taburan penduduk dari segi geografi

3
TABURAN PENDUDUK DARI SEGI GEOGRAFI Selepas saya menghadiri lawatan akademik ke Pulau Pinang selama tiga hari dua malam bermula dari 5 Mac 2014 hingga 8 Mac 2014, saya telah memperoleh banyak pengetahuan dan pengalaman yang tidak pernah dialami oleh saya sebelum ini. Melalui lawatan ini, saya telah mendapati bahawa negeri Pulau Pinang merupakan satu tempat penuh dengan keistimewaan dari segi budaya dan masyarakatnya. Bangunan lamanya yang dipelihara dan dijaga dengan baik menunjukkan lagi budaya masyarakatnya yang terdiri daripada kaum Cina, Melayu, India, Baba dan Nyonya dan lain-lain. Negeri Pulau Pinang mempunyai kepadatan penduduk yang sederhana di Malaysia, dengan 2,031.74 penduduk sekilometer persegi di pulau, dan 865.99 penduduk sekilometer persegi di Seberang Perai . Negeri Pulau Pinang adalah negeri yang mempunyai peratusan etnik Cina dan penganut Buddha tertinggi di Semenanjung Malaysia, diikuti dengan kaum Melayu beragama Islam dan kaum India. Berikut merupakan gambar-gambar yang menunjukkan taburan penduduk yang terdapat di Pulau Pinang.

Upload: janice-heu

Post on 25-Nov-2015

63 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

hihi

TRANSCRIPT

TABURAN PENDUDUK DARI SEGI GEOGRAFI

Selepas saya menghadiri lawatan akademik ke Pulau Pinang selama tiga hari dua malam bermula dari 5 Mac 2014 hingga 8 Mac 2014, saya telah memperoleh banyak pengetahuan dan pengalaman yang tidak pernah dialami oleh saya sebelum ini. Melalui lawatan ini, saya telah mendapati bahawa negeri Pulau Pinang merupakan satu tempat penuh dengan keistimewaan dari segi budaya dan masyarakatnya. Bangunan lamanya yang dipelihara dan dijaga dengan baik menunjukkan lagi budaya masyarakatnya yang terdiri daripada kaum Cina, Melayu, India, Baba dan Nyonya dan lain-lain.

Negeri Pulau Pinang mempunyaikepadatan pendudukyang sederhana di Malaysia, dengan 2,031.74 penduduk sekilometer persegi di pulau, dan 865.99 penduduk sekilometer persegi diSeberang Perai. Negeri Pulau Pinang adalah negeri yang mempunyai peratusan etnik Cina dan penganut Buddha tertinggi di Semenanjung Malaysia, diikuti dengan kaum Melayu beragama Islam dan kaum India. Berikut merupakan gambar-gambar yang menunjukkan taburan penduduk yang terdapat di Pulau Pinang. Selepas tinjauan saya, saya mendapati kebanyakan masyarakat Cina berada di kawasan bandar Pulau Pinang manakala sebilangan masyarakat Cina pula berada di kawasan Seberang Perai. Bagi orang Melayu pula, mereka kebanyakan berada di tempat yang jauh dari bandar seperti Balik Pulau, Batu Maung, Bagan Ajam, Batu Kawan, Jawi. Terdapat juga penduduk India dan kaum lain seperti Baba dan Nyonya yang tinggal di Pulau Pinang. Selain itu, terdapat juga tempat-tempat yang mempunyai budaya barat. Berikut merupakan gambar yang menunjukkan taburan penduduk di Pulau Pinang.

Bangunan Khoo KongsiTokong Kek Lok Si

Rumah masyarakat PeranakanMasjid Kapitan

Kuil Hindu Maha MariammanMasjid Terapung

Dataran CornwalisBangunan lama berdekatan dataran Cornwalis