gaya pembelajaran, kemahiran belajar dan ... - … fileuniversiti teknologi malaysia borang...

25
GAYA PEMBELAJARAN, KEMAHIRAN BELAJAR DAN MASALAH BELAJAR PELAJAR 5 SPA/E/J/H FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA TEH SU HOOI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: dotu

Post on 06-Apr-2019

234 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: GAYA PEMBELAJARAN, KEMAHIRAN BELAJAR DAN ... - … fileuniversiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis♦ judul : gaya pembelajaran, kemahiran belajar dan masalah belajar

GAYA PEMBELAJARAN, KEMAHIRAN BELAJAR DAN MASALAH

BELAJAR PELAJAR 5 SPA/E/J/H FAKULTI PENDIDIKAN,

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

TEH SU HOOI

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: GAYA PEMBELAJARAN, KEMAHIRAN BELAJAR DAN ... - … fileuniversiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis♦ judul : gaya pembelajaran, kemahiran belajar dan masalah belajar

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦

JUDUL : GAYA PEMBELAJARAN, KEMAHIRAN BELAJAR DAN MASALAH

BELAJAR PELAJAR 5 SPA/E/J/H FAKULTI PENDIDIKAN,

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA.

SESI PENGAJIAN : 2005 / 2006

Saya

(HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi

pengajian tinggi. 4. ** Sila tanda ( √ )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktud di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat yang TERHAD yang telah ditentukan

oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD

Disahkan oleh

(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat Tetap: 115, PEKAN ATAP, 08300 GURUN,

DR. BAHARIN BIN ABU Nama Penyelia

KEDAH Tarikh: 28 APRIL 2006 Tarikh: 28 APRIL 2006

TEH SU HOOI

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak

berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Page 3: GAYA PEMBELAJARAN, KEMAHIRAN BELAJAR DAN ... - … fileuniversiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis♦ judul : gaya pembelajaran, kemahiran belajar dan masalah belajar

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan ijazah

Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam).”

Tandatangan : _______________________

Nama : DR. BAHARIN BIN ABU_

Tarikh : _______________________

Page 4: GAYA PEMBELAJARAN, KEMAHIRAN BELAJAR DAN ... - … fileuniversiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis♦ judul : gaya pembelajaran, kemahiran belajar dan masalah belajar

GAYA PEMBELAJARAN, KEMAHIRAN BELAJAR DAN MASALAH

BELAJAR PELAJAR 5 SPA/E/J/H FAKULTI PENDIDIKAN,

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

TEH SU HOOI

Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi

sebahagian daripada syarat penganugerahan

ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kejuruteraan Awam)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2006

Page 5: GAYA PEMBELAJARAN, KEMAHIRAN BELAJAR DAN ... - … fileuniversiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis♦ judul : gaya pembelajaran, kemahiran belajar dan masalah belajar

ii

“Saya akui karya ini adalah hasil saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-

tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”

Tandatangan : ___________________

Nama : TEH SU HOOI______

Tarikh : ___________________

Page 6: GAYA PEMBELAJARAN, KEMAHIRAN BELAJAR DAN ... - … fileuniversiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis♦ judul : gaya pembelajaran, kemahiran belajar dan masalah belajar

iii

DEDIKASI

Buatmu ayah (TEH A LIK) dan ibuku (NG CHOOI ENG) yang dikasihi,

Doamu, nasihatmu, dan pengorbananmu menjadi pelita

serta panduan perjuanganku dalam mengenal kehidupan ini ….

Buatmu adik-adik (C. HONG, S. TENG dan C. KHIANG) yang disayangi,

Kalian amat bermakna dalam diri ini,

Kejayaanku, kejayaanmu jua ….

Buatmu pembimbing yang disanjungi,

Bimbingan, tunjuk ajar, dan jasa yang engkau berikan

Tidak akan kulupai ….

Buat teman-teman yang dirindui,

Kejujuran dan keikhlasan dalam persahabatan ini

akan kukenang selamanya ….

