kod tatalaku - dutchlady.com.my fileramuan-ramuan kepada industri pemakanan dan farmaseutikal, dan...

24
Kod Tatalaku

Upload: phunghanh

Post on 13-Jul-2019

225 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Kod Tatalaku

3

Kod Tatalaku

November 2010

4

Kandungan Pengenalan 5

Cita-cita Kita 6

Pegangan Kita 7

1 Kita membekalkan nutrisi berkhasiat kepada warga dunia 7

2 Kita bekerja sebagai pasukan yang bermotivasi 7

3 Kita prihatin alam sekitar 7

Tatalaku 8

1 Pengguna dan Pelanggan 8

2 Para Kakitangan 8

3 Perlindungan alam sekitar 10

4 Hubungan dengan para pembekal 1 1

5 Aktiviti-aktiviti awam 12

6 Komunikasi 12

7 Sogokan dan rasuah 13

8 Hubungan perniagaan dan hadiah 14

9 Persaingan 15

10 Percanggahan kepentingan 17

11 Integriti laporan kewangan 18

12 Melindungi maklumat sulit 18

13 Undang-undang 19

Pematuhan Kod Tatalaku 20

Pepohon keputusan: Bagaimana menangani dilema etika dan Kod 20

Membangkitkan persoalan atau kekhuatiran 22

5

Pengenalan Objektif FrieslandCampina ialah mengilang dan memasarkan produk

tenusu dengan kaedah yang mewujudkan nilai yang mampu bertahan buat

jangka masa panjang bagi para pengguna, pelanggan, kakitangan, ahli-ahli

penternak tenusu, rakan kongsi dan masyarakat di mana FrieslandCampina

beroperasi.

Kita berusaha untuk mencapai objektif tersebut berdasarkan kekuatan

jenama-jenama kita dan keteguhan kedudukan dalam pasaran bagi produk

pengguna, peranan kita sebagai rakan kongsi inovatif yang menawarkan

ramuan-ramuan kepada industri pemakanan dan farmaseutikal, dan

berdasarkan taburan geografi aktiviti kita.

Kita sedar bahawa mempertahankan kepercayaan dan keyakinan para

pemegang kepentingan kita amatlah penting dalam merealisasikan objektif

tersebut. Kita mesti buktikan yang kepercayaan itu kena pada tempatnya

dengan memastikan tingkah laku kita adalah bertepatan dengan prinsip-

prinsip yang dinyatakan dalam Kod ini.

Adalah menjadi tanggungjawab pihak pengurusan untuk memastikan

para kakitangan menyedari prinsip-prinsip ini dan bertingkah laku selari

dengannya.

Tingkah laku setiap kakitanganlah yang akan mengesahkan lagi reputasi

syarikat kita. Bersama-samalah kita membina syarikat ini. Dan bagi

menjamin kejayaan perniagaan kita mestilah menuruti Kod Tatalaku ini.

Sila luangkan masa untuk membaca Kod Tatalaku ini dan amalkannya dalam

kerja anda di FrieslandCampina.

Cees ‘t Hart

Ketua Pegawai Eksekutif

Lembaga Eksekutif

6

Cita-cita kitaFrieslandCampina bercita-cita menjadi syarikat hasil tenusu yang paling

profesional, paling berjaya dan paling menarik di dunia.

Aspirasi kita adalah untuk menjadi syarikat hasil tenusu ‘paling

profesional’, kerana kita ingin menjadi pakar nombor satu di dunia

berkenaan susu dan bagaimana susu boleh diproses menjadi pelbagai

jenis produk dan ramuan. Kita sentiasa memperluaskan pengetahuan kita

dengan melabur di dalam kegiatan penyelidikan dan pembangunan, agar

kita dapat menggunakan dengan sepenuhnya apa-apa peluang yang wujud

di pasaran.

Kita mahu menjadi ‘paling berjaya’ dalam memperluaskan dan

mengukuhkan kedudukan pasaran kita serta dalam pekerjaan dan

penghasilan yang efisien. Inovasi memainkan peranan yang penting dalam

hal ini, bagi kedua-dua pembangunan produk dan berdasarkan kepada

kemajuan teknologi.

