binaan kata, ayat, frasa, klausa dan pengaruh bahasa asing

47
KARYA AGUNG MELAYU BMS 3022 Pensyarah Kursus: DR. HJ. MOHD RASHID BIN MD IDRIS

Upload: norwahida-salim

Post on 22-Jun-2015

672 views

Category:

Education


6 download

DESCRIPTION

Perkongsian ilmu buat tatapan bersama ikhlas daripada Siti Nuraishah binti Mohd Shaid dan Nor Wahida binti Salim pelajar UPSI sem 8

TRANSCRIPT

Page 1: Binaan kata, ayat, frasa, klausa dan pengaruh bahasa asing

KARYA AGUNG MELAYUBMS 3022

Pensyarah Kursus: DR. HJ. MOHD RASHID BIN MD IDRIS

Page 2: Binaan kata, ayat, frasa, klausa dan pengaruh bahasa asing

BENTUK BINAAN KATA / AYAT

FRASA / KLAUSA & PENGARUH BAHASA ASING

DALAMHIKAYAT RAJA PASAI

TAJUK TUGASAN:

Page 3: Binaan kata, ayat, frasa, klausa dan pengaruh bahasa asing

HIKAYAT

RAJA

PASAI

Page 4: Binaan kata, ayat, frasa, klausa dan pengaruh bahasa asing

PENGENALANHIKAYAT RAJA PASAI

Kemungkinan dikarang dalam jangka masa dari tahun 1211-1400. Mencakupi suatu zaman dalam sejarah Pasai, Sumatera Utara. Di situ agama Islam mula-mula bertapak pada abad ke-13. Walaupun hikayat ini mengandungi unsur-unsur bersifat mitos setempat tetapi terdapat juga yang didasarkan kepada fakta sejarah, yang dibuktikan dengan penemuan nisan Malikul Salih (nama yang diberikan kepada Merah Silau sesudah memeluk Islam).

Karya ini memaparkan kisah kelahiran & kejatuhan sebuah kerajaan Melayu yang dapat dijadikan pengajaran untuk generasi akan datang.

Page 5: Binaan kata, ayat, frasa, klausa dan pengaruh bahasa asing

SINOPSISHIKAYAT

RAJA PASAI

Page 6: Binaan kata, ayat, frasa, klausa dan pengaruh bahasa asing

Hikayat Raja Pasai terdiri daripada tiga bab / bahagian :

Bab 1Menceritakan tentang peristiwa-peristiwa yang dimulakan sejak sebelum berdirinya kerajaan samudera pasai hingga meninggalnya Sultan Malikul Mahmud, iaitu cucu kepada Sultan Malikul Salleh (Merah Silau).

Bab 2Menceritakan peristiwa-peristiwa sekitar hubungan antara TunBeraim Bapa dengan Sultan Ahmad Perumudal Perumal sehingga meninggalnya Tun Beraim Bapa.

Bab 3Menceritakan tentang Puteri Gemerencang dari Majapahit yang jatuh cinta kepada Tun Abdul Jalil hingga runtuhnya Pasai. Hikayat ini diakhiri dengan senarai nama kerajaan-kerajaan yangditakluk oleh Majapahit.

Page 7: Binaan kata, ayat, frasa, klausa dan pengaruh bahasa asing

Sumber : Russel Jones (1999 : 84) dalam http://melayuonline.com/ind/culture/dig/2338/hikayat-raja-pasai

Salasilah Raja-Raja Pasai Menurut Hikayat Raja Pasai

Page 8: Binaan kata, ayat, frasa, klausa dan pengaruh bahasa asing

Sumber : Russel Jones (1999 : 82) dalam http://melayuonline.com/ind/culture/dig/2338/hikayat-raja-pasai

Peta Kerajaan Pasai

Page 9: Binaan kata, ayat, frasa, klausa dan pengaruh bahasa asing

BINAAN KATA

PENGIMBUHAN PENGGANDAAN

PEMAJMUKAN

Page 10: Binaan kata, ayat, frasa, klausa dan pengaruh bahasa asing

PENGIMBUHAN

Proses yang menggandingkan imbuhan pada kata dasar.

Pengimbuhan melahirkan bentuk perkataan yang disebut kata terbitan.

