analisis dan bagaimana pengenalan malayan union tahun 1946 membawa kepada kelahiran pertubuhan...

40
SEMESTER 1 SESI 2012 / 2013 HNS 2013 - KENEGARAAN TAJUK KUMPULAN GROUP EL-A06 (A121PJJ) DISEDIAKAN OLEH NAMA NO. ID NO. TELEFON AZRIZA AZWA BT ZAKARIA D20121061710 0185723444 ANALISIS DAN BAGAIMANA PENGENALAN MALAYAN UNION TAHUN 1946 MEMBAWA KEPADA KELAHIRAN PERTUBUHAN KEBANGSAAN MELAYU BERSATU (UMNO) PADA 11 MEI 1946

Upload: azriza-asmir-zakaria

Post on 31-Oct-2015

315 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

Kerja Kursus

TRANSCRIPT

Page 1: Analisis Dan Bagaimana Pengenalan Malayan Union Tahun 1946 Membawa Kepada Kelahiran Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu

SEMESTER 1 SESI 2012 / 2013

HNS 2013 - KENEGARAAN

TAJUK

KUMPULAN

GROUP EL-A06 (A121PJJ)

DISEDIAKAN OLEH

NAMA NO. ID NO. TELEFON

AZRIZA AZWA BT ZAKARIA D20121061710 0185723444

NAMA TUTOR E-LEARNING : MOHAMAD KAMAL BIN KAMARUDDIN

TARIKH SERAH : 15 DISEMBER 2012

ANALISIS DAN BAGAIMANA PENGENALAN MALAYAN

UNION TAHUN 1946 MEMBAWA KEPADA KELAHIRAN

PERTUBUHAN KEBANGSAAN MELAYU BERSATU (UMNO)

PADA 11 MEI 1946

Page 2: Analisis Dan Bagaimana Pengenalan Malayan Union Tahun 1946 Membawa Kepada Kelahiran Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu

ISI KANDUNGAN

Pengenalan 3

1.0 Malayan Union 5

1.1 Faktor Penubuhan Malayan Union 8

2.2 Ciri-ciri perlembagaan Malayan Union 10

3.0 Sebab-sebab orang Melayu menentang Malayan Union 12

3.0.1 Penghapusan Kedudukan dan Kuasa Raja-raja Melayu

3.0.2 Tamadun orang Melayu Terhakis

3.0.3 Sir Harlod MacMichel mengugut Sultan 13

3.0.4 Kesan Perlaksanaan Malayan Union 14

4.0 Gerakan Penentangan Secara Terang-terangan 15

5.0 Penubuhan UMNO 18

5.0.1 Perjuangan Tokoh UMNO 20

5.0.2 Perlembagaan UMNO 23

4.0 Kesimpulan 24

Bibliografi 27

2

Page 3: Analisis Dan Bagaimana Pengenalan Malayan Union Tahun 1946 Membawa Kepada Kelahiran Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu

ANALISIS DAN BAGAIMANA PENGENALAN MALAYAN UNION TAHUN 1946

MEMBAWA KEPADA KELAHIRAN PERTUBUHAN KEBANGSAAN MELAYU

BERSATU (UMNO) PADA 11 MEI 1946

Pengenalan

Jepun mula menakluki Tanah Melayu pada 15 Februari 1942 sehingga 12 September

1945. Jepun berjaya menakluki Tanah Melayu kerana mendapat sokongan daripada rakyat

tempatan yang tertipu dengan janji-janji kemerdekaan dan propaganda iaitu ‘Asia untuk Orang

Asia’ dan ‘Semangat Asia’. Tentera Jepunakan menggunkakn kekerasan apabila mereka

mengetahi ada yang menentang dan yang disyaki akan dibunuh.

Orang Cina yang memang memusuhi Jepun kerana Perang China-Jepun apabila ramai

orang Cina ditangkap dan dibunuh kejam. Ada juga di antara mereka yang dipaksa membina

kereta api maut di negara Thai. Kezaliman Jepun menyebabkan kelahiran Parti Komunis Malaya

(PKM) menguasai Tanah Melayu melalui MPAJA ( Malayan People Anti Japanese Army) iaitu

Tentera Anti Jepun Tanah Melayu, Force 136, Gerila Kinabalu dan lain-lain gerakan yang

menentang Jepun. MPAJA juga dipanggil Bintang Tiga selepas era Jepun kerana menggunakan

bendera berbintang tiga.

Akhirnya, Jepun menyerah kalah tanpa syarat setelah Hiroshima dan Nagasaki dibom

oleh Amerika. Pendudukan Jepun meskipun singkat, telah banyak meninggalkan kesan negatif

ialah memburukkan lagi hubungan antara masyarakat Melayu dan Cina. Manakala kesan positif

pula ialah Pendudukan Jepun itu telah membangkitkan semangat patriotik di kalangan

masyarakat Melayu yang mahu menuntut kemerdekaan Tanah Melayu. Gerakan refomasi telah

berlaku secara teran-terangan tanpa rasa takut-takut lagi.

3

Page 4: Analisis Dan Bagaimana Pengenalan Malayan Union Tahun 1946 Membawa Kepada Kelahiran Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu

Setelah Jepun menyerah kalah, MPAJA yang pada awalnya bekerjasama dengan pihak

British untuk menentang pendudukan Jepun berdasarkan perjanjian yang dibuat pada 8 Disember

1940, mengambil peluang untuk membalas dendam terhadap sesiapa yang dianggap bersubahat

dengan Jepun. Konflik perkauman itu mencapai kemuncaknya semasa dan selepas kekosongan

kuasa (interregnum) dari 15 Ogos hingga 3 September 1945, iaitu selama 14 hari berikutan

dengan pengunduran tentera Jepun tersebut. Berikut ialah kronologi pemerintahan MPAJA

dalam masa 14 hari :-

MPAJA menguasai kawasan bandar, balai polis dan pejabat kerajaan.

MPAJA jatuhkan hukuman sesiapa yang disyaki bekerjasama dengan Jepun.

Cukai kepala, cukai harta, cukai tanah diperkenalkan oleh MPAJA.

Menculik dan menyeksa orang melayu yang disyaki bersubahat dengan Jepun.

Menghukum (tampa perbicaraan) oraan oleh ng cina yang tidak mahu berkerja sama

dengan mereka.

Merampas dan merompak harta benda orang kampung

Di Batu Pahat, PKM membunuh penghulu melayu kerana disyaki bersubahat dengan

Jepun.

Seorang Pegawai Daerah melayu yang cuba berunding dengan PKM dibunuh.

Di Jelebu, masjid dan surau telah dicemarkan.

Di Kg Bakor dan Sg Manik, Perak, rumah-rumah orang melayu dibakar

Berlaku ketegangan kaum kerana kebanyakan anggota PKM terdiri daripada orang cina.

Orang melayu bersatu dan bangun menentang PKM.

Orang melayu pimpinan kiai salleh karim bergabung tenaga untuk menyerang orang cina

yang jadi tali barut komunis di Bandar Batu Pahat.

Dato’ Onn Ja’afar ketika itu Pegawai Daerah Batu Pahat menghalang serangan tersebut.

Dan akhirnya ketegangan dan huru hara selama 14 hari pemerintahan komunis itu berjaya di

atasi apabila pihak british kembali ke tanah melayu dan memperkenalkan pemerintahan BMA

(British Military Administration) pada bulan September 1945.

