29768715 kerja kursus geografi 2010 tajuk migrasi dalaman penduduk

Download 29768715 Kerja Kursus Geografi 2010 Tajuk Migrasi Dalaman Penduduk

Post on 21-Jun-2015

751 views

Category:

Documents

2 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

Isi Kandungan

1.0

Penghargaan

3

2.0

Pendahuluan

3

3.0

Objektif Kajian

4

4.0

Kawasan Kajian 4.1 Peta Negeri Perak 4.2 Peta Daerah Perak Tengah 4.3 Peta Lakar Kawasan Kajian FELCRA Nasaruddin

4 5 6 7

5.0

Kaedah Kajian

8

6.0

Dapatan Kajian 6.1 Konsep migrasi penduduk 6.2 Pola migrasi penduduk 6.3 Faktor-faktor mempengaruhi migrasi dalaman 6.4 Kesan migrasi dalaman 6.5 Cadangan mengatasi kesan migrasi dalaman

8 8 8 9 11 13

7.0

Rumusan

14

8.0

Lampiran 8.1 Lampiran 1 : Surat pengenalan diri murid 8.2 Lampiran 2 : Surat kebenaran melawat dan mendapatkan maklumat 8.3 Lampiran 3 : Surat makluman kepada ibu bapa / penjaga 8.4 Lampiran 4 : Surat kebenaran ibu bapa / penjaga 8.5 Lampiran 5 : Borang Soal Selidik 8.6 Lampiran 6 : Soalan Temu Bual 8.7 Lampiran 7 : Senarai Nama Responden 16 17 18 19 20 21 15

9.0

Rujukan

22

1.0 Penghargaan2

Setelah bertungkus lumus selama dua bulan akhirnya saya dapat menyiapkan Kerja Kursus Geografi (KKG) seperti mana yang diarahkan oleh pihak Lembaga Peperiksaan Malaysia dengan jayanya. Namun disebalik kejayaan saya dalam menyiapkan kajian ini, banyak pihak telah terlibat samada secara langsung mahupun tidak langsung. Oleh sebab itu, di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Hajah Saftuyah selaku Pengetua SMK. Matang Jaya, yang memberi galakan dan kebenaran kepada saya untuk melaksanakkan kajian yang menarik ini. Tidak lupa juga kepada guru kami Cikgu Badariah Bt. Sapiee sebagai guru geografi yang banyak memberi bimbingan, tunjuk ajar serta memberi keyakinan kepada saya dalam menyiapkan kajian ini mengikut piawaian yang telah ditetapkan. Selain daripada itu, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada penduduk di sekitar kawasan Taman Matang Jaya, serta semua pihak yang terlibat dalam membantu saya menjayakan kajian pada kali ini dengan memberi kerjasama yang cukup membanggakan. Tidak ketinggalan juga saya merakamkan ucapan jutaan terima kasih buat kedua ibu bapa tersayang iaitu Junaidi Bin Samsudin dan Dena Bt. Udin serta rakan-rakan seperjuangan saya seperti Mohd. Hazwan Fikri dan Peter Romario yang banyak membantu dari segi moral dan idea kepada saya sepanjang menyiapkkan kajian ini.

3

2.0 PendahuluanNama saya Mohd Nur Haziq Irsyamuddin Bin Junaidi. Saya belajar di Tingkatan 3 Terbilang,Sekolah Menengah Kebangsaan Matang Jaya. Kami telah diberi tajuk Migrasi Dalaman Penduduk di Matang Jaya, Jalan Matang, 93050, Kuching, Sarawak. Secara umumnya kajian ini dijalankan bagi memenuhi keperluan mata pelajaran Geografi tingkatan tiga bagi tahun 2010. Kajian ini mengambil masa lebih kurang 3 bulan. Melalui kajian ini, saya berharap dapat mengetahui dengan lebih lanjut tentang migrasi dalaman di kawasan Taman Matang Jaya dan seterusnya mengenal pasti konsep migrasi di kawasan tersebut. Selain itu saya juga ingin melihat jenis-jenis pola migrasi di kawasan kajian. Selepas itu di dalam kajian ini juga saya akan melihat faktor yang mempengaruhi migrasi dalaman serta kesan migrasi dalaman terhadap kawasan kajian dan alam sekitar. Akhir sekali saya akan mencadangkan langkah-langkah mengurangkan kesan migrasi dalaman. Rasional pemilihan Taman Matang Jaya adalah kerana ia merupakan salah satu kawasan tanah rancangan yang terdiri dari tanah pamah yang rata. Sebahagian besar penduduk kawasan ini turut terlibat dalam pekerja di dalam sektor perniagaan. Dengan ini saya berpendapat kajian migrasi dalaman di kawasan Taman Matang Jaya mempunyai pola migrasi dalaman yang unik serta faktor migrasi dalaman yang menarik. Mungkin kita juga boleh melihat kesan dan juga langkah mengatasi dalam kajian ini nanti.

4

3.0 Objektif KajianAntara objektif kajian ini ialah:

1. Memahami konsep migrasi penduduk. 2. Mengenalpasti pola migrasi penduduk di Taman Matang Jaya. 3. Menjelaskan faktor migrasi dalaman penduduk di Taman Matang Jaya. 4. Menjelaskan kesan migrasi dalaman penduduk di Taman Matang Jaya. 5. Mencadangkan beberapa langkah mengurangkan kesan migrasi dalaman penduduk di Taman Matang Jaya. 6. Meningkatkan rasa kesyukuran dan perasaan bangga terhadap tempat tinggal. 5

6

4.0 Kawasan Kajian

Kawasan kajian saya ialah di Matang Jaya yang terletak di sekitar Kuching, Padawan.Lokasi Bandar ini terletak di bahagian selatan Bandar Kuching .Jaraknya kira-kira 6 kilometer dari bandar tersebut atau 30 minit perjalanan jika menguna kereta.Keluasan kawasan kajian ini ialah 8 kilometer persegi dan berpusatkan Bandar Kuching .Kawasan kajian saya ini terletak di arah selatan dari sekolah saya.

4.1 Peta Sarawak

7

U

4.2 Peta Daerah Kuching

Tidak Mengikut Skala

8

9

4.3 Peta Lakar Kawasan Kajian Matang Jaya,Kuching,Sarawak.

10

5.0 Kaedah KajianDalam menjalankan kajian ini saya telah menggunakan beberapa kaedah kajian antaranya ialah pemerhatian, rujukan, temu bual dan soal selidik. Kaedah pemerhatian ialah kaedah yang dijalankan dengan cara mengenalpasti kawasan serta memerhati keadaan disekitar kawasan kajian dan kemudiannya mencatat maklumat yang diperolehi ke dalam bentuk lakaran dan juga catatan ringkas. Kemudiannya saya menggunakan kaedah rujukan bagi melengkapkan kajian saya.Di samping itu juga, soal selidik turut dibuat. Soal selidik akan dijalankan terhadap 30 responden, dan ini bertujuan mengukuhkan lagi kajian saya terutama dalam hal yang berkaitan dengan potensi bentuk muka bumi, halangan serta langkah mengatasi terhadap alam sekitar di kawasan kajian. Hasil gabungan empat kaedah kajian ini maka sudah pasti menghasilkan kajian yang bermutu, tepat dan boleh dipercayai.

11

6.0 Dapatan Kajian6.1 Konsep migrasi pendudukSecara umumnya migrasi bermaksud penghijrahan atau perpindahan penduduk dari suatu kawasan ke kawasan yang lain. Biasanya migrasi ini berlaku disebabkan oleh penduduk yang inginkan perubahan hidup ke arah yang lebih baik. Tujuannya ialah untuk meningkatkan taraf hidup dengan gaji yang lebih baik.

