geografi tingkatan 2: nota bab 7 taburan penduduk

4
1

Upload: syahrul

Post on 18-Jun-2015

14.977 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Geografi tingkatan 2: Nota Bab 7 Taburan Penduduk

1

Page 2: Geografi tingkatan 2: Nota Bab 7 Taburan Penduduk

KAWASAN BERPENDUDUK PADAT Lazimnya melebihi 200 orang 1 km2. Kawasannya terdapat di

o Lembah Klang dan Lembah Kintao Delta Kelantan, Dataran Kedah,

Delta Terengganu.o Pulau Pinang, Seberang Peraio Bandar-bandar utama seperti Melaka,

Johor Bharu, Kuantan, Kuching, Kota Kinabalu dan Sandakan.

KAWASAN BERPENDUDUK SEDERHANA Lazimnya melebihi 51 hingga 200 orang

1 km2. Di sekitar kawasan pertanian dan

perikanan utama.o Tanah rendah dan beralun di pantai

barat Semenanjung.o Kelantan Utara dan tanah pamah

Kuala Terengganu.o Pantai barat Sabah dan Sarawak.o Sepanjang lembah Sungai Rajang.

KAWASAN BERPENDUDUK JARANG Lazimnya kurang daripada 50 orang 1

km2. Kawasan pedalaman dan kawasan tanah

tinggi yang berhutan tebal.o Kawasan tanah tinggi di

Semenanjung Malaysia.o Kawasan pedalaman yang terpencil

di Sabah dan Sarawako Kawasan paya air tawar di

pedalaman Semenanjung Malaysia (Tasik Chini).

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI TABURAN

PENDUDUK MALAYSIA

1. BENTUK MUKA BUMI Kawasan tanah pamah menjadi tumpuan

utama sepertio dari utara Perlis ke Taipingo dari Lembah Kinta ke Teluk Intano dari Kuala Kubu Baru ke Lembah

Klang hingga Serembano dari Melaka ke Batu Pahat dan

sekitar Johor Bharu. Penduduk turut bertumpu di kawasan

bersaliran baik. Banyak petempatan awal dibina di kawasan lembah sungai.o Lembah Sungai Kinabatangan, Sabaho Lembah Sungai Rajang, Sarawak

(sederhana padat) Lazimnya kawasan berhutan tebal amat

jarang penduduknya kecuali berpotensi untuk dimajukan atau bernilai komersil.o Tanah Tinggi Cameron (Pahang)o Kundasang (Sabah)o Tanah Tinggi Genting.

2. KEGIATAN SOSIO-EKONOMI Pelbagai kegiatan ekonomi menjadikan

sesuatu tempat sebagai tumpuan penduduk.

Antara aktivitinya adalah perindustrian, pertanian, perikanan, perlombongan dan perniagaan.o Dataran Kedah-Perlis, Delta

Kelantan, Deltan Terengganu (Padi)o Seremban, Lahad Datu (Getah)

o Teluk Intan, Kuala Pilah, Kluang, Layang-layang, Tawau (Kelapa sawit)

3. SUMBER MINERAL Lembah Klang dan Lembah Kinta bermula

dengan kawasan perlombongan bijih timah.

Bandar yang berkembang hasil perlombongan bijih timah ialaho Kuala Lumpuro Ipoho Taiping

Kerteh, Port Dickson, Lutong – pusat menapis petroleum

Bintulu – mencairkan gas asli. Luar pantai Terengganu, Sabah dan

Sarawak – cari gali petroleum.

4. DASAR KERAJAAN Kerajaan telah memperkenalkan Dasar

Perindustrian Negara (DPN) dan Dasar Pertanian Negara dalam usaha memajukan perdagangan dan perindustrian Negara.

Kawasan Zon Perindustrian Bebas diperkenalkan melalui DPN yang menggalakkan pembinaan estet perindustrian terancang seperti:o Sungei Way, Teluk Panglima Garang

(Selangor)o Pasir Gudang (Johor)o Bayan Lepas, Perai (P.Pinang)o Jelapang, Kinta (Perak)o Telok Kalong (Kemaman)o Sama Jaya (Sarawak)

Pembukaan FELDA bagi memajukan kegiatan pertanian turut mempengaruhi taburan penduduk Malaysia.

5. PENGANGKUTAN DAN PERHUBUNGAN Jaringan pengangkutan yang padat –

penduduk yang padat. Pengangkutan membantu perkembangan

perindustrian, perdagangan, perniagaan. Bahan mentah dan hasil kilang mudah

diangkut dan dieksport. Lebuh raya Utara-Selatan membantu

perkembangan o Sungai Petani (Kedah)o Jelapang (Perak)o Bukit Tengah (Seberang Perai)o Senai (Johor)

Pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang menyebabkan penduduk bertumpu ke situ.

Pekan Masai di Johor menjadi tumpuan penduduk kerana berhampiran dengan Pelabuhan Pasir Gudang.

6. SEJARAH Petempatan awal Negara Malaysia terletak

di muara sungai, tebing sungai dan pinggir laut.

Selat Melaka menjadi jalan perkapalan dan perdagangan.

Kawasan ini akhirnya menjadi tumpuan penduduk di pantai barat Semenanjung Malaysia.

Kawasan yang kaya dengan bijih timah menjadi tumpuan sebilangan kaum cina.

Kawasan lading-ladang getah pula didominasi oleh pendatang India.

Mereka dibawa masuk oleh Penjajah British.

SOALAN RAMALAN PEPERIKSAAN

1. Antara berikut, pasangan manakah yang benar?

Bandar Kepadatan Penduduk

I Bario Padat

II Tasik Chini Jarang

III Kota Kinabalu Padat

IV Bintulu Jarang

A. I dan IIB. II dan IIIC. III dan IVD. I dan IV

2.

Senarai tempat-tempat di atas berpenduduk padat kerana merupakan pusatA. PentadbiranB. PerlombonganC. Menapis minyakD. Pengumpulan hasil

pertanian

SerembanKlangKuching

2