tahap sm5 modul 501b-1 sistem & aplikasi bahasa nama...frasa nama, frasa nama + frasa kerja,...
TRANSCRIPT
@
Pusat Tuisyen Didikan Genius
Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Edubest
Tahap SM5
Modul 501B-1 Sistem & Aplikasi Bahasa
Nama : _____________________________
Format Peperiksaan Bahasa Melayu SPM Mulai 2021
Ujian Bertulis
Kertas 1 (2 jam)
A (30%) : 1 Karangan Bahan Rangsangan (Kombinasi Pelbagai Bahan Rangsangan)
B (70%) : Karangan Umum (pilih 1 daripada 4 soalan)
4 domain : individu (diri), awam (masyarakat), pendidikan, kerjaya
Kertas 2 (2 jam 30 minit)
A (35%) : Sistem dan Aplikasi Bahasa
1. Morfologi (6%-8%)
2. Sintaksis (6%)
3. Penyuntingan (Membetulkan kesalahan bahasa) (11%-13%)
4. Bahasa Melayu Standard (Bahasa Melayu Klasik -> Bahasa Melayu
Standard) (6%)
5. Peribahasa (4%)
B (35%) : Pemahaman
6. Pemahaman petikan umum (4 soalan ; 12 %)
7. Pemahaman petikan sastera (antologi) 4 soalan ; 13%)
8. Novel (2 soalan; 10 %)
C (30%) : 9. Rumusan (30%)
Ujian Lisan
Kertas 3 (70%) : Ujian Bertutur
A (40%) : 1 petikan / bahan ransangan setiap calon; bersoal jawab dengan pentaksir (3-5 minit)
B (30%) : 1 tajuk / tema umum; perbincangan dalam kumpulan 3-5 orang (12-15 minit)
Kertas 4 (30%) :Ujian Mendengar (30 minit)
4-6 petikan; jawab semua 20-25 soalan
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
A. Morfologi
Kata ganda dan kata nama
Baca petikan di bawah dengan telitinya dan senaraikan dua ganda dan dua kata
nama terbitan. Kemudian anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada
setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud
dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan
atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau kata nama khas.
Ramai yang tidak pernah menyusuri keindahan sawah padi. Namun, mereka
akan terpegun apabila mereka berdiri di tengah sawah padi yang luasterbentang.
Tiada seslapa punyang tidak akan terpukau oleh kecantikan pemandangan sawah padi
yang sedang menguning. Ketika itu, sawah padi seolah-olah lautan yang kekuning-
kuningan di bawah sinaran matahari
Kata ganda :
Kata nama terbitan :
i. _________________________________________________________________
ii. _________________________________________________________________
iii. _________________________________________________________________
iv. _________________________________________________________________
[8 markah]
B. Sintaksis
Baca petikan di bawah denaan telitinya. Tulis pola ayat sama ada Frasa Nama +
Frasa Nama, Frasa Nama + Frasa Kerja, Frasa Nama + Frasa Adjektif atau Frasa
Nama + Frasa Sendi Nama.
Dewasa ini (1) kegiatan merokok dan ‘vape” semakin meningkat dalam kalangan
remaja di negara ini. (2) “Vape” ialah alat yang digunakan untuk menyedut asap
dalam pelbagai perasa untuk menggantikan rokok tembakau. (3) Kegilaan remaja
terhadapa aktiviti ini amat ketara termasuklah dalam kalangan remaja perempuan.
Oleh itu, langkah yang sewajarnya perlulah diambil untuk membendung gejala ini. (4)
Program Bahasa Melayu Edubest - Sistem & Aplikasi Bahasa SM501B-1 1
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Dalam hal ini, pihak berkuasa hendaklah menguatkuasakan undang-undang yang
berkaitan dengan larangan merokok termasuklah rokok elektronik untuk gologan
yang berumur 18 tahun ke bawah. (5) Kebanyakan remaja yang terlibat ini daripada
golongan yang ketinggalan dalam pelajaran. Oleh itu, (6) kempen kesedaran haruslah
dilaksanakan di peringkat sekolah menegah secara konsisten untuk memberikan
ksesedaran kepada para pelajar tentang imlikasi negatif tabiat tersebut.
i. _______________________________________________________________
ii. _________________________________________________________________
iii. _________________________________________________________________
iv. _________________________________________________________________
v. _________________________________________________________________
vi. _________________________________________________________________
[6 markah]
C. Penyuntingan Bahasa
Petikan di bawah mengandungi sebelas kesalahan bahasa. Senaraikan dan betulkan
kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikannya lebih daripada tiga
belas kesalahan yang terdapat dalam petikan. Anda tidak perlu menyalin petikan
tersebut.
Mereka yang lahir sebelum tahun 1990an, pastinya mempunyai pengalaman
bermain permainan tradisional seperti batu Seremban, galah panjang, tarik upih,
congkak, baling selipar, teng teng, gasing dan sepak raga.
Namun, dek peredaran masa, proses pembandaran dan perkembangan teknoloji
menyebabkan permainan berkenaan terkena tempias yang mengakibatkannya kian
pupus ditelan zaman. Perkara itu Dekan Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi
Universiti Putra Malaysia (UPM) akui, Prof Dr Abdul Muati Ahmad bila banyak
generasi rnuda hari ini langsung kurang mengetahui permainan terbabit.
Program Bahasa Melayu Edubest - Sistem & Aplikasi Bahasa SM501B-1 2
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Sudah tentu scenario itu sesuatu yang merugikan kerana permainan berkenaan
sebahagian daripada kazanah warisan masyarakat Melayu yang dilupai sedangkan
permainan ini mempunyai nilai sendiri dan perlu di pelihara.
