geografi alam sekitar manusia stpm-penduduk

22
PENDUDUK BAB 1 KONSEP PENDUDUK 1.1. KONSEP PENDUDUK 1.1.1. PENDUDUK SEBAGAI SUMBER Penduduk di dalam sesebuah negara dianggap sebagai sumber manausia yang penting dan berharga kepada negara berkenaan. Penduduk diukur dari segi kuantiti dan kualiti. 1.1.1.1 Secara kuantiti Sumber manusia diukur dari aspek bilangan atau jumlah penduduk atau saiz penduduk yang dimiliki, taburan penduduk dan struktur umur dan jantina. Negara yang ramai penduduk mempunyai tenaga kerja yng cukup untuk menjana pembangunan ekonomi, kutipan cukai, saiz pasaran luas dan bilangan tentera yang ramai. 1.1.1.2. secara kualiti sumber manusia diukur melalui ciri-ciri fizikal dan kesihatannya, tahap pendidikan, kemahiran, keterbukaan, mobiliti. Ciri- ciri ini ditentukan oleh perancanagan sumber manusia yang berkesan seperti peranacangan kelahiran, penjagaan kesihatan, pendidikan, latihan dan pembangunan ekonomi yang matang. 1.1.2.0 PENDUDUK SEBAGAI AGEN PERUBAHAN 1.1.2.1 Perubahan Sosioekonomi Pendudukan sebagai sumber tenaga penting menukarkan ekonomi tradisional kepada ekonomi moden- pertanian kepada industri dan perkhidmatan Dari segi sosial sektor pendidikan, kesiahatn, teelekomunikasi berkembang kerana adanya penduduk yang berkualiti dan mencukupi

Upload: ezul20

Post on 15-Jun-2015

14.517 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Geografi Alam Sekitar Manusia Stpm-penduduk

PENDUDUK

BAB 1

KONSEP PENDUDUK

1.1. KONSEP PENDUDUK

1.1.1. PENDUDUK SEBAGAI SUMBER

Penduduk di dalam sesebuah negara dianggap sebagai sumber manausia yang penting dan berharga kepada negara berkenaan. Penduduk diukur dari segi kuantiti dan kualiti.

1.1.1.1 Secara kuantiti

Sumber manusia diukur dari aspek bilangan atau jumlah penduduk atau saiz penduduk yang dimiliki, taburan penduduk dan struktur umur dan jantina. Negara yang ramai penduduk mempunyai tenaga kerja yng cukup untuk menjana pembangunan ekonomi, kutipan cukai, saiz pasaran luas dan bilangan tentera yang ramai.

1.1.1.2. secara kualiti

sumber manusia diukur melalui ciri-ciri fizikal dan kesihatannya, tahap pendidikan, kemahiran, keterbukaan, mobiliti. Ciri- ciri ini ditentukan oleh perancanagan sumber manusia yang berkesan seperti peranacangan kelahiran, penjagaan kesihatan, pendidikan, latihan dan pembangunan ekonomi yang matang.

1.1.2.0 PENDUDUK SEBAGAI AGEN PERUBAHAN

1.1.2.1 Perubahan Sosioekonomi

Pendudukan sebagai sumber tenaga penting menukarkan ekonomi tradisional kepada ekonomi moden- pertanian kepada industri dan perkhidmatanDari segi sosial sektor pendidikan, kesiahatn, teelekomunikasi berkembang kerana adanya penduduk yang berkualiti dan mencukupi

1.1.2.2. Perubahan landskap budaya (Alam sekitar Manusia)

Fenomena budaya dilihat menerusi kewujudan petempatan, pusat perindustrian, Jaringan pengangkutan, telekomunikasi fenomena pembandaran, pelabagai guna tanah pertanian. Fenomena ini terhasil daripada gubahan manusia ke atas alam sekitar fizikal.

1.1.2.3. Perubahan landskap fizikal (Alam sekitar fizikal)

Manusia bertindak terhadap persekitaran fizikal dengan pelbagai cara. Manausia bertindak terhadap tanih, air, udara, flora dan fauns. Penggubahan ini mendatang kesan ke atas landskap

Page 2: Geografi Alam Sekitar Manusia Stpm-penduduk

fizikal seperti penebukan bukit, penarahan dan pemotongan bukit, aktiviti penyahhutanan seperti pembalakan, pertanian, penorokaan tanah baru, pembinaan empangan dsb.

