ge2033 report kump d pend pemulihan

50
Pendidikan Pemulihan GGGE2033: KUMPULAN D SEMESTER 1 SESI PENGAJIAN 2013/2014 TUTORIAL GGGE2033 PENAKSIRAN, KURIKULUM DAN STRATEGI PENGAJARAN PENDIDIKAN PEMULIHAN DI MALAYSIA [ KUMPULAN D ] AHLI KUMPULAN : BIL NAMA NO. MATRIK 1 MUHAMAD SULHELMI BIN SEMAN A140372 2 WAN NURMUNIRAH BINTI WAN ZAINAL A140659 3 RAHIL MAIZURA BINTI MOHD YASIN A140663 4 NOR WAHIDAH BINTI MUHAMAD NOOR A140744 5 SITI NAZIHA BINTI MOHD RADZI A141997

Upload: muhamad-sulhelmi

Post on 21-Jun-2015

1.020 views

Category:

Education


3 download

DESCRIPTION

Laporan tentang Pendidikan Pemulihan Di Malaysia

TRANSCRIPT

Page 1: Ge2033 report kump d   pend pemulihan

P e n d i d i k a n P e m u l i h a n | 1

GGGE2033: KUMPULAN D

SEMESTER 1

SESI PENGAJIAN 2013/2014

TUTORIAL GGGE2033

PENAKSIRAN, KURIKULUM DAN STRATEGI PENGAJARAN

PENDIDIKAN

PEMULIHAN DI MALAYSIA

[ KUMPULAN D ]

AHLI KUMPULAN :

BIL NAMA NO. MATRIK

1 MUHAMAD SULHELMI BIN SEMAN A140372

2 WAN NURMUNIRAH BINTI WAN ZAINAL A140659

3 RAHIL MAIZURA BINTI MOHD YASIN A140663

4 NOR WAHIDAH BINTI MUHAMAD NOOR A140744

5 SITI NAZIHA BINTI MOHD RADZI A141997

Page 2: Ge2033 report kump d   pend pemulihan

P e n d i d i k a n P e m u l i h a n | 2

GGGE2033: KUMPULAN D

PENGHARGAAN

Pertama sekali kami ingin memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan

limpah dan kurniaNya kami dapat menyiapkan tugasan kumpulan ini dengan jayanya pada

masa yang ditetapkan.

Setinggi-tinggi ucapan penghargaan kepada pensyarah penyelaras kursus

GGGE2033: Penaksiran, Kurikulum dan Strategi Pengajaran iaitu Dr. Safani Bin Bari

kerana telah banyak memberi tunjuk ajar, dorongan dan keprihatinan membantu kumpulan

kami menyiapkan tugasan ini dengan sebaiknya.

Paling diingati dan disayangi iaitu kedua ibu bapa kami di atas sokongan moral dan

dorongan semangat kepada kami untuk menyiapkan tugasan yang berkaitan dengan jayanya.

Tanpa mereka siapalah kami.

Akhir sekali, kami juga ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada rakan-

rakan seperjuangan dan kumpulan yang lain di atas bantuan dan perkongsian maklumat serta

idea yang diberikan sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam usaha menyiapkan

tugasan ini.

Sekian, terima kasih.

Page 3: Ge2033 report kump d   pend pemulihan

P e n d i d i k a n P e m u l i h a n | 3

GGGE2033: KUMPULAN D

ISI KANDUNGAN

halaman

PENGHARGAAN .................................................................................................... 2

ISI KANDUNGAN ................................................................................................... 3

PENGENALAN PENDIDIKAN PEMULIHAN ................................................... 4

DEFINISI PENDIDIKAN PEMULIHAN ............................................................. 5 - 6

SEJARAH PERKEMBANGAN ............................................................................. 7 - 6

STRUKTUR PENTADBIRAN .............................................................................. 10

CIRI-CIRI PENDIDIKAN PEMULIHAN ........................................................... 11 - 12

PUNCA DAN BIDANG KUASA ........................................................................... 13 - 14

PROSEDUR PENUBUHAN .................................................................................. 15 - 17

CARTA ALIRAN PROSES PROGRAM PEMULIHAN ................................... 18 - 19

PENAKSIRAN - PENILAIAN PENDIDIKAN PEMULIHAN .......................... 20 - 24

KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ......................................... 25

PROGRAM PENDIDIKAN PEMULIHAN .......................................................... 26 - 29

PERANAN PIHAK-PIHAK TERLIBAT .............................................................. 30 - 33

KHIDMAT SOKONGAN PAKAR ........................................................................ 34 - 37

PENGURUSAN KELAS PEMULIHAN KHAS ................................................... 38 - 40

KELEMAHAN DAN KELEBIHAN ...................................................................... 41

PELAN LAKAR SESEBUAH KELAS PEMULIHAN ...................................... 42

INTERVENSI AWAL PENDIDIKAN PEMULIHAN ........................................ 43 – 45

CONTOH SUASANA KELAS PEMULIHAN KONDUSIF ............................... 46

RUMUSAN ............................................................................................................. .. 47

RUJUKAN ............................................................................................................... 48 - 49

LAMPIRAN ............................................................................................................. 50

Page 4: Ge2033 report kump d   pend pemulihan

P e n d i d i k a n P e m u l i h a n | 4

GGGE2033: KUMPULAN D

PENGENALAN PENDIDIKAN PEMULIHAN

Program Pemulihan Khas ialah satu usaha mengatasi masalah murid yang menghadapi

kesulitan pembelajaran khususnya dalam menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan

mengira. Pendidikan pemulihan adalah sebagai satu cabang daripada sebahagian pendidikan

imbuhan. Ianya juga disebut sebagai ‘remedial education’ di dalam bahasa Inggeris iaitu

suatu bentuk pendidikan khas kepada kanak-kanak atau pelajar yang menghadapi masalah

atau kesulitan pembelajaran dalam mata-mata pelajaran tertentu sahaja.

Pendidikan Pemulihan berbeza daripada pendidikan atau pengajaran biasa. Guru yang

mengajar kelas pemulihan adalah guru yang terlatih khas untuk kelas pemulihan. Kelas

pemulihan selalunya lebih kecil daripada kelas biasa. Aktiviti yang dijalankan juga khas iaitu

menepati kehendak 'menjadikan pulih'.

Pendidikan Pemulihan adalah satu bentuk pendidikan untuk membetulkan sesuatu

yang kekurangan atau membetulkan sesuatu yang tidak betul atau sesuatu tidak tipikal.

Program pemulihan merupakan langkah-langkah khusus yang dijalankan untuk membantu

murid-murid yang menghadapi masalah pembelajaran tertentu dalam kemahiran asas 3M

(membaca, menulis dan mengira). Mereka patut dipulihkan sebaik sahaja masalah yang

dihadapi itu dapat dikesan dan ditentukan oleh guru bilik darjah atau guru mata pelajaran

dengan langkah-langkah yang berbeza bergantung kepada jenis masalah.

Page 5: Ge2033 report kump d   pend pemulihan

P e n d i d i k a n P e m u l i h a n | 5

GGGE2033: KUMPULAN D

DEFINISI PENDIDIKAN PEMULIHAN

Terdapat berbagai-bagai pendapat telah diberikan oleh ahli-ahli pendidik barat dan tempatan

mengenai takrifan pendidikan pemulihan. Secara lebih khusus, takrif pendidikan pemulihan

itu telah diberi dengan pelbagai definisi, antaranya ialah :

Menurut laporan yang bertajuk Asia and Pacific Programme of Educational

Innovation for Development (1987) yang disediakan oleh Kementenian Pendidikan

Malaysia, pengajaran pemulihan ialah 'a process in which children with learning problems

are given practical alternatives and effective approaches (programme) in education'.

Bahagian Sekolah-sekolah, Kementerian Pendidikan dalam pekeliling KP (BS)

8502I5IPKIJ1d. V (26) bertarikh 8 Januani 1986 telah mendefinisikan pengajaran pemulihan

sebagai satu usaha dalam pendidikan untuk mengatasi masalah pembelajaran murid-murid

lemah disekolah-sekolah rendah, khususnya ditumpukan kepada kemahiran asas membaca,

menulis dan mengira, di bawah kelolaan guru-guru pemulihan yang telah menerima latihan

khas dalam bidang ini.

Sharifah Alwiah Alsagoff (1983), mentakrifkan pendidikan pemulihan adalah satu

tindakan khusus yang diambil untuk mengatasi keperluan pendidikan murid yang mengalami

kesukaran dari segi pembelajaran dalam darjah khas di sekolah biasa, di pusat khusus yang

dihadiri oleh murid secara sambilan, dalam kumpulan yang diasingkan daripada sekolah

biasa, dan dalam darjah untuk pengajaran khusus oleh guru pemulihan.

Bagi Ishak Haron dan Koh Boh Boon (1983), menegaskan bahawa pendidikan

pemulihan ialah satu perkhidmatan khas untuk memenuhi keperluan-keperluan kanak-kanak

yang menghadapi masalah-masalah pembelajaran di sekolah-sekolah biasa atau aliran

perdana yang gagal menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira.

Koh (1979) dalam kertas kerjanya bersempena dengan Tahun Kanak-kanak 1979

mendefinisikan pengajanan pemulihan sebagai pengajaran yang bertujuan memulihkan

kelemahan-kelemahan yang dikesan pada murid lambat dengan tujuan meningkatkan taraf

pencapaian mereka agar setaraf dengan pencapaian murid-murid tipikal.

Page 6: Ge2033 report kump d   pend pemulihan

P e n d i d i k a n P e m u l i h a n | 6

GGGE2033: KUMPULAN D

Chua (1977), mendefinisikan pengajaran pemulihan sebagai satu pengajaran yang

bertujuan untuk membantu murid yang lemah, melalui pendekatan perseorangan dalam kelas

yang kecil bilangan muridnya. Pengajaran ini menggunakan kurikulum yang diubahsuaikan

dengan menitikberatkan perkara yang praktis dan latih tubi, tunjuk cara yang melibatkan

kegiatan dan gerak kerja yang dimudahkan serta disampaikan dengan teratur serta

dikendalikan oleh kakitangan ikhtisas (profesional) yang terdiri daripada Guru Pemulihan

dengan kerjasama doktor, pekerja sosial, pakarjiwa dan pihak-pihak lain yang berkaitan.

Kesimpulan pengajaran pemulihan adalah sejenis pengajaran yang dijalankan untuk

membantu murid-murid lambat dalam pemelajaran disekolah agar mereka tidak terus

ketinggalan dalam proses pendidikan disekolah dan dapat seiring dan setarafdengan rakan

mereka yang lain.

Albertwhite (1977), pula menyatakan bahawa pengajaran pemulihan ialah suatu

bentuk pengajaran yang diperlukan oleh kanak-kanak yang bersifat ketidakupayaan yang

disertai oleh gangguan-gangguan emosi. Beliau menegaskan bahawa; ‘by remedial teaching

is meant teaching which is based in a different diagnosis which forms the basis for scientific

remedial procedures’.

Persatuan Pendidikan Pemulihan Kebangsaan bagi United Kingdom (1975),

mendefinisikan pengajaran pemulihan sebagai satu program pengajaran khas yang dirangka

bagi memenuhi keperluan pendidikan bagi kanak-kanak yang menghadapi masalah

pembelajaran dalam kalangan murid-murid di sekolah-sekolah biasa. Persatuan ini juga

mengatakan pengajaran pemulihan sebagai tindakan khusus yang diambil untuk mengatasi

kesusahan dan segi pembelajaran dalam kelas khas di sekolah biasa atau di pusat khusus yang

dihadiri oleh murid secara sambilan dalam kumpulan yang diasingkan untuk pengajaran

khusus oleh guru pemulihan.

Secara kesimpulannya, pengajaran pemulihan adalah sejenis pengajaran yang

dijalankan untuk membantu murid-murid lambat dalam pembelajaran di sekolah agar mereka

tidak terus ketinggalan dalam proses pendidikan di sekolah dan dapat seiring dan setaraf

dengan rakan mereka yang lain.

Page 7: Ge2033 report kump d   pend pemulihan

P e n d i d i k a n P e m u l i h a n | 7

GGGE2033: KUMPULAN D

SEJARAH PERKEMBANGAN

Pendidikan Pemulihan di negara kita bermula sejak tahun 60-an. Titik tolaknya ialah

tinjauan keperluan pengajaran pemulihan yang diadakan pada tahun 1967. Kementerian

Pelajaran Malaysia (KPM) mengadakan tinjauan itu di sembilan buah sekolah. Tinjauan itu

berterusan hingga tahun 1970.

Pada bulan Ogos 1975, KPM menganjurkan seminar pengajaran pemulihan untuk

pengurus dan guru sekolah rendah. Pada tahun 1975 juga, KPM menghantar empat orang

pegawai pendidikan mengikuti kursus dalam bidang pengajaran pemulihan di luar negara.

Pada tahun 1976, Maktab Perguruan Ilmu Khas (MPIK) melatih 55 orang guru sekolah

rendah untuk menjadi guru khas pemulihan. Pada tahun yang sama, MPIK mengadakan

seminar pengajaran pemulihan untuk 50 orang pensyarah maktab perguruan.

Selain itu, pada tahun 1972 hingga 1981, KPM melaksanakan Projek Pendidikan

Imbuhan untuk 12 buah sekolah rendah. Projek itu bertujuan mengenal pasti masalah

pengajaran dan pembelajaran pemulihan murid-murid tahun satu hingga tahun tiga.

Pada tahun 1979, Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar

Pelajaran memperakukan supaya sekolah mengadakan ujian rujukan kriteria. Dengan

berdasarkan dapatan ujian itu, pihak sekolah perlu melakukan tindakan penambahbaikan.

Tindakan itu termasuklah penggunaan kaedah dan sumber pengajaran yang sesuai dalam

kelas yang lebih kecil. KPM pula perlu menyediakan guru yang mampu mengendalikan

pengajaran pemulihan.

Mulai tahun 1980, Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) melaksanakan perakuan

yang berkenaan. KBSR mengetengahkan konsep 5P, iaitu penggabungjalinan, penyerapan,

penilaian berterusan, pemulihan dan pengayaan. Hal ini jelas memperlihatkan pemulihan

merupakan satu daripada unsur istimewa KBSR.

Bermula pada tahun 1986, KPM mengarahkan semua sekolah rendah di negeri yang

mempunyai guru khas pemulihan agar melaksanakan program pemulihan di sekolah masing-

masing. Arahan itu membayangkan bahawa pelaksanaan program sebelumnya adalah pada

Page 8: Ge2033 report kump d   pend pemulihan

P e n d i d i k a n P e m u l i h a n | 8

GGGE2033: KUMPULAN D

tahap yang tidak memuaskan. Antara sebabnya ialah kerajaan tidak berupaya menyediakan

guru khas pemulihan yang mencukupi untuk semua sekolah rendah.

Pada tahun 1987, hanya terdapat 4,331 orang guru khas pemulihan berbanding dengan

6,700 buah sekolah rendah yang memerlukannya. Daripada jumlah itu, kerajaan hanya

mampu mewujudkan 2,233 jawatan guru khas pemulihan.

Pada tahun 1997, KPM mengeluarkan dapatan tinjauan kadar celik huruf selepas

enam bulan murid berada dalam tahun satu. Tinjauan itu menunjukkan hampir 75,000 orang

murid belum celik huruf. Jumlah ini bersamaan dengan 22 peratus daripada keseluruhan

murid. Satu sumber lain (KPM, 1999) menyatakan, antara sepuluh hingga lima belas peratus

murid sekolah masih menghadapi masalah atau kesulitan pembelajaran. Mereka gagal

menguasai kemahiran asas 3M (membaca, menulis, mengira).

Mulai tahun 1998, program pemulihan menjadi agenda penting KPM. Antara tindakan

KPM ialah melatih guru Bahasa Melayu untuk melaksanakan pemulihan ringan dalam bilik

darjah. Tindakan lain ialah menambah Guru Pemulihan Khas (GPK) yang mampu

mengendalikan pemulihan berat. Selain itu, pada bulan November 1998, KPM memulakan

usaha untuk menghasilkan buku panduan bagi melaksanakan program pemulihan khas. Buku

itu terbit pada tahun 1999. Buku itu menjadi sumber penting GPK dan guru Bahasa Melayu.

Pelan Induk Pembangunan Pendidikan ada mencatatkan bahawa pada tahun 2005

sebanyak 4.4 peratus murid sekolah rendah dan 0.8 peratus pelajar sekolah menengah masih

belum menguasai 3M. Peratusan ini termasuk juga pelajar yang mempunyai masalah

pembelajaran. Jadi, mulai tahun 2006 KPM menambah baik program yang sedia ada dan

melaksanakan program baharu bagi mengurangkan peratusan murid yang tidak menguasai

3M.

Program terpenting ialah Kelas Intervensi Awal Membaca dan Menulis (KIA2M).

Program ini bertujuan untuk membantu murid tahun satu menguasai kemahiran membaca dan

menulis. Program ini dilaksanakan oleh guru Bahasa Melayu. Usaha lain ialah menambah

guru pemulihan khas melalui program Kursus Perguruan Lepas Ijazah, Kursus Dalam

Perkhidmatan untuk guru sekolah kurang murid dan beberapa kursus jangka pendek yang

lain.

Page 9: Ge2033 report kump d   pend pemulihan

P e n d i d i k a n P e m u l i h a n | 9

GGGE2033: KUMPULAN D

Pada tahun 2010 Program Literacy and Numeracy Screening (LINUS)

menggantikan Program Kelas Intervensi Asas Membaca dan Menulis (KIA2M). LINUS

berkaitan pula dengan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Minister Key

Performance Indicators (MPKI) Kementerian Pelajaran Malaysia menyasarkan bahawa

semua murid normal berkeupayaan untuk menguasai asas literasi dan numerasi selepas tiga

tahun mengikuti pendidikan rendah menjelang 2012.

Page 10: Ge2033 report kump d   pend pemulihan

P e n d i d i k a n P e m u l i h a n | 10

GGGE2033: KUMPULAN D

STRUKTUR PENTADBIRAN

JAWATAN KUASA PROGRAM PEMULIHAN KHAS

PERINGKAT SEKOLAH

PENGERUSI : GURU BESAR

NAIB PENGERUSI : GURU PENOLONG KANAN 1,

GURU PENOLONG KANAN HEM,

GURU PENOLONG KANAN KOKURIKULUM

SETIAUSAHA : GURU PEMULIHAN KHAS

AJK INDUK : GURU BM TAHAP 1

GURU MATEMATIK TAHAP 1

KETUA PANITIA BAHASA MELAYU

KETUA PANITIA MATEMATIK

GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING

JAWATAN KUASA PROGRAM PEMULIHAN KHAS

PERINGKAT DAERAH

PENGERUSI : PEGAWAI PELAJARAN DAERAH

NAIB PENGERUSI : PENOLONG PPD RENDAH

SETIAUSAHA : PENYELIA PENDIDIKAN KHAS DAERAH

AJK INDUK : PENGERUSI PROGRAM PEMULIHAN KHAS MENGIKUT ZON

JURULATIH UTAMA PROGRAM PEMULIHAN KHAS

PEGAWAI KAUNSELOR DAERAH

** Boleh Disesuaikan Mengikut Keperluan Daerah

Page 11: Ge2033 report kump d   pend pemulihan

P e n d i d i k a n P e m u l i h a n | 11

GGGE2033: KUMPULAN D

CIRI-CIRI PENDIDIKAN PEMULIHAN

Pendidikan pemulihan merupakan lanjutan daripada sebahagian pendidikan imbuhan. Ia

dikenali juga sebagai ‘remedial education’ di dalam bahasa Inggeris iaitu suatu bentuk

pendidikan khas kepada kanak-kanak atau pelajar yang menghadapi masalah atau kesulitan

pembelajaran dalam mata-mata pelajaran tertentu sahaja. Pendidikan pemulihan adalah satu

bentuk pendidikan untuk membetulkan sesuatu yang kekurangan atau membetulkan sesuatu

yang tidak betul atau sesuatu yang cacat.

Pendidikan Pemulihan dalam KBSR ialah proses pengajaran dan pembelajaran yang

khusus untuk murid-murid yang menghadapi masalah atau kesukaran belajar dalam

menguasai satu-satu kemahiran membaca, menulis dan mengira. Konsep Pemulihan KBSR

ialah ia dilaksanakan dalam kelas biasa mengikut mata pelajaran yang tertentu. Kumpulan-

kumpulan akan dibentuk dan murid yang menghadapi masalah dalam kemahiran 3M akan

dibimbing dan dipulihkan bagi menguasai kemahiran tersebut. Murid-murid ini dibimbing

dan dipulihkan oleh guru mata pelajaran tersebut dengan mendapat khidmat nasihat daripada

Guru Pendidikan Pemulihan Khas.

Pendidikan Pemulihan Khas berbeza daripada pendidikan atau pengajaran biasa. Guru

yang mengajar kelas pemulihan khas merupakan guru yang terlatih di institusi yang

menyediakan kursus-kursus pendidikan pemulihan seperti di universiti, maktab perguruan

mahu pun institut pendidikan guru sama ada dalam negara atau luar negara. Hasilnya guru

pemulihan khas mempunyai kepakaran yang khusus bagi mengatasi masalah yang dihadapi

oleh murid-murid yang lemah.

Kelas pemulihan selalunya lebih kecil daripada kelas biasa. Aktiviti yang dijalankan

juga menjurus kepada kelemahan murid. Keluasan kelas pemulihan khas adalah bergantung

kepada kekosongan bilik darjah. Peringkat awal pelaksanaan ada kelas pemulihan khas hanya

terdiri daripada satu ‘bay’ atau berada di lorong laluan. Tetapi kini kelas pemulihan khas

telah mengalami transformasi dan mempunyai kelengkapan yang terbaik bagi menghasilkan

kelas yang kondusif yang mampu menjana perubahan kepada murid-murid pemulihan bagi

mengatasi kelemahan mereka.

Page 12: Ge2033 report kump d   pend pemulihan

P e n d i d i k a n P e m u l i h a n | 12

GGGE2033: KUMPULAN D

Konsep pendidikan pemulihan khas seterusnya ialah pengajaran pemulihan adalah

berdasarkan kepada diagnosis kelemahan dan kesulitan yang dihadapi oleh muridmurid

tersebut. Sebelum mereka ditempatkan di kelas pendidikan pemulihan khas mereka akan

mengikuti prosedur-prosedur seperti yang terdapat dalam carta alir pelaksanaan program

pendidikan pemulihan khas seperti mengenal pasti murid yang menghadapi masalah

pembelajaran dan membuat penilaian awal atas mereka. Pendekatan secara individu,

misalnya mengadakan kelas khas yang kecil dan kurikulum yang anjal yang boleh diubahsuai

bagi membolehkan murid-murid ini menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira.

Dalam mengajar sesuatu kemahiran, guru pendidikan pemulihan khas hendaklah

mempermudahkan gerak kerja dalam proses pengajaran dan pembelajarannya supaya murid

boleh melaksanakannya, mendapat kepuasan dan menguasai kemahiran yang diajar.

Page 13: Ge2033 report kump d   pend pemulihan

P e n d i d i k a n P e m u l i h a n | 13

GGGE2033: KUMPULAN D

PUNCA DAN BIDANG KUASA

Laporan Jawatankuasa Pelaksanaan Dasar Pelajaran 1979 (Perakuan 5):

'Adalah diperakukan supaya perkara-perkara yang berkaitan dengan langkahlangkah

pengajaran pemulihan selepas daripada ujian rujukan kriteria dijalankan, diteliti dan

diperbaiki. Antara lain perkara-perkara tersebut termasuklah kaedah-kaedah

mengajar, bahan-bahan bantu mengajar yang sesuai, saiz kelas yang lebih kecil,

peruntukan guru bagi mengendalikan pengajaran pemulihan serta penggunaan

bahan-bahan tertentu'.

Antara surat pekeliling berkaitan pelaksanaan program pendidikan pemulihan di

malaysia adalah seperti berikut :

1) Surat pekeliling Bahagian Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia, Bil.KP

(BS)8691/Jld.II/32 bertarikh 22 Januari 1985. “Guru Khas Pendidikan Pemulihan”.

2) Surat pekeliling Bahagian Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia, Bil.

KP(BS)8502/5/PK/Jld.V/26 bertarikh 18 Januari 1986. “Kelas Khas Pemulihan Di

Sekolah-Sekolah Rendah 1986”.

3) Surat pekeliling Bahagian Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia, Bil.

KP(BS)85021/5/PK/Jld.V/(34) bertarikh 30 Jun 1989. “Guru Khas Pemulihan dan

Penubuhan Kelas Khas Pemulihan di Sekolah-Sekolah Rendah”.

4) Surat Siaran Bahagian Perkembangan Kurikulum , KP(BPK)400-32/6Jld.3 (61)

[Pelaksanaan Program Literasi dan Numerasi (LINUS) Tahap 1 Di Sekolah

Rendah]

5) Surat Siaran Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, KP(BPSH-SPDK)201/005/02 Jld.

4(1) bth. 23 Mac 2012 [Tatacara Pelaksanaan Saringan dan Tahap Penguasaan

Literasi dan Numerasi (LINUS) Murid Tahap 1, Sekolah Rendah Kementerian

Pelajaran Malaysia (KPM)]

Page 14: Ge2033 report kump d   pend pemulihan

P e n d i d i k a n P e m u l i h a n | 14

GGGE2033: KUMPULAN D

6) Surat Siaran Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, KP(BPSH-SPDK)201/005/02 Jld.

4(18) bth. 03 Julai 2012 (Guru Pemulihan DiBawah NKRA Pendidikan – LINUS)

7) Surat Siaran Bahagian Pendidikan Khas, KPM.BPKHAS.300-2/2/3 (24) bth. 29

Oktober 2012 (Garis Panduan Pelaksanaan Program Pemulihan Tahun 2012)

Page 15: Ge2033 report kump d   pend pemulihan

P e n d i d i k a n P e m u l i h a n | 15

GGGE2033: KUMPULAN D

PROSEDUR PENUBUHAN KELAS PEMULIHAN KHAS

Dalam penubuhan kelas pendidikan pemulihan di sesebuah sekolah, terdapat tiga kriteria

yang utama iaitu:

1) Sekolah-sekolah yang mempunyai dua kelas atau lebih bagi sesuatu darjah , murid-

murid untuk kelas pemulihan bolehlah diambil dari kelas-kelas tersebut sekiranya

bilangan murid pemulihan dalam sesuatu kelas itu hanya tiga atau empat orang sahaja.

Walau bagaimanapun jumlah murid dalam satu sesi pemulihan hendaklah tidak

melebihi 15 orang.

2) Sekolah-sekolah yang mempunyai satu kelas bagi satu darjah, murid-murid untuk

kelas pemulihan bolehlah diambil dari darjah-darjah lain tetapi jumlahnya hendaklah

tidak melebihi 15 orang.

3) Sekiranya murid-murid yang diambil untuk mengikuti kelas pemulihan datangnya

dari satu kelas sahaja, maka bilangannya hendaklah tidak melebihi enam orang.

Pemilihan mana-mana satu alternatif hendaklah tertakluk kepada perundingan di

antara Guru Kelas Khas Pemulihan dengan guru besar dan guru-guru asas.

Penubuhan kelas pemulihan juga merangkumi tiga bentuk atau sistem yang utama iaitu :

1) Bilik atau Kelas

Lokasi bilik / kelas untuk dijadikan Kelas Khas Pemulihan adalah sangat bergantung

kepada keadaan kemudahan yang sedia ada serta kemampuan di sesebuah sekolah.

Tetapi dengan menyedari ciri-ciri kanak-kanak pemulihan, kelas-kelas lain kantin,

atau padang-padang permainan boleh digunakan supaya aktiviti yang berlaku di

tempat – tempat tersebut tidak akan mengganggu sesi pengajaranpemulihan.

Kesesuaian seperti juga kelas-kelas biasa yang lain perlu diambil kira dari segi

keselesaan ruang dengan bilangan murid, cahaya serta edaran udara yangmencukupi,

kerusi dan meja serta saiz dan susunan fizikalnya yang selaras denganukuran dan

bilangan murid-murid yang terlibat.

Page 16: Ge2033 report kump d   pend pemulihan

P e n d i d i k a n P e m u l i h a n | 16

GGGE2033: KUMPULAN D

Penyusunan perabot, papan tulis, papan pameran dan tempat – tempat penyimpanan

perlu diubah suai sebagai dorongan kearah pengajaran yang menyeronokkan dan yang

berkesan, sesuai dengan matlamat menuju ke pengkhususan 2M di sekolah rendah.

Prinsip-prinsip yang terjalin dan dipraktikkan dalam penyusunan kelas seperti ini

ialah suasana fizikalnya, sosial, emosi dan rasa hati yang selesa dan gembira untuk

murid-murid : bidang dinamik kumpulan yang menyokong pembelajaran atau tugasan

yang diberikan : dan penyusunan perabot yang membantu rutin pengurusan.

2) Pentadbiran Kelas

Bagi mentadbirkan sesebuah kelas Pendidikan Pemulihan Khas, Guru Pemulihan

Khas hendaklah menyediakan beberapa keperluan lain yang semestinya ada dalam

kelas pemulihan.

a) Jadual waktu kelas / persendirian

b) Carta alir Program Pendidikan Pemulihan Khas.

c) Disediakan ruang-ruang pembelajaran mengikut kesesuaian dan keluasan

bilik. Di antara ruang pembelajaran yang dicadangkan ialah ruang disiplin.

3) Pengelolaan Sistem Fail Kelas Pemulihan

JENIS FAIL KANDUNGAN

Fail Induk Surat-surat Perhubungan Luar / Dalaman

Carta Organisasi Kurikulum & Panitia

Jawatankuasa Panitia

Pekeliling-pekeliling Ikhtisas (contoh: PP Ikh .

Bil 4 /96)

Fail Sukatan Pembelajaran Sukatan Pelajaran Kelas Pemulihan Khas

Huraian Sukatan Pelajaran Pemulihan Khas

Rancangan Pelajaran Tahunan

Senarai Bahan Bantu Mengajar & Kedudukannya

Fail Mesyuarat Surat-surat panggilan mesyuarat peringkat sekolah

Buku Minit mesyuarat panitia (sekurang-

kurangnya 3 kali setahun)

Fail Peribadi Murid Borang pencalonan

Borang pengumpulan maklumat

Page 17: Ge2033 report kump d   pend pemulihan

P e n d i d i k a n P e m u l i h a n | 17

GGGE2033: KUMPULAN D

Borang kaji selidik/ borang latarbelakang murid.

Rekod kesihatan murid

Fail BM (individu) IPP2M /saringan

Ujian diagnostik

Rekod pengamatan

Rekod pencapaian murid

Borang skor individu

Fail kerja Susulan Direkod bagi murid-murid yang telah menguasai

Lawatan

Inventori

Bbm/amb (buku-buku, carta, kad dan lain-lain)

Fail Program

Kecemerlangan

Program peningkatan atau rutin

Lapran-lapran program

Fail Analisis IPP2M analisis IPP2M

Fail Penyeliaan/Pencerapan Penyeliaan /Pemantauan Guru Besar

Guru Penolong kanan

Fail Penilaian Hasil Kerja

Murid

Jadual peperiksaan/Ujian dan Instrumen

Penilaian/soalan

Fail Aktiviti Ko-Kurikulum Surat Mesyuarat

Senarai Aktiviti Tahunan yang dirancang

Laporan Aktiviti yang telah dijalankan

Fail Bank Soalan Mengandungi semua set ujian yang digunakan.

Fail Maklumat Guru

Pemulihan

Mengandungi Jadual guru Pemulihan dan

maklumat guru Pemulihan

Page 18: Ge2033 report kump d   pend pemulihan

P e n d i d i k a n P e m u l i h a n | 18

GGGE2033: KUMPULAN D

CARTA ALIRAN PROSES PROGRAM PEMULIHAN

Page 19: Ge2033 report kump d   pend pemulihan

P e n d i d i k a n P e m u l i h a n | 19

GGGE2033: KUMPULAN D

Pencalonan Murid

Pencalonan murid pemulihan adalah proses utama kepada pemilihan calon untuk ditempatkan

di dalam program pemulihan. Pencalonan murid pemulihan boleh dilakukan oleh :

1) Guru Kelas

Guru Kelas boleh mencalonkan murid-murid untuk mengikuti kelas berdasarkan

pencapaian murid dalam kemahiran menulis, membaca dan mengira, hasil kerja murid

dalam kelas, keputusan ujian bulanan, semester dan ujian setiap kemahiran.

