garis panduan pengalaman berasaskan sekolah (pbs) - lampiran ke sekolah

5
GARIS PANDUAN RINGKAS PELAKSANAAN PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP KPM-IPGM) 1. KONSEP Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan satu komponen daripada Amalan Profesional bagi pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Kementerian Pelajaran Malaysia. Pelaksanaan PBS dapat memberi kefahaman awal kepada pelajar tentang alam persekolahan daripada perspektif seorang guru. PBS juga memberi peluang kepada pelajar memahami sekolah sebagai sebuah institusi pendidikan, peranan guru di dalam bilik darjah melalui pemerhatian, penelitian dokumen, refleksi dan interaksi dengan guru serta komuniti sekolah. Melalui PBS pelajar dapat memahami sistem pengurusan sekolah, tingkah laku murid, pengurusan bilik darjah dan tugas sebenar seorang guru. 2. OBJEKTIF Melalui Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS), pelajar dapat i. memahami dan menyesuaikan diri dengan budaya sekolah; ii. menghayati kerjaya seorang guru; iii. memperoleh pengetahuan tentang pengurusan sekolah; iv. mendapat pendedahan awal tentang pembelajaran murid; v. memahami pengurusan dan strategi pengajaran pembelajaran; vi. membina kemahiran berinteraksi dengan murid, guru dan kakitangan sekolah; vii. mengumpul maklumat tentang pengurusan sekolah, iklim pengajaran pembelajaran dan budaya sekolah; viii. membina kemahiran inkuiri penemuan dan kemahiran berfikir secara kritis dan analitikal; ix. membina sikap positif terhadap profesion keguruan; x. membuat refleksi mengenai tugas dan tanggungjawab guru; dan xi. mendokumentasikan pengalaman yang dilalui untuk perbincangan semasa sesi refleksi selepas PBS dilaksanakan. 3. STRATEGI PELAKSANAAN i. Tempoh Tempoh pelajar menjalani PBS adalah seperti dalam Jadual 2.1. Program Semester Tempoh Penempatan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan 1 1 Minggu Sekolah Rendah 2 1 Minggu Sekolah Rendah 3 1 Minggu Sekolah Rendah 4 1 Minggu Sekolah Rendah Jadual 2.1: Pelaksanaan Pengalaman Berasaskan Sekolah

Upload: ara

Post on 04-Jan-2016

243 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

PBS

TRANSCRIPT

Page 1: Garis Panduan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) - Lampiran Ke Sekolah

GARIS PANDUAN RINGKAS PELAKSANAANPENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP KPM-IPGM)

1. KONSEP

Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan satu komponen daripada Amalan Profesional bagi pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Kementerian Pelajaran Malaysia. Pelaksanaan PBS dapat memberi kefahaman awal kepada pelajar tentang alam persekolahan daripada perspektif seorang guru. PBS juga memberi peluang kepada pelajar memahami sekolah sebagai sebuah institusi pendidikan, peranan guru di dalam bilik darjah melalui pemerhatian, penelitian dokumen, refleksi dan interaksi dengan guru serta komuniti sekolah. Melalui PBS pelajar dapat memahami sistem pengurusan sekolah, tingkah laku murid, pengurusan bilik darjah dan tugas sebenar seorang guru.

2. OBJEKTIF

Melalui Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS), pelajar dapati. memahami dan menyesuaikan diri dengan budaya sekolah; ii. menghayati kerjaya seorang guru; iii. memperoleh pengetahuan tentang pengurusan sekolah;iv. mendapat pendedahan awal tentang pembelajaran murid; v. memahami pengurusan dan strategi pengajaran pembelajaran; vi. membina kemahiran berinteraksi dengan murid, guru dan kakitangan sekolah; vii. mengumpul maklumat tentang pengurusan sekolah, iklim pengajaran

pembelajaran dan budaya sekolah; viii. membina kemahiran inkuiri penemuan dan kemahiran berfikir secara kritis dan

analitikal;ix. membina sikap positif terhadap profesion keguruan; x. membuat refleksi mengenai tugas dan tanggungjawab guru; danxi. mendokumentasikan pengalaman yang dilalui untuk perbincangan semasa sesi

refleksi selepas PBS dilaksanakan.

3. STRATEGI PELAKSANAAN

i. TempohTempoh pelajar menjalani PBS adalah seperti dalam Jadual 2.1.

