konsonan dalam bahasa melayu.doc

Upload: muhd-qemry

Post on 29-Oct-2015

131 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

powerrrr

TRANSCRIPT

Konsonan dalam Bahasa Melayu

BBM3202 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

____________________________________________________________________________________________________________

Konsonan dalam Bahasa Melayu

Konsonan ialah bunyi bahasa selain daripada bunyi vocal. Sekiranya bunyi vokal itu adalah bunyi yang dihasilkan oleh alat artikulasi dengan udara keluar terus menerus tanpa sekatan atau gangguan oleh alat artikulasi, maka bunyi konsonan ialah bunyi yang semasa menghasilkannya terdapat gangguan atau halangan (hambatan) oleh alat artikulasi. Konsonan boleh terdiri daripada konsonan bersuara dan konsonan tidak bersuara. Konsonan bersuara ialah konsonan yang semasa penghasilannya pita suara digetarkan oleh arus udara yang keluar dari paru-paru, dan konsonan tidak bersuara adalah konsonan yang dihasilkan tanpa mengalami getaran pita suara oleh arus udara. Konsonan dalam bahasa Melayu terdiri daripada dua golongan iaitu konsonan asli dan konsonan pinjaman.Konsonan asli bahasa Melayu; Konsonan asli dalam bahasa Melayu adalah konsonan yang tersedia ada dalam bahasa Melayu dan telah digunakan oleh penutur bahasa Melayu tanpa perubahan. Menurut Yunus Maris terdapat sebanyak 19 konsonan asli dalam bahasa Melayu yang terdiri daripada 2 konsonan letupan dua bibir dan tidak bersuara (p,b), 2 konsonan letupan gusi bersuara dan tidak bersuara (t,d), 2 letupan lelangit lembut bersuara dan tidak bersuara (k,g), 1 konsonan hentian glottis, 2 konsonan letusan bersuara dan tidak bersuara (c,j), 2 konsonan geseran tidak bersuara, iaitu geseran gusi tidak bersuara (s) dan geseran glottis bersuara (h), 1 konsonan getaran bersuara (r), 1 konsonan sisian bersuara, iaitu 1 separuh vokal dua bibir bersuara (w), dan 1 separuh vokal lelangit keras bersuara (j). Penghasilan konsonan-konsonan tersebut melibatkan daerah artikulasi tertentu seperti dua bibir, gusi, lelangit keras, lelangit lembut, pita suara, glottis, rongga hidung dan lain-lain.Cara Artikulasi

Bunyi konsonan memerlukan sedikit darjah penyempitan dalam terusan ujaran sama ada sekatan sepenuhnya atau suatu penyempitan yang melebihi daripada yang didapati dalam vokal tinggi. Perbezaan darjah penyekatan inilah yang dikenali sebagai cara artikulasi.Hentian

Hentian, atau plosive, dihasilkan dengan penyekatan sepenuhnya di rongga mulut dan dengan celum dinaikkan supaya tidak ada uadara yang akan lepas keluar melalui rongga hidung. Akibatnya berlakulah tekanan di belakang titik artikulasi. Apabila sekatan itu dilepaskan, kita akan mendengar bunyi pop iaitu ciri bagi bunyi hentian.

Frikatif

Frikatif atau malaran, melibatkan penyempitan yang sangat sempit yang membenarkan hanya satu pembukaan kecil bagi udara untuk keluar (serupa dengan apa yang berlaku jika tingkap tidak ditutup dengan selamat). Ini mengarah kepada cirri bunyi hiss yang dihubungkan dengan bunyi-bunyi ini. Bunyi frikatif yang paling umum sekali ialah bunyi alveolar s; kewujudan s itu hamper universal.Afrikat

Bunyi afrikat mempunyai beberapa cirri yang sama dengan hentian dan frikatif. Pada mulanya terdapat sekatan sepenuhnya tetapi tidak seperti hentian, sekatan itu tidak dilepaskan dengan serta merta; sebaliknya ia dilepaskan dengan geseran. Sengau

Bunyi sengau, sebagaimana bunyi hentian, dihasilkan dengan sekatan sepenuhnya tetapi velum direndahkan, supaya aliran udara bebas keluar melalui rongga hidung. Sengau labial dan dental (atau alveolar) berkemungkinan bersifat universal. Kebanyakan bahasa mempunyai sengau tambahan sama ada sengau velar atau palatoalveolar (atau palatal).