4

Page 5: Analisis Dan Bagaimana Pengenalan Malayan Union Tahun 1946 Membawa Kepada Kelahiran Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu

1.0 MALAYAN UNION

Pada tahun 1943, semasa negara masih lagi dalam pemerintahan Jepun, Pejabat India

British di India dan Pejabat Tanah Jajahan British telah merangka kerajaan baru bagi Tanah

Melayu dan perkara tersebut telah dipersetujui oleh Kerajaan British. Mereka terlalu yakin dapat

menawan kembali Tanah Melayu ekoran siri kejayaan Tentera Berikat yang berjaya menawan

semula beberapa negara daripada Jerman di Eropah. Perkara tersebut telah dilakukan dengan

membelakangkan perwakilan dan pengetahuan bangsa Melayu kerana beranggapan Tanah

Melayu tidak lagi berdaulat setelah dijajah kepada pihak Jepun. Kerajaan baru yang diberi nama

Malayan Union ini dianggap sebagai kerajaan mutlak British dan mereka bebas untuk

menentukan pemerintahan dan kerajaan kerana beranggapan kejayaan menewaskan Jepun di

Tanah Melayu adalah berpunca dari mereka sendiri tanpa menyedari sumbangan bangsa Melayu

ketika itu.

Malayan Union yang ditubuhkan pada 1 April 1946 di King's House (Carcosa Seri

Negara) selepas Perang Dunia II merupakan sebuah gabungan Negeri-Negeri Melayu dan

Negeri-Negeri Selat (tanpa Singapura) untuk menjadi pengganti kepada British Malaya. Seawal

1942, kerajaan British telah menubuhkan "Unit Perancangan Tanah Melayu" di United Kingdom

untuk menyediakan pembinaan semula Tanah Melayu selepas Perang Dunia II tamat. Unit

perancangan tersebut dinamakan sebagai Malayan Planning Unit ( MPU ). Unit ini diketuai oleh

Mejar-General Ralph Hone. Hone diberi tugas untuk merangka satu bentuk pentadbiran baru

untuk Tanah Melayu selepas Perang Dunia Ke II tamat. Akhirnya selepas semua perbincangan

berlaku maka cadangan untuk menggabungankan Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-

negeri Melayu Tak Berkutu, Pulau Pinang, dan Melaka menjadi Malayan Union diusulkan ,

sedangkan Singapura dikekalkan sebagai tanah jajahan yang berasingan.

Di dalam perlembagaan Malayan Union, kesemua 9 buah negeri Melayu, Melaka

dan Pulau Pinang disatukan sebagai sebuah tanah jajahan Inggeris yang diketuai oleh seorang

Gabenor British. Singapura tidak dimasukkan kerana British menganggap Singapura telah

5

Page 6: Analisis Dan Bagaimana Pengenalan Malayan Union Tahun 1946 Membawa Kepada Kelahiran Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu

menjadi milik mutlak Inggeris yang diperoleh melalui perjanjian dengan Sultan Hussin. Semua

bidang kuasa raja-raja Melayu dalam kerajaan Malayan Union termasuk hak menentukan dasar

luar negeri diambil alih oleh Gabenor. Raja-raja Melayu walaupun diberi hak terhadap agama

dan adat resam Melayu tetapi tidak mempunyai kuasa ke atasnya kerana baginda hanya bertaraf

ahli biasa dalam Majlis Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Gabenor Malayan Union.

Selain itu, rancangan Malayan Union untuk mengekalkan Singapura sebagai satu tanah

jajahan yang berasingan adalah disebabkan pihak British takut terhadap penentangan orang

Melayu apabila menggabungkan Singapura bersama-sama. Ini akan menjejaskan penerimaan

rancangan tersebut. Terdapat kesangsian tradisional di kalangan peniaga-peniaga Tanah Melayu

bahawa sektor perniagaan Singapura akan menjejaskan kepentingan mereka. Selain itu, pihak

British juga takut bahawa usul dasar kewarganegaraan liberal akan mengakibatkan bantahan

pemimpin-pemimpin Melayu disebabkan bilangan orang Cina Singapura yang besar.

Bagaimanapun, kerajaan British juga hendak menjadikan Singapura sebagai sebuah pangkalan

tentera laut untuk operasi strateginya di Timur Jauh. Namun begitu tujuan utama British

mengecualikan penyertaan Singapura menganggotai Malayan Union adalah disebabkan oleh

kepentingan ekonominya di Singapura, kedududkan strategik Singapura sebagai pelabuhan dan

pelbagai faktor yang berteraskan kepada kegiatan ekonomi mendorong pihak British untuk

mengekalkan Singapura sebagai tanah jajahan London.

Berita rancangan Inggeris ingin menubuhkan Malayan Union telah tersebar luas dalam

akhbar-akhbar di India dan London. Berita ini juga segera mendapat liputan akhbar di Singapura

dan Pulau Pinang kerana terdapat beberapa kumpulan elit dan ahli parlimen Inggeris yang tidak

menyetujuinya. Pada pendapat mereka, kemenangan tentera Inggeris adalah dengan kerjasama

Tentera Berikat dan bangsa Melayu, ianya bukanlah hasil usaha tentera Inggeris semata-mata.

Sebelum perang meletus, British telah berjanji untuk memulangkan kuasa Raja-raja Melayu di

bawah Dasar Desentralisasi bagi memastikan bangsa Melayu terus memihak kepada Inggeris,

tetapi sebaliknya berlaku apabila pihak Inggeris telah mengatur rancangan membentuk Malayan

Union di Tanah Melayu. Sir Edward Gent, telah dihantar untuk menerajui Malayan Union yang

6

Page 7: Analisis Dan Bagaimana Pengenalan Malayan Union Tahun 1946 Membawa Kepada Kelahiran Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu

pertama. Beliau telah mengangkat sumpah untuk jawatan tersebut di Kuala Lumpur sebagai

Gebenor Malayan Union yang pertama.

Sir Harold Mac Michael telah diutuskan oleh kerajaan British ke Tanah Malayu. Beliau

tiba pada 11 Oktober 1945 di Pelabuhan Swettenham (Pelabuhan Klang). Tugas utama beliau

adalah untuk memujuk dan mendapatkan persetujuan Raja-Raja Melayu supaya menyerahkan

negeri mereka kepada Raja Inggeris (Kerajaan British), untuk dijadikan Jajahan Takluk (Koloni)

Britain. Beliau juga diberi kuasa untuk menyiasat sama ada Raja-raja Melayu ada bekerjasama

dengan tentera Jepun atau sebaliknya. Kesannya, Raja-raja Melayu akan kehilangan kuasa dan

berperanan hanya sebagai penasihat. Rancangan Malayan Union ini telah membuatkan orang-

orang melayu khususnya berasa tidak senang, kecewa, dan marah kepada pihak British, yang

selama ini disangkakan kawan, dan jalinan hubungan bersemangatkan kepercayaan, tetapi

menjadi „duri dalam daging.‟

Dalam masa tiga bulan sahaja, iaitu dari 20 Oktober hingga 21 Disember 1945,

MacMichael telah berjaya mendapatkan tanda tangan sebagai tanda persetujuan daripada Raja-

raja Melayu, terhadap perjanjian Malayan Union. Bermula dengan Sultan Ibrahim (Johor) dan

diakhiri dengan Sultan Ismail (Terengganu), sembilan buah negeri kesemuanya. Beliau telah

menggunakan kuasa yang diberikan kepadanya dengan mengugut Raja-raja Melayu, dengan

memberi amaran jika baginda enggan menerima cadangan Malayan Union, baginda akan

disingkirkan atas bersubahat dengan tentera Jepun.