Terdapat empat jenis imbuhan, iaitu awalan, akhiran, apitan dan sisipan.

Dalam Hikayat Raja Pasai penggunaan imbuhan turut ditemui.

Page 11: Binaan kata, ayat, frasa, klausa dan pengaruh bahasa asing

Jadual 1 : Bentuk dan contoh imbuhan

Bil Jenis

Imbuhan

Contoh

Imbuhan1 Awalan menengar (m/s 8) , perkakas

(m/s14), berlabuh (m/s 31), diparang (m/s 3), menjelis (m/s 4).

2 Akhiran pakaian (m/s 15), katakan (m/s 12) jajahan, artawan (m/s 12), lihati (m/s 14)

3 Apitan Kelengkapan (m/s 59), meninggalkan (m/s 15), kedudukan (m/s 19), percintaan (m/s 59), dipersembahkan (m/s 4), dinamai (m/s 4).

4 Sisipan gemilang (m/s 42)

Page 12: Binaan kata, ayat, frasa, klausa dan pengaruh bahasa asing

Setelah diteliti penggunaan imbuhan dalam karya ini, terdapat kelainan-kelainan ejaan perkataan yang digunakan.

Contohnya, perkataan menengar. Perkataan ini berasal daripada kata dasar "dengar" yang ditambah imbuhan men-.

Contoh seterusnya, perkataan "artawan". Perkataan ini berasal daripada kata dasar "harta" dan menerima imbuhan akhiran -wan.

Page 13: Binaan kata, ayat, frasa, klausa dan pengaruh bahasa asing

PENGGANDAAN

Kata ganda dihasilkan dengan mengulang atau menggandakan kata dasar. Dalam bahasa Melayu terdapat tiga jenis kata ganda.

1. Penggandaan penuh2. Penggandaan separa3. Penggandaan berentak

Kata berbentuk gandaan dapat dilihat dalam setiap perenggan, misalnya dalam bab pertama, perenggan ke-13 pada halaman 8.

Page 14: Binaan kata, ayat, frasa, klausa dan pengaruh bahasa asing

"Setelah sudah ia menengar ayah bondanya akan sembah orang itu, maka ia pun mengempaskan dirinya

dan membelah-belah bajunya dan mencarik-carik kainnya. Maka Raja Ahmad pun terlalu sangat marahnya serta iamengimpunkan segala lasykarnya. Maka tatkala sudah berhimpun segala lasykarnya lengkap dengan segala

senjatanya, maka pada ketika yang baik, maka berangkatlahRaja Ahmad itu pergi mendatangi saudaranya Raja

Muhammad. Maka apabila berhadapanlah kedua pihak lasykar itu, maka peranglah mereka itu terlalu ramai

kelam-kabut. Maka duli pun berbangkit lalu ke udara tiadalah berkenalan lagi seorang dengan seorang jua pun. Maka tempik

segala hulubalang dan segala rakyat juga yang kedengarandan gemerencang bunyi segala senjata dan pendahan

segala pahlawan juga kedengaran. Maka bahananya datangke tengah rimba belantara. Maka daripada kedua pihak lasykar

itu banyaklah mati dan luka sebab beramuk-amukansama sendirinya dan berbunuh-bunuhan mereka itu hingga matilah

kedua raja-raja itu."

Page 15: Binaan kata, ayat, frasa, klausa dan pengaruh bahasa asing

PENGGANDAAN PENUH- Menggandakan keseluruhankata dasar.- Sama ada mengandungiimbuhan ataupun tidak.

PENGGANDAAN BERENTAK- Proses menggandakan katadasar mengikut rentak bunyi tertentu kata dasar tersebut.-Seluruh kata dasar digandakan dan bunyi-bunyi tertentu diulang ataudiubah.

PENGGANDAAN SEPARA-Proses yang menggandakan sebahagian kata dasar sahaja.-Kata dasar boleh merupakan kata tunggal ataupun kata terbitan.