Likuida

Bunyi likuida meliputi bunyi l dan r, iaitu masing-masing sebagai likuida sisian dan bukan sisian. Bagi bunyi sisian, lidah membuat sekatan sepenuhnay (sebagaimana dilakukan bagi bunyi hentian dan sengau), tetapi sama ada atau kedua-dua bahagian tepi lidah diturunkan, bagi membolehkan udara keluar melalui mulut. Geluncuran: separuh vokal

Sebagaimana yang tertunjuk pada namanya, separuh vokal ialah konsonan yang menyerupai vokal. Bunyi ini dihasilkan dengan badan lidah berada pada posisi yang sama sebagaimana vokal tinggi dihasilkan. Kecuali lidah itu lebih hamper dengan lelangit keras. Penyempitan tambahan inillah yang menjadikannya sebagai konsonan. Biasanya kebanyakan bahasa mempunyai bunyi separuh vokal yang sepadan dengan satu atau lebih vokal tingginya. Dalam kebanyakan bahasa, bunyi separuh vokal selalunya ialah alofon kepada vokal tinggi apabila berhampiran dengan sesuatu vokal lain. Suatu gabungan antara vokal dan separuh vokal boleh menghasilkan diftong yang berfungsi seperti vokal tunggal. Sama ada satu urutan vokal dan separuh vokal itu berfungsi sebagai diftong bergantung pada struktur bahasa berkenaan.Geluncuran Glotal

Bunyi geluncuran glotal ialah bunyi h. bunyi h selalunya dihuraikan sebagai versi tidak bersuara(tiada penggetaran pita suara) bunyi yang berikutnya. Untuk menghasilkan bunyi hentian glottis. Larink ditutup rapat, dengan merapatkan pita suara; apabila glotis dibuka, bunyi pop akan kedengaran

Cara penghasilan konsonan

1. Letupan Dua Bibir Tidak Bersuara [ p]

Konsonan letupan dua bibir tidak bersuara p dihasilkan melalui proses seperti yang berikut:a) Dua bibir dirapatkan untuk menghalang sepenuhnya udara dari paru-paru yang keluar ke rongga mulut.

b) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan dirapatkan kepada dinding tekak bagi menyekat udara supaya tidak dapat keluar melalui rongga hidung.

c) Pita suara dibuka (direnggangkan).

d) Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara. Udara tersekat sepenuhnya pada bibir, kemudian dilepaskan serta merta.

e) Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi konsonan letupan dua bibir tidak bersuara p (seperti dalam gambar rajah). Kehadiran konsonan ini dalam perkataan adalah seperti yang berikut:

Di awal perkataan: panjat, pokok, pukul, puteri

Di tengah perkataan: lepas, sepak, dapur, dapat

Di akhir perkataan: dakap, atap, sedap, santap

2. Letupan Dua Bibir Bersuara [b]

Konsonan ini dihasilkan melalui proses seperti yang berikut:

a) Dua bibir dirapatkan untuk menghalang sepenuhnya udara yang keluar dari paru-paru ke rongga mulut.

b) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan dirapatkan kepada dinding tekak untuk menyekat udara supaya tidak dapat keluar melalui rongga hidung.

c) Pita suara dirapatkan.

d) Udara dari paru-paru keluar dengan menggetarkan pita suara ke rongga mulut dan tersekat sepenuhnya seketika pada bibir mulut, kemudian udara dilepaskan dengan serta merta.

e) Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi konsonan dua bibir bersuara (lihat pada gambar rajah). Kehadiran konsonan ini dalam perkataan hdala seperti yang berikut:

Di awal perkataan: burung, buku, budak, batu

Di tengah perkataan: tubuh, subuh, tabur, tiba

Di akhir perkataan: sebab, lembab, kitab, adab

3. Letupan Gusi Tidak Bersuara [ t ]

Konsonan letupan gusi tidak bersuara dihasilkan melalui proses seperti yang berikut:

a) Hujung lidah dirapatkan pada gusi untuk membuat sekatan penuh pada arus udara yang keluar dari paru-paru ke rongga mulut.

b) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan dirapatkan pada dinding tekak untuk menutup rongga hidung supaya udara tidak dapat keluar melalui rongga hidung.

c) Pita suara dibuka (direnggangkan).

d) Udara yang keluar dari paru-paru ke rongga mulut keluar tanpa menggetarkan pita suara, kemudian tersekat pada bahagian gusi. Udara kemudiannya dilepaskan dengan serta merta.

e) Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan letupan gusi tidak bersuara [ lihat pada gambar rajah]

Kehadiran konsonan ini dalam perkataan adalah seperti yang berikut:

Di awal perkataan: tangan, tahu, tolong, tarik

Di tengah perkataan: petang, putus, satu, datuk

Di akhir perkataan: penuntut, patut, sebut, lembut

4. Letupan Gusi Bersuara [ d ]

Untuk menghasilkan bunyi konsonan ini proses yang berikut perlu berlaku:

a) Hujung lidah dirapatkan pada gusi untuk membuat sekatan penuh pada arus udara yang keluar dari paru-paru ke rongga mulut.b) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan dirapatkan pada dinding tekak untuk menutup rongga hidung supaya udara tidak dapat keluar melalui rongga hidung.

c) Pita suara dirapatkan.

d) Udara dari paru-paru keluar dengan menggetarkan pita suara ke rongga mulut dan tersekat sepenuhnya pada gusi , kemudian udara tersebut dilepaskan dengan serta merta.e) Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi konsonan letupan dua bibir bersuara. (lihat gambar rajah). Konsonan ini hadir dalam perkataan yang berikut:

Di awal perkataan: dalam, dahulu, duka, dapur

Di tengah perkataan: pedang, padang, sidang, padah

Di akhir perkataan: abad, tekad, maksud

5. Letupan Lelangit Lembut Tidak Bersuara [ k ]

Konsonan letupan lelangit lembut k dihasilkan melalui proses seperti yang berikut:

a) Belakang lidah dinaikkan dan dirapatkan pada lelangit lembut untuk membuat sekatan penuh pada arus udara yang keluar dari paru-paru ke rongga mulut.b) Lelangit lembut dan anak tekak dirapatkan pada dinding tekak untuk menyekat udara supaya tidak dapat keluar melalui rongga hidung.

c) Pita suara dibuka (direnggangkan).

d) Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara. Udara tersekat pada bahagian lelangit lembut, kemudian, dilepaskan dengan serta merta.

e) Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi konsonan letupan lelangit lembut tidak bersuara k (lihat gambar rajah). Bunyi konsonan ini hadir dalam perkataan yang berikut:

Di awal perkataan: kawan, kuda, kalau, kita

Di tengah perkataan: sukat, bakat, dekat, pukat

Di akhir perkataan: budak, pekak, tengok, emak

6. Letupan Lelangit Lembut Bersuara [ g ]

Bagi menghasilkan konsonan letupan lelangit lembut bersuara proses berikut perlu dilakukan:

a) Belakang lidah dinaikkan dan dirapatkan pada lelangit lembut untuk membuat sekatan penuh pada arus udara yang keluar dari paru-paru.b) Lelangit lembut dan anak tekak dirapatkan kepada dinding tekak untuk membuat sekatan supaya udara tidak dapat keluar melalui rongga hidung.

c) Pita suara dirapatkan.

d) Udara dari paru-paru keluar dengan menggetarkan pita suara ke rongga mulut, dan tersekat pada bahagian lelangit lembut. Udara tersebut kemudiannya dilepaskan dengan serta merta.

e) Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi konsonan letupan lelangit lembut bersuara (lihat gambar rajah). Bunyi konsonan ini hadir dalam perkataan seperti yang berikut:

Di awal perkataan: guru, ganti, gantung, gajah

Di tengah perkataan: agak, agar, juga, syurga

Di akhir perkataan: beg, dialog, monolog7. Hentian Glotis [ ? ] Untuk menghasilkan bunyi hentian glotis proses berikut turut berlaku:

a) Pita suara dirapatkan serapat-rapatnya.

b) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan dirapatkan kepada dinding tekak untuk membuat sekatan supaya udara tidak dapat keluar melalui rongga hidung.c) Udara dari paru-paru keluar dan tersekat dan terhenti pada bahagian glotis dan tidak dilepaskan.

d) Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi konsonan hentian glotis yang terdapat dalam bahasa Melayu( lihat gambar rajah). Contoh perkataan yang mengandungi bunyi konsonan ini ialah:

Di awal perkataan: ?ibu , ?ada, ?ikan, ?orang

Di tengah perkataan: sa?at, juma?at, ke?ada?an, so?al

Di akhir perkataan: tida?, ana?, golo?, gala?

8. Letusan Lelangit Keras Gusi Tidak Bersuara [ ]

Untuk menghasilkan bunyi konsonan ini. Proses yang berikut turut berlaku:

a) Depan lidah dirapatkan pada daerah lelangit keras- gusi untuk membuat sekatan pada arus udara dari paru-paru ke rongga mulut.

b) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan dirapatkan pada dinding tekak untuk membuat sekatan supaya udara tidak dapat keluar melalui rongga hidung.c) Pita suara dibuka (direnggangkan).

d) Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara. Udara tersebut tersekat seketika pada bahagian lelangit keras-gusi. Kemudian udara tersebut dilepaskan dengan perlahan (bukan dengan cepat atau dengan serta merta). Walau bagaimanapun untuk bunyi konsonan c dalam bahasa Melayu, pelepasan udara adalah lebih cepat sedikit berbanding dengan pelepasan udara untuk bunyi konsonan letusan (afrikat) dalam bahasa Inggeris seperti dalam perkataan Church. Bunyi konsonan c yang hadir dalam bahasa Melayu adalah seperti dalam contoh perkataan yang berikut:

Di awal perkataan: cari, cuti, curi, contoh

Di tengah perkataan: suci, banci, benci, kunci

Di akhir perkataan: mac, koc 9. Letusan Lelangit Keras-Gusi Bersuara [ ]

Bunyi konsonan letusan lelangit keras-gusi dihasilkan melalui proses seperti yang berikut:a) Depan lidah dirapatkan pada daerah lelangit keras gusi untuk membuat sekatan pada arus udara dari paru-paru ke rongga mulut.

b) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan dirapatkan kepada dinding tekak untuk menyekat udara daripada memasuki rongga hidung.

c) Pita suara dirapatkan.

d) Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut dengan menggetarkan pita suara dan tersekat pada daerah lelangit keras gusi. Udara dilepaskan perlahan ( bukan dilepaskan dengan cepat atau serta merta). Bagi bunyi konsonan j dalam bahasa Melayu pelepasan udara adalah adalah lebih cepat daripada pelepasan udara untuk bunyi konsonan j dalam bahasa Inggeris seperti untuk perkataan judge.e) Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi j (lihat dalam gambar rajah). Bunyi konsonan ini hadir dalam perkataan seperti yang berikut:

Di awal perktaan: jangan, jolok, janggut, juga

Di tengah perkataan: tajam, terjun, bujang, hujan

Di akhir perkataan: imej, kolej

10. Geseran Gusi Tidak Bersuara [ s ]

Untuk menghasilkan bunyi konsonan geseran gusi tidak bersuara s proses yang berikut turut berlaku:

a) Daun lidah dinaikkan ke arah gusi untuk membuat sempitan.

b) Lelangit lembut dan anak tekak dirapatkan pada dinding tetak bagi menyekat udara daripada keluar melalui rongga hidung.

c) Pita suara dibuka (direnggangkan).

d) Udara dari paru-paru keluar dengan menggeser melalui sempitan pada daerah gusi. Pita suara tidak digetarkan.

e) Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi geseran gusi tidak bersuara. ( Lihat gambar rajah) . Bunyi konsonan ini hadir dalam perkataan seperti yang berikut:

Di awal perkataan: sayang, sapu, sungguh, sedap

Di tengah perkataan: basuh, kasar, dasar, pasar

Di akhir perkataan: habis, bilis, hiris, beras

11. Geseran Glotis Bersuara [ h ] Untuk menghasilkan bunyi konsonan generan glotis h. Proses yang berikut turut berlaku:

a) pita suara dibuka (renggangkan) untuk membuka sempitan pada glotis.

b) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan dirapatkan pada dinding tekak bagi menutup rongga ke hidung supaya udara tidak dapat keluar melalui hidung.

c) Udara keluar dengan menggeser melalui sempitan glotis. Pita suara digetarkan.

d) Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi konsonan geseran glotis bersuara (lihat gambar rajah). Kehadiran bunyi ini adalah seperti yang berikut:

Di awal perkataan: habis, hulur, hantu, hinggap

Di tengah perkataan: lihat, tahap, pihak, jahat

Di akhir perkataan: bersih, letih, kasih, lebih

12. Geseran Gusi Bersuara [ r ] Bunyi geseran gusi bersuara r dihasilkan dengan cara yang berikut:a) Hujung lidah dikenakan pada gusi

b) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan dirapatkan pada dinding tekak supaya udara tidak dapat keluar melalui rongga hidung.

c) Pita suara dirapatkan.

d) Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut dan menggetarkan hujung lidah dan pita suara digetarkan.

e) Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi getaran gusi bersuara r (lihat gambar rajah). Konsonan ini hadir dalam perkataan seperti yang berikut:

Di awal perkataan: rasa, ratu, runtuh, rusuh

Di tengah perkataan: beras, keras, laras, karut

Di akhir perkataan: besar, kasar, lebar, edar

13. Sisian Gusi Bersuara [ l ] Konsonan sisian gusi bersuara l dihasilkan dengan cara:a) Hujung lidah dikenakan pada bahagian tengah gusi untuk membuat sekatan pada arus udara yang keluar dari paru-paru ke rongga mulut.

b) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan dirapatkan pada dinding tekak untuk menutup rongga ke hidung supaya udara tidak dapat keluar melalui rongga hidung.

c) Pita suara dirapatkan.

d) Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut, tetapi hanya dapat keluar melalui sisian atau tepian. Pita suara digetarkan.

e) Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi konsonan sisian gusi bersuara (lihat dalam rajah). Kehadiran konsonan ini dalam perkataan adalah seperti yang berikut:

Di awal perkataan: lama, lambat, lampu, lupa

Di tengah perkataan: selamat, kelat, kilat, bulat

Di akhir perkataan: tinggal, bekal, penggal, pukul 14. Sengau Dua Bibir Bersuara [ m ] Konsonan sengau dua bibir bersuara dihasilkan dengan cara:a) bibir bawah dirapatkan pada bibir atas untuk membuat sekatan pada arus udara yang keluar dari paru-paru ke rongga mulut.

b) Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan supaya udara dapat memasuki rongga hidung.

c) Pita suara dirapatkan

d) Udara dari paru-paru memasuki rongga mulut dan keluar melalui rongga hidung. bibir mulut dibuka semasa menyebut bunyi m dan pita suara digetarkan (lihat gambar rajah). Bunyi konsonan ini hadir dalam perkataan yang berikut:

Di awal perkataan: makan, malam, mula, masin

Di tengah perkataan: timun, namun, timur, lima

Di akhir perkataan: salam, silam, dalam, tilam

15. Sengau Gusi Bersuara [ n ] Bunyi sengau gusi bersuara n dihasilkan dengan cara:

a) Hujung lidah dirapatkan pada gusi untuk membuat sekatan pada arus udara yang keluar dari paru-paru ke rongga mulut.

b) Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan membuka rongga hidung supaya udara dapat keluar melalui rongga hidung.

c) Pita suara dirapatkan.

d) Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut dan terhalang pada bahagian gusi. Kemudian keluar melalui rongga hidung. Pita suara digetarkan.e) Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi sengau gusi bersuara (lihat dalam rajah). Kehadiran bunyi konsonan ini adalah seperti dalam contoh yang berikut:

Di awal perkataan: nasi, nuri, nangka, naluri

Di tengah perkataan: kenari, binasa, panas, lontar

Di akhir perkataan: papan, simpan, lapan, sembilan

16. Sengau Lelangit Keras Gusi Bersuara [ ]

Untuk menghasilkan bunyi ini proses yang berikut turut berlaku:

a) Depan lidah dirapatkan pada daerah lelangit keras-gusi untuk membuat sekatan pada arus udara yang keluar dari paru-paru ke rongga mulut.

b) Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan membuka rongga ke hidung supaya udara dari paru-paru dapat keluar melalui rongga hidung.

c) Pita suara dirapatkan.

d) Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut dan terhalang pada daerah lelangit keras-gusi. Kemudian keluar melalui rongga hidung. Pita suara digetarkan.

e) Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi konsonan sengau lelangit keras-gusi bersuara (lihat gambar rajah). Kehadiran bunyi konsonan ini adalah seperti dalam contoh yang berikut.

Di awal perkataan: nyanyi, nyata, nyamuk, nyanyok

Di tengah perkataan: banyak, minyak, tanya, sunyi

17. Sengau Lelangit Lembut Bersuara [ ] Bunyi konsonan sengau lelangit lembut dihasilkan melalui proses yang berikut:

a) Belakang lidah dinaikkan dan dirapatkan kepada lelangit lembut untuk menyekat udara yang keluar dari paru-paru ke rongga mulut.

b) Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan membuka rongga hidung supaya udara dapat keluar melalui rongga hidung.

c) Pita suara dirapatkan

d) Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut dan terhalang pada daerah lelangit lembut, kemudian keluar melalui rongga hidung. Pita suara digetarkan.

e) Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi sengau lelangit lembut bersuara (lihat gambar rajah). Kehadiran konsonan ini dalam perkataan adalah seperti dalam contoh yang berikut:

Di awal perkataan: nganga, ngiau

Di tengah perkataan: bunga, singa, bangga, tangga

Di akhir perkataan: tanggung, burung, tanjung, gantung

18. Separuh Vokal Dua Bibir [ w ] Bunyi separuh vokal dua bibir bersuara w ini dihasilkan dengan cara:

a) Bibir dibundarkan

b) Belakang lidah diangkat ke arah lelangit, tetapi tidak menyentuh lelangit lembut ( sama seperti kedudukan lidah untuk membunyikan vokal belakang u).

c) Pita suara dirapatkan

d) Udara keluar dari paru-paru ke rongga mulut menggetarkan pita suara. Semasa menghasilkan bunyi vokal u lidah dengan pantas berubah ke kedudukan (posisi) untuk menghasilkan vokal tengah e (lihat gambar rajah). Kehadiran konsonan ini adalah seperti dalam contoh yang berikut:

Di awal perkataan: wau, waris, wayang, wang

Di tengah perkataan: kawan, lawan, kawat, lewat

Di akhir perkataan: sepak takraw

19. Separuh Vokal Lelangit Keras Bersuara [ j ] Bagi menghasilkan bunyi konsonan separuh vokal lelangit keras bersuara j proses yang berikut turut berlaku:

a) depan lidah dinaikkan ke arah gusi seperti hendak menghasilkan bunyi vokal i, kemudian semasa menghasilkan bunyi itu kedudukan lidah berubah dengan pantas ke kedudukan vokal tengah e.b) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan dirapatkan kepada dinding tekak supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung.

c) Pita suara dirapatkan.

d) Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut dan menggetarkan pita suara. Semasa menghasilkan bunyi vokal i kedudukan lidah berubah dengan pantas ke kedudukan vokal tengah e.

e) Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi konsonan separuh vokal j (lihat gambar rajah). Kehadiran bunyi konsonan ini dalam perkataan adalah seperti dalam contoh yang berikut:

Di awal perkataan: yang, yakin, yatim, yuran

Di tengah perkataan: dayang, sayang, bayang, sembahyang

Konsonan pinjaman dalam bahasa Melayu

Dengan konsonan pinjaman dimaksudkan konsonan-konsonan yang bukan berasal daripada bahasa Melayu tetapi dipinjam daripada bahasa lain. Seperti bahasa Arab, Sanskrit, Inggeris dan sebagainya. Konsonan-konsonan ini telah umum dipakai dalam perkataan-perkataan yang dipinjam daripada bahasa asing. Konsonan-konsonan tersebut terdiri daripada :1. Geseran bibir-gigi tidak bersuara f