2) Guru Mata Pelajaran

Guru mata pelajaran Bahasa Malaysia dan Matematik juga boleh mencalonkan murid

yang diajar oleh mereka untuk mengikuti kelas pemulihan berdasarkan kepada

pencapaian mereka. Apabila murid-murid ini lemah dan tidak menguasai kemahiran

yang disasarkan maka mereka layak untuk dicalonkan ke kelas pemulihan.

3) Guru Besar

Guru Besar boleh mencadangkan murid-murid berdasarkan penelitian kad-kad

laporan murid dan pemerhatian secara am sama ada di sekolah atau di luar sekolah.

4) Ibu bapa / penjaga

Ibu bapa atau penjaga boleh mencalonkan anak-anak mereka untuk mengikuti

program pendidikan pemulihan khas berdasarkan masalah pembelajaran anak mereka.

.

Page 20: Ge2033 report kump d   pend pemulihan

P e n d i d i k a n P e m u l i h a n | 20

GGGE2033: KUMPULAN D

PENAKSIRAN - PENILAIAN PENDIDIKAN PEMULIHAN

Ujian Pelepasan KIA 2 M

Murid-murid boleh dicalonkan berdasarkan kepada Ujian pelepasan KIA 2M bagi murid

Tahun 1. Bagi murid yang tidak melepasi Ujian Pelepasan KIA 2M maka mereka layak

dicalonkan untuk mengikuti saringan program pemulihan. Masa yang paling baik sekali ialah

di awal tahun persekolahan.

Proses Pengumpulan Maklumat

1) Butir-butir individu dan prestasi murid akan menolong guru pemulihan memahami

murid yang dicalonkan. Ini akan membolehkan seorang guru pemulihan membuat

keputusan sama ada murid itu akan mengikuti program pemulihan atau tidak.

2) Daripada rekod individu, guru pemulihan dapat tahu tentang beberapa aspek penting

seperti kesihatan, taraf ekonomi keluarga dan kebudayaan di rumah yang mungkin

ada hubungan dengan kegagalan murid.

3) Kemajuan akademik dapat menunjukkan prestasi murid dalam mata pelajaran-mata

pelajaran asas.

4) Lain-lain sumber maklumat ialah :-

a) Guru Besar boleh campurtangan berdasarkan peninjauan rekod murid,

pemerhatian dan perhubungan.

b) Guru kelas boleh menambahkan maklumat dengan mengambil tahu berkenaan

dengan kehadiran, ketepatan masa ke sekolah, kadar dan taraf kerja, kebiasaan

kebiasaan serta perhubungan dengan murid-murid lain.

c) Ibu bapa boleh memberitahu tentang tingkah laku umum, kegemaran dan

perkara-perkara yang ia tidak gemar serta sikapnya terhadap pelajaran.

d) Borang rujukan yang boleh menunjukkan secara umum kelemahan-kelemahan

murid.

e) Borang Rujukan mengandungi:-

kemahiran asas membaca dan menulis

Page 21: Ge2033 report kump d   pend pemulihan

P e n d i d i k a n P e m u l i h a n | 21

GGGE2033: KUMPULAN D

kemahiran asas mengira

tingkah laku di bilik darjah

Proses Saringan

1) Fungsi:

Ujian saringan ialah satu instrumen pengukuran yang menyeluruh terhadap kekuatan

dan kelemahan dalam penguasaan kemahiran-kemahiran asas oleh murid secara

individu untuk dicalonkan bagi mengikuti Program Pemulihan Khas. Ujian ini dapat

mengesan murid-murid yang lemah dan memerlukan bantuan pemulihan khas.

Dengan lain perkataan Ujian Saringan bertujuan untuk menentukan calon yang layak

untuk dimasukkan ke program pemulihan khas

Bahan atau topik dalam Ujian Saringan merangkumi hanya kerja-kerja yang telah

diajar oleh guru kelas sehingga masa saringan diberikan. Oleh itu senarai kemahiran

yang diuji hendaklah ditentukan dan direkodkan dalam Jadual Penentu Ujian.

Ujian boleh dijalankan apabila pencalonan diterima. Selain itu ujian akan

dilaksanakan secara individu atau kumpulan kecil. Hasil daripada ujian akan

direkodkan dalam Borang Rekod Ujian untuk difailkan.

Bilangan murid yang diterima masuk ke kelas Pemulihan Khas berdasarkan beberapa

faktor seperti skor yang lemah, jenis masalah yang dihadapi oleh murid dan ruang

yang ada untuk Kelas Pemulihan Khas.

2) Instrumen Ujian Saringan:

a) Instrumen Penentu Penguasaan 2M (IPP2M) - mata pelajaran Bahasa

Malaysia

b) (Arithmatics Screening Test)- Mathematics

Page 22: Ge2033 report kump d   pend pemulihan

P e n d i d i k a n P e m u l i h a n | 22

GGGE2033: KUMPULAN D

Proses Diagnosis

Ujian diagnostik adalah ujian yang terpenting dalam Program Pendidikan Pemulihan Khas.

Ujian ini digunakan untuk membantu guru pemulihan khas mengesan daerah-daerah

kelemahan dan kekuatan yang dihadapi oleh setiap murid.

1) Fungsi:

Ujian Diagnostik wajib dijalankan dengan tujuan untuk membantu guru pemulihan

khas mengesan kawasan-kawasan kelemahan dan kekuatan yang dihadapi oleh

seseorang murid secara khusus dan seterusnya membentuk objektif pengajaran

(baseline). Ujian ini dibentuk bukan untuk menilai peringkat pencapaian tetapi untuk

mengesan masalah-masalah yang dialami ketika belajar dan mengnal pasti punca

kegagalan murid dalam menguasai sesuatu kemahiran.

2) Instrumen Ujian Diagnostik

Sebagai panduan untuk membina dan mentadbir Ujian Diagnostik, Guru Pemulihan

Khas boleh merujuk Buku Panduan Pelaksanaan Program Pemulihan Khas (Masalah

Penguasaan 3M) terbitan Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia

(2000).

Di dalam buku panduan tersebut terdapat pelbagai kemahiran yang sedia digunakan

untuk menguji tahap kelemahan murid yang terpilih untuk mengikuti kelas

pemulihan. Guru hanya perlu memilih dan merancang serta membina ujian diagnostik

yang benar-benar tepat serta mencapai kriteria yang dikehendaki.

Analisa Ujian Diagnostik dan Pengamatan

1) Penganalisaan keputusan hendaklah dikumpul dan direkodkan dan diberi interpretasi

dengan cermat untuk mempastikan masalah-masalah murid. Keputusan analisa ujian

diagnostik akan menunjukkan daerah-daerah kelemahan dan kekuatan seseorang

murid dalam menguasai sesuatu kemahiran. Cara ini dapat membantu guru mengenal

pasti kumpulan tertentu mengikut kebolehan dan daerah-daerah kesukaran yang

dihadapi.

Page 23: Ge2033 report kump d   pend pemulihan

P e n d i d i k a n P e m u l i h a n | 23

GGGE2033: KUMPULAN D

2) Analisa kesalahan ujian tersebut juga dapat membantu guru merancang satu program

pengajaran yang khusus kepada seseorang individu atau kepada satu kumpulan

dengan lebih tepat dan sistematik. Berdasarkan kepada analisa kesalahan ujian

diagnostik tersebut, guru pemulihan akan dapat mengenal pasti daerah-daerah

kelemahan murid yang telah dipilih. Daerah-daerah kelemahan itu akan membantu

guru untuk memilih kemahiran yang tepat untuk memulakan proses pengajaran dan

pembelajaran.

Penyediaan Rancangan Pengajaran Harian

Guru boleh merancang pembelajaran dan pengajaran murid berdasarkan analisa ujian

diagnostik.

Pelepasan

Instrumen yang disediakan dari semasa ke semasa oleh Bahagian Pendidikan Khas,

KPM untuk penyelarasan dan penyeragaman ujian pelepasan yang seragam bagi

kebolehpercayaan pengumpulan data.

Instrumen Tahap Dua dikeluarkan oleh Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian

Pelajaran Malaysia.

Penyimpanan Rekod

Bagi memastikan proses pemulihan dilaksanakan dengan berkesan, penyimpanan rekod

kemajuan setiap murid adalah sangat penting. Merekod hendaklah sejajar dengan

pembelajaran dan pengajaran serta Penilaian.

Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS)

PBS perlu dijalankan oleh Guru Pemulihan / Guru Pemulihan Khas dengan menyimpan

semua dokumen untuk rujukan guru.

Tindakan Susulan

Murid yang telah dapat menguasai kemahiran yang telah dipulihkan akan menjalankan kerja

susulan yang dijalankan oleh guru kelas biasa dengan bantuan dan kerjasama dari Guru

Pemulihan Khas apabila perlu. Guru kelas, guru mata pelajaran dan guru pemulihan perlu

saling bekerjasama di antara satu sama lain bagi mengukuhkan kemahiran yang telah dikuasai

oleh murid pemulihan.

Page 24: Ge2033 report kump d   pend pemulihan

P e n d i d i k a n P e m u l i h a n | 24

GGGE2033: KUMPULAN D

Murid pemulihan yang berjaya menguasai kemahiran akan ditempatkan semula ke kelas biasa

untuk mengikuti proses pembelajaran seterusnya.. Mereka akan sentiasa dipantau oleh guru

pemulihan ketika berada di kelas biasa. Tujuannya ialah untuk melihat perkembangan pelajar

tersebut disamping membantu guru di kelas biasa dalam proses pngajaran mereka. Jika

terdapat masalah terhadap murid tersebut, maka guru pemulihan akan bertindak segera untuk

menyelesaikannya.

Dalam meneguhkan kemahiran yang telah dikuasai murid, guru kelas, guru mata pelajaran

dan guru pemulihan perlu bekerjasama di antara satu sama lain. Mereka mesti membuat

perancangan yang bersesuaian untuk murid tersebut agar mereka dapat mengikuti proses

pembelajaran di dalam kelas biasa. Guru kelas dan mata pelajaran hendaklah mengenal pasti

strategi, kaedah dan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan tahap

kebolehan murid yang telah dipulihkan.

Page 25: Ge2033 report kump d   pend pemulihan

P e n d i d i k a n P e m u l i h a n | 25

GGGE2033: KUMPULAN D

KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Dalam menjalankan pendidikan pemulihan khas, terdapat beberapa kaedah pengajaran dan

pembelajaran (P&P) yang bersesuaian dengannya, antaranya ialah :

1) Aktiviti pengajaran dan pembelajaran ditumpukan kepada kelemahan murid.

2) Langkah penyampaian hendaklah daripada yang kongkrit kepada abstrak.