BAB 2

TABURAN PENDUDUK

1.2.1 Konsep Taburan dan Kepadatan Penduduk.

Taburan penduduk bermaksud sebaran atau agihan penduduk di atas ruang bumi . Sebaran ini menghasilkan taburan penduduk yang tidak sekata iaitu kawasan yang berpenduduk padat, sederhana padat, dan berpenduduk jarangKepadatan penduduk pula bermaksud nisbah diantara jumlah penduduk di sesebuah kawasan berbanding dengan keluasannya. Formula kepadatan penduduk dikira dengan kaedah berikut :

1.2 TABURAN PENDUDUK MALAYSIA

Contoh Soalan

Berdasarkan jadual di bawah kira kepadatan penduduk negeri-negeri di Malaysia tahun 1996 dan lukis peta koroples yang menunjukkan taburan penduduk Malaysia pada tahun 1996.

1.3 MENGAPA TABURAN PENDUDUK TIDAK SEIMBANG

a) Faktor Fizikal

i. bentuk muka bumi yang berbeza – tanah tinggi – jarang penduduktanah rendah – tumpuan penduduk

b) Faktor Ekonomi

i. pusat perindustrianii. pusat perdaganganiii. pusat perniagaan

c) Faktor Politik

Page 3: Geografi Alam Sekitar Manusia Stpm-penduduk

i. pusat pentadbiranii. dasar kerajaan

d) Faktor Sosial

i. pusat pendidikanii. pusat kegiatan budaya dan social

e) Faktor kemudahan pengangkutan

i. jalan raya yang baikii. jalan kereta api yang baikiii. pengangkutan awam yang cekap

f) Faktor Sejarah

i. Lebih awal dimajukan/dibuka/ diberi tumpuanii. Penghijrahan dari luar.

1.4 LANGKAH MENSEIMBANGKAN TABURAN PENDUDUK

a) Membangunkan kawasan luar Bandarb) Menyediakan kemudahan pembandaran di kawasan luar Bandarc) Membina pusat-pusat pengajian tinggi di luar bandard) Mengadakan rancangan-rancangan pembangunan wilayah- pembukaan wilayah barue) Memodenkan sector pertanianf) Membawa industri ke kawasan luar bandar.

BAB 3

PERTUMBUHAN PENDUDUK

A) Konsep Perumbuhan Penduduk

- merujuk kepada satu angka yang dapat menunjukkan satu arah pertambahan penduduk sama ada pesat, perlahan, static atau berkurangan di sesbuah negara dalam suatu tempoh tertentu. Angka ini diukur dalam unit % atau per/1000 orang. Misalnya pertumbuhan penduduk Malaysia pada tahun 1999 ialah 2.5% atau 25 orang/1000 (Pertambahan seramai 25 orang bagi setiap 1000 orang penduduk)- Kadar pertumbuhan penduduk dibahagikan kepada 2 jenis iaitua) kadar pertumbuhan penduduk semula jadi – kadar pertumbuhan kasarb) kadar pertumbuhan bersih – mengambil kira perbezaan migrasi dan emigrasi

B) Mengira kadar petumbuhan penduduk semula jadi

Page 4: Geografi Alam Sekitar Manusia Stpm-penduduk

Formula : Peratus kadar kelahiran-peratus kadar kematianLangkah-langkah pengiraan :Kadar kelahiran kasar = bilangan kelahiran--------------------- x 1000Jumlah penduduk

Peratus kadar kelahiran = Kadar Kelahiran Kasar--------------------------- x 1001000

i. Kadar Kematian kasar = Jumlah kematian-------------------- x 1000Jumlah penduduk

Peratus kadar kematian = kadar kematian kasar-------------------------- x 1001000

Contoh data Malaysia pada tahun 2000Jumlah penduduk 25 000 000 orangJumlah kelahiran 600 000 orangJumlah kematian 90 000 orang

PERTUMBUHAN PENDUDUK DUNIA

C) Faktor- factor yang mempengaruhi Pertumbuhan Penduduka) Kadar Kelahiranb) Kadar Kematian

Ca) Faktor-faktor yang mempengaruhi kadar kelahiran tinggi (Negara Membangun)i. kadar fertility tinggi- kahwin di usia mudaii. kegagalan amalan perancangan keluargaiii. tahap pendidikan rendahiv. tahap kesihatan yang baik – penjagaan kesihatan ibu dan bayi- mengurangkan risiko kematia ibu dan bayiv. dasar kerajaan – menggalakkan bilangan penduduk ramai untuk pembangunan ekonomi.

Cb) Faktor-faktor yang mempengaruhi kadar kelahiran rendah (Negara maju)

i. kadar fertility rendah – kahwin di usia yang lewatii. amalan perancangan keluarga- mengehadkan bilangan ahli keluarga kerana kesibukan tugas /

Page 5: Geografi Alam Sekitar Manusia Stpm-penduduk

kos hidup tinggiiii. wanita berkerjaya dan berpendidikan tinggi – lebih suka hidup membujangiv. dasar kerajaan mengehadkan bilangan anak untuk mengelakkan kesesakan tempat tinggal – jepun dan singapura

Cc) Faktor-faktor yang menyebabkan kadar kematian tinggi (negara membangun)i. taraf hidup yang rendah – kurang zat makanan, penjagaan kesihatan yang tidak baikii. taraf kesihatan yang rendah- banyak wabak penyakit yang merebak dan tidak dapat dikawal.iii. Politik- perang saudara, pencerobohaniv. Adat/agama – adat yang menggalakkan suami mati isteri membunuh diri (system sutee di India0

Cd) Faktor-faktor yang mempengaruhi kadar kematian rendah (negara maju)i. taraf hidup tinggi- makanan berzat, seimbang, kesedaran penjagaan kesihatanii. taraf perubatan dan kesihatan moden- banyak penyakit berbahaya boleh diubati dengan kaedah rawatan modeniii. dasar kerajaan- membasmi penyakit dari awal – imunisasiiv. pendidikan kesihatan sejak dari sekolah tentang amalan hidup sihat

DASAR KEPENDUDUKAN NEGARA

1. Malaysia telah melaksanakan satu dasar kependudukan iaitu untuk mencapai matlamat negara Malaysia mempunyai 70 juta penduduk dalam tempoh 100 tahun akan datang.2. Dasar kependudukan ini dilaksanakan adalah untuk mempastikan pertumbuhan penduduk adalah seiring dengan daya pengeluaran negara

3. Selain itu dasar kependudukan negara adalah bertujuan untuk :

i. menyediakan tenaga kerja yang cukup untuk pembangunan negara tanpa perlu bergantung kepada tenaga kerja asingii. meningkatkan daya pengeluaran negaraiii. meningkatkan daya pembelian nasional/pasaran tempataniv. untuk keselamatan negara dengan mempunyai rakyat yang aman dan negara yang kuat dari segi pertahanan.

KESAN PERTUMBUHAN PENDUDUK YANG PESAT

PENDUDUK LEBIHAN : Penduduk yang ada melebihi daripada sumber-sumber yang ada atau

Page 6: Geografi Alam Sekitar Manusia Stpm-penduduk

sumber-sumber yang ada tidak bertambah tetapi penduduk yang bertambah. Penduduk bergantung kepada sumber-sumber yang sedia ada menyebabkan pengeluaran perkapita yang rendahSumber-sumber yang ada tidak dapat menampung jumlah penduduk yang ada

MASALAH PENDUDUK LEBIHAN

1. Golongan penduduk muda yang tinggi membebankan penduduk dewasa2. Kemiskinan semakin meningkat- akibat penduduk yang ramai,sumber pendapatan tidak mencukupi, tanah pertanian yang dikerjakan tidak dapat menampung keperluan penduduk yang ramai3. Pertambahan tanggungan / beban kerajaan bagi menyediakan kemudahan asas – pendidikan, kesihatan bagi menampung keperluan penduduk muda4. Kekurangan peluang pekerjaan – penduduk ramai pekerjaan terhas berlakunya pengangguran5. Kepadatan penduduk Bandar tinggi- berlaku kesesakan seperti setinggan dan masalah social6. taraf hidup rendah- negara tidak maju7. Taraf pendidikan rendah, tidak semua rakyat dapat menikmati peluang pendidikan- kadar buta huruf tinggi8. Kekurangan makanan- kebuluran kerana hasil pengeluaran makanan tidak dapat menampung jumlah penduduk.9. Masalah perumahan yang tidak mencukupi10. Kurang kemudahan kesihatan, perubatan dan pendidikan.

KESAN POSITIF PERTUMBUHAN PENDUDUK YANG PESAT

1. Pembangunan tanah untuk pertanian dapat dimajukan- pengeluaran bahan makanan meningkat, menghasilkan bahan mentah yang banyak dan meningkatkan eksport.2. Penerokaan sumber dapat dipergiatkan kerana tenaga kerja yang banyak dan cukup3. Kegiatan pembalakan dapat dimajukan4. Kegiatan perikanan dapat dimajukan5. Mengeksport tenaga buruh keluar negara- mendapat tukaran wang asing6. Pasaran yang tempatan yang luas untuk memasarkan hasil keluaran barangan negara7. menguatkan pertahanan negara

PENDUDUK KURANG

MAKSUD PENDUDUK KURANG : Sumber yang banyak untuk dimajukan tetapi tidak mempunyai penduduk secukupnya untuk meneksploitasi sumber-sumber tersebut.

MASALAH-MASALAH PENDUDUK KURANG

1. Taburan penduduk tidak sekata- kawasan luar bndar kurang penduduk, penduduk tertumpu di kawsan Bandar, kerajaan sukar menyediakan kemudahan asas di luar Bandar kerana penduduknya yang sedikit.