Page 7: GAYA PEMBELAJARAN, KEMAHIRAN BELAJAR DAN ... - … fileuniversiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis♦ judul : gaya pembelajaran, kemahiran belajar dan masalah belajar

iv

PENGHARGAAN

Penghargaan ikhlas setinggi-tingginya kepada penyelia projek sarjana muda,

Dr. Baharin bin Abu atas bimbingan dan dorongan yang diberikan sepanjang tempoh

menyiapkan laporan penyelidikan ini. Beliau telah banyak memberi tunjuk ajar

tanpa rasa jemu sepanjang proses menyiapkan laporan ini.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada pelajar 5 SPA/E/J/H yang sudi

meluangkan masa dan memberi kerjasama dalam membantu menjayakan

penyelidikan ini.

Ucapan jutaan terima kasih juga ditujukan kepada rakan-rakan seperjuangan

serta semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam usaha

menjayakan projek ini. Tanpa sokongan dan kerjasama daripada semua pihak,

projek ini tidak akan disiapkan dengan sempurna.

Akhir sekali, ucapan terima kasih ahli keluarga yang memberi sokongan serta

dorongan sepanjang penyediaan projek ini. Sesungguhnya budi baik kalian sukar

untuk dibalas. Semoga kalian sentiasa sihat sejahtera dan diberkati Tuhan.

Page 8: GAYA PEMBELAJARAN, KEMAHIRAN BELAJAR DAN ... - … fileuniversiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis♦ judul : gaya pembelajaran, kemahiran belajar dan masalah belajar

v

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji gaya pembelajaran, kemahiran belajar

dan masalah belajar pelajar 5 SPA/E/J/H, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi

Malaysia. Kajian ini melibatkan seramai 104 orang responden yang terdiri daripada

30 orang lelaki dan 74 orang perempuan. Kajian ini berbentuk deskriptif dan

menggunakan instrumen soal selidik dengan Skala Empat Mata berdasarkan 5

kategori gaya pembelajaran oleh Dunn dan Dunn yang terdiri daripada kategori

Persekitaran, Emosional, Sosiologikal, Fizikal dan Psikologikal. Nilai Alpha

Cronbach untuk kajian ini adalah 0.83. Dapatan kajian mendapati kategori

Emosional (min 3.09) yang paling dominan digunakan oleh responden kajian.

Kategori yang kedua adalah kategori Psikologikal (min 2.98), ketiga ialah kategori

Sosiologikal (min 2.93), keempat ialah kategori Persekitaran (min 2.80) dan kelima

ialah kategori Fizikal (min 2.78). Secara keseluruhan, Kemahiran Belajar bagi

pelajar 5 SPA/E/J/H mencapai tahap sederhana. Skor min bagi Kemahiran Membuat

Rujukan ialah 3.09, Kemahiran Menulis Nota (min 3.06) dan Kemahiran Mendengar

(min 3.04) yang berada pada tahap tinggi manakala Kemahiran Membaca (min 2.98),

Kemahiran Menghadapi Peperiksaan (min 2.88) dan Kemahiran Menguruskan Masa

(min 2.80) berada pada tahap sederhana. Dapatan kajian menunjukkan masalah-

masalah belajar yang dihadapi pelajar adalah berpunca daripada pengajaran

pensyarah, kemahiran belajar, minat, kemudahan pembelajaran dan beban tugas

pembelajaran. Di akhir kajian, penyelidik telah mengemukakan cadangan untuk

meningkatkan lagi keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran.

Page 9: GAYA PEMBELAJARAN, KEMAHIRAN BELAJAR DAN ... - … fileuniversiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis♦ judul : gaya pembelajaran, kemahiran belajar dan masalah belajar

vi

ABSTRACT

The purpose of this research is to examine the 5 SPA/E/J/H students’ learning

styles, study skills, and learning problem at the Education Faculty, Universiti

Teknologi Malaysia. A total of 104 respondents involved in this research. The

respondents were consisted of 30 males and 74 females. The study employed a set of

questionnaire using four point scale based on the five categories of learning style

proposed by Dunn and Dunn. These five categories are Environmental, Emotional,

Sociological, Physical and Psychological. In general, the Alpha Cronbach value of

this study is 0.83. The result showed that the learning style of 5 SPA/E/J/H students

inclined to Emotional category (mean 3.09). The second category was Psychological

(mean 2.98). While, the third category was Sociological (mean 2.93), the forth

category was Environmental (mean 2.80) and the fifth category was Physical (mean

2.78). In general, the study skills of 5 SPA/E/J/H students were at moderate level.

