fungsi kebudayaan melayu.doc

Upload: hui-min

Post on 08-Jan-2016

235 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

FUNGSI KEBUDAYAAN MELAYU

Kebudayaan merupakan merupakan tamadun sesuatu masyarakat yang diwarisi. Kebudayaan bersifat dinamik dan mempunyai ciri ciri menerima dan menolak. ianya juga dapat ditakrifkan sebagai cara hidup kumpulan manusia atau masyarakat melayu. Kebudayaan Melayu berfungsi sebagai teras kebudayaan kebangsaan yang berfungsisebagai suatu bentuk kebudayaan yang agak liberal. Perubahan dalam kebudayaan dapat membuka ruang kepada unsur unsur kebudayaan sukuan dan kaum yang lain.

Antara fungsi kebudayaan Melayu ialah merapatkan jurang perbezaan antara kaum. Hal ini adalah bertujuan supaya rakyat dapat bersatu padu di bawah satu payung kebudayaan yang dimiliki bersama dan menghormati lambang kebangsaan. Contohnya, semasa sambutan hari kemerdekaan Negara, rakyat Malaysia yang pelbagai kaum bersatu padu mempersembahkan variasi tarian yang terdapat di Malaysia seperti zapin, ngajat, inang, dan tarian kipas.

Seterusnya kebudayaaan juga berfungsi bagi mewujudkan satu kesatuan kebudayaan dan keselarasan dalam menghasilkan satu kebudayaan yang melambangkan identiti bagi budaya Malaysia. Sebagai contoh, masyarakat Malaysia sering ditekankan untuk mengamalkan budaya ketekunan, tolong-menolong, mengotakan janji, memegang amanah, jujur, menghormati ibu bapa dan juga kepimpinan. Dapat dilihat di sini bahawa walaupun masyarakat Malaysia terdiri daripada masyarakat majmuk yang mengamalkan adat yang berbeza, tetapi mereka masih menerapkan ciri-ciri kebudayan yang sama di mana ia telah menjadi identiti masyarakat Malaysia.

Selain itu, kebudayaan turut menjadi landasan bagi menanam nilai-nilai kebangsaan dan menolak nilai-nilai yang hanya mementingkan sesuatu kaum sahaja. Hal ini dapat dilihat dengan jelas di Malaysia iaitu walaupun Negara Malaysia terdiri daripada masyarakat majmuk yang meraikan perayaan yang berbeza, setiap perayaan diraikan dengan meriah oleh seluruh rakyatmalah cuti umum turut diberikan bagi memberi peluang kepada rakyat untuk meraikan perayaan tersebut. Banyak majlis rumah terbuka diadakan malah terdapat juga majlis yang diadakan di dewan untuk memberi peluang kepada masyarakat yang tidak meraikan perayaan tersebut untuk turut merasai kemeriahan sesuatu perayaan. Sebagi contoh, perayaan hari raya aidilfitri turut diraikan oleh masyarakat bukan Islam.

Akhir sekali, kebudayaan Melayu juga merupakan amalan pada peringkat rasmi dan tertinggi seperti sistem protokol, adat istiadat pengurniaan, pelantikan, pertabalan dan sebagainya. Hal ini adalah seperti yang masih dilaksanakan di dalam istana di mana ianya merupakan kebudayaan daripada yang wujud sejak zaman berzaman. jika dilihat amalan budaya ini masih berkekalan sehingga hari ini, malah sesiapa sahaja yang memasuki istana harus mengikuti segala adat dan protokol istana tidak kira sama ada mereka berbangsa Melayu mahupun bangsa-bangsa yang lain.

FUNGSI KESENIAN MELAYU

Kesenian Melayu dapat diertikan sebagai bentuk-bentuk yang menyenangkan, indah dan ada kesan serta kepuasan keindahan dalam proses penghayatan seni itu. Antara jenis kesenian Melayu ialah seni tari, seni suara, seni kraf tangan dan juga seni muzik.

Kesenian Melayu mempunyai fungsi yang tersendiri kepada masyarakat. Antara fungsi utama kesenian Melayu ialah sebagai medium hiburan kepada masyarakat. Umum mengetahui bahawa pada zaman dahulu, tidak ada kemudahan hiburan seperti radio dan televiyen seperti hari ini, maka wujudnya beberapa hiburan seperti tarian dan juga muzik bagi mengelakkan masyarakat pada zaman dahulu berasa bosan. Persembahan tarian yang mengasyikkan dan juga dendangan muzik dapat menghiburkan masyarakat. Pada masa kini, kesenian ini biasanya dipersembahkan sebagai satu persembahan kebudayaan di dalam sesuatu majlis, walaupun persembahan kesenian tidak serancak seperti dahulu kala, namun ianya masih memegang fungsi sebagai medium hiburan.

Selain itu, kesenian Melayu turut berfungsi sebagai media untuk pendidikan. Jika dilihat kesenian yang ada di Malaysia, kebanyakkannya mempunyai maksud tersirat disebalik setiap perkataan mahupun perbuatan yang dipersembahkan. Sebagai contoh, marhabban dan ghasidah jika diteliti, ianya bukan sekadar nyanyian biasa kerana ianya lebih kepada puji-pujian kepada Allah S.W.T. Di sini dapat dilihat bahawa, kesenian bukan sahaja untuk berhibur malah dapat mendidik peserta dan juga penonton marhabban atu ghasidah tersebut. Sementara di sekolah pula, wujud kelab dan juga persatuan kebudayaan yang mana membuka peluang buat pelajar mempelajari seni tarian,seni suara,seni kraf tangan dan sebagainya sekaligus dapat mencungkil bakat terpendam mereka. Ini juga dapat mendidik pelajar untuk mencintai kesenian dan berusaha memeliharanya.

Seterusnya, kesenian juga diperlukan dalam upacara ritual dan keagamaan. Hal ini dapat dilihat dengan jelas di dalam tarian ulek mayang. Umum mengetahui tarian tersebut sering dikaitkan dengan upacara pemujaan semangat air.Tarian ini akan dipersembahkan di pantai bagi memuja semangat air supaya muncul dan membantu menghalau semangat air yang mengganggu nelayan.

Di samping itu, kesenian turut berfungsi sebagai lambang identiti bangsa. Ini kerana melalui sesuatu kesenian itu, mereka yang menyaksikan persembahan tersebut mampu mengetahui pemilik asal kesenian tersebut malah adab dan budaya sesuatu bangsa turut diselitkan di dalam kesenian tesebut. Bangsa Cina contohnya, terkenal dengan tarian singa yang dikaitkan dengan sambutan Tahun Baru Cina. Jika disebut wayang kulit maka negeri Kelantan akan terbayang diminda penonton. Keadaan yang sama berlaku sekiranya kita menyaksikan persembahan tarian ngajat dan sebagainya yang menjadi identity utama masyarakat Borneo.