Program Semester Tempoh Penempatan

Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan

1 1 Minggu Sekolah Rendah2 1 Minggu Sekolah Rendah3 1 Minggu Sekolah Rendah4 1 Minggu Sekolah Rendah

Jadual 2.1: Pelaksanaan Pengalaman Berasaskan Sekolah

ii. PenempatanPelajar ditempatkan di sekolah rendah tertentu dan diuruskan oleh Unit Praktikum IPG dengan kerjasama Penyelaras PISMP dan jabatan mata pelajaran major/elektif masing-masing. Penempatan hendaklah mengambil kira lokasi, saiz dan jenis sekolah yang berbeza-beza mengikut semester. Ini bertujuan untuk membolehkan mereka mendapat pengalaman dan pendedahan yang pelbagai sebelum mereka ditempatkan di sekolah untuk praktikum.

Page 2: Garis Panduan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) - Lampiran Ke Sekolah

iii. Prosedur Pelaksanaana) IPGM akan memaklumkan kepada semua Jabatan Pelajaran Negeri (JPN)

tentang Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS).b) IPGK akan memaklumkan kepada pihak sekolah tentang penempatan

pelajar dan pelaksanaan PBS.c) IPGK akan menguruskan taklimat pengurusan dan pelaksanaan PBS untuk

pelajar.d) IPGK menyediakan borang dan dokumen yang berkaitan untuk tindakan

pelajar.e) Jabatan Ilmu Pendidikan, mata pelajaran major/elektif memberikan

panduan pelaksanaan aktiviti PBS kepada pelajar untuk disempurnakan sepanjang tempoh pelaksanaan PBS.

f) Hasil aktiviti PBS akan dibincang bersama pensyarah yang berkenaan semasa sesi interaksi kuliah dan sesi refleksi. (rujuk Jadual 2.2).

Semester

Mata Pelajaran

1 Pengajian Profesional2 Major3 Elektif 14 Elektif 2

Jadual 2.2:Pengalaman Berasaskan Sekolah Mengikut Semester

iv. Aktiviti Semasa Pengalaman Berasaskan Sekolaha) Pelajar dikehendaki memperolehi maklumat umum tentang sekolah di

mana mereka menjalani setiap PBS berdasarkan Lampiran 1-7A.b) Pelajar juga dikehendaki melaksanakan aktiviti PBS berdasarkan semua

aspek yang dtetapkan oleh Jabatan Ilmu Pendidikan dan jabatan mata pelajaran major / elektif masing-masing berdasarkan semester yang ditetapkan..

c) Jabatan Ilmu Pendidikan, jabatan mata pelajaran major dan jabatan mata pelajaran elektif hendaklah merancang aktiviti PBS berdasarkan format dan tema aktiviti yang dicadangkan di dalam Lampiran 1-7B

4. KEHADIRAN i. Kehadiran pelajar dalam PBS adalah wajib. Pelajar yang tidak hadir kerana sakit

atau cedera memerlukan pengesahan doktor/pegawai perubatan.ii. Ketidakhadiran semasa PBS atas sebab-sebab tertentu perlu mendapat

kebenaran daripada Pengarah/Timbalan Pengarah IPGK.iii. Pelajar yang tidak cukup kehadiran perlu melengkapkan tempoh PBS yang

ditetapkan.

5. STATUS PELAKSANAAN PBSPelajar yang telah menjalani PBS perlu memenuhi keperluan berikut:i. Kehadiran pelajar dalam PBS ii. Menyempurnakan aktiviti PBS iii. Melengkapkan Portfolio individu iv. Melengkapkan Borang Kehadiran Pelajar dan Laporan Perkembangan Pelajar

6. PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB i. Pelajar:

a) Menghadiri taklimat PBS;b) Memahami objektif PBS;c) Melaksanakan aktiviti PBS;d) Hadir ke sekolah pada tarikh yang ditetapkan sepanjang tempoh PBS;e) Mematuhi dan mengamalkan etika keguruan, peraturan IPGM dan

peraturan sekolah; f) Membuat pemerhatian terhadap iklim pembelajaran di bilik darjah, persekitaran dan kelengkapan sekolah;g) Berbincang dengan pihak sekolah tentang aktiviti yang dilaksanakan di

sekolah; h) Memerhati dan mengumpul maklumat tentang pengajaran guru serta

2

Page 3: Garis Panduan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) - Lampiran Ke Sekolah

pengurusan kelas sebagai bahan refleksi;i) Mendokumentasikan segala hasil aktiviti dan hasil refleksi secara berterusan dalam portfolio individu;

j) Mengadakan sesi perbincangan dengan rakan sebaya dan pensyarah tentang pengalaman yang diperoleh semasa menjalani PBS;k) Menyerahkan hasil aktiviti PBS kepada pensyarah mata pelajaran Ilmu

Pendidikan, major/elektif masing-masing pada masa yang ditetapkan untuk perbincangan bersesuaian dengan objektif PBS;

ii. Sekolaha) Memberi taklimat kepada pelajar tentang sejarah, struktur organisasi,

pengurusan, peraturan, disiplin dan budaya sekolahb) Bekerjasama dengan pihak IPGK dalam menjayakan PBSc) Memberi peluang kepada pelajar membuat pemerhatian persekitaran

sekolah/pengajaran/aktiviti gurud) Membantu pelajar untuk mengumpul maklumat sekolah yang diperlukan

bagi melaksanakan aktiviti PBS e) Membantu pelajar menyesuaikan diri dalam komuniti sekolah f) Mengawasi disiplin dan kehadiran pelajar sepanjang tempoh PBS dan

mengesahkan Borang Kehadiran PBSg) Melaporkan kemajuan pelajar dengan menggunakan Borang Laporan

Perkembangan Pelajar (rujuk Lampiran 1-8 dan 1-9)h) Memberi bimbingan dan maklum balas yang berterusan kepada pelajari) Memastikan segala tindakan berkaitan dengan pelaksanaan PBS dilaksanakan dengan sempurna j) Membantu pelajar meningkatkan perasaan cinta terhadap alam

persekolahan dan profesion keguruan.

iii. IPGK (Unit Praktikum, Penyelaras PISMP dan Jabatan Ilmu Pendidikan/ Major/Elektif)a) Memahami, menghayati dan melaksanakan PBS mengikut Garis Panduan

Pelaksanaan PBSb) Merancang dan mengenal pasti sekolah serta mengurus penempatan

pelajar untuk PBSc) Menghantar surat makluman pelaksanaan PBS ke sekolah-sekolah yang

terlibat.d) Memastikan aktiviti PBS disediakan pada masa yang ditetapkan dan masa yang mencukupi diberikan kepada pelajar e) Memberikan taklimat kepada pelajar berhubung dengan konsep, objektif

dan aktiviti dalam pelaksanaan PBS f) Mengambil tindakan sewajarnya jika terdapat kes-kes yang memerlukan

tindakang) Memastikan pelajar hadir ke sekolah mengikut tarikh yang ditetapkanh) Memastikan pelajar melaksanakan aktiviti PBS dan menyerahkan hasil

aktiviti kepada pensyarah mata pelajaran yang berkenaani) Mengadakan sesi refleksi selepas PBS tamat (Jabatan yang terlibat)j) Mewujudkan kerjasama dan hubungan profesional antara IPGM dengan

sekolahk) Menyediakan laporan bertulis tentang kes-kes khas pelajar kepada pihak

IPGM dengan segera

3

Page 4: Garis Panduan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) - Lampiran Ke Sekolah

LAMPIRAN1-9PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAHLAPORAN PERKEMBANGAN PELAJAR

(Diisikan oleh Pengurus Sekolah)

Nama : ______________________________________ No. K.P. : ____________________PelajarMajor : ______________________________________ Ambilan : ____________________

Tandakan ()

AspekLem

ah

Se

derhana

Ba

ik Ulasan

Sahsiah dan Perwatakan

a) Penampilan diri

b) Pekerti

c) Keprihatinan

d) Sifat/Peribadi sebagai pendidik

Komunikasi Berkesan

a) Berinteraksi secara beretika

b) Keupayaan memerhati, berbincang dan membuat refleksi

c) Berupaya menyampaikan idea secara berkesan

Budaya Profesional

Guru

a) Berupaya membina hubungan positif dengan warga sekolah

b) Sentiasa berusaha untuk mendapatkan ilmu, bimbingan dari mentor dan guru-guru lain

c) Komited terhadap tugasan yang diberikan oleh IPGK

Tandatangan & Cop Guru Besar __________________________ Tarikh_______________

4