bab7-taburan penduduk.pptx

Download Bab7-Taburan Penduduk.pptx

Post on 15-Dec-2015

239 views

Category:

Documents

1 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

Slide 1

taburan penduduk

TABURAN PENDUDUK DI MALAYSIA Jumlah penduduk Malaysia adalah kira-lira 23 juta orang.Daripada jumlah ini,79.9% tinggal di Semenanjung Malaysia,11.4% di Sabah dan 8.9% di SarawakTaburan penduduk Malaysia dapat dibahagikan kepada kawasan berpenduduk padat, sederhana dan kawasan berpenduduk jarang.

TABURAN PENDUDUK PADA TAHUN 2000

KAWASAN BERPENDUDUK PADAT Kawasan berpenduduk padat di negara Malaysia adalah kawasan yang mempunyai lebih daripada 200 orang sekilometer persegi.Kawasan ini terdapat di sepanjang semenanjung Malaysia terutamanya di bandar bandar besar,dataran dan delta sungai.Contoh : kawasan Lembah Klang,Lembah Kinta,Pulau Pinang,dan Seberang Perai,Dataran Keadah-Perlis,Seremban,Melaka dan Johor Bahru di Pantai Barat Semenanjung MalaysiaDi Pantai Timur pula kawasan tumpuan penduduk adalah di kawasan dataran dan delta yang subur seperti di Dataran Kelantan,Dataran Terengganu dan di Dataran KuantanDi Sarawak, tumpuan penduduk adalah di sekitar Kuching,Sarikei dan Sibu. Di Sabah, penduduk bertumpu di sekitar Kota Kinabalu.

KAWASAN BERPENDUDUK SEDERHANAKawasan berpenduduk sederhana mempunyai 50 hingga 200 orang sekilometer persegi.Contohnya, di kawasan kaki bukit atau luar bandar. Kawasan ini disediakan dengan kemudahan awam, infrastruktur, dan perkhidmatanJenis taburan penduduk ini terdapat juga di kawasam pertanian,perikanan, dan pekan-pekan kecil

Contoh kawasan berpenduduk sederhana ialah : a) beberapa bahagian dataran pantai barat seperti Kulim, Jitra, Teluk Intan, Sepang, Port Dickson, Jasin dan Muar. b) Bachok,Kelantan, Marang dan Kuala Berang di Terengganu, dan Jerantut serta Sungai Pahang di Pahang di pantai timur semenanjung Malaysia. c) Lembah Sungai Rajang, Lembah Sungai Maram, Sibu,Bintulu, Miri, Samarahan, Sri Aman, dan Limbang di Sarawak. d) Lembah Sungai Kinabatangan, Sandakan, Lahat Datu, Tawau, Semporna, Tuaran, dan Keningau di Sabah. e) kawasan rancangan kemajuan tanah seperti Jengka Tiga Segi, Pahang Tenggara, Johor Tenggara, dan Kelantan Selatan.

KAWASAN BERPENDUDUK JARANGKawasan berpenduduk jarang mempunyai kurang daripada 50 orang sekilometer persegi.

Contohnya di kawasan pendalaman dan tanah tinggi yang berhutan tebal seperti kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak.

kawasan berpaya juga perpenduduk jarang seperti Tasik Chini dan Tasik Bera di Pahang.

KEPADATAN PENDUDUKKepadatan penduduk merujuk kepada bilangan penduduk yang terdapat dalam satu kilometer persegi.Kepadatan penduduk dikira berdasarkan formula dibawah inj :

Jika jumlah penduduk negeri Selangor ialah 4 188 876 dan keluasan kawasn ialah 7 960 km maka kepadatan penduduknya ialah 526 orang sekilometer persegi