The mean score for Doing Reference Skill was 3.09, Taking Note Skill (mean 3.06)

and Listening Skill (mean 3.04) attained the highest level. While, Reading Skill

(mean 2.98), Preparation for Exam Skill (mean 2.88) and Time Management Skill

(mean 2.80) were recorded at the moderate level. The result of this research showed

that the problems confronted by students were induced from the Teaching Process,

Learning Process, Interest and Facility Provided in the Learning Process and the

Pressure Facing in the Learning Process. At the end of this research, some

alternatives were introduced to increase the efficiency of teaching and learning

process.

Page 10: GAYA PEMBELAJARAN, KEMAHIRAN BELAJAR DAN ... - … fileuniversiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis♦ judul : gaya pembelajaran, kemahiran belajar dan masalah belajar

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI RAJAH xiv

SENARAI SIMBOL xv

SENARAI LAMPIRAN xvi

BAHAGIAN SATU

BAB I

BAB I PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan 1

1.1 Latar Belakang Masalah 3

1.2 Pernyataan Masalah 4

1.3 Objektif Kajian 5

1.4 Persoalan Kajian 6

1.5 Kepentingan Kajian 7

Page 11: GAYA PEMBELAJARAN, KEMAHIRAN BELAJAR DAN ... - … fileuniversiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis♦ judul : gaya pembelajaran, kemahiran belajar dan masalah belajar

viii

1.6 Skop dan Batasan Kajian 7

1.7 Definisi Istilah 8

1.8 Kesimpulan dan Organisasi Bab 10

BAHAGIAN DUA

BAB II

BAB II SOROTAN PENULISAN

2.0 Pengenalan 11

2.1 Gaya Pembelajaran 11

2.1.1 Model Dunn dan Dunn 12

2.1.1.1 Rangsangan Persekitaran 14

2.1.1.2 Rangsangan Emosional 16

2.1.1.3 Rangsangan Sosiologikal 18

2.1.1.4 Rangsangan Fizikal 19

2.1.1.5 Rangsangan Psikologikal 21

2.1.2 Model Gaya Pembelajaran Honey dan

Mumford 23

2.1.3 Model Gaya Pembelajaran Kolb 26

2.1.4 Model Gaya Pembelajaran

Lee Shok Mee 27

2.1.7 Model Gaya Pembelajaran Canfield 28

2.1.8 Model Gaya Pembelajaran Mengikut

Rahil et al. 29

2.2 Kemahiran Belajar 30

2.2.1 Kemahiran Membaca 30

2.3.1.1 Kemahiran Yang Digunakan

Semasa Membaca 31

2.2.1.2 Teknik Membaca SQ3R 32

2.2.1.3 Teknik Membaca SQ4R 33

2.2.1.4 Teknik Membaca KWLH 34

Page 12: GAYA PEMBELAJARAN, KEMAHIRAN BELAJAR DAN ... - … fileuniversiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis♦ judul : gaya pembelajaran, kemahiran belajar dan masalah belajar

ix

2.2.1.5 Teknik Membaca REAP 35

2.2.2 Kemahiran Mencatat Nota 36

2.2.3 Kemahiran Mengurus Masa 41

2.2.4 Kemahiran Mendengar 44

2.2.5 Kemahiran Membuat Rujukan 46

2.2.6 Kemahiran Menghadapi Peperiksaan 48

2.3 Masalah Pembelajaran 50

2.4 Pengajaran Pensyarah 51

2.5 Minat 53

2.6 Kemudahan Pembelajaran 54

2.7 Beban Tugas Pembelajaran 55

2.8 Pencapaian Akademik 56

2.9 Kesimpulan 57

BAHAGIAN TIGA

BAB III

BAB III METODOLOGI KAJIAN

3.0 Pengenalan 58

3.1 Rekabentuk Kajian 58

3.2 Populasi 59

3.3 Instrumen Kajian 60

3.4 Kajian Rintis 62

3.5 Prosedur Kajian 64

3.6 Penganalisisan Data 64

3.7 Kesimpulan 66

Page 13: GAYA PEMBELAJARAN, KEMAHIRAN BELAJAR DAN ... - … fileuniversiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis♦ judul : gaya pembelajaran, kemahiran belajar dan masalah belajar

