geo penggal 3 gangguan dan perubahan pada sesuatu sistem

14
Menjelaskan bagaimana gangguan dan perubahan pada sesuatu sistem mempengaruhi sistem alam sekitar fizikal yang lain.

Upload: kasmah-de-davinci

Post on 19-Jun-2015

156 views

Category:

Education


13 download

TRANSCRIPT

Page 1: geo penggal 3  gangguan dan perubahan pada sesuatu sistem

Menjelaskan bagaimana gangguan dan perubahan pada sesuatu sistem mem-pengaruhi sistem alam seki-tar fizikal yang lain.

Page 2: geo penggal 3  gangguan dan perubahan pada sesuatu sistem

Pegaruh gangguan dan perubahan pada sesuatu sistem terhadap alam sekitar fizikal yang lain

• Gangguan dan perubahan terhadap sesuatu sistem alam sekitar fizikal boleh berlaku secara semula jadi dan akibat kegiatan manusia.

• Sistem atmosfera, sistem hidrologi , sisitem geomorfologi dan sistem ekologi boleh terganggu dan berubah secara semula jadi disebabkan pleh letusan gunung berapi, kebakaran hutan, kemarau , banjir, gempa bumi, fenomena el nino dan la- nina serta gerakan jisim.

• Sistem –sistem tersebut juga boleh terganggu dan berubah dise-babkan oleh kegiatan manusia mengubah landskap fizikal secara tidak terkawal dengan meneroka hutan, proses pembandaran, kegiatan perindustrian, perlombongan, pertanian , perikanan, mem-bina jaringan pengankutan serta membangunkan pelbagai kegiatan sosioekonomi yang lain.

• Gangguan terhadap sistem atmosfera iaitu gangguan terhadap suhu udara yang mana berlaku perubahan suhu udara yang normal kepada keadaan tdk normal.

Page 3: geo penggal 3  gangguan dan perubahan pada sesuatu sistem

• Lazimnya perubahan yang berlaku adalah peningkatan suhu dari-pada purata normal di sesuatu kawasan.

• Peningkatan suhu udara di seluruh dunia disebabkan oleh pen-ingkatan pencemaran udara, penipisan lapisan ozon,proses pem-bandaran yang pesat dan penyahhutanan yang meluas.

• Kesan daripada keadaan tersebut menyebabkan fenomena cuaca , iaitu pemanasan global.

Page 4: geo penggal 3  gangguan dan perubahan pada sesuatu sistem

kesan fenomena pemanasan global terhadap sistem yang lain

• PENCAIRAN AIS BENUA DI KUTUB UTARA DAN KUTUB SELATAN• -buktinya masa kini menunjukkan bahawa bongkah – bongkah ais benua di

kawasan trsebut semakin menyusut setiap tahun.• -pencairan glasier kutub utara dan permukaan ais Greenland, dijangka membantu

kenaikan paras air laut global kepada 35 hingga 63 inci ( 90 hingga 160 sentimeter) menjelang 2100.

• - kesan lanjut daripada fenomena ini ialah berlakunya kenaikan aras laut. Keadaan ini akan menenggelamkan kawasan pantai yang rendah. Berdasarkan kadar pen-cairan ais kutub pada masa lampau, paras laut boleh meningkat sehingga 68 me-ter. Ini bermakna lebih kurang 13 juta meter persegi kawasan daratan bakal ‘dilenyapkan’ oleh peningkatan air laut. Pulau – pulau kecil yang timbul di tengah permukaan laut akan tenggelam.

• - peningkatan aras laut akan mningkatkan proses hakisan ombak di pinggir pantai. Kawasan yang terhakis akan lebih meluas ke arah daratan

• -kawasan ekologi paya bakau di pinggir pantai akan tenggelam dan sekaligus memusnahkan ekosistem tersebut. Habitan haiwan akan musnah akibat di tengge-lami air laut.

• -pencairan glasier di tanah tinggi di kawasan sederhana dunia akan meningkatkan hakisan permukaan apabila berlaku pergerakan glasier cair menuruni tanah tinggi. Dalam masa yang sama kawasan lembah berhampiran akan mengalami banjir.

Page 5: geo penggal 3  gangguan dan perubahan pada sesuatu sistem

Aisberg pencairan glasier

Page 6: geo penggal 3  gangguan dan perubahan pada sesuatu sistem

Gangguan terhadap sistem atmosfera

• - berlaku juga akibat letusan gunung berapi yang kuat. Letusan gunung be-rapi mengambil masa yang agak lama sebelum meletus. Gunung berapi akan mengeluarkan asap yang tebal beberapa minggu atau beberapa hari sebelum ia meletus. Kandungan asap ini mengandungi habuk, debu, abu, arang dan gas-gas kimia yang akan mempengaruhi sisitem lain.

1.Pencemaran udara dengan sebaran habuk,debu , abu dan gas-gas kimia.

Ruang udara akan berjerebu dan men-jejaskan jarak penglihatan.

2.Kandungan gas kimia dan bahan kimia dalam asap dan debu gunung

berapi akan bergaul dengan air hujan membentuk hujan asid.

3.Debu yang tebal akan mendap ke permukaan bumi menimbus hutan dan memusnahkan habitat haiwan.

4.Aliran lava yang panas di atas per-mukaan bumi akan membakar hutan dan membunuh haiwan tanah serta

mikroorganisma tanah.

Antaranya ialah

Page 7: geo penggal 3  gangguan dan perubahan pada sesuatu sistem

Gangguan terhadap sistem ekologi ( bios-fera)

• - ialah gangguan terhadap hutan akan menyebabkan kepupusan hutan semula jadi yang luas serta menjejaskan kualiti hutan sebagai habitat hai-wan. Hutan dilenyapkan oleh aktiviti pertanian ladang , pembalakan, pem-bandaran , perlombongan dan pelbagai aktiviti ekonomi yang lain.

• -penyahhutanan akan mengubah saiz keluasan hutan , kepupusan pelbagai spesies pokok, mengubah suhu persekitaran dan melenyapkan fungsi ekologi hutan.

• i) terjejasnya habitat hidupan liar yang mana hutan telah dimusnahkan tidak lagi mempunyai rantaian makanan , berlaku peningkatan suhu dan hutan tersebut tidak lagi boleh menjadi pelindungan keselamatan haiwan.

• Ii)haiwan di kawasan terbabit akan pupus atau berpindah ke kawasan lain untuk mencari habitat baharu yang sesuai dan selamat.

• Iii)hakisan permukaan juga akan semakin meningkat kerana ketiadaan cengkaman akar pokok untuk mengukuhkan tanah.

• Iv)sumber wap air untuk kejadian hujan di atmosfera semakain berkuran-gan kerana ketiadaan sejat peluhan daun pokok.

Page 8: geo penggal 3  gangguan dan perubahan pada sesuatu sistem

Gangguan terhadap sistem hidrologi

• -iaitu gangguan terhadap sumber air sungai, laut , air bawah tanah dan tasik akibat tebus guna tanah, penokaan hutan, perlombongan , kegiatan perta-nian , pelancongan dan perkembangan petempatan.

• -kegiatan- kegiatan tersebut menyebabkan pencemaran sumber air• - kegiatan- kegiatan tersebut menyebabkan pencemaran sumber air, ke-

merosotan aras air tanah dan kepupusan kawasan sumber air.• -keadaan ini akan menyebabkan :• i) dalam jangka panjang , bekalan air bersih semakin berkurangan.sungai

yang kotor dan tercemar amat sukar untuk dirawat dan dipulihkan.• Ii) kawasan tadahan hujan akan musnah dan menyebabkan aras sungai

menyusut. Penerokaan hutan di kawasan tanah tinggi akan melupuskan kawasan tadahan hujan

• Iii) pencemaran air sungai dan laut akan menyebabkan habitat akuatik terje-jas. Rantaian makanan ekosistem air terputus akibat kematian hidupan air seperti zooplankton, plankton dan berudu yang menjadi makanan ikan.

• Iv) pencemaran air akan menyebabkan perubahan kadar keasidan air, pe-rubahan warna dan kandungan kimia. Keadaan ini menjadi punca hidupan air keracunan dan mati.

Page 9: geo penggal 3  gangguan dan perubahan pada sesuatu sistem

Pencemaran sungai

Page 10: geo penggal 3  gangguan dan perubahan pada sesuatu sistem

Gangguan terhadap sisitem geomorfologi

• Ialah gangguan terhadap bentuk muka bumi seperti tanih, tanah pamah, tanah tinggi dan lembangan sungai

• -ia akan mengubah struktur tanih, landskap semula jadi muka bumi dan memus-nahkan hutan serta kawasa paya.