3) Menggunakan alat bantu mengajar untuk membantu murid memahami konsep.

4) Simbol atau istilah hendaklah dikaitkan dengan pengalaman murid supaya murid

dapat mengenal pasti kesilapan yang dilakukannya.

5) Latihan bertulis harus diadakan selepas sesi pengajaran.

6) Mengadakan penilaian selepas latihan bertulis untuk menentukan sama ada objektif

pengajaran pemulihan tercapai atau tidak.

Page 26: Ge2033 report kump d   pend pemulihan

P e n d i d i k a n P e m u l i h a n | 26

GGGE2033: KUMPULAN D

PROGRAM-PROGRAM DALAM PENDIDIKAN PEMULIHAN

Program Literasi dan Numerasi (LINUS)

Program Literasi dan Numerasi (LINUS) akan mula dilaksanakan mulai 2010 hingga 2012 di

seluruh negara. Program LINUS yang bertujuan memastikan semua murid Tahun 1 pada

2010 dapat menguasai kemahiran asas membaca, menulis (literasi) dan mengira (numerasi)

selepas tahun 2012, iaitu berada di Tahun 4.

Pelaksanaan program LINUS ini merupakan sebahagian daripada NKRA Kementerian

Pelajaran Malaysia yang disasarkan menjelang tahun 2012. Sehubungan itu, semua guru

Tahun 1 yang mengajar Bahasa Melayu dan Matematik diwajibkan mengikuti kursus

pengajaran dan pembelajaran modul LINUS mulai tahun 2010. Kursus tersebut yang

dikendalikan oleh Bahagian Pendidikan Guru, KPM akan dilaksanakan di seluruh negara

mengikut zon negeri masing-masing.

Program Pendidikan Pemulihan Khas Murid Orang Asli (PKMOA)

Pendidikan peringkat rendah bertujuan untuk melahirkan insan yang seimbang, serta

berkembang secara menyeluruh dan bersepadu dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani

selaras dengan hasrat Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Falsafah

Pendidikan Kebangsaan.

Pada peringkat ini Bahasa Melayu diajarkan sebagai mata pelajaran wajib selaras dengan

status Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan bahasa rasmi Negara. Bahasa Melayu

perlu dikuasai pada peringkat awal bagi membolehkan murid-murid berkomunikasi dan

menimba ilmu pengetahuan, seperti kata pepatah Melayu ‘melentur aur biarlah dari

rebungnya’.Selaras dengan tujuan di atas, Program Khas Murid Orang Asli telah dirancang

oleh Kementerian Pendidikan untuk memenuhi keperluan pendidikan murid Orang Asli yang

tidak dapat menguasai kemahiran asas lisan, membaca dan menulis. Mereka akan menjalani

program Tahun Pemulihan selepas Tahun 2.

Pusat Perkembangan Kurikulum telah menyediakan bahan kurikulum Bahasa Melayu Tahun

Pemulihan seperti berikut :

1) Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tahun Pemulihan

Page 27: Ge2033 report kump d   pend pemulihan

P e n d i d i k a n P e m u l i h a n | 27

GGGE2033: KUMPULAN D

2) Modul Buku Aktiviti

3) Bahan Bantu Mengajar (kad imbasan, papan magnetik dan magnet).

Huraian Sukatan Pelajaran Tahun Pemulihan Bahasa Melayu memuatkan senarai kemahiran

asas iaitu kemahiran mendengar dan bertutur (lisan), membaca, dan menulis yang perlu

dikuasai oleh murid dalam Tahun Pemulihan. Huraian Sukatan Pelajaran ini berasaskan

Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu KBSR yang sedia ada.

Program Tiga M (PROTIM)

PROTIM Bahasa Melayu sebenarnya dikhususkan kepada murid yang mengalami kesulitan

dalam menguasai kemahiran asas membaca dan menulis di samping mengira, tiga kemahiran

asas yang menjadi fokus dalam KBSR.

Objektif pengajaran pemulihan pula adalah seperti berikut :

1) membantu murid mengatasi masalah pembelajaran dalam kemahirankemahiran

tertentu

2) mengubah sikap murid yang negatif dan tingkah laku yang menjejaskan

pembelajaran

3) memupuk serta mengembangkan sikap keyakinan diri dan sikap positif terhadap

pembelajaran.

Program pemulihan pula dilaksanakan setelah murid dicalonkan, melalui ujian saringan dan

diagnostik. Biasanya murid yang terlibat adalah tahun 2 dan 3. Namun demikian, untuk murid

tahun 4 dan 5, bergantung kepada budi bicara guru pemulihan dan rundingan dengan semua

pihak dalam organisasi. PROTIM pula adalah sebahagian daripada sejarah hidup program

pemulihan.

PROTIM mempunyai maksud dan tujuan yang sama dengan pemulihan. PROTIM

dilaksanakan di sekolah bagi murid yang juga menghadapi masalah 3M dalam kategori aras

rendah. Sasaran program PROTIM ini adalah untuk murid tahun 4, 5 dan 6 pada mulanya

akan terlibat dalam program PROTIM ini. PROTIM bagi Tahun 6 pula dijalankan selepas

murid-murid selesai menduduki peperiksaan UPSR.

Page 28: Ge2033 report kump d   pend pemulihan

P e n d i d i k a n P e m u l i h a n | 28

GGGE2033: KUMPULAN D

Sebelum PROTIM diperkenalkan, Guru Pemulihan bertanggungjawab sepenuhnya mengajar

murid yang bermasalah 3M ini. Setelah kajian dijalankan, satu pekeliling dikeluarkan supaya

diwujudkan PROTIM bagi mengurangkan beban yang ditanggung oleh Guru Pemulihan.

Pelaksanaan PROTIM bermula pada awal tahun dan dilaksanakan oleh guru mata pelajaran

Bahasa Melayu dan Matematik. Murid yang mengikuti PROTIM akan dibekalkan dengan

satu modul yang diedarkan oleh Kementerian Pelajaran kepada setiap sekolah. Untuk

mengetahui sejauh mana pencapaian murid, satu ujian hendaklah dijalankan.Soalan disediakn

bersama modul yang disertakan bersama surat pelakasanaan PROTIM. Murid yang gagal

mendapat keputusan 90% dan ke atas hendaklah mengikuti PROTIM.

IPP3M (Instrumen Penentu Penguasaan 3M)

IPP3M diperkenalkan bertujuan untuk mengenalpasti tahap penguasaan murid dalam

kemahiran asas 3M. Hasil analisa maklum balas dari murid yang menggunakan istrumen

IPP3M ini dapat menentukan kumpulan murid yang perlu meneruskan program pemulihan.

Instrumen ini juga dapat memberi maklumat tentang tindakan yang patut diambil untuk

membantu murid yang berkenaan.

Kelas Intervensi Awal 2M (KIA2M)

Program Kelas Intervensi Asas Membaca dan Menulis (KIA2M) merupakan satu program

yang dirancang khusus untuk membantu murid tahun satu menguasai kemahiran asas iaitu

membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu. Pada masa yang sama program ini adalah

bertujuan untuk membantu murid yang belum menguasai kemahiran membaca dan menulis

dalam Bahasa Melayu pada tahun satu.

Kumpulan murid ini adalah terdiri daripada mereka yang lambat atau belum menguasai

kemahiran asas membaca dan menulis. Mereka ini bukan hanya terdiri daripada murid

pemulihan khas tetapi juga dari kalangan murid yang hanya perlukan pemulihan dalam kelas.

Fokus KIA2M adalah untuk membolehkan murid menguasai kemahiran asas Bahasa Melayu

secara intensif. KIA2M ini akan dijalankan spenuh masa oleh guru Bahasa Melayu tahun

satu.

Oleh itu konsep pengajaran Bahasa Melayu merentas kurikulum mestilah dijalankan

sepenuhnya dengan menggunakan strategi penggabungjalinan. Subjek-subjek Pendidikan

Page 29: Ge2033 report kump d   pend pemulihan

P e n d i d i k a n P e m u l i h a n | 29

GGGE2033: KUMPULAN D

Jasmani Kesihatan, Pendidikan Muzik dan Pendidikan Seni digabungjalinkan dengan

kemahiran-kemahiran dalam Bahasa Melayu.

Secara keseluruhannya program ini dijalankan selama 3 atau 6 bulan. Masa yang dijalankan

merupakan pilihan yang dibuat oleh sekolah. Selain itu juga semua murid tahun satu akan

mengikuti ujian penapisan. Ujian ini merupakan ujian yang terpenting bagi mengetahui

murid-murid yang tidak menguasai kemahiran asas iaitu kemahiran membaca dan menulis

dalam Bahasa Melayu. Murid yang lulus akan meneruskan kelas biasa manakala murid yang

gagal, mereka akan ditempatkan dalam program ini.

Oleh itu strategi pengajaran dan pembelajaran yang hendak digunakan perlulah sesuai dengan

keperluan untuk membantu murid ini menguasai kemahiran asas ini dengan seberapa segera

yang boleh.

Page 30: Ge2033 report kump d   pend pemulihan

P e n d i d i k a n P e m u l i h a n | 30

GGGE2033: KUMPULAN D

PERANAN PIHAK-PIHAK TERLIBAT

Peranan pihak-pihak yang terlibat secara langsung dalam pendidikan pemulihan di Malaysia

terbahagi kepada tiga pihak yang utama iaitu :

1) Peranan Jabatan Pelajaran Negeri (JPN)

a) Memastikan semua sekolah rendah diperuntukkan satu jawatan Guru

Pemulihan Khas (GPKhas) dan mereka tidak termasuk dalam perkiraan

peruntukan guru asas seperti dalam kelayakan peruntukan guru.

b) Memastikan Jawatankuasa Program Pemulihan Khas Negeri ditubuhkan dan

berfungsi sepenuhnya.

c) Memastikan guru-guru pemulihan khas di negeri melaksanakan Program

Pemulihan Khas dengan berkesan.

d) Menjadikan Program Pemulihan Khas sebagai agenda utama dalam sasaran

kerja tahunan (SKT) JPN.

e) Memastikan semua guru besar / pentadbir memahami prosedur pelaksanaan

Program Pemulihan Khas.

f) Membuat unjuran untuk mengurangkan murid yang belum menguasai

kemahiran 3M di peringkat negeri.

g) Memberi penekanan agar guru besar memastikan pengajaran dan

pembelajaran pemulihan di dalam kelas biasa dijalankan di sekolah masing-

masing.

h) Memastikan guru-guru Pemulihan Khas dilantik oleh Pengarah Pelajaran

Negeri.

i) Menjalankan pemantauan secara berkala di Program Pemulihan Khas.

j) Merancang dan menyediakan kursus latihan untuk guru Pemulihan Khas.

k) Merancang dan melaksanakan aktiviti yang berkaitan dengan Pogram

Pemulihan Khas.

l) Menyediakan laporan berkala pencapaian program pemulihan khas.