Kita juga mahu dilihat ‘paling menarik’ sebagai pembeli dan pemproses

susu yang dibekalkan oleh ahli-ahli penternak tenusu, sebagai rakan kongsi

para pelanggan dan sebagai majikan kepada para kakitangan kita.

7

Pegangan Kita Kita membekalkan nutrisi berkhasiat kepada warga duniaKita kagum dengan keupayaan dan potensi susu. FrieslandCampina

menyediakan penduduk sedunia dengan pelbagai kebaikan yang mampu

ditawarkan oleh susu. Secara semulajadinya susu adalah antara sumber

yang membekalkan khasiat pemakanan paling kaya. Hasil tenusu kita

bukan hanya memberikan sensasi rasa yang unik, tetapi juga protin, lemak,

vitamin, galian dan laktosa – bahan binaan dan sumber tenaga yang

penting kepada kesihatan dan kesejahteraan manusia. Kita amat percaya

bahawa banyak lagi penemuan yang bakal dibuat, bukan hanya berkaitan

susu semata-mata tetapi juga nilai yang dapat dicipta daripada susu.

Kita bersungguh-sungguh ingin mendedahkan keupayaan tersebut dan

mendapatkan lebih lagi daripada susu.

Kita bekerja sebagai pasukan yang bermotivasiKita adalah pasukan yang menyahut cabaran, berkembang bersama dan

sentiasa bertanggungjawab. Kita adalah syarikat global dengan fokus

tempatan yang mantap, bekerjasama rapat dengan individu dan masyarakat

di mana kita beroperasi. Kita mencipta nilai pada keseluruhan rantaian

tenusu dan bertanggungjawab terhadap segala tindakan kita, membina

budaya saling mempercayai, berintegriti dan berinspirasi.

Kita prihatin alam sekitarKita berazam untuk menjalankan perniagaan kita dengan cara yang

mesra alam dan menyumbang kepada pembangunan mampan yang

memanfaatkan generasi kini dan akan datang. Maksudnya, kita mencari

keseimbangan di antara keperluan untuk menjayakan perniagaan dan

komitmen kepada masyarakat serta alam sekitar. Imbangan tersebut

perlulah mampan buat jangka masa panjang, menjamin kelangsungan alam

sekitar, masyarakat dan perniagaan kita.

Kita berusaha untuk menjadikan semua tindakan kita mampan melalui

rantaian tenusu; iaitu perjalanan yang membawa susu daripada lembu

kepada pengguna.

8

Tatalaku1 Pengguna dan PelangganFrieslandCampina berazam menghasilkan nilai yang dapat bertahan untuk

jangka masa panjang buat para pengguna dan pelanggannya dengan

menawarkan beraneka produk tenusu yang berkualiti tinggi dan selamat.

FrieslandCampina memastikan bahawa produk-produknya memenuhi

sekurang-kurangnya semua piawai yang dipersetujui dan diwajibkan

undang-undang bagi kesihatan dan keselamatan pengguna. Bagi menjamin

agar kita menghasilkan produk yang selamat dan berkualiti tinggi, Sistem

Keselamatan dan Kualiti Makanan FrieslandCampina telah menetapkan

piawaian yang tinggi bagi bahan mentah, ramuan dan proses pembuatan

serta pembungkusannya.

Kita mempunyai prosedur yang telus dan efektif yang dapat menangani

aduan pengguna dan memastikan penyelesaian yang adil dan segera

dicapai bagi pertikaian pengguna.

Menjamin Kesihatan dan Keselamatan Pengguna pada setiap masa!

Pelanggan dan pengguna bergantung kepada kita untuk membekalkan produk

yang selamat. Kita tidak boleh mengambil apa-apa risiko berkaitan keselamatan

produk. Oleh itu, pematuhan kepada Sistem Keselamatan dan Kualiti Makanan

FrieslandCampina adalah diwajibkan setiap masa. Jika anda ragu-ragu

berkenaan hal ini, anda mesti menyuarakannya kepada penyelia lini anda.

2 Para Kakitangan FrieslandCampina menganggap pihak pengurusan dan para kakitangannya

sebagai asetnya yang paling berharga. Pada setiap tahap, penglibatan

mereka bermula dengan komunikasi yang terbuka - sama ada berkenaan

aspek-aspek tertentu perniagaan atau aktiviti-aktiviti syarikat secara

amnya.

9

Kejayaan masa kini dan masa hadapan FrieslandCampina banyak

bergantung kepada kualiti para kakitangannya. Oleh itu, kita berazam untuk

menawarkan persekitaran kerja yang menarik, mencabar dan menimbulkan

inspirasi, di mana para kakitangan digalakkan untuk memajukan diri

masing-masing, baik secara profesional mahupun secara peribadi. Visi

ini akan hanya dapat dicapai dengan para kakitangan yang bermotivasi

dan dilatih dengan baik; iaitu para kakitangan yang bermotivasi dan

berkemampuan untuk menjamin kelebihan saingan.

Kita menghormati Deklarasi Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-

Bangsa Bersatu sebagai piawai sejagat. Di negara-negara di mana syarikat

FrieslandCampina beroperasi, hak asasi manusia disokong dengan cara

yang tekal dengan iltizam dan kewajipan antarabangsa kerajaan negara

setempat, dan menurut apa yang secara lazimnya dapat diharapkan

daripada sebuah organisasi komersil.

Menurut rangkakerja undang-undang, peraturan dan hubungan buruh yang

berkenaan serta amalan pekerjaan, FrieslandCampina:

• mengelak daripada apa-apa bentuk diskriminasi berkaitan pekerjaan

atau tugasan para kakitangannya, berdasarkan bangsa, warna kulit,

jantina, agama, pendapat politik, kerakyatan mahupun asal-usul sosial.

• menghormati hak para kakitangannya untuk menyertai kesatuan sekerja

yang sah.

• menghalang penggunaan buruh kanak-kanak dan buruh wajib atau

paksa.

FrieslandCampina komited untuk menyediakan persekitaran kerja yang

bersih dan selamat bagi para kakitangannya bertepatan dengan amalan-

amalan terbaik. Pihak pengurusan dan para kakitangan FrieslandCampina

bertanggungjawab dalam mengambil setiap langkah yang mungkin bagi

mengelakkan berlakunya kecederaan kepada diri mereka, rakan sekerja dan

orang awam.

10

Menghormati satu sama lain

Kita menghargai persekitaran kerja di mana para kakitangan merasakan mereka

turut terlibat, bertanggungjawab dan selamat. Ianya memerlukan suasana

organisasi yang adil, menghormati dan berintegriti. Ia juga menandakan

yang kita mementingkan suasana terbuka di mana para kakitangan berasa

yakin untuk membincangkan isu-isu antara satu sama lain dan dengan pihak

pengurusan. Pada peringkat pertama, cubalah bincangkan apa-apa isu berkaitan

integriti dengan individu yang terlibat. Jika masalah masih berterusan,

berjumpalah dengan penyelia lini anda. Hormati satu sama lain, kongsi persoalan

dan keraguan anda, dan peka kepada persoalan dan keraguan orang lain.

3 Perlindungan Alam Sekitar FrieslandCampina berazam menjalankan perniagaannya dengan cara

yang mesra alam dan mampan. Kita berusaha untuk meminimakan kesan

buruk dari proses-proses dan produk-produk kita kepada alam sekitar,

bertepatan dengan aktiviti perniagaan kita. Apabila berbicara tentang

pengurusan alam sekitar, pendekatan yang sistematik digunakan bagi

mencapai penambahbaikan yang berterusan bagi pencapaian alam sekitar.

Dengan cara ini, kita menyumbang kepada pembangunan mampan dengan

memenuhi kehendak masa kini tanpa mengkompromi kebolehan generasi

masa hadapan untuk memenuhi kehendak mereka.

Di FrieslandCampina, dasar-dasar dan program-program alam sekitar

bersepadu dengan perniagaan. Malahan, prestasi alam sekitar di awasi

setiap tahun.

11

Alam Sekitar: Sikap positif terhadap kemampanan alam sekitar

Di FrieslandCampina kita prihatin terhadap alam sekitar dan kita sentiasa

mencari jalan untuk memperbaiki rantaian pengeluaran dengan cara yang lebih

mampan. Ia memerlukan sikap positif terhadap kemampanan daripada semua

warga FrieslandCampina.

