru yang dikatakan tuhan 6reedora yang

bernabikan literature. Kita boleh tulis atau baca apa sahaja di

dalam literature dengan total freedom dia - freedom yang dipegang

oleh Salman Rushdie yang menggalakkan beliau menulis "Satanic

Verses". Ini freedom juga. Di sebalik itu, bukan setnua orang Barat

bersetuju. Ada juga orang barat tidak setuju. Saya bacakan di

sini:

Archbishop of canterbury, George Carrie ada mengatakan, dengan

izin, saya bacakan dalam bahasa Inggeris:

"The doctrines that everyone may do as they like so long

as they do not positively hartn others lead us into a moral

void and the death of a socieCy".

Ini kata Archibishop of Canterbury. Orang di England itu sendiri

Page 110: DEWAN RAKYAT fileJilid II Bil. 39 Hari Isnin ... bincangkan di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangaa Bersatu * ... jawapan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri oleh sebab Indonesia

DR.9.11.92 -UO-

tidak percaya kepada total freedom ini. Total freedom ini memang

tidak wujud dan tidak boleh diguna. la akan menghabiskan society

itu sendiri. Ini ada ditulis di sini. Tetapi kalau total freedom

itu kita hendak import totally ke Malaysia ini, ada pula Ahli Yang

Berhormat yang bersetuju supaya total freedom ini patut diadakan.

Tadi ada Yang Berhormat mengatakan kita ini gunakan 'Whip' untuk

memaksa semua Ahli Parlimen Barisan Nasional untuk mengundi usul

mengenai Pindaan Perlembagaan walaupun kita tidak bersetuju, tetapi

di sebaliknya Yang Berhormat yang sama mengatakan bahawa Ahli Yang

Berhormat Arau mesti pastikan semua Ahli Parlimen duduk dalam Dewan

supaya jangan sampai tidak cukup kuorum. Mana satu? Ini Cotal

contradiction of what she said herself, dengan izin, Freedom dalara

Parlimen kita ini memang menggalakkan. As far as Malaysia is

concerned,, we allow these things to happen The Government is so

liberal, dengan izin.

Ketiga ialah persoalan tnengenai Perayaan Hari Malaysia diraikan

pada 16hb September. Dahulupun saya. telah bercakap atas perkara

ini. Kita telah meraikan Hari Malaysia ini selaraa 30 tahun. Selama

30 tahun itu anak-anak yang berumur 30 tahun pada masa sekarang

semua tahu bahawa 31hb adalah Hari Malaysia. Jadi• dengan

sendirinya, kalau sekarang selepas 30 tahun kita hendak ubah,

persoalan akan berbangkit pada tiap—tiap hamba Allah dalara Malaysia

ini. Mereka akan tertanya-tanya mengapa 16hb Septeraber pula

dirayakan? Apakah latar belakang yang mendorong seseorang itu

meminta perayaan itu dibuat pada 16hb? Kenapa perubahan ini tidak

Page 111: DEWAN RAKYAT fileJilid II Bil. 39 Hari Isnin ... bincangkan di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangaa Bersatu * ... jawapan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri oleh sebab Indonesia

DR.9.11.92 -111-

dibuat 20 tahun yang lalu? Saya tidak hendak membangkitkan

pcrsoalan perayaan Hari Malaysia ini lagi. Saya sudah selalu

bercakap - saya pernah ke hutan atau ke mana-mana untuk

mempertahankan bumi Malaysia ini. Jadi soal keutuhan kita hendak

merayakan pada 31hb atau berapa haribulankah, bahkan mana-mana

haripun boleh dirayakan. Hanya tanya diri kita sendiri, sama ada

kita betul taat dan loyal kepada negara ini. Itu yang penting

sekali. Soal haribulan itu tidak berbangkit oleh kerana sudah 30

tahun kita letakkan 31hb. Jadi tidak payah bangkitkan. atau

ceritakan lagi, celebrate sahaja, tunjukkan yang kita tni

betul-betul anak Malaysia dan raikan 31hb itu dengan hati yang

ikhlas dan jujur.

Tuan Yang di-Pertua, saya hendak berbalik kepada Kementerian-

kementerian yang saya sebut satu persatu tadi. Saya hendak bertanya

sama ada wakil-wakil kita di luar negeri itu membuat kerja betul

ataupun tidak? Oleh kerana kita dapati isu-isu environment, freedom

dan human rights ini memang datangnya dari luar negeri dan apa^bila

timbul sahaja, kadang-kadang Menteri-menteri daripada negara ini

terpaksa keluar melawat negara-negara yang tertentu berjumpa dengan

pihak NGO-NGO membuat penjelasan dan penerangan kepada mereka.

Kadang-kadang ada dilaporkan dalara suratkhabar mengatakan bahawa

selepas penerangan dibuat oleh pihak Menteri-menteri dan

rombongan-rombongan yang dihantar ke luar negeri, pihak Kerajaan

asing dan NGO-NGO yang tertentu memahami dasar dan penekanan kita.

Persoalan berbangkit kepada saya, kenapa pula pihak wakil Kedutaan

kita tidak membuat penjelasan sebelum wakil dari Malaysia sendiri

Page 112: DEWAN RAKYAT fileJilid II Bil. 39 Hari Isnin ... bincangkan di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangaa Bersatu * ... jawapan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri oleh sebab Indonesia

DR.9.11.92 -112-

dihantar. Apa yang mereka buat? Adakah mereka main golf sahajakah?

Luncheon. sahajakah? Cocktail sahajakah? Ataupun. hendak ikut

belakang Menteri apabila Menteri datang melawat sahajakah? Tahukah

mereka dasar-dasar negara supaya pihak asing boleh diberi penjelasan

dan penerangan.

Persoalan padi yang saya bangkitkan tadi, saya sudah sebut dua

tiga hari lepas tetapi sedikit sahaja. Di sini saya akan sebut

lebih sedikit daripada ita berdasarkan bahawa bsras adalah staple

food untuk rakyat Malaysia. Maknanya kita tidak boleh switch untuk

makan benda-benda lain, Kita tidak boleh makan ubi kentang, roti

dan sebagainya. Kita terpaksa makan nasi juga. Oleh kerana kita

hendak menekankan kemajuan industri-industri lain, maka jangan nega-

ra kita lupa untuk bertanara padi dan oleh kerana murah membeli beras

dari Vietnam, China dan Thailand, kita sengaja membeli daripada

mereka..

Pada sepuluh tahun yang lalu, pihak Filipina dan Indonesia

telah terjumpa dengan "rairacle rice". Tetapi mengikut laporan IRRI

(international Rice Research Institute) di Filipina, mengatakan ba-

hawa "miracle rice" yang dijumpai sepuluh tahun lepas itu tidak akan

dapat mengatasi masalah di Asia yang makan beras ini di hujung dekad

atau 10 tahun yang akan datang ini. Dengan sendiri dalam sepuluh

tahun yang akan datang kita terpaksa cari 'miracle rice' yang lain

pula. Persoalan yang saya bangkitkan ialah, ada atau tidak MARDI

menumpukan perhatian supaya penyelidikan dibuat agar kita jangan di-

bendung atau di"blackmail"oleh pihak pengeluar padi dan beras pada

masa akan datang. Kita maju dengan apa benda, sekalipun dengan ben-

da canggih, yang advance, yang 'hi-tech', yang boleh mengeluarkan

apa sahaja, tetapi dengan beras sahaja orang kata Malaysia sudah

terpaksa tunduk sendirt macam mana Amerika menundukkan Russia pada

satu ketika dahulu dengan "grain"nya.

Page 113: DEWAN RAKYAT fileJilid II Bil. 39 Hari Isnin ... bincangkan di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangaa Bersatu * ... jawapan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri oleh sebab Indonesia

DR.9.11.92 - 113 -

tadi, dengan itu dalam growth rate dalam Asia, Malaysia adalah

norabor dua dan nombor satu ialah Pakistan. Dengan keadaan yang

demikian - kita memang hendak capai 70 juta rakyat - saya berharap-

lah kita jangan cuaikan untuk pembangunan. atau penanaman padi dan

penyelidikan padi ini. Tanah di Sarawak masih besar lagi. Ada

orang mengatakan di tanah di Sarawak tidak boleh tanara padi kerana

alkaline ataupun tanah masin. Jadi, saya hendak tanya sama ada

MARDI sudah buat penyelidikan agar bolehkah tidak tanah masin ini

ditanam padi dan membuat pengeluaran yang baik.

Ada satu cerita benda lagi, saya hendak tanya. Baru-baru ini

kita terbaca soalan Kerajaan hendak beli fighter jet MiG 29 -

Timbalan Menteri masuk bukan serigaja, incidentally. Jadi, saya

minta maaflah,. bukan. saya hendak sengaja merujukkan soalan iai

padanya. Oleh kerana dia masuk, bab saya sudah sampai di sana.

Soalan hendak beli MiG ini semasa saya ada di Australia, saya

berjumpa hamba Allah dari Malaysia, orang yang terkenal, orang yang

tahu soal jet dan. soal aero-engineering, dia tahu semua, lima, enam

degree di belakang namanya, mengatakan dia memang mahir. Dia tanya

pada saya, "Benarkah, Y.B., kata orang hendak beli MiG, pada hal MiG

bersepah di Russia, tidak ada spare parts?" Lepas dua tiga tahun

kita tidak ada spare parts. Jadi, persoalan yang saya hendak tanya

pada pihak Kementerian ialah adakah Kementerian sudah membuat

penyelidikan yang tertentu sama ada MiG 29 yang kita hendak beli

atau rancang hendak beli ini ada spare parts yang boleh menahankan

sampai berapa puluh tahun kita hendak pakai, sampai benda itu

Page 114: DEWAN RAKYAT fileJilid II Bil. 39 Hari Isnin ... bincangkan di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangaa Bersatu * ... jawapan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri oleh sebab Indonesia

DR.9.11.92 - 114 -

diphased-out dan spare partnya diguarantee bila kita hendak beli.

Yang kedua, sama ada kita hendak beli menerusi satu-satu agensi

dengan melantik satu agensi ini yang pergi ke Russia untuk

negotiate dengau pihak di Russia dan lepas itu kita hendak beli.

Keaapa pula kita tidak gunakaa government-to-government basis?

Menteri kita cerdik, semua pegawai-pegawai cerdik, pandai, well

informed, boleh menggunakan technical advice daripada pihak-pihak

yang tertentu di Malaysia. Jadi, saya mencadangkan soalan ini

supaya jangan menggunakan pihak agensi-agensi lain, sama ada pihak

yang ditubuh oleh pihak Kerajaan atau disetujui oleh pihak Kerajaan

mana sekalipun, biarlah negotiations ataupun pricing di antara

penjual dengan perabeli itu on government-to-goyernment basis, dengan

izin. Yang ketiga mengenai soal MiG juga, saya hendak tanya kerana

desas-desus tidak boleh kita heret supaya jangan persoalan ini

dibangkitkan di kaki lima, di kedai kopi atau sebagainya. Ada

soalan yang berbangkit mengatakan ada pihak, orang yang ada hubungan

dengan royalti, yang menubuhkan satu agensi, dan agensi itu akan

negotiate dengan Russia. Soalan saya benarkah atau tidak orang yang

ada royal cormection, ada terlibat diri untuk negotiate pembelian

MiG ini di luar negeri untuk Kerajaan?

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Haji Juhar bin Haji Mahiruddin]:

Yang Berhormat, satu minit lagi.

Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: Satu minit? Terima kasihlah.

Kalau ada satu minit lagi saya hendak menggulung dan menghabiskan

paragraph ini.

Page 115: DEWAN RAKYAT fileJilid II Bil. 39 Hari Isnin ... bincangkan di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangaa Bersatu * ... jawapan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri oleh sebab Indonesia

DR.9.11.92 - 115 -

Satu lagi, di Sarawak saya sendiri personally memang berbangga

sekali bila Kerajaan merancangkan membina Lapangan Terbang Sepang,

kerana lapangan terbang yang terbaik di dunia ini akan dibina di

Sepang. Ini satu kebanggaan negara kita bila sudah siapnya nanti.

