surat berita...rasmi. pada awal bulan julai, saya berada di new york untuk memberikan ucapan singkat...

22
WONG CHEN Ahli Parlimen P.104 Subang Isu #14 | Jan 2020 Surat Berita

Upload: others

Post on 11-Jan-2020

17 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

W O N G C H E N

A h l i P a r l i m e n

P . 1 0 4 S u b a n g

I s u # 1 4 | J a n 2 0 2 0

Surat Berita

K a n d u n g a n

01 Kata Pengantar Daripada Wong Chen

02 Terkini Tentang Sesi Parlimen

03 Komuniti Dan Kebajikan

04 Pengalaman Bekas Pelatih

05 Testimoni Pegawai

06 Galeri

07 P.104 Perbelanjaan Peruntukan

08 Bagaimana Kami Boleh Membantu

Kata PengantarDar ipada Wong Chen

Warga Subang yang dikasihi sekalian,

Gambaran Keseluruhan 2019

Ini merupakan buletin keempat saya kepada anda sebagai

Ahli Parlimen Subang. Tahun 2019 merupakan tahun yang

sangat sibuk dari segi projek komuniti; pejabat kami telah

melaksanakan sejumlah 81 projek di kawasan Subang Jaya

dan Kinrara. Walau bagaimanapun, tahun 2019 amat

mengecewakan untuk reformasi parlimen. Kerja parlimen

saya diteruskan dengan kehadiran yang penuh ke semua

persidangan, kecuali dua hari ketika saya berada di luar

negara atas tugasan rasmi.

Kemas kini Parlimen: Julai sehingga Disember 2019

Dari Julai hingga Disember 2019, terdapat dua sesi parlimen. Sesi parlimen pertama

adalah dari 1hb Julai hingga 18hb Julai 2019 manakala sesi parlimen kedua adalah dari

7hb Oktober hingga 5hb Disember 2019. Dalam tempoh kedua-dua sesi parlimen

tersebut, jumlah pembaharuan perundangan yang diluluskan adalah amat sedikit.

Pindaan perlembagaan untuk menurunkan umur minimum pengundian kepada 18 tahun

dan perkenalan idea pendaftaran secara automatik untuk semua pengundi merupakan

antara pembaharuan undang-undang yang dilaksanakan.

Pada tahun ini, saya juga telah menghadiri lebih kurang 80 mesyuarat untuk Jawatankuasa

Kira-kira Wang Negara (PAC). Untuk tahun 2020, saya akan mengundurkan diri daripada

PAC untuk mempengerusi jawatankuasa pilihan khas yang baharu, Jawatankuasa Pilihan

Khas Perhubungan dan Perdagangan Antarabangsa. Saya juga mempunyai tahun 2019

yang sangat sibuk dengan kerja-kerja perundingan diplomatik. Kemuncak tahun ini bagi

saya adalah lawatan saya pergi ke New York untuk memberi ceramah di UK Mission

kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nations).

Walaupun saya tidak mempunyai masalah dengan penurunan umur pengundian, saya

tidak bersetuju bahawa pengundian wajib tidak dimasukkan dalam pindaan ini. Dengan

pengurangan umur pengundian dan pelaksanaan pendaftaran secara automatik, jumlah

pengundi untuk pilihan raya yang akan datang akan meningkat sekitar tujuh juta orang.

Sekiranya pengundian wajib tidak dilaksanakan, risiko penipuan pilihan raya akan

meningkat dengan pesat.

Di samping itu, tiada pembaharuan terhadap undang-undang yang dianggap zalim

seperti SOSMA dan Akta Hasutan. Rang undang-undang IPCMC juga telah

ditangguhkan. Pindaan perlembagaan untuk mengehadkan tempoh perkhidmatan

Perdana Menteri kepada dua penggal hanya akan dibahaskan pada bulan Mac 2020.

Rang undang-undang Perkhidmatan Parlimen yang akan memastikan pemisahan kuasa

yang lebih besar tidak menjadi kenyataan pada 2019. Masa soalan Perdana Menteri yang

dijanjikan oleh pihak kerajaan persekutuan juga tidak ditunaikan. Secara ringkasnya,

tahun 2019 tidak menyentuh sebarang pembaharuan sistem atau tadbir urus. Walaupun

Parlimen telah bersidang selama 48 hari dalam tempoh 6 bulan yang lalu, kami tidak

mempunyai banyak pembaharuan besar untuk menunjukkan dari segi reformasi.