2. Geseran bibir-gigi bersuara v

3. Geseran gigi tidak bersuara

4. Geseran gigi bersuara d

5. Geseran gusi bersuara z

6. Geseran lelangit keras tidak bersuara

7. Geseran lelangit lembut tidak bersuara x

8. Geseran lelangit lembut bersuara

1. Geseran Bibir Gigi Tidak Bersuara [ f ]Bunyi konsonan geseran bibir-gigi tidak bersuara dihasilkan dengan cara:

a) Bibir bawah dihampirkan pada gigi atas untuk membuat sempitan supaya udara keluar dengan menggeser melalui ruang yang sempit.

b) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga ke hidung supaya udara tidak dapat keluar melalui rongga hidung.c) Pita suara dibuka (direnggangkan).d) Udara dari paru-paru keluar dengan menggeser melalui sempitan pada daerah bibir gigi. Pita suara tidak digetarkan.e) Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi geseran bibir gigi tidak bersuara f (lihat gambar rajah). Konsonan ini hadir dalam perkataan pinjaman seperti contoh yang berikut:Di awal perkataan: fikir, fitnah, faham, fonetik

Di tengah perkataan : nafkah, sifir, sifar, kufur

Di akhir perkataan : arif, maaf, alif, huruf

Geseran Bibir-Gigih Tidak Bersuara [ v ]

Bunyi konsonan geseran bibir-gigi tidak bersuara dihasilkan dengan cara

a) bibir bawah dihampirkan pada gigi atas untuk membuat sempitan supaya udara keluar dengan menggesel melalui sempitan

b) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan dirapatkan pada dinding tekak menutup rongga hidung supaya udara tidak dapat keluar melalui rongga hidung.

c) Pita suara dirapatkan

d) Udara dari paru-paru keluar dengan menggesel melalui sempitan pada daerah bibir-gigi. Pita suara digetarkane) Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi geseran bibir-gigi bersuara v (lihat gambar rajah). Kehadiran bunyi konsonan ini adalah seperti dalam contoh yang berikut:

Di awal perkataan: vokal, variasi

Di tengah perkataan: universiti, novel

Geseran Gigi Tidak Bersuara

Konsonan geseran gigi tidak bersuara dihasilkan melalui cara:

a) Hujung lidah dihampirkan kepada daerah antara gigi atas dengan gigi bawah untuk membuat sempitan pada daerah antara gigi bawah supaya udara keluar dengan menggeser.

b) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan dirapatkan pada dinding tekak untuk menutup rongga ke hidung supaya udara tidak dapat keluar melalui rongga hidung

c) Pita suara dibuka (direnggangkan)

d) Udara dari paru-paru keluar dengan menggeser melalui sempitan antara gigi atas dan gigi bawah. Pita suara tidak digetarkan.e) Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi geseran gigi tidak bersuara . Konsonan ini hadir dalam perkataan seperti dalam contoh yang berikut:

Di awal perkataan: Ithnin, Thalatha, thabit, othman

Di tengah perkataan: Mithal

Di akhir perkataan : Hadith BIBLIOGRAFIADRIAN AKMAJIAN ET AL. Penterjemah AISHAH MAHDI.AZIZAH HUSSEIN

LINGUISTIK: Pengantar Bahasa dan Komunikasi. Dewan

Bahasa dan Pustaka. Kementerian Pendidikan Malaysia. Kuala Lumpur.SANFORD A. SCHANE. Penterjemah ZAHARANI AHMAD.NOR HASHIMAH

JALALUDDIN. Fonologi Generatif. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kementerian Pendidikan Malaysia.1992.PROF. DR ASMAH HJ. OMAR. Nahu Melayu Muktahir. Fajar Bakti Sdn. Bhd. Petaling. 1980.

ZULKIFLEY HAMID. BAHASA: Konsep, Fungsi dan Penguasaannya oleh penutur.

Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka. 1996.ABD. HAMID MAHMOOD. Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu. Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi. Universiti Putra Malaysia.43400 UPM. Serdang. HTTP:// WWW. PORTAL PENDIDIKAN UTUSAN. Bunyi bahasa Melayu.

PAGE 9