frasa klausa ayat

4
FRASA KLAUSA AYAT (a) Fonem Fonem ialah unit bahasa yang diwujudkan bagi memudahkan deskripsi bunyi. Fonologi pula ialah bidang yang mengkaji sistem bunyi bahasa (Abdullah Hassan, 2006: 62). Manusia dapat menghasilkan banyak bunyi atau fon, tetapi daripada fon-fon tersebut, hanya beberapa sahaja yang distingtif atau berbeza. Bagi menentukan sama ada fon itu adalah distingtif, fon-fon dibandingkan dan dikontraskan antara satu dengan yang lain. Dengan demikian, kita dapat mengenal pasti fon-fon yang distingtif daripada yang hanya berbeza sebutan. Ini ialah kerana mereka dihasilkan pada konteks yang berlainan, tetapi tidak distingtif. Hanya golongan fonfon yang distingtif itulah yang dikenali sebagai fonem. Fonem wujud di dalam susunan tertentu dan susunan ini berlainan daripada satu bahasa kepada bahasa yang lain. Mengkaji kewujudan dan penggunaan fonem daripada aspek demikian adalah mengkaji struktur fonologi bahasa tersebut. Apabila kita sudah dapat mengenal pasti fonem dalam bahasa, maka kita dapat pula membentuk sistem ejaannya. Ini dilakukan dengan memberi lambang kepada fonem tadi. Setiap fonem diberi satu lambang huruf seperti fonem /p/ diberi lambang huruf p. Oleh kerana bilangan huruf terhad, ada juga fonem yang diberi lambang gabungan dua huruf, seperti fonem / ���� / yang diberi lambang huruf ng. Ini bermakna, apabila manusia membentuk sistem ejaan, manusia sudah mengenali konsep fonem. Apabila kita menyusun sistem ejaan atau lambang tulisan, maka huruf akan dibuat supaya melambangkan fonem (Abdullah Hassan, 2006: 62-63). Di dalam bahasa Melayu, sistem fonologi menggunakan kaedah analisis segmental. Ada 33 buah fonem dalam bahasa Melayu yang terdiri daripada 24 fonem asli dan 9 fonem pinjaman. Daripada kajian, didapati kontras fonem bahasa Melayu lebih banyak berlaku pada konteks pangkal dan tengah perkataan daripada pada akhir perkataan. Pada akhir perkataan, kontras antara fonem bersuara dengan yang tak bersuara menjadi neutral atau hilang. Daripada 24 fonem asli Melayu, terdapat 6 fonem vokal dan 18 fonem konsonan. Fonem vokal ialah /i/, /e/, /a/, / ��/, u/ dan /o/. Manakala fonem konsonan pula ialah /p/, /b/, /t/, /d/, /k/, /g/, /c/, /j/, /m/, /n/, / ��/, / ��/, /s/, /h/, /r/, /l/, /w/ dan /y/. �� (b) Morfem Morfem pula merupakan unit yang terkecil di dalam bahasa yang mempunyai makna dan menjadi unsur terbentuknya kata. Misalnya, kata minum ialah morfem kerana unit yang terkecil, unit yang mengandungi makna dan tidak boleh dipecahkan menjadi unit yang lebih kecil dan bermakna. Morfem dengan sendirinya boleh menjadi kata. Morfem biasanya diapit oleh tanda { }. Contohnya, kelima terdiri daripada morfem {ke-} dan {lima}. Ada kata yang terbentuk daripada satu morfem dan ada juga yang terbentuk daripada lebih daripada satu morfem. Misalnya, kata minum terdiri daripada satu morfem, manakala minuman terdiri daripada dua morfem, iaitu {minum} dan {-an}. Morfem dapat juga dibezakan berdasarkan jenis maknanya. Ada golongan morfem yang mempunyai makna yang menunjukkan benda, perkara, perbuatan atau sifat yang terdapat di sekeliling kita. Morfem seperti ini dikatakan mempunyai makna yang leksikal dan disebut morfem leksikal. Contohnya, "pokok", "kerusi", "duduk", "tidur" dan sebagainya. Golongan morfem yang tidak atau

Upload: lina-abu-bakar

Post on 23-Jul-2015

98 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Frasa klausa ayat

FRASA KLAUSA AYAT

(a) Fonem

Fonem ialah unit bahasa yang diwujudkan bagi memudahkan deskripsi bunyi. Fonologi pula ialah bidang

yang mengkaji sistem bunyi bahasa (Abdullah Hassan, 2006: 62). Manusia dapat menghasilkan banyak

bunyi atau fon, tetapi daripada fon-fon tersebut, hanya beberapa sahaja yang distingtif atau berbeza.

Bagi menentukan sama ada fon itu adalah distingtif, fon-fon dibandingkan dan dikontraskan antara satu

dengan yang lain. Dengan demikian, kita dapat mengenal pasti fon-fon yang distingtif daripada yang

hanya berbeza sebutan. Ini ialah kerana mereka dihasilkan pada konteks yang berlainan, tetapi tidak

distingtif. Hanya golongan fonfon

yang distingtif itulah yang dikenali sebagai fonem.

Fonem wujud di dalam susunan tertentu dan susunan ini berlainan daripada satu bahasa kepada bahasa

yang lain. Mengkaji kewujudan dan penggunaan fonem daripada aspek demikian adalah mengkaji

struktur fonologi bahasa tersebut. Apabila kita sudah dapat mengenal pasti fonem dalam bahasa, maka

kita dapat pula membentuk sistem ejaannya. Ini dilakukan dengan memberi lambang kepada fonem tadi.

Setiap fonem

diberi satu lambang huruf seperti fonem /p/ diberi lambang huruf p. Oleh kerana bilangan huruf terhad,

ada juga fonem yang diberi lambang gabungan dua huruf, seperti fonem /���� / yang diberi lambang

huruf ng. Ini

bermakna, apabila manusia membentuk sistem ejaan, manusia sudah mengenali konsep fonem. Apabila

kita menyusun sistem ejaan atau lambang tulisan, maka huruf akan dibuat supaya melambangkan fonem

(Abdullah Hassan, 2006: 62-63).

Di dalam bahasa Melayu, sistem fonologi menggunakan kaedah analisis segmental. Ada 33 buah fonem

dalam bahasa Melayu yang terdiri daripada 24 fonem asli dan 9 fonem pinjaman. Daripada kajian,

didapati kontras

fonem bahasa Melayu lebih banyak berlaku pada konteks pangkal dan tengah perkataan daripada pada

akhir perkataan. Pada akhir perkataan, kontras antara fonem bersuara dengan yang tak bersuara

menjadi neutral

atau hilang. Daripada 24 fonem asli Melayu, terdapat 6 fonem vokal dan 18 fonem konsonan. Fonem

vokal ialah /i/, /e/, /a/, /��/, u/ dan /o/. Manakala fonem konsonan pula ialah /p/, /b/, /t/, /d/, /k/, /g/, /c/,

/j/, /m/, /n/, / ��/, /��/, /s/, /h/, /r/, /l/, /w/ dan /y/. ��

(b) Morfem

Morfem pula merupakan unit yang terkecil di dalam bahasa yang mempunyai makna dan menjadi unsur

terbentuknya kata. Misalnya, kata minum ialah morfem kerana unit yang terkecil, unit yang mengandungi

makna dan tidak boleh dipecahkan menjadi unit yang lebih kecil dan bermakna. Morfem dengan

sendirinya boleh menjadi kata. Morfem biasanya diapit oleh tanda { }. Contohnya, kelima terdiri daripada

morfem

{ke-} dan {lima}. Ada kata yang terbentuk daripada satu morfem dan ada juga yang terbentuk daripada

lebih daripada satu morfem. Misalnya, kata minum terdiri daripada satu morfem, manakala minuman

terdiri daripada dua morfem, iaitu {minum} dan {-an}. Morfem dapat juga dibezakan berdasarkan jenis

maknanya. Ada golongan morfem yang mempunyai makna yang menunjukkan benda, perkara,

perbuatan atau sifat yang

terdapat di sekeliling kita. Morfem seperti ini dikatakan mempunyai makna yang leksikal dan disebut

morfem leksikal. Contohnya, "pokok", "kerusi", "duduk", "tidur" dan sebagainya. Golongan morfem yang

tidak atau

Page 2: Frasa klausa ayat

hampir tidak mempunyai makna asas, tetapi kehadirannya membawa fungsi nahuan disebut morfem

nahuan/gramatikal. Contohnya, ber-, -kan, di-, tetapi, yang, dan, itu dan banyak lagi (Ahmad Khair Mohd

Nor, 2007: 2).

Morfem terbahagi kepada dua, iaitu:

i. Morfem bebas

ii. Morfem terikat

Morfem bebas boleh wujud sendiri tanpa perlu bergabung dengan unsur lain untuk membentuk kata.

Umpamanya "rumah", "tidur", "sedih", "takut" dan sebagainya. Morfem bebas juga boleh bergabung

dengan

morfem lain untuk membentuk kata terbitan, kata ganda atau kata majmuk. Contohnya, "batu" boleh

diterbitkan menjadi "berbatu, membatu, batuan, batu-batan, batu api, kepala batu dan berbatu-batu".

Morfem bebas juga terdiri daripada dua jenis, iaitu yang bersifat terbuka dan tertutup. Morfem bebas

yang bersifat terbuka boleh bergabung dengan morfem lain dan boleh menjadi dasar manakala morfem

bebas tertutup tidak boleh bergabung dengan morfem lain dan tidak dapat menjadi kata akar. Contohnya,

"dan, ke, dari, atau serta dengan".