Malaysia baru meluncur perlahan ke arah kemajuan.

Mengenai Belanjawan persekutuan 2020, ucapan kritikal saya telah liputan yang luas

dalam berita dan media. Saya berhasrat untuk terus mengkritik kerajaan saya sendiri

tentang kekurangan pembaharuan daripada Perdana Menteri dan kabinetnya. Masa

telah berlalu bagi kami untuk menunaikan janji-janji kami. Kami tidak boleh

menggunakan alasan yang sama berulang kali untuk tidak melakukan pembaharuan.

Realiti yang sedihnya adalah bahawa 70% pembaharuan tidak memerlukan banyak wang

dan 90% pembaharuan undang-undang yang dijanjikan hanya memerlukan kelulusan

daripada 51% Ahli Dewan Rakyat. Adakah kami mempunyai 51% tersebut? Sudah

semestinya, itulah sebabnya kami merupakan kerajaan persekutuan sekarang. Pada

Disember 2019, Pakatan Harapan dan sekutu mempunyai 139 kerusi daripada jumlah

222 kerusi di dalam Dewan Rakyat, kami mempunyai 65%. Kami seolah-olah telah hilang

keinginan politik untuk melaksanakan pembaharuan.

Dalam tempoh 6 bulan yang lalu, saya telah menyertai 47 pendengaran dan mesyuarat

PAC yang mana saya telah secara konsisten mempersoalkan menteri saya sendiri dan

juga kakitangan awam kanan tentang perkara mengenai pembaziran wang dan rasuah.

Kes PAC terbesar yang saya terlibat dalam adalah kes kerugian tahunan anggaran

sebanyak RM600 juta daripada skim subsidi gas LPG. Mengenai isu GST, saya menyatakan

bahawa anggaran kerajaan untuk jumlah dan tempoh bayaran balik adalah amat

berlebihan. Mengenai tawaran tanah DBKL, saya berucap mengenai kekurangan

ketelusan tawaran dan penilaian, serta lebih banyak usaha yang perlu ditingkatkan untuk

menambah baik keseluruhan tadbir urus DBKL. Mengenai perkara-perkara fiskal, saya

membuat cadangan kepada Ketua Audit Negara dan Ketua Akauntan Negara supaya

mengetatkan disiplin kewangan dan berusaha dengan lebih keras untuk menampung

hutang negara yang semakin meningkat.

Diplomasi: Julai hingga Disember 2019

Mengenai aspek diplomatik, saya telah menganjurkan 12 makan malam di rumah saya

dengan duta besar dan pembesar asing dalam tempoh 6 bulan yang lalu. Terutamanya,

saya menjadi tuan rumah kepada Ahli-ahli Parlimen Kemboja di pengasingan, beberapa

ahli perundangan Hong Kong, Duta Besar Kesatuan Eropah, Pesuruhjaya Tinggi New

Zealand, Pesuruhjaya Tinggi Kanada, Duta Besar Denmark dan Duta Besar Jerman. Saya

juga telah menghadiri pelbagai urusan diplomatik yang dianjurkan oleh kedutaan Mexico,

Cuba, Jerman, Perancis, Norway, Kesatuan Eropah, Itali dan British.

Acara dan ceramah: Julai hingga Disember 2019

Dalam tempoh enam bulan yang lepas, saya telah pergi ke luar negara untuk lawatan

rasmi. Pada awal bulan Julai, saya berada di New York untuk memberikan ucapan singkat

untuk UK Mission di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UN). Saya berkongsi

pandangan saya mengenai pembaharuan sistem Parlimen Malaysia dan cabaran untuk

mencapainya. Pada akhir bulan Julai, saya memberi ceramah tentang keadaan ekonomi

Malaysia, Insiatif Jalur dan Laluan (BRI) dan geopolitik serantau kepada pegawai-pegawai

kanan Singapura yang sedang melawat ke Kuala Lumpur. Pada bulan Ogos, saya

menghadiri bengkel CAPAC Asia di Taiwan dan bertemu dengan delegasi dari Indo-

Pacifik serta Presiden Taiwan Tsai Ing-Wen. Pada akhir bulan Ogos, saya menghadiri

persidangan Perhimpunan Antara Parlimen ASEAN (AIPA) di mana saya memperjuangkan

resolusi mengenai perubahan iklim di Bangkok.