Tetapi soalan yang pertama ialah adakah perbelanjaan yang begitu

besar untuk membina Lapangan Terbang Sepang nanti akan menghakiskan

semua peruntukan daripada untuk merabina infrastruktur di negeri-

negeri, terutama sekali negeri yang kurang membangun, terutamanya

Sarawak? Jadi, saya hendak menyoalkan, adakah ada penarikan

peruntukan. untuk membina Lapangan Terbang Bintulu oleh kerana hendak

bina Lapangan Terbang Sepang? Itu soalan pertaraa dan saya harap

dijawab nanti. Kalau tidak, saya balik pun tidak ada orang buat

jawapan, saya tidak tahu. Jadi, saya haraplah. Saya tahu orang-

orang yang dilantik, pegawai-pegawai Kerajaan yang dilantik untuk

bina Lapangan Terbang Sepang ini memang saya harap first-class,

beres semua. Tetapi soalannya keberesen Sepang itu tidak memberes-

kan Bintulu, tidak membereskan Sibu, Kuching, Kota Kinabalu, Rompin

ataupun mana-mana tempat sekalipun, jadi adalah kata orang ketidak-

seimbangannya. Jadi, kita tidak hendak perkara jadi begitu. Walau-

pun kita diassure, dengan izin, oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan

mengatakan mana-mana projek kita ataupun austerity drive kita dalam

mempastikan pengurusan fiscal berhemat beliau ini, kita tidak akan

menarik balik projek-projek yang tertentu.,...

Timbalan. Yang di—Pertua [Tuan Haji Juhar bin Haji Mahiruddin]:

Yang Berhormat.

Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: .... tetapi janganlah persoalan

ini berbangkit yang Bintulu diberhentikan oleh kerana projek-projek

Page 116: DEWAN RAKYAT fileJilid II Bil. 39 Hari Isnin ... bincangkan di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangaa Bersatu * ... jawapan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri oleh sebab Indonesia

DR.9.11.92 - 116 -

yang terbesar dan mewah di tempat latn.

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Haji Juhar bin Haji Mahiruddin]:

Yang Berhormat.

Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: Dengau itu, saya ucapkan terima

kasih dan saya menyokong penuh Belanjawan 1993 Yang Berhormat

Menteri, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Haji Juhar bin Haji Hahiruddin]:

Labuan.

5.25 ptg.

Tuan Abdol Mulok bin Awang Damit [Labuan]: Terima kasih Tuan

Yang di-Pertua kerana meraberikan peluang untuk saya mengambil

bahagian perbahasan Belanjawan tiegara bagi tahun 1993 yang disampai-

kan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan.

Tuan Yang di-Pertua, sebagai wakil yang mewakili Wilayah

Persekutuan Labuan, saya amat berpuas hati dengan strategi dan

pendekatan Kementerian Kewangan dalam Belanjawan ini yang boleh

disifatkan sebagai mengambil jalan tengah yang tidak menekan mana-"

mana pihak. Perhatian Kerajaan terhadap masyarakat miskin adalah

begitu terserlah dalam Belanjawan ini. lanya juga bersungguh-

sungguh untuk manpertingkatkan kehidupan rakyat dengari lebih

sempurna serta peka terhadap penjagaan dan pemuliharaan alam

sekitar, walaupun kita berlumba-lumba mengejar kemajuan. Hanya

wakil-wakil Pembangkang sahaja yang merapertikaikannya dan tidak mahu

bersama-sama beraeperidapat dengan kita. Mereka, Tuan Yang

di-Pertua, hanyalah pandai mengkritik, tetapi ini sudah menjadi

peranan dan tanggungjawab atau fungsi mereka sebagai Pembangkang -

Page 117: DEWAN RAKYAT fileJilid II Bil. 39 Hari Isnin ... bincangkan di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangaa Bersatu * ... jawapan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri oleh sebab Indonesia

DR.9.11.92 - 117 -

Cakap tak serupa bikin, bikin tak serupa apa yang dikata.

Tuan Yang di-Pertua, langkah Kerajaan untuk mengurangkan

perbelanjaan tahun depan adalah langkah yang bijak, walaupun dalam

kedudukan ekonomi kita berkembang dengan begitu pesat dan kedudukan

kewangan yang baik dengan rezab antarabangsa sebanyak $43 bilion,

dan buat pertama kalinya rezab negara melebihi jumlah hutang negara.

Dan saya ucapkan tahniah kepada Kementerian Kewangan kerana telah

berjaya menukar kedudukan ini. Tetapi persoalannya mengapakah

peruntukan dikurangkan. Bagi saya langkah ini adalah merupakan satu

langkah yang berani dan tidak berdiam diri atau defensive menunggu

apabila sudah terbelenggu daa tercekam baru mahu bertindak, tetapi

bertindak dalam keadaan setengah lemas, macam kawan-kawan kita di

sebelah sana, apabila mereka berkabung untuk membawa Ketua

Pembangkang balik ke dalam Dewan ini kerana mereka sudah ketandusan

"umph", dan ketiadaan Ketua Pembangkang dirasai, Tuan Yang

di-Pertua, oleh Ahli-ahli DAP.

Tuan Yang di-Pertua, kemajuan ekonomi khususnya pasaran saham

kini semakin canggih dan memaparkan kepada kita betapa pentingnya

pasaran saham ke atas ekonomi negara ini. Maka dengan itu penubuhan

Suruhanjaya Sekuriti adalah disambut baik. Suruhanjaya ini akan

bertanggungjawab bagi perkara yang berkaitan dengan industri

sekuriti dan niaga hadapan yang menjamin ketulusan peraturan pasaran

saham dan kewibawaan Bursa Saham Kuala Lumpur.

Page 118: DEWAN RAKYAT fileJilid II Bil. 39 Hari Isnin ... bincangkan di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangaa Bersatu * ... jawapan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri oleh sebab Indonesia

DR.9.11.92 - 118 -

Tuan Yang di-Pertua, aspek ini begitu penting, bukan sahaja

kepada pelabur ataupun 'players', dan juga deal makers, dengan izin,

dalam pasaran saham di negara ini tetapi ia juga penting dari sudut

iaternational perception terhadap suruhaajaya ini serta

impartialitynya dalam membuat apa-apa keputusan yang melibatkan

pasaran modal.

Bagi saya pengwujudan suruhanjaya ini adalah penting bagi men-

jamin pertumbuhan pasaran modal dan juga perjalanan pertumbuhan

pasaran modal secara sihat, Ini menjadi lebih krittkal dan penting

memandangkan arah aliran serta minat pelabur-pelabur multi-national

yang menunjukkan kecenderungan dan peningkatan penglibatan mereka ke

atas pasaran saham di negara ini. Kemasukan international players

ini, bukan sahaja dipengaruhi oleh pulangan atau keuntungan yang

tinggi semata-mata, tetapi coufidence mereka disokong dengan per-

tumbuhan ekonomi yang tinggi dan stabil serta keupayaan Kerajaan

Barisan Nasicmal utituk menstabilkan persekitaran polittk yang

berterusan.

Dan oleh yang deraikian, saya menganggap bahawa pengisian

jawatan Pengerusi Eksekutif dan juga anggota-anggota Suruhanjaya ini

amat penting supaya ianya benar-benar merupakan badan yang

berkecuali, maka Pengerusi Eksekutif ini seharusnya datang dari

kalangan mereka yang benar-benar berwibawa dan berhemat dan

Page 119: DEWAN RAKYAT fileJilid II Bil. 39 Hari Isnin ... bincangkan di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangaa Bersatu * ... jawapan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri oleh sebab Indonesia

DR.9.11.92 - 119 -

benar-benar memahami dan mengetahui selok-belok pasaran modal.

Begitu juga dengan anggota-anggota Suruhanjaya Sekuriti ini nanti,

Tuan Yang di-Pertua, perkara ini amat penting, kerana pasaran

saham begitu sensitif sekali di mana harga saham sebuah syarikat

boleh jatuh atau. boleh meningkat hanya dengan khabar-khabar angin

atau market rumours. Apatah lagi jika Suruhanjaya ini telah ber-

tindak menghantar pasukan menyiasat sesebuah syarikat.

Tuan Yang di-Pertua, dengan langkah ini sudah cukup untuk

melemahkan harga saham sesebuah syarikat yang terlibat. Oleh yang

demikian, gambaran yang harus diperlihatkan kepada pelabur bahawa

Suruhanjaya ini merupakan sebuah badan yang benar-benar independent

dan berkecuali dan tidak memperlihatkan ianya sebagai ' tool'

Kerajaan untuk mengawal industri sekuriti dan pasaran saham.

Saya berkeyakinan bahawa terlaksananya badan ini nanti akan

dapat merealisasikan hasrat Yang Berhormat Menteri Kewangan untuk

menjadikan Malaysia sebagai sebuah pusat pelaburan yang berjaya dan.

mampu bersaing dengan negara-negara yang terdahulu daripada kita,

insya Allah.

Tuan Yang di-Pertua, kita telah mencapai kejayaan yang sungguh

membanggakan di dalam bidang ekonomi. Di bawah program pembangunan

ekonomi semenjak kita mencapai kemerdekaan. Aspek ini perlu di-

hadapi dengan bijaksana, menerusi pertimbangan dan penetapan kaedah

yang rasional khusus berasaskan kepada cita-cita kehidupan bangsa

dan pembinaan negara Malaysia yang maju dan pimpinan hari ini telah

melihatnya di dalara suatu vision yang lebih jauh ke hadapan.

Page 120: DEWAN RAKYAT fileJilid II Bil. 39 Hari Isnin ... bincangkan di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangaa Bersatu * ... jawapan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri oleh sebab Indonesia

DR.9.11.92 - 120 -

Dan kepada kami golongan belia sebagai kumpulan yang mempunyai

idealisma yang mahu melihat perubahan dan pembaharuan bagi mencapai

satu keadaan yang lebih selesa pada masa yang akan datang dan

menyedari hakikat bahawa corak belia masa kini adalah yang akan

mencerminkan rupa bentuk masyarakat Malaysia yang akan datang dan

'apabila peranan masa depan karai mahu ditentukan maka aspirasi

majoriti belia dalam negara ini perlulah dicorakkan terlebih dahulu.

Belia hari ini mempunyai dasar sendiri, yang dinamakan Dasar

Belia Negara yang telah diterjemahkan dalam Program Induk Belia

Negara atau PIBN. Memang benar bahawa dasar akan menjadi rujukan

kepada belia dan oleh Kerajaan sebagai panduan tindakan yang akan

menentukan corak dan juga wawasan. perjuangan belia itu sendiri

tetapi keseluruhan tindakan itu pula, akan bergantung bukan sahaja

kepada strategi dan program tetapi ia juga melibatkan pihak

Kerajaan, agensi-agensi Kerajaan dan juga sokongan masyarakat ramai.

Tuan Yang di-Pertua, Kerajaan sering melaung-laungkan meminta

supaya belia mestilah berjiwa besar, bercita-cita besar, 'think

big', mempunyai motivasi positif, menolak gerakan motivasi negatif.

Belia haruslah memberikan keluaran yang berganda, belia mestilah

peka dan sensitif dengan perkembangan yang akan merugikan belia dan

juga negara. Belia dituntut supaya terus menggembelingkan tenaga

generasi muda supaya lebih berkesedaran terhadap permasalahan yang

berlaku dan memperkukuhkan perjuangan belia serta memperkemaskan

lagi soal pembangunan belia kerana masyarakat belialah yang akari

meneruskan dan memperjuangkan kepentingan negara, Dan dalam usaha

Page 121: DEWAN RAKYAT fileJilid II Bil. 39 Hari Isnin ... bincangkan di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangaa Bersatu * ... jawapan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri oleh sebab Indonesia

DR.9.11.92 - 121 -

untuk meletakkan negara dan masyarakat Malaysia sebagai suatu bangsa

yang disegani, disanjung dan dikagumi. Kita perlu mengorak langkah

ke arah tnembina generasi 'belia, juga telah dikatakan bahawa

masyarakat belialah yang bakal mendokong dan mengarah tuju hasrat

dan cita-cita Kerajaan hari ini. Belialah yang bakal akan mengganti

pemimpin-pemimpin yang ada sekarang.

Tetapi, Tuan Yang di-Pertua, pembangunan belia hanyalah diper-

untukkan sebanyak $23.11 juta untuk pembangunan belia tahun hadapan.

Dan ini bagi saya adalah merupakan suatu angka yang terlalu kecil,

kalau kita bandingkan dengan jumlah belia melebihi separuh daripada

penduduk negara ini dan hanya diberikan peruntukan sebanyak itu.

Memandangkan kepada ekspektasi dan harapan daripada golongan belia

di negara ini, jumlah sebanyak $23 juta ini sudah tentu jauh untuk

berupaya memberikan kesan positif ke arah membangunkan generasi

belia yang ada ini. Kami mengharapkan bahawa Yang Berhormat Menteri

Kewangan lebih prihatin tentang masalah belia, masalah

persatuan-persatuan belia, dan masalah pemimpin-pemimpin belia

kerana Yang Berhormat Menteri sendiri adalah bekas seorang pemimpin

belia pada masa yang lalu.

Tuan Yang di-Pertua, pergerakan belia adalah berbeza dengan

sukan. Bidang sukan walaupun diberi peruntukan yang sederhana

tetapi ia boleh ditaja dan mendapat penajaan yang labih besar.

Tetapi saya hendak bertanya, siapa hendak menaja program belia di

negara ini. Ini jelas, kerana program pembangunan belia atau

Page 122: DEWAN RAKYAT fileJilid II Bil. 39 Hari Isnin ... bincangkan di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangaa Bersatu * ... jawapan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri oleh sebab Indonesia

DR.9.12-92 - 122 -

aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh pertubuhan-pertubuhan belia

di negara ini, tidak mempunyai nilai komersial seperti sukan dan

sudah tentu tidak ada syarikat-syarikat yang sanggup dan mahu menaja

program belia di negara ini.

Tuan Yang di-Pertua, perutukan ini juga akan dibelanjakan oleh

belia, yang berusia di antara 10 hingga 20 tahun sekarang ini. Dan

ini akan mempunyai peranan penting dalam persatuan—persatuan,

sosial, politik, ekonomi Malaysia menjelang tahun 2020. Dan pada

tahun tersebut generasi inilah yang berusta di antara 30 hingga 40

tahun yang akan terlibat dalam berbagai sektor kepimpinan pen-

tadbiran korporat, sosial, politik dan sebagainya. Dan mereka

inilah yang akan memegang teraju negara, apakah kiranya kalau Yang

Berhormat Menteri Kewangan dapat menambahkan peruntukan ini supaya

persatuan belia ini boleh bergerak dengan lebih lancar, kuat dan

bermaya,

Tuan Yang di-Pertua, ekspektast terhadap belia adalah tinggi

seperti yang saya nyatakan tadi. Dan diakhir-akhir ini, kita me-

rasakan bahawa seraangat perpaduan dan kekitaan di kalangan generasi

muda dan belia dalam kes-kes tertentu telah menunjukkan waras bahaya

yang sungguh membimbangkan. Dan Kerajaan hanya memberikan sebanyak

$2.30 kepada setiap belia yang berumur 40 tahun ke bawah, Ini

mengikut perkiraan saya bahawa harapir 10 juta penduduk di negara ini

adalah mereka yang berusia di bawah 40 tahun. Ini lebih membimbang-

kan lagi kerana wujudnya rakan-rakan kita daripada kalangan

Page 123: DEWAN RAKYAT fileJilid II Bil. 39 Hari Isnin ... bincangkan di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangaa Bersatu * ... jawapan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri oleh sebab Indonesia

DR.9.11.92 - 123 -

Pembangkang yang terdiri daripada ahli-ahli dan pemimpiti-peraimpin

parti politik yang terus mengukuhkan sempadan, pengalaman dan

kesetiaan etnik melalui jeritan-jeritan, isu-isu hangat yang di-

rencanakan.

Tuan Yang di-Pertua, perangai-perangai tnereka ini sebahagiannya

telah kita lihat di Pewan van.g niulia ini, dan begitulah juga

perangai mereka di luar Dewan apabila berhadapan dengan belia.

Persoalannya bagaimanakah pergerakan belia ini berupaya untuk

melaksanakan satu-satu program yang boleh membimbang belia seoerti

yang dihasratkan oleh Kerajaan dan bagi mengangkat martabat bangsa

Malaysia ini.

Page 124: DEWAN RAKYAT fileJilid II Bil. 39 Hari Isnin ... bincangkan di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangaa Bersatu * ... jawapan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri oleh sebab Indonesia

DR.9.11.92 -124-

bahawa sesetengah daerah masih lagi mengalami kekurangan pegawai-

pegawai belia dan sukan dan ini jelas apabil-a hanya seorang Pegawai

Sukan sahaja yang terdapat di sesebuah daerah dan mereka ini apabila

menghadiri mesyuarat sudah tentulah pejabat raereka ini terpaksa

ditutup dan segala urusan-urusan yang melibatkan belia ini terpaksa-

lah ditangguhkan. Dan yang menyedihkan lagi, Tuan Yang di-Pertua,

ialah terdapat Pejabat Pegawai Belia dan Sukan ini yang terpaksa

duduk di atas sebuah stesen bas kerana tidak ada Pejabat Belia dan

Sukan di daerah tersebut.

Saya tidak mahu menyebutnya di mana kerana saya tidak mahu ada

orang tersinggung nanti. Bukan sahaja itu, Tuan Yang di-Pertua,

malah peruntukan untuk menyambut Hari Belia pun di mana Kementerian

hanya memberikan peruntukan sebanyak $1,000 untuk mengumpul dan

mengadakan perhimpunan Belia di sesebuah daerah (district) ataupun

negeri sedangkan program sukan diberikan peruntukan jauh lebih besar•

daripada peruntukan untuk Belia. Saya ingin menyarankan bahawa

peruntukan dan program ini patut dikaji semula dan diberikan

peruntukan yang sewajarnya supaya perkembangan belia ini benar-benar

berkesan,

Tuan Yang di-Pertua, pokoknya Kerajaan dapat memberikan tumpuan

peruntukan bukan sahaja kepada Kementerian-kementerian yang lain

tetapi memberikan peruntukan yang berpatutan sesuai dengan fungsi

dan juga tanggungjawab golongan belia yang saya anggap merupakan

komponen yang tidak kurang pentingnya dalam pembangunan negara.

Saya ingin menyentuh secara ringkas tentang Dasar Belia Negara.

Page 125: DEWAN RAKYAT fileJilid II Bil. 39 Hari Isnin ... bincangkan di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangaa Bersatu * ... jawapan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri oleh sebab Indonesia

DR.9.11.92 -125-

Dari kajian dan pengamatan saya bahawa Dasar Belia Negara ini telah

berusia 7 tahun, ianya masih merupakan dokumen yang belum dihayati

oleh masyarakat, oleh kebanyakan agensi-agensi Kerajaan, badan-badan

Kerajaan dan -juga pertubuhan-pertubuhan belia, apatah lagi untuk

mencapai tahap pelaksanaan dan penelitian. Yang lebih menyedihkan

lagi, Tuan Yang di-Pertua, terdapat pengakuan di kalangan sebahagian

badan-badan dan agensi-agensi Kerajaan yang terlibat dalam

Pembangunan Belia di mana mereka tidak merasai apa—apa kesan dengan

kelahiran Dasar Belia Negara dan bagi tujuan melaksanakan Dasar

Belia Negara ini, saya ingin menyarankan supaya perkara awal yang

patut dilakukan ialah kita sama-sama memahami apakah matlamat

pembangunan belia agar apa jua tindakan pihak Kerajaan dalam rangka

melahirkan belia yang berwibawa adalah sejajar dengan aspirasi belia

dan juga negara dan bertepatan dengan Wawasan 2020.

Tuan Yang di-Pertua, seringkali kita merasa kesal tentang

tindak-tanduk sesetengah Jabatan atau Pegawai-pegawai Kerajaan, yang

pertama langsung tidak memberikan penghormatan kepada kepimpinan

belia. Kedua, tidak mahu bertindakan atau tidak mahu melibatkan

diri dalam program-program belia dan tidak mahu tahu tentang

aktiviti-aktiviti belia, Perkara ini bukan sahaja ditunjukkan atau

diperlihatkan di peringkat kawasan, di peringkat negeri, tetapi ia

juga berlaku di ibu negara ini di mana apabila Majlis Perundingan

Belia Negara mengadakan mesyuaratnya baru-baru ini sebilangan besar

Kementerian-kementerian yang mempunyai hubung-kait dengan pergerakan

dan juga pembangunan belia ini tidak menghantar wakil-wakil mereka

Page 126: DEWAN RAKYAT fileJilid II Bil. 39 Hari Isnin ... bincangkan di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangaa Bersatu * ... jawapan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri oleh sebab Indonesia

DR.9.11.92 -126-

dan sudah tentulah apa jua yang telah dirancang dan yang telah

dikemukakan pada mesyuarat tersebut tidak mendapat perhatian dari-

pada Kementerian-kementerian berkenaan. Oleh yang demikian, saya

ingin menyarankan supaya perkara ini. diambil perhatian di masa yang

akan datang dan adalah diharapkan supaya setiap Kementerian ini akan

dapat menghantar wakil-wakil mereka apabila Persidangan Tertinggi

Belia ini mengadakan sidangnya.

Tuan Yang di-Pertua, memandangkan masyarakat belia hari ini

secara beransur-ansur sedang menghala ke arah penyakit kekosongan

dan kesunyian ataupun individualisma yang agak tebal dan kini

penyakit ini sudah mula menghampiri golongan belia di negara ini,

saya mengharapkan masyarakat 'fast-food' hari ini yang sudah semakin

tidak punya waktu untuk dicurahkan kepada kerja-kerja sukarela yang

mana telah menjadi aktiviti utama pertubuhan dan persatuan di masa

lampau. Saya ingin menyarankan supaya Kementerian Belia dapat

menganjurkan beberapa program yang diterajui oleh Persatuan-

persatuan Belia bagi menghidupkan semula semangat kesukarelaan ini

di dalam masyarakat kita, khususunya masyarakat belia.

Tuan Yang di-Pertua, masih dalam bab tentang belia hari ini.

Kali ini saya ingin menyentuh suatu perkara yang agak popular di

kalangan belia ini, iaitu kita namakan dia 'budaya popular' dan ini

saya rasa banyak Kementerian-kementerian ada saham dalam membawa dan

menghalakan belia kepada budaya popular ini. Kita begitu maklum

bahawa golongan belia ini mudah dipengaruhi oleh unsur-unsur yang

tidak sihat dan bercanggah dengan adat ketimuran kita.

Page 127: DEWAN RAKYAT fileJilid II Bil. 39 Hari Isnin ... bincangkan di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangaa Bersatu * ... jawapan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri oleh sebab Indonesia

DR.9.11.92 -127-

Kelakuan kurang sopan dalam konsert "Hammer" sebuah kumpulan rap,

yang begitu popular daripada Amerika Syarikat telah raenunjukkan

persembahan mereka di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra

minggu sudah dan telah membuat pembohongan kepada Kerajaan dan juga

rakyat Malaysia di dalam konsert yang bernama "Hammer Too Legit

World Tour", dengan izin, Tuan Yang di-Pertua, dengan melakukan

perbuatan yang tidak bersopan iaitu membuka baju dan melakukan

tarian-tarian yang berunsur lucah dan lebih dahsyat daripada

persembahan kumpulan "Call Me Back" di tempat yang sama pada 7

Oktober yang lalu dan persembahan demikian, Tuan Yang di-Pertua,

jelas tidak lebih daripada menunjukkan suatu bentuk hiburan yang

mengikut perspektif Barat yang tidak sepatutnya ditayangkan dan

dipersembahkan dan ditonton oleh muda-mudi Malaysia sehingga ada

yang histeria dan ada yang pengsan, Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Haji Juhar bin Haji

Mahiruddin]: Yang Berhormat, satu minit lagi.

Tuan Abdul Mulok bin Awang Damit: Terima kasih, Tuan Yang

di-Pertua, saya juga seorang muda dan' menggemari muzik dan gemar

menonton persembahan-persembahan konsert, tetapi persembahan yang

ditonjolkan oleh kumpulan ini adalah keterlaluan dan boleh

mendatangkan unsur-unsur negatif kepada belia-belia yang menonton

persembahan tersebut, kerana pada anggapan saya, persembahan

tersebut yang telah ditontoni oleh sebilangan besar golongan

muda-mudi daripada sekitar ibu kota ini. Persembahan sedemikian,

Page 128: DEWAN RAKYAT fileJilid II Bil. 39 Hari Isnin ... bincangkan di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangaa Bersatu * ... jawapan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri oleh sebab Indonesia

DR.9.11.92 -128-

Tuan Yang di-Pertua, adalah lebih dahsyat daripada kumpulan-kumpulan

tempatan yang berambut panjang tetapi saya tidak tahulah mengapa

Kementerian Penerangan yang mempunyai Kod Etika Artis-artis ini dan

juga bagaimana Kementerian Dalam Negeri dan juga Dewan Bandaraya

boleh membenarkan pertunjukkan sedemikian ini dipersembahkan.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyarankan supaya

rancangan-rancangan di kaca televisyen juga perlu diteliti dan perlu

dihalusi supaya jangan menontonkan perkara-perkara ataupun

tayangan-tayangan yang boleh menurunkan imej negara ini dan juga

bertentangan dengan budaya kita. Misalnya, di kaca televisyen, ada

program "2 + 1", "Jangan Ketawa", yang menunjukkan imej pondan yang

menjadi contonan golongan belia dan persembahan dan juga bahasa yang

digunakan dalam tayangan ini boleh mempengaruhi golongan muda-mudi

sehingga boleh terikut-ikut loghat dan bahasa "Mak Nyah" atau pondan

ini. Rancangan televisyen yang sedemikian ini kurang bermoral

dari segi etika dan juga adat ketimuran dan ini patut tidak

ditayangkan di kaca televisyen. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Haji Juhar bin Haji

Mahiruddin]: Pengkalan Chepa.

