garis panduan pemantauan dan semakan kurikulum · pdf filepelaksanaannya dalam rekabentuk...

6
GPPMRCQI V1: 2015 (BPPA) 1 GARIS PANDUAN PEMANTAUAN DAN SEMAKAN KURIKULUM UNTUK PENAMBAHBAIKAN KUALITI BERTERUSAN PROGRAM AKADEMIK 1. Tujuan Garis panduan ini bertujuan memberi panduan kepada Fakulti dan Pusat tentang aktiviti pemantauan dan semakan kurikulum untuk penambahbaikan kualiti berterusan (continual quality improvement – CQI) program-program akademik di UNIMAS. 2. Pengenalan Penambahbaikan Kualiti Berterusan (CQI) adalah satu proses jaminan kualiti bagi memastikan program akademik yang ditawarkan kekal relevan, dinamik dan berdaya saing. Proses ini adalah bersifat kitaran (cyclical) dan melibatkan dua (2) aktiviti utama iaitu pemantauan pelaksanaan program (program monitoring) dan semakan kurikulum program (curriculum review) yang perlu dilaksanakan secara sistematik. Model Penambahbaikan Kualiti Berterusan bagi penambahbaikan yang melibatkan pemantauan pelaksanaan dan semakan kurikulum program seperti Rajah 1 di bawah:

Upload: trinhdieu

Post on 05-Mar-2018

237 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: GARIS PANDUAN PEMANTAUAN DAN SEMAKAN KURIKULUM · PDF filepelaksanaannya dalam rekabentuk kurikulum atau struktur kurikulum sedia ada. Perbincangan bersama semua penyelaras/pensyarah

GPPMRCQI V1: 2015 (BPPA)

1

GARIS PANDUAN PEMANTAUAN DAN SEMAKAN KURIKULUM UNTUK

PENAMBAHBAIKAN KUALITI BERTERUSAN PROGRAM AKADEMIK

1. Tujuan

Garis panduan ini bertujuan memberi panduan kepada Fakulti dan Pusat tentang

aktiviti pemantauan dan semakan kurikulum untuk penambahbaikan kualiti

berterusan (continual quality improvement – CQI) program-program akademik di

UNIMAS.

2. Pengenalan

Penambahbaikan Kualiti Berterusan (CQI) adalah satu proses jaminan

kualiti bagi memastikan program akademik yang ditawarkan kekal relevan,

dinamik dan berdaya saing. Proses ini adalah bersifat kitaran (cyclical) dan

melibatkan dua (2) aktiviti utama iaitu pemantauan pelaksanaan program

(program monitoring) dan semakan kurikulum program (curriculum

review) yang perlu dilaksanakan secara sistematik.

Model Penambahbaikan Kualiti Berterusan bagi penambahbaikan yang

melibatkan pemantauan pelaksanaan dan semakan kurikulum program seperti

Rajah 1 di bawah:

Page 2: GARIS PANDUAN PEMANTAUAN DAN SEMAKAN KURIKULUM · PDF filepelaksanaannya dalam rekabentuk kurikulum atau struktur kurikulum sedia ada. Perbincangan bersama semua penyelaras/pensyarah

GPPMRCQI V1: 2015 (BPPA)

2

Pemantauan pelaksanaan kurikulum program adalah bertujuan untuk

mendapatkan maklumat tentang keberkesanan pelaksanaan kurikulum dan

mengenalpasti perkara-perkara yang perlu ditambahbaik bagi memastikan hasil

pembelajaran kursus dapat dicapai oleh pelajar seperti yang dirancang. Aktiviti

pemantauan adalah berfokuskan kepada urusan penyelenggaraan kualiti

pelaksanaan program (maintenance of academic quality).

Pemantauan pelaksanaan kurikulum program melibatkan dua (2) peringkat

iaitu peringkat kursus (course monitoring) dan peringkat program (program

monitoring).

Pemantauan peringkat kursus dijalankan pada setiap semester pengajian

sementara pemantauan peringkat program pula boleh dijalankan sebagai

aktiviti tahunan iaitu setelah selesai satu sesi akademik pengajian

program.

Semakan Kurikulum adalah aktiviti yang lebih komprehensif kerana

melibatkan penilaian keberkesanan pelaksanaan program dan pencapaian hasil

pembelajaran secara menyeluruh. Aktiviti ini turut melibatkan pelaporan

penilaian kendiri (self-review report), pemeriksa luar (external examiner), dan

panel penasihat industri (industry advisory panel) yang digunakan dalam

membuat keputusan tentang kualiti sesuatu program dan pengenalpastian

langkah-langkah yang perlu diambil untuk menambahbaik kualiti program

tersebut.

Semakan Kurikulum dijalankan sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh

LIMA (5) tahun SELEPAS penawaran pertama program (perolehan Akreditasi

Penuh) atau selepas kelulusan semakan kurikulum oleh JPT atau dalam

tempoh yang lebih awal berdasarkan ketetapan Standard Program bidang

pengajian atau keperluan akreditasi badan professional.

Aktiviti pemantauan dan semakan kurikulum program adalah di bawah

tanggungjawab Fakulti dan Pusat.

Bahagian Pembangunan dan Pengurusan Akademik (BPPA) berperanan sebagai

urus setia dalam menyelaras aktiviti pemantauan dan semakan kurikulum oleh

Fakulti dan Pusat. BPPA turut menguruskan proses permohonan/pemakluman

perubahan kurikulum program hasil daripada keputusan semakan oleh Fakulti

dan Pusat ke Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) atau/dan Jawatankuasa

Pengajian Tinggi (JPT) di Kementerian Pendidikan Malaysia.

Perkaitan antara setiap aktiviti dalam proses penambahbaikan kualiti

berterusan yang dinyatakan di atas adalah seperti di Rajah 2.

Page 3: GARIS PANDUAN PEMANTAUAN DAN SEMAKAN KURIKULUM · PDF filepelaksanaannya dalam rekabentuk kurikulum atau struktur kurikulum sedia ada. Perbincangan bersama semua penyelaras/pensyarah

GPPMRCQI V1: 2015 (BPPA)

3

Rajah 2: Proses Penambahbaikan Kualiti Berterusan Program Akademik

3. Aktiviti Penting Pemantauan Pelaksanaan Kurikulum Program

Fakulti dan Pusat perlu membuat perancangan dan persediaan rapi yang

melibatkan aktiviti-aktiviti pemantauan pelaksanaan kurikulum seperti di bawah:

a. Pemantauan Pelaksanaan Kurikulum Peringkat Kursus (Course Monitoring)

Penyediaan Pelan Instruksional Kursus1 oleh penyelaras/pensyarah

(course coordinator/instructor) bagi kursus yang ditawarkan dalam

setiap semester pengajian.

Pelaporan oleh penyelaras/pensyarah (course coordinator/instructor)

kepada penyelaras program (program coordinator) tentang

pencapaian hasil pembelajaran kursus dan prestasi pelajar dalam

kursus yang telah dilaksanakan.

Perkara yang perlu diperincikan dalam laporan tersebut adalah:

o Ulasan tentang pencapaian hasil pembelajaran kursus (CLO) oleh

pelajar dan kekuatan pelaksanaan kursus dari pelbagai aspek seperti

strategi penyampaian, penilaian, penyeliaan, bahan rujukan, dan lain-

lain yang berkaitan. (Strengths of the course)

o Justifikasi ketidakcapaian hasil dan pengenalpastian perkara-perkara

yang menyumbang kepada ketidakcapaian hasil kursus. (Areas of

concern)

o Strategi penambahbaikan pelan instruksional atau aspek pelaksanaan

yang lain.(Strategies to address the areas of concern to strengthen the

course implementation)

o Format pelaporan pemantauan adalah bertakluk kepada ketetapan

Fakulti/Pusat.