Pada bulan November, saya menghadiri persidangan Ahli Parlimen ASEAN tentang Hak

Asasi Manusia (APHR) di Phuket, di mana saya mengambil bahagian dalam merangka dasar

baru untuk menambah baik hak asasi manusia di rantau ini.

Projek-Projek Komuniti: Julai hingga Disember 2019

Dalam aspek komuniti, saya telah menghadiri 43 acara kemasyarakatan dalam tempoh 6

bulan yang lalu. Para sukarelawan pejabat saya telah mewakili saya dalam 22 acara lain.

Walau bagaimanapun, kami amat berbangga dengan projek komuniti kami, di mana saya

dengan sukacitanya mengumumkan bahawa kami berada di landasan untuk melengkapkan

sejumlah 81 projek untuk tahun 2019. Kami telah memenuhi sasaran belanjawan masyarakat

bagi Projek Mesra Rakyat pada kadar 99.98%, dan 98.7% daripada Peruntukan Khas. Dalam

erti kata lain, pejabat kami telah membelanjakan dengan sepenuhnya kesemua peruntukan

untuk komuniti pada tahun 2019.

Akhir sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada YB Ng Sze Han, YB Michelle Ng,

semua ahli-ahli majlis, pegawai-pegawai MPSJ dan pemimpin-pemimpin masyarakat

setempat atas perkhidmatan mereka yang berterusan kepada penduduk-penduduk

kawasan Parlimen Subang. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pegawai-

pegawai khas saya Paul Mae, Dhinaa, Alethea, Kevin, sukarelawan-sukarelawan saya Encik

Leong, Encik Ho, Encik Phang, James, Gabriel, Wyhow, Melody, Jarrat dan kedua-dua

Michelle atas dedikasi dan kerja baik mereka. Saya juga ingin merakamkan terima kasih

kepada semua pelatih-pelatih saya atas soalan, idea, kerja keras dan usaha mereka.

Saya ingin mengatakan kepada kedua-dua pegawai khas saya, Dhinaa dan Kevin yang

telah meninggalkan pejabat P104 Subang pada tahun 2019. Semoga anda berjaya dalam

semua usaha anda pada masa yang akan datang. Dhinaa akan bermula kerja di Karim

Raslan Associates (KRA) pada tahun 2020 dan Kevin akan mengejar impiannya untuk

menjadi seorang peguam. Saya juga ingin mengalu-alukan dua pegawai khas baru saya,

Alethea dan Ivan. Alethea telah menyertai kami pada bulan September dan Ivan akan

menyertai kami dengan sepenuh masa pada Januari 2020.

Akhir kata, saya ingin mengucapkan kepada semua penduduk saya Selamat Tahun Baru!

Terdapat dua sesi parlimen untuk penggal kedua tahun ini; satu pada bulan Julai dan

satu lagi pada bulan Oktober. Hasil daripada kedua-dua sesi tersebut memberi

keterangan kepada prestasi kerajaan persekutuan semasa, sama ada mereka

melaksanakan pembaharuan yang dijanjikan dalam manifesto Pakatan Harapan (PH).

Walau bagaimanapun, perkembangan pembaharuan undang-undang adalah

amattidak memuaskan. Berikut adalah kemuncak kedua-dua sesi parlimen tahun 2019.

Pada sesi kedua pada bulan Julai yang hanya bersidang selama 12 hari, YB Wong Chen

membangkitkan dua isu: usul pengisytiharan aset dan peralihan kuasa daripada

Perdana Menteri kepada Parlimen Malaysia untuk pelantikan Ketua Suruhanjaya

Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Dalam ucapannya tentang isu pertama, beliau

menegaskan bahawa kedua-dua kelemahan dalam format terkini patut diperbaiki oleh

kerajaan Pakatan Harapan, iaitu anak-anak Ahli Parlimen yang berusia 21 tahun dan ke

atas tidak perlu mengishtiharkan aset, dan ketiadaan suatu badan yang bebas untuk

memantau pengisytiharan tersebut. Mengenai kuasa untuk melantk ketua SPRM, YB

Wong Chen juga meminta Perdana Menteri untuk menyatakan pendiriannya mengenai

perkara ini. Menteri Di Jabatan Perdana Menteri untuk Hal Ehwal Undang-Undang, YB