Page 7: Geografi Alam Sekitar Manusia Stpm-penduduk

2. Sumber kurang dimajukan kerana kekurangan tenaga kerja.- hanya sumber yang mendatangkan keuntungan sahaja dimajukan-sumber lain terbiar dan membazir seperti menjadi tanah terbiar atau menjadi stok sumber sahaja.3. Perkembangan perusahaan lambat kerana masalah kekurangan tenaga kerja.4. Terpaksa bergantung kepada buruh asing untuk membangunkan ekonomi negara- pengaliran keluar wang ke negara luar.5. Saiz pasaran domestic terhad- jumlah penduduk sedikit , kuasa beli penduduk rendah maka pasaran barangan dan perkhidmatan sukar dikembangkan.

KESAN POSITIF PENDUDUK KURANG

1. Taraf hidup tinggi, pendapatan yang lumayan kerana persaingan untuk mendapatkan pekerja menyebabkan kadar upah tinggi.2. Sumber tidak diancam kepupusan atau kehabisan, tekanan terhadap umber berkurangan kerana jumlah sumber yang ada berupaya menampung dan memenuhi keperluan penduduk.3. Pendapatan perkapita meningkat4. Taraf social penduduk meningkat-kemudahan pendidikan berkualiti, kadar buta huruf rendah, kualiti kesihatan meningkat, perhubungan dan pengangkutan maju dan lain-lain kemudahasan asas cukup.5. Pendidikan yang tinggi- masyarakat yang berpengetahuan6. Menggalakan penggunaan teknologi dalam industri untuk mengelakkan masalah kekurangan tenaga kerja.7. Makanan berlebihan8. Tempat tinggal mencukupi dan selesa.9. Peluang kerja banyak/ pengangguran rendah

LANGKAH-LANGKAH YANG BOLEH DIAMBIL UNTUK MENGURANGKAN FENOMENA DAN MASALAH LEBIHAN PENDUDUK

1. Melaksanakan dasar keluarga kecil- langkah perundangan seperti yang dilaksanakan di negeri China- dasar satu keluarga satu anak-tindakan undang-undang seperti cukai pendapatan tinggi2. pelbagai insentif diberikan kepada mereka yang memiliki seorang anak seperti keutamaan memiliki rumah ,biasiswa dan subsidi rawatan3. program preancangan keluarga melalui pencegahan kehamilan seperti pil perancang, penjarakan kelahiran4. menggalakkan migrasi keuar dan transmigrasi – bekerja di negara lain5. meningkatkan teknologi pengeluaran dan r & D bayak sumber alam dapat doeksploitasii dan dibangunkan intuk keperluan penduduk- membuka peliung pekerjaan6. mempelbagaikan kegiatan ekonomi negara agar tidak terllalu bergantung kpada satu sumber sahaja- seperti industri, perhidmatan, perniagaan, perdaganagan –meningkatkan pendapatan perkapita dan menignkatkan taraf hidup rakyat

CADANGAN UNTUK MENGATASI MASALAH KURANGAN PENDUDUK

Page 8: Geografi Alam Sekitar Manusia Stpm-penduduk

1. galakan untuk menigkatkan kadar kelahiran- kemudahan cuti bersalin ,pengurangan dan rebat cukai, rawatan percuma- contoh singapura2. program sosial- program mencari jodoh bagi mereka yang tlah lanjut usia3. mengurangkan had umur berkahwin4. menignktakan pendapatan perkapita dan traf hidup- supaya dapat menampung keperluan keluarga

PENDUDUK OPTIMUM

MAKSUD PENDUDUK OPTIMUM: Sesebuah negara dikatakan berada pada paras penduduk optimum apabila bilangan penduduknya bersama-sama faktor pengeluaran yang lain menggunakan sumber semula jadi yang ada, dan dapat mengeluarkan hasil yang optimum.Bilangan penduduk yang ada sama dengan sumber-sumber yang ada an mengelaurkan hasil yang optimumKeseimbangan antara penduduk dengan sumber pengeluaran di sesebuah negaraSumber seperti manusia, sumber alam, ekonomi, modal dan teknologi dijana ke tahap maksimun untuk mencapai tahap sosio ekonomi dan dapat menanpung taraf hidup yang tinggi.

CIRI-CIRI NEGARA YANG MENCAPAI PENDUDUK OPTIMUM

1. kadar kelahiran rendah2. jangka hayat tinggi3. kualiti hidup penduduk tinggi4. kuasa beli tinggi5. tingkat teknologi tinggi6. pendapatan perkapita tinggi7. pemuliharaan alam sekitar baik8. contoh – sweden dan jepun

ARAH ALIR PERTUMBUHAN PENDUDUK, LEDAKAN PENDUDUK, KONSEP PERTUMBUHAN PENDUDUK SIFAR

1. prtumbuhan negatif – kadar kematian melebihi kadar kelahiran2. pertumbbuhan sifar- kadar kematian sama denngan kadar kelahiran3. pertumbuhan positif- kadar kelahiran lebih kadar kematian4. pertumbhan abnormal- kadar kelahiran dan kematian terganggu akibat perpeangan

KESAN PERTUMBUHAN PENDUDUK YANG PESAT TERHADAPKAWASAN BANDAR

KESAN POSITIF

Page 9: Geografi Alam Sekitar Manusia Stpm-penduduk

1. Membekalkan tenaga kerja untuk pelbagai sektor di Bandar- pembinaan, perindustrian, perdagangan dll2. Mempercepatkan pembangunan ekonomi Bandar-3. Pasaran yang luas/kuasa beli pnduduk Bandar4. Kemudahan prasarana yang mencukupi untuk menampung perkembangan penduduk Bandar seperti pusat membeli belah, kemudahan pengangkutan awam, kemudahan riadah, hospital dll untuk menampung penduduk yang semakin bertambah

KESAN NEGATIF

1. Tekanan terhadap sumber tanah- persaingan penggunaan sumber tanah untuk petempatan, perindustrian, perdagangan dll2. Kesesakan tempat tinggal- setinggan3. Masalah pengangguran- penduduk ramai peluang kerja sedikit4. Taraf hidup yang rendah- golongan yang tidak mampu bersaing kerana pendidikan rendah5. Pencemaran alam sekitar- air, udara, sampah sarap – kesan kepada penduduk- kesihatan6. Masalah dalam penyediaan kemudahan asas-kesesakan lalu lintas7. Masalah social- penyakit-penyaki social seperti jenayah, pelacuran penyakit-penyakit denggi, malaria dll

KESAN PERTUMBUHAN PENDUDUK YANG PESAT TERHADAP KAWASAN LUAR BANDARKESAN POSITIF

1. Menggalakkan industri perlombongan kerana tenaga kerja yang cukup- perlombongan emas, berlian, batu arang dll2. Mempercepatkan pembangunan kawsan luar Bandar bila sumber dapat dimajukan – proses pembandaran akan berlaku dengan cepat menjadikan kawasan luar sebagai Bandar

KESAN NEGATIF

1. Tekanan terhadap tanah pertanian- saiz tanah pertanian semakin sempit penduduk semakin ramai- tanah menjadi tidak ekonomik2. Hasil pertanian semakin berkurangan- penduduk ramai , penduduk menjadi miskin dan mengalami masalah kekurangan makanan dan kebuluran.3. Penceobohan ke atas kawasan hutan simpan untuk menjadikan kawsan pertanian- mengancam hidupan liar4. Pengangguran meningkat – nisbah tanggungan tinggi menyebabkan kadar kemiskinan meningkat.

BAB 4

Page 10: Geografi Alam Sekitar Manusia Stpm-penduduk

PIRAMID PENDUDUK DAN MODEL PERALIHAN DEMOGRAFI

1.1.1.0 Kumpulan penduduk mudai. berumur 0-19 tahunii. tidak produktifiii. 1/3 terdapat di Negara majuiv. ½ terdapat di Negara membagunv. Ditanggung oleh penduduk dewasavi. Perlu kepada kemudahan pendidikan yang baik

1.1.2.0 Kumpulan penduduk dewasai. berumur 20-59 tahunii. aktif dari segi sosio dan ekonomiiii. menanggung kumpulan penduduk muda dan tuaiv. golongan yang produktifv. 2/3 terdapat di Negara majuvi. 1/3 di Negara meembangun

1.1.3.0 kumpulan penduduk tuai. berumur 60 tahun ke atasii. kumpulan penduduk yang tidak aktifiii. kumpulan pesara atau tidak produktifiv. ditangggung oleh kerajaan atau kumpulan penduduk muda

BAB 5

MIGRASI PENDUDUK

MAKSUD MIGRASI : Migrasi atau penghijrahan merujuk kepada perpindahan penduduk dari satu tempat ke satu tempat yang lain melintasi sempadan daerah atau negeri atau negara. Perpindahan ini mungkin di sebabkan oleh faktor ekonomi, politik dan social

MIGRAN : Merujuk kepada orang yang berhijrah

IMIGRASI : Merujuk kepada penduduk yang berpindah masuk ke sesebuah negara atau tempat

EMIGRASI : Merujuk kepada orang yang berpindah keluar dari sesebuah negara atau tempat