2

Taburan penduduk yang tidak sekata dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti : a) BENTUK MUKA BUMI Penduduk bertumpu di kawasan tanah pamah, pinggir pantai, dataran dan lembah sungai. Di Semenanjung Malaysia, penduduk bertumpu di jaluran tanah pamah dari utara Perlis ke Taiping, Lembah Kinta hingga ke Teluk Intan jaluran tanah pamah, dari Kuala Kubu keLembah Klang sehingga Seremban, jalurn dari Melaka ke Batu Pahat sekitar Johor Bahru sekitar Kuantan Dataran Kuala Terengganu dan Kota Bahru.Di Sarawak penduduk bertumpu di sekitar Kuching, Sarikei dan Sibu. Di Sabah penduduk bertumpu di sekitar Kota Kinabalu. Kawasan tanah pamah memudahkan pembinaan kawasan petempatan, pembinaan jaringan perhubungan dan pengangkutan.Kawasan lembangan dan lembah sungai menjadi tumpuan penduduk kerana terdapat tanih aluvium yang subur.Di kawasan ini, penanaman padi dijalankan secara meluas dan menjadi tumpuan penduduk yang padat seperti di Dataran Kedah-Perlis, Dataran Terengganu, dan Dataran Kelantan. Pedalaman Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak berpenduduk jarang kerana terdiri daripada kawasan pergunungan dan hutan tebal.Keadaan bentuk muka bumi sedemikian menyukarkan pembinaan petempatan dan kos pembinan adalah tinggi. Walaupun begitu terdapat kawasan tanah tinggi yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinnggi seperti di Kundasang, Sabah dan Tanah Tinggi Cameron di Pahang. Keadaan udara yang nyaman dan pemandangan yang indah menarik pelancong.

b) SUMBER MINERALKawasan yang mempunyai sumber mineral seperti bijih timah, petroleum, dan gas asli telah menggalakkan tumpuan penduduk kerana terdapat pelbagai peluang pekerjaan.

Kawasan ini semakin membangun dan dilengkapi dengan kemudahan asas, infrastruktur, dan perkhidmatan

Kawasan Lembah Klang dan Lembah Kinta berkembang pesat daripada hasil perlombongan bijih timah.

Bandar-bandar yang berkembang daripada hasil perlombongan bijih timah ialah Kaula Lumpur, Ipoh, Taiping dan Seremban.

Kuala Lumpur mempinyai penduduk paling padat di Malaysia.

Perlombongan petroleum dan gas asli di luar pantai Terengganu, Sarawak, dan luar Sabah telah menyebabkan tumpuan penduduk di Miri, Kertih, Lutong dan Bintulu.c) DASAR KERAJAAN/GOVERNANKerajaan memperkenalkan beberapa dasar untuk memajukan sektor perdagangan dan perindustrian. Antaranya ialah Dasar Perindustrian Negara ( DPN) dan Dasar Pertanian Negara.DPN mewujudkan kawasan Zon Perindustrian Bebas yang menggalakkan pembinaan estet-estet perindustrian yang terancang. Contohnya Sungei Way, Telok Kalong, dan Kemaman. Pasir Gudang dan Bayan LepasPembangunan kawasan luar bandar di bawah Dasar Pertanian Negara telah membuka satu kawasan baru untuk pertanian. Contohnya, melalui penubuhan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan ( FELDA) beberapa kawasan telah dibuka seperti Jengka Tiga Segi di Pahang dan KETENGAH di Terengganu.Perpindahan penduduk ke kawasan-kawasan pertanian baru ini telah menambahkan penduduk di kawasan-kawasan tersebut.

d) PENGANGKUTAN DAN PERHUBUNGANKawasan yang mempunyai jaringan pengangkutan yang padat mempunyai taburan penduduk yang padat

Ini adalah kerana penduduk mudah bergerak ke satu tempat yang lain.

Kawasan perindustrian dapat berkembang dengan pesat kerana hasil pengeluaran kilang dapat angkut ke pelabuhan dan lapangan terbang untuk dieksport.

Contohnya : a)Pembinaan Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) b) Pembinaan Lapangan Terbang KLIA di Sepang telah menggalakaan perkembangan bandar disekitarnya

f) KEGIATAN SOSIO-EKONOMIPerkembangan sektor ekonomi serta pelbagai kemudahanyang disediakan di sesuatau kawasan mempengaruhi tburan penduduk.Penduduk akan bertumpu di kawasan yang menyediakan peluang pekeraan dan kemudahan yang memberikan keselesaan hidup.Contohnya di kawasan penanaman padi di dataran Kedah-Perlis, Dataran Kelantan dan Tanjung Karang.Di kawasan penanaman getah dan kelapa sawit, tumpuan penduduk ialah di sekitar Teluk Intan, Layang-Layang dan Tawau.Tumpuan penduduk di Shah Alam, Petaling Jaya, Prai, Bayan Lepas, Likas, Pasir Gudang, Paka dan Bintulu di sebabkan tersebut merupakan kawasan perindustrian.Bandar-bandar Kuala Lumpur, Johor Bahru, Georgetown, Kota Kinabalu, dan Kuching pula adalah pusat perniagaan, perdagangan, dan kewangan yang menjadi tumpuan penduduk.