rumah melayu.doc

6
Rumah Melayu Rumah kayu atau rumah kampung pada suatu masa dulu boleh dikatakan tidak asing bagi orang Melayu. Tapi dengan urbanisasi penduduk kini, ramai anak-anak Melayu yang tidak lagi mengenal apakah ciri bentuk sebenarnya rumah kayu tradisional maupun caranya dibangun tanpa paku. Sebetulnya, lama sebelum kedatangan pengaruh luar dan telunjuk moden, penduduk asal Melayu dan Orang Asli di Semenanjung Tanah Melayu dan Sumatera serta kaum Bumiputra/Pribumi lain di Borneo dan bagian lain di alam Melayu telah mempunyai sistem perumahan yang canggih, cantik dan serasi dengan gaya hidup dan alam sekitar. Bahan binaan yang digunakan diambil dari sumber alam yang boleh diperbaharui, yakni pelbagai jenis kayu-kayan, juga buluh dan rotan hinggalah kepada daun-daun pelepah. Kerangka atau struktur rumah pula menggunakan sistem tebuk- tembus dan pasak yang tidak memerlukan paku. Yakni pembinaan

Upload: norazura-zura

Post on 25-Dec-2015

27 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Rumah Melayu.doc

Rumah MelayuRumah kayu atau rumah kampung pada suatu masa dulu boleh dikatakan tidak asing bagi orang Melayu. Tapi dengan urbanisasi penduduk kini, ramai anak-anak Melayu yang tidak lagi mengenal apakah ciri bentuk sebenarnya rumah kayu tradisional maupun caranya dibangun tanpa paku.

Sebetulnya, lama sebelum kedatangan pengaruh luar dan telunjuk moden, penduduk asal Melayu dan Orang Asli di Semenanjung Tanah Melayu dan Sumatera serta kaum Bumiputra/Pribumi lain di Borneo dan bagian lain di alam Melayu telah mempunyai sistem perumahan yang canggih, cantik dan serasi dengan gaya hidup dan alam sekitar.

Bahan binaan yang digunakan diambil dari sumber alam yang boleh diperbaharui, yakni pelbagai jenis kayu-kayan, juga buluh dan rotan hinggalah kepada daun-daun pelepah.

Kerangka atau struktur rumah pula menggunakan sistem tebuk-tembus dan pasak yang tidak memerlukan paku. Yakni pembinaan rumah papan Melayu sebenarnya ialah suatu sistem pasang-siap. Maka rumah itu boleh juga ‘ditanggal-buka’ dan di pasang semula di tempat lain, persis yang dibuat oleh Badan Warisan Malaysia untuk Rumah Penghulu Abu Seman, yang dipindahkan dari negeri Kedah ke Kuala Lumpur.

Selain itu, cara binaan tanpa paku juga membuatkan rumah lebih anjal (flexible), sehingga ianya boleh diangkat melalui ‘gotong-royong’ orangramai dan dialih tempat.

Page 2: Rumah Melayu.doc

Dari sudut rekabentuk juga, rumah adat Melayu boleh dikatakan amat canggih dan memuatkan ciri-ciri bistari, lagi kena dengan gaya hidup selesa mengikut adat dan alam.

Ciri-ciri pintar ini termasuklah penyejukan atau pengudaraan semulajadi (natural ventilation), peneduhan (shading), keselamatan dan keamanan (safety and security) serta ‘kepersendirian’ (privacy).

Membina rumah di iklim tropika seperti di negara kita ini hanya boleh dilakukan dengan baik jika kita memahami dan memerhati suasana keadaan sekitar yang dipengaruhi faktor alam

seperti :

> Menggalakkan pengaliran dan pengalihan udara.

> Penggunaan pencahayaan semula jadi.

> Penggunaan curahan air hujan.

> Mengurangkan penerimaan pancaran matahari dan tempias hujan.

> Rekabentuk rumah yang jimat tenaga.

> Penggunaan bahan bangunan yang mesra alam.

Rumah Melayu tradisional mencerminkan cara hidup dan sikap orang Melayu yang terbuka.Salah satu karakter rumah Melayu adalah penghayatan pada hubungan bermasyarakat dan keluarga. Dengan adanya beranda, konsep terbukanya sesuai untuk menyambut tetamu pada bila-bila masa dengan bebas di beranda tersebut. Kerangka atau struktur rumah pula menggunakan sistem tebuk-tembus dan pasak yang tidak memerlukan paku. Pembinaan rumah Melayu sebegini sebenarnya mempunyai konsep sistem pasang-siap, rumah boleh ditanggal-buka dan dipasang semula di tempat lain. Selain itu, cara binaan tanpa paku ini juga membuatkan rumah lebih anjal (flexible), sehingga ianya boleh diangkat secara gotong- royong untuk dialihkan ke tempat lain. Secara amnya, rumah ini diperbuat daripada kayu dan bertiang. Dinding diperbuat daripada kayu atau anyaman buluh dan beratapkan rumbia/nipah

Page 3: Rumah Melayu.doc

atau kayu. Bahan-bahan inilah yang menjadikan rumah Melayu berkait rapat dengan alam semulajadi. Kesemulajadian ini membuatkan kesan ramah dan menyegarkan terpancar dari rumah Melayu. Tingkap biasanya akan mendominasi segenap sudut pandangan rumah dan memberikan pengaliran udara yang secukupnya ke dalam rumah. Ruang dalaman mempunyai ruang terbuka yang luas dan mempunyai dinding pemisah yang minima.

RUMAH MODEN Rumah pangsa

Rumah banglo

Rumah teres

Kondominium

Page 4: Rumah Melayu.doc

JENIS-JENIS RUMAHNegara Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan bangsa yang hidup harmoni antara satu dengan yang lain. Semangat kejiranan yang kuat membuatkan hidup dalam masyarakat semakin kukuh dan tolong-menolong antara penduduk.

Rumah di Malaysia boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu Rumah Tradisional dan Rumah Moden yang terdiri daripada pelbagai ciri yang unik.

a) Rumah Tradisional

Rumah Melayu tradisional adalah salah satu warisan seni bina Malaysia yang sangat berharga. Direkabentuk dan dibina oleh orang kebanyakan, ianya menampilkan kemahiran dan kreativiti di dalam bidang seni bina, terutamanya di dalam pengunaan bahan binaan kayu. Ia memaparkan kebijaksanaan dalam penggunaan dan perluasan ruang mengikut keperluan semasa dan keadaan cuaca.

Rumah Melaka Rumah Minangkabau

Rumah Panjang

Rumah Bagan

Page 5: Rumah Melayu.doc

Rumah Rakit

Rumah Limas

Contoh rumah limas yang terdapat di negeri Johor.

Contoh rumah Minangkabauu di Negeri Sembilan