x

BAHAGIAN EMPAT

BAB IV

BAB IV DAPATAN KAJIAN

4.0 Pengenalan 67

4.1 Analisis Kursus, Jantina dan Bangsa 67

4.2 Analisis Dapatan Kajian Bahagian B 69

4.2.1 Gaya Pembelajaran Pelajar 70

4.2.1.1 Gaya Pembelajaran Pelajar bagi

Kategori Persekitaran 70

4.2.1.2 Gaya Pembelajaran Pelajar bagi

Kategori Emosional 72

4.2.1.3 Gaya Pembelajaran Pelajar bagi

Kategori Sosiologikal 76

4.2.1.4 Gaya Pembelajaran Pelajar bagi

Kategori Fizikal 78

4.2.1.5 Gaya Pembelajaran Pelajar bagi

Kategori Psikologikal 80

4.2.2 Tahap Kemahiran Belajar Pelajar 83

4.2.2.1 Kemahiran Membaca 83

4.2.2.2 Kemahiran Menulis Nota 85

4.2.2.3 Kemahiran Menguruskan Masa 88

4.2.2.4 Kemahiran Mendengar 91

4.2.2.5 Kemahiran Membuat Rujukan 92

4.2.2.6 Kemahiran Menghadapi Peperiksaan 94

4.3 Keputusan Bahagian C 98

4.4 Kesimpulan 100

Page 14: GAYA PEMBELAJARAN, KEMAHIRAN BELAJAR DAN ... - … fileuniversiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis♦ judul : gaya pembelajaran, kemahiran belajar dan masalah belajar

xi

BAHAGIAN LIMA

BAB V

BAB V RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.0 Pengenalan 101

5.1 Rumusan Kajian 101

5.2 Perbincangan Kajian 102

5.2.1 Gaya Pembelajaran Pelajar 103

5.2.2 Kemahiran Belajar Pelajar 108

5.2.3 Masalah Belajar Pelajar 117

5.3 Cadangan 119

5.4 Cadangan Lanjutan 121

5.5 Kesimpulan 122

BAHAGIAN ENAM

RUJUKAN

RUJUKAN 124

BAHAGIAN TUJUH

LAMPIRAN

LAMPIRAN 134

Page 15: GAYA PEMBELAJARAN, KEMAHIRAN BELAJAR DAN ... - … fileuniversiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis♦ judul : gaya pembelajaran, kemahiran belajar dan masalah belajar

xii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1 Bilangan Pelajar Mengikut Kursus 59

3.2 Jadual Skala Empat Mata 61

3.3 Bilangan Item Persoalan Mengikut Aspek Pola

Gaya Pembelajaran 61

3.4 Bilangan Item Persoalan Mengikut Aspek Pola

Kemahiran Belajar 62

3.5 Pengkelasan Analisis Ordinal Skala Empat Mata 65

3.6 Pengkelasan Kesesuaian Berdasarkan Analisis Markat

Min 65

4.1 Analisis Taburan Frekuensi Dan Peratus Responden

Mengikut Kursus 68

4.2 Analisis Taburan Frekuensi Dan Peratus Responden

Mengikut Jantina 68

4.3 Analisis Taburan Frekuensi Dan Peratus Responden

Mengikut Bangsa 69

4.4 Analisis Peratus dan Min Gaya Pembelajaran

Pelajar bagi Kategori Persekitaran 70

4.5 Analisis Peratus dan Min Gaya Pembelajaran

Pelajar bagi Kategori Emosional 73

4.6 Analisis Peratus dan Min Gaya Pembelajaran

Pelajar bagi Kategori Sosiologikal 76

4.7 Analisis Peratus dan Min Gaya Pembelajaran

Pelajar bagi Kategori Fizikal 78

Page 16: GAYA PEMBELAJARAN, KEMAHIRAN BELAJAR DAN ... - … fileuniversiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis♦ judul : gaya pembelajaran, kemahiran belajar dan masalah belajar