1 Rujuk Garis Panduan Penulisan Pelan Instruksional Kursus

Penawaran Program

(Tahun Pertama*)

Pemantauan Kursus

Pemantauan Program

Semakan Kurikulum

• *Selepas memperolehi Akreditasi

Penuh ATAU kelulusan JPT untuk

pemakluman Semakan Kurikulum.

Setiap semester pengajian

• Setiap sesi pengajian

• sekurang-kurangnya sekali dalam

tempoh LIMA (5) tahun SELEPAS

penawaran pertama program atau

selepas kelulusan semakan kurikulum

oleh JPT atau dalam tempoh yang lebih

awal berdasarkan ketetapan Standard

Program bidang pengajian atau

keperluan akreditasi badan professional.

• Permohonan perubahan kurikulum hasil

Semakan Kurikulum ke MQA atau/dan

pemakluman ke JPT.

CQI

Page 4: GARIS PANDUAN PEMANTAUAN DAN SEMAKAN KURIKULUM · PDF filepelaksanaannya dalam rekabentuk kurikulum atau struktur kurikulum sedia ada. Perbincangan bersama semua penyelaras/pensyarah

GPPMRCQI V1: 2015 (BPPA)

4

b. Pemantauan Pelaksanaan Kurikulum Peringkat Program (Program Monitoring)

Pengumpulan maklumat tentang pencapaian hasil pembelajaran program

oleh penyelaras program (program coordinator) berdasarkan pelaporan

pemantauan pelaksanaan kursus yang telah disediakan dan mengenalpasti

perkara-perkara berikut:

o Kursus-kursus dalam program pengajian yang memerlukan

penambahbaikan berdasarkan pencapaian hasil pembelajaran kursus,

pencapaian pelajar dalam kursus-kursus tersebut dan maklumbalas

pelajar dalam borang penilaian kursus/pensyarah.

o Kesesuaian cadangan strategi penambahbaikan dan implikasi

pelaksanaannya dalam rekabentuk kurikulum atau struktur kurikulum

sedia ada.

Perbincangan bersama semua penyelaras/pensyarah kursus yang terlibat

dalam program tentang cadangan penambahbaikan kurikulum program dan

persediaan pelaksanaannya serta isu-isu lain yang berkaitan tentang

penambahbaikan kualiti berterusan. Penilai luar, pelajar/alumni, ahli

lembaga penasihat pengajian program atau pemegang taruh yang lain boleh

dijemput untuk perbincangan bersama.

Menyediakan kertas kerja dan membentang cadangan penambahbaikan

kualiti berterusan program ke Fakulti/Pusat untuk pengesahan dan

kelulusan.

Cadangan penambahbaikan kualiti program perlu mendapatkan perakuan

JPPA/JKPS dan kelulusan SENAT sebelum dilaksanakan.

4. Aktiviti Penting Semakan Kurikulum Program

Aktiviti-aktiviti semakan kurikulum adalah kesinambungan daripada aktiviti

pemantauan pelaksanaan kurikulum yang dinyatakan di atas. Secara khususnya,

aktiviti semakan kurikulum melibatkan perkara-perkara berikut:

Pengumpulan maklumat oleh Timbalan Dekan (Akademik dan Pemajuan

Pelajar) melalui perbincangan bersama semua penyelaras/pensyarah dalam

program akademik tentang pencapaian hasil pembelajaran program secara

menyeluruh dan PENILAIAN tentang:

a. Sejauhmana program akademik yang dilaksanakan telah memenuhi

keperluan piawaian (standard) yang dinyatakan dalam dokumen-dokumen

berikut:

Kerangka Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualification Framework)

Kod Amalan Akreditasi Program (Code of Practice for Programme

Accreditation, COPPA)

Standard Disiplin Program/Keperluan Badan Professional (jika

berkaitan)

b. Sejauhmana program akademik tersebut telah menepati tujuan (fitness for

purpose) dan dapat menyumbang kepada pencapaian objektif strategik

UNIMAS.

c. Kerelevenan dan keterkinian (relevance and currency) kurikulum program

akademik (kandungan, kaedah penyampaian, penilaian, sumber/bahan

sokongan pengajaran-pembelajaran, teknologi) berdasarkan perkembangan

ilmu semasa dan keperluan industri/pasaran negara akan datang.