Liew Vui Keong, telah menjawab bahawa kerajaan sedang menyediakan kertas

cadangan untuk meminta Akta SPRM dan beliau telah mengadakan mesyuarat dengan

Tuan Speaker, Tan Sri Mohamad Ariff dan Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Untuk

Melantik Jawatan-Jawatan Utama Perkhidmatan Awam, YB William Leong untuk

mempertimbangkan pindaan Akta SPRM.

K e m a s K i n iS e s i P a r l i m e n

Sesi parlimen bulan Oktober hingga bulan Disember telah bersidang selama 36 hari. Ini

adalah persidangan yang sangat penting, di mana Belanjawan 2020 telah dibentangkan

dan banyak isu penting telah dibangkitkan oleh Ahli Parlimen daripada kedua-dua

pihak pembangkang dan kerajaan persekutuan. Ucapan Belanjawan YB Wong Chen

telah menyeru peningkatan fokus kerajaan terhadap keadilan sosio-ekonomi,

terutamanya pada dua perkara: (1) kenaikan gaji minima daripada RM1,100 pada tahun

2020 kepada RM1,500 pada tahun 2021 dan, (2) pelaksanakan dasar percukaian yang

progresif.

Berkaitan dengan isu perubahan iklim yang semakin mendesak, YB Wong Chen

mempersoalkan Timbalan Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan

Perubahan Iklim, YB Isnaraissah Munirah Majilis, mengenai pelaksanaan cukai karbon ke

atas loji janakuasa. Walau bagaimanapun, jawapan Timbalan Menteri menunjukkan

bahawa kerajaan tidak ada komitmen terhadap cukai karbon, walaupun 80% daripada

pelepasan karbon dioksida berasal dari loji janakuasa dan semua loji janakuasa bebas

sedang menikmati keuntungan yang lumayan selama 21 tahun di bawah perjanjian

pembelian tenaga mereka.

YB Wong Chen mempunyai pendengaran Kamar Khas Timbalan Menteri Kesihatan, YB Lee

Boon Chye berhubung cadangan untuk sebuah klinik kesihatan di USJ 1. Selepas

perjumpaan yang berlanjutan dengan kerajaan persekutuan yang bertarikh kembali kepada

zaman pentadbiran Barisan Nasional - pihak kementerian akhirnya telah bersetuju untuk

membina sebuah klinik kesihatan di USJ 1. Langkah seterusnya adalah untuk mengenal

pasti jenis klinik dan ruang lingkup perkhidmatan yang diperlukan untuk kilink yang

dicadangkan ini. Kertas cadangan untuk projek ini akan dikemukakan di bawah Rancangan

Malaysia ke-12 yang akan datang. Projek ini dijangka akan disiapkan pada tahun 2023.

Akhir sekali, YB Wong Chen telah dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas

Parlimen yang baru, iaitu Jawatankuasa Pilihan Khas Perhubungan dan Perdagangan

Antarabangsa. Justeru, beliau tidak akan lagi bersama dengan Jawatankuasa Kira-kira

Wang Negara (PAC). Jawatankuasa baru ini akan berfungsi sebagai mekanisme semak dan

imbang untuk dua kementerian, iaitu Kementerian Luar Negeri dan Kementerian

Perdagangan Antarabangsa dan Industri. Oleh demikian, pejabat kami akan mengalihkan

tumpuan kami kepada hal ehwal perdagangan antarabangsa dan luar negeri.

Sejak bulan Julai 2019 hingga akhir tahun 2019, pejabat kami telah menguruskan sebanyak

432 kes. Dalam tempoh enam bulan, kes-kes kebanyakkannya berkaitan dengan: (i)

kewarganegaraan dan imigresen, (ii) bantuan kebajikan sosial, (iii) pihak berkuasa kerajaan

persekutuan dan (iv) hal ehwal undang-undang. Tambahan pula, pejabat kami telah

menjalankan projek kebajikan dan projek komuniti besar yang bertemakan "sekolah" pada

tahun ini.