Kita mempunyai sasaran yang jelas dalam mencapai matlamat yang mampan.

Ada kalanya ia membawa kepada pelbagai dilema antara matlamat keuntungan

dan matlamat kemampanan.

Contoh situasi dilema alam sekitar

Saya seorang pengurus jenama di FrieslandCampina. Kita mempunyai matlamat

jelas penggunaan coklat yang dihasilkan secara mampan (disahkan UTZ) di

dalam susu coklat kita. Permintaan yang meningkat bermakna penghasilan

perlu ditingkatkan, tetapi coklat yang disahkan UTZ tidak mencukupi di pasaran.

Peningkatan penghasilan bermaksud kita tidak dapat memenuhi matlamat

kemampanan kita sendiri. Namun, matlamat mendapatkan coklat yang disahkan

UTZ adalah penting bagi memelihara reputasi syarikat. Apa yang perlu saya

buat?

Tiada jawapan yang mudah bagi persoalan ini. Apabila berlakunya percanggahan

pelbagai sasaran atau pertembungan nilai, adalah sukar untuk mencari

penyelesaian yang sempurna. Akan tetapi, langkah pertama dalam mencapai

penyelesaian ialah membincangkan dilema tersebut dengan rakan sekerja dan

pihak pengurusan, dan berterus terang berkenaan kesukaran yang dihadapi.

4 Hubungan dengan para pembekalFrieslandCampina berazam untuk berurusan hanya dengan pembekal

bereputasi baik dan sanggup menggunapakai piawai FrieslandCampina.

Hubungan dengan para pembekal akan diukur dan dinilai, bertujuan

mendapatkan penambahbaikan yang berterusan dalam bidang kualiti,

perkhidmatan, dsb.

12

5 Aktiviti-aktiviti awamFrieslandCampina tidak menyokong mana-mana parti politik — sama ada

organisasi atau wakil-wakilnya — mahupun menyumbang secara kewangan

atau sebaliknya kepada kumpulan yang aktiviti-aktivitinya bertujuan untuk

mempromsikan kepentingan sesebuah parti.

Kita sedang dan akan terus berhadapan dengan isu-isu sosial dan etika.

FrieslandCampina secara aktifnya menyertai perbincangan berkenaan hal-

hal tersebut.

Bagi mempromosikan atau mempertahankan kepentingan

FrieslandCampina yang sah, pihak pengurusan dan para kakitangan

FrieslandCampina yang dikenalpasti adalah digalakkan untuk

membangkitkan persoalan dan membincangkan tindakan serta keputusan

kerajaan, sama ada secara langsung atau melalui badan-badan seperti

persatuan-persatuan perniagaan.

Pihak pengurusan dan para kakitangan yang dikenalpasti adalah digalakkan

untuk bekerjasama dengan kerajaan, agensi kerajaan, para pegawai dan

lain-lain organisasi dalam membangunkan rang undang-undang dan lain-

lain peraturan, yang boleh membawa kesan kepada kepentingan tersebut.

6 KomunikasiFrieslandCampina memastikan maklumat berkaitan aktiviti, keadaan

kewangan dan prestasinya didedahkan secara berkala dan boleh dipercayai,

serta tepat pada masanya,

Para pemegang kepentingan adalah digalakkan untuk mengajukan soalan

berkenaan perjalanan perniagaan kepada syarikat pada bila-bila masa

memandangkan FrieslandCampina amat mempercayai komunikasi terbuka

dengan semua pemegang kepentingan. Namun, had-had kerahsiaan

komersil perlulah dihormati.

13

7 Sogokan dan RasuahFrieslandCampina tidak akan terlibat dalam sogokan atau apa-apa bentuk

rasuah. Para kakitangan tidak dibenarkan berjanji, menawarkan atau

memberikan imbuhan (kewangan) yang tidak munasabah, sama ada secara

lansung atau tidak langsung, kepada sesiapa pun — termasuklah para

pegawai kerajaan atau badan yang dikuasai kerajaan— dengan tujuan untuk

menjalankan, ataupun mempertahankan, perniagaan atau perkhidmatan.