Page 31: Ge2033 report kump d   pend pemulihan

P e n d i d i k a n P e m u l i h a n | 31

GGGE2033: KUMPULAN D

2) Peranan Pegawai Pelajaran Daerah (PPD)/Pegawai Pelajaran Gabungan (PPG)

a) Memastikan Semua sekolah rendah diperuntukkan satu jawatan Guru

Pemulihan Khas (GPKhas) dan mereka tidak termasuk dalam perkiraan

peruntukan guru asas seperti dalam kelayakan peruntukan guru.

b) Memastikan Jawatankuasa Program Pemulihan Khas berfungsi sepenuhnya.

c) Memastikan guru-guru pemulihan khas melaksanakan Program Pemulihan

Khas dengan berkesan.

d) Menjadikan Program Pemulihan Khas sebagai agenda utama dalam sasaran

kerja tahunan (SKT).

e) Memastikan semua guru besar memahami prosedur pelaksanaan Program

Pemulihan Khas.

f) Membuat unjuran untuk mengurangkan murid yang belum menguasai

kemahiran 3M di peringkat daerah.

g) Memberi penekanan agar guru besar memastikan pengajaran dan

pembelajaran pemulihan di dalam kelas biasa dijalankan di sekolah masing-

masing.

h) Menjalankan pemantauan secara berkala di Program Pemulihan Khas.

i) Menyediakan laporan berkala pencapaian program pemulihan khas.

3) Peranan Guru Besar

a) Memastikan Jawatankuasa Pemulihan Khas sekolah di tubuhkan dan

mempengerusikan Jawatankuasa Program Pemulihan Khas

b) Mengenalpasti dan mencalonkan guru pemulihan khas yang terdiri daripada

guru terlatih yang mempunyai latihan khusus dalam bidang Pemulihan Khas.

c) Memastikan Guru Pemulihan Khas dilantik oleh Jabatan Pelajaran Negeri.

d) Sekiranya tiada guru seperti perkara 7.3(b) maka guru besar perlu melantik

seorang guru yang menepati kriteria sebagai Guru Pemulihan Khas.

e) Sekiranya berlaku kekosongan jawatan Guru Pemulihan Khas, (seperti

melanjutkan pelajaran, cuti bersalin dan menunaikan haji) Guru Besar perlu

melantik seorang guru terlatih dan mengikut prosedur para 7.3 (d)

f) Sebarang urusan pertukaran Guru Pemulihan Khas (opsyen/sekolah) mestilah

mendapat persetujuan Jabatan Pelajaran Negeri terlebih dahulu.

Page 32: Ge2033 report kump d   pend pemulihan

P e n d i d i k a n P e m u l i h a n | 32

GGGE2033: KUMPULAN D

g) Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT), guru bermasalah kesihatan, guru

bermasalah disiplin, guru kontrak, guru pool tidak boleh dilantik sebagai

GPKhas. GPKhas berkhidmat sepenuh masa melaksanakan program

pemulihan khas sebagaimana yang ditetapkan dalam surat Siaran KPM [KP

(BS) 8502/5/PK/Jld.V(34)]. Oleh itu amalan melantik GPKhas sebagai guru

ganti / mengajar sebahagian mata pelajaran di kelas biasa adalah tidak

dibenarkan.

h) Guru Besar hendaklah memberi pertimbangan sewajarnya agar Guru

PemulihanKhas tidak dibebani dengan tugastugas yang boleh menjejaskan

pengendalian kelas pemulihan khas (seperti Pengerusi Buku Teks, Pengerusi

RMT, Setiausaha Sukan)

i) Kelas pemulihan khas tidak boleh ditutup oleh pihak sekolah tanpa mendapat

kebenaran bertulis daripada pihak jabatan Pelajaran Negeri dan Kementerian

Pelajaran Malaysia [Surat Siaran KP(BS)8502/5/PK/Jld.V(34)]

j) Menjadikan Program Pemulihan Khas sebagai salah satu agenda dalam

sasaran kerja tahunan (SKT) sekolah.

k) Memastikan semua guru memahami prosedur pelaksanaan Program

Pemulihan Khas.

l) Membuat unjuran untuk mengurangkan murid yang belum menguasai

kemahiran pada pertengahan dan akhir tahun serta dimaklumkan kepada

semua guru.

m) Bertanggungjawab mewujudkan Jawatankuasa Permuafakatan Ibu Bapa.

n) Memastikan data dikemukakan ke PPD dan JPN pada waktu yang ditetapkan.

o) Memastikan semua peralatan/bahan yang dibekalkan untuk kelas pemulihan

ditempatkan di dalam kelas pemulihan khas.

p) Memantau dan mencerap pelaksanaan Program Pemulihan Khas secara

berkala

q) Menyediakan kemudahan fizikal untuk Program Pemulihan Khas seperti:

i) sebuah bilik darjah dengan keluasan 3 bay khusus untuk kelas pemulihan

khas sebagaimana dalam pelan asal dan surat penyerahan bangunan perlu

dikekalkan sebagai kelas pemulihan khas (sekolah baru)

ii) Sebuah bilik yang kondusif berukuran 3 bay . Susunatur kelas ini tertakluk

kepada pelan yang telah diluluskan dalam projek brif RMK 9

Page 33: Ge2033 report kump d   pend pemulihan

P e n d i d i k a n P e m u l i h a n | 33

GGGE2033: KUMPULAN D

iii) Sekolah-sekolah yang tiada kemudahan seperti dalam perkara (i) dan (ii) di

atas hendaklah mengadakan ruang sekurang-kurangnya dengan keluasan 2

bay.

r) Menyediakan laporan berkala pencapaian program pemulihan khas

4) Peranan Guru Pemulihan Khas

a) Merancang dan melaksanakan program pemulihan khas mengikut prosidur

yang telah ditetapkan.

b) Membantu guru-guru mata pelajaran dalam hal mengenalpasti murid-murid

yang memerlukan pengajaran pemulihan.

c) Berjumpa dan berbincang dengan guru mata pelajaran, guru bimbingan,

ibubapa, doktor, pegawai kebajikan dan pihak-pihak lain untuk mendapatkan

maklumat lanjut tentang tingkah laku, tabiat, kesihatan dan lain-lain

keterangan mengenai latar belakang murid.

d) Bertindak sebagai setiausaha Jawatankuasa Program Pemulihan Khas serta

menjadi ahli Jawatankuasa Kurikulum Sekolah.

e) Mengadakan latihan perkembangan staf di peringkat sekolah atau daerah.

f) Tugas-tugas yang berkaitan dengan kebajikan murid-murid

Page 34: Ge2033 report kump d   pend pemulihan

P e n d i d i k a n P e m u l i h a n | 34

GGGE2033: KUMPULAN D

KHIDMAT SOKONGAN PAKAR

Mengikut Jabatan Kebajikan Masyarakat, JKM (1998) menyatakan kira-kira 10 kumpulan

pakar yang terlibat dalam kumpulan pelbagai disiplin dan mereka ini teribat dalam membuat

penaksiran seterusnya membantu dalam proses mengenalpasti masalah murid-murid

berkeperluan khas ini, mereka yang terlibat terdiri daripada :

1) Guru Pemulihan

Guru pemulihan berperanan memberikan panduan atau sebagai penasihat kepada

guru-guru yang mengajar di kelas-kelas inklusif atau atau guru-guru di aliran perdana.

Guru pemulihan juga berperanan membina ujian rujukan norma dan rujukan kriteria.

Selain itu, guru pemulihan juga bertanggungjawab sebagai pembantu dalam membuat

tafsiran dan merancang tujuan serta objektif Rancangan Pendidikan Individu (RPI).

Mereka juga bertindak sebagai perancang untuk aktiviti pembelajaran murid serta

menentukan corak pengajaran yang sesuai untuk diajar. Guru pemulihan bertindak

sebagai penasihat kepada ibubapa murid kelas pemulihan. Disampping itu, mereka

turut bekerjasama dengan pakar-pakar pendidikan dalam membentuk persekitaran

yang sesuai untuk murid kelas pemulihan.

2) Kaunselor Sekolah

Disetiap sekolah integrasi mempunyai kaunselor. Tugas kaunselor adalah untuk

memberikan perkhidmatan sebagai penilai objektif dan meningkatkan pra rujukan

serta menyediakan khidmat kaunseling kepada murid di sekolah. Kaunselor perlu

membantu murid-murid kelas pemulihan dalam meningkatkan keyakinan diri untuk

belajar disekolah serta memantau perkembangan emosi murid-murid pemulihan.

Kadang kala murid-murid pemulihan menghadapi tekanan disekolah, ini mungkin

disebabkan mereka dipinggir rakan atau mempunyai masalah pelajaran, oleh itu

kaunselor bertanggungjawab memberikan bimbingan serta memotivasikan diri murid-

murid kelas pemulihan yang memerlukan khidmat mereka. Disamping itu, kaunselor

juga berfungsi sebagai sumber maklumat samada formal atau tidak formal, kaunselor

perlu mengenalpasti bentuk kerjaya yang boleh diceburi berdasarkan keupayaan

murid pemulihan.

Page 35: Ge2033 report kump d   pend pemulihan

P e n d i d i k a n P e m u l i h a n | 35

GGGE2033: KUMPULAN D

3) Pakar Klinikal Bahasa Dan Pertuturan

Mereka berperanan untuk menkaji masalah pertuturan dan memantau perkembangan

bahasa murid-murid berkeperluan khas terutamanya yang mempunyai masalah

pendengaran. Dalam kelas pemulihan mungkin terdapat murid yang menghadapi

masalah pembelajaran yang disebabkan komplikasi dalam sistem pendengaran. Selain

itu, mereka menyediakan kemudaahan terapi yang diperlukan oleh murid-murid

bermasalah dan seterusnya menjadi jururunding kepada guru pemulihan, guru aliran

perdana, dan ibubapa murid secara berterusan apabila diperlukan.

4) Juruterapi Pemulihan Fizikal

Juruterapi pemulihan fizikal adalah mereka yang bertanggungjawab kepada

melaksanakan penaksiran dalam kemahiran urus diri dan motor kasar, kemahiran

hidup, serta kemahiran berkaitan dengan kerja secara maksima. Murid-murid

pemulihan yang mempunyai masalah fizikal atau kemahiran moto kasar yang lemah

amat memerlukan khidmat juruterapi. Juruterapi akan memberikan bimbingan serta

latihan yang berterusan kepada murid pemulihan jika kes mereka dilaporkan oleh

guru, atau ibubapa mereka sendiri. Murid tersebut akan dibantu sehingga mereka

dapat menguasai kemahiran yang sepatutnya.