2

1

3

Page 16: Binaan kata, ayat, frasa, klausa dan pengaruh bahasa asing

BIL CONTOHKATA GANDA

JENIS KATA GANDA

HALAMAN

1 mulia-mulia

tuha-tuha

tuan-tuan

baik-baik

Penggandaan penuh

kata tunggal.

m/s 21

m/s 11

m/s 10

m/s 18

2 berkata-kata

membilang-bilang

bersuka-sukaan

beramuk-amukan

Penggandaan separa

kata berimbuhan.

m/s 18

m/s 19

m/s 28

m/s 8

3 kelam-kabut

campur-baur

cerai-berai

gegak-gempita

Penggandaan berentak

pengulangan vokal

dan penggandaan berentak bebas

m/s 8

m/s 63

m/s 13

m/s 27

Jadual 2 : Bentuk dan contoh kata ganda

Page 17: Binaan kata, ayat, frasa, klausa dan pengaruh bahasa asing

PEMAJMUKAN

Proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih dan bentuk yang terhasil membawa makna yang khusus.

Kata majmuk dieja terpisah, namun ada juga kata majmuk yang dieja rapat disebabkan kelaziman penggunaan.

Contoh kata majmuk yang terdapat Hikayat Raja Pasai.

Page 18: Binaan kata, ayat, frasa, klausa dan pengaruh bahasa asing

1. ... maka keluarlah ia dari dalam negeri itu mengikut jalan kematahari mati daripada suatu perhentian.. (m/s 9)

2. Maka perdana menteri pun masuklah ia mengadap raja ...(m/s14)

3. Maka baginda pun mengimpunkan segala menteri danhulubalang dan segala orang besar-besar... (m/s 24)

4. ... jikalau muda sekalipun Raja Pasai berkirim salam juga ia kepada Raja Barus. (m/s 13)

Page 19: Binaan kata, ayat, frasa, klausa dan pengaruh bahasa asing

Berdasarkan kata majmuk tersebut, dapat dilihat bentuk ejaannya, iaitu dieja terpisah dan dieja rapat.

Dalam hikayat Raja Pasai ini turut ditemui beberapa perkataan lain yang mirip dengan kata majmuk, contohnya perkataan sukacita dan dukacita.

Sukacita dan dukacita ini merupakan kata adjektif yang lazimnya dieja bercantum.

Page 20: Binaan kata, ayat, frasa, klausa dan pengaruh bahasa asing

AYAT

AYATMAJMUK

AYATTUNGGAL

Page 21: Binaan kata, ayat, frasa, klausa dan pengaruh bahasa asing

Ayat

Ayat dapat dibahagikan kepada dua, iaitu ayat tunggal dan ayat majmuk.

Ayat tunggal ialah ayat yang mengandungi hanya satu klausa, iaitu satu unit rangkaian perkataan yang mengandungi satu subjek dan satu predikat.

Dalam kajian ini kami hanya memfokuskan kepada aspek ayat majmuk sahaja.

Page 22: Binaan kata, ayat, frasa, klausa dan pengaruh bahasa asing

BENTUK AYAT

AYAT MAJMUK-Ayat yang dibina dengan mencantumkan dua ayat tunggal ataulebih.-Ayat majmuk dalam Hikayat Raja Pasai.

1. GABUNGAN2. PANCANGAN3. CAMPURAN

Page 23: Binaan kata, ayat, frasa, klausa dan pengaruh bahasa asing

•Terdiri daripada dua ayat atau lebih yang dijadikan satu dengan cara menggabungkan ayat-ayat tersebut dengan kata hubung seperti dan, atau, tetapi, dan sebagainya.

Gambar rajah 1: Pembentukan ayat majmuk gabungan

AYAT

Ayat 1 Kata Hubung

Ayat 2

Ayat Majmuk Gabungan

Page 24: Binaan kata, ayat, frasa, klausa dan pengaruh bahasa asing

Dalam Hikayat Raja Pasai hanya ditemui kata hubung dan, lalu, serta, melainkan, dan lagi bagi jenis ayat majmuk gabungan.