5.58 ptg.

Tuan Haji Nik Abdullah bin Haji Arshad: Terima kasih, Tuan Yang

di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, saya mengambil peluang yang sama

pada petang ini untuk membahaskan Anggaran Belanjawan yang

dibentangkan oleh Menteri Kewangan buat kali yang kedua dalam tempoh

jawatan yang disandangnya. Saya ingin menyentuh mengenai beberapa

Page 129: DEWAN RAKYAT fileJilid II Bil. 39 Hari Isnin ... bincangkan di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangaa Bersatu * ... jawapan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri oleh sebab Indonesia

DR.9.11.92 -129-

perkara yang agak perlu dan penting bagi mendapat perhatian dari

pihak Kerajaan khususnya Menteri Kewangan sendiri.

Tuan Yang di-Pertua, kita telah berkali-kali membentangkan

Anggaran Belanjawan bila tiba tahun-tahun kemuka dan kita tidak

terlepas dari membahas dalam berbagai-bagai aspek dan tajuk, tetapi

ke manakah sebenarnya Belanjawan membawa kita setelah tamat dibahas

dan selesai dilulus. Hari ini kita sama-sama membahas Belanjawan

yang dikemukakan untuk tahun 1993 dan Kerajaan mungkin merasa bangga

dan lega dengan jumlah peruntukan yang besar yang tercatat' dalam

buku Anggaran Belanjawan ini, berdasarkan kepada angka-angka gandaan

dan perancangan-perancangan yang disediakan.

Tahukah, Tuan Yang di-Pertua, kalau kita kembali kepada semua

cita-cita parti yang mendukung Kerajaan, dan cita-cita Kerajaan yang

hendak melaksanakan dasar parti, tidakkah pada pada asasnya ia mesti•

melihat kepada empat perkara pokok iaitu pendidikan, ekonomi,

politik dan ugama. Bila kita bangkitkan dalam isu pendidikan ini,

maka jelaslah bahawa usaha Kerajaan tidak akan mampu dan berjaya

menuju ke arah cita-cita pembentukan insan yang bermaruah dan

berkualiti dan sebagainya, memandangkan kepada arah yang dipandu

lebih menuju kepada dasar sekular dan material. Pendidikan di

Malaysia sejak dahulu sampai kini tidak berteraskan kepada identiti

murni dan tidak mempunyai dasar dan kiblat bersendiri tetapi lebih

terbawa-bawa kepada suasana pengaruh luar dan contoh asing.

Page 130: DEWAN RAKYAT fileJilid II Bil. 39 Hari Isnin ... bincangkan di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangaa Bersatu * ... jawapan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri oleh sebab Indonesia

DR.9.11.92 - 130 -

Walau bagaimanapun, Tuan Yang di-Pertua, pada hari pembentangan

Belanjawan ini, saya nampak penyokong-penyokong Menteri Kewangan

begitu gembira sekali dan sentiasa menarik senyum terutama sekali

Perdana Menteri, nampaknya amat tertawan hati dan merasa puas kerana

terlampau banyak sanjungan tinggi diberi dan "renjisan air mawar"

dan "bedak make-up" disapu bertubi-tubi ke muka beliau oleh Menteri

Kewangan tetapi ada juga yang nampak mukanya masam dan redup, bahkan

ada Menteri yang tidur terus seolah-olah tidak mahu dengar kokok

ayam jantan yang mengigau hendak masuk reban di waktu senja.

Mungkin ini klik-klik orang yang tidak sebulu dengan Menteri

Kewangan di mana Perdana Menteri sendiri pula, saya nampak masam dan

serba-salah sepanjang ucapan disampaikan.

Saya bagi pihak Pembangkang pada petang ini, ingin menyampaikan

ucapan tahniah sambil menyokong mana-mana yang baik dan menolak

mana-mana yang buruk kerana saya faham, tidak kesemua ini Belanjawan

ini baik dan tidak kesemua juga nampaknya buruk. Walau bagaimana-

pun, saya tidak berhasrat untuk memuji sesiapa sebagaimana Menteri

Kewangan memuji Perdana Menteri dan Wakil Pasir Mas pula memuji

Menteri Kewangan. Mungkin ada sesuatu di sebaliknya seperti pepatah

orang tua-tua mengatakan, "kalau tidak ada sesuatu, masakan tempua

bersarang rendah". Beliau mendakwa bahawa Belanjawan ini adalah

amat baik sekali. dan tidak pernah dikemukakan sebelum ini oleh mana-

mana Menteri Kewangan pun. Beliau mendapati senua pihak dan lapisan

menyokong dan memuji, hatta golongan petani pun memuji

Page 131: DEWAN RAKYAT fileJilid II Bil. 39 Hari Isnin ... bincangkan di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangaa Bersatu * ... jawapan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri oleh sebab Indonesia

DR.9.11.92 - 131 -

Saya merasa ganjil juga, Tuan Yang di-pertua, bagaimana kaum

petani boleh faham buku Belanjawan ini sedangkan beliau sendiri,

saya belum yakin dapat faham secara menyeluruh. Mungkinlah ber-

dasarkan kepada rnaklumat Belanjawan menyatakan 600 barang-barang

turun cukai tetapi harganya masih belura turun lagi dan barang-

barang yang turun cukai ini pun bukan keperluan golongan miskin dan

mustadafin lOO%.

Tuan Yang di-Pertua, dalam sepanjang perhatian saya, ucapan

Belanjawan ini Lahir dalam dua bentuk. Pertama pada peringkat awal,

lahir dalam bentuk ucapan Belanjawan Negara tahun 1993 yang

menyebabkan semua para pemerhati memberi perhatian dan tumpuan penuh

kepadanya. Manakala peringkat yang kedua, atau peringkat yang

akhir, ucapan itu bertukar menjadi ucapan politik dan kempen parti,

oleh Menteri Kewangan yang begitu bernafsu nampaknya, mencabar dan

menuduh pihak Pembangkang dengan menggunakan kata-kata yang tidak

ilmiah dan hujah-hujah yang lapuk seperti mengulangi cerita-cerita

lama dan sentimen perkauman, cetek, sempit, jumud, jijik dan

sebagainya. Inilah lagak Menteri Kewangan menggunakan stail pidato-

nya untuk memancing dan menarik para penonton dalam Dewan yang mulia

ini dan memanglah Menteri Kewangan ini seorang yang terkenal pandai

berbicara dengan kawan dan lawannya untuk menutup kelemahan diri

sendiri seperti seekor merak yang bermegah dan berbangga dengan bulu

ekor, sayap dan balungnya sedangkan ia sendiri tidak sedar, paha dan

betisnya telanjang bulat dan bogel , tidak berbulu, tetapi dia tidak

nampak. [Tepuk]

Page 132: DEWAN RAKYAT fileJilid II Bil. 39 Hari Isnin ... bincangkan di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangaa Bersatu * ... jawapan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri oleh sebab Indonesia

DR.9.11.92 - 132 -

Tuan Yang di-Pertua, saya tidak faham apa maksud beliau,

menuduh Pembangkang membawa agama sempit, jumud, terpencil, tidak

universal dan sebagainya, Apakah orang yang hendak menjalankan

Islam dan hendak melaksanakan hukum syariat AlLah itu sempit? Orang

yang mengharamkan benda yang Allah haramkan itu jumud? Orang yang

patuh pada ajaran sebenar itu sesat? Sebaliknya orang yang meng-

halalkan arak, judi dan sebagainya itu luas, tidak sempit? Orang

yang menentang hukum Allah itu tidak jumud? Orang yang menciptakan

hukum dan undang-undang sendiri itu becpandangan luas? Orang yang

tidak terima pakai syariat Allah itu mukmin sebenar? Orang yang

terang-terang menentang, menolak dan bermusuh dengan Islam seperti

UMNO ini betul dan benar? Masa dia jadi Presiden Gerakan Islam

satu ketika dahulu, dia melaung mengajak orang beramai-rarnai

menyokong Islam dan menuduh Kerajaan Barisan Nastonal yang dta

dukung hari ini tidak Islamic tetapi btla dia jadi Menteri benda dan

Menteri duit, dia menghalalkan itu dan menghalalkan ini. Dia

menentang Islam secara melulu. Dia pula menuduh ulama jumud bahkan

dia menjadi juara musuh Islam, angkuh, sombong, tinggi hidung,

berjalan mendongak dan tidak nampak sesuatu yang benar. [Tepuk]

Menteri Kewangan agaknya lupa dan dia tidak kenal siapa diakah

dia. Di manakah dia pandai menyebut sepatah dua perkataan Arab

seperti insan, soleh, karail, abid, iltizam dan siapakah guru dia.

Nampakkah dia tengok bahawa di dalam PAS ini ramai orang-orang yang

bertanggungjawab membetulkan lidah, telor beliau hingga boleh

Page 133: DEWAN RAKYAT fileJilid II Bil. 39 Hari Isnin ... bincangkan di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangaa Bersatu * ... jawapan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri oleh sebab Indonesia

DR.9.11.92 - 133 -

bercakap fasih dan bertutur lancar dalam kalimah bahasa Arab seperti

yang kita saksikan sekarang ini seolah-olah dia sekarang seperti

pendita Barat, pandai memutar-belit Ayat-ayat dan kenyataan-

kenyataan yang sebenar, "Kerja ulama-ulama Yahudi dahulu memutar-

belitkan Ayat-ayat Allah kerana kepentingan diri samalah seperti

orang yang gilakan pangkat dan inilah juga syair Arab yang maksud-

nya:

Hari-hari aku mengajar dia berpidato;

tetapi bila dia pandai berpidato, akulah dia maki hamun.

Hari-hari aku juga mengajar dia memanah;

tetapi bila dia pandai memanah, akulah juga dia panah.

Tuan Yang di-Pertua, saya mengingatkan Menteri Kewangan, kalau

beliau betul-betul hendak. menjadi Perdana Menteri dan merasakan

dirinya bakal calon untuk ke sana, silalah menggunakan bahasa

hikmah, bahasa yang boleh kami, Pembang kang, menyokong dan terima.

Beliau tidak perlu angkuh dan kalut sampai lupa daratan. Nanti

akibahnya merana. Ramai, Tuan Yang di-Pertua, orang bertunang tidak

jadi kahwin dan juga orang sudah kahwin bercerai. [Tepuk]

Saya nampak Menteri Kewangan sekarang sudah jauh dan terlampau

tinggi mengejar hawa nafsu, sedangkan sepatutnya beliau sekarang

tunjukkan sikap seorang negarawan yang berhemah tinggi, bermaruah

dan berpandangan yang unggul bukan menjadi seekor bapak ayara yang

tahu mengejar dan menyepak terajang rausuh sedangkan tajinya tidak

ada .

Kita tahu ramai Menteri Kewangan telah gagal melaksanakan

tugas-tugas yang diamanahkan kepadanya. Dahulu, beliau pernah

Page 134: DEWAN RAKYAT fileJilid II Bil. 39 Hari Isnin ... bincangkan di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangaa Bersatu * ... jawapan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri oleh sebab Indonesia

DR.9.11.92 - 134 -

menjadi Timbalan Perdana Menteri dt JabaCan Perdana Menteri dan

berakhir setelah tamat menubuhkan Jawatankuasa Penyelarag. Kemudian

dilantik pula menjadi Menteri bola dan menari iaitu- Menteri

Kebudayaan, Belia dan Sukan raasa itu. Kemudian berakhir dengan

belajar menyanyi dan menari. Lapas itu dilantik pula, Menteri anak

ikan dan tikus iaitu Menteri Pertanian, kemudian berakhir dengan

tangkap tikus dan dilantik lagi menjadi Menteri anak sekolah dan

cikgu dewasa iaitu Menteri Pelajaran, Pendidikan sekarang dan

berakhir dengan membina Akta Pelajaran yang tidak selesai sampai ke

hari ini dan sekarang beliau terus dilantik menjadi Menteri judi dan

arak, iaitu Menteri Kewangan. [Tepuk]

Di samping menjadt Pengerusi Jawatankuasa Anti Penyelewengan

ataupun rasuah, apakah yang beliau lakukan? Manakah kejayaan yang

dapat dibanggakan? Kalau beliau gentleman, mampu dan Islamic, meng-

apakah sampai ke hari ini Kerajaan tidak berani mengharamkan arak,

judi, TOTO, 4 ekor, 5 ekor, 6 ekor, [Ketawa] 10 ekor dan 100 ekor

dan banyak lagi jenis-jenis punca maksiat dan kejahatan yang

bercanggah dengan Islam dan pegangan hidup beliau sendiri bahkan

sampai ke hari ini juga, haripun beliau tidak mampu mengislamkan.

Di sana Ahad, di sini Jumaat, di sana Yahudi, di sini Islam.

Mengapa tidak Yahudi kasemua, ataupun Islam kesemua. Apakah

campuran dalam barisan pua hari hendak ikut,

Apakah dia, cara ini, Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya Islam

luas? Islam universal, lslam tidak jumud atau orang Islam yang

Page 135: DEWAN RAKYAT fileJilid II Bil. 39 Hari Isnin ... bincangkan di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangaa Bersatu * ... jawapan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri oleh sebab Indonesia

DR.9.11.92 - 135 -

diguna dan diterima pakai oleh Kerajaan Barisan Nasional dan Mentari

Kewangan sendiri yang tidak jumud, tidak sempit, yang bercakap

lantang sekarang atau inikah petua-petua ulama-ulama yang tidak

jumud dan kuno, berprogresif; hujah apa dan naa mana beliau dapat

tunjukkan kepada Dewan yang mulia ini, Di mana beliau belajar,

siapa guru beliau yang tidak jumud?

Kita tahu, Tuan Yang di-pertua, ramai ulama-ulama Pak Angguk di

dalam Dewan ini. Mereka menjadi alat dan perkakas kepada kegunaan.

Tidak berani berterus-terang, tidak sanggup menegak kebenaran,

kerana ingin sesuatu dan bimbang pula hilang sesuatu, Sekali. gus

mereka pula bersubahat membela kemungkaran dan menyokong kejahatan

seperti Menteri Kewangan. Kemudian mereka menuduh balik orang lain

jumud, sempit, extreme, politik kembiri dan sebagainya.

Tuan Yang di-pertua, saya Lebih suka berterus-terang, kerana

itulah ajaran Islam dan itulah syariat yang diterima pakat oleh

Islam dan Allah sendiri yang Maha segala maha. Kalau pihak Kerajaan

dan Menteri Kewangan sendiri tidak puas hati dan merasa sangsi

dengan kenyataan dan hujah saya, silalah cari meja bulat dan bawalah

kitab-kitab, kita bermuzakarah dengan terbuka dan berbincang

semasak-masaknya. Kemudian, kita akan ambil apa kata sepakat yang

didapati dalam perbincangan itu. Tidak perlu tuduh siapa jumud,

siapa sempit dan siapa luas.

Page 136: DEWAN RAKYAT fileJilid II Bil. 39 Hari Isnin ... bincangkan di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangaa Bersatu * ... jawapan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri oleh sebab Indonesia

DR.9.11.92 -136-

Tidakkah itu jalan yang lebih mudah dan cara yang

Barisan Nasional tidak berani dan Menteri Kswangan akan lari lebih

awal kerana beliau tidak pernah buka dan jamah kitab-kitab yang

besar, bahkan buku Belanjawan yang dibentang inipun agaknya susah

hendak difaham kalau tidak disandang dan ditarapuk oleh tukang-tukang

yang disekelilingnya.

Tuan Yang di-Pertua, mengapa dalam buku belanjawan ini tidak

disentuh langsung masalah judi. Beliau hanya menyebut masalah cukai

rokok dengan arak sahaja dengan kadar sekian-sekian. Tetapi tidak

juga diharamkan terus menerus kerana takut hilang hasil pendapatan

negara yang berjuta-juta pinggit setahun. Biarpua berdosa asalkan

poket Kerajaan penuh dengan najis-najis dan bangkai. Perut yang

mesti dijagakan bukan hukum yang mesti dijagakan. Ini cara Islam

luas tidak kembiri.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin bertanya bolehkah kita

sembahyang dengan najis? Sahkan amalan seseorang yang dibuat dalam

keadaan yang kotor dan tercemar? Bagaimana kita hendak membangun

negara kalau cara yang betul tidak diikut. Mahukah badan gemuk,

perut kenyang tetapi pegangan rohani kotor dan pegangan rakyat rosak

dan syirik. Pernah saya gambarkan dalam Dewan ini pada satu ketika

dulu bahawa Kerajaan dengan rakyat samalah seperti bapa dengan

anak. Kalau seorang bapa yang sedar dan waras aRal fikirannya tentu

dia tidak akan menyuap makanan dan minuman najis dan kotor ke mulut

anaknya kerana perbuatan itu biadab dan tidak bertanggungjawab.

Apakah arak, judi, aduan nasib dan sebagainya

Page 137: DEWAN RAKYAT fileJilid II Bil. 39 Hari Isnin ... bincangkan di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangaa Bersatu * ... jawapan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri oleh sebab Indonesia

DR.9.11.92 -137-

ini tidak najis, kotor, cemar dan buruk. Adakah Menteri Kewangan

tidak pernah berjumpa dan membaca ayat yang berbunyi [Membacakan

sepotong ayat dari Al-Quran] Tidakkah ayat ini dengan jelas Tuhan

menegaskan kepada kita bahawa arak, judi, aduan nasib dan ramalan-

ramalan itu adalah suatu benda yang najis, kotor, amalan syaitan dan

kerja iblis laknatullah. Dan wajib ianya dihapus dan dibenteraskan

sekarang. Bagaimana Tuhan kata haram, Yang Berhormat kata halal.

Tuhan kata hapus Yang Berhormat kata biar' dulu. Islam Yang Berhor-

mat luas atau Islam Tuhan sempit. Hukum Yang Berhormat kena pakai

ataupun hukum Tuhan boleh tinggal. Silalah beri jawapan dan hujah

mengikut Islam yang luas dan ulamak UMNO yang tidak jumud, kaku, be-

ku dan tidak kembiri. Apakah Kerajaan Yang Berhormat sebagai

Kerajaan syaitan ataukah Yang Berhormat sendiri bersubahat menjadi

kongsi syaitan. Atau inikah rupa cara Islam sebagai Yang Berhormat

dakwa luas, tidak jumud, tidak sempit dan tidak kembiri. Setujukan

kalau saya katakan bahawa Yang Berhorraat Menteri Kewangan sekarang

bertanggungjawab menyuap makanan najis kepada rakyat dan berani me-

lakukan maksiat dan dosa secara terang-terang dan terbuka dalam ne-

gara hari ini. Kalau Yang Berhormat sebagai bapa jelaslah sudah ti-

dak berfikiran waras lagi bahkan inilah Islam sadur dan Islam plas-

tik yang ditaja dan dicipta sendiri oleh Barisan Nasional. Saya ca-

bar Menteri Kewangan kalau benar-benar Kerajaan berada di atas dasar

Islam yang luas dan akidah yang tulin, murni berdasarkan wahyu dari

langit, silalah bertindak tegas mengharamkan apa sahaja yang telah

dihararakan oleh Allah. Jangan cuba berdolak-dalik lagi. Masa sudah

Page 138: DEWAN RAKYAT fileJilid II Bil. 39 Hari Isnin ... bincangkan di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangaa Bersatu * ... jawapan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri oleh sebab Indonesia

DR.9.11.92 -138-

35 tahun lebih UMNO dan Barisan Nasional berkuasa. Jangan bawa

rakyat bergelumang dengan dosa dan maksiat dan jangan cuba menyuap

benda-benda najis dan haram ke dalam mulut rakyat yang tidak

berdosa. Jangan guna lidah-lidah plastik dan bercabang dua dengan

mencanang pertumbuhan ekonomi dan pembangunan pesat semata-mata

untuk mengabui mata rakyat dan untuk mengelakkan dari terlaksananya

hukum Allah. Gunalah kuasa dengan kebijaksanaan untuk menegak dan

memihak kepada kebenaran. Kalau tidak mampu lebih baik meletakkan

jawatan awal-awal lagi. Contohilah Kerajaan kecil dan terhad di

Kelantan. Bagaimana mereka guna kuasa dan menyempurna amanah Allah

untuk melindungi rakyat dan mendidik masyarakat ke arah pembangunan

dan wawasan yang diredhai Alla,h dan tidakkah kita tahu semua bahawa

di sana wujud apa yang dikatakan musyarakah majmuk dan rakyat

berbilang kaum. Kerajaan Pusat sebenarnya bukan hendak mencontohi

Kerajaan Angkatan di Kelantan tetapi bertindak mengepung dan

menyekat dengan berbagai-bagai cara takut masyarakat umum

terpengaruh, terpikat dan mencontohi apa yang berlaku di KelanCan.

Mereka tidak ingin dan tidak senang melihat demokrasi hidup subur

dalam negara.. ..

Tuan Haji Daud bin Dato' Haji Taha: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Haji Juhar bin Haji

Mahiruddin]: Yang Berhormat Timbalan Menteri bangun. Yang Berhormat

hendak beri jalan?

Tuan Haji Nik Abdullah bin Haji Arshad: Minta maaf. Kerana

Tuan Yang di-Pertua tidak benar saya bercakap banyak, saya tidak

benarlah orang bertanya. [Ketawa]

Page 139: DEWAN RAKYAT fileJilid II Bil. 39 Hari Isnin ... bincangkan di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangaa Bersatu * ... jawapan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri oleh sebab Indonesia

DR.9.11.92 -139-

Mereka tidak ingin dan tidak senang raelihat demokrasi hidup

subur dalam negara dan rakyat hidup aman di bawah Kerajaan yang

dipilih oleh mereka. UMNO Kelantan Tuan Yang di-Pertua, khususnya

terlampau sentimen dan terlampau dendam kepada pihak pembangkang

sehingga mengambil berbagai-bagai daya usaha dan keputusan untuk

menderakan rakyat Kelantan yang tidak berdosa yang berjumlah lebih

sejuta orang Melayu dan Islam dengan menyekat semua jenis-jenis

bantuan dan. projek-projek pembangunan semata-mata melahirkan sikap

diskriminasi dan tidak berperikemanusiaan.

Baru-baru Ini, Tuan Yang di-pertua, mereka menghasut Pemuda MCA

supaya bangun tunjuk perasaan dan menentang Kerajaan Angkatan yang

hendak melaksanakan hukum hudud di Kelantan. Kemudian mereka

mendesak Kerajaan Pusat supaya mengkaji sernula peruntukan-peruntukan

dan projek-projek yang telah dilulus dan yang akan diLulus oleh

Kerajaan Kelantan dan berbagai-bagai lagi mereka lakukan untuk

memulaukan negeri Kelantan sebagaimana dibangkit oleh Wakil Pasir

Mas di dalam Dewan ini. sendiri beberapa hari lepas. Baru-baru ini

juga mereka menyekat dan menahan dua geran yang telah diluluskan

oleh Kerajaan Pusat untuk bantuan kepada Kerajaan. Tempatan dan

Majlis-majlis Daerah di Kelantan yang berjumlah $12 juta dan kepada

tiga buah sekolah agama rakyat yang berjumlah sebanyak $300 juta.

Kedua-dua ini mereka bertindak menghalang dan menyekat supaya

bantuan ini dibekukan walaupun pihak Kerajaan Pusat telah melulus

dan telah mengeluarkan geran masing-masing. Apakah ertinya....

Page 140: DEWAN RAKYAT fileJilid II Bil. 39 Hari Isnin ... bincangkan di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangaa Bersatu * ... jawapan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri oleh sebab Indonesia

DR.9.11.92 -140-

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Haji Juhar bin Haji

Mahiruddin]: Yang Berhormat Timbalan Menteri bangun sekali lagi ya.

Hendak minta jalan.

Tuan Haji Nik Abdullah bin Haji Arshad: Kalau Tuan Yang

di-Pertua boieh tambah masa bolehlah.

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Haji Juhar bin

Haji Mahiruddin]; Terpulang kepada Yang Berhormat.

Tuan Haji Nik Abdullah bin Haji Arshad: Saya kalau ada masa

tiap-tiap orang saya hendak bagi kerana saya suka.....

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Haji Jubar bin Mahiruddin]: Yang

Berhormat beri atau tidak, itu persoalannya. Beri atau tidak?

Tuan Haji Nik Abdullah bin Haji Arshad: Tidak berilah.

Apakah ini, apakah erti, Tuan Yang di-Pertua, kalau kita mengajak

rakyat semua berderma membantu umat Islam di Bosnia-Herzegovina, ia

sedang diancam dan dianiayai oleh musuh-musuh dan berhasrat pula

hendak menentang kezaliman, tiba-tiba sekaligus kita pula

menganiayai dan menzalimi bangsa kita sendiri di negeri Kelantan.

Saya percaya, Tuan Yang di-Pertua, apa yang berlaku dan apa tindakan

yang dilaku dan diwujudkan oieh Kerajaan Barisan Nasional terhadap

Kerajaan Angkatan pada hari ini adalah sebagai lanjutan penindasan

Kerajaan MAGERAN pada suatu ketika dahulu yang memaksa Kerajaan PAS

dan rakyat Kelantan menyerah kalah dan tunduk kepada nafsu besar dan

keganasan pemimpin-pemimpin UMNO.

Page 141: DEWAN RAKYAT fileJilid II Bil. 39 Hari Isnin ... bincangkan di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangaa Bersatu * ... jawapan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri oleh sebab Indonesia

DR.9.11.92 -141-

Sebenarnya, saya tidak faham apakah UMNO ini Melayukah ataupun

Islam? Sebab kalau Melayu kenapa hendak bunuh bangsa sendiri yang

ada berjuta-juta di Kelantan. Kalau Islam pula kenapa menolak hukum

Allah dan syariat hidup sendiri. Alangkah ganjilnya manusia ini,

kemanakah hala tuju perjuangan politik mereka? Pro , pangkat, duitatau kemana? Jelaslah politik mereka khayal, politik mimpi

sebagaimana Wawasan 2020 hanya slogan dan omong-omong kosong

sahaja. [Tepuk] Untuk memantap demokrasi dan untuk kestabilan

politik negara, Tuan Yang di-Pertua, saya berharap kepada

pemunpim-pemimpin Kerajaan Pusat khususnya Menteri Kewangan sendiri

supaya sedar jangan terperangkap dengan tindak-tanduk UMNO

Kelantan. Hendaklah hati-hati walaupun UMNO Kelantan saudarakandungan mereka sendiri. Jangan terjebak dan cepat bertindak,

berilah layanan yang sewajar dan sebaik-baiknya kepada KerajaanAngkatan di Kelantan mengikut kehendak demokrasi dan tuntutan hak

Perlembagaan yang sama-aama kita dukung sekarang ini. Awasilah

perilaku dan sandiwara yang dimainkan oleh Wakil Pasir Mas di mana

beliau seolah-olah motokar yang sudah kehabisan minyak. Motokarnya

akan terhenti sendiri di tengah-tengah jalan raya yang besar dan

luas mengikut saiz pembangunan yang beliau sendiri rancang.

Tuan Yang di-Pertua, saya beralih pula kepada raasalah

pendidikan. Saya suka menyentuh sedikit mengenai pendidikan.Wakil Kota Setar telah menimbulkan masalah ini pada hari bel.iauberucap, membahas Belanjawan ini. Beliau telah berterus-terang

menyatakan tidak puashati melihat suasana wujud melalui murid-murid

sekolah dan banyak gejala-gejala yang tidak secocok dengan matlamatpendidikan negara berlaku seperti kelakuan murid-murid liar, suka

berfoya-foya, menghisap rokok, matn video-game, pencuri, mengurat

anak gadis, menyimpan gambar-gambar lucah dan sebagainya dan beliau

tidak senang hati keadaan seperti ini terus berlaku. Kemudian

beliau merasakan keadaan seperti ini berlaku mungkin berpunca dari

kelemahan jagaan ibu bapa.

Page 142: DEWAN RAKYAT fileJilid II Bil. 39 Hari Isnin ... bincangkan di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangaa Bersatu * ... jawapan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri oleh sebab Indonesia

DR.9.11.92 -142-

Saya memang bersetuju dengan apa yang dibangkitkan oleh beliau

itu dan inilah yang sedang dihadapi oleh negara sekarang ini.

Suasana keruntuhan moral dan akhlak murid-murid dan muda-mudi hari

ini amat ketara sekali sedangkan usaha untuk membendungnya kita

tidak nampak, khususnya dari Kerajaan sendiri. Sabda Rasulullah

s.a.w. maksudnya, "Sesungguhnya tegak sesuatu bangsa dan umat itu

ialah selama tegaknya akhlak dan peribadi, sebaliknya bila akhlak

dan peribadi itu rosak, maka akan rosak dan runtuhlah bangsa itu".

Tuan Yang di-Pernua, apakah malangnya Malaysia kita hari ini,

bagaimana pemimpin-pemimpin negara kita tertutup mata tidak dapat

melihat gejala-gejala yang seburuk ini? Apakah kita telah

berpuashati dengan seribu satu pembangunan, yang wujud hari ini?

Yakinkah kita Wawasan 2020 ini menjadi ubat dan penawar yang

mujarab? Sampaikah dengan wawasan itu ke pengkalan yang kita akan

tuju? Saya awal-awal lagi menolak kalau dengan semata-mata

rancangan, wawasan dan projek apa sekalipun kita akan gagal dan

tidak akan ke mana-mana, kerana kesemua penyakit-penyakit yang

berbangkit dan dibangkit itu adalah penyakit rohani dan berpunca

daripada kerosakan batin manusia yang ubatnya bukan benda dan

barangan.

Sebab itu, saya tidak setuju saranan yang diberi oleh Wakil

dari Kota Setar mengatakan penyakit itu berpunca dari rumahtangga

atau ibu bapa sahaja. Saya mempunyai keyakinan bahawa penyakit ini

semuanya berpunca dari dua pokok yang besar; yang pertama dasar

negara dan yang kedua, Dasar Pendidikan Kebangsaan itu sendiri.

Page 143: DEWAN RAKYAT fileJilid II Bil. 39 Hari Isnin ... bincangkan di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangaa Bersatu * ... jawapan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri oleh sebab Indonesia

DR.9.11.92 -143-

Kerajaan hari ini tidak mempunyai dasar dan matlamat yang khusus•

dalam mencorak hidup rakyat dan memandu masyarakat ke suatu arah

yang benar-benar mencerminkan identiti suatu bangsa yang berprinsip

dan beridea, selain daripada usaha untuk menjaga rakyat umum.....

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Haji Juhar bin Haji

Mahiruddin]: Yang Berhormat, satu minit lagi ya!

Tuan Haji Nik Abdullah bin Haji Arshad: ...supaya jangan lapar

dan jangan susah hendak makan serta pakaian. Inilah. cita-ciLa

Wawasan 2020 yang ditaja oleh Perdana Menteri supaya Malaysia di

suatu hari nanti dapat bersaingan dengan negara-negara maju di

dunia. Begitulah juga Dasar Pendidikan Negara seKarang amat

bercanggah dengan konsep dan matlamat ayat 'Iqrak', Islam mengajar

umat manusia supaya belajar, mengaji, bersekolah, berilmu dan

carilah apa-apa pengetahuan sekalipun asalkan matlamatnya 'Iqrak

bismi-Rabbika'. Dalam ayat Tqrak ini bila kita kesan, ianya akan

lahir dua perkara pokok dan menjadi asas pengenalan. Pertama,

manusia raesti belajar dalam semua ilmu pengetahuan dan apa juga

pengajian, kerana ilmu itu adalah senjata hidup dan mati manusia.

Inilah maksud Iqrak dan falsafahnya.

Kedua, dalam langkah permulaan mencari ilmu dan pengetahuan,

apapun mestilah corak dan bentuknya ke arah mengenali Allah dan

menuju pembesaran rohani, sebagaimana maksud 'Bismi-Rabbika'.

Tetapi Dasar Pendidikan Negara Walaysia kita ini ialah dasar

sekular, dasar kegunaan dan material, dasar wawasan yang tidak ada

hubungkait dengan 'lqrak bismi-Rabbika', antara rohani dan jasmani,

antara dunia dan akhirat. Dasar yang tidak menentu sejauh mana

Page 144: DEWAN RAKYAT fileJilid II Bil. 39 Hari Isnin ... bincangkan di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangaa Bersatu * ... jawapan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri oleh sebab Indonesia

DR.9.11.92 -144-

peranan rohani dapat berfungsi dalam kehidupan manusia dan apakah

akibah hidupnya kalau rohani didera jadi kurus dan didenda dengan

tidak memberi tempat supaya rohani mestilah diutamakan dalam

segala-gaianya. Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya: "Sesiapa

mencari ilmu pengetahuan yang tujuan asasnya untuk mendapat keredaan

Allah tetapi ia belajar dan mencari ilmu untuk kepentingan hidup

dunia semata-mata, nescaya ia tidak akan dapat menghidu bau syurga

pun" .

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Haji Juhar bin Haji

Mahiruddin]: Yang Berhormat, masa sudah cukup.

Tuan Haji Nik Abdullah bin Haji Arshad: Nanti saya gulung,

Tuan Yang di-Pertua. Saya rasa dukacitalah selama empat hari saya

bangun dan hari ini sudah erapat kali saya bangun tak dapat, bila

dapat, masa tak mengizinkan pula sedangkan saya ada banyak perkara

dan saya rasa lebih berguna apa yang saya bercakap daripada wakil

Kerajaan bercakap. Bahkan lebih baik pihak Tuan Yang di-Pertua,

beri peluang sebanyak-banyak, kerana wakil Kerajaan tak bercakap pun

tak apa, dia bercakap hendak bodek sahaja, hendak coret

ekor [Tepuk], hendak puja, itu sahaja supaya dia dapat sesuatu.

Kita hendak beri hujah. Kalau pihak Kerajaan tak dapat menerima

hujah, Kerajaan boleh beri jawapan, kita sedia....,

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Haji Juhar bin Haji

Mahiruddin]: Masa Yang Berhormat sudah cukup!

Tuan Haji Nik Abdullah bin Haji Arshad: Bolehkah beri peluang

saya tamatkan, tak banyak, Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Haji Juhar bin Haji

Mahiruddin]: Yang Berhormat, kita sudah tetapkan 25 minit. Kalau

saya tambah, tak adil kepada ahli-ahli yang lain-lain, ya!

Page 145: DEWAN RAKYAT fileJilid II Bil. 39 Hari Isnin ... bincangkan di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangaa Bersatu * ... jawapan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri oleh sebab Indonesia

DR.9.11.92

Tuan Haji Nik Abdullah bin Haji Arshad: Akhir sekali saya

sarankan, Tuan Yang di-Pertua, dalam masalah pendidikan ini saya

cadang dua perkara. Pertama, saya minca Kerajaan kaji kembali dasar

pendidikan supaya sesuai dengan dasar lqrak bismi- Rabbika. Yang

kedua, kalau Kerajaan mempunyai tanggungjawab dan merasa kebenaran

itu perlu, kikislah dasar kebangsaan yang diperjuangkan oleh

Kerajaan dan kembalilah kepada dasar yang diredhai oleh Allah

taala. Insya Allah, perpaduan akan wujud dalam Malaysia dan

pertelingkahan widak akan berlaku. Sekian, terima kasih.

Beberapa Ahli: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Haji Juhar bin Haji

Mahiruddin] : Siapa yang boleh habiskan ucapan dalam - 1 5 minit?

Bukit Bintang.

6.15 ptg.

Tuan Wee Choo Keong [Bukit Bintang]: Terima kasih, Tuan Yang

di-Pertua, 25 minit. Tuan Yang di-Pertua, saya amat hairan dengan

kenyataan Menteri Kewangan semasa beliau menyampaikan Ucapan

Belanjawan 1993 bahawa semua perkara dalam ekonomi Malaysia baik.

Semua orang tahu bahawa ekonomi negara kita adalah tidak sebaik

seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan. Rakyat

Malaysia sangat berhati-hati dengan perbelanjaan mereka sekarang

kerana terdapat tanda-tanda yang tahun depan akan berlaku

kemelesetan. Potongan cukai pendapatan persendirian sebanyak 1%

tidak memberi banyak makna kerana dalam masa yang sama Kerajaan

mengenakan 5% cukai perkhidmatan ke atas bil-bil telefon dan

Page 146: DEWAN RAKYAT fileJilid II Bil. 39 Hari Isnin ... bincangkan di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangaa Bersatu * ... jawapan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri oleh sebab Indonesia

DR.9.11.92 -146-

perkhidmatan profesional. Mestilah diambil perhatian bahawa

perkhidmatan profesional sangat diperlukan oleh masyarakat moden dan

oleh yang demikian, Kerajaan tidak sepatutnya membebankan rakyat

dengan cukai perkhidmatan untuk perkhidmatan-perkhidmatan tersebut,

khasnya bil telefon.

Apa yang patut dibuat oleh Kerajaan ialah mengenakan cukai yang

lebih tinggi ke atag perjudian untuk syarikat-syarikat seperti

Magnum, Sports Toto, Big Sweep [Tepuk] dan lain-lain yang sentiasa

memperolehi keuntungan besar dengan senangnya. Akan tetapi, selama

dua tahun berturut-turut di bawah Yang Berhormat Menteri Kewangan,

perjudian telah dikecualikan daripada sebarang penambahan cukai.

Perkara ini seandainya menggambarkan dengan jelas bahawa Yang

Berhormat Menteri Kewangan amat menyokong perjudian. Dakwaan yang

beliau adalah seorang "pemimpin Islam" hanya topeng untuk

memperbodohkan rakyat jelata sahaja. Saya percaya bahawa semua

rakyat mengakui perjudian.....

Tuan Haji Mohamad bin Sabu: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Haji Juhar bin Haji

Mahiruddin]: Yang Berhormat, Nilam Puri minta jalan.

Tuan Haji Mohamad bin Sabu: Tuan Yang di-Partua, apakah benar

Menteri Kewangan telah menggunakan helikopter Vincent Tan, seorang

taukeh judi, untuk pergi ke Johor Bahru semasa merasmikan menghadiri

konvensyen orang Melayu ataupun konvensyen ekonomi untuk UMNO di

Johor. Dia menggunakan helikopter taukeh judi, Vincent Tan, apakah

benar?

Page 147: DEWAN RAKYAT fileJilid II Bil. 39 Hari Isnin ... bincangkan di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangaa Bersatu * ... jawapan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri oleh sebab Indonesia

DR.9.11.92 -147-

Tuan Wee Choo Keong: Memang itu benar. Saya pun hendak

sebutkan di dalam ucapan saya, Vincenc Tan, taukeh judi menyewakan

sebuah helikopter yang berharga $2,000 satu jara untuk membawa Yang

Berhormat Menteri ke Johor untuk membuka perasmian.....

Tuan Ruhanie bin Haji Ahnad: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Haji Juhar bin Haji

Mahiruddin]: Yang Serhormat, Parit Sulong bangun.

Tuan Wee Choo Keong: Nanti, saya belum habis lagi.....untuk

merasmikan Persidangan UMNO (Baru) di Johor Bahru. Tni sudah

terang.....

Tuan Ruhanie bin, Haji Ahmad: Penjelasan,

Tuan Wee Choo Keong: Minta maaf, sebab saya tak ada masa.

Saya percaya bahawa semua rakyat mengakui bahawa perjudian

mendatangkan bencana untuk masyarakat dan . sebenarnya telah

memecahbelahkan banyak keluarga. Dalam hal ini, Kerajaan Barisan

Nasional sepatutnya mengenakan kadar cukai yang lebih tinggi untuk

perjudian untuk mencegah aktiviti-aktiviti ini dalam negara

kita. [Tepuk] Sebaliknya, jelas sehingga ini Kerajaan Barisan

Nasional sedang menggalakkan industri perjudian untuk berkembang.

Kita semua tahu kenapa Kerajaan Barisan Nasional tidak menaikkan

kadar cukai ke atas perjudian. Kita juga semua tahu siapa yang

menjalankan industri perjudian. Saya pasti semua rakyat mengetahui

tentang hubungan di antara Yang Berhormat Menteri Kewangan dan Yang

Amat Berhormat Perdana Menteri dengan Tan Sri Vincent Tan dan Encik

Ananda Krishnan,

Page 148: DEWAN RAKYAT fileJilid II Bil. 39 Hari Isnin ... bincangkan di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangaa Bersatu * ... jawapan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri oleh sebab Indonesia

DR.9.11.92 -148-

Kita juga tahu bahawa baru-baru ini Menteri Kewangan pergi ke Johor

Bahru dengan helikopter untuk Perasmian Persidangan UMNO(Baru)

Johor.

Saya percaya bahawa Vincent Tan telah menyewa helikopter

tersebut untuk beliau. Daripada kenyataan di atas kami dapat

melihat dengan jelasnya....

Tuan Ruhanie bin Haji Ahmad: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Haji Juhar bin Haji

Mahiruddin]: Yang Berhormat, Parit Sulong minta jalan.

Tuan Wee Choo Keong: Tidak ada masa, Tuan Yang di-Pertua.

Melihat dengan jelasnya kenapa Kerajaan tetap...

Tuan Ruhanie bin Haji Ahmad: Point of order.

Tuan Wee Choo Keong: .....kenapa Kerajaan tetap...

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Haji Juhar bin Haji

Mahiruddin]: Yang Berhormat....

Tuan Wce Choo Keong: .....mengenakan kadar cukai.

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Haji Juhar bin Haji

Mahiruddin]: Yang Berhormat, ada point of order.

Tuan Ruhanie bin Haji Ahmad: Tuan Yang di-Pertua, point of

order 36(6), 36(7), 36(8), 36(9). Oleh kerana perbahasan ini tidak

ada kena-mengena dengan orang yang di luar. Satu,

Yang keduanya, disebutkan secara jelas bahawa kalau benar Men-

teri Kewangan pergi ke Johor, dia kata sewa. Apa salah kita menyewa

Page 149: DEWAN RAKYAT fileJilid II Bil. 39 Hari Isnin ... bincangkan di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangaa Bersatu * ... jawapan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri oleh sebab Indonesia

DR 9.11.92 -149-

helikopter orang, adakah satu dosa raenyewa helikopter? Ini yang*

keduanya.

Yang ketiganya, perkaitan-perkaitan yang dikatakannya tidak

berasas. Dia datang ke sini hendak lanyak sahaja, hendak tuduh

sahaja. Ini typical of DAP. Jadi saya minta sahabat saya dari

Bukit Bintang ini, kecek Kelantanpun serupa juga, mintalah kalau

bercakap ini let us be gentlemanly about the whole matter, dengan

izin. Terima kasih.

Tuan Wee Choo Keong: Tuan Yang di-Pertua, ini perkara yang

benar, bukannya dia sewa, helikopter ini disewa oleh Vincent

Tan, bukan oleh Yang Berhormat Menteri.

Tuan Haji Mohamad bin Sabu: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Haji Juhar bin Haji

Mahiruddin]: Ya, Nilam Puri bangun.

Tuan Wee Choo Keong: Sila.

Tuan Haji Mohamad bin Sabu: Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin

bertanya Yang Berhormat Bukit Bintang kalau dia sewa helikopter

Vincent Tan, taukeh judi itu, dia sendiri yang bayar ataupun wang

daripada Kementerian Kewangan? Kalau wang daripada Kerajaan, kenapa

tidak naik kapalterbang MAS, yang sudah tentu pergi balik Kelas SaCu

dalara $400, misalnya? Kenapa sewa helikopter taukeh judi ini $2,000

sejam? Apakah dia bayar sendiri ataupun pihak Kementerian Kewangan

yang bayar?

Tuan Wee Choo Keong: Memang wang ini dibayar oleh Tan Sri

Vincent Tan, dibayar dengan wang apa? Wang haram. Dibayar dengan

wang haram.

Page 150: DEWAN RAKYAT fileJilid II Bil. 39 Hari Isnin ... bincangkan di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangaa Bersatu * ... jawapan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri oleh sebab Indonesia

DR 9.11.92 -150-

Tuan Ruhanie bin Haji Ahmad; On a point of order.

Tuan Wee Choo Keong: Daripada kenyataan di atas kami dapat

melihat dengan jelasnya....

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Haji Juhar bin Haji

Mahiruddin]: Yang Berhormat, point of order ini.

Tuan Ruhanie bin Haji Ahmad: On a point of order.

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Haji Juhar bin Haji

Mahiruddin]: Point of order. Ya.

Tuan Ruhanie bin Haji Ahmad: Tuan Yang di-Pertua, sahabat

saya daripada Bukit Bintang ini menimbulkan atau cuba hendak twist

satu isu di sini untuk membawa kekeliruan, untuk membawa

insinuation. Kalau terbukti,, tolong buktikan. Jangan hendak jump to

conclusion, membuat insinuation di dalam Dewan yang diselindungi

dengan blanket privilege ini. Saya harap, please, sahabat saya

dari Nilam Puri juga jangan cuba hendak menjadi konduktor orkestra

di sini!

Seorang Ahli: Dia pakat!

Tinbalan Yang di-Pertua [Tuan Haji Juhar bin Haji

Mahiruddin]; Yang Berhormat, cukuplah. Parit Sulong, cukuplah.

Tuan Wee Choo Keong: Tuan Yang di-Pertua, daripada kenyataan

di atas kami dapat melihat dengan jelas kenapa Kerajaan tetap enggan

untuk mengenakan. kadar cukai yang tinggi untuk industri perjudian

walaupun kebanyakan rakyat membenci perjudian. Saya minta Kerajaan

supaya menimbang semula Belanjawan tahun 1993

Page 151: DEWAN RAKYAT fileJilid II Bil. 39 Hari Isnin ... bincangkan di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangaa Bersatu * ... jawapan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri oleh sebab Indonesia

DR 9.11.92 -151-

dan mengenakan kadar cukai yang lebih tinggi ke atas industri

perjudian.

Tuan Yang di-Pertua, Kerajaan Barisan Nasional telah

bersusah-payah berkempen dengan mengguna slogan 'Wawasan 2020'.

Wawasan 2020 tidak pernah dibentangkan di Parlimen untuk dibahas dan

diterima seperti Rancangan Malaysia Keenam dan polisi-polisi

masyarakat yang Lain. Wawasan 2020 hanya sekadar satu ucapan yang

dibentangkan kepada sekumpulan ahli perniagaan yang merupakan

sahabat-sahabat karib Perdana Menteri yang mengelar diri mereka

sebagai 'Malaysian Business Council', dengan izin.

Saya pasti bahawa Wawasan 2020 Yang Amat Berhormat Perdana

Menteri tidak akan berjaya kerana ia hanya satu gimmick untuk

memperbodohkan rakyat. Tujuannya hanya untuk melindungi pelbagai

rasuah, penyalahgunaan kuasa, nepotism dan sebagainya yang semakin

berleluasa.

Tuan Ruhanie bin Haji Ahmad: On a point of order.

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Haji Juhar bin Haji

Mahiruddin]: Yang Berhormat, Parit Sulong ada bangun atas point of

order.

Tuan Ruhanie bin Haji Ahmad: Saya minta sahabat saya dari Bu-

kit Bintang, jangan membuat generalisation. Dia kata "satu gimmick

memperbodohkan rakyat." Kita semua ini Dewan Rakyat mewakili rakyat,

Page 152: DEWAN RAKYAT fileJilid II Bil. 39 Hari Isnin ... bincangkan di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangaa Bersatu * ... jawapan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri oleh sebab Indonesia

DR 9.11.92 -152-

bermakna kita mewakili rakyat diperbodohkan oleh Perdana Menteri.

Ini satu sangkaan yang tidak sihat.

Tuan Wee Choo Keong: Apa point of order ini?

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Haji Juhar bin Haji

Mahiruddin]: Yang Berhormat......

Tuan Ruhanie bin Haji Ahmad: Jadi saya harap betulkan balik,

tarik balik "memperbodohkan rakyat", dan adakah ini termasuk rakyat

yang diwakili oleh DAP?

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Haji Juhar bin Haji

Mahiruddin]: Yang Berhormat.....

Tuan Ruhanie bin Haji Ahmad: Oleh kerana sekarang Wawasan

2020....

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Haji Juhar bin Haji

Mahiruddin]: Yang Berhormat Parit Salong.

Tuan Ruhanie bin Haji Ahmad: .. diterima oleh seluruh rakyat.

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Haji Juhar bin Raji

Mahiruddin]: Cukup, ya, cukup.

Tuan Ruhanie bin Haji Ahmad: Saya tninta penjelasan, adakah

termasuk rakyat yang diwakili oleh DAP.

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Haji Juhar bin Haji

Mahiruddin]: Cukup Yang Berhormat, cukuplah.

Tuan Wee Choo Keong: Saya tidak beri jalan, tetapi dia

hendak cakap juga. Sorrylah kawan saya!

Tuan Yang di-Pertua, Wawasan 2020 hanya slogan bankrap seperti

Page 153: DEWAN RAKYAT fileJilid II Bil. 39 Hari Isnin ... bincangkan di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangaa Bersatu * ... jawapan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri oleh sebab Indonesia

DR 9.11.92 -153-

slogan kosong 'Bersih, Cekap dan Amanah' dan 'Tradisi Membela

Rakyat'. Apabila slogan-slogan tersebut telah diumumkan oleh Yang

Amat Berhormat Perdana Menteri pasa masa itu, rasuah, penyalahgunaan

kuasa dan nepotism telah berkembang dan digalakkan. Contohnya ialah

Skandal BMF, EPF MAKUWASA, Projek UEM, North-South Highway,

Skandai $10 juca Saham Telekom dihijackkan oleh Presiden MIC.....

Timbalan Menteri Tenaga, Telekom dan Pos [Dato' Mohd. Tajol

Rosli bin Mohd. Ghazali]: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Haji Juhar bin Haji

Mahiruddin] : Yang Berhormat Timbalan Menteri bangun.

Tuan Wee Choo Keong: ........jualan beratus-ratus ekar tanah.

Dato' Mohd. Tajol Rosli bin Mohd. Ghazali: Minta jalan.

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Haji Juhar bin Haji

Mahiruddin]: Timbalan Menteri minta jalan.

Tuan Wee Choo Keong: Tidak ada masa. Jualan beratus-ratus

ekar tanah yang berharga di Bukit Kiara kepada Tan Sri \

Tan.....

Dato' Mohd. Tajol Rosli bin Mohd. Ghazali: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Haji Juhar bin Haji

Mahiruddin]: Yang Berhormat tidak beri jalan.

Tuan Wee Choo Keong: .....dan sebuah syarikat di Singapura

yang bernama 'Lancang Holding Limited' untuk lebih kurang $50 juta

seekar apabila harga pasaran adalah lebih kurang $1 juta seekar.

Page 154: DEWAN RAKYAT fileJilid II Bil. 39 Hari Isnin ... bincangkan di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangaa Bersatu * ... jawapan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri oleh sebab Indonesia

DR 9.11.92 -154-

Timbalan Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi [Dato Haji

Mohd. Khalid bin Mohd. Yunus]: Point o£ order. 36(10)(c).....

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Haji Juhar bin Haji

Mahiruddin]: Yang Berhormat, point of order. Ya.

Tuan Wee Choo Keong: Apa, what point of order?

Dato' Haji Mohd. Khalid bin Mohd. Yunus: 36(10)Cc). Hey!

dengarlah!

Tuan Wee Choo Keoag: Dengar apa?

Dato' Haji Mohd. Khalid bin Mohd. Yunus: Bloody hell!

Beberapa Ahli DAP: [Menyampuk]

Dato' Haji Mohd. Khalid bin Mohd. Yunus: Point of order.

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Haji Juhar bin Haji

Mahiruddin] : 36(10) (b). Ya.

Dato' Haji Mohd. Khalid bin Yunus: Saya kata point of order

36....

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Haji Juhar bin Haji

Mahiruddin]: Ya, sila Yang Berhorrnat,

Dato' Haji Mohd. Khalid bin Mohd. Yunus: 36(10)(c). Kalau

boleh - boleh, kalau tidak boleh - sudah, buat apa banyak cerita -

stupid!

Beberapa Ahli: Bodoh.

Dato' Haji Mohd. Khalid bin Mohd. Yunus: Boleh, Tuan Yang

di-Pertua?

Page 155: DEWAN RAKYAT fileJilid II Bil. 39 Hari Isnin ... bincangkan di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangaa Bersatu * ... jawapan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri oleh sebab Indonesia

DR 9.11.92 -155-

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Eaji Juhar bin Haji

Mahiruddin]: 36(10). Ya, sila.

Seorang Ahli: Samseng.

Dato' Haji Mohd. Khalid bin Mohd. Yunus: Engkau lagi bapak

samsenglah! What do you want? Bloody idiot. Saya bangkit dengan

point of order ini....

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Haji Juhar bin Haji

Mahiruddin]: Ya.

Dato' Haji Mohd. Khalid bin Mohd. Yunus: Tanya baik-baik,

membising macam 'sial' ini buat apa?

Tuan Wee Choo Keong: Hey! you teriak apa?

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Haji Juhar bin Haji

Mahiruddin]: Ya, sila Yang Berhormat.

Dato' Haji Mohd. Khalid bin Mohd. Yunus: Saya membangkitkan

point of order, boleh atau tidak?

Tuan Wee Choo Keong: Boleh.

Dato' Mohd Khalid bin Mohd. Yunus: Fasal dia tahu, dia tidak

hendak beri.

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Haji Juhar bin Haji

Mahiruddin]: Yang Berhormat, duduk sekejap ya.

Dato' Haji Mohd. Khalid bin Mohd. Yunus: Boleh, Tuan Yang

di-Pertua?

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Haji Juhar bin Haji

Mahiruddin]; Ya, sila.

Page 156: DEWAN RAKYAT fileJilid II Bil. 39 Hari Isnin ... bincangkan di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangaa Bersatu * ... jawapan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri oleh sebab Indonesia

DR 9.11.92 -156 -

Dato'. Haji Mohd. Khalid bin Hohd. Yunus: Point of order

36(10)(c). Saya tidak ada masalah, Yang Berhormat semua hendak

cakap, cakaplah. Tetapi point of order 36 di sini mengatakan jangan

menimbulkan sakit hati orang, betultak? [Ketawa] You please

listenlah, idiot. [Disampuk]

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Haji Juhar bin Haji

Mahiruddin]: Ya, sila.

Dato' Haji Mohd. Khalid bin Mohd. Yunus: Dengar dahululah.

Saya tidak habis lagi ini - saya tidak habis lagi. Saya belum duduk

ini, tidak ertikah? Macam bangang sangat ini. Dia ingat bapa dia

punya Dewankah ini?

Saya nampak, Tuan Yang di-Pertua, tempat ini saya pun naik

jemu memandang, saya cuba tahan juga, tetapi dia gunakan Dewan ini

bercakap menyakitkan hati perut saya mendengar. Itu sahaja yang

saya hendak bangkit.Kalau hendak cakap politik, mari keluar

Dewan, naik atas pentas, you gasak saya, saya gasak you, understand?

Tuan Wee Choo Keong: Apa point of order?

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Haji Juhar bin Haji

Mahiruddin]: Ya, Yang Berhormat-Yang Berhormat diperingatkan dalam

Peraturan Mesyuarat jelas, perkataan yang menimbulkan sakit hati,

jangan disebut...

Tuan Wee Choo Keong: Tuan Yang di-Pertua, dia kata dia sakit

hati. The truth is always hurts, dengan izin. The truth always

hurts, seperti kelakuan yang macam ini, yang biadap,

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Haji Juhar bin Haji

Page 157: DEWAN RAKYAT fileJilid II Bil. 39 Hari Isnin ... bincangkan di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangaa Bersatu * ... jawapan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri oleh sebab Indonesia

DR 9.11.92 -157 -

Mahiruddin]: Yang Berhormat.

Dato' Haji Mohd. Khalid bin Mohd. Yunus: You biadap!

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Haji Juhar bin Haji

Mahiruddin]: Yang Berhormat.

Tuan Wee Choo Keong: Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat

Menteri Kewangan telah mengatakan dalara perenggan 127 dalam Ucapan

Belanjawan 1993 bahawa, "Kita juga perlu lebih peka dan waspada

terhadap perbuatan rasuah dan. penyalahgunaan kuasa. Kerajaan

mempunyai tanggungjawab menjaga kewibawaan dan melindungi imej

bersihnya dan tidak akan membiarkan seekor kerbau membawa lumpur

habis semua terpalit."

Tuan Yang di-Pertua, kenyataan yang tersebut kedengaran

seperti semasa beliau menjadi pemimpin ABIM. Ramai orang mengetahui

bahawa Yang Berhormat Menteri Kewangan telah tidak percaya kepada

prinsip yang diucapkan. itu.

Dato' Mohd. Tajol Rosli bin Mohd. Ghazali; [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Haji Juhar bin Haj Mahiruddin]:

Yang Berhormat Timbalan Menteri, minta jalan.

Tuan Wee Choo Keong: Tidak ada masa,

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Haji Juhar bin Haj Mahiruddin]:

Dia tidak beri jalan.

Dato' Mohd. Tajol Rosli bin Mohd. Ghazali: Minta penjelasan.

Tuan Wee Choo Keong: la sekadar melepaskan batuk di tangga

sahaja dan untuk memperbodohkan rakyat, biarkan saya menasihatkan

beliau.. ..

Tuan Ruhanie bin Haji Ahmad: Point of order.

Page 158: DEWAN RAKYAT fileJilid II Bil. 39 Hari Isnin ... bincangkan di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangaa Bersatu * ... jawapan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri oleh sebab Indonesia

DR 9.11.92 -158-

Timbalan Yaug di-pertua [Tuan Haji Juhar bin Haji

Mahiruddin]: Point of order apa, Yang Berhormat dari Parit Sulong.

Tuan Ruhanie bin Haji Ahmad: 36(9). Oleh kerana apa yang

dibangkitkan adalah perbuatan yang rhetoric, yang sewaktu itu, yang

disebut sebagai Menteri Kewangan belura Lagi menjadi Ahli Dewan,. jadi

mahukah kita di sini membongkar tindak-tanduk sahabat-sahabat saya

yang di seberang sana, tindak-tanduk yang rhetoric, yang tidak

membawa makna kepada Dewan ini? Oieh kerana kalau kita mahu mencari

kebenaran, kalau mahu memperbetulkan Kerajaan, iet us be positive

about the whole matter.

Saya tidak mahulah bertelagah dengan sahabat saya dari Bukit

Bintang ini. _ Jadi harapan saya mintalah di dalam kita

memperbahaskan perkara ini, kita positif, jangan make sweeping

statement mengenai BMF atau sebagainya.

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Haji Juhar bin Haji

Mahiruddin]: Ya, cukup Yang Berhormat - cukuplah.

Tuan Wee Choo Keong: Tuan Yang di-Pertua, biarkanlah saya

menasihatkan beliau bahawa, dengan izin, you can fool some of the

people some of the time but not all the people all the time.

[Tepuk]. Jika Yang Berhormat Menteri Kewangan menganggap beliau

bersih, saya harap beliau dapat raenjawab perkara-perkara berikut.

Jualan tanah yang utama di Bukit Kiara dengan harga 'give away

prices', dengan izin, lebih daripada 500 ekar tanah yang utama telah

dijual kepada pelabur-pelabur swasta dengan harga jualan murah.

Page 159: DEWAN RAKYAT fileJilid II Bil. 39 Hari Isnin ... bincangkan di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangaa Bersatu * ... jawapan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri oleh sebab Indonesia

DR 9.11.92 -159-

Saya telah dimaklumkan bahawa Dewan Bandraya (DBKL), telah menjual

lebih kurang 270 ekar canah di Bukit Kiara kepada Bukit Kiara

Equestrian Club, iaitu sebuah syarikat yang dikawal oleh Tan Sri

Vicent Tan dengan harga kurang daripada $30,000 seekar sedangkan

harga pasaran tanah tersebut adalah lebih kurang $1 juta seekar.

Tanah yang utama ini telah dijualkan....

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Haji Juhar bin Haji

Mahiruddin]: Yang Berhorraat, masa sudah cukup untuk hari, boleh

sambung esok.4

Tuan Wee Choo Keong: Ya, terima kasih,

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Haji Juhar bin Haji

Mahiruddin]: Ahli-ahli Yang Berhormat, Dewan ini ditangguhkan

sekarang sehingga jam 2,30 petang esok.

Dewan ditangguhkan pada pukul 6.30 petang.