xiii

4.8 Analisis Peratus dan Min Gaya Pembelajaran

Pelajar bagi Kategori Psikologikal 81

4.9 Taburan Gaya Pembelajaran Paling Dominan Pelajar

5SPA/E/J/H Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi

Malaysia 82

4.10 Analisis Taburan Frekuensi, Peratus dan Min Kemahiran

Belajar Pelajar bagi Kategori Kemahiran Membaca 83

4.11 Analisis Taburan Frekuensi, Peratus dan Min Kemahiran

Belajar Pelajar bagi Kategori Kemahiran Menulis Nota 86

4.12 Analisis Taburan Frekuensi, Peratus dan Min Kemahiran

Belajar Pelajar bagi Kategori Kemahiran Menguruskan Masa 88

4.13 Analisis Taburan Frekuensi, Peratus dan Min Kemahiran

Belajar Pelajar bagi Kategori Kemahiran Mendengar 91

4.14 Analisis Taburan Frekuensi, Peratus dan Min Kemahiran

Belajar Pelajar bagi Kategori Kemahiran Membuat Rujukan 92

4.15 Analisis Taburan Frekuensi, Peratus dan Min Kemahiran

Belajar Pelajar bagi Kategori Kemahiran Menghadapi

Peperiksaan 95

4.16 Tahap Kemahiran Belajar Pelajar 5 SPA/E/J/H

Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia 97

4.17 Masalah belajar yang dihadapi oleh pelajar 98

Page 17: GAYA PEMBELAJARAN, KEMAHIRAN BELAJAR DAN ... - … fileuniversiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis♦ judul : gaya pembelajaran, kemahiran belajar dan masalah belajar

xiv

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

2.1 Model Gaya Pembelajaran Dunn dan Dunn (1978) 13

2.2 Tahap-tahap Peredaran Proses Pembelajaran 23

2.3 Model Gaya Pembelajaran Lee Shok Mee (1998) 28

2.4 Model Gaya Pembelajaran Canfield (1977) 29

2.5 Model Gaya Pembelajaran Rahil et al. (1995) 29

Page 18: GAYA PEMBELAJARAN, KEMAHIRAN BELAJAR DAN ... - … fileuniversiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis♦ judul : gaya pembelajaran, kemahiran belajar dan masalah belajar

xv

SENARAI SIMBOL

5 SPA/E/J/H - Tahun Lima Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kejuruteraan Awam/Elektrik/Jentera/Kemahiran

Hidup)

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

FP - Fakulti Pendidikan

SPA - Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kejuruteraan Awam)

SPE - Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kejuruteraan Elektrik)

SPJ - Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kejuruteraan Jentera)

SPH - Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kemahiran Hidup)

Page 19: GAYA PEMBELAJARAN, KEMAHIRAN BELAJAR DAN ... - … fileuniversiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis♦ judul : gaya pembelajaran, kemahiran belajar dan masalah belajar

xvi

SENARAI LAMPIRAN

NO. LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Soal Selidik Untuk Responden 134

Page 20: GAYA PEMBELAJARAN, KEMAHIRAN BELAJAR DAN ... - … fileuniversiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis♦ judul : gaya pembelajaran, kemahiran belajar dan masalah belajar

BAB I

PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan

Matlamat penubuhan Institusi Pengajian Tinggi adalah untuk melengkapkan

diri dengan kemahiran dan ilmu pengetahuan untuk menghadapi dunia pekerjaan.

Demi mencapai matlamat ini, siswazah perlu mengamalkan pembelajaran sepanjang

hayat.

Pembelajaran adalah proses mendapat pengetahuan dan maklumat,

seterusnya akan menguasai sesuatu kemahiran dan membentuk sikap serta

kepercayaan. Hargreaves (1996) berpendapat bahawa pembelajaran sebenarnya

tidak hanya berkaitan dengan penambahan pengetahuan dan mengingatkan semula

apa yang telah dipelajari. Sebaliknya, pembelajaran adalah berkaitan dengan

kefahaman tentang konsep-konsep asas dan prinsip-prinsip yang boleh diaplikasikan

dalam dunia sebenar. Pembelajaran sebenarnya dinilai dari aspek perubahan

kualitatif untuk melihat, mengalami, memahami dan menghayati sesuatu di alam

sebenar.