Page 25: Binaan kata, ayat, frasa, klausa dan pengaruh bahasa asing

Kata hubung dan

Gambar rajah 2 : Ayat majmuk menggunakan kata hubung Dan

Page 26: Binaan kata, ayat, frasa, klausa dan pengaruh bahasa asing

Kata hubung lalu

Gambar rajah 3 : Ayat majmuk menggunakan kata hubung Lalu

Page 27: Binaan kata, ayat, frasa, klausa dan pengaruh bahasa asing

Kata hubung serta

Gambar rajah 4 : Ayat majmuk menggunakan kata hubung Serta

Page 28: Binaan kata, ayat, frasa, klausa dan pengaruh bahasa asing

Gambar rajah 5 : Ayat majmuk menggunakan kata hubung Melainkan dan Lagi

Page 29: Binaan kata, ayat, frasa, klausa dan pengaruh bahasa asing

Ayat yang terdiri daripada satu ayat induk dan satu atau beberapa ayat kecil lain yang dipancangkan dalam ayat induk dan menjadi sebahagian daripada ayat induk itu.

Terdapat tiga jenis ayat majmuk pancangan, iaitu :-

Ayat relatif (yang)

Ayat komplemen (bahawa, untuk)

Ayat keterangan

Untuk Hikayat Raja Pasai ini, hanya ayat majmuk pancangan relatif dan ayat keterangan yang banyak dikesan penggunaannya.

Ayat Majmuk Pancangan

Page 30: Binaan kata, ayat, frasa, klausa dan pengaruh bahasa asing

Gambar rajah 6 : Ayat majmuk menggunakan kata hubung yang

Page 31: Binaan kata, ayat, frasa, klausa dan pengaruh bahasa asing

Berikut pula adalah antara AYAT KETERANGAN yang dapat dikenal pasti terdapat dalam Hikayat Raja Pasai.

Gambar rajah 7 : Contoh ayat keterangan

Page 32: Binaan kata, ayat, frasa, klausa dan pengaruh bahasa asing

Ayat yang mengandungi lebih daripada satu jenis ayat, yakni terdiri daripada campuran ayat tunggal dengan ayat majmuk atau deretan berbagai-bagai jenis ayat majmuk.

Ayat sedemikian biasanya panjang.

Ayat majmuk campuran sememangnya banyak dikesan dalam Hikayat Raja Pasai ini.

Ayat Majmuk Campuran

Page 33: Binaan kata, ayat, frasa, klausa dan pengaruh bahasa asing

Berikut adalah antara contoh AYAT MAJMUK CAMPURAN yang terdapat dalam Hikayat Raja Pasai.Maka terdengarlah kepada segala orang besar-besar dan segala orang tuha-tuha yang dalam negeri itu. ( m/s 11, 20)Setelah pergilah ia memanggil menteri itu, maka menteri itu pun turunlah ia dengan segala pegawainya mengadap sultan Perlak; serta datang lalu ia menyembah sekaliannya. (m/s 18, 35)Maka penggawa yang tiga orang itu pun kemalu-maluan, lalu ia hendak kembali. (m/s 69, 136)

Gambar rajah 8 : Contoh ayat majmuk campuran

Page 34: Binaan kata, ayat, frasa, klausa dan pengaruh bahasa asing

Setelah diteliti, binaan frasa adjektif kerap kali digunakan oleh pengarang dalam Hikayat

Raja Pasai ini.

Unit yang boleh terdiri daripada satu susunan yang mengandungi sekurang-kurangnya dua perkataan, ataupun satu perkataan yang berpotensi untuk diperluas menjadi dua perkataan atau lebih.

BINAAN FRASA

Page 35: Binaan kata, ayat, frasa, klausa dan pengaruh bahasa asing

Frasa adjektif terbentuk dengan kata adjektif sebagai inti frasa dan frasa itu menduduki konstituen predikat.

Frasa adjektif boleh terdiri daripada satu perkataan atau beberapa perkataan yang mengandungi kata adjektif.

Terdapat beberapa fungsi frasa adjektif, antaranya, ialah predikat, frasa nama, frasa kerja dan subjek.