Morfem terikat pula tidak dapat wujud sendiri tanpa unsur lain dan tidak boleh berdiri sebagai kata asal

atau kata dasar. Contohnya; imbuhan beR-, ke-, -kan, meN-, -kan dan sebagainya yang mesti bergabung

dengan unsur lain. Morfem terikat juga terdiri dari dua jenis, iaitu morfem terikat yang dapat bergabung

dengan morfem dasar seperti ke-, di-, ber-, pe-, se-, -an, -i dan em-, dan morfem terikat yang dapat

bergabung dengan morfem lain seperti "tapa (bertapa), juang (berjuang) dan renang (berenang)".

(c) Kata

Kata adalah bentuk bebas yang terkecil. Menurut Abdullah Hassan (2002), bebas mempunyai kesatuan

tertentu untuk wujud sebagai sebuah ayat yang terdiri daripada satu kata. Misalnya "pergi" dapat berdiri

sendiri sebagai sebuah ayat perintah. Kata juga merupakan bentuk terkecil yang bermakna dan dapat

digunakan bersendirian sebagai ayat minimal yang disebut bentuk bebas (Ahmad Khair Mohd Nor, 2006:

4). Kata adalah unsur yang terbesar di dalam proses pembinaan kata dan berada di atas fonem dan

fonem.

Bahasa Melayu mempunyai beberapa cara untuk membentuk perkataannya. Ada yang bersifat tunggal,

contohnya "rumah", "tinggal", dan "merah" serta ada juga perkataan yang dibentuk hasil proses

pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Contoh perkataan yang dibentuk secara pengimbuhan

ialah "meninggal" dan "meninggalkan"; contoh perkataan yang dibentuk secara pemajmukan ialah "putih

melepak" dan "rumah pangsa"; dan perkataan yang dibentuk secara penggandaan ialah "putih-putih" dan

"Perdana Menteri-Perdana Menteri" (Nik Safiah Karim et al., 2003: 59).

Bahasa Melayu merupakan bahasa yang tergolong di dalam jenis bahasa aglutinatif atau bahasa yang

bersifat derivatif. Jenis bahasa ini membentuk kebanyakan perkataannya melalui proses pengimbuhan

atau penggabungan morfem kata dasar dengan morfem imbuhan secara rentetan mendatar; iaitu

digabungkan secara serentak dengan kata dasar, sama ada imbuhan itu mendahului (awalan), menyisip

(sisipan) atau mengikuti (akhiran) kata dasar tersebut.

(d) Frasa

Frasa adalah unsur bahasa di dalam binaan sintaksis bersama-sama dengan klausa dan ayat. Melalui

binaan ini, kita akan dapat melihat bagaimana frasa menjadi klausa dan seterusnya klausa menjadi ayat.

Frasa ialah unsur terkecil di dalam bidang sintaksis. Frasa digunakan bagi membina ayat. Di dalam tata

Page 3: Frasa klausa ayat

tingkat unsur bahasa, frasa adalah unsur yang terkecil dan terletak di bawah unsur yang dipanggil klausa.

Binaan frasa dapat dibentuk daripada satu kata atau lebih. Namun begitu, harus diingat bahawa frasa

bukanlah rangkai kata. Ini kerana rangkai kata mesti terdiri lebih daripada satu kata, tetapi frasa tidak.

Lihat contoh ayat yang seterusnya:

Fatihah menjadi pengawas.

Di dalam ayat „Fatihah menjadi pengawas‰, ada dua frasa. Frasa pertama ialah "Fatihah" yang menjadi

subjek. Frasa kedua ialah "menjadi pengawas" yang bertindak sebagai predikat. Frasa subjek "Fatihah"

terdiri

daripada satu kata sahaja. Frasa predikat "menjadi pengawas" terdiri daripada dua kata. Frasa berbeza

dengan klausa dan ianya dapat dilihat dengan jelas kerana frasa adalah unsur klausa, tetapi tidak

sebaliknya. Perbezaan yang dapat dilihat ialah frasa menggunakan kata penunjuk "itu" dan "ini" (binaan

frasa ditutup oleh kata penunjuk "itu" dan "ini"). Frasa juga boleh menerima sisipan "yang", sekiranya

frasa yang terlibat itu terdiri daripada dua perkataan atau lebih. Perkataan "yang" boleh digunakan bagi

membezakan frasa daripada klausa. Sekiranya ungkapan itu sebuah frasa, maka "yang" boleh disisipkan

antara bahagian-bahagiannya dengan tidak mengubah tarafnya sebagai frasa. Frasa juga mempunyai inti

dan penerang

tetapi klausa mempunyai subjek dan predikat. Dengan mengenal pasti frasa menurut kata yang menjadi

intinya, maka frasa dapat dijeniskan kepadafrasa nama, frasa kerja, frasa adjektif, frasa sendi nama dan

frasa adverba. Di dalam ayat, fungsi frasa ialah menjadi subjek dan predikat.