Menurut Bass dan Greary (1996), salah satu cara penentuan kecekapan

seseorang individu adalah melalui gaya pembelajaran yang sesuai dan tepat. Setiap

manusia mempunyai kemahiran yang berbeza untuk memproses maklumat.

Penggunaan kaedah berdasarkan model gaya pembelajaran dapat membantu

seseorang mengetahui dan memahami pendekatan pembelajaran yang digunakan

disamping membantu seseorang untuk mengenalpasti situasi pembelajaran dan

Page 21: GAYA PEMBELAJARAN, KEMAHIRAN BELAJAR DAN ... - … fileuniversiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis♦ judul : gaya pembelajaran, kemahiran belajar dan masalah belajar

2

menjadi lebih fleksibel apabila berada dalam suasana pembelajaran yang berlainan

serta mempertingkatkan kekuatan diri (Dunn dan Stevenson, 1997).

Pelajar yang menggunakan gaya pembelajaran yang sesuai dengan diri

sendiri akan mencapai keputusan yang lebih cemerlang jika berbanding dengan

mereka yang tidak menggunakannya. Klavas (1994) yang telah menjalankan kajian

di sebuah sekolah dan mendapati pelajar mendapat keputusan lebih cemerlang

setelah gaya pembelajaran diperkenalkan kepada mereka. Mengikut Dunn dan Dunn

(1978), gaya pembelajaran boleh diperjelaskan melalui lima kategori iaitu

Persekitaran, Emosional, Sosiologikal, Fizikal dan Psikologikal.

Di samping gaya pembelajaran, penguasaan kemahiran pelajar juga penting

untuk mencapai keputusan cemerlang. Menurut Selmes (1987), kemahiran belajar

adalah kemahiran yang membolehkan seseorang pelajar mencari, menilai, memilih,

menyusun, menyimpan dan menyampaikan ilmu pengetahuan. Sebenarnya,

kemahiran belajar boleh ditakrifkan sebagai keupayaan atau kecekapan yang

dikuasai oleh seseorang pelajar untuk mengumpul, memproses dan menyimpan

maklumat serta menuju ke arah pembelajaran seumur hidup.

Dalam usaha untuk mencapai kejayaan di menara gading ini, seseorang

pelajar perlu menitikberatkan gaya pembelajaran dan kemahiran belajar yang

diamalkan. Oleh itu, kajian mengenai gaya pembelajaran, kemahiran belajar dan

masalah belajar pelajar di Institusi Pengajian Tinggi perlu dibuat supaya gaya

pembelajaran, kemahiran belajar yang diamalkan dan masalah belajar yang dihadapi

oleh pelajar dapat dikenalpasti. Dengan ini, pihak universiti dan pensyarah boleh

menyediakan persekitaran dan bahan mengajar yang lebih sesuai kepada pelajar.

Proses pengajaran dan pembelajaran juga akan berjalan dengan lebih lancar dan

selesa.

Page 22: GAYA PEMBELAJARAN, KEMAHIRAN BELAJAR DAN ... - … fileuniversiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis♦ judul : gaya pembelajaran, kemahiran belajar dan masalah belajar

3

1.1 Latar Belakang Masalah

Menurut Santhi Suppiah (1998), perbezaan seseorang individu adalah variasi

atau ketidaksamaan individu itu dengan norma kumpulan, sama ada sifat kognitif,

emosi, fizikal, moral, tingkahlaku, sosial, bakat dan lain-lain aspek yang mungkin

terdapat dalam sesebuah kumpulan. Maka, perbezaan individu dapat ditakrifkan

sebagai ketidaksamaan seseorang individu dalam aspek perkembangan fizikal,

mental, emosi dan sosial. Oleh itu, setiap individu mempunyai gaya belajar, strategi

belajar yang berbeza dan kadar pembelajaran yang berlainan walaupun umur mereka

adalah sama.