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MIGRASI

1. FAKTOR EKONOMI

Page 11: Geografi Alam Sekitar Manusia Stpm-penduduk

i. berpindah dari kawsan yang lembab ekonominya ke kawasan yang pesat dengan pembangunan untuk mencari peluang pekerjaan.ii. Keluasan tanah yang sempit khususnya tanah petanian di luar bandar disebabkan pembahagian tanah system pusaka menyebabkan tanah tidak ekonomik dikerjakan- penduduk berhijrah untuk mencari pekerjaan lainiii. Penggunaan jentera dalam pertanian- berlaku pengangguran di desa- terpaksa berhijrah ke kewasan lain

2. FAKTOR SOSIALi. Melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi- terpaksa berhijrah ke bandar- bandar utamaii. Mengikut keluarga yang berhijrah.iii. Faktor agama- tempat-tempat yang ada kaitan dengan agama- contoh Mekah bagi orang Islam Ammritsar bagi orang sikh dan Banares bagi penganut hindu.

3. FAKTOR POLITIKi. Dasar kerajaan – migrasi ke wilayah baru, dasar transmigrasiii. Perperangan – Vietnam, Bosnia, Afghanistan – lari meninggalkan kampung masing-masing

JENIS-JENIS MIGRASI

1. MIGRASI DALAMAN

A. MIGRASI MUSIMANi. berlaku secara bermusim atau berkalaii. berlaku di kalangan pengembala kaum nomad- badwi di Arab, Mongol di gurun Gobi – mencari air dan padang rumput untuk ternakaniii. Kegiatan pindah ternak di Pergunungan Alps dan Pergunungan Himalaya- musim panas di pergunungan dan musim sejuk di turun ke lembah

B. MIGRASI DARI LUAR BANDAR KE BANDARi. Penduduk luar bandar berhijrah ke bandar kerana :· kemiskinan.· pengangguran· upah yang rendah· tanah yang tidak eonomik untuk dikerjakan· kurang kemudahan asas- pendidikan, perhubungan

C. MIGRASI BANDAR KE BANDARi. tiada kemudahan penddidkan di bandar kecil menyebabkan golongan belia berpindah ke bandar besar untuk melanjutkan pelajaran

Page 12: Geografi Alam Sekitar Manusia Stpm-penduduk

ii. penghijrahan secara berpetingkat- dari bandar kecil ke bandar lebih besar dan seterusya ke ibu negara

D. MIGRASI BANDAR KE LUAR BANDAR / BANDAR KE PINGGIR BANDARi. golongan pesara- menikmati hidup yang lebih segar di luar bandarii. pembangunan pesat di bandar- banyak rumah dirobohkan- diganti dengan bangunan pencakar langit/ bangunan komersial- terpaksa mencari tapak kediaman baruiii. pembinaan kawasan perumahan di pinggi Bandar- kemudahan pengangkutan awam yang cekap, kenderaan sendiri yang selesa- penduduk Bandar tinggal di pinggir Bandar berulang alik ke tempat kerja setiap hari.

E. MIGRASI LUAR BANDAR KE LUAR BANDARi. Pembukaan kawasan pertanian baru – FELDA, JENGKA, DARA migrasi penduduk luar Bandar ke kawasan pertanian baruii. Tujuan- membasmi kemiskinan di kalangan penduduk luar bandar yang tidak bertanah dan miskin.iii. Peroindahan secara haram – membuka tanah secara haram untuk pertanain

F. TRANSMIGRASIi. Migrasi dari pulau ke pulau yang dirancang oleh kerajaanii. Tujuan- mengurangkan masalah kepadatan penduduk yang terlalu tinggi di satu-satu pulau- contoh pulau jawa ke pulau Sumatera dan Kalimantan.

MIGRASI ANTARABANGSA

FAKTOR EKONOMIIi. Di tempat asal imigran tidak ada peluang pekerjaan- kadar pengangguran yang tinggi kerana bilangan penduduk yang ramai sedangkan peluang pekerjaan terhad- contoh India, Bangladesh, Indonesia, dllii. Gaji dan upah yang rendah di negara asal- pekerjaan sedikit, bilangan penduduk ramaiiii. Pelung pekerjaan yang banyak di Malaysia – sektor perladangan, pembinaan, perkilangan- penduduk tempatan tidak berminat

FAKTOR SOSIALi. Kebuluran di negara asal- abad ke 19 di benua China menyebabkan mereka datang untuk bekerja di lombong-lombong di negara iniii. Kemudahan pengangkutan untuk datang ke Malaysia- melalui udara, laut dan darat

Page 13: Geografi Alam Sekitar Manusia Stpm-penduduk

iii. Taraf hidup yang baik di Malaysia berbanding dengan tempat asal mereka- kadar upah yang tinggi berbanding dengan negara asal mereka