Dari segi projek kebajikan, pejabat kami telah menyumbang sejumlah RM200,000 untuk

Program Bantuan Sekolah Murid Miskin. Program kebajikan ini memberikan bantuan

kewangan kepada pelajar daripada keluarga B40 yang disenaraikan berdasarkan keperluan

oleh ahli Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) masing-masing. Pejabat kami bekerjasama

dengan semua 51 buah sekolah dalam kawasan parlimen Subang untuk memilih sejumlah

1,785 pelajar (secara purata 35 pelajar dari setiap sekolah) daripada keluarga yang

berpendapatan rendah untuk menerima bantuan kebajikan daripada pejabat kami.

Di samping itu, dari segi projek masyarakat, pejabat kami telah menyumbang sejumlah RM

2.6 juta untuk Projek Baikpulih Sekolahku. Kesemua 51 buah sekolah telah menerima

RM50,000 untuk kerja-kerja pengubahsuaian dan pembaikan infrastruktur seperti menukar

pintu dan tingkap bilik darjah dan mengubahsuai tandas.

K o m u n i t i D a n K e b a j i k a n

1. Terdapat banyak pengalaman yang hebatsemasa tempoh pelatihan saya di pejabat P104tetapi detik kegemaran saya adalah perbualan-perbualan dengan YB Wong Chen. Semasaperbualan kami, saya bukan sahaja belajarmengenai politik dan ekonomi tetapi jugamendapat meningkatkan perkembanganperibadi saya. Pengalaman ini adalah amatistimewa bagi saya dan semua pegawai danpelatih dari pejabat P104 Subang sangatmenakjubkan!

P e n g a l a m a nB e k a s P e l a t i h

2. Pengalaman latihan ini merupakanpengalaman yang merendah diri danmemuaskan untuk saya. Saya telah meluaskanpengetahuan saya melalui interaksi sayadengan YB Wong Chen, rakan-rakan sekerja,para sukarelawan serta konstituen di pejabatP104 Subang. Latihan ini juga telah mencabarsaya untuk berfikir secara kritikal. Secarakeseluruhannya, latihan ini adalah pengalamanyang berharga bagi saya.

3. Tempoh perlatihan saya dengan YB WongChen merupakan suatu pengalaman berhargayang telah meluaskan pemahaman sayatentang politik Malaysia. Pengalaman sayatermasuklah lawatan ke Parlimen,perbincangan dengan Ahli-ahli Parlimen lain,sesi berfikir tentang dasar dan reformasi sertapenjelasan terperinci tentang penghalang-penghalang pembangunan Malaysia. Sayasangat mengesyorkan latihan ini kepadasesiapa yang berminat untuk membinaMalaysia yang lebih maju.

6. Saya bersyukur atas pengalaman saya dipejabat P104 Subang selama sebulan.Pengalaman ini telah mengajar sayabahawa walaupun keadaan politik yangsuram di Malaysia, kita tidak bolehberputus asa dalam berusaha ke arahsebuah negara yang benar-benardireformasikan.

5. Pengalaman pelatihan saya dengan YBWong Chen ialah satu pengalaman yangluar biasa. Membantu pegawai, membantukonstituen, perbincangan dengan YBWong Chen - ia adalah satu peluangpembelajaran yang hebat! Walaupun iniadalah satu pengalaman yang singkat,saya telah mendapat kemahiran hidupyang bernilai sepanjang masa saya dipejabat ini.

4. Tempoh pelatihan saya di pejabat P104adalah satu pengalaman yang tidak dapatsaya melupakan. Saya teringat bagaimanaYB Wong Chen akan memanggilpelatihnya ke pejabatnya untuk berbual -saat yang paling istimewa untuk saya. Sayaselalu menghargai bahawa beliau benar-benar mempunyai minat untuk mengenalikeperibadian pelatihnya. Kita jarangbertemu dengan seseorang seperti beliauyang berkemampuan untuk berucaptentang makhluk luar angkasa. Saya jugamendapati nilai dalam Service Nightmingguan kami. Ia membantu sayamenyedari bahawa masalah yang saya adatidak dapat dibandingkan dengan masalahkonstituen yang mengunjung ke pejabatkami.

