gimnastik

7
Kemahiran Gimnastik Kemahiran yang dipilih dalam tugasan ini ialah kemahiran atas alang imbangan yang terbahagi kepada dua iaitu kemahiran cara-cara menaiki alang imbang dan imbangan di atas alang imbang. Gambar rajah 1 : Kemahiran Atas Alang Imbang Secara umumnya, imbangan bermakasud kestabilan. Dalam bidang gimnastik, melakukan imbangan atas alang adalah suatu keadaan apabila seseorang peserta itu melakukan imbangan di atas alang imbang selama beberapa minit. Setiap kemahiran atas alang imbang ini yang dilakukan dengan fokus akan membuatkan pergerakan di atas alang ini menjadi sempurna. Pergerakan yang boleh dilakukan dalam kemahiran ini melibatkan pergerakan static dan pergerakan dinamik. Misalnya, dalam kemahiran cara-cara menaiki alang para peserta boleh melakukan tiga cara menaiki alang iaitu cara gaya duduk kaki terbuka, gaya berlutut dan gaya menghambur dan dekam. Manakala bagi kemahiran imbangan di atas alang imbang terbahagi kepada enam elemen iaitu Imbangan T, Imbangan Arabesque, Imbangan Bangau, Imbangan cara- cara menaiki alang imbang imbanga n di atas alang imbang kemahir an atas alang imbang

Upload: lidyamundugayu

Post on 08-Dec-2015

264 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

a

TRANSCRIPT

Page 1: gimnastik

Kemahiran Gimnastik

Kemahiran yang dipilih dalam tugasan ini ialah kemahiran atas alang imbangan yang

terbahagi kepada dua iaitu kemahiran cara-cara menaiki alang imbang dan imbangan di

atas alang imbang.

Gambar rajah 1 : Kemahiran Atas Alang Imbang

Secara umumnya, imbangan bermakasud kestabilan. Dalam bidang gimnastik,

melakukan imbangan atas alang adalah suatu keadaan apabila seseorang peserta itu

melakukan imbangan di atas alang imbang selama beberapa minit. Setiap kemahiran atas

alang imbang ini yang dilakukan dengan fokus akan membuatkan pergerakan di atas alang

ini menjadi sempurna. Pergerakan yang boleh dilakukan dalam kemahiran ini melibatkan

pergerakan static dan pergerakan dinamik. Misalnya, dalam kemahiran cara-cara menaiki

alang para peserta boleh melakukan tiga cara menaiki alang iaitu cara gaya duduk kaki

terbuka, gaya berlutut dan gaya menghambur dan dekam. Manakala bagi kemahiran

imbangan di atas alang imbang terbahagi kepada enam elemen iaitu Imbangan T, Imbangan

Arabesque, Imbangan Bangau, Imbangan Dekam, Imbangan Bentuk V dan Imbangan

Bentuk L. Dalam gimnastik artistik, imbangan atas alang imbang merupakan salah satu

daripada Corak Pergerakan Utama (DMP-Dominant Movement Patterns) yang dilakukan

oleh peserta dalam pertandingan gimnastik.

cara-cara menaiki

alang imbang

imbangan di atas alang

imbang

kemahiran atas alang

imbang

Page 2: gimnastik

1. Cara-cara Menaiki Alang Imbang

Gambar rajah 2 : Cara-cara Menaiki Alang Imbang

a. Gaya Duduk Kaki Terbuka

Semasa melakukan cara-cara menaiki alang imbang langkah pertama yang

perlu dilakukan ialah :

i. berdiri di sisi alang imbang dengan cara badan atlet mengahadap

alang imbang tersebut.

ii. Tangan kedua-dua belah atlet perlulah diletakan di atas alang

sebelum melakukan lompatan sebagai sokongan kepada anggota

badan.

iii. Seterusnya, atlet melompat dengan kedua-dua belah tangan

diluruskan untuk menyokong badan atlet.

iv. Atlet perlulah mengangkat sebelah kaki( kanan) dalam keadaan lurus

ke atas sehingga melepasi paras ketinggian alang imbang.

v. Pusingkan seluruh badan ke kiri dengan bantuan kedua-dua belah

tangan.

vi. Justeru, atlet perlulah duduk secara kaki terbuka di atas alang

imbang dimana hujung kaki sentiasa menghala ke bawah badan.

vii. Akhir sekali untuk kemahiran gaya duduk kaki terbuka ini ialah atlet

perlulah meluruskan kedua-dua belah tangan ke atas, dongakkan

kepala dan tegakan badan.

cara-cara menaiki

alang

gaya duduk kaki

terbuka

gaya berlutut

gaya menghambur

dan dekam

Page 3: gimnastik

b. Gaya Berlutut

i. Langkah pertama, atlet berdiri di sisi alang imbang ssecra menghadap

ke arah alang imbang.

ii. Kedua, atlet perlulah meletakkan kedua-dua belah tangan di atas

imbang alang

iii. Ketiga, atlet melakukan lompatan dan lakukan sokongan badan buat

seketika untuk meningkatkan tahap kestabilan badan.

iv. Keempat, hayunkan sebelah kaki ( kanan ) ke atas secara lurus.

Sementara itu, kaki kanan tersebutboleh direhatkan di atas alang

imbang sebelum memusingkan badan

v. Kelima, hujung kedua-dua belah kaki hendaklah sentiasa menghala

kea rah bawah untuk meningkatkan kesempurnakan pergerakan

tersebut.

vi. Keenam, atlet tersebut perlulah memusingkan badan dan letakkan

lutut kiri di atas alang imbang. Sementara itu, kaki kiri tersebut

perlulah dalam keadaan lurus dan tegak ke belakang

vii. Akhir sekali, kedua-dua belah tangan lurus dan tegak diikuti kepala

atlet didongakkan.

c. Gaya menghambur dan dekam

i. Berdiri di sisi alang imbang secara menghadap ke arah alang

merupakan langkah pertama dalam gaya menghambur dan dekam

ii. Selain itu, atlet haruslah meletakkan kedua-dua belah tangan di atas

alang imbangan dan sokong badan dengan menggunakan tangan

untuk sementara waktu untuk mengemaskan lagi pergerakan.

iii. Kaki kanan mestilah diletakan di atas alang terlebih dahulu di ruang

antara tapak tangan

iv. Kaki tangan digerakan terlebih dahulu sebelum kaki kiri

v. Akhir sekali, duduk secara berdekam di atas alang imbang dengan

mendonggakkan kepala dan imbangkan badan

Page 4: gimnastik

2. Imbangan Di Atas Alang Imbang

Gambar Rajah 3 : Imbangan Di Atas Alang Imbang

a. Imbangan ‘T’

i. Langkah pertama, para atlet berdiri di atas alang imbang

ii. Setelah itu, para atlet haruslah mengimbangi badan mereka dengan

menggunakan bebola kaki

iii. Kedua-dua belah tangan haruslah ke sisi dan lakukan imbangan ‘T’

b. Imbangan Arabesque

i. Atlet perlulah berdiri di atas alang imbang dengan cara yang betul

ii. Kedua-dua tangan kiri dan kanan perlulah didepakan ke sisi dan lakukan

imbangan ‘T’ apabila keadaan sudah stabil

iii. Seterusnya, atlet perlulah menaikkan sebelah kaki bukan dominan secara

pelahan-lahan sehingga tapak kaki berehat di sisi lutut

iv. Akhir sekali, berdiri di atas bebola kaki dan imbangkan badan secara

sempurna

c. Imbangan Bangau

i. Atlet berdiri di atas alang imbang terlebih dahulu sebelum melakukan

pergerakan yang lain

ii. Hulurkan kedua-dua belah tangan ke belakang bahu ( ke atas atau ke sisi )

imbangan 'T'

Imbangan Arabesque

Imbangan Bangau

Imbangan Dekam

Imbangan Bentuk 'V'

Imbangan Bentuk 'L'

Page 5: gimnastik

iii. Berdiri menggunakan sebelah kaki sahaja. Atlet perlulah berdiri

menggunakan kaki dominan

iv. Kaki yang bukan dominan, perlulah diangkatkan ke belakang secara lurus ke

atas

v. Langkah yang terakhir, imbangkan badan dengan menggunakan bebola kaki

dominan sekiranya atlet mampu melakukannya

d. Imbangan Dekam

i. Para atlet diminta untuk berdiri di atas alang imbang

ii. Kedua-dua belah tangan perlulah dihulurkan ke sisi

iii. Bengkokkan lutut dan rendahkan badan sehingga duduk berdekam dalam

keadaan yang selesa

iv. Naikkan kedua-dua tumit supaya berat badan terletak di atas bebola kai dan

imbangan badan

v. Para atlet boleh melakukan imbangan secara selari dengan alang imbang

atau secara menghaddap ke sisi alang imbang ( pusingkan badan )

e. Imbangan Bentuk ‘V’

i. Langkah pertama, atlet perlulah naik dan duduk di atas alang imbang dengan

kedua-dua belah kaki lurus di atas alang imbang

ii. Kedua-dua belah tangan atlet hendaklah memegang alang imbang di sisi

badan

iii. Angkat kedua-dua belah kaki secara rapat dan serentak lurus k etas

sehingga membentuk ‘V’ dengan badan

iv. Hujung kaki perlulah menuju ke arah atas secara lurus

v. Kedua-dua belah kaki perlulah ditegakkan dan imbangkan badan secara

sempura

vi. Atlet boleh melakukan imbangan secara selari dengan alang imbang atau

secara menghadap ke sisi alang imbang tersebut

vii. Lakukan pergerakan dengan sempurna

f. Imbangan Bentuk ‘L’

i. Para atlet boleh naik dan duduk di atas alang imbang terlebih dahulu dengan

kedua-dua belah kaki lurus ke hadapan

ii. Kedua-dua belah tangan memegang alang imbang di sisi badan

iii. Kedua-dua belah tangan perlulah diangkatkan secara serntak dan luruskan

tangan ke hadapan

iv. Badan perlulah ditegakkan,kepala mendongak ke hujung kaki menghala ke

hadapan

v. Imbang badan dalam kedudukan ini dengan sempurna

Page 6: gimnastik