5) Pakar Audiologi

Pakar audiologi diperlukan apabila seorang murid atau indivudu yang mempunyai

masalah pendengaran. Mereka berperanan dalam membantu sesiapa sahaja yang

mempunyai masalah pendengaran untuk mendapatkan alat bantuan pendengaran

mengikut kesesuaian yang mereka perlukan. Oleh itu, jika guru kelas pemulihan

mengesan murid mereka menghadapi masalah pendengaran boleh membawa murid

mereka berjumpa pakar audiologi dengan segera, tetapi perlu mendapatkan kebenaran

ibubapa terlebih dahulu atau guru pemulihan boleh menasihatkan ibubapa supaya

membawa anak mereka untuk berjumpa pakar.

6) Juruterapi

Juruterapi berfungsi untuk membuat penaksiran dalam kemahiran urus diri dan motor

halus. Juruterapi akan memberikan bimbingan secara berterusan dan memberikan

cadangan tentang perkhidmatan pendidikan yang bersesuai dengan murid pemulihan.

Page 36: Ge2033 report kump d   pend pemulihan

P e n d i d i k a n P e m u l i h a n | 36

GGGE2033: KUMPULAN D

7) Pembantu Perubatan

Pembantu perubatan pula bertanggungjawab memberikan latihan-latihan fizikal

kepada pelajar dan menyediakan ujian fizikal bergantung kepada masalah yang

dialami oleh murid tersebut. Mereka juga berperanan membantu merujuk masalah

kesihatan yang dialami oleh murid kepada pakar perubatan atau juruterapi yang mana

difikirkan perlu untuk membantu murid tersebut.

8) Guru Kelas

Tugas membantu murid berkeperluan khas terutamnya murid pemulihan tidak hanya

terletak kepada guru kelas pendidikan khas atau guru pemulihan sahaja, malah guru

kelas juga perlu memainkan peranan yang sama dalam menangani masalah murid

pemulihan. Guru kelas perlu mengenalpasti murid mereka yang menpunyai masalah

dalam pembelajaran, kemudian meminta pandangan guru pemulihan samada murid

tersebut perlu dimasukkan ke kelas pemulihan atau sebaliknya. Sekiranya mereka

pasti bahawa murid berkenaan perlu dimasukkan kelas pemulihan , mereka boleh

mencadangkan nama murid tersebut kepada guru pemulihan. Oleh itu, guru kelas juga

perlu prihatin dengan perkembangan murid yang mengikuti kelas pemulihan, guru

kelas boleh bekerjasama dengan guru pemulihan untuk membantu murid pemulihan.

9) Ibubapa

Dalam menentukan sesuatu proses pengajaran yang berkesan, peranan ibubapa amat

diperlukan untuk menjayakan pendidikan untuk anak-anak mereka. Ibubapa perlu

sentiasa memberikan kerjasama yang padu kepada guru serta memberikan

kepercayaan kepada guru untuk menguruskan pembelajaran anak-anak mereka

disekolah. Ibubapa juga bertanggungjawab dalam membentuk tingkah laku anak-anak

mereka sewaktu dirumah dengan memberi latihan serta memantau aktiviti

pembelajaran anak-anak dirumah supaya mereka menyiapkan tugasan yang diberi

oleh guru.

10) Agensi Swasta / Pertubuhan Bukan Kerajaan/ Individu Prihatin

Mereka berperanan memberikan bantuan kepada murid-murid berkeperluan khas

tidak hanya murid kategori pemulihan khas. Mereka ini terdiri daripada individu yang

mempunyai kesedaran untuk membantu golongan kurang upaya. Mereka akan

membantu dalam bentuk memberikan pendidikan percuma seperti menubuhkan taska,

Page 37: Ge2033 report kump d   pend pemulihan

P e n d i d i k a n P e m u l i h a n | 37

GGGE2033: KUMPULAN D

pusat tuisyen, kelas pemulihan,dan sebagainya. Selain itu, mereka juga memberi

bantuan dalam bentuk material seperti buku-buku sekolah, pakaian seragam , dan

peralatan sekolah.

Page 38: Ge2033 report kump d   pend pemulihan

P e n d i d i k a n P e m u l i h a n | 38

GGGE2033: KUMPULAN D

PENGURUSAN KELAS PEMULIHAN KHAS

Jadual Waktu Kelas

1) Faktor penting dalam pengurusan jadual waktu

a) Tentukan masa yang diperlukan mengikut keperluan kelas berpandukan jadual

waktu induk sekolah.

b) Selaraskan dengan mata pelajaran Bahasa Malaysia dan Matematik.

c) Jadual waktu mestilah dipamerkan di ruang pengurusan dalam bilik darjah.

d) Jika perlu, dapatkan kerjasama daripada Jawatan kuasa Jadual Waktu Sekolah

2) Agihan Waktu Mengajar

a) 900 minit ke 1020 minit termasuk waktu persediaan 120 minit.

b) Agihan waktu mengajar bergantung kepada keperluan mata pelajaran Bahasa

Malaysia dan Matematik dan jumlah murid Pemulihan Khas.

3) Bagi sekolah yang mempunyai 2 sesi persekolahan:

a) Jika sekolah mempunyai 2 orang Guru Pemulihan atau lebih guru boleh diagihkan

mengikut sesi persekolahan yang ditentukan oleh pentadbir sekolah.

b) Jika sekolah mempunyai seorang guru, Guru Pemulihan hendaklah memberi

keutamaan kepada murid Tahap 1,

c) Guru Pemulihan boleh berada di kedua-dua sesi mengikut kesesuaian.

Page 39: Ge2033 report kump d   pend pemulihan

P e n d i d i k a n P e m u l i h a n | 39

GGGE2033: KUMPULAN D

Jumlah Murid Dalam Pembelajaran dan Pengajaran

Jumlah murid dalam pembelajaran dan pengajaran hendaklah tidak melebihi 15 orang. Walau

bagaimanapun jumlah yang paling sesuai adalah tidak melebihi daripada 10 orang murid

pada setiap sesi pembelajaran.

Pengurusan Fail

1) Tahap 1

Mengikut sistem fail dalam program LINUS

2) Tahap 2

Fail-fail seperti berikut perlu disediakan.

a) Fail Individu Murid yang mengandungi dokumen seperti berikut:

i) Borang Pencalonan

ii) Profil Murid Pemulihan Khas

iii) Ujian Saringan dan Diagnostik

iv) Rekod Prestasi Ujian Diagnostik

v) IPMBDP dan ISD

vi) Hasil Penilaian yang telah dijalankan

vii) Catatan-catatan lain yang berkaitan dengan murid.

b) Fail Lembaran Kerja Bahasa Malaysia / Matematik (disediakan secara individu)

c) Fail Data Prestasi Murid (Individu) dan Kelas

d) Fail Perancangan Program Pemulihan Khas merangkumi :

i) Pelan Tindakan Program

ii) Takwim program

iii) Carta Gantt aktiviti sepanjang tahun

iv) Jadual Waktu

v) Borang Tindakan Susulan

e) Fail Pengurusan

Contoh: surat keluar / masuk

Page 40: Ge2033 report kump d   pend pemulihan

P e n d i d i k a n P e m u l i h a n | 40

GGGE2033: KUMPULAN D

Rekod Kedatangan Murid

Rekod Kedatangan Murid di kelas Pemulihan Khas hendaklah disediakan bagi merekod

kehadiran murid setiap hari.

Rekod ini boleh dijadikan rujukan kekerapan kehadiran murid ke kelas Pemulihan Khas.

Peruntukan Kewangan

Guru Pemulihan boleh menggunakan peruntukan bagi pelaksanaan Program Pemulihan Khas

daripada Bantuan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling berdasarkan pekeliling seperti di

bawah:

Di bawah “Bantuan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling “(Pekeliling

Kewangan Bil:2/91 – KP1573/17/jld.8(78)bth.11 Feb.1991).

Bertujuan untuk bimbingan pendidikan bagi membolehkan kanak-kanak menerima

pendidikan yang sesuai dengan bakat, tahap kecerdasan dan kebolehannya. Pihak pentadbir

sekolah perlu memastikan peruntukan PCG bagi Bahasa Malaysia dan Matematik

digunasama oleh Guru Pemulihan untuk penyediaan bahan bantu mengajar untuk Kelas

Pemulihan Khas.

Naik taraf kelas dan Peralatan

Program Pemulihan Khas telah menerima peruntukan naik taraf dan peralatan melalui

[RMK9/High-Impact Project- (HIPs)].

Peralatan yang diterima oleh Program pemulihan Khas perlu direkodkan inventorinya dan

peralatan tersebut hendaklah berada di dalam kelas pemulihan khas.

Kelas Pemulihan Khas yang telah dinaiktaraf melalui RMK9/HIPs perlu dikekalkan

walaupun sekolah mendapat bangunan baru yang mempunyai bilik pemulihan khas kecuali

dengan mendapat kebenaran Pengarah Pelajaran Negeri.

Page 41: Ge2033 report kump d   pend pemulihan

P e n d i d i k a n P e m u l i h a n | 41

GGGE2033: KUMPULAN D

KELEMAHAN DAN KELEBIHAN

Pelaksanaan Pendidikan pemulihan di sekolah mempunyai pro dan kontranya yang tersendiri,

iaitu :

Kelemahan :

1) Wujud tanggapan negatif ibu bapa dan rakan pelajar terhadap individu dalam kelas

pemulihan

2) Menjejaskan prestasi pencapaian akademik sekolah

3) Mengganggu kosentrasi dan pembahagian masa murid pemulihan antara komitmen

kelas dengan kelas pemulihan mereka

Kelebihan :

1) Supaya murid-murid dapat menguasai kemahiran tertentu

2) Mendapat layanan yang bersesuaian dengan kebolehan dan perkembangan kognitif

mereka

3) Mengurangkan masalah pembelajaran yang dihadapi oleh mereka.

4) Mengembangkan potensi minat mereka terhadap pelajaran ke peringkat yang

memuaskan.

5) Memberi peluang yang sama dengan melibatkan murid murid itu dalam aktiiviti-

aktiviti sosial baik dalam bilik darjah mahu pun diluar kelas.

6) Memperolehi serta mengamalkan sikap postitif seperti keyakinan diri dan berdikari

apabila mereka berada dalam kumpulan atau masyarakat.

7) Dapat meneruskan pelajaran dalam sistem persekolahan biasa, seterusnya

mengurangkan masalah keciciran.

Page 42: Ge2033 report kump d   pend pemulihan

P e n d i d i k a n P e m u l i h a n | 42

GGGE2033: KUMPULAN D

PELAN LAKAR SESEBUAH KELAS PEMULIHAN

Page 43: Ge2033 report kump d   pend pemulihan

P e n d i d i k a n P e m u l i h a n | 43

GGGE2033: KUMPULAN D

INTERVENSI AWAL PENDIDIKAN PEMULIHAN

Intervensi Awal

Intervensi awal (early intervention) yang diatur untuk kanak-kanak berkeperluan khas sejak

dilahir hingga 6 tahun adalah sangat penting. Intervensi awal terdiri daripada gabungan usaha

pendidikan, maklumat tentang pemakanan, perkembangan kemahiran motor, penjagaan diri,

interaksi sosial dan sokongan keluarga yang dilaksanakan sejurus selepas ketidakupayaan

dikenal pasti (Hanson & Lynch, 1989).