• -gangguan tersebut berlaku akibat aktiviti penerokaan tanah,proses pembandaran, pembangunan luar bandar dan kepelbagaian kegiatan ekonomi.

• - kegiatan tersebut juga akan mempengaruhi alam sekitar fizikal yang lain an-taranya :

• i) menjejaskan habitat hidupan dalam tanah seperti mikroorganisma, cacing dan pelbagai spesies ulat yang menjadi agen pereputan dan penguraian organik.pen-erokaan tanah akan memusnahkan struktur tanah, mengurangkan kelembapan tanah serta mengubah suhu tanah. Keadaan ini akan menjadikan tanah tidak lagi sesuai untuk habitat mereka.

• Ii)gangguan terhadap bentuk muka bumi dan tanah juga boleh menyebabkan pen-ingkatan proses hakisan permukaan oleh aliran permukaan dan titisan hujan. Per-mukaan bumi yang kehilangan litupan tumbuhan akan terdedah kepada aliran per-mukaan dan tiisan hujan.

• Iii) penggondolan tanah tinggi akan mengubah landskap muka bumi semula jadi kepada permukaan yang lapang, tiada tumbuhan dan menampilkan kawasan yang kering serta panas.

Page 11: geo penggal 3  gangguan dan perubahan pada sesuatu sistem

• a) MAKSUD SISTEM• B) KESAN PERUBAHAN PERSEKITARAN FIZIKAL KE

ATAS AKTIVITI MANUSIA• C) KESAN PEMBALAKAN TERHADAP ALAM SEKITAR

FIZIKAL

Page 12: geo penggal 3  gangguan dan perubahan pada sesuatu sistem

a) MAKSUD SISTEM• Sistem alam sekitar fizikal boleh ditakrifkan

sebagai satu set angkubah atau unsur-unsur yang saling bertindak antara satu sama lain sebagai satu organisasi yang agak kompleks. Selain mempunyai unsur-unsur yang saling bertindak, sesebuah sistem itu juga mempunyai tenaga dan bahan yang dapat masuk dan keluar dari sistem tersebut. Tenaga matahari ialah agen utama penggerak keseluruhan operasi sistem untuk mencapai tahap keseimbangan. Sistem bumi juga mempunyai sempadan sendiri di samping memiliki sifat pemulihan kendiri.

Page 13: geo penggal 3  gangguan dan perubahan pada sesuatu sistem

B

b) KESAN PERUBAHAN PERSEKITARAN FIZIKAL KE ATAS AKTIVITI MANUSIA

• - Fenomena letusan gunung berapi berlaku dalam sistem geomorfologi. Letusan gunungberapi mengalirkan lava, aliran piroklastik dan debu ke udara yang mempengaruhi sistematmosfera melalui kejadian jerebu, hujan asid dan gangguan cuaca. Jerebu berlaku keranapertambahan habuk, asap, dan debu yang mencemari udara (Jamaluddin Md. Jahi, 1989).Habuk halus ini menyerakkan cahaya matahari lalu menyebabkan jarak penglihatan menjaditerhad

• -memusnahkan tanaman pertanian seperti buah-buahan dan sayur-sayuran (Jamaluddin Md.Jahi, 1999). Fenomena El-Nino yang melanda negara-negara Pasifik dalam sistem atmosfera telahmengganggu kestabilan atmosfera yang menyebabkan cuaca panas dan kering pada bahagianbarat Pasifik dan kejadian banjir di bahagian timurnya. Kekurangan hujan, cuaca panas dankemarau akan mengganggu keseimbangan sistem hidrologi seperti sungai, tasik serta airbawah tanah (Jamaluddin Md. Jahi dan Ismail Ahmad, 1988). Kekurangan input air di dalamsistem hidrologi seterusnya akan menjejaskan sistem ekologi akuatik.

• -kenderaan dan harta benda manusia. Tsunami yang terhasil akibat gempa bumi di dasar lautakan menyebabkan air masuk ke dalam hutan-hutan pinggir pantai. Kesannya hutan-hutanpinggir pantai akan dicemari dengan air masin dan boleh menyebabkan kemusnahan hutandan karang di laut. Kemusnahan karang menyebabkan kawasan pembiakan hidupan lautmusnah. Keadaan ini menyebabkan hasil perikanan semakin berkurang dan menjejaskantangkapan nelayan

• -Penipisan lapisan ozon menyebabkan pertambahan ultraungu (UV) di permukaanbumi. Pertambahan sinaran ultraungu menyebabkan meyebabakan pelbagai penyakit kepadamanusia terutamanya kanser kulit dan membran kulit semakin menebal, pembentukan kedutdan keanjalan kulit berkurangan, memusnahkan urat saraf, kecacatan anggota badan dan dayatahan bagai bayi yang baru lahir

Page 14: geo penggal 3  gangguan dan perubahan pada sesuatu sistem

c) KESAN PEMBALAKAN TER-HADAP ALAM SEKITAR FIZIKAL• Kemusnahan habitat,ekosistem dan biodiversiti : pelbagai spesies fauna dan flora diancam kepupusan dan kemusnahan akibat daripada pembalakan yang melampau.