FAKTOR POLITIKi. Dasar penjajahan british yang menggalakkan kemasukan orang cina dan India masuk ke negara ini untuk bekerja di sektor perlombongan dan perladangan.ii. Keadaan politik ayang tidak stabil di negara asal mereka menyebabkan mereka berhijrah ke Malaysia – contoh Indonesia, Thailand dan kembojaiii. Keadaan negara Malaysia yang aman damai- menjadi tarikan penduduk negara lain untuk berhijrah ke sini

KESAN MIGRASIKESAN KE ATAS TEMPAT ASAL1. Kesan Positif

ii. Tanah pertanian dapat dikerjakan dengan lebih eknomik dengan tidak menggunakan tenaga kerja yang ramai- hasil yang banyak untuk setiap petani akan diperelehiiii. Masalah pengangguran di kawsan luar Bandar akan dapat di atasi- penduduk yang menganggur berpindah ke Bandariv. Menjadikan kawasan luar Bandar kurang padat- meringankan beban kerajaan untuk menyediakan kemudahan asas- peruntukkan pembangunan dapat dikurangkanv. Migran yang berhijrah keluar negara dapat menghantar balik wang ke negara asal mereka- menguntungkan dari segi pulangan wang asingvi. Menyelesaikan masalah lebihan penduduk seperti penduduk pulau jawa yang menghadapi lebihan penduduk

2. Kesan Negatif

ii. Penghijrahan keluar para professional atau tenaga pakar merugikan negara asal kerana kerajaan telah banyak menghabiskan duit untuk penddidikan merekaiii. Berlakunya tanah terbiar- golongan belia luar Bandar berhijrah ke Bandariv. Berlaku ketidakseimbangan jantina di desa-desa- kaum lelaki berhijrah ke Bandar dan kaum wanita berada di desa- wanita lebih ramai di desav. Pengaruh budaya kuning yang diperolehi di Bandar di bawa balik ke desa

Page 14: Geografi Alam Sekitar Manusia Stpm-penduduk

KESAN MIGRASI PENDUDUK KE ATAS KAWASAN YANG DITUJU1. Kesan Positif

ii. Dapat mengatasi masalah kekurangan tenaga kerja di kawasan yang kurang pendudukiii. Kemasukan tenaga profesioanal ke negara yang dituju dapat memajukan lagi negara- contoh doctor dari India dll- kerajaan tak perlu menghabiskan wang untuk pendidikan.

2. Kesan Negatif.

i. Imigrasi menyebabkan wujudnya masyarakat majmuk di negara yang dituju- kepelbagaian budaya dan adapt resam menyukarkan perpaduan nasionalii. Rakyat tempatan kehilangan peluang pekerjaan kerana terpaksa bersaing dengan para imigran untuk mendapatkan peluang pekerjaaniii. Migran akan menghantar balik ke negara asal mereka- merugikan negara yang dituju kerana pengaliran wang keluar tidak dapat dielakkan.iv. Wujudnya prasangka kaum kerana wujud pengklompokan kawasan mengikut kaum- kaum pendatang dengan kaum pribumi- boleh wujudkan persengketaan kaum.

TEORI PENDUDUK MALTHUS1. Malthus menyatakan penduduk lebih cenderung bertambah lebih cepat daripada pengeluaran bekalan makanan2. Penduduk bertambah secara geometri (1,2,4,8,16,32,64,…) manakala bekalan makanan pula bertambah secara arimetik (1,2,3,4,5,6,…..)3. Oleh itu bekalan makanan tidak mampu menampung penduduk yang kian bertambah4. Perimbangan boleh dicapai dengan cara menyekat pertambahan penduduk. Di antara caranya ialah dengan kebuluran, perperangan, penyakit yang membawa kematian, mencegah kelahiran dan membujang.

KRITIKAN TERHADAP TEORI MALTHUS./KELEMAHAN TEOARI MALTHUS1. Pengeluaran makanan bertambah kerana teknologi dalam pengeluaran makanan- benih yang bermutu tinggi, baka baik, baja kimia, racun serangga membolehkan hasil pengeluaran pertanian bertambah berlipat kali ganda.2. Kemajuan dalam system pengangkutan- bekalan makanan dapat diagihkan ke kawasan yang mengalami masalah kekurangan bekalan makanan3. Pertambahan penduduk tidak bertambah secepat seperti yang diramalkan oleh Maltuhs kerana kejatuhan dalam kadar kelahiran terutamanya di negara maju4. Teori Malthus tidak tepat di negara maju tetapi boleh diterima di negara mundur