Sir Harold Mac Micheal telah pulang ke England pada 6 Januari 1946, membawa

bersamanya „Kertas-kertas Penyerahan Kuasa‟ yang ditanda tangani oleh sembilan Raja Melayu

bagi setiap negeri. Pada 22 Januari 1946, Kerajaan British telah membentangkan satu „Kertas

Putih‟ di Dewan Parlimennya, mengumumkan rancangan penubuhan Malayan Union (Negara

Malaya Bersatu) yang akan menggantikan pemerintahan beraja di Negeri-negeri Melayu, yang

akan berkuat kuasa pada 1 April 1946 (Ja‟afar Onn 2007).

7

Page 8: Analisis Dan Bagaimana Pengenalan Malayan Union Tahun 1946 Membawa Kepada Kelahiran Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu

Kebanyakan buku-buku Inggeris menyatakan salah satu daripada sebab utama untuk

pembentukan Malayan Union ialah hasrat kerajaan British untuk menyediakan Tanah Melayu

terhadap kemerdekaan. Ia dilihat sebagai satu kewajaran kerana pihak British telah pun

menandatangani Piagam Atlantik pada 14 Ogos 1941 yang mengisytiharkan bahawa semua

negara-negara dunia berhak untuk menentukan dan memerintah negara sendiri dalam erti kata

lain 'Merdeka', oleh itu, pihak Britain terikat untuk memberikan kemerdekaan kepada Tanah

Melayu. Bagaimanapun, banyak pihak di Tanah Melayu ketika itu mempercayai bahawa

rancangan itu hanya menukarkan taraf negeri-negeri Melayu daripada sebuah negeri naungan

menjadi sebuah tanah jajahan British. Di mana ia dilihat sebagai satu usaha untuk memanjangkan

lagi tempoh penjajahan British di Tanah Melayu dengan cara berpura-pura berusaha untuk

memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu, sedangkan kuasa pemerintahan sultan-sultan

Tanah Melayu, telah pun dilucutkan ketika itu melalui pembentukan Malayan Union.

1.1 Faktor Penubuhan Malayan Union

Gambar 1

Bendera Malayan Union

1946 - 1948

8

Page 9: Analisis Dan Bagaimana Pengenalan Malayan Union Tahun 1946 Membawa Kepada Kelahiran Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu

Motif utama penubuhan Malayan Union ini adalah untuk menguasai sumber ekonomi

terutama dari sumber bumi Tanah Melayu. Kedudukan Tanah Melayu yang strategik di tengah-

tengah laluan pedagang seluruh dunia selain kaya dengan sumber bumi membuatkan British

tidak bercadang untuk memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu. Penubuhan Malayan union

akan menjamin penguasaan berterusan British ke atas sumber ekonomi Tanah Melayu terutama

getah dan bijih timah. Tanah Melayu merupakan pengeluar getah dan bijih timah utama dunia

pada masa itu, oleh itu dengan menguasai Tanah Melayu, British secara langsung dapat

menguasai sumber-sumber eknomi tersebut.

Tujuan asal Penubuhan Malayan Union ialah membentuk satu bangsa Malayan Union

yang pada dasarnya pembentukan ini akan mendorong golongan imigran memberikan taat setia

kepada Malayan Union tanpa berbelah bagi. Dengan erti kata yang lain ia dapat mengurang dan

mengawal kuasa politik orang Melayu. Ini kerana orang Melayu dipercayai telah memberikan

sokongan atau kerjasama kepada pihak Jepun dalam Perang Dunia Kedua untuk menentang

British.

Kerajaan British berpendapat dengan menggabungkan Negeri-negeri Selat, Negeri-negeri

Bersekutu dan Negeri-negeri Tidak bersekutu akan menjimatkan perbelanjaan pentadbiran

British. Perbezaan pentadbiran, antara Negeri-Negeri Selat, Negeri-Negeri Melayu Bersekutu

dan Negeri-Negeri Melayu Tidak bersekutu telah menelan belanja yang tinggi. Penggabungan ini

akan mewujudkan suatu pentadbiran yang cekap dan seragam kerana terdapat tiga sistem

pentadbiran iaitu Negeri-Negeri Selat, Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-Negeri

Melayu Tidak bersekutu dan ini amat merumitkan. Oleh itu ketiga-tiga pentadbiran perlu

disatukan, ini akan memudahkan pentadbiran British.

British percaya Malayan Union akan mengukuhkan pertahanan mereka di Tanah Melayu

dan juga Asia Tenggara kerana penggabut. Bagi memastikan sumbangan golongan imigran

berterusan konsep kenegaraan liberal akan diperkenalkan. Golongan ini merupakan sumber

9

Page 10: Analisis Dan Bagaimana Pengenalan Malayan Union Tahun 1946 Membawa Kepada Kelahiran Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu

tenaga kerja dan pelabur yang akan memaju dan mengembangkan ekonomi British di Tanah

Melayu.

British telah menggula-gulakan pemimpin Tanah Melayu dengan tertubuhnya

Malayan Union adalah bertujuan menyediakan Tanah Melayu ke arah pembentukan kerajaan

sendiri. Pentadbiran Malayan Union hanyalah sebagai persediaan untuk mengembalikan

pentadbiran kepada penduduk Tanah Melayu. Apabila Sir Harold Mac Michael datang dan

berjaya mendapat tandatangan raja-raja Melayu, orang-orang Melayu mula merasa yakin bahawa

segala yang dijanjikan oleh British sebelum perang untuk memulangkan kuasa raja-raja adalah

satu tipu helah sahaja. Penjelasan British yang menyatakan Malayan Union adalah persediaan ke

arah untuk bekerajaan sendiri tidak dapat diterima oleh orang-orang Melayu kerana

perlembagaan Malayan Union itu sendiri telah melenyapkan maruah dan ketuanan Melayu.

2.0 Ciri-ciri Perlembagaan Malayan Union

Antara ciri-ciri yang dicadangkan dalam Malayan Union ialah menggabungkan Negeri-

negeri Selat, Negeri-negeri Bersekutu dan Negeri-negeri tidak bersekutu di bawah satu

pemerentihan. Ia terdiri daripada sembilan buah negeri Melayu, Pulau Pinang dan Melaka

disatukan di bawah pemerintahan Gabenor British. Gabenor ini dibantu oleh Majlis Mesyuarat

Persekutuan dan Majlis Undangan Persekutuan (Mardiana Nordin dan HasnahHussiin 2005:52;

Asnarulkhadi Abu Saman dan Jayum A.Jawan 1997: 51; Zaid Ahmad et.al2006: 47-48):1.

Namun begitu ciri terpenting dalam Perlembagaan Malayan Union ialah perubahan taraf

negeri-negeri Melayu daripada sebuah negeri yang bernaung di bawah kuasa British menjadi

tanah jajahan British. Ini bermaksud, semua negeri di Tanah Melayu (Singapura dikecualikan,

dan kekal sebagai tanah jajahan British secara berasingan) digabungkan di bawah satu kerajaan

pusat sahaja. Malayan Union diketuai oleh seorang Gabenor yang dibantu oleh sebuah Majlis

10

Page 11: Analisis Dan Bagaimana Pengenalan Malayan Union Tahun 1946 Membawa Kepada Kelahiran Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu

Mesyuarat Undangan (MMU) dan Majlis Kerja (MK). Pesuruhjaya Residen menjadi ketua

pentadbir tertinggi di negeri-negeri Melayu dan Negeri-negeri Selat. Beliau juga menjadi

pengerusi Majlis Mesyuarat Negeri (MMN) yang terletak di bawah kawalan kerajaan pusat.

MMN dikekalkan untuk menguruskan hal-ehwal tempatan dan dikawal oleh kerajaan pusat.

Majlis ini dianggotai oleh para pegawai British. MMU pula mempunyai bilangan ahli rasmi dan

ahli tidak rasmi yang sama banyak. Gabenor berkuasa melulus atau membatalkan sesuatu

undangundang. Semua undang-undang yang dikuat kuasakan tidak memerlukan tandatangan

sultan (Ruslan Zainuddin et al. 2005).

Kuasa raja-raja Melayu dihapuskan dan baginda diberikan peranan sebagai penasihat

Gabenor dan Ketua Majlis Penasihat Melayu. Sultan hanyalah sebagai satu gelaran dan mereka

hanya boleh bersuara dalam soal yang menyentuh agam Islam dan adat resam Melayu dan tidak

lagi bertindak sebagai pemerintah yang berkuasa.

Malayan Union dianggap langkah pertama ke arah berpentadbiran sendiri jika Tanah

Melayu diberi kemerdekaan. Namun kemerdekaan tidak akan diberikan selagi kaum-kaum yang

ada di Tanah Melayu tidak bersatu (Mohd. Isa Othman 2007). Jadi, hak kewarganegaraan yang

sama diberikan kepada semua orang tanpa mengira kaum dan asal keturunan, ianya termaktub

dalam Perlembagaan Malayan Union. Semua kaum diberikan hak yang sama untuk memasuki

perkhidmatan awam dan mengundi dalam pilihan raya.

Jus soli merupakan satu prinsip yang diguna pakai untuk kaum bukan Melayu bagi

mendapatkan hak kewarganegaraan, iaitu melalui kuat kuasa undang-undang dan permohonan.

Kerakyatan Perlembagaan MU memberi hak dan peluang yang sama kepada semua warganegara

tanpa mengira bangsa dan keturunan. Syarat kerakyatan:

a. Orang asing yang berumur 18 tahun ke atas dan telah bermastautin di Tanah Melayu atau

Singapura selama 10 tahun daripada 15 tahun sebelum 15 Februari 1942 akan diberi

kerakyatan .

11

Page 12: Analisis Dan Bagaimana Pengenalan Malayan Union Tahun 1946 Membawa Kepada Kelahiran Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu

b. Semua orang yang dilahirkan di Tanah Melayu selepas penubuhan Malayan Union.

Kanak-kanak yang berumur bawah 18 tahun yang ibu bapanya warganegara turut diberi

kerakyatan.

c. Kerakyatan melalui permohonan diberikan kepada golongan berikut:

i. Mereka yang bermastautin selama 5 tahun daripada 8 tahun terdahulu semasa

permohonan dibuat

ii. Berkelakuan baik dan boleh bertutur dalam bahasa Inggeris atau bahasa Melayu

d. Mengangkat sumpah taat setia dan berjanji untuk kekal bermastautin di Malayan Union

atau Singapura.

Singapura tidak dimasukkan ke dalam Malayan Union tetapi dikekalkan sebagai tanah

jajahan Inggeris dengan mempunyai Gabenor dan Majlis Mesyuarat Undangan yang berasingan

Kerajaan British hendak menjadikan Singapura sebagai sebuah pangkalan tentera laut untuk

operasi strateginya di Timur Jauh. Namun begitu tujuan utama British mengecualikan penyertaan

Singapura menganggotai Malayan Union adalah disebabkan oleh kepentingan ekonominya di

Singapura, kedududkan strategik Singapura sebagai pelabuhan dan kegiatan ekonomi mendorong

pihak British untuk mengekalkan Singapura sebagai tanah jajahan London.

3.0 Sebab-sebab Orang Melayu Menentang Malayan Union

Pelaksanaan Malayan Union telah menimbulkan penentangan orang Melayu terhadap

sistem pemerintahan tersebut. Antara sebab penentangan ialah tindakan Sir Harold MacMichael

yang mengugut raja-raja Melayu, contohnya Sultan Badlishah dari Kedah. Sultan turut tidak

diberi masa yang secukupnya untuk berunding dengan Majlis Mesyuarat Negeri. Orang Melayu

juga menentang kerakyatan mudah kepada kaum imigran secara jus soli. Status peribumi orang

12

Page 13: Analisis Dan Bagaimana Pengenalan Malayan Union Tahun 1946 Membawa Kepada Kelahiran Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu

Melayu juga terjejas. Orang Melayu mempunyai kedudukan yang sama taraf dengan kaum

pendatang.

3.0.1 Penghapusan kedaulatan dan kuasa raja-raja Melayu

Raja Melayu hanyalah menjadi penasihat kepada Gabenor dan menjadi ahli Majlis Raja

Melayu yang hanya diberi kuasa ke atas hal ehwal agama dalam erti kata yang sebebanar Raja

Melayu tidak lagi mempunyai kuasa, kehilangan takhta dan maruah sebagai pelindung orang

Melayu. Selain itu pungutan zakat juga telah diberikan di bawah kuasa gabenor British.

3.0.2 Tamadun orang Melayu terhakis

Apabila kuasa diraja telah dihapuskan maka sistem beraja, Bahasa Melayu dan tulisan

Jawi terhakis. Ini mengakibatkan ketuanan Melayu tercabar dengan memperkenalkan kerakyatan

yang liberal. Orang Melayu mula bimbang akan kehilangan tanah air dan hak mereka sebagai

penduduk pribumi kerana golongan imigran lebih besar jumlahnya berbanding orang melayu.

3.0.3 Sir Harold MacMichael Mengugut Sultan

Pada 1 April 1946, British telah mengisytiharkan pembentukan Malayan Union di Kuala

Lumpur. Pengisytiharan tersebut telah mendapat bantahan daripada orang Melayu, terutamanya

terhadap Sir Harold MacMichael. Beliau tidak memberi masa yang secukupnya kepada raja-raja

Melayu untuk berfikir dan berbincang mengenai Malayan Union. Contohnya, Sultan Perak tidak

diberi masa yang cukup untuk membincangkan Malayan Union dalam Majlis Mesyuarat Negeri.

Dalam masa tiga bulan sahaja, iaitu dari 20 Oktober hingga 21 Disember 1945, MacMichael

telah berjaya mendapatkan tanda tangan sebagai tanda persetujuan daripada Raja-raja Melayu,

terhadap perjanjian Malayan Union. Bermula dengan Sultan Ibrahim (Johor) dan diakhiri dengan

Sultan Ismail (Terengganu), sembilan buah negeri kesemuanya. Beliau telah menggunakan kuasa

yang diberikan kepadanya dengan mengugut Raja-raja Melayu, dengan memberi amaran jika

13

Page 14: Analisis Dan Bagaimana Pengenalan Malayan Union Tahun 1946 Membawa Kepada Kelahiran Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu

baginda enggan menerima cadangan Malayan Union, baginda akan disingkirkan atas bersubahat

dengan tentera Jepun. Ini berlaku terhadap Sultan Badlishah dari Kedah.

3.0.4 Kesan-kesan Pelaksanaan Malayan Union

Antara kesan daripada pelaksanaan Malayan Union ialah telah berlaku perubahan status

Tanah Melayu daripada negeri naungan kepada negeri jajahan. Kuasa raja-raja Melayu juga

hilang walaupun mereka masih berhak membincangkan soal agama Islam, tetapi zakat fitrah

dipungut atas nama Gabenor Malayan Union.

Selain itu, kedudukan orang Melayu kini setara dengan orang dagang berdasarkan

kerakyatan sama rata atau jus soli. Dasar terbuka British ini dilihat akan mengancam status quo

orang Melayu sebagai penduduk peribumi. Jumlah orang Melayu juga menjadi kecil dengan

kemasukan orang dagang. Selain itu, ekonomi dan pendidikan orang Melayu juga amat mundur

dan jauh ketinggalan berbanding dengan orang dagang yang diberi perhatian oleh British. Orang

Melayu juga bimbang akan kehilangan warisan tamadun yang telah dibina oleh kerajaan Melayu

seperti pada zaman Kesultanan Melayu Melaka. Oleh itu, orang Melayu bangun

mempertahankan status quo mereka. Gabungan 29 buah pertubuhan Melayu bangun menentang

Malayan Union menunjukkan wujud perpaduan kebangsaan untuk menentang Malayan Union.

3.0.5 Isu Jus Soli

Jus soli merupakan isu yang menjadi tuntutan orang dagang terhadap kerakyatan di

Tanah Melayu. Isu ini telah dibantah oleh orang Melayu. Isu tersebut ialah pemberian hak

kerakyatan yang sama rata kepada semua kaum di Tanah Melayu. Perjuangan ini dianggap boleh

melemahkan lagi kedudukan orang Melayu. Selepas perbincangan dan rundingan, raja-raja

Melayu bersetuju menerima kerakyatan jus soli. Kerakyatan jus soli diterima dengan bersyarat,

iaitu orang bukan Melayu mengiktiraf kedudukan istimewa orang Melayu dalam Persekutuan

14

Page 15: Analisis Dan Bagaimana Pengenalan Malayan Union Tahun 1946 Membawa Kepada Kelahiran Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu

Tanah Melayu yang merdeka. Seterusnya suruhanjaya ini juga menyetujui agama Islam sebagai

agama rasmi Persekutuan Tanah Melayu.

4.0 Gerakan Penentangan Secara Terang-terangan

Dato Onn dilihat sebagai seorang tokoh yang paling sesuai untuk semua golongan

masyarakat dari rakyat biasa hingga kerabat diraja untuk berhadapan dengan pegawai-pegawai

tertinggi Inggeris kerana latar belakang pendidikannya. Beliau diminta mengetuai orang Melayu

untuk memimpin mereka kerana suara lantangnya yang sentiasa menyeru supaya orang Melayu

bersatu padu untuk membaiki nasib mereka di tanah air sendiri. Beliau dilihat sebagai.

Dato’ Onn Ja’afar telah menulis surat kepada Utusan Melayu menyeru orang Melayu mengadakan kongres dan menubuhkan United Malays Organisation (U.M.O). Gagasan fikiran dan pandangannya di akhbar-akhbar sebelum perang dan cita-citanya untuk menyatupadukan orang Melayu pernah diucapkan ketika menghadiri Kongres Melayu di Singapura pada tahun 1940.

Bukan itu sahaja, Dato’ Onn juga telah berjaya mengamankan pergaduhan kaum di Batu

Pahat. Beliau menggunakan isu tersebut untuk menyeru perpaduan masyarakat Melayu melalui

akhbar-akhbar untuk menentang Malayan Union. Beliau telah menubuhkan Pergerakan Melayu

Semenanjung pada 3 Januari 1946. Beliau telah menyeru agar orang Melayu bersatu padu dan

mendapat sokongan serta kerjasama yang tidak berbelah bagi dari semua masyarakat Melayu

hingga berlangsungnya perjumpaan pemimpin-pemimpin pertubuhan dan persatuan Melayu dari

seluruh negara dalam Kongres Melayu Pertama di Kelab Sultan Sulaiman pada 1 hingga 4 Mac

1946.

15

Page 16: Analisis Dan Bagaimana Pengenalan Malayan Union Tahun 1946 Membawa Kepada Kelahiran Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu

Sebelum itu, seruan Dato’ Onn telah membangkitkan semangat perpaduan Melayu di

beberapa negeri dan berjaya mengadakan rapat-rapat umum membantah penubuhan Malayan

Union. Di Kuala Kangsar, lebih 25,000 orang telah mengadakan perarakan raksasa membantah

Malayan Union pada 15 Januari 1946. Tetapi pada 22 Januari 1946 pihak British tetap

meneruskan agendanya mengumumkan penubuhan Malayan Union yang akan berkuatkuasa

mulai 1 April 1946. Dua hari selepas itu, sekali lagi Dato’ Onn menyeru melalui akhbar Majlis

mencadangkan pertemuan dan perpaduan Melayu dalm satu kongres disegerakan.

Pada 2 Februari 1946 satu perarakan seramai lebih 36,000 orang telah berjaya diadakan

di Kota Bharu Kelantan. Di Batu Pahat pula telah diadakan perarakan besar-besaran dan seramai

18,000 orang Melayu telah keluar berjalan kaki ke Bandar Batu Pahat bagi menunjuk perasaan

membantah Malayan Union pada 10 Februari 1946. Ikrar membantah penubuhan Malayan Union

telah dibaca oleh Kiai Salleh. Sepanjang perarakan itu, slogan ‘Hidup Melayu’ terus dilaungkan

dan bergema di sana sini. Perarakan ini bermula di Jalan Sultanah dan berkhir di Padang Pejabat

Kerajaan Batu Pahat dan Dato’ Onn telah memberi ucapan menentang Malayan Union dan

mengecam kerajaan British sebagai tidak berprikemanusiaan merampas hak orang Melayu.

Pada tahun 1946, Datuk Onn Jaafar telah menubuhkan satu kongres bagi semua

kumpulan dan pertubuhan politik Melayu di Tanah Melayu. Kongres ini telah diadakan di Kuala

Lumpur pada Mac 1946. Dalam kongres tersebut, satu kata sepakat telah dicapai bagi

membentuk sebuah parti politik sebagai wakil seluruh orang-orang Melayu di Semenanjung.

Hasilnya Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) telah dibentuk. Bermula dari situ

satu usaha ke arah memperjuangkan kemerdekaan Malaya telah tercetus dan akhirnya ke arah

pembentukan negara Malaysia. Dengan beberapa barisan pejuang yang berjiwa kental yang

antaranya terdiri dari Datuk Onn Jaafar, Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak, dan Tun

Hussein Onn, maka pada 31 Ogos 1957 negara tercinta Malaysia telah menyaksikan satu detik

bersejarah dengan penurunan bendera Union Jack di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad

sebagai tanda berakhirnya sebuah penjajahan British di Tanah Melayu.

16

Page 17: Analisis Dan Bagaimana Pengenalan Malayan Union Tahun 1946 Membawa Kepada Kelahiran Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu

Di dalam Kongres Melayu Pertama pada 1 hingga 4 Mac 1946, PEKEMBAR atau

UMNO ditubuhkan tetapi kerajaan British tetap berhasrat mengadakan majlis pengistiharan

Malayan Union dan perlantikan Gabenor Malayan Union, Sir Edward Gents pada 1 April 1946.

Sehari sebelum pengistiharan Malayan Union, Dato’Onn telah mengadakan Mesyuarat

Tergempar PERKEMBAR di Kuala Lumpur untuk bertindak mengadakan perarakan dan

memujuk raja-raja Melayu memulaukan majlis pengistiharan tersebut. Orang-orang Melayu juga

diseru supaya berkabung dengan memakai songkok berlilit putih dan berbaju putih selama

seminggu. Pihak British amat terkejut apabila raja-raja dan pembesar Melayu Berjaya

memulaukannya manakala beribu-ribu orang Melayu berkumpul di hadapan Station Hotel,

Stesen Kereta api Kuala Lumpur membantah penubuhan Malayan Union.

Walau pun begitu, British tetap meneruskan rancangannya kerana berasa yakin raja-raja

dan pembesar Melayu masih menyokong dan menyebelahi kerajaan British. Jentera kerajaan

juga tidak lumpuh kerana majoriti kaum yang berkhidmat dengan British adalah terdiri daripada

kaum pendatang. Gabenor yang dipulaukan terus menjalankan tugas tetapi akhirnya berhadapan

dengan pelbagai kesulitan apabila raja-raja dan pembesar Melayu serta pegawai-pegawai tinggi

Melayu bersikap berkecuali dan pasif.

Pada 11 Mei 1946, sekali lagi pemimpin-pemimpin pertubuhan dan persatuan orang-

orang Melayu berkumpul menghadiri persidangan di Istana Besar Johor Bahru dan penubuhan

PERKEMBAR telah diisytiharkan dengan rasminya sebagai satu persatuan mewakili seluruh

orang Melayu. PERKEMBAR atau UMNO selepas itu telah menyusun secara teratur pelbagai

aktiviti membantah Malayan Union hingga akhirnya British terpaksa tunduk mengikut kehendak

UMNO. UMNO telah merangka perlembagaan baru bagi mewujudkan Persekutuan Tanah

Melayu. Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu telah ditandatangani oleh raja-raja Melayu

dengan pihak Inggeris pada 21 Januari 1948 dan dikuatkuasakan pada 1 Februari 1948. Mulai

dari tarikh itu Malayan Union dibubarkan dengan rasminya.

17

Page 18: Analisis Dan Bagaimana Pengenalan Malayan Union Tahun 1946 Membawa Kepada Kelahiran Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu

5.0 Penubuhan United Malay National Organisation ( UMNO)

Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau United Malay National

Organisation yang biasa dikenali sebagai UMNO atau PEKEMBAR adalah parti politik terbesar

di Malaysia yang telah memerintah Malaysia tanpa putus sejak merdeka lagi.

UMNO dianggap sebagai parti penjaga nasionalisme Melayu atau ketuanan Melayu.

Menurut perlembagaan parti ini, asasnya adalah untuk berjuang mendukung cita-cita kebangsaan

Melayu demi mengekalkan maruah dan martabat bangsa, agama dan negara. Ia juga yang

memperjuangkan hak-hak istimewa orang Melayu dan orang Bumiputera.

Satu himpunan besar-besaran yang dikenali sebagai Kongres Melayu Se-Malaya pertama

telah diatur oleh Persatuan Melayu Selangor di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baharu, Kuala

Lumpur pada 1 hingga 4 Mac 1946 dan seramai 41 Pertubuhan-pertubuhan Melayu telah

menghantar wakil masing-masing.

Dato’ Onn bin Jaafar dari Persatuan Melayu Johor telah dipilih sebagai Pengerusi

Kongres. Hampir semua wakil pertubuhan telah berucap termasuk dua orang wakil kanak-kanak.

Tiga usul telah dululuskan oleh Kongres seperti berikut:

1. Menubuhkan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu

2. Membantah pertubuhan Malayan Union

3. Mengadakan Derma Pelajaran Kebangsaan Melayu

Satu jawatankuasa yang terdiri dari Dato’ Onn Jaafar, Dato’ Panglima Bukit Gantang,

Dato’ Nik Ahmad Kamil, Dato’ Hamzah Abdullah dan Encik Zainal Abidin Ahmad (Zaaba)

18

Page 19: Analisis Dan Bagaimana Pengenalan Malayan Union Tahun 1946 Membawa Kepada Kelahiran Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu

telah dipilih untuk menyediakan draf Piagam atau Perlembagaan UMNO untuk dibentangkan

dan diterima oleh Kongres Melayu Se-Malaya kelak.

Kongres Melayu Se-Malaya ketiga dan perhimpunan agung pertama Pertubuhan Melayu

Kebangsaan Melayu Bersatu atau PEKEMBAR (UMNO) telah berlangsung dan Piagam atau

Perlembagaan (UMNO) telah diterima dan diluluskan oleh para peserta dan UMNO pun lahirlah

secara rasmi.

Lahirnya UMNO adalah hasil dari percantuman pertubuhan-pertubuhan Melayu dengan

berbagai aliran falsafah dan pendapat tetapi bersetuju mengambil tindakan bersama untuk

survival bangsa Melayu. Berhadapan dengan rancangan Malayan Union yang dibawa oleh

British selepas Perang Dunia Yang Kedua, pertubuhan-pertubuhan ini dengan sukarelanya

membubar diri masing-masing demi membuka jalan kepada sebuah parti politik yang ulung

sebagai pernyataan hasrat semua golongan dan lapisan masyarakat Melayu bagi

memperjuangkan hak-hak mereka.

Penubuhan UMNO pada 11hb Mei 1946, dengan Dato’ Onn bin Jaafar sebagai

pemimpinnya yang pertama dapat dikatakan sebagai mengelak orang-orang Melayu di Tanah

Melayu dari tenggelam di bawah satu perkembangan politik dan ekonomi yang begitu deras dan

menguntungkan golongan-golongan lain yang lebih maju.

Semangat kebangsaan Melayu yang baru meletus secara meluas itu perlu untuk menjaga

keutuhan masyarakat yang sejak beberapa lama merupakan penduduk asal kepada kawasan ini.

Seluruh penentuan hidup di negara ini sekarang ada hubungan langsung atau tidak langsung

dengan nasionalisme Melayu.

19

Page 20: Analisis Dan Bagaimana Pengenalan Malayan Union Tahun 1946 Membawa Kepada Kelahiran Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu

Dengan penubuhan Umno itu, maka cita-cita Inggeris untuk menjadikan negara ini

sebagai negara “unitary” telah dapat dipatahkan dan digantikan dengan sebuah negara

Persekutuan dengan Perjanjian Persekutuan pada 2hb Februari 1948 yang lalu. Maka penubuhan

negara Persekutuan ini adalah hasil dari kerja keras dan perjuangan Umno bersama dengan Raja-

Raja Melayu yang telah berunding tidak berhenti-henti dengan pihak British sehingga wujudnya

sebuah negara Persekutuan.

Maka negeri-negeri yang mempunyai pentadbiran sendiri di bawah naungan Raja-Raja

telah bersatu di bawah satu negara Persekutuan yang dinamakan Persekutuan Tanah Melayu.

Kesemua negeri-negeri Bersekutu dan tidak Bersekutu juga bersatu di bawah satu Persekutuan

dan negeri-negri ini turut disertai oleh dua buah negeri Straits Settlement, Melaka dan Pulau

Pinang, turut bersama dalam negara Persekutuan yang baru diwujudkan itu.

Sejak itulah Umno menyambung perjuangan kemerdekaan yang telah dimulakan oleh

ramai pejuang-pejuang sebelum itu dan Umno sebagai sebuah parti yang boleh berbincang

dengan Inggeris, telah berjaya mencapai kemerdekaan pada Ogos 1957.

5.0.1 Perjuangan tokoh UMNO

Dato’ Onn Ja’afar

Gambar 2

Dato’ Onn Ja’afar

20

Page 21: Analisis Dan Bagaimana Pengenalan Malayan Union Tahun 1946 Membawa Kepada Kelahiran Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu

Beliau merupakan pengasas kepada penubuhan UMNO. Dato’ Onn Ja’afar telah

mendapat pendidikan di Maktab Melayu K.Kangsar dan kemudiannya menyambung pelajaran

belaiau di England. Pernah memegang jawatan Pegawai Tadbir Johor dan menjadi wartawan

terkenal. Kemudian beliau dilantik menjadi Menteri Besar Johor. Semasa menjadi Menteri Besar

Johor satu rusuhan telah berlaku, beliau telah bertindak memulihkan keamanan di Batu Pahat.

Selain itu beliau merupakan orang pertama menyeru orang Melayu bersatu dan mencadangkan

penentangan terhadap Malayan Union. Dato Onn juga telah menganjurkan Kongres Melayu.

Beliau merupakan salah seorang ahli jawatankuasa yang menggubal Perlembagaan UMNO.

ii) Dato’ Panglima Bukit Gantang

Gambar 3

Dato’ Panglima Bukit Gantang

Beliau telah dilantik sebagai Setiausaha Agung UMNO yang pertama. Nama sebenar

Panglima Bukit Gantang ialah Abdul Wahab bin Abdul Aziz. Mendapat pendidikan di Anderson

School, Ipoh, dan kemudian menyambung pelajarannya di Inner Temple, England. Beliau ialah

orang yung bertanggungjawab menubuhkan Perikatan Melayu Perak dan menyokong Kongres

Melayu. Selain itu beliau juga dilantik sebagai Ketua Bahagian UMNO Perak.

21

Page 22: Analisis Dan Bagaimana Pengenalan Malayan Union Tahun 1946 Membawa Kepada Kelahiran Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu

iii) Dato’ Nik Ahmad Kamil

Gambar 4

Dato’ Panglima Bukit Gantang

Merupakan salah seorang Ahli Jawatankuasa UMNO Pusat dan Ketua UMNO Kelantan.

Beliaun mendapat pendidikan di Sekolah Majlis Agama Islam, Kota Bharu dan Maktab Melayu

Kuala Kangsar. Kemudian beliau melanjutkan pelajaran ke Lincoln’s Inn, London, England.

Sekembalinya dari England beliau telah menjadi seorang peguam. Dato’ Nik Ahams Kamil telah

diilantik menjadi Setiausaha Kerajaan Negeri sebelum menjadi Menteri Besar Kelantan.

iv) Zainal Abidin bin Ahmad

Gambar 5

Zainal Abidin bin Ahmad

22

Page 23: Analisis Dan Bagaimana Pengenalan Malayan Union Tahun 1946 Membawa Kepada Kelahiran Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu

Beliau merupakan intelektual Melayu yang terlibat dalam Kongres Melayu. Bertindak

untuk menguruskan persidangan kongres. Beliau telah mencadangkan penambahan perkataan

“kebangsaan” ke dalam United Malays Organization. United Malays Organization menjadi

United Malays National Organization (UMNO).

5.0.2 Perkembangan UMNO

Penubuhan UMNO telah Berjaya memajukan orang Melayu dalam bidang politik,

ekonomi, sosial dan pendidikan. UMNO juga telah memperjuangkan perpaduan orang Melayu

dan perjuangan UMNO telah direstui oleh sultan dan raja-raja Melayu. UMNO telah mendapat

kerjasama antara sultan dan raja-raja dengan rakyat.

Penubuhan UMNO itu sendiri telah dapat menyatu padukan orang Melayu dan telah

menumbangkan Malayan Union. Penubuhan UMNO juga telah menghapuskan semangat

kenegerian dan wujudkan parti politik bercorak kebangsaan. UMNO memperjuangkan ketuanan

Melayu dengan memajukan pendidikan orang Melayu. UMNO juga telah berusaha

membangunkan ekonomi dan kebajikan orang Melayu

5.0.3 Lambang-lambang UMNO

23

Page 24: Analisis Dan Bagaimana Pengenalan Malayan Union Tahun 1946 Membawa Kepada Kelahiran Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu

Logo UMNO mengandungi tulisan Jawi iaitu PEKEMBAR. Manakala cogan kata

UMNO, “Hidup Melayu” dicipta oleh Dato’ Onn Ja’afar. Cogan kata UMNO “Hidup Melayu”

ditukar kepada “Merdeka” atas cadangan wakil Pemuda Bahagian UMNO Batu Pahat iaitu

Syeikh Gharieb Raub.

Pemilihan bendera UMNO diputuskan dalam persidangan dalam persidangan UMNO di

Ipoh, Perak. Bendera UMNO dicadangkan oleh Ikatan Setia Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Bendera UMNO dikibarkan buat kali pertama pada Mesyuarat Agung UMNO di Pulau Pinang.

Warna bendera UMNO membawa maksud seperti berikut :

merah – keberanian,

putih – kesucian dan keikhlasan

kuning dalam bulatan – lambang raja

Keris hijau – lambang agama Islam.

Keris melambangkan tamadun Melayu.

Penutup

UMNO lahir atas kesedaran dan kehendak para perwakilan yang menghadiri Kongres

Melayu Se-Malaya yang pertama pada 1 – 4 Mac 1946. Selepas Kerajaan Jepun menyerah kalah

pada 14 Ogos 1945, kerajaan British telah menghantar bala tenteranya untuk menguasai semula

Semenanjung Tanah Melayu, dan serentak membawa perubahan redikal terhadap pemerintahan

negeri-negeri Melayu. Melalui tipu hela, Raja-raja Melayu telah dipengaruhi supaya

menandatangani perjanjian dengan Harold MacMicheal bagi menyerahkan kuasa pemerintahan

serta kedaulatan kepada Kerajaan British. Negeri-negeri Melayu bersama Melaka dan Pulau

Pinang disatukan di bawah Kesatuan Malaya atau Malayan Union dan ditadbirkan sebagai

jajahan takluk British.

24

Page 25: Analisis Dan Bagaimana Pengenalan Malayan Union Tahun 1946 Membawa Kepada Kelahiran Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu

Perjuangan UMNO yang pertama adalah membangkang penubuhan Malayan Union.

Melalui akhbar-akhbar seperti Utusan Melayu dan Majlis, suara orang Melayu menentang

Malayan Union dapat diketahui. Pemimpin UMNO berjaya menasihatkan Sultan-sultan melayu

supaya tidak menghadiri upacara perlantikan Gabenor Malayan Union yang pertama, Edward

Gent, dan secara simbolik memanifestasikan kemarahan dan bangkangan orang-orang Melayu

terhadap Malayan Union.

Dua bulan selepas wujudnya Malayan Union, Kerajaan British telah mengubah pendirian

dan bersedia mengadakan perbincangan dengan wakil-wakil UMNO dan Sultan-sultan bagi

mewujudkan satu kerajaan persekutuan baru. Rundingan ini berlangsung hingga 21 Januari 1948

apabila Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu ditandatangani oleh Raja-raja Melayu dengan

wakil kerajaan British yang mengembalikan semula kuasa-kuasa dan kedaulatan Sultan-sultan.

Secara rasmi Persekutuan Tanah Melayu dilahirkan pada 1 Februari 1948.

Kerajaan Persekutuan Tanah Malayu ditadbir oleh Pesuruhjaya Tinggi dan dibantu oleh

beberapa ahli Majlis Mesyuarat Kerja Persekutuan termasuk Yang Di Pertua UMNO, Dato Onn

bin Jaafar yang telah diberi tanggunjawab sebagai Ahli (Member) Hal Ehwal Dalam Negeri.

Semasa memegang jawatan itu, Dato Onn telah menubuhkan Lembaga Kemajuan Kampung dan

Perusahaan atau Rural and Industrial Development Authority (RIDA) yang bertujuan membantu

orang-orang Melayu mencebur dalam bidang perusahaan. Pemerintahan di peringkat Negeri pula

adalah di bawah kuasa Menteri Besar dibantu oleh Penasihat British.

Pada bulan Jun 1948 pengganas dari parti Komunis Malaya telah melakukan

pembunuhan liar dan pembinasaan terhadap harta awam dan persendirian menyebabkan

Kerajaan Persekutuan mengisytihar Darurat pada 16 Jun 1948. Bagi menghadapi ancaman

komunis ini, UMNO telah menggembelingkan tenaga orang Melayu lelaki dan perempuan

supaya menyertai pasukan bersenjata termasuk polis khas dan pengawal kampong.

25

Page 26: Analisis Dan Bagaimana Pengenalan Malayan Union Tahun 1946 Membawa Kepada Kelahiran Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu

Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu mengandungi peruntukan berkenaan pilihanraya

umum bagi membolehkan rakyat memilih wakil-wakil mereka ke Dewan Perundangan dan

seterusnya memerintah sendiri sebagai negara merdeka.

Langkah pertama yang dilakukan oleh UMNO adalah berkerjasama dengan Persatuan

Cina Malaya (MCA) bagi merebut kerusi pilihanraya majlis tempatan, iaitu Majlis Munisipal

Kuala Lumpur pada tahun 1951. Kerjasama ini telah membawa kejayaan cermerlang dan dengan

sokongan yang diberi kemudian oleh Kongres India Malaya (MIC) maka satu gabungan parti

yang diberi nama Perikatan (Alliance) telah ditubuh bagi menghadapi pilihanraya umum yang

pertama pada 27 Julai 1955 yang berkesudahan dengan Parti Perikatan memenangi 51 daripada

52 kerusi bagi Majlis Perundangan Persekutuan. Yang diPertua UMNO, Tunku Abdul Rahman

Putra telah dilantik menjadi Ketua Menteri dan Menterinya terdiri dari wakil rakyat yang dipilih

dan juga pegawai pentadbir British yang dilantik oleh Pesuruhjaya Tinggi.

Dengan kejayaan cermerlang yang dicapai oleh Parti Perikatan, dalam pilihanraya 1955,

UMNO terus berazam untuk mendapatkan kemerdekaan penuh. Rundingan demi rundingan telah

diadakan di London di antara wakil-wakil Perikatan yang diketuai oleh Yang DiPertua UMNO,

Tunku Abdul Rahman Putra, wakil-wakil Raja-raja Melayu dan wakil-wakil Kerajaan British

dan akhirnya persetujuan telah tercapai bagi kemerdekaan Tanah Melayu sebagai Negara yang

merdeka dan berdaulat mulai pada 31 Ogos 1957 sehingga sekarang.

26

Page 27: Analisis Dan Bagaimana Pengenalan Malayan Union Tahun 1946 Membawa Kepada Kelahiran Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu

Bibliografi

1. Abu Bakar Hamid ..et al (1996). UMNO Johor 50 Tahun Memartabatkan Bangsa

Melayu. Johor Baharu. Yayasan Warisan Johor, Johor Baharu.

2. Abu Bakar Hamid & Md Ismail Zamzam (Edt.) (2002). Pejuang Terbilang. Johor

Baharu. Yayasan Warisan Johor, Johor Baharu.

3. Abu Bakar Hamid & Md Ismail Zamzam (Edt.) (2003). Tokoh Ternama. Johor Baharu.

Yayasan Warisan Johor, Johor Baharu.

4. Barbara Watson Andaya and Leonard Y.Andaya (2001). A History of Malaysia.

Palgrave. Hampshire.

5. Buyong Adil, (1980). Sejarah Johor. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa Dan Pustaka.

6. Ghazali bin Mayudin, (1978). Semasa Pendudukan Jepun 1942-1945. Kuala Lumpur.

7. Hari Ini Dalam Sejarah Jilid I, (1981). Arkib Negara Malaysia. Kuala Lumpur.

8. Hari Ini Dalam Sejarah Jilid II, (1982). Arkib Negara Malaysia. Kuala Lumpur.

9. Ramlah Adam, (1992). Dato’ Onn Jaafar Pengasas Kemerdekaan. Dewan Bahasa Dan

Pustaka.

27

Page 28: Analisis Dan Bagaimana Pengenalan Malayan Union Tahun 1946 Membawa Kepada Kelahiran Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu

10. Tan Sri Datuk Abdul Samad Idris,(1982). 25 Tahun Merdeka. Kuala Lumpur. Pustaka

Budiman.

11. Thajunnisa Mohamed Ibrahim, (1994). Tun Dr. Ismail: Kejora Timur Yang Mengerdip,

Kuala Lumpur. Utusan Publishing & Distributers Sdn. Bhd.

11. UMNO Bahagian Batu Pahat, (1971). Sejarah UMNO Suku Abad UMNO. Batu Pahat.

12. Wan Hashim Wan Teh, (2011). Hubungan Etnik di Malaysia. Kuala Lumpur. Institut

Terjemahan Negara Malaysia Berhad.

13. Sejarah Penubuhan UMNO

http://mforum.cari.com.my/archiver/?tid-153323.html

14. Hari Ini Dalam Sejarah UMNO

http://www.themalaysianinsider.com/sideviews/article/hari-ini-dalam-sejarah-umno-

aspan-alias/

28