Setiap pelajar mempunyai gaya pembelajaran yang berbeza. Keadaan ini

perlu dikenalpasti oleh para pengajar ketika menjalankan proses pengajaran dan

pembelajaran. Setiap pelajar mempunyai gaya yang tersendiri, ada pelajar yang suka

melibatkan diri secara aktif dalam kelas, terdapat juga pelajar yang lebih

mementingkan hakikat sebenar dan sebagainya. Kesemua gaya yang dinyatakan

perlu dikenalpasti oleh pengajar supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat

berjalan dengan lebih lancar lagi. Maka, pengajar dapat membuat persediaan yang

terbaik sebelum memulakan sesuatu sesi pengajaran.

Sarena Abdul Karim (2003) menyatakan sistem pendidikan di Malaysia

masih kurang menekankan aspek teknik belajar secara formal. Kebanyakan pelajar

mendapat teknik atau kemahiran belajar secara tidak langsung, secara kebetulan atau

terikut-ikut dengan rakan sebaya. Keadaan ini wujud adalah disebabkan pelajar

tidak mempunyai panduan yang khusus untuk menghadapi pembelajaran mereka.

Kajian-kajian lepas menjelaskan untuk belajar lebih berjaya mereka perlu

didedahkan dengan pelbagai teknik pembelajaran.

Dunn dan Dunn (1978) menyatakan bahawa kajian yang dijalankan oleh

beliau sejak abad yang lalu mendapati bahawa strategi belajar bagi seseorang adalah

berbeza di antara satu sama lain. Keadaan ini berlaku tanpa dipengaruhi oleh umur,

status sosio-ekonomi dan ilmu pengetahuan seseorang pelajar itu. Dunn dan Dunn

(1978) mendapati bahawa kaedah, sumber dan program yang dipadansuaikan dengan

strategi pembelajaran seseorang pelajar, pencapaian akademik seseorang pelajar

Page 23: GAYA PEMBELAJARAN, KEMAHIRAN BELAJAR DAN ... - … fileuniversiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis♦ judul : gaya pembelajaran, kemahiran belajar dan masalah belajar

4

akan mencapai ke tahap yang lebih cemerlang lagi dan juga sebaliknya jika tidak

dapat dipadankan, pencapaian akademik akan semakin merosot. Strategi

pembelajaran bersesuaian dengan jurusan yang diambil juga akan memberi kesan

positif kepada pencapaian akademik. Dunn dan Dunn (1978) mendapati gaya

pembelajaran gaya pembelajaran boleh dikategorikan kepada 5 kategori iaitu

Persekitaran, Emosional, Sosiologikal, Fizikal dan Psikologikal.

Siti Hawa Munji (1987) telah mengadakan suatu kajian untuk mengkaji

kemahiran belajar pelajar di Universiti Putra Malaysia. Di akhir kajian, Siti Hawa

Munji (1987) mendapati kesedaran pelajar Universiti Putra Malaysia tentang

penggunaan kemahiran belajar yang berkesan di kalangan pelajar berada pada tahap

yang rendah.

Antara punca berlakunya kemerosotan pencapaian akademik para mahasiswa

ialah mereka tidak dapat menyesuaikan diri dengan cara pengajaran dan

pembelajaran di universiti (Abdul Ghani Awang, 1996). Oleh itu, tidak hairan jika

terdapat segelintir pelajar yang menunjukkan keputusan cemerlang di zaman sekolah

tetapi merosot apabila melanjutkan pelajaran di menara gading. Akibatnya, ramai

pelajar yang gagal untuk mencapai keputusan cemerlang mengakui diri mereka

kekurangan pengetahuan dalam kemahiran belajar. Mereka tidak dapat mencari

kemahiran belajar yang paling sesuai dengan sikap sendiri. Ini jelas menunjukkan

betapa perlunya seseorang pelajar mengetahui gaya pembelajaran dan menguasai

kemahiran belajar yang paling sesuai dengan diri sendiri terutamanya ketika

menghadapi peperiksaan.

1.2 Pernyataan Masalah

Menurut Awang Had Salleh (1999), pihak institusi pengajian tinggi

melahirkan pelajar yang semakin meningkat dari segi kuantiti, tetapi bukan dari segi

kualiti. Ini disebabkan bilangan pelajar yang mencapai kelas pertama dan kelas

kedua tinggi adalah terhad berbanding dengan bilangan pelajar yang mencapai kelas

kedua rendah dan kelas ketiga.

Page 24: GAYA PEMBELAJARAN, KEMAHIRAN BELAJAR DAN ... - … fileuniversiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis♦ judul : gaya pembelajaran, kemahiran belajar dan masalah belajar

5

Gaya pembelajaran yang diamalkan oleh setiap individu adalah berbeza di

antara satu sama lain. Menurut Dunn dan Dunn (1978), elemen-elemen yang

mempengaruhi gaya pembelajaran pelajar adalah seperti Persekitaran, Emosional,

Sosiologi, Fizikal dan Psikologi. Di samping itu, mempelajari kemahiran belajar

yang sesuai merupakan masalah yang sering dihadapi oleh pelajar yang ingin

mencapai kejayaan yang cemerlang. Pelajar selalu menghadapi masalah untuk

mencatat nota, merancang kerja, mengagihkan masa untuk belajar dan selalu tidak

sempat habis membaca nota semasa peperiksaan. Jika pelajar dapat mengamalkan

kemahiran belajar yang berkesan, maka, masalah pembelajaran di atas dapat diatasi.

Oleh itu, kajian ini mengkaji gaya pembelajaran pelajar Tahun Lima Sarjana

Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam/ Elektrik/ Jentera/

Kemahiran Hidup) Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Selain itu,

penyelidik juga ingin mengetahui amalan kemahiran belajar pelajar. Di samping itu,

kajian ini dibuat juga untuk mengetahui masalah-masalah belajar yang sering

dihadapi oleh responden. Dengan mengetahui masalah yang sering dihadapi oleh

pelajar, langkah-langkah yang berkesan dapat diambil untuk mengatasinya.

1.3 Objektif Kajian

Objektif khusus kajian ini adalah untuk mengenalpasti perkara-perkara

berikut di kalangan pelajar Tahun Lima Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kejuruteraan Awam/Elektrik/Jentera/Kemahiran Hidup) Fakulti Pendidikan,

Universiti Teknologi Malaysia.

(i) Mengenal pasti gaya pembelajaran paling dominan pelajar Tahun

Lima Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan

Awam/ Elektrik/ Jentera/ Kemahiran Hidup) Fakulti Pendidikan,

Universiti Teknologi Malaysia dari segi Persekitaran, Emosional,

Sosiologikal, Fizikal, dan Psikologikal.

Page 25: GAYA PEMBELAJARAN, KEMAHIRAN BELAJAR DAN ... - … fileuniversiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis♦ judul : gaya pembelajaran, kemahiran belajar dan masalah belajar

6

(ii) Menentukan tahap kemahiran belajar pelajar Tahun Lima Sarjana

Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam/ Elektrik/

Jentera/ Kemahiran Hidup) Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi

Malaysia.

(iii) Menentukan masalah belajar di kalangan pelajar Tahun Lima Sarjana

Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam/ Elektrik/

Jentera/ Kemahiran Hidup) Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi

Malaysia.

1.4 Persoalan Kajian

Berhubung dengan objektif kajian yang dinyatakan, berikut adalah persoalan-

persoalan kajian:

(i) Apakah gaya pembelajaran paling dominan pelajar Tahun Lima

Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam/

Elektrik/ Jentera/ Kemahiran Hidup) Fakulti Pendidikan, Universiti

Teknologi Malaysia dari segi persekitaran, emosional, sosiologikal,

fizikal dan psikologikal?

(ii) Apakah tahap kemahiran belajar pelajar Tahun Lima Sarjana Muda

Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam/ Elektrik/ Jentera/

Kemahiran Hidup) Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia?

(iii) Apakah masalah belajar pelajar Tahun Lima Sarjana Muda Teknologi

Serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam/ Elektrik/ Jentera/ Kemahiran

Hidup) Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia?