gci refleksi

3
Tugasan 4: Refleksi Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana akhirnya dengan limpah dan kurniaNya, dapat juga saya siapkan kerja kursus GCI 1022 Cabaran Dan Isu Semasa Dunia dengan jayanya. Dalam usaha saya untuk menyiapkan kerja kursus ini, terdapat pelbagai halangan yang telah saya tempuhi dan pengalaman berharga yang telah saya perolehi. Pelbagai pengelaman yang telah dilalui semasa menyiapkan kerja kursus ini telah sedikit sebanyak menjadikan saya seorang insan yang lebih berpengetahuan dan berfikiran terbuka. Sebelum mendapat tugasan ini, saya beranggapan bahawa tugasan untuk kerja kursus ini adalah sama dengan tugasan yang telah saya lakukan semasa di sekolah iaitu Pengelaman Berasaskan Sekolah(PBS). Tetapi apabila mendapatkan tugasan ini, saya merasakan sangat tercabar untuk diselesaikan kerana ia memerlukan saya untuk membuat lebih banyak kajian dengan lebih teliti dan pembacaan yang lebih banyak serta pemahaman yang tinggi kerana tugasan ini lebih meluas dan kompleks. Sebelum memulakan tugasan ini, saya sememangnya tidak mampu melakukan kerja kursus ini kerana kurang berpengetahuan untuk melakukannya. Tetapi, bak kata pepatah melayu, ”Yang bulat tidak dating bergolek, yang pipih tidak dating melayang”. setelah berusaha dan diberi tunjuk ajar dan bimbingan daripada pensyarah subjek GCI iaitu En. wiliam maka saya mampu menyiapkan kerja kursus ini. Oleh itu, saya amat berterima kasih kepada beliau kerana telah memberi penerangan yang jelas terhadap gambaran tentang cabaran dan isu-isu semasa dunia kepada saya sepanjang pengajian saya dalam subjek ini. Tidak lupa juga, rakan-rakan saya yang turut membantu saya dalam melengkapkan tugasan ini. Sepanjang tempoh menyiapkan kerja kursus

Upload: syukry-rosle

Post on 26-Jan-2016

362 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

Generik cabaran isu semasa, refleksigci

TRANSCRIPT

Page 1: gci refleksi

Tugasan 4: Refleksi

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana akhirnya dengan limpah dan kurniaNya,

dapat juga saya siapkan kerja kursus GCI 1022 Cabaran Dan Isu Semasa Dunia dengan

jayanya. Dalam usaha saya untuk menyiapkan kerja kursus ini, terdapat pelbagai halangan

yang telah saya tempuhi dan pengalaman berharga yang telah saya perolehi. Pelbagai

pengelaman yang telah dilalui semasa menyiapkan kerja kursus ini telah sedikit sebanyak

menjadikan saya seorang insan yang lebih berpengetahuan dan berfikiran terbuka. Sebelum

mendapat tugasan ini, saya beranggapan bahawa tugasan untuk kerja kursus ini adalah sama

dengan tugasan yang telah saya lakukan semasa di sekolah iaitu Pengelaman Berasaskan

Sekolah(PBS). Tetapi apabila mendapatkan tugasan ini, saya merasakan sangat tercabar untuk

diselesaikan kerana ia memerlukan saya untuk membuat lebih banyak kajian dengan lebih teliti

dan pembacaan yang lebih banyak serta pemahaman yang tinggi kerana tugasan ini lebih

meluas dan kompleks.

Sebelum memulakan tugasan ini, saya sememangnya tidak mampu melakukan kerja

kursus ini kerana kurang berpengetahuan untuk melakukannya. Tetapi, bak kata pepatah

melayu, ”Yang bulat tidak dating bergolek, yang pipih tidak dating melayang”. setelah berusaha

dan diberi tunjuk ajar dan bimbingan daripada pensyarah subjek GCI iaitu En. wiliam maka saya

mampu menyiapkan kerja kursus ini. Oleh itu, saya amat berterima kasih kepada beliau kerana

telah memberi penerangan yang jelas terhadap gambaran tentang cabaran dan isu-isu semasa

dunia kepada saya sepanjang pengajian saya dalam subjek ini.

Tidak lupa juga, rakan-rakan saya yang turut membantu saya dalam melengkapkan

tugasan ini. Sepanjang tempoh menyiapkan kerja kursus ini, kami telah berganding bahu dari

segi berkongsi ilmu, mencari maklumat, memberikan sudut pandangan yang berbeza. Oleh itu

saya ingin mengucapkan terima kasih kepada mereka kerana dapat membantu dalam

menyiapkan tugasan ini.

Semasa mencari maklumat dan informasi berkaitan dengan kerja kursus ini, saya telah

menerima banyak faedah dan manfaat yang berguna untuk diri saya. Saya sedar bahawa

Pengetahuan tentang cabaran dan isu-isu semasa dunia merupakan satu aspek yang sangat

penting dalam sesebuah masyarakat. Melalui Pengetahuan tersebut, seseorang itu akan peka

terhadap perkembangan dunia dan akan mewujudkan kesedaran dalam diri terhadap isu-isu

semasa dan cabaran dunia. Saya merasakan walaupun subjek ini bukanlah subjek utama saya,

Page 2: gci refleksi

tetapi penting terhadap diri saya. Oleh itu, saya akan sentiasa bersedia sekiranya diamanahkan

untuk menjalani tugasan ini.

Seterusnya, maklumat-maklumat yang baru saya dapati semasa proses menyiapkan

kerja kursus ini, saya dapat amalkan dan memanfaatkan ilmu tersebut kepada generasi yang

akan datang apabila saya telah Berjaya menjadi seorang pendidik.

Semasa melakukan kerja kursus ini, terdapat beberapa halangan yang telah saya

hadapi menyebabkan terdapat kesukaran dalam menyiapkan tugasan ini. Antara masalah

tesebut ialah kesukaran untuk mendapatkan maklumat yang sahih. Hal ini kerana setiap

sokongan ilmiah yang hendak di letakkan di dalam kerja kursus ini perlu dipastikan dahulu

sama ada sokongan ilmiah tesebut benar-benar tulin dan tebukti ketokohannya. Selain itu,

Bahan-bahan rujukan tentang pentaksiran adalah terhad. Oleh itu, saya dan rakan-rakan saya

mengambil masa yang lama untuk menyiapkan tugasan ini kerana keliru dengan isi kandungan

yang perlu dimasukkan ke dalam folio.

Akhir kata, sebagai guru, aktiviti ini amat membantu saya bukan sahaja dari segi

peningkatan intelektual dan Pengetahuan saya terhadap isu-isu semasa dan cabaran dunia

tetapi membantu saya apabila saya berada dalam dunia persekolahan dengan anak murid saya

pada masa hadapan. Dengan ini, lahirlah individu yang bertanggungjawab, berakhlak mulia

serta berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri dan memberi sumbangan terhadap

keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan Negara.