Frasa adjektif

Page 36: Binaan kata, ayat, frasa, klausa dan pengaruh bahasa asing

Antara frasa adjektif yang terdapat dalam Hikayat Raja Pasai:-Bil Contoh ayat Fungsi frasa adjektif

1. Maka terlalu kasih baginda akan anakda itu, makin sehari makin besar dan rupanya pun makin menjelis. (m/s 4)

kasih – predikatbesar, menjelis - keterangan

2. Maka datanglah saudaranya Raja Muhammad pergi melihat Merah Gajah itu, maka ia pun amat sukacita melihat kanak-kanak itu terlalu baik parasnya. (m/s 7)

sukacita, baik - keterangan

3. Maka baginda dua beranak dengan anaknya yang muda itu memakai pakaian fakir meninggalkan kerajaannya, turun dari istananya lalu naik ke kapal itu. (m/s 15)

muda, fakir - keterangan

4. Demi sultan menengar sembah Baba Mentuha itu, maka baginda pun murka akan Tun Perpatih Tulus Agung Tukang Sukara itu. (m/s 37)

murka - keterangan

5. Maka diisinya kepada buluh telang segala minuman itu seruas-ruas buluh serta dipancungnya tajam-tajam hujungnya, adalah banyaknya itu beribu-ribu minuman itu. (m/s 69)

tajam-tajam - keterangan

Jadual 3 : Contoh frasa adjektif

Page 37: Binaan kata, ayat, frasa, klausa dan pengaruh bahasa asing

KLAUSA

Satu unit rangkaian perkataan yang mengandungi subjek dan predikat.

Unit tersebut menjadi konstituen kepada ayat dan berpotensi untuk menjadi ayat.

Klausa tidak mempunyai intonasi ayat dan merupakan unsur pembentuk ayat.

Dalam hikayat Raja Pasai terdapat beberapa contoh klausa yang dapat dikenal pasti.

Page 38: Binaan kata, ayat, frasa, klausa dan pengaruh bahasa asing

1. Maka Raja Ahmad pun berjalanlah ia ke negerinya dengan segala lasykarnya.

SUBJEK PREDIKAT

Maka Raja Ahmad pun

berjalanlah ia ke negerinya dengan segala lasykarnya.

A1. Maka Raja Ahmad pun berjalanlah.A2. ia/dia ke negerinya dengan segala lasykarnya

Jadual 4 : Subjek dan predikat dalam klausa

Page 39: Binaan kata, ayat, frasa, klausa dan pengaruh bahasa asing

Ayat ini merupakan ayat majmuk kerana terdiri daripada dua ayat yang sama taraf dan boleh berdiri sendiri.

Contohnya, A1 merupakan ayat lengkap dan mengandungi satu klausa. Klausa tersebut ialah, Maka Raja Ahmad pun berjalanlah

Dalam A2 pula, ayat ini juga merupakan ayat lengkap tetapi mempunyai dua klausa. Klausa pertama ialah, ia/dia ke negerinya, klausa kedua pula, dengan segala lasykarnya

A1. Maka Raja Ahmad pun berjalanlah.A2. ia/dia ke negerinya dengan segala lasykarnya

Page 40: Binaan kata, ayat, frasa, klausa dan pengaruh bahasa asing

Ayat 1 mengandungi dua klausa.Maka Merah Hasum pun marah merupakan klausa bebas dan merupakan ayat yangbermakna.akan saudaranya Merah Silau itu merupakan klausa yang tidak bebas dan berfungsi sebagai keterangan.Klausa tidak bebas ini tidak dapat menjadi ayat sempurna dan perlu bergantung pada klausa bebas.

1. Maka Merah Hasum pun marah akan saudaranyaMerah Silau itu.

SUBJEK PREDIKAT

Maka Merah Hasum pun

marah akan saudaranya Merah Silau itu.

Jadual 5 : Subjek dan predikat dalam klausa

Page 41: Binaan kata, ayat, frasa, klausa dan pengaruh bahasa asing

PENGARUH BAHASAASING

Peminjaman perbendaharaan kata asing adalah untuk memperkaya perbendaharaan kata dalam Bahasa Melayu.Peminjaman sesuatu kata boleh dilakukan secara terus atau melalui penterjemahan sesuatu perkataan atau konsep asing.Antara sebab bahasa Malayu meminjam perbendaharaan kata asing adalah untuk menamakan sesuatu benda, konsep, atau fenomena baru.Dalam Hikayat Raja Pasai terdapat beberapa pengaruh bahasa asing.