8. Pengalaman dan perjalanan yang tidakdijangka, namun bermanfaat. Ini adalahbagaimana saya akan merumuskan latihan sayadengan pejabat P104 Subang. Pengalaman-pengalaman seperti mesyuarat dengan ahli-ahliparlimen, perbualan dengan YB Wong Chen,analisis dasar dan berkhidmat di kawasanparlimen Subang merupakan prosespembelajaran yang merangsangkan untukpembangunan peribadi saya.

7. Pengalaman di pejabat P104 dari bulan Julaihingga September 2019 adalah amat menarikdan bermanfaat. Melalui pengalaman ini, sayamemperoleh banyak ilmu pengetahuantentang sektor awam Malaysia, perangkaandasar, dan pemahaman tentang kehidupanseharian seorang ahli parlimen. Saya jugamemperolehi kemahiran profesional danmempelajari cara bekerja dan berkomunikasidengan berkesan dalam sebuah pasukan. Iniadalah kemahiran yang akan memanfaatkansaya pada masa ini dan pada masa kelak. Sayamengesyorkan program latihan ini kepadasemua orang.

9. Tempoh saya di pejabat YB Wong Chensebagai seorang pelatih adalah amat bermaknadan penting untuk saya. Saya telah mempelajaritentang sistem tadbir urus di Malaysia, caramenguruskan konstituen, penyertaan dalamaktiviti komuniti dan sebagainya! Pegawai-pegawai dan pelatih-pelatih di pejabat YBWong Chen adalah amat mesra dan anda akandisambut dengan baik dengan segera.

11. Masa saya di pejabat P104 adalahsingkat tetapi bermanfaat. Ia merupakansuatu pengalaman yang merendahkan diriuntuk berinteraksi dengan konstituenmelalui Service Night dan lawatan rumah.Yang paling penting adalah, anda akanmempunyai seorang majikan yang sudiuntuk menjawab sebarang soalan samaada mengenai perancangan dasar ataupunkehidupan peribadi. Sila cuba latihan inisekali, anda tidak akan menyesalinya.

10. Pengalaman latihan ini dengan YBWong Chen telah mengajar saya lebihdaripada apa yang saya menjangkakan.Saya telah mempelajari banyak perkarapraktikal tentang dasar politik dalam duabulan yang lalu ini. Unsur-unsur programlatihan ini seperti melayani konstituen,penyelidikan mengenai pembaharuanparlimen dan penyertaan dalamperbincangan awam merupakanpengalaman yang membimbing saya untukmembangunkan kemahiran peribadi saya.

12. Wong Chen ialah salah seorangdaripada beberapa Ahli Parlimen yangmempunyai semangat untuk merangkadasar. Walaupun jadual beliau amat ketat,beliau meluangkan masa untuk berbincangdengan pelatihnya. Kami mempunyaiperbualan yang paling menarik - topikyang terdiri daripada dasar ekonomi untukkrisis sosial dan falsafah kehidupan. Sayaakan sentiasa membawa nasihat beliaudengan saya, terutamanya semasa sayamelangkah masuk ke dunia korporat.Terima kasih, Boss.

T e s t i m o n i P e g a w a i

Outgoing Officer: Dhinaa Rajendran

1. Kerja saya merangkumi semua aspek! Anda akan terdedahkepada persekitaran yang berbeza, seperti makan malam direstoran mewah dan mengunjungi konstituen yang hidup dalamsituasi yang kurang bernasib baik. Pengalaman ini telahmembuka mata saya untuk melihat polisi kerajaan yang kurangberkesan. Pengembaraan ini telah mengajar saya tentangkepentingan untuk bergaul dengan rakyat secara bermakna danmencerminkan pergaulan itu menerusi pembuatan dasar yangberkesan. Anda juga dapat bekerja dengan rakan-rakan sekerjayang terbaik di pejabat P104.

Outgoing Officer: Kevin Ling

2. Saya amat berbangga bahawa YB Wong Chen telah berdiriteguh dalam kepercayaan politiknya dan mengekalkanpandangannya yang megah tentang pembuatan dasar selagibeliau seorang Ahli Parlimen. Seorang reformis seperti beliauadalah konsisten, berani dan tulus. Beliau adalah salah satu asetterbesar dalam sejarah politik Malaysia. Masa saya di pejabat inidi bawah bimbingan beliau boleh diringkaskan sebagai suatuperjalanan yang agak singkat tetapi bertahan lama.

Incoming Officer: Alethea Wong

3. Sebagai graduan baru yang sangat berminat dalam halpembinaan negara dan memahami persimpangan antara sainstingkah laku dan dasar awam, saya mengambil peluang ini danmenyertai pejabat P104 Subang sebagai Pegawai Penyelidik.Saya percaya bahawa kerajaan sekarang dan negara kitamempunyai banyak yang perlu dilakukan untuk kemajuanberikutan landskap politik di Malaysia sekarang. Oleh itu, sayabersemangat untuk bekerja bersama YB Wong Chen dan terusmewujudkan pembaharuan yang dijanjikan.

G a l e r i

Pejabat kami menerima peruntukan masyarakat daripada kerajaan persekutuan

berjumlah RM 3.5 juta bagi tahun 2019. Ini adalah peningkatan sebanyak RM 2.3 juta

berbanding dengan tahun 2018. Carta pai berikut menggambarkan perbelanjaan pejabat

kami untuk kebajikan golongan miskin tegar, persatuan, geran, baucar Jom Shopping,

dan projek infrastruktur persekutuan bagi tahun ini.

P 1 0 4 P e r b e l a n j a a nP e r u n t u k a n

Untuk tahun 2019, kami membelanjakan 100% peruntukan komuniti kami. Pencapaian

ini tidak mungkin dilakukan tanpa kerja keras pegawai kami: Dhinaa, Tina, Kevin,

Alethea, dan Paul Mae, yang mendedikasikan masa dan usaha mereka. Kami juga ingin

mengucapkan terima kasih kepada rakan sekerja kami dari Pejabat Tanah (cawangan

Petaling) dan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Selangor untuk bantuan mereka. Ia

merupakan tahun yang berprestasi tinggi bagi kami, dari segi perbelanjaan komuniti.

Kami juga akan melampirkan akaun pertengahan tahun pejabat kami untuk

mengekalkan komitmen kami terhadap ketelusan dan pendedahan penuh.

P104 Statement as at 31st December 2019Balance Sheet

RMAssets Cash and bank balances 36,828

36,828

Liability Loan from Wong Chen (30,000)Net Excess for the period 6,828

Income Statement on 31st December 2019Income RM Grant 300,000 Donation 538

300,538 Less: ExpensesSalaries, Allowances & Bonus 187,177

EPF, SOCSO & EIS 19,490

Rental of premise 24,000 Office Supplies 20,362 Utilities 15,038

General Expenses 13,265 Renovation 3,730 Staff training 3,450 Office Maintenance 3,269 Community Outreach 2,940 Bank Charges 989

293,710

Net Excess for the period 6,828

Bagaimana Kami Boleh Membantu

Isu Isu Parlimen

• Membangkitkan isu-isu

nasional bagi pihak anda.

• Mewakili Subang dalam hal

penggubalan dasar.

• Memberi maklum balas

terkini dalam isu nasional.

Isu Isu Komuniti

• Menyokong permohonan

kebajikan.

• Membuat permohonan

pengecualian yuran

perubatan.

• Berhubung dengan pihak-

pihak kebajikan dan NGO.

Kes Kewarganegaraan

• Menyokong permohonan

kad pengenalan biru dan

pengeluaran surat sokongan.

• Membuat penyusulan

dengan JPN dan Imigresen.

Pejabat kami berkhidmat untuk

semua konstituen Subang yang

merangkumi kawasan-kawasan

berikut:

• USJ 1-15

• USJ 16-22

• SS 12-19

• PJS 7, 9, 11 Bandar Sunway

• Kinrara Seksyen 1-7

• Puchong Jaya Timur

• Puchong Jaya Barat

• Puchong Jaya Utara

• Batu 12 & 13 Puchong

• Batu 7 Jalan Puchong

• Bandar Kinrara Seksyen 1-5

• Pusat Bandar Puchong

• Bandar Puteri

• Puchong Indah 1-2

• Puchong Perdana 1-2

• Puchong Intan