perjanjian lesen pengguna akhir -...

60

Upload: dinhhanh

Post on 06-Feb-2018

229 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PERJANJIAN LESEN PENGGUNA AKHIR - …vault.smarttech.com/softwareeula/ed_software_bundle/ms/License.pdf · ditadbir oleh Konvensyen Bangsa-bangsa Bersatu berhubung Kontrak ... BEBAS

PERJANJIAN LESEN PENGGUNA AKHIR Terima kasih kerana menggunakan perisian kami. Perjanjian Lesen Pengguna Akhir ini ialah perjanjian perundangan antara SMART Technologies ULC (dirujuk sebagai “SMART”, “kita”, “kami” atau “(milik) kami”) dan anda (di mana “anda” atau “(milik) anda” termasuk organisasi, sekolah atau syarikat anda yang mana anda menggunakan atau memasang perisian bagi pihaknya). Anda menggambarkan dan menjamin bahawa anda mempunyai kuasa untuk menerima terma-terma ini dan, jika berkenaan, mengikat organisasi, sekolah atau syarikat anda dan memastikan semua pengguna akhirnya mematuhi terma-terma ini. Sekiranya anda remaja bawah umur, ibu bapa atau penjaga anda mesti menyetujui terma-terma ini bagi pihak anda. Dengan memasang atau menggunakan perisian, anda bersetuju untuk terikat dengan terma-terma ini. Sekiranya anda tidak bersetuju, sila jangan gunakan perisian ini. Sila baca seluruh perjanjian ini, termasuk semua terma terpaut, kerana bersama-sama ia mewujudkan kontrak yang mengikat anda. Kecuali terma lain mengiringinya, terma-terma ini juga boleh diterapkan kepada kemas kini, tampalan dan sebarang aplikasi berasaskan Internet atau mudah alih yang berkaitan. Perisian kami dilesenkan, bukan dijual. Kecuali undang-undang yang berkenaan memberi anda lebih hak, anda hanya boleh menggunakan perisian kami seperti yang dibenarkan secara jelas di dalam perjanjian ini. Dalam berbuat demikian, anda mesti mematuhi dan tidak cuba untuk memintas sebarang batasan teknikal dalam perisian yang membolehkan anda mengaktifkan atau menggunakannya dalam cara yang tertentu sahaja. Anda mungkin mempunyai hak-hak lain di bawah undang-undang negara anda. Perjanjian ini tidak mengubah hak-hak anda jika undang-undang negara anda tidak membenarkannya berbuat demikian. SMART MEMBERI ANDA DAN ANDA MENERIMA LESEN KEKAL TETAPI BOLEH DITARIK BALIK, TIDAK EKSKLUSIF, TIDAK BOLEH DIPINDAH MILIK DAN TIDAK BOLEH DIUNTUKKAN BAGI MENGGUNAKAN PERISIAN YANG TERTAKLUK KEPADA PERKARA BERIKUT: 1. BAHASA. Sebarang penterjemahan kami mungkin kami lakukan adalah untuk kesenangan dan sekiranya

terdapat percanggahan antara versi Bahasa Inggeris dan versi terjemahan, versi Bahasa Inggeris akan diutamakan dan mentadbir.

2. MENARIK BALIK LESEN ANDA. Sekiranya anda tidak mematuhi terma perjanjian ini, termasuk terma-terma terpaut, kami mungkin menarik balik lesen anda dan menamatkan perjanjian ini. Sekiranya itu terjadi, anda mesti berhenti menggunakan perisian dengan serta-merta dan memusnahkan semua salinan anda.

3. UNDANG-UNDANG YANG MENTADBIR. Perjanjian ini ditadbir oleh dan ditafsirkan menurut undang-undang Alberta, Kanada. Anda bersetuju dan tidak boleh menarik balik persetujuan anda, bahawa sebarang pertikaian, termasuk litigasi, yang melibatkan perjanjian ini atau SMART mesti dibawa ke mahkamah di Bandar Calgary, Wilayah Alberta. Anda tidak akan membuat sebarang dakwaan bahawa anda tidak tertakluk kepada bidang kuasa mahkamah sedemikian, bahawa tempatnya tidak sesuai, bahawa forumnya menyulitkan atau sebarang bantahan, dakwaan atau pertikaian yang serupa. Perjanjian ini tidak akan ditadbir oleh Konvensyen Bangsa-bangsa Bersatu berhubung Kontrak untuk Penjualan Barangan Antarabangsa, yang mana aplikasinya dikecualikan secara jelas. Walau apa pun, anda bersetuju bahawa SMART akan tetap layak memohon remedi injuktif (atau sebarang jenis relief perundangan mendesak yang setara) di mana-mana bidang kuasa.

Page 2: PERJANJIAN LESEN PENGGUNA AKHIR - …vault.smarttech.com/softwareeula/ed_software_bundle/ms/License.pdf · ditadbir oleh Konvensyen Bangsa-bangsa Bersatu berhubung Kontrak ... BEBAS

4. PENEPIAN TINDAKAN KELAS. Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang, mana-mana dan semua prosiding bagi menyelesaikan atau mengurangkan pertikaian mesti dijalankan atas kapasiti individu semata-mata. Anda mahupun SMART tidak akan berusaha untuk menjadikan pertikaian didengar sebagai tindakan kelas, tindakan umum peguam persendirian, atau dalam mana-mana prosiding lain di mana salah satu pihak bertindak, atau mencadangkan untuk bertindak, dalam kapasiti perwakilan.

5. TERMA TERPAUT. Anda juga terikat dengan terma dan syarat berikut:

Terma Penggunaan (http://www.smarttech.com/Home+Page/Legal/Legal+Notice) Dasar Privasi (https://smarttech.com/Legal/Privacy+Policy)

Sekiranya terdapat konflik atau variasi antara terma terpaut dan terma dalam isi perjanjian ini, terma dalam isi perjanjian ini akan diutamakan dan mentadbir. Sekiranya atas sebarang sebab anda tidak dapat mengakses pautan-pautan ini, sila hubungi SMART di alamat yang disenaraikan di Seksyen 17 dan salinan akan diberikan kepada anda.

6. JAMINAN TERHAD. SMART memberi jaminan kepada anda bahawa perisian, jika dipasang dan digunakan

dengan betul, akan beroperasi menurut spesifikasi yang diterbitkan selama tempoh sembilan puluh (90) hari dari tarikh pembelian. Tertakluk kepada kelayakan di bawah program penyelenggaraan (jika ada), anda menanggung seluruh kos bagi semua penaikan taraf, penservisan, pembaikan atau pembetulan perisian yang perlu. Satu-satunya kewajipan SMART di bawah jaminan terhad ini ialah, atas pilihan dan perbelanjaan SMART, untuk sama ada a) membayar balik harga pembelian yang dibayar oleh anda bagi perisian yang cacat; atau b) menggantikan perisian yang cacat dengan perisian yang memenuhi spesifikasi SMART yang diterbitkan dan berkenaan. Sebarang penggantian perisian akan dijamin selama baki tempoh jaminan asal iaitu tiga puluh (30) hari, mana yang lebih lama.

7. TIADA JAMINAN. SELAIN DARIPADA JAMINAN TERHAD SEPERTI YANG DINYATAKAN DI SEKSYEN 6 DI ATAS, PERISIAN INI DISEDIAKAN “SEADANYA” DAN PENGGUNAANNYA ADALAH ATAS RISIKO ANDA SENDIRI. SETAKAT MAKSIMUM YANG DIBENARKAN OLEH UNDANG-UNDANG YANG BERKENAAN, SMART DAN PEMBEKAL, PEMBERI LESEN, PENGEDAR DAN WAKIL PENJUALNYA MENOLAK SEMUA JAMINAN DAN SYARAT, SAMA ADA SECARA TERSURAT ATAU TERSIRAT, TERMASUK, TETAPI TIDAK TERHAD KEPADA, JAMINAN TERSURAT KEBOLEHDAGANGAN, KESESUAIAN UNTUK TUJUAN TERTENTU, HAK MILIK, PENIKMATAN SENYAP DAN KETAKLANGGARAN HAK BERHUBUNG PERISIAN DAN PRODUK SMART DAN MANA-MANA KOMPONEN YANG BERKAITAN, DAN PENGUNTUKAN ATAU KEGAGALAN MEMBEKALKAN PERKHIDMATAN SOKONGAN. SMART TIDAK MENJAMIN BAHAWA OPERASI PERISIAN INI ADALAH ATAU AKAN BEBAS GANGGUAN, BEBAS KECACATAN ATAU AKAN MEMENUHI KEPERLUAN ANDA.

8. TIADA LIABILITI. Setakat maksimum yang dibenarkan oleh undang-undang yang berkaitan, dalam apa jua keadaan SMART atau pembekal, pemberi lesen, wakil penjual atau pengedarnya tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerosakan khas, sampingan, tidak langsung, teladan, turutan atau punitif apa jua jenisnya (termasuk, tanpa had, kerosakan bagi sebarang kecederaan kepada mana-mana individu atau harta benda, kerosakan atas kehilangan keuntungan, gangguan perniagaan, kehilangan maklumat perniagaan, kehilangan privasi, kerosakan atas pemerolehan barangan atau perkhidmatan ganti, kerosakan atas kehilangan penggunaan, kehilangan data, kerosakan atas kegagalan memenuhi sebarang kewajipan termasuk kewajipan berlaku jujur atau penjagaan munasabah, atas kecuaian atau sebarang kehilangan kewangan lain) yang timbul daripada penggunaan atau ketakupayaan untuk menggunakan perisian atau mana-mana komponennya atau penguntukan atau kegagalan membekalkan perkhidmatan sokongan, sama ada berdasarkan kontrak, tort, kecuaian, liabiliti ketat atau lain-lain, walaupun jika SMART atau pembekal, pemberi lesen, wakil penjual atau pengedarnya telah dinasihatkan tentang kebarangkalian kerosakan

Page 3: PERJANJIAN LESEN PENGGUNA AKHIR - …vault.smarttech.com/softwareeula/ed_software_bundle/ms/License.pdf · ditadbir oleh Konvensyen Bangsa-bangsa Bersatu berhubung Kontrak ... BEBAS

sedemikian. DALAM APA JUA KES, SELURUH LIABILITI SMART DI BAWAH PERJANJIAN INI TIDAK AKAN MELEBIHI SEPULUH DOLAR KANADA ($10.00).

9. MAKLUM BALAS. Kami amat menghargai cadangan anda tetapi sila sedar bahawa sebarang komen, maklum balas atau idea yang anda kongsikan dengan kami yang bukan di bawah perjanjian ketakdedahan akan dikendalikan sebagai tidak sulit dan anda akan, dan dengan ini, menguntukkan kepada kami semua hak, hak milik dan kepentingan terhadapnya. Ini bermaksud kami bebas untuk menggunakannya untuk sebarang tujuan, tanpa pampasan, penghargaan atau kewajipan lain apa jua jenisnya terhadap anda. Individu di bawah usia tiga belas (13) tahun tidak boleh memberikan maklumat peribadi kepada kami.

10. SEKATAN EKSPORT: Anda bersetuju bahawa anda akan mematuhi semua undang-undang dan peraturan

domestik serta antarabangsa yang berkenaan dengan perisian. Terutamanya, anda bersetuju bahawa anda tidak akan mengeksport atau mengeksport semula perisian (termasuk komponen) atau sebarang proses atau perkhidmatan yang merupakan produk langsung perisian ke mana-mana negara, individu atau entiti yang tertakluk kepada sekatan eksport Kanada, Amerika atau negara anda sendiri.

11. HAK TERHAD KERAJAAN A.S. Perisian kami ialah “Item Komersial”, kerana istilah itu ditakrifkan di 48 CFR 2.101, terdiri daripada “Perisian Komputer Komersial” dan “Dokumentasi Perisian Komputer Komersial”, kerana istilah itu digunakan di 48 CFR 12.212 atau 48 CFR 227.7202, jika berkenaan. Konsisten dengan 48 CFR 12.212 atau 48 CFR 227.7202-4, jika berkenaan, Perisian Komputer Komersial dan Dokumentasi Perisian Komputer Komersial dilesenkan kepada pengguna akhir Kerajaan AS (a) hanya sebagai Item Komersial, dan (b) dengan hak-hak tersebut sahaja seperti yang diberikan kepada semua pengguna akhir lain menurut terma dan syarat perjanjian ini.

12. KETAKSAHAN PERUNTUKAN. Sekiranya mana-mana peruntukan perjanjian ini tidak sah, menyalahi undang-

undang atau tidak boleh dikuatkuasakan dari apa jua segi, peruntukan sedemikian akan termansuh daripada perjanjian ini atau terma terpaut, dan kesahan, keundangan atau kebolehkuatkuasaan peruntukan selebihnya tidak akan terjejas dalam apa jua cara. Kegagalan oleh satu pihak untuk menggunakan mana-mana hak tidak akan berfungsi sebagai penepian hak pihak sedemikian untuk menggunakan hak sedemikian atau mana-mana hak lain pada masa akan datang.

13. PENYERAHAN HAK. Anda tidak boleh menyerahkan hak perjanjian ini atau lesen anda tanpa persetujuan

bertulis daripada kami terlebih dahulu, yang tidak akan kami berikan. Sebaliknya, SMART boleh menyerahkan hak perjanjian ini tanpa persetujuan anda. Tertakluk kepada yang di atas, perjanjian ini akan mengikat pada dan tersedia untuk faedah pihak-pihak dan wakil sah, pewaris dan orang yang mereka tetapkan. Tiada apa dalam perjanjian ini akan melayakkan mana-mana individu selain daripada anda dan SMART dan pewaris serta orang yang mereka tetapkan untuk membuat tuntutan, kuasa tindakan, remedi atau hak apa jua jenisnya berhubung isi perjanjian ini.

14. SELURUH PERJANJIAN. Perjanjian ini, bersama dengan terma-terma terpautnya, membentuk seluruh

pemahaman pihak-pihak dan mengatasi semua Perjanjian Lesen Pengguna Akhir terdahulu, penggambaran, rundingan, dokumen tender dan usul antara pihak-pihak berkenaan berhubung isi perjanjian ini.

15. KETAKATAN. Kewajipan yang digariskan di bahagian mukadimah dan Seksyen 1 hingga akan kekal efektif

walaupun sekiranya perjanjian ini ditamatkan. 16. MENGHUBUNGI ANDA. Kami, atau wakil sah SMART, mungkin memberikan notis atau menghubungi anda

tentang perjanjian ini atau perisian kami sama ada melalui: a) menghantar e-mel atau mel biasa ke alamat

Page 4: PERJANJIAN LESEN PENGGUNA AKHIR - …vault.smarttech.com/softwareeula/ed_software_bundle/ms/License.pdf · ditadbir oleh Konvensyen Bangsa-bangsa Bersatu berhubung Kontrak ... BEBAS

yang kami ada di dalam fail untuk anda; b) memberikan pemberitahuan tentang program SMART Product Updater, yang boleh diakses melalui pilihan 'Check for Updates” di tab menu “Help” perisian; atau c) menyiarkan mesej di laman web Terma Penggunaan (lihat Seksyen 5). Anda faham dan bersetuju bahawa sekiranya anda menggunakan perisian kami selepas tarikh di mana kami memberikan notis kepada anda yang menyatakan bahawa terma perjanjian ini atau terma terpaut sudah berubah, anda akan menyetujui dan menerima terma yang dikemas kini itu.

17. ADA SOALAN UNTUK KAMI? Kami bersedia untuk menjawabnya:

SMART Technologies ULC Attention: Legal Department 3636 Research Road N.W. CALGARY, AB CANADA T2L 1Y1 +1.403.245.0333

Terakhir Dipinda: 14 Februari, 2014; 192534_2 © 2014 SMART Technologies ULC