Page 5: GARIS PANDUAN PEMANTAUAN DAN SEMAKAN KURIKULUM · PDF filepelaksanaannya dalam rekabentuk kurikulum atau struktur kurikulum sedia ada. Perbincangan bersama semua penyelaras/pensyarah

GPPMRCQI V1: 2015 (BPPA)

5

Pengumpulan maklum balas tentang sejauhmana program akademik tersebut

telah menepati tujuan (fitness for purpose) daripada pemegang taruh

(pelajar/alumni, industri, ahli lembaga penasihat program, badan professional

dan lain-lain yang berkaitan)

Pelaporan penilaian kendiri (self-review report) yang disediakan

berdasarkan sembilan (9) bidang jaminan kualiti dalam Kod Amalan Akreditasi

Program (Code of Practice for Programme Accreditation, COPPA) beserta

cadangan penambahbaikan kualiti program.

Pelaporan oleh pemeriksa luar (external examiner) dan panel penasihat industri

(industry advisory panel) yang dilantik bagi mempertingkatkan kualiti program

dan langkah-langkah penambahbaikan yang telah dijalankan berdasarkan

pelaporan yang diterima.

Penyediakan kertas kerja tentang keputusan semakan kurikulum dan cadangan

perubahan kurikulum program hasil semakan ke Fakulti/Pusat untuk

pengesahan.

Penyediakan kertas kerja tentang keputusan semakan kurikulum dan cadangan

perubahan kurikulum program hasil semakan ke JPPA/JKPS untuk perakuan.

Penyediakan kertas kerja tentang keputusan semakan kurikulum dan cadangan

perubahan kurikulum program hasil semakan ke Senat untuk kelulusan.

5. Hal-Hal Lain

Peratusan perubahan kurikulum yang diambilkira adalah berdasarkan

kurikulum asal seperti yang diluluskan2 dan melibatkan kursus teras program

sahaja.

Komponen program yang diambilkira dalam pengiraan peratusan perubahan

kurikulum program adalah seperti adalah seperti di Lampiran 1.

Perubahan semakan kurikulum yang melebihi 30% daripada keseluruhan

kurikulum asal MESTI memdapatkan kelulusan Senat terlebih dahulu

SEBELUM dihantar ke MQA untuk penilaian dan perakuan dan dibentangkan

di JKPT untuk kelulusan penawaran. Pengiraan peratusan perubahan kurikulum program adalah menggunakan

templat yang disediakan dalam e-CLASS.

Fakulti/Pusat adalah bertanggungjawab untuk memastikan struktur ayat, ejaan

dan format yang digunakan adalah betul dalam semua dokumen kertas kerja

permohonan semakan kurikulum program akademik.

6. Tarikh Berkuatkuasa

Garis panduan ini berkuatkuasa bermula dari tarikh ia diluluskan oleh Mesyuarat

Senat Bil 02/2015 ke 139 iaitu pada 16 Mac 2015..

2 Keputusan Mesyuarat Kajian Semula Dasar-Dasar Berkaitan Jaminan Kualiti KPM-MQA Bil. 2/2013

Page 6: GARIS PANDUAN PEMANTAUAN DAN SEMAKAN KURIKULUM · PDF filepelaksanaannya dalam rekabentuk kurikulum atau struktur kurikulum sedia ada. Perbincangan bersama semua penyelaras/pensyarah

GPPMRCQI V1: 2015 (BPPA)

6