Apabila hutan dimusnahkan,fungsi pokok sebagai pengeluar utama akan turut mengalami kemusnahan. Hidupan yang bergantung kepada tumbuh-tumbuhan seperti herbivor akan kehilangan sumber-sumber makanan. Contohnya ,gajah,rusa,monyet dan lain-lain. Kerosakan ekosistem seperti kemusnahan rantaian makanan, kitar tenaga komponen biotik dan abiotik yang kelak menganggu keseimbangan ekologi setempat. Gangguan ekologi secara menyeluruh akan berlaku apabila hutan-hutan dimusnahkan

• Memusnahkan edaran nutrien tanah : selain itu, kesan akibat aktiviti pembalakan juga akan memusnahkan edaran nutrien dalam tanah. Dalam keadaan semula jadi edaran nutrien akan berlaku dengan lengkap dan sempurna di bawah pokok hutan. Namun begitu, jika berlaku penebangan hutan, rantaian dan nutrien tanah akan hilang dengan cepat kerana larian air permukaan bertambah dengan mendadak di kawasan hutan gondol. Proses fotosintesis juga akan turut terganggu yang sekaligus memusnahkan edaran nutrien.

• Mengubah cuaca dunia atau pemanasan setempat: peningkatan suhu sekitar disebabkan ketiadaan pelindung yang menghalang pancaran matahari, dan lebihan gas karbon dioksida dalam atmosfera. Seterusnya akan mengurangkan hujan atau mengubah corak hujan yang lazimnya berlaku sehingga mewujudkan fenomena kemarau. Pengurangan kelembapan udara ekoran daripada fungsinya untuk membebaskan wap-wap air ke udara melalui proses transpirasi sudah hilang atau berkurangan. Udara sekitar menjadi kering dan cuaca menjadi panas. Hutan tidak lagi mampu berfungsi untuk menyederhanakan suhu dengan cara memerangkap bahangan matahari dan membebaskan wap-wap air menerusi proses perpeluhan.

• Meningkatkan kadar hakisan: kesan pembalakan turut menyumbang kepada berlakunya hakisan tanah. Apabila hutan ditebang, akar-akar pokok tidak lagi mencengkam tanah di bawah permukaan bumi. Apabila tiada akar untuk mencengkam tanah, menyebabkan struktur tanah menjadi longgar. Apabila hujan turun, aliran air hujan akan menyebabkan struktur tanah menjadi lembut dan lincin. Tanah yang lembut dan lincin akan bergerak menuruni cerun-cerun bukit dan berlakulah tanah runtuh. Kejadian tanah runtuh bukan sahaja merosakkan ekosistem hutan, tetapi turut membahayakan nyawa manusia seperti yang berlaku di Bukit Antarabangsa.

• Kesan keatas sistem hidrologi: pembalakan juga menyebabkan kitaran hidrologi menjadi tidak stabil. Pembalakan juga mengurangkan kadar susupan air ke dalam tanah dan seterusnya menurunkan paras air dalam tanah. Hal ini akan menjejaskan kawasan tadahan air dan bekalan air kepada sungai,tasik,kolam dan paya. Pembalakan juga menyumbang kepada kadar larian air permukaan yang membawa banyak kelodak dan lumpur ke dalam sungai yang seterusnya menggalakkan kejadian banjir.

• Kesan keatas sistem geomorfologi: penebangan hutan akan mendedahkan permukaan bumi secara langsung kepada pelbagai proses geomorfologi seperti luluhawa, hakisan, larian air permukaan, serta pelbagai jenis pergerakan jisim. Permukaan bumi yang kehilangan pelindung, daya pengikat, dan cengkaman tanah oleh akar-akar pokok menyebabkan struktur tanah menjadi longgar dan cerun-cerun bukit menjadi tidak stabil.