(e) Klausa

Walaupun klausa dan frasa adalah unsur di dalam ayat, tetapi keduaduanya adalah berbeza. Binaan

sebuah frasa terdiri daripada kata inti dan kata penerang. Ada juga frasa yang terdiri daripada satu kata,

iaitu kata inti

sahaja tanpa kata penerang. Binaan klausa terdiri daripada subjek dan predikat. Sebenarnya, klausa

adalah sebuah ayat di dalam ayat iaitu ayat yang menjadi unsur kepada ayat lain ataupun dikenali

sebagai anak ayat.

ZaÊba memanggilnya ayat kecil yang terkandung dalam ayat besar. Contoh ayat adalah seperti berikut;

Aminah tidak datang kerana dia sakit.

Di dalam ayat "Aminah tidak datang kerana dia sakit", terdapat dua klausa, iaitu "Aminah tidak datang"

dan "dia sakit". Kedua-duanya digabungkan oleh kata hubung "kerana". Klausa "Aminah tidak datang"

boleh berdiri sendiri, jadi ungkapan ini adalah sebuah ayat. Klausa "Aminah tidak datang" mempunyai

subjek "Aminah", dan predikat "tidak datang". Klausa "dia sakit" juga mempunyai subjek, iai tu "dia" dan

predikat, "sakit". Klausa "dia sakit" digabungkan dengan klausa "Aminah tidak datang" menggunakan

kata hubung "kerana". Dengan kata lain, klausa dapat dibahagikan kepada dua, iaitu klausa bebas dan

klausa tak bebas.

Klausa bebas boleh berdiri sendiri sebagai ayat yang sempurna yang menjadi sebahagian daripada ayat

yang lebih besar. Klausa tak bebas pula dapat dibahagikan kepada dua, iaitu klausa nama dan klausa

adverba. Klausa nama berfungsi sebagai kata nama. Malah klausa ini dapat digantikan dengan satu kata

nama. Klausa adverba pula memberi penerangan lanjut mengenai kata kerja. Ada beberapa jenis

keterangan, antaranya ialah keterangan waktu, tempat, syarat, sebab, kesungguhan dan lain-lain.

(f) Ayat

Ayat ialah unsur yang paling tinggi di dalam tatabahasa. Di dalam ayat, terdapat unsur-unsur seperti kata,

Page 4: Frasa klausa ayat

frasa dan klausa. Penggabungan unsur inilah yang membentuk binaan yang dikatakan ayat. Jika dikaji

dari aspek

bebas, ayat didefinisikan sebagai bentuk bahasa yang bebas. Bloomfield (1930), mengatakan ayat ialah

satu bentuk bebas di dalam bahasa yang tidak tertakluk dengan mana-mana bentuk lain yang lebih

besar. Ada

kalanya bentuk kata, frasa dan klausa menjadi bentuk bebas. Tetapi, iamasih belum berdiri sendiri

kerana unsur-unsur ini tertakluk kepada bentuk lain yang lebih besar, iaitu ayat.

Bagi Chomsky (1967), ayat itu terdiri daripada rentetan kata yang diterbitkan oleh rumus tatabahasa.

Secara keseluruhannya, kata ialah unit yang dapat berdiri sendiri di dalam tata tingkat tatabahasa. Di

dalam mengkaji sintaksis, kita harus dapat menentukan apa yang dikatakan pola-pola ayat tersebut. Di

antaranya ialah apa yang menjadi pola dasar dan pola yang terbentuk daripada pola dasar tersebut

melalui proses transformasi.

(g) Wacana

Wacana ialah unit bahasa yang melebihi batas ayat. Oleh itu, wacana boleh terdiri daripada ayat,

sejumlah ayat, susunan ayat, ceraian bab, buku, dialog, siri buku dan sebagainya yang memperlihatkan

hubungan dan

perkembangan fikiran yang berurutan. Di dalam sesebuah wacana, perkaitan antara unit bahasa yang

terlibat melahirkan satu kesatuan yang utuh. Sesuatu wacana, sama ada dalam bentuk lisan atau tulisan

diujarkan

bagi tujuan menyampaikan sesuatu maklumat tentang sesuatu perkara. Di dalam hierarki bahasa,

wacana terletak pada kedudukan yang tertinggi selepas ayat. Wacana mempunyai ciri-cirinya yang

tersendiri. Menurut

Beaugrande dan Dressier (1981), terdapat tujuh ciri ketekstualan yang perlu dipenuhi untuk

menghasilkan wacana yang utuh iaitu tautan, runtutan, tujuan, penerimaan, maklumat, keadaan dan

interteks.