No. Kesalahan Pembetulan
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
[11 markah]
D. Alih Bahasa
Nota :
Bahasa Melayu klasik ialah bahasa Melayu yang digunakan oleh masyarakat Melayu
selepas kedatangan Islam ke Nusantara. Sebelum itu, masyarakat Melayu
menqqunakan bahasa Melayu Kuno.
Bahasa Melayu Klasik mempunyai ciri-ciri yang berikut:
i. Ayatnya panjang, berulang, dan berbelit-belit
ii. Banyak menggunakan ayat pasif dan susunan songsang
Program Bahasa Melayu Edubest - Sistem & Aplikasi Bahasa SM501B-1 3
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
iii. Kosa kata klasik yang digunakan adalah seperti ratna mutu manikam, edan
kesmaran (mabuk asmara), sahaya, masyghul (bersedih)
iv. Kata pangkal ayat seperti sebermula, alkisah), hatta, adapun banyak
digunakan.
v. Partikel pun dan -lah juga banyak digunakan.
vi. Aksara jawi banyak digunakan, iaitu aksara yang dipinjam daripada bahasa
Arab yang telah ditambah dengan beberapa huruf tambahan.
vii. Pelbagai jenis kosa kata Arab dan Parsi dimasukkan dalarn pelbagai bidang
Bahasa seperti bidang ilrnu keagamaan, undang-undang, kesusasteraan,
pemerintahan dan pentadbiran, perubatan, falsalah, tasawuf dan kata-kata
umum.
viii. Frasa dan ayat pengaruh Arab terutama dalam kitab-kitab klasik Melayu
seperti frasa ketahuilah olehmu, maka kemudian daripada itu, atau pada ayat
sunat berbuka atas tamar dan lain-lain. Frasa dan ayat bentuk ini wujud hasil
daripada terjemahan harfiah daripada teks bahasa Arab,
Kaedah untuk Menukarkan Bahasa Melayu Klasik kepada Bahasa Melayu Standard
a. Baca dan faharni petikan bahasa Melayu klasik untuk memahami maksud
secara keseluruhan.
b. Kenai pasti watak dan peranannya.
c. Perkataan seperti; hatta, arakian, syahadan, dan kalakian digugurkan kerana
tidak digunakan dalam bahasa Melayu Moden.
d. Namun demikian, kosa kata daripada bahasa istana seperti beradu, santap,
mangkat, bersiram, geringdan sebagainya hendaklah dikekalkan.
e. Kata ganti nama diri seperti baginda, banda, anakanda, permaisuri, kekanda
dan lain-lain juga dikekalkan.
f. Proses alih bahasa hendaklah dilakukan ayat demi ayat seperti menukarkan
ayat cakap ajuk kepada ayat cakap pindah.
g. Semua dialog yang terdapat dalam teks klasik hendaklah ditukarkan dalam teks
bahasa standard.
h. Jangan mentafsir atau membuat ulasan cerita dalam teks tersebut kerana akan
menyebabkan berlaku tokok tambah isi atau fakta. Hal ini menyebabkan isi
terpesong.
i. Keseluruhan leks hendaklah dialihbahasakan. Jangan tinggalkan atau gugurkan
mana-mana ayat atau bahagian teks.
j. Anda boleh mengganti sesetengah kata/diksi sekiranya perlu diubah asalkan
tidak mengubah maksud asal kata tersebut.
k. Setiap ayat yang dibuat perlu mernperlihatkan kohesi dan koheren sehingga
menghasilkan alih bahasa yang tepat.
Program Bahasa Melayu Edubest - Sistem & Aplikasi Bahasa SM501B-1 4
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Baca petikan bahasa Melayu Klasik di bawah dengan telitinya. Kemudian tulis
petikan tersebut semula dalam bahasa Melayu Standard tanpa mengubah bentuk dan
maksud asalnya.
Setelah sudah ibunya mendengar kata anaknya demikian itu, maka ibunya pun
menangis, seraya berkata, "Hal anakku, yang bapamu itu sudah mati dibunuh oleh
seorang Melayu bernama Laksamana Hulubalang Ratu Melaka."
Setelah Kertala Sari mendengar kata ibunya demikian itu, maka Kertala Sari
pun terlalu marah,
katanya, "Siapa menyuruh membunuh bapaku itu supaya negeri Majapahit ini habis
kubinasakan?"
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
(6 markah)
E. Peribahasa
Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti dan kemudian nyatakan peribahasa yang
sesuai dengan ayat-ayat tersebut.
(i) Anggota masyarakat yang tinggal di kawasan perumahan itu hidup dalam keadaan
aman dan bermuafakat serta sering membantu antara satu sama lain tanpa mengira
bangsa, keturunan, dan agama.
Program Bahasa Melayu Edubest - Sistem & Aplikasi Bahasa SM501B-1 5
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
(ii) Kegiatan seorang tokoh korporat ternama dalam aktiviti yang kurang sihat itu
akhirnya terbongkar juga selepas pihak polis melakukan siasatan terperinci tentang
semua aktiviti perniagaan beliau.
(iii) Sikap pemuda itu mula berubah selepas dia menjadi kaya dan dia tidak
menghiraukan ibu bapanya lagi.
[6 markah]
Program Bahasa Melayu Edubest - Sistem & Aplikasi Bahasa SM501B-1 6
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Pelan Lokasi
@
Pusat Tuisyen Didikan Genius
No.2-1, Jalan 4/109E, Desa Business Centre, Taman Desa, 58100 Kuala Lumpur.
Tel: 03-7983 7650
http://www.edubest.com.my