Intervensi awal bermaksud memberi perkhidmatan rawatan, pemulihan, bimbingan

dan khidmat nasihat kepada kanak-kanak dan juga ibu bapa sebaik sahaja sesuatu kecacatan

dikesan atau dikenalpasti dialami oleh kanak-kanak (Kail, 2001). Perkhidmatan ini diberikan

seawal mungkin agar kanak-kanak tersebut boleh diberikan bantuan dari aspek bahasa, sosial,

emosi dan psikomotor agar perkembangan dalam aspek tersebut dapat diberikan agar tidak

ketinggalan terlalu jauh dari aspek perkembangan umur dan fizikal dibandingkan dengan

kanak-kanak lain yang seusia.

Intervensi awal boleh merupakan pengukuhan penguasaan bahasa, mempertingkatkan

kemahiran matematik, memperkembangkan kemahiran motor dan interaksi sosial. Intervensi

awal yang intensif bertujuan untuk mengurangkan kesan sesuatu kurang upaya kepada

pemulihan dan mengelaknya menjadi lebih ketara apabila kanak-kanak memasuki sekolah

rendah. Mengapa amalan intervensi awal tidak berleluasa? Salah satu sebab ialah kadar

pertumbuhan kanak-kanak yang sukar dijangkakan terutama pada peringkat umur yang muda.

Golongan pendidik enggan mencadangkan kanak-kanak prasekolah yang menghadapi

kesukaran belajar mengikuti program pendidikan khas (Lerner, 2003). Mereka lebih

cenderung untuk mengaitkan kanak-kanak yang menghadapi masalah pemulihan dengan

perkembangan lewat dan perlu diberi lebih banyak masa. Ini telah menyebabkan kanak-kanak

berkenaan tidak mendapat perkhidmatan pendidikan khas yang sewajarnya dan akhirnya

gagal untuk menguasai kemahiran asas. Contohnya, kanak-kanak dyslexia [disebut ‘dis-lek-

sia] (sejenis masalah penyakit yang menjejaskan kemahiran bacaan), tidak dapat membaca

pada tahap kanak-kanak lain ditafsir oleh guru sebagai lewat berkembang dan perlu diberi

lebih banyak masa.

Page 44: Ge2033 report kump d   pend pemulihan

P e n d i d i k a n P e m u l i h a n | 44

GGGE2033: KUMPULAN D

Kepentingan Intervensi Awal dalam Pendidikan Pemulihan

Kajian-kajian menunjukkan bahawa intervensi awal membawa kesan positif kepada kanak-

kanak pemulihan, kanak-kanak kurang upaya dan yang berisiko tinggi dalam jangka masa

pendek dan jangka masa panjang. Di Amerika Syarikat perkhidmatan intervensi awal (3

tahun ke bawah) diwajibkan untuk kanak-kanak yang mengalami perkembangan lewat dan

kanak-kanak berisiko tinggi (IDEA, 1990).

Intervensi awal memainkan peranan penting dalam melengkapkan kanak-kanak

pemulihan dengan kemahiran asas sebelum mereka masuk ke sekolah rendah. Intervensi awal

yang komprehensif dan intensif adalah berfaedah kepada keluarga dan masyarakat. Intervensi

awal mempunyai impak yang positif kepada persekitaran terdekat kanak-kanak berkeperluan

khas. Atas sebab ini juga, setiap individu dalam sesebuah komuniti perlu sedar akan

tanggungjawab masing-masing ke atas kanakkanak berkeperluan khas (Lerner, 2003).

Intervensi awal dapat membantu perkembangan pelbagai kebolehan kanak-kanak.

Contohnya, seorang kanak-kanak bermasalah pendengaran yang diajar menggunakan bahasa

isyarat secara tidak langsung dapat mempertingkatkan mindanya dan membuka peluang

untuk dia berinteraksi dengan kanak-kanak lain.

Kejadian masalah lain yang terikat dengan kesukaran awal boleh diatasi melalui

perkhidmatan intervensi awal. Contohnya kanak-kanak yang mengalami masalah penglihatan

tetapi tidak diberi intervensi awal, mungkin mengalami masalah emosi seperti perasaan

kecewa. Intervensi awal juga menawarkan penjimatan wang bagi sesuatu masyarakat.

Intervensi awal yang intensif dan berkesan mengurangkan beban penyediaan pendidikan khas

pada peringkat sekolah rendah dan menengah.

Bilangan kanak-kanak yang memerlukan perkhidmatan pendidikan khas mungkin

berkurangan. Ringkasnya, intervensi awal boleh meningkatkan intelek, meningkatkan

perkembangan fizikal dan meningkatkan penguasaan bahasa kanakkanak berkeperluan khas.

Intervensi awal yang sistematik menghalang kewujudan masalah lain, mengurangkan tekanan

kepada keluarga, dan mengurangkan pembinaan institusi khas.

Page 45: Ge2033 report kump d   pend pemulihan

P e n d i d i k a n P e m u l i h a n | 45

GGGE2033: KUMPULAN D

Dengan adanya intervensi awal yang teratur, keperluan untuk pendidikan khas di

peringkat persekolahan dapat dikurangkan dan ini menjimatkan perbelanjaan negara yang

dikhaskan untuk kemudahan penjagaan, kesihatan dan pendidikan.

Page 46: Ge2033 report kump d   pend pemulihan

P e n d i d i k a n P e m u l i h a n | 46

GGGE2033: KUMPULAN D

CONTOH SUASANA KELAS PEMULIHAN KONDUSIF

Page 47: Ge2033 report kump d   pend pemulihan

P e n d i d i k a n P e m u l i h a n | 47

GGGE2033: KUMPULAN D

RUMUSAN

Pendidikan Pemulihan adalah satu bentuk pendidikan untuk membetulkan sesuatu yang

kekurangan atau membetulkan sesuatu yang tidak betul atau sesuatu tidak tipikal. Program

pemulihan merupakan langkah-langkah khusus yang dijalankan untuk membantu murid-

murid yang menghadapi masalah pembelajaran tertentu dalam kemahiran asas 3M

(membaca, menulis dan mengira). Mereka patut dipulihkan sebaik sahaja masalah yang

dihadapi itu dapat dikesan dan ditentukan oleh guru bilik darjah atau guru mata pelajaran

dengan langkah-langkah yang berbeza bergantung kepada jenis masalah.

Dengan itu pelaksanaan pengajaran pemulihan hendaklah mengikut cara betul dan

guru pula mesti mengetahui secara mendalam selok belok pendidikan ini. Pendekatan, kaedah

dan teknik yang sesuai bagi setiap situasi pengajaran pemulihan perlu dititik

beratkan untuk menjamin kejayaan dan tercapainya matlamat pendidikan pemulihan itu

sendiri.

Dari segi penambaikan pendidikan pemulihan di Malaysia, satu draf pelan strategik

berkaitan pendidikan pemulihan mestilah dirangka bersesuaian dengan matlamat semasa

pendidikan dan dasar pendidikan negara berpaksikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Di

samping ini juga, pendidikan pemulihan juga perlu diperluaskan di peringkat sekolah

menengah dan tidak hanya ditumpukan di sekolah rendah sahaja. Hal ini demikian kerana,

masih terdapat segelintir pelajar yang berada di peringkat pendidikan sekolah menengah

masih lagi tidak dapat menguasai kemahiran 3M (membaca, menulis dan mengira).

Walaupun jumlahnya sedikit di sekolah menengah, namun pendidikan di sekolah menengah

juga harus diwujudkan bagi menjamin golongan tersebut ini tidak ketinggalan begitu jauh

dengan rakan-rakan yang lain.

Untuk menjayakan program pemulihan ini, semua pihak haruslah berganding bahu,

bukan sahaja guru pemulihan itu sendiri, tetapi ia memerlukan sokongan yang padu dan jitu

dari pihak sekolah terutama guru besar dan guru-guru di aliran perdana, di samping peranan

ibu bapa di rumah, murid lembam ini tidak harus dipinggirkan di sekolah mahu pun di rumah,

ia boleh berjaya seperti murid tipikal yang lain. Mereka cuma memerlukan suntikan dan

menuntut kesungguhan, kesabaran dan keikhlasan dari guru-guru pemulihan khas, bak kata

pepatah; belakang parang kalau diasah lagikan tajam.

Page 48: Ge2033 report kump d   pend pemulihan

P e n d i d i k a n P e m u l i h a n | 48

GGGE2033: KUMPULAN D

RUJUKAN

Kementerian Pelajaran Malaysia, 1982. Buku Panduan Khas Program Pemulihan KBSR

(Edisi Percubaan). Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.

Kementerian Pendidikan Malaysia, 1999. Buku Panduan Pelaksanaan Program

Pendidikan Pemulihan Khas (Masalah Penguasaan 3M). Kuala Lumpur: Jabatan

Pendidikan Khas.

Koh Boh Boon, 1981. Pendidikan Imbuhan, Suatu Pengenalan. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka.

Robiah Kulop Hamzah, 1992. Guru Khas Pemulihan: Fungsi dan Masalah, Satu Kajian.

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Akta Pendidikan 1996 (Akta 550). 1998. Peraturan-Peraturan Terpilih. Kuala Lumpur:

International Law Book Services.

Chua Tee Tee & Koh Boh Bon. 1992. Pendidikan Khas dan Pemulihan. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hallahan, D.P. & Kauffman, J.M. 2003. Exceptional Learners: Introduction to Special

Education. (9th. Ed.). Boston : Allyn & Bacon.

Garner, P. & Davies, J.D. 2001. Introducing Special Educational Needs: A Companion

Guide for Student Teachers. London : David Fulton Publishers.

Lerner, J.W. 2003. Learning Disabilities : Theories, Diagnosis and Teaching Strategies.

Boston: Houghton Mifflin Co.

Syed Abu Bakar Syed Akil. 1997. Bimbingan Khas Perkhidmatan Pendidikan Pemulihan.

Kuala Lumpur : DBP Tilstone, C.et Al. (2000)., Pupils with learning difficulties in

mainstream schools. London : David Fulton Pub.

Page 49: Ge2033 report kump d   pend pemulihan

P e n d i d i k a n P e m u l i h a n | 49

GGGE2033: KUMPULAN D

Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan 2002. Laporan

KajianPerlaksanaan Program Pemulihan Khas di sekolah rendah. Kuala Lumpur:

Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kementerian Pendidikan Malaysia. 2002. Kajian Perlaksanaan Program Pemulihan Khas

di Sekolah Rendah. Kertas Kerja Seminar Pendidikan Khas Kebangsaan Ke 2 :

Program Pemulihan Khas: Jabatan Pendidikan Khas.

Page 50: Ge2033 report kump d   pend pemulihan

P e n d i d i k a n P e m u l i h a n | 50

GGGE2033: KUMPULAN D

LAMPIRAN