Dalam masa yang sama, pihak ketiga tidak boleh digunakan untuk

memintasi larangan sogokan dan rasuah. Sehubungan dengan itu juga,

para kakitangan dilarang menerima imbuhan sedemikian, jika ianya

diberikan untuk mendorong mereka supaya bertindak berlawanan

dengan tanggungjawab yang diamanahkan (lihat juga seksyen berkenaan

hubungan perniagaan dan hadiah).

Tiada tolak ansur jika ia melibatkan sogokan!

Andaikan anda ketua jabatan jualan di Syarikat Operasi. Pada waktu ini anda

membida sebuah urusniaga mega membekalkan pelbagai produk kepada

pelanggan yang besar. Syarikat anda memerlukan kontrak tersebut. Anda

menerima panggilan daripada pegawai perolehan pelanggan yang memberitahu

anda bahawa beliau akan memastikan anda mendapat kontrak tersebut asal

sahaja anda mendepositkan 500 euro’s ke dalam akaun bank peribadinya.

Kontrak tersebut bernilai beberapa ratus ribu euro’s...

Meskipun anda mungkin berasa teringin untuk membuat bayaran sedemikian,

ianya tidak dibenarkan. Anda dilarang membuat pembayaran sedemikian. Di

FrieslandCampina kami berpegang kepada perniagaan yang bersih. Kami juga

mematuhi undang-undang berkenaan sogokan dan rasuah.

14

8 Hubungan perniagaan dan hadiahDalam banyak industri dan negara, hadiah dan keraian digunakan untuk

memperkukuhkan hubungan perniagaan. Di seluruh dunia, ada satu prinsip

yang sama dan jelas:

Tiada hadiah, kemudahan, atau jenis keraian boleh diterima atau diberikan

jika ia mewajibkan atau seolah-olah mewajibkan penerimanya untuk

memberi atau menerima balasan.

Memberi atau menerima hadiah atau diraikan sekali-sekala mungkin

berpatutan dalam membina hubungan perniagaan. Namun, hadiah dan

keraian mestilah membina kepentingan perniagaan FrieslandCampina dan

tidak mewah atau membazir jika dibandingkan dengan kelaziman amalan

perniagaan sesebuah negara dan industri. Prinsip yang sama juga terpakai

kepada hubungan dengan para pegawai kerajaan. Dalam apa jua keadaan,

memberi atau menerima hadiah atau keraian mestilah bertepatan dengan

undang-undang dan dasar syarikat yang menerimanya.

Jika hadiah dan keraian, sama ada diberi atau diterima, melibatkan

perbelanjaan perjalanan atau nampak seolah-olah mewah atau berlebihan

(bagi hadiah, nilainya > 50 Euro’s, seseorang kakitangan itu mestilah

mendapatkan kebenaran bertulis daripada Pengarah Urusan Syarikat

Operasi /Pengarah kakitangan Korporat atau Lembaga Eksekutif terlebih

dahulu . Bagi hadiah > 500 euro’s, Setiausaha Syarikat mestilah diberitahu.

Meminta atau memancing hadiah peribadi, kemudahan, keraian atau

perkhidmatan adalah dilarang, begitu juga dengan menerima atau

memberikan wang tunai atau sesuatu yang sama nilai dengan wang tunai.

Dalam masa yang sama, para kakitangan FrieslandCampina tidak boleh

menggunakan kedudukan mereka untuk memancing para pembekal,

termasuklah institusi kewangan, supaya memberikan layanan istimewa dari

segi harga, terma atau pinjaman, kepada diri masing-masing.

15

Memberi/Menerima hadiah, kemudahan atau keraian

Sebelum memberi atau menerima hadiah atau keraian, termasuklah apa-apa

kemudahan atau perkhidmatan, ada beberapa soalan yang perlu anda tanyakan

diri anda. Jika anda menjawab ‘ya’ kepada mana-mana soalan di bawah, jangan

beri/terima hadiah atau keraian tersebut. Jika anda ragu-ragu, sentiasalah

bertanya kepada penyelia lini anda.

Soalan-soalan

• Adakah hadiahnya mewah atau nilainya lebih daripada apa yang lazimnya

diberikan menurut amalan perniagaan dalam membina hubungan baik (bagi

hadiah, nilainya > 50 Euro’s)?

• Adakah memberi atau menerima hadiah/keraian bermaksud satu

pelanggaran undang-undang atau Kod Tatalaku FrieslandCampina?

• Apakah hadiah yang diberikan mewajibkan (atau seolah-olah mewajibkan)

balasan balik?

• Apakah hadiah tersebut termasuk wang tunai atau yang sama nilai dengan

wang tunai?

• Apakah anda pernah meminta atau memancing hadiah/keraian tersebut?

• Apakah anda akan berasa malu jika diminta untuk menjelaskan kepada rakan-

rakan anda bahawa anda telah menerima hadiah/keraian tersebut?

• Apakah menerima hadiah/keraian tersebut membuatkan anda berasa tidak

selesa?

• Apakah hadiah tersebut menjayakan kepentingan peribadi anda selain

daripada kepentingan perniagaan FrieslandCampina?

9 Persaingan Di dalam rangka undang-undang dan peraturan yang berkaitan,

FrieslandCampina menjalankan aktiviti-aktvitinya dengan cara yang adil

dan kompetitif. Kod Tatalaku Anti Monopoli FrieslandCampina yang khusus

adalah digunapakai.

16

Kod Anti Monopoli dan undang-undang persaingan: bagaimana untuk bertindak?

Andaikan diri anda berada dalam situasi berikut:

Salah satu daripada pesaing FrieslandCampina bertemu dengan wakil jualan

syarikat dan mencadangkan pendekatan bersepadu di pasaran asing yang baru.

Beliau mencadangkan supaya pasaran dipecahkan kepada dua kawasan, dengan

setiap syarikat menumpukan perhatian kepada satu kawasan, bertujuan untuk

meningkatkan keberkesanan strategi setiap syarikat dan mendapatkan kelebihan

berbanding pesaing lain.

Bagaimanakah tindak balas anda kepada cadangan tersebut?

Kerjasama dengan pesaing yang dibincangkan ini melanggar kod anti monopoli

FrieslandCampina.

Kod anti monopoli tersebut adalah berdasarkan undang-undang anti monopoli.

Antaranya, undang-undang anti monopoli bertujuan mempromosi dan

memelihara kebebasan setiap pesaing dalam membuat keputusan berdasarkan

harga, keluaran, dan lain-lain faktor yang peka kepada persaingan. Antara

kesalahan anti monopoli yang amat berat ialah persetujuan antara para

pesaing yang menghadkan pemilihan bebas dan mengekang perdagangan,

seperti perjanjian menghadkan kewujudan produk yang dibekalkan

oleh FrieslandCampina atau membahagi-bahagi pasaran berdasarkan

pelanggan, kawasan, produk atau belian. FrieslandCampina bersaing secara

bebas berdasarkan kebaikan produknya, kebolehan para kakitangannya,

perkhidmatannya dan prestasinya. Oleh itu, para kakitangan tidak seharusnya

bersetuju dengan mana-mana pesaing berkenaan apa-apa perkara yang

berkaitan, memandangkan perjanjian seumpamanya — sama ada bertulis atau

lisan— selalunya melanggari undang-undang.

17

10 Percanggahan kepentingan FrieslandCampina mewajibkan para kakitangannya menjauhkan diri

daripada aktiviti peribadi dan kepentingan kewangan yang mungkin

bercanggah dengan tugas-tugas yang dilaksanakan. Ini bermaksud,

apabila anda berkhidmat di FrieslandCampina anda perlu berkhidmat demi

kepentingan terbaik FrieslandCampina.

Percanggahan kepentingan

Percanggahan kepentingan berlaku apabila kepentingan peribadi

mengganggu dorongan anda untuk bertindak bertepatan dengan kepentingan

FrieslandCampina atau pihak-pihak yang berkenaan (contohnya, pembekal).

Menanyakan diri anda soalan-soalan berikut boleh membantu anda memahami

sama ada situasi berkaitan boleh dianggap percanggahan kepentingan:

• Apakah saya, atau ahli keluarga saya, kawan atau kenalan, akan mendapat

apa-apa laba (kewangan) disebabkan tugas saya di FrieslandCampina?

• Mampukah kepentingan peribadi dalam situasi ini membawa kesan ke atas

apa-apa keputusan yang mungkin saya buat di FrieslandCampina?

• Apakah saya rasa terdorong disebabkan hubungan yang wujud di antara saya

dan pihak ketiga yang menjalankan perniagaan dengan FrieslandCampina?

• Apakah situasi ini membawa kesan kepada tanggungjawab yang perlu saya

laksanakan di FrieslandCampina atau mungkinkah persepsi sedemikian wujud

di kalangan para kakitangan FrieslandCampina atau pihak-pihak ketiga?

• Apakah saya akan berasa malu jika sesiapa di FrieslandCampina tahu akan

situasi berkenaan?

• Apakah pihak-pihak lain, seperti pelanggan atau pembekal, akan

mempersoalkan sama ada mereka telah dilayan seadilnya jika mereka tahu

akan situasi berkenaan?

Jika jawapan kepada mana-mana soalan di atas adalah ‘ya’ (atau mungkin boleh

dianggap ‘ya’ oleh orang lain), maka ianya mungkin bermaksud situasi anda itu

membentuk satu percanggahan kepentingan. Jika anda kurang pasti bagaimana

untuk menanganinya, berbincanglah dengan penyelia lini anda.

18

11 Integriti laporan kewanganRekod perakaunan FrieslandCampina dan dokumen-dokumen sokongan

mestilah merakamkan dengan tepat jenis transaksi asas berdasarkan

piawaian perakaunan yang rasmi. Kita komited untuk tidak terlibat dalam

apa-apa tindakan atau membuat apa-apa urusan yang boleh menyebabkan

kemasukan rekod palsu atau tidak benar, termasuklah bagi rekod

perbelanjaan kakitangan. Tiada akaun, dana atau aset yang disorok atau

tidak direkodkan akan diwujudkan atau disimpan.

Rekod-rekod mestilah disimpan berdasarkan undang-undang, prinsip

perakaunan dan semua dasar dan prosedur yang digunapakai

FrieslandCampina.

FrieslandCampina tidak akan secara sedar mengelak daripada kewajipan

membayar cukai. Kesemua faedah yang diterima para kakitangan dan boleh

dicukai akan disenaraikan dan diisytiharkan bagi tujuan percukaian.

12 Melindungi maklumat sulit Para kakitangan syarikat-syarikat FrieslandCampina mestilah memastikan

maklumat sulit dipelihara dan dilindungi. Maklumat sulit adalah maklumat

yang eksklusif kepada organisasi, yang memberi atau mungkin memberi,

kelebihan saingan kepada FrieslandCampina. Ia merupakan maklumat yang

boleh membawa kepada kehilangan kelebihan saingan yang sedia ada jika

didedahkan kepada umum. Maklumat seperti itu tidak boleh didedahkan

kepada sesiapa di luar organisasi.

19

Memelihara maklumat sulit

Apabila memelihara maklumat sulit berkaitan syarikat, pelanggan atau rakan

sekerja, ingatlah perkara-perkara berikut:

• Jagalah maklumat tersebut dalam komputer anda dengan menggunakan

katalaluan.

• Simpan dokumen sulit dengan selamat di dalam laci atau kabinet sebelum

meninggalkan ruang kerja anda.

• Perkongsian dan akses kepada maklumat sulit adalah terhad kepada rakan

sekerja yang perlu tahu sahaja.

• Perkongsian maklumat sulit dengan pihak luar hanya jika dibenarkan oleh

undang-undang atau jika dibenarkan oleh Jabatan Undang-undang Korporat.

• Berhati-hatilah apabila membincangkan maklumat sulit di tempat-tempat

awam. Meskipun kami faham ada kecenderungan untuk berkongsi sesetengah

isu kerja dengan kawan-kawan dan ahli keluarga, namun anda diminta untuk

membincangkan sesetengah maklumat sulit dalam ruang lingkungan syarikat

sahaja.

13 Undang-undang Syarikat-syarikat FrieslandCampina diwajibkan mematuhi undang-

undang dan peraturan negara-negara di mana mereka beroperasi apabila

menjalankan objektif komersilnya yang sah.