6.2 Pola migrasi penduduk di kawasan kajianPola migrasi penduduk di kawasan kajian dapat dibahagikan kepada 2 iaitu: 12

a) Migrasi bandar ke luar bandar Migrasi ini merujuk kepada penduduk yang berhijrah untuk menyambung pelajaran di institusi pengajian tinggi sama ada awam mahupun swasta ataupun yang telah bersara pulang ke tempat asal. Misalnya ada sebahagian penduduk Taman Matang Jaya yang bekerja sebagai tentera di Semenanjung pulang semula ke Taman Matang Jaya selepas tamat perkhidmatan. Dan ada juga segelintir yang menyambung belajar di Inti Kolej, pulang ke Taman Matang Jaya setelah tamat belajar.

6.3 Faktor yang mempengaruhi migrasi dalaman penduduk di kawasan kajianTerdapat beberapa faktor yang mempengaruhi migrasi dalaman di kawasan kajian antaranya ialah: a) Melanjutkan pelajaran Segelitntir anak-anak peneroka yang memperolehi keputusan peperiksaan SPM dan STPM yang cemerlang akan menyambung pelajaran ke institusi pengajian tinggi seperti Universiti Malaya Kuala Lumpur, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim dan sebagainya. Oleh kerana di kawasan Taman Matang Jaya tidak terdapat pusat pengajian tinggi maka mereka terpaksa berhijrah untuk melanjutkan pelajaran.

b) Peluang Pekerjaan Terdapat anak peneroka di Taman Matang Jaya yang behijrah ke bandar-bandar seperti Limbang, Miri, Sibu dan sebagainya untuk mencari peluang pekerjaan yang lebih selesa dan gaji yang lebih tinggi di dalam sektor perindustrian, pembinaan dan perkhidmatan. Ini kerana di kawasan Taman Matang Jaya peluang pekerjaan yang ada amat terhad iaitu bidang perniagaan sahaja. (c) Bersara 13

Selain daripada faktor di atas terdapat juga faktor seperti bersara mempengaruhi migrasi dalaman di kawasan Taman Matang Jaya. Misalnya terdapat penduduk di kawasan kajian ini yang pernah berkhidmatan sebagai polis, tentera dan guru akhirnya pulang semua ke tempat tinggal asal setelah tamat perkhidmatan (bersara). Misalnya ada yang pernah berkhidmat sebagai tentera di negeri Kedah selama 20 tahun dan akhirnya pulang semula ke Taman Matang Jaya dan berehat ataupun meneruskan perniagaan secara kecil-kecilan bagi mengisi masa lapang dan menampung hidup.

(d) Kemudahan asas Oleh kerana Taman Matang Jaya merupakan kawasan tanah rancangan, kemudahan asas yang ada adalah terhad seperti sekolah, masjid, air, elektrik dan lain-lain. Demi mendapatkan

keselesaan hidup maka mereka mengambil keputusan hidup untuk berpindah ke kawasan yang lebih maju dan selesa seperti berpindah ke bandar-bandar seperti Sibu dan Kuala Lumpur. Hal ini kerana di kawasan yang dituju terdapat kemudahan yang lebih baik seperti jaringan pengangkutan yang cekap, hospital, kolej, pasaraya dan sebagainya.

(e) Nilai atau Patriotisme kita patut bersyukur kerana dilahirkan dan dibesarkan di negara malaysia yang aman dan damai di samping kestabilan ekonomi yang banyak memberi manfaat kepada kita semua.

14

Peta Minda 1: Faktor yang mempangaruhi migrasi di kawasan kajian

Melanjutkan pelajaran di IPT dan kolej

Menikmati Kemudahan Asas yang selesa

Faktor mempengaruhi migrasi dalaman di Taman Matang Jaya

Mencari peluang pekerjaan yang terjamin

Bersara

15

6.4 Kesan migrasi dalaman penduduk di kawasan kajianSecara umumnya terdapat dua kesan utama migrasi dalaman penduduk di kawasan kajian: a) Kesan positif a. Penduduk bertambah i. Migrasi dalaman dari luar bandar ke bandar atau bandar ke bandar menyebabkan penduduk bertambah. Hal ini secara tidak langsung menyumbang kepada tenaga buruh yang lebih ramai. Pertambahan penduduk di bandar pula merancakkan lagi kegiatan ekonomi.

b. Taraf hidup meningkat i. Penduduk yang berhijrah ke bandar seperti Kot

Recommended

View more >