Page 42: Binaan kata, ayat, frasa, klausa dan pengaruh bahasa asing

Bil Contoh ayat Perkataan

1. Hatta berapa lamanya maka kapal Syeikh Ismail itu pun sampailah ke Teluk Terli. (m/s 16)

Syeikh

2. ...umur baginda kepada akil baligh, maka ia dirajakan... (m/s 22)

akil baligh

3. ...karna firman Allah Taala, dalam Quran demikian bunyinya... (m/s 24)

Allah Taala,Quran

4. Sultan Ahmad Perumudal Perumal itu belum khatan... (m/s 30)

khatan

5. ...maka kembalilah ia ke rahmatullah taala dan pada suatu... (m/s 33)

rahmatullah taala

Pengaruh Bahasa Arab

Jadual 6: Pengaruh bahasa Arab dalam hikayat

Page 43: Binaan kata, ayat, frasa, klausa dan pengaruh bahasa asing

Bil Contoh ayat Perkataan

1. Maka tatkala didengar ayahanda dan bonda baginda sembah Raden Galuh demikian... (m/s 59)

Raden

2. Bunyian anggerarangin bunyinya dengan pelbagai warna permainan seperti wayang wong dan wayang kulit dan topeng dan joget tandak bedaya dan jentera beksan... (m/s 67)

wong, tandak bedaya , beksan

3. Maka sembah Patih, "Anuhun kawula saking karsa dulu tuanku." (m/s 67)

Patih, "Anuhun kawula saking karsa

4. ...beberapa penggawa yang kecil-kecil seperti ngabehi dan aria lurah dan pembekal, patinggi kebayan dan segala rakyat dua keti. (m/s 67)

ngabehi, aria

5. ...yang di pesisir dari kulon-kulonnya, dan dari wetan-sewetannya,dan yang di darat sampai ke Segera Kidul (m/s 66)

kulon-kulon, wetan-wetan.

Pengaruh Bahasa Jawa

Jadual 7: Pengaruh bahasa Jawa dalam hikayat

Page 44: Binaan kata, ayat, frasa, klausa dan pengaruh bahasa asing

Bil Contoh ayat Perkataan

1. Maka daripada kedua pihak lasykar itu banyaklah mati dan luka sebab beramuk-amukan. (m/s 8)

lasykar

Pengaruh Bahasa Indonesia

Jadual 8: Pengaruh bahasa Indonesia dalam hikayat

Page 45: Binaan kata, ayat, frasa, klausa dan pengaruh bahasa asing

KESIMPULAN

Melalui penelitian dalam Hikayat Raja Pasai ini kami dapat mengetahui bentuk binaan kata imbuhan, ganda dan majmuk. Bentuk-bentuk ini menunjukkan penulis sudah menggunakannya dalam hikayat.Penulis menggunakan ayat yang panjang lebar dan banyak dikesan adalah ayat majmuk.Seterusnya, frasa adjektif turut digunakan secara meluas bagi menggambarkan sesuatu perkara terutamanya perincian tentang paras rupa seseorang.Klausa pula dapat dikesan dalam ayat yang mengandungi subjek dan predikat.Akhir sekali, pengaruh bahasa asing seperti bahasa Arab, Jawa dan Indonesia dapat menambahkan lagi kosa kata pembaca.

Page 46: Binaan kata, ayat, frasa, klausa dan pengaruh bahasa asing

RUJUKAN1. Ahmad Khair Mohd Nor et. al (2012). Tatabahasa Asas. Kuala Lumpur :

Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia.2. Arockiamary Savarimuthu (1992). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan

Pustaka.3. Kamus Dewan Edisi Keempat (2007). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan

Pustaka.4. Nik Safiah Karim et. al (2008). Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala

Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.5. Russell Jon (1999). Hikayat Raja Pasai. Kuala Lumpur :Yayasan Karyawan

dan Penerbit Fajar Bakti.6.http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=laskar&d=107.http://www.yayasankaryawan.com/index.php?

option=com_virtuemart&page=shop.product_details&flypage=shop.flypage&product_id=8&Itemid=31&vmcchk=1&Itemid=31

8.http://melayuonline.com/ind/culture/dig/2338/hikayat-raja-pasai.

Page 47: Binaan kata, ayat, frasa, klausa dan pengaruh bahasa asing

SEKIAN TERIMAKASIH...