20

Pematuhan Kod Tatalaku Kod ini terpakai ke atas para kakitangan FrieslandCampina. Adalah menjadi

tanggungjawab Lembaga Eksekutif FrieslandCampina untuk memastikan

kesemua prinsip yang terkandung dalam Kod ini dihebah, difahami dan

dipatuhi oleh kesemua kakitangan.

Prinsip-prinsip umum yang terkandung di dalam Kod ini adalah asasnya;

bagi kebanyakan prinsip-prinsip tersebut, pematuhannya dilaksanakan

melalui dasar dan prosedur yang lebih spesifik.

Pematuhan FrieslandCampina terhadap Kod ini akan sentiasa dipantau.

Apa-apa penemuan dan cadangan akan dilaporkan kepada Lembaga

Eksekutif.

Pepohon keputusan: Bagaimana menangani dilema etika dan Kod Jika anda ragu-ragu tentang kebolehterimaan sesuatu tindakan berasaskan

Kod dan dasar syarikat, pepohon keputusan berikut mungkin boleh

membantu. Tanyakan diri anda soalan-soalan berikut bagi membantu anda

menganalisa secara kritikal tindakan yang ingin diambil.

21

Apakah tindakan tersebut sah di sisi undang undang?

Apakah tindakan tersebut konsisten dengan Kod Tatalaku dan

dasar-dasar FrieslandCampina?

Jika anda menjawab ‘ya’ kepada semua soalan di atas, teruskanlah tindakan anda. Jika jawapan anda kepada mana-mana soalan adalah

‘tidak’, jangan lakukan tindakan itu dan, jika perlu, bertanyalah kepada penyelia lini anda apa yang harus

dilakukan seterusnya.

Apakah saya yakin saya tidak seumpama ‘telur di hujung tanduk’ atau‘menghampiri tebing yang licin’?

Fikirkan akibatnya jika semua orang melakukan apa yang anda bakal lakukan, ketekalan tindakan anda dan akibat masa hadapannya. Tanyakan diri anda: apakah saya sedang melibatkan diri dalam sesuatu yang akan

menjadi lebih rumit?

Selepas melaksanakan tindakan, apakah saya berasa senang dengan diri saya sendiri?

Renungkan nilai-nilai, aspirasi dan sempadan anda sendiri dan bagaimana kesemuanya berkait dengan dilema anda dan pelbagai penyelesaian yang

mungkin. Fikirkan apa yang anda rasa jika pilihan lain dibuat.

Apakah tindakan tersebut sesuai untuk dicetak di muka depan akhbar atau majalah syarikat?

Bayangkan bagaimana orang lain akan bertindak sekiranya penyelesaian kepada dilema, keputusan atau tindakan anda dihebahkan.

22

Membangkitkan persoalan atau kekhuatiranSilalah berhubung dengan penyelia lini anda jika anda mempunyai soalan

lanjut berkaitan Kod Tatalaku ini atau jika anda perlukan panduan praktikal

yang lebih lanjut atau ingin membangkitkan kekhuatiran anda.

Jika anda menyedari berlakunya pelanggaran prinsip-prinsip yang

diketengahkan dalam Kod ini, atau jika anda mengesyaki berlakunya

pelanggaran prinsip-prinsip, anda disarankan untuk mengadukannya. Jika

anda ingin menyatakan kekhuatiran anda tetapi tidak boleh melakukannya,

atau jika anda berasa kurang selesa membincangkan perkara tersebut

dengan penyelia lini anda, anda boleh memilih untuk melaporkan kepada:

• Wakil Tempatan Yang Dipercayai atau

• Pegawai Pematuhan Kod Tatalaku Korporat atau

• Talian Hubungan Luar.

Wakil Tempatan Yang Dipercayai dan Pegawai Pematuhan Kod Tatalaku

Korporat juga bersedia untuk memberikan anda nasihat berkenaan isu-isu

sensitif, atau menasihati anda berkenaan perkara-perkara yang anda tidak

boleh, atau enggan, bincangkan dengan penyelia anda.

Bagi panduan lanjut bagaimana untuk melaporkan kekhuatiran anda

berkenaan pelanggaran Kod ini (yang disyaki), lihatlah prosedur pengaduan

pemberi maklumat.

Stationsplein 4

3818 LE Amersfoort

T +31 (0)33 713 3333

The Netherlands

www.frieslandcampina.com