BAB 6PENDUDUK DAN ALAM SEKITAR1.0. ALAM SEKITAR FIZIKAL SEBAGAI SUMBER

Page 15: Geografi Alam Sekitar Manusia Stpm-penduduk

1.1. KOMPONEN BIOSFERA

i. Bahagian kerak bumi dan atmosfera – yang dihuni oleh manusia, binatang, tumbuh-tumbuhan dan mikro organisme , bakteria, protoza dllii. terdiri daripada beberapa ekosistem- ekosostem hutan, paya bakau, tasik, muara dlliii.menjadi habitat atau tempat tinggal untuk segala hidupan, membekalkan makanan, dan kaya dengan sumber biologi/ biodivesiti flora dan fauna kayu balakiv. kepentingan kepada manusia- makanan,perubatan, tadahan air, ekopleancongan, kayu dll

1.2. KOMPONEN LITOSFERA

i. lapisan luar bumi yang sangat pejal dan membentuk kawasan daratan(benua dan pulauii. meliputi 29.3 % permukaan bumi dan selebihnya dasar laut. Ketebalam 50 km di permukaan bumi dan 5 km di dasar laut.iii. Komponen utama- batuan dan mineraliv. Sumber tanih yang subur untuk aktiviti pertanian-tanih laterit. Tanih gambut, tnih aluvium

1.3 KOMPONEN HIDROSFERA

i. meliputi laut, tasik,paya, kolam dan sungai meliputi 70% permukaan bumi. 97.2% air masin. 2.8% air tawarii. Lautan komponen terpenting- 5 lautan utama : hindi, atlantik, pasifik, antartik dan artikiii. Lautan – sumber alam yang pentig- untuk bekal air hujan, menyerderhanakan suhu, protein dan mineraliv. Air tawar – sungai, tasik, kolam –sumbr air tawar terpenting

1.3. KOMPONEN ATSMOSFERA

i. Atmosfera merupakan kompenen udara yang terdapat disekeliling bumi-ketebalan 1000mii. Sumber utama ialah gas- 70%, terdiri daripada beberapa jenis gas spt nitrogen(78%), oksigen(20%),Argon(0.9%),Karbon dioksida(0.03%) lain-lain(Neon, Helium, Kripton dan Xenon)iii. Terbahagi kepada beberapa lapisan:- troposfera; menampung kehidupan manusia ,haiwan dan tumbuhan· troposfera ; penebat bahangan matahari dan bumi . Membolehkan suhu bumi stabil· stratosfera; 50 km dari permukaan bumi- tidak berawan- gas ozon menyerap sinaran ungu matahari

Page 16: Geografi Alam Sekitar Manusia Stpm-penduduk

1.4. KLASIFIKASI SUMBER ALAM

1.4.1. Sumber alam yang tidak boleh diperbaharuiSumber yang akan pupus apabila digunakan secara berterusan, tidak boleh diganti, diwujudkan atau dicipta. Kejadian mengambil masa yang lama berjuta-juta tahun. Contoh ;bahan fosilAda dua jenis ; yang boleh dikitar semula spt mineral dan yang tidak boleh dikitar semula seperti gas asli dan arang batu1.4.2. Sumber alam yang boleh diperbaharuiTerdiri dari dua jenisi. sumber yang berterusan dan tidak pupus- air,uidara, ombak, suriaii. sumber yang boleh diganti atau diwujudkan semula seperti hutan, tanah pertanian,

KESAN PERTUMBUHAN DAN TUMPUAN PENDUDUK TERHADAP ALAM SEKITAR

KESAN TERHADAP ALAM SEKITAR FIZIKALi. Kesan terhadap geomorfologi- penebukan bukitii. kesan terhadap sistem hidrolgi- laut, tasik. Kola,. Sungaitadahan hujaniii. kesan terhadap atmosfera- bahangan, kerpasan, suhu, kabut, kelembapan udaraiv. kesan ke atas sistem ekologi- organisme-organism hidup dan persekitarannya

SOALAN-SOALAN LATIHAN1. Bagaimana pertumbuhan penduduk semua jadi dikira?2. Mengapa kadar kelahiran meningkat?3. Mengapa kadar kematian merosot?4. Apakah yang dimaksudkan dengan penduduk lebihan, penduduk kurang dan penduduk optimum?5. Bincangkan masalah-masalah penduduk di negara membangun?6. Terangkan masalah-masalah penduduk di negara-negara maju?7. Jelaskan kesan pertumbuhan penduduk yang pesat terhadap alam sekitar?8. Nyatakan sebab-sebab berlakunya migrasi dalaman dalam sesebuah negara?9. Mengapa Malaysia menjadi tumpuan imigran dari negara-negara lain?10. Apakah kesan migrasi ke atas negara yang ditinggalkan dan negara yang dituju?