geo fizikal 9

Upload: hafizullurvedieyla

Post on 06-Mar-2016

225 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

UKM

TRANSCRIPT

Kerja-kerja membangunkan tanah bercerun untuk pertanian boleh dibahagikan kepada tiga peringkat. Peringkat pertama ialah mengenai pembukaan kawasan, peringkat kedua ialah mengenai pembinaan struktur pemuliharaan tanah dan yang ketiga mengenai amalan agro

Kerja-kerja membangunkan tanah bercerun untuk pertanian boleh dibahagikan kepada tiga peringkat. Peringkat pertama ialah mengenai pembukaan kawasan, peringkat kedua ialah mengenai pembinaan struktur pemuliharaan tanah dan yang ketiga mengenai amalan agronomi yang sesuai untuk mengawal hakisan. (i) Pembukaan Kawasan Kerja-kerja pembukaan tanah melibatkan kerja menebang pokok, memotong kayu, mencabut tunggul, membaris/ melonggok kayu, membakar kayu dan membersihkan kawasan. Semasa menjalankan aktiviti ini beberapa peraturan di bawah hendaklah diikuti: Bagi kawasan yang luas, kerja pembukaan tanah hendaklah dijadualkan berperingkat-peringkat bagi mengelakkan pendedahan tanah terlalu lama kepada proses hakisan. Pembukaan tanah lebih sesuai dilakukan pada musim kering. Penebangan bersih hanya perlu dilakukan bagi tanaman biasa seperti sayur-sayuran, buah-buahan, getah dan kelapa sawit. Sekiranya tidak perlu menebang bersih, seperti untuk sistem tanaman agro-forestry, penebangan pokok secara selektif adalah digalakkan. Pokok yang ditinggalkan akan membantu melindungi tanah daripada hakisan. Tunggul-tunggul kayu hanya perlu dicabut jika sistem penanaman memerlukan. Bagi tanaman jangka panjang seperti durian, getah dan kelapa sawit, tunggul-tunggul kayu tidak menghalang kerja operaso ladang dan ia dapat membantu menakan hakisan. Pembakaran sisa kayu hanya dilakukan apabila perlu sahaja. Sisa kayu yang dilonggok atau dibaris membantu menahan hakisan. Pokok-pokok asal di tepi sungai dan taliair utama hendaklah dibiarkan bagi menahan tebing daripada terhakis (river buffer zone) Petunjuk: 1. Pembukaan berperingkat 2. Penebangan bersih 3. Penebangan secara selektif 4. (a) Menebang secara manual (b) Menebang menggunakan jentera berat (c) Menebang secara manual dan dengan jentera 5. Membuat zon penampan tebing sungai, di mana perlu 6. Pembukaan pada musim kering bagi kawasan luas 7. Mencabut tunggul 8. Membakar sisa kayu, jika perlu Sumber - Bengkel MARDI - DOA 1993 Syor-syor di atas hendaklah dilaksanakan bersama-sama syor membina struktur pemuliharaan tanah dan syor amalan agronomi seperti dalam Jadual b dan c. Panduan yang lebih terperinci mengenai cara pembukaan kawasan bagi jenis-jenis tanaman berikut mengikut cerun tanah diberi dalam Jadual a. Panduan aktiviti dalam Jadual a tersebut hendaklah digunakan bersama dengan panduan dalam Jadual b dan c. (ii) Membina Struktur Pemuliharaan Tanah Struktur-struktur pemuliharaan tanah boleh mengawal hakisan dengan berkesan. Sistem perparitan dan struktur yang dibina dapat menyalirkan air dengan selamat. Kebanyakan struktur dibina dengan menggali tanah dan menggunakan bahan asli yang mudah didapati seperti tanah, batu dan kayu. Struktur-struktur yang disenaraikan di bawah adalah sesuai dibina dalam ladang-ladang pertanian. 1. Parit dan laluan air bagi menyalir air hujan yang berlebihan. Dinding parit hendaklah ditanam dengan rumput. 2. Perangkap kelodak (silt/pits) 3. Pentas untuk tapak pokok/tanaman 4. Teres-teres bagi menyekat larian air 5. Empangan kecil bagi menampan had laju air parit 6. Pembentungan di bawah jalan (culvert) 7. Gabion atau dinding konkrit pada cerun yang sangat curam Panduan yang lebih terperinci mengenai keperluan membina struktur pemuliharaan tanah bagi jenis-jenis tanaman mengikut cerun tanah diberi dalam Jadual b. (iii) Amalan Agronomi Untuk Mengawal Hakisan Banyak amalan agronomi bukan sahaja meningkatkan kesuburan tanah dan menambahkan hasil, tetapi turut juga memulihara tanah daripada ketandusan dan mengawal hakisan. Berikut ialah amalan agronomi yang dapat mengawal hakisan dengan berkesan. 1. Menanam penutup bumi seperti kekacang 2. Membuat sungkupan bagi menutup permukaan tanah 3. Menanam rumput di tebing-tebing 4. Mengamalkan tanaman padat boleh melindungi permukaan tanah 5. Membajak secara minimum supaya tidak banyak tanah yang terhakis 6. Menanam mengikut kontor dapat menahan hakisan 7. Menanam tanaman selingan antara tanaman jangka pendek dengan tanaman jangka panjang Panduan yang lebih terperinci mengenai amalan agronomi untuk mengawal hakisan bagi jenis-jenis tanaman mengikut cerun tanah diberi dalam Jadual c. Contoh-contoh struktur Permuliharaan Tanah yang disyorkan: Petunjuk: 1. Teras/bangku 2. Pentas lereng / pentas tapak 3. Pentas lebar 4. Perparitan dan saliran 5. Perangkap kelodak 6. Parit lereng 7. Teres dusun 8. Empangan penampan 9. Pembentungan 10. Benteng konkrit atau gabion Sumber - Bengkel MARDI-DOA 1993 Jadual c: Syor-syor amalan agronomi untuk mengawal hakisan bagi jenis tanaman dan cerun Petunjuk: 1. Tanaman penutup bumi 2. Tanaman mengikut kontor 3. Sungkupan 4. Pembajakan secara minimum 5. Tanaman padat 6. Tanaman pusingan 7. Tanaman selingan 8. Tanaman berjalur 9. Tanaman rumput 10. Penampan angin * di mana sesuai Sumber - Bengkel MARDI-DOA 1993 Kesimpulan Kawasan tanah bercerun merupakan sumber untuk pembangunan pertanian yang penting. Pada masa akan datang tanah yang semakim curam semakin banyak diterokai untuk pertanian. Selain daripada peningkatan kos, masalah hakisan, ketandusan tanah dan pencemaran anak-anak sungai akan menjadi lebih ketara. Oleh itu, diharap panduan ini berguna dan dapat dipraktiskan oleh perancang dan pelaksana projek-projek bagi mengurangkan hakisan tanah

Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu