kandungan - pppnukm.files.wordpress.com dan pustaka (dbp) ... banyak organisasi ... ayat atau frasa...

55
Koleksi Pedoman Bahasa Bil.1 KANDUNGAN Prakata Bahagian 1 Bahagian 2 Bahagian 3 Bahagian 4 Bahagian 5 Bahagian 6 Bahagian 7 Bahagian 8 Bahagian 9 Bahagian 10 Kesilapan Penggandaan Kata Kesilapan Penggunaan adalah atau ialah Kesilapan Penggunaan di, dalam dan di dalam Kesilapan Penggunaan di antara dan antara Kesilapan Penggunaan di dan ke Kesilapan Penggunaan dari dan daripada Kesilapan Penggunaan untuk atau bagi Kesilapan Mengeja Kata dengan k dan kk Kesilapan Penggunaan sekali, sungguh, paling, dan teR- Kesilapan Penggunaan Kata Nafi bukan atau tidak v 1 10 15 18 26 31 37 39 42 48 iii

Upload: ngonhi

Post on 13-Apr-2018

266 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: KANDUNGAN - pppnukm.files.wordpress.com dan Pustaka (DBP) ... Banyak organisasi ... ayat atau frasa tersebut sudah mencapai maksud dan menepati struktur tatabahasa

Koleksi Pedoman Bahasa Bil.1

KANDUNGAN

Prakata Bahagian 1 Bahagian 2 Bahagian 3 Bahagian 4 Bahagian 5 Bahagian 6 Bahagian 7 Bahagian 8 Bahagian 9 Bahagian 10

Kesilapan Penggandaan Kata Kesilapan Penggunaan adalah atau ialah Kesilapan Penggunaan di, dalam dan di dalam Kesilapan Penggunaan di antara dan antara Kesilapan Penggunaan di dan ke Kesilapan Penggunaan dari dan daripada Kesilapan Penggunaan untuk atau bagi Kesilapan Mengeja Kata dengan k dan kk Kesilapan Penggunaan sekali, sungguh, paling, dan teR- Kesilapan Penggunaan Kata Nafi bukan atau tidak

v 1 10 15 18 26 31 37 39 42 48

iii

Page 2: KANDUNGAN - pppnukm.files.wordpress.com dan Pustaka (DBP) ... Banyak organisasi ... ayat atau frasa tersebut sudah mencapai maksud dan menepati struktur tatabahasa

Koleksi Pedoman Bahasa Bil.1

PRAKATA

ejak mula diperkenalkan pada bulan April 1990, risalah siri Ke Arah Bahasa

Melayu yang Berkesan yang membincangkan topik ‘semua tugas-tugas’ atau

‘semua tugas’?, beberapa siri baru pedoman penggunaan bahasa telah dihasilkan.

Penerbitan itu dibuat memandangkan sambutan yang begitu menggalakkan dan

memberangsangkan daripada pengguna bahasa Melayu, terutamanya pelanggan Dewan

Bahasa dan Pustaka (DBP) yang terdiri daripada kalangan pelajar, guru mahupun

kakitangan sektor awam, swasta dan individu yang mempunyai kesedaran dan keyakinan

terhadap penggunaan bahasa Melayu dengan tatabahasanya yang baku dan selaras.

S

Justeru, kami berasa bahawa satu usaha pendokumentasian dalam bentuk

penyusunan semula terbitan sebelum ini dengan yang terbaharu perlu diusahakan untuk

mengelakkan usaha penggalakan amalan penggunaan bahasa Melayu yang baik dan

berkesan tidak hilang dan lebur begitu sahaja. Dengan yang demikian, bagi siri koleksi

pedoman pengenalan ini, kami cuba menggabungkan siri risalah yang diterbitkan dari

tahun 1990 hingga 1999 dan bertajuk seperti yang berikut:

1. semua tugas-tugas atau semua tugas?

2. adalah atau ialah?

3. di, dalam dan di dalam

4. Apakah perbezaan antara di antara dengan antara

5. di, ke, dari dan daripada

6. k atau kk?

7. dirumah atau di rumah dan di catat atau dicatat

v

Page 3: KANDUNGAN - pppnukm.files.wordpress.com dan Pustaka (DBP) ... Banyak organisasi ... ayat atau frasa tersebut sudah mencapai maksud dan menepati struktur tatabahasa

Koleksi Pedoman Bahasa Bil.1

8. Terpandai sekali? Amat pandai sekali? Sungguh pandai sekali? Paling

pandai sekali?

9. bukan atau tidak?

10. daripada atau dari?

11. untuk atau bagi

12. Kekeliruan Frasa Jamak

Dalam koleksi ini, mana-mana topik yang sama dalam risalah tersebut di atas

telah digabungkan. Oleh itu, koleksi ini hanya mengandungi sepuluh tajuk atau bahagian

sahaja.

Kami berharap koleksi ini dapat memudahkan dan membantu pengguna bahasa

Melayu menerapkan panduan dan contoh yang kami berikan dalam risalah ini. Kami

juga berharap usaha menerbitkan koleksi siri risalah yang diterbitkan pada tahun 2000

hingga 2003 dapat kami teruskan.

Sekian. “BAHASA JIWA BANGSA” “CINTAILAH BAHASA KITA” HAJAH ZAITON BINTI A. RAHMAN Ketua Bahagian Pengembangan Bahasa Sektor Awam, Jabatan Bahasa.

vi

Page 4: KANDUNGAN - pppnukm.files.wordpress.com dan Pustaka (DBP) ... Banyak organisasi ... ayat atau frasa tersebut sudah mencapai maksud dan menepati struktur tatabahasa

Koleksi Pedoman Bahasa Bil.1

Bahagian 1 Kesilapan Penggandaan Kata

erkataan seperti lima, sepuluh, seratus, lima ribu, semua, segala, sejumlah, beberapa,

sekalian, seluruh, sebilangan, sepertiga, berabad-abad, berkotak-kotak, masing-

masing, setiap, setengah-setengah dan sebagainya tergolong dalam kata bilangan yang

menunjukkan jamak atau banyak.

P Dalam penggunaan kata bilangan dalam ayat, kita selalu membuat kesilapan

dengan menggandakan perkataan yang mengikutinya atau tidak mengeja sepenuhnya kata

bilangan berkenaan sebagai satu bentuk yang mematuhi sistem morfologi tatabahasa

bahasa Melayu.

Kesilapan yang sering kita lakukan dalam penggunaan kata bilangan adalah

seperti contoh yang berikut:

i) Kesilapan kerana menggandakan perkataan yang mengikuti kata bilangan:

SALAH BETUL

Banyak organisasi-organisasi

Banyak perkara-perkara

Beberapa orang peminat-peminat

Empat unsur-unsur yang

berikut …

Banyak organisasi

Banyak perkara

Beberapa orang peminat

Empat unsur yang berikut …

1

Page 5: KANDUNGAN - pppnukm.files.wordpress.com dan Pustaka (DBP) ... Banyak organisasi ... ayat atau frasa tersebut sudah mencapai maksud dan menepati struktur tatabahasa

Koleksi Pedoman Bahasa Bil.1

SALAH BETUL

Kebanyakan pekerja-pekerja

Keseluruhan peserta-peserta

Kesemua agenda-agenda

Lima peratus (5%) daripada pembeli-

pembeli

Penambahan jumlah anak-anak

Ramai pengguna-pengguna

Segala maklumat-maklumat

Sebahagian daripada peneroka-

peneroka

Semua surat-surat

Semua ilmu-ilmu dan panduan-panduan

Semua kerja-kerja pembinaan

Sesetengah daripada golongan-

golongan pensyarah

Setiap masalah-masalah

Tiga orang daripada penjenayah-

penjenayah

Kebanyakan pekerja

Keseluruhan peserta

Kesemua agenda

Lima peratus (5%) daripada pembeli

Penambahan jumlah anak

Ramai pengguna

Segala maklumat

Sebahagian daripada peneroka

Semua surat

Semua ilmu dan panduan

Semua kerja pembinaan

Sesetengah golongan pensyarah

Setiap masalah

Tiga orang daripada penjenayah

2

Page 6: KANDUNGAN - pppnukm.files.wordpress.com dan Pustaka (DBP) ... Banyak organisasi ... ayat atau frasa tersebut sudah mencapai maksud dan menepati struktur tatabahasa

Koleksi Pedoman Bahasa Bil.1

ii) Kesilapan dalam membentuk kata bilangan

SALAH BETUL

Antara kedua tugas

Berbagai bidang

Berbagai isu-isu

Di kedua buah negara

Merangkumi berbagai kegiatan

Para-para petugas

Setengah koperasi

Setiap satu tugas/Tiap satu tugas

Tiap usaha

Antara kedua-dua tugas

Berbagai-bagai bidang

Berbagai-bagai isu

Di kedua-dua buah negara

Merangkumi berbagai-bagai kegiatan

Para petugas

Sesetengah koperasi/Setengah-

setengah koperasi

Setiap tugas/Tiap-tiap tugas

Setiap usaha/Tiap-tiap usaha

iii) Kesilapan kerana menggandakan kata yang mengikuti kata yang bermaksud

kumpulan

Terdapat sebilangan kata dalam bahasa Melayu seperti antara, antologi, banjaran, barisan,

daftar, deretan, gabungan, gerombolan, gugusan, jemaah, kalangan, kawan, kumpulan,

mesyuarat, pelbagai, perhimpunan, persatuan, persekutuan, pertemuan, rangkaian,

rentetan, rombongan dan senarai yang bermakna ‘kumpulan’ atau ‘banyak’, iaitu yang

melibatkan orang, benda, unsur, perkara dan sebagainya yang lebih daripada satu. Oleh

itu kita tidak perlu menggandakan perkataan yang mengikutnya.

Contohnya:

3

Page 7: KANDUNGAN - pppnukm.files.wordpress.com dan Pustaka (DBP) ... Banyak organisasi ... ayat atau frasa tersebut sudah mencapai maksud dan menepati struktur tatabahasa

Koleksi Pedoman Bahasa Bil.1

SALAH BETUL

Antara maklumat-maklumat

Antologi cerpen-cerpen

Barisan pemain-pemain

Daftar pengundi-pengundi

Deretan kedai-kedai

Di kalangan tokoh-tokoh

Gabungan persatuan-persatuan

Gerombolan pengganas-pengganas

Golongan pelajar-pelajar

Gugusan pulau-pulau

Himpunan cerpen-cerpen

Jemaah menteri-menteri

Kebanyakan pekerja-pekerja

Kelompok industri-industri

Koleksi lagu-lagu

Kesatuan pengusaha-pengusaha

industri

Kumpulan pelabur-pelabur

Longgokan kayu-kayu

Mesyuarat ketua-ketua bahagian

Pelbagai kuih-muih

Pelbagai rancangan-rancangan

Antara maklumat

Antologi cerpen

Barisan pemain

Daftar pengundi

Deretan kedai

Di kalangan tokoh

Gabungan persatuan

Gerombolan pengganas

Golongan pelajar

Gugusan pulau

Himpunan cerpen

Jemaah menteri

Kebanyakan pekerja

Kelompok industri

Koleksi lagu

Kesatuan pengusaha industri

Kumpulan pelabur

Longgokan kayu

Mesyuarat ketua bahagian

Pelbagai kuih/Kuih-muih

Pelbagai rancangan

4

Page 8: KANDUNGAN - pppnukm.files.wordpress.com dan Pustaka (DBP) ... Banyak organisasi ... ayat atau frasa tersebut sudah mencapai maksud dan menepati struktur tatabahasa

Koleksi Pedoman Bahasa Bil.1

SALAH BETUL

Perhimpunan pekerja-pekerja

Persatuan bekas-bekas perajurit

Persekutuan syarikat-syarikat

Pertemuan penulis-penulis

Ramai pelajar-pelajar

Rangkaian syarikat-syarikat

Rentetan peristiwa-peristiwa

Rombongan penduduk-penduduk

Segala bukti-bukti

Senarai nama-nama

Sususnan fail-fail

Timbunan karung-karung beras

Perhimpunan pekerja

Persatuan bekas perajurit

Persekutuan syarikat

Pertemuan penulis

Ramai pelajar

Rangkaian syarikat

Rentetan peristiwa

Rombongan penduduk

Segala bukti

Senarai nama

Susunan fail

Timbunan karung beras

iv) Kesilapan kerana menggandakan kata yang mengikuti kata yang

berimbuhan se- atau berkata bilangan satu yang bermaksud kumpulan

Dalam bahasa Melayu terdapat perkataan yang berawalan se- (yang bermakna satu) atau

perkataan yang berangkai dengan kata bilangan satu yang mengandungi makna

kumpulan atau mengandungi unit lebih daripada satu di dalamnya. Oleh itu, kata yang

mengikutinya tidak perlu digandakan. Contohnya:

5

Page 9: KANDUNGAN - pppnukm.files.wordpress.com dan Pustaka (DBP) ... Banyak organisasi ... ayat atau frasa tersebut sudah mencapai maksud dan menepati struktur tatabahasa

Koleksi Pedoman Bahasa Bil.1

SALAH BETUL

Sebahagian daripada peneroka-

peneroka

Sebaris rumah-rumah/ satu baris

rumah-rumah

Sebanyak pelajar-pelajar di sekolah itu

Sebilangan ahli-ahli

Sedikit sahaja daripada ulasan-ulasan

Segelintir daripada pemohon-pemohon

Segerombolan pengganas-pengganas/

satu gerombolan pengganas-

pengganas

Sejambak bunga-bungaan

Sejumlah besar daripada pemaju-

pemaju

Sekandang lembu-lembu

Sekawan burung-burung

Sekumpulan pelajar-pelajar/ satu

kumpulan pelajar-pelajar

Seramai lima orang pekerja-pekerja

ladang

Sebahagian daripada peneroka

Sebaris rumah/satu baris rumah

Sebanyak pelajar di sekolah itu

Sebilangan daripada ahli

Sedikit sahaja daripada ulasan

Segelintir pemohon

Segerombolan pengganas/satu

gerombolan pengganas

Sejambak bunga

Sejumlah besar daripada pemaju

Sekandang lembu/ satu kandang lembu

Sekawan burung/ satu kawan burung

Sekumpulan pelajar/ satu kumpulan

pelajar

Seramai lima orang pekerja ladang

6

Page 10: KANDUNGAN - pppnukm.files.wordpress.com dan Pustaka (DBP) ... Banyak organisasi ... ayat atau frasa tersebut sudah mencapai maksud dan menepati struktur tatabahasa

Koleksi Pedoman Bahasa Bil.1

SALAH BETUL

Seramai penilai-penilai yang ditetapkan

Serangkai manik-manik/ satu rangkai

manik-manik

Serombongan pelawat-pelawat/ satu

rombongan pelawat-pelawat

Sesetengah daripada golongan-

golongan pensyarah

Setiap masalah-masalah

Setimbun buku-buku

Seramai penilai yang ditetapkan

Serangkai manik/ satu rangkai manik

Serombongan pelawat/ satu rombongan

pelawat

Sesetengah golongan pensyarah

Setiap masalah

Setimbun buku

v) Kesilapan kerana menggandakan kata yang mengikuti perkataan ada yang

bermaksud telah tersedia atau telah terkumpul

SALAH BETUL

Ada pekerja-pekerja yang didapati

melanggar peraturan pejabat.

Ada pekerja yang didapati melanggar

peraturan pejabat.

7

Page 11: KANDUNGAN - pppnukm.files.wordpress.com dan Pustaka (DBP) ... Banyak organisasi ... ayat atau frasa tersebut sudah mencapai maksud dan menepati struktur tatabahasa

Koleksi Pedoman Bahasa Bil.1

vi) Kesilapan kerana menggandakan kata nama sebelum kata kerja berapitan

ber-…-an yang menunjukkan jamak

Kata kerja yang berimbuhan apitan ber-…-an seperti bergantungan, berguguran,

berkejaran, berkibaran, pertaburan, berterbangan dan sebagainya membawa maksud

perkataan yang menunjukkan jumlah yang banyak atau berulang-ulang dengan

banyaknya. Oleh itu kata nama yang hadir sebelumnya tidak perlu digandakan lagi.

Contohnya:

SALAH BETUL

Bendera-bendera yang berwarna-warni

berkibaran di sepanjang jalan.

Bintang-bintang berkerdipan di langit.

Burung-burung berterbangan di

angkasa.

Daun-daun kering berguguran.

Lampu-lampu merah bergantungan di

dinding.

Bendera yang berwarna-warni

berkibaran di sepanjang jalan.

Bintang berkerdipan di langit.

Burung berterbangan di angkasa.

Daun kering berguguran.

Lampu merah bergantungan di dinding.

vii) Kesilapan kerana menggandakan perkataan yang sudah mendukung

maksud banyak

SALAH BETUL

Ibu bapa-ibu bapa diseru…/Ibu-ibu

bapa diseru…

Ibu bapa diseru…

8

Page 12: KANDUNGAN - pppnukm.files.wordpress.com dan Pustaka (DBP) ... Banyak organisasi ... ayat atau frasa tersebut sudah mencapai maksud dan menepati struktur tatabahasa

Koleksi Pedoman Bahasa Bil.1

SALAH BETUL

Mereka-mereka yang mengambi

bahagian…

Rakyat-rakyat negara ini…

Mereka yang mengambil bahagian…

Rakyat negara ini…

viii) Kesilapan kerana menggandakan keseluruhan gabungan kata atau kata

majmuk yang sepatutnya hanya perkataan yang pertama sahaja yang perlu

digandakan

SALAH BETUL

Duta besar-duta besar

kertas kerja-kertas kerja

Ketua Menteri-Ketua Menteri

Ketua Setiausaha-Ketua Setiausaha

pihak berkuasa-pihak berkuasa

tempatan

Duta-Duta Besar

kertas-kertas kerja

Ketua-Ketua Menteri

Ketua-Ketua Setiausaha

pihak-pihak berkuasa tempatan

9

Page 13: KANDUNGAN - pppnukm.files.wordpress.com dan Pustaka (DBP) ... Banyak organisasi ... ayat atau frasa tersebut sudah mencapai maksud dan menepati struktur tatabahasa

Koleksi Pedoman Bahasa Bil.1

Bahagian 2 Kesilapan Penggunaan adalah atau ialah

ata pemeri ialah menunjukkan persamaan dan hadir di hadapan frasa nama,

manakala adalah yang menunjukkan huraian dan hadir di hadapan frasa adjektif

dan frasa sendi nama. Kekeliruan penggunaan kedua-dua kata ini dapat dikategorikan

seperti yang berikut:

K i) Kesilapan penggunaan kata adalah di tempat ialah

SALAH BETUL

Anak adalah anugerah Allah.

Beliau adalah orang yang pertama

membiakkan…

Kaum wanita adalah elemen…

Malaysia mesti mempunyai rakyat yang

sejumlah besar daripadanya adalah

orang-orang yang berpendidikan…

Masalah yang kita hadapi adalah

kekurangan pendapat yang bernas.

Anak ialah anugerah Allah.

Beliau ialah orang yang pertama

membiakkan…

Kaum wanita ialah elemen…

Malaysia mesti mempunyai rakyat yang

sejumlah besar daripadanya ialah

orang yang berpendidikan…

Masalah yang kita hadapi ialah

kekurangan pendapat yang bernas.

10

Page 14: KANDUNGAN - pppnukm.files.wordpress.com dan Pustaka (DBP) ... Banyak organisasi ... ayat atau frasa tersebut sudah mencapai maksud dan menepati struktur tatabahasa

Koleksi Pedoman Bahasa Bil.1

SALAH BETUL

Matlamat NURY adalah pembinaan

masyarakat cemerlang.

Memandangkan T.Y.T. Tun adalah

bekas Pengerusi Lembaga…

Perkara ini adalah masalah yang tidak

mudah diatasi.

Sepak takraw adalah sukan yang elok

dipertandingkan…

Matlamat NURY ialah pembinaan

masyarakat cemerlang.

Memandangkan T.Y.T. Tun ialah bekas

Pengerusi Lembaga…

Perkara ini ialah masalah yang tidak

mudah diatasi.

Sepak takraw ialah sukan yang elok

dipertandingkan…

ii) Kesilapan penggunaan kata ialah di tempat adalah

SALAH BETUL

Kursus ini ialah untuk …

Tarikh kerja pembaikan lif dijangka

siap ialah pada …

Baju itu ialah baik.

Kursus ini adalah untuk …

Tarikh kerja pembaikan lif dijangka siap

adalah pada …

Baju itu adalah baik.

11

Page 15: KANDUNGAN - pppnukm.files.wordpress.com dan Pustaka (DBP) ... Banyak organisasi ... ayat atau frasa tersebut sudah mencapai maksud dan menepati struktur tatabahasa

Koleksi Pedoman Bahasa Bil.1

iii) Kesilapan penggunaan kata adalah di hadapan kata kerja

SALAH BETUL

Matlamat utama unit ini adalah

membantu pihak pengurusan

melaksanakan tanggungjawabnya

secara berkesan.

Satu usaha yang dijalankan adalah

menerbitkan risalah penerangan untuk

tatapan masyarakat.

Matlamat utama unit ini adalah untuk

membantu pihak pengurusan

melaksanakan tanggungjawabnya

secara berkesan.

Satu usaha yang dijalankan adalah

dengan menerbitkan risalah

penerangan untuk tatapan masyarakat.

iv) Kesilapan penggunaan kata adalah pada awal ayat

SALAH BETUL

Adalah dengan ini dimaklumkan

bahawa...

Adalah diharapkan dengan pemilihan

ini...

Adalah dimaklumkan bahawa ...

Adalah diumumkan bahawa...

Dengan ini dimaklumkan bahawa ...

Dengan pemilihan ini diharapkan ...

Dengan ini dimaklumkan bahawa ..

Dengan ini diumumkan bahawa ...

12

Page 16: KANDUNGAN - pppnukm.files.wordpress.com dan Pustaka (DBP) ... Banyak organisasi ... ayat atau frasa tersebut sudah mencapai maksud dan menepati struktur tatabahasa

Koleksi Pedoman Bahasa Bil.1

Selain itu, pengguna bahasa Melayu cenderung untuk menggunakan ungkapan adalah +

kata kerja seperti yang berikut:

…adalah berasaskan…

…adalah berdasarkan…

…adalah dibuat…

…adalah digalakkan…

…adalah dinasihati…

…adalah diperakui…

…adalah melambangkan…

…adalah menjadi…

…adalah merupakan…

…adalah tertakluk…

Contohnya:

SALAH BETUL

Institut Irshad adalah merupakan

sebuah institut persendirian…

Para pelajar adalah dipelawa

memohon…

Keputusan ini diambil adalah

berdasarkan…

Warna merah pada bendera Malaysia

adalah melambangkan…

Perjanjian ini adalah tertakluk

kepada…

Institut Irshad merupakan sebuah

institut persendirian…

Para pelajar dipelawa memohon…

Keputusan ini diambil berdasarkan…

Warna merah pada bendera Malaysia

melambangkan…

Perjanjian ini tertakluk kepada…

13

Page 17: KANDUNGAN - pppnukm.files.wordpress.com dan Pustaka (DBP) ... Banyak organisasi ... ayat atau frasa tersebut sudah mencapai maksud dan menepati struktur tatabahasa

Koleksi Pedoman Bahasa Bil.1

Ayat atau frasa di atas dikategorikan sebagai frasa yang salah kerana tanpa kata adalah,

ayat atau frasa tersebut sudah mencapai maksud dan menepati struktur tatabahasa. Kata

adalah sebelum kata kerja berkenaan tidak membawa sebarang maksud atau fungsi

tatabahasa sama ada berfungsi sebagai penegas atau yang seumpama dengannya.

Kesimpulannya:

a) Kata pemeri adalah hanya boleh diikuti oleh kata sendi nama dan kata adjektif

yang bersifat huraian sahaja.

b) Kata pemeri ialah hanya boleh diikuti oleh kata nama atau frasa nama yang

bersifat persamaan sahaja.

14

Page 18: KANDUNGAN - pppnukm.files.wordpress.com dan Pustaka (DBP) ... Banyak organisasi ... ayat atau frasa tersebut sudah mencapai maksud dan menepati struktur tatabahasa

Koleksi Pedoman Bahasa Bil.1

Bahagian 3 Kesilapan Penggunaan di, dalam dan di dalam

alam penggunaan bahasa Melayu kini, kita kadang-kadang tersilap meletakkan

kata sendi nama di pada tempat dalam, dan frasa sendi nama di dalam pada tempat

kata sendi dalam. Kesilapan ini berlaku kerana kekeliruan tentang fungsi kata sendi

nama dan frasa sendi nama tersebut.

D i) Kesilapan penggunaan kata sendi nama di pada tempat dalam

SALAH BETUL

Beliau memiliki ijazah sarjana di bidang

pengurusan perniagaan.

Di masyarakat itu, ahlinya merupakan

insan yang sihat.

Kanak-kanak bergembira di suasana hari

raya yang mulia ini.

Beliau memiliki ijazah sarjana dalam

bidang pengurusan perniagaan.

Dalam masyarakat itu, ahlinya

merupakan insan yang sihat.

Kanak-kanak bergembira dalam suasana

hari raya yang mulia ini.

15

Page 19: KANDUNGAN - pppnukm.files.wordpress.com dan Pustaka (DBP) ... Banyak organisasi ... ayat atau frasa tersebut sudah mencapai maksud dan menepati struktur tatabahasa

Koleksi Pedoman Bahasa Bil.1

Kata sendi nama di digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang

menunjukkan tempat. Contohnya:

1. Majlis itu akan diadakan di Dewan Bahasa dan Pustaka.

2. Mereka menunggu ketibaan tetamu kehormat itu di lapangan terbang.

3. Mesyuarat itu diadakan di Kementerian Pendidikan.

4. Pelajar itu menelaah pelajarannya di perpustakaan.

5. Penderma darah mendapat rawatan percuma di hospital kerajaan.

ii) Kesilapan penggunaan kata sendi nama di dalam pada tempat dalam

SALAH BETUL

Di dalam pelbagai bidang kehidupan...

Beliau sering dijemput membentangkan

kertas kerja di dalam beberapa

seminar.

Malaysia pernah terperangkap di

dalam kegawatan ekonomi.

Sememangnya dia sudah lama terdidik

di dalam bahasa Melayu.

Terdapat bahagian yang terlibat di

dalam penggunaan istilah.

Dalam pelbagai bidang kehidupan...

Beliau sering dijemput untuk

membentangkan kertas kerja dalam

beberapa seminar.

Malaysia pernah terperangkap dalam

kegawatan ekonomi.

Sememangnya dia sudah lama terdidik

dalam bahasa Melayu.

Terdapat bahagian yang terlibat dalam

penggunaan istilah.

16

Page 20: KANDUNGAN - pppnukm.files.wordpress.com dan Pustaka (DBP) ... Banyak organisasi ... ayat atau frasa tersebut sudah mencapai maksud dan menepati struktur tatabahasa

Koleksi Pedoman Bahasa Bil.1

Kata sendi nama dalam pula digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama

yang membawa pengertian lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak seperti

perkara, peristiwa, hal, urusan, bahasa, bidang, masyarakat dan sebagainya. Contohnya:

1. Dalam hal ini, kita semua setuju.

2. Dalam keheningan malam, dia duduk berdoa dengan penuh khusyuk dan

tawaduk.

3. Masalah itu telah dibangkitkan dalam mesyuarat yang lalu.

4. Persoalan itu bermain-main dalam fikirannya.

5. Sebagai rakyat Malaysia, kita harus fasih bertutur dalam bahasa

kebangsaan kita, iaitu bahasa Melayu.

Penggunaan frasa sendi nama di dalam yang betul adalah seperti contoh yang

berikut:

1. Pengembara itu sesat di dalam hutan.

2. Penumpang tidak dibenarkan merokok di dalam kabin kapal terbang.

3. Semua peserta berkumpul di dalam dewan.

4. Tanda harga ada di dalam dan di luar kotak.

5. Tulislah jawapan anda di dalam ruangan yang disediakan.

Kata dalam dalam lima contoh ayat di atas tergolong dalam kata nama arah.

Justeru, penggunaan kata sendi nama di di hadapan kata dalam tidak salah kerana kata

dalam ini berfungsi sebagai kata nama arah.

17

Page 21: KANDUNGAN - pppnukm.files.wordpress.com dan Pustaka (DBP) ... Banyak organisasi ... ayat atau frasa tersebut sudah mencapai maksud dan menepati struktur tatabahasa

Koleksi Pedoman Bahasa Bil.1

Bahagian 4 Kesilapan Penggunaan di antara dan antara

ata antara dapat berfungsi sebagai kata sendi nama dan kata arah. Kata sendi

nama ialah perkataan yang digunakan di hadapan frasa nama untuk menghasilkan

frasa sendi nama.

KKata arah pula ialah kata yang menunjukkan arah atau kedudukan. Kata arah

seperti ‘atas’, ‘bawah’, ‘tengah’, ‘depan’, ‘belakang’, ‘luar’, ‘dalam’, ‘antara’ dan

sebagainya biasanya digunakan dalam frasa sendi, yakni mengikuti kata sendi nama.

Hanya kata sendi nama di dan ke sahaja dapat membentuk frasa sendi dengan kata arah.

Yang berikut ialah senarai contoh penggunaan kata sendi nama dan kata arah:

KATA SENDI NAMA KATA SENDI NAMA ARAH

... akan anaknya

…akan kelakuan anaknya…

…antara adik-beradik

…antara dua negara

…antara mereka

…antara persoalan penting

…antara sekolah

…di atas meja

…di bawah rumah

... di tengah padang

…di depan bangunan

…di belakang pintu

…di luar pejabat

…di dalam ruangan

18

Page 22: KANDUNGAN - pppnukm.files.wordpress.com dan Pustaka (DBP) ... Banyak organisasi ... ayat atau frasa tersebut sudah mencapai maksud dan menepati struktur tatabahasa

Koleksi Pedoman Bahasa Bil.1

KATA SENDI NAMA KATA SENDI NAMA ARAH

…antara sektor awam

…antara wilayah

…bagai pinang dibelah dua

…bagi tahun hadapan

…dalam bahasa kebangsaan

…dari kiri

…dari pukul tujuh pagi

…dari sudut ekonomi

…daripada buluh

…daripada persatuan

…demi kepentingan bersama

…dengan majikan

…hingga dinihari

…kepada pihak polis

…oleh polis

…oleh senjatanya sendiri

…pada papan kenyataan

…pada pukul tujuh petang

…di antara Johor Bahru dengan Kuala

Lumpur

…di antara tiang elektrik

…di antara dua bangunan itu

…di sepanjang jalan

…di puncak gunung

…di hujung jalan

…di Kota Tinggi

…di kampung

…ke atas bukit

…ke bawah meja

…ke tengah jalan

…ke belakang dewan

…ke depan bangunan

…ke luar kamar

…ke dalam bahasa Inggeris

…ke dalam tong

…ke sekolah

…ke Tanjung Tuan

19

Page 23: KANDUNGAN - pppnukm.files.wordpress.com dan Pustaka (DBP) ... Banyak organisasi ... ayat atau frasa tersebut sudah mencapai maksud dan menepati struktur tatabahasa

Koleksi Pedoman Bahasa Bil.1

Kata Sendi Nama Kata Sendi Nama Tempat/Arah

…sejak kematian ibunya

…semenjak subuh lagi

…seperti batu

…tentang kesejahteraan rakyat

…tentang masalah negara

…terhadap anak buahnya

…umpama kilat

…untuk kegunaan

…ke puncak gunung

…ke arah selatan

…ke dewan pameran

…ke tepi laut

…ke hulu sungai

…ke muka pengadilan

…ke seluruh dunia

…ke sisi rumah

Kata arah antara hanya dapat berganding dengan kata sendi nama di dan ke

dalam pembentukan frasa sendi nama, di antara, yang menunjukkan tempat.

Sering terdapat kekeliruan dalam penggunaan antara kata sendi nama antara

dengan frasa sendi di antara, yang merupakan gabungan antara kata sendi nama di

dengan kata nama antara. Contohnya:

SALAH BETUL

Di Australia, bahasa Melayu adalah di

antara mata pelajaran yang paling

digemari penuntut.

Di Australia, bahasa Melayu ialah

antara mata pelajaran yang paling

digemari penuntut.

20

Page 24: KANDUNGAN - pppnukm.files.wordpress.com dan Pustaka (DBP) ... Banyak organisasi ... ayat atau frasa tersebut sudah mencapai maksud dan menepati struktur tatabahasa

Koleksi Pedoman Bahasa Bil.1

SALAH BETUL

Inilah di antara hal yang mesti

difahami dalam bidang pembentukan

kata.

Masalah disiplin merupakan di antara

perkara yang dibincangkan dalam

mesyuarat itu.

Kebolehan anda mendapatkan orang

bercakap kepada anda membezakan di

antara pemberitaan yang kurang baik

dengan…

Kini ramai di antara mereka ini telah

mempelajari bahasa Melayu.

Kita melihat pertentangan di antara

sektor awam dengan sektor swasta

timbul secara mendadak.

Masakan anda lupa akan tulisan anda

sendiri yang mencatatkan bahawa

awalan ‘me-…’ adalah di antara

pembentuk kata kerja yang penting.

Inilah antara hal yang mesti difahami

dalam bidang pembentukan kata.

Masalah disiplin merupakan antara

perkara yang dibincangkan dalam

mesyuarat itu.

Kebolehan anda mendapatkan orang

bercakap kepada anda membezakan antara

pemberitaan yang kurang baik dengan…

Kini ramai antara mereka ini telah

mempelajari bahasa Melayu.

Kita melihat pertentangan antara sektor

awam dengan sektor swasta timbul secara

mendadak.

Masakan anda lupa akan tulisan anda

sendiri yang mencatatkan bahawa awalan

‘me-…’ adalah antara pembentuk kata

kerja yang penting.

21

Page 25: KANDUNGAN - pppnukm.files.wordpress.com dan Pustaka (DBP) ... Banyak organisasi ... ayat atau frasa tersebut sudah mencapai maksud dan menepati struktur tatabahasa

Koleksi Pedoman Bahasa Bil.1

Kesimpulan: i) Frasa sendi nama di antara digunakan apabila kata antara berfungsi sebagai kata

nama. Justeru, frasa sendi nama di antara hanya dapat digunakan untuk menunjukkan

kedudukan fizikal atau tempat. Contohnya:

1. Anak kecil itu duduk diam di antara ibu dengan bapanya.

2. Hasnah duduk mencelah di antara Fatimah dengan Rahmah.

3. Lif itu terhenti di tengah-tengah di antara tingkat tiga dengan tingkat

empat.

4. Rumahnya terletak di antara dua bangunan tinggi itu.

5. Tambak Johor terletak di antara Johor Bahru dengan Singapura.

ii) Kata antara yang berfungsi sebagai kata sendi nama boleh mendahului ayat yang

menunjukkan perbandingan. Contohnya:

1. Antara Johor Bahru dengan Singapura, banyak perbezaannya.

2. Antara ilmu perubatan dengan ilmu biologi ada persamaannya.

3. Antara tingkat tiga dengan tingkat empat, tingkat empat lebih baik

hiasannya.

4. Antara Fatimah dengan Rahmah banyak perbezaannya.

5. Antara yang dibincangkan termasuklah soal disiplin.

iii) Kata sendi nama antara biasanya diikuti oleh kata nama am yang tidak perlu

diulang. Contohnya:

SALAH BETUL

… adalah di antara sumber-sumber tidak

rasmi…

… adalah antara sumber tidak rasmi…

Page 26: KANDUNGAN - pppnukm.files.wordpress.com dan Pustaka (DBP) ... Banyak organisasi ... ayat atau frasa tersebut sudah mencapai maksud dan menepati struktur tatabahasa

Koleksi Pedoman Bahasa Bil.1

22

SALAH BETUL

Antara lagu-lagu persembahannya

ialah...

Di antara nama-nama yang disebut

ialah…

Di antara peraturan-peraturan yang

perlu dipatuhi ialah…

Pertandingan Bahas di antara Sekolah-

Sekolah Menengah Berasrama Penuh…

Antara lagu persembahannya ialah…

Antara nama yang disebut ialah…

Antara peraturan yang perlu dipatuhi

ialah…

Pertandingan Bahas antara Sekolah

Menengah Berasrama Penuh…

Kata sendi nama antara hanya dapat diikuti kata nama am jamak yang

mengalami penggandaan separa seperti adik-beradik, yang membawa makna kumpulan

orang dan sebagainya yang tertentu. Contohnya:

1. Mereka berbincang antara adik-beradik.

2. Perhubungan antara kedua-dua negara itu telah lama terjalin.

iv) Kata sendi nama antara boleh juga diikuti oleh bilangan tentu seperti dua, tiga,

sepuluh, seribu dan sebagainya, kata bilangan tidak tentu seperti beberapa, semua dan

sebagainya, dan kata bilangan himpunan seperti kedua-dua, ketiga-tiga, keenam-enam,

beratus-ratus, berjuta-juta dan sebagainya. Kata bilangan tingkat seperti ‘kedua, ketiga,

kesepuluh’ dan sebagainya tidak pernah digunakan seiring dengan kata sendi nama

antara. Kesilapan yang sering dilakukan ialah penggunaan kata bilangan tingkat pada

tempat yang sepatutnya kata bilangan himpunan.

23

Page 27: KANDUNGAN - pppnukm.files.wordpress.com dan Pustaka (DBP) ... Banyak organisasi ... ayat atau frasa tersebut sudah mencapai maksud dan menepati struktur tatabahasa

Koleksi Pedoman Bahasa Bil.1

a) Contoh penggunaan kata sendi nama antara dengan kata bilangan tentu dan kata

bilangan tidak tentu:

1. … perbualan itu antara satu dengan satu…

2. Antara dua bangunan itu jauh perbezaannya.

3. Kamsiah adalah antara peserta wanita yang mengambil bahagian dalam

sukan itu.

b) Contoh penggunaan antara dengan kata bilangan himpunan:

SALAH BETUL

…dalam mempertimbangkan untung rugi

antara keduanya.

… perhubungan antara kedua negara…

Di antara ketiga patukan ini, patukan

ketiga…

… dalam mempertimbangkan untung

rugi antara kedua-duanya.

…perhubungan antara kedua-dua

negara…

Antara ketiga-tiga patukan ini, patukan

ketiga…

v) Kata sendi nama antara juga boleh diikuti oleh kata ganti nama diri seperti mereka, kita dan –nya. Contohnya:

1. Antara kita, jauh berbeza.

2. Antara mereka, banyak persamaannya.

3. Antaranya, kita mahu masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan…

4. Malah ramai antara mereka yang terkenal sebagai pengkritik sosial…

vi) Kata sendi nama antara dan frasa sendi nama di antara boleh membentuk frasa

sendi nama berpasangan. Kata yang menjadi pasangannya ialah kata sendi nama dengan

bukan kata hubung dan. Contohnya:

24

Page 28: KANDUNGAN - pppnukm.files.wordpress.com dan Pustaka (DBP) ... Banyak organisasi ... ayat atau frasa tersebut sudah mencapai maksud dan menepati struktur tatabahasa

Koleksi Pedoman Bahasa Bil.1

SALAH BETUL

… di antara calon dan penemu

duga…

… di antara Muar dan Batu

Pahat.

… menghasilkan manfaat yang

bersalingan antara perkembangan

teknologi dan kemantapan

bahasa…

… antara calon dengan penemu

duga…

… di antara Muar dengan Batu

Pahat.

… menghasilkan manfaat yang

bersalingan antara perkembangan

teknologi dengan kemantapan

bahasa…

Kata hubung dan hanya dapat digunakan apabila kata sendi nama antara diikuti

oleh lebih daripada dua frasa. Contohnya:

1. … antara Hasnah, Rabitah dan Mariah…

2. … antara irama, lagu dan mutu persembahan…

3. … pertemuan khas antara Jabatan Bahasa, Pusat Dokumentasi dan

Jabatan Penerbitan.

viii) Kata sendi nama antara boleh digandingkan dengan kata sendi nama hingga

untuk menunjukkan lingkungan (tentang jarak, peratusan, masa, berat dan sebagainya).

Contohnya:

1. … antara 10 kilometer hingga 15 kilometer.

2. … antara 20% hingga 50%.

3. … antara 8 kilogram hingga 10 kilogram.

4. … antara akhir tahun tersebut hingga tarikh laporan ini.

5. … antara pukul 7.00 pagi hingga 6.00 petang.

6. … antara lain…

7. .... antara satu dengan yang lain…

8. … antara satu sama lain…

25

Page 29: KANDUNGAN - pppnukm.files.wordpress.com dan Pustaka (DBP) ... Banyak organisasi ... ayat atau frasa tersebut sudah mencapai maksud dan menepati struktur tatabahasa

Koleksi Pedoman Bahasa Bil.1

Bahagian 5 Kesilapan penggunaan di dan ke

engguna sering terkeliru antara penggunaan di dan ke sebagai kata sendi dengan di

dan ke sebagai imbuhan. Kedua-dua bentuk ini berbeza dari segi penggunaan dan

ejaannya. Perbezaan itu dapat kita lihat dengan penjelasan yang berikut:

P i) Kata sendi nama di

Kata sendi nama di digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang

menunjukkan tempat dan ditulis terpisah daripada kata nama atau frasa nama yang

mengikutinya. Contohnya:

SALAH BETUL

diangkasa

diantara

diatas

dibarat

dibawah

didalam

diJohor

diMalaysia

dilaut

dimana

dinegeri

di angkasa

di antara

di atas

di barat

di bawah

di dalam

di Johor

di Malaysia

di laut

di mana

di negeri

26

Page 30: KANDUNGAN - pppnukm.files.wordpress.com dan Pustaka (DBP) ... Banyak organisasi ... ayat atau frasa tersebut sudah mencapai maksud dan menepati struktur tatabahasa

Koleksi Pedoman Bahasa Bil.1

SALAH BETUL

dipantai

diruang

dirumah

disana

disini

ditanah

ditangga

ditengah

ditepi

diudara

di pantai

di ruang

di rumah

di sana

di sini

di tanah

di tangga

di tengah

di tepi

di udara

Kata sendi nama di tidak boleh digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama

yang menerangkan waktu, masa atau zaman. Contohnya:

SALAH BETUL

di abad ke-20

di hari cuti

di saat ini

di suatu masa

di tahun ini

di waktu itu

di zaman ini

pada abad ke-20

pada hari cuti

pada saat ini

pada suatu masa

pada tahun ini

pada waktu itu

pada zaman ini

27

Page 31: KANDUNGAN - pppnukm.files.wordpress.com dan Pustaka (DBP) ... Banyak organisasi ... ayat atau frasa tersebut sudah mencapai maksud dan menepati struktur tatabahasa

Koleksi Pedoman Bahasa Bil.1

ii) Kata sendi nama ke Kata sendi nama ke digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menunjukkan

tempat, arah atau masa dan ditulis terpisah daripada frasa nama atau kata nama yang

mengikutinya. Contohnya:

a) Menunjukkan tempat atau arah

1. Dia melihat ke kiri dan ke kanan sebelum melintas jalan.

2. Mereka pergi ke Kuala Kedah.

3. Pelajar itu pergi ke sekolah beramai-ramai.

4. Pengembara itu meneruskan perjalanannya ke arah timur.

5. Penyelam itu terjun ke dalam sungai.

b) Menunjukkan waktu atau masa

1. Anak kecil itu menunggu ayahnya di hadapan pintu hingga ke petang.

2. Dia asyik termenung dari sehari ke sehari.

3. Pengurus syarikat itu sentiasa menilai prestasi pekerjanya dari semasa ke

semasa.

4. Perempuan itu berada di sisi suaminya hingga ke saat terakhir.

5. Tradisi itu masih kekal hingga ke zaman sekarang.

iii. Imbuhan Awalan di- dan ke- Seperti imbuhan yang lain, awalan di- dan ke- hendaklah dieja serangkai dengan

kata yang menerimanya.

a) Awalan di-

Awalan di- membentuk kata kerja, iaitu kata kerja pasif diri ketiga. Contohnya:

28

Page 32: KANDUNGAN - pppnukm.files.wordpress.com dan Pustaka (DBP) ... Banyak organisasi ... ayat atau frasa tersebut sudah mencapai maksud dan menepati struktur tatabahasa

Koleksi Pedoman Bahasa Bil.1

SALAH BETUL

di basahi

di bukukan

di campak

di catat

di apit

di curi

di catu

di hukum

di isi

di laporkan

di patuhi

di peralat

di peristeri

di perluas

di peroleh

di persembahkan

di pertingkatkan

di rakam

di sapu

di tapis

di yakini

dibasahi

dibukukan

dicampak

dicatat

diapit

dicuri

dicatu

dihukum

diisi

dilaporkan

dipatuhi

diperalat

diperisteri

diperluas

diperoleh

dipersembahkan

dipertingkatkan

dirakam

disapu

ditapis

diyakini

29

Page 33: KANDUNGAN - pppnukm.files.wordpress.com dan Pustaka (DBP) ... Banyak organisasi ... ayat atau frasa tersebut sudah mencapai maksud dan menepati struktur tatabahasa

Koleksi Pedoman Bahasa Bil.1

b) Awalan ke- Awalan ke- bergabung dengan kata dasar untuk membentuk kata terbitan tertentu.

Contohnya:

SALAH BETUL

ke hendak

ke luar pintu

ke rangka

ke semua masalah

ke tua kampung

ke kasih

kehendak

keluar pintu

kerangka

kesemua masalah

ketua kampung

kekasih

Awalan ke- apabila diimbuhkan pada kata bilangan dan dieja sepenuhnya hendaklah

diserangkaikan pada kata yang mengikutinya dan, jika melebihi satu perkataan, pada kata

yang pertama mengikutinya, tetapi apabila diimbuhkan pada angka Arab hendaklah

disisipi dengan tanda sempang manakala, jika diimbuhkan pada angka Roman, tinggal

lafaznya sahaja. Contohnya:

SALAH BETUL

ke tiga

ke sepuluh

ke dua puluh

ke lima puluh dua

ke 4/ke4

ke 13/ke13

ke IV/keIV

ke XV/keXV

ketiga

kesepuluh

kedua puluh

kelima puluh dua

ke-4

ke-13

IV

XV

30

Page 34: KANDUNGAN - pppnukm.files.wordpress.com dan Pustaka (DBP) ... Banyak organisasi ... ayat atau frasa tersebut sudah mencapai maksud dan menepati struktur tatabahasa

Koleksi Pedoman Bahasa Bil.1

Bahagian 6 Kesilapan penggunaan dari dan daripada

engguna sering beranggapan bahawa dari dan daripada sebagai sama dan boleh

bersaling ganti penggunaannya. Kata sendi nama dari dan daripada mempunyai

pengertian yang berbeza dan penggunaannya adalah seperti yang berikut:

P i) Kata sendi nama dari Kata sendi nama dari digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan

arah, tempat, waktu atau masa.

a) Contoh yang menyatakan tempat atau arah:

1. Awak datang dari mana?

2. Kajian itu dibuat dari sudut ekonomi.

3. Lori itu datang dari arah kiri.

4. Mereka baru sampai dari Kuching.

5. Saya datang dari kampung.

b) Contoh yang menyatakan waktu atau masa:

1. Keadaannya semakin tenat dari sehari ke sehari.

2. Kerajaan itu terkenal sejak dari kurun ke-18.

3. Perangainya masih tidak berubah-ubah dari dahulu hingga sekarang.

4. Perkara itu telah diketahui dari waktu subuh lagi.

5. Persatuan itu sering mengadakan perjumpaan dari semasa ke semasa.

Yang berikut merupakan contoh kesilapan penggunaan kata sendi nama dari:

31

Page 35: KANDUNGAN - pppnukm.files.wordpress.com dan Pustaka (DBP) ... Banyak organisasi ... ayat atau frasa tersebut sudah mencapai maksud dan menepati struktur tatabahasa

Koleksi Pedoman Bahasa Bil.1

SALAH BETUL

bermula daripada bulan Mac

bermula daripada tarikh itu

daripada bandar ke desa

daripada hadapan

daripada kiri ke kanan

daripada pukul tiga petang

daripada saat ini

daripada sawah turun ke kali

daripada sebulan ke sebulan

daripada waktu subuh

datang daripada mana?

datang daripada pejabat tanah

datang daripada utara

diadakan daripada pukul lapan

dibuat daripada segi ekonomi

dikuis daripada penjuru padang

merantau daripada Pahang

bermula dari bulan Mac

bermula dari tarikh itu

dari bandar ke desa

dari hadapan

dari kiri ke kanan

dari pukul tiga petang

dari saat ini

dari sawah turun ke kali

dari sebulan ke sebulan

dari waktu subuh

datang dari mana?

datang dari pejabat tanah

datang dari utara

diadakan dari pukul lapan

dibuat dari segi ekonomi

dikuis dari penjuru padang

merantau dari Pahang

32

Page 36: KANDUNGAN - pppnukm.files.wordpress.com dan Pustaka (DBP) ... Banyak organisasi ... ayat atau frasa tersebut sudah mencapai maksud dan menepati struktur tatabahasa

Koleksi Pedoman Bahasa Bil.1

SALAH BETUL

sejak daripada kurun ke-17

sejak daripada zaman dahulu

sejak dari kurun ke-17

sejak dari zaman dahulu

Kata sendi nama daripada hadir di hadapan kata nama atau frasa naam yang

menyatakan perkara berikut:

• Punca bagi manusia atau institusi, haiwan, benda dan unsur mujarad

(abstrak);

• Sumber atau asal kejadian sesuatu benda;

• Perbezaan atau perbandingan; dan

• Menyatakan sebahagian daripada semua, perbezaan, perubahan atau

perbandingan.

a) Menyatakan punca bagi manusia, institusi, haiwan benda dan unsur

mujarad

1. Ali menerima sepucuk surat daripada ibunya.

2. Cadangan daripada persatuan telah kami terima.

3. Dia menjauhkan diri daripada bahaya dadah.

4. Encik Karim baru sahaja menerima arahan daripada ketuanya.

5. Mereka sudah pun menerima sumbangan daripada pihak kerajaan.

b) Menyatakan maksud sumber atau asal kejadian sesuatu benda

1. Ahli persatuan itu terdiri daripada pelajar sekolah.

2. Air terdiri daripada gabungan hidrogen dan nitrogen.

3. Benang berasal daripada kapas.

4. Kasut itu diperbuat daripada kulit buaya.

33

Page 37: KANDUNGAN - pppnukm.files.wordpress.com dan Pustaka (DBP) ... Banyak organisasi ... ayat atau frasa tersebut sudah mencapai maksud dan menepati struktur tatabahasa

Koleksi Pedoman Bahasa Bil.1

5. Saya bersedia untuk meminta maaf sekiranya kesilapan itu berpunca

daripada saya.

c) Menyatakan sebahagian daripada semua

1. Enam orang daripada mereka mati disambar petir.

2. Kami tiba lewat daripada mereka.

3. Sebahagian daripada pelajar sudah pulang ke rumah masing-masing.

4. Sebilangan besar daripada pekerja tidak bersetuju dengan peraturan baru

syarikat.

5. Seorang daripadanya bertubuh tinggi dan tegap.

d) Menyatakan perubahan, perbezaan atau perbandingan

1. Ali lebih tinggi daripada Ahmad.

2. Kami tiba lewat daripada mereka.

3. Membaca buku ilmiah lebih baik daripada membaca majalah hiburan.

4. Pendapat yang dikemukakannya jauh lebih matang daripada usianya

yang sebenar.

5. Perangainya lain daripada yang lain.

Yang berikut merupakan contoh kesilapan penggunaan kata sendi nama daripada:

SALAH BETUL

berbeza dari buku itu

berlainan dari abangnya

dari anaknya

dari cempedak baiklah nangka

berbeza daripada buku itu

berlainan daripada abangnya

daripada anaknya

daripada cempedak baiklah nangka

34

Page 38: KANDUNGAN - pppnukm.files.wordpress.com dan Pustaka (DBP) ... Banyak organisasi ... ayat atau frasa tersebut sudah mencapai maksud dan menepati struktur tatabahasa

Koleksi Pedoman Bahasa Bil.1

SALAH BETUL

dari dara baiklah janda

dari kakak lebih baik adiknya

dari ketuanya

dari lemak lembu

dari lembu kita mendapat susu

dari madu lebah

dari orang itu

dari teruna baiklah duda

diperbuat dari kapas

hasil dari ketekunannya

ilham dari lukisan itu

kata putus darinya

lebih baik dari orang ini

lebih lembut dari kain itu

naik dari RM9.00 kepada RM10.00

teladan dari kisah yang lalu

daripada dara baiklah janda

daripada kakak lebih baik adiknya

daripada ketuanya

daripada lemak lembu

daripada lembu kita mendapat susu

daripada madu lebah

daripada orang itu

daripada teruna baiklah duda

diperbuat daripada kapas

hasil daripada ketekunannya

ilham daripada lukisan itu

kata putus daripadanya

lebih baik daripada orang ini

lebih lembut daripada kain itu

naik daripada RM9.00 kepada

RM10.00

teladan daripada kisah yang lalu

Nota: Kata sendi nama daripada hanya boleh hadir di hadapan kata kerja atau frasa

kerja dan kata adjektif atau frasa adjektif apabila digunakan untuk menyatakan

perbezaan atau perbandingan. Contohnya:

35

Page 39: KANDUNGAN - pppnukm.files.wordpress.com dan Pustaka (DBP) ... Banyak organisasi ... ayat atau frasa tersebut sudah mencapai maksud dan menepati struktur tatabahasa

Koleksi Pedoman Bahasa Bil.1

a) Lebih baik menjawab salah daripada tidak menjawab langsung.

b) Aku lebih sanggup menentang sikap Zali daripada meninggalkan Norlina

seorang di sini.

c) Daripada duduk sahaja di rumah lebih baiklah beramal ibadat,

membersihkan kawasan masjid dan lain-lain.

d) ”Apakah yang lebih baik daripada bijaksana dan sabar?” Kinto bercakap

dengan kuat seperti ditujukan kepada seseorang.

36

Page 40: KANDUNGAN - pppnukm.files.wordpress.com dan Pustaka (DBP) ... Banyak organisasi ... ayat atau frasa tersebut sudah mencapai maksud dan menepati struktur tatabahasa

Koleksi Pedoman Bahasa Bil.1

Bahagian 7 Kesilapan Penggunaan untuk atau bagi Kata sendi untuk tidak boleh bertukar ganti dengan bagi apabila digunakan untuk

menyatakan maksud bahagian yang ditentukan atau diperuntukkan. Contohnya:

SALAH BETUL

Bagi siapakah hadiah ini?

Bagi siapakah makanan ini?

Bagi siapakah pinggan mangkuk ini?

Bagi siapakah televisyen ini?

Cincin ini bagimu.

Dia membeli buah tangan bagi Jenny.

Dia membeli kasut bagi Norida.

Dia membeli rantai emas bagi Salma.

Jam ini bagi Azian.

Kain sutera ini bagi ibu.

Untuk siapakah hadiah ini?

Untuk siapakah makanan ini?

Untuk siapakah pinggan mangkuk ini?

Untuk siapakah televisyen ini?

Cincin ini untukmu.

Dia membeli buah tangan untuk Jenny.

Dia membeli kasut untuk Norida.

Dia membeli rantai emas untuk Salma.

Jam ini untuk Azian.

Kain sutera ini untuk ibu.

37

Page 41: KANDUNGAN - pppnukm.files.wordpress.com dan Pustaka (DBP) ... Banyak organisasi ... ayat atau frasa tersebut sudah mencapai maksud dan menepati struktur tatabahasa

Koleksi Pedoman Bahasa Bil.1

SALAH BETUL

Kereta besar itu bagi Zariha.

Komputer peribadi ini bagi Fairuz.

Novel ini bagi Aini.

Pemain cakera ini bagi Sahariah.

Periuk nasi ini bagi Kim Lee.

Rumah banglo dua tingkat itu bagi ibu.

Sawah padi itu bagi anak-anaknya.

Tanah kebun yang luas itu bagi kami.

Kereta besar itu untuk Zariha.

Komputer peribadi ini untuk Fairuz.

Novel ini untuk Aini.

Pemain cakera ini untuk Sahariah.

Periuk nasi ini untuk Kim Lee.

Rumah banglo dua tingakt itu untuk

ibu.

Sawah padi itu untuk anak-anaknya.

Tanah kebun yang luas itu untuk

kami.

Kata sendi nama untuk boleh bertukar ganti penggunaannya dengan bagi jika

digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang berfungsi untuk menunjukkan

kegunaan sesuatu. Contohnya:

1. Dewan makan untuk/bagi mahasiswa universiti itu sedang dibina.

2. Perancangan aktiviti untuk/bagi tahun hadapan bagi/untuk kelab itu

sedang dibincangkan.

3. Kereta untuk/bagi kegunaan pejabat sahaja.

38

Page 42: KANDUNGAN - pppnukm.files.wordpress.com dan Pustaka (DBP) ... Banyak organisasi ... ayat atau frasa tersebut sudah mencapai maksud dan menepati struktur tatabahasa

Koleksi Pedoman Bahasa Bil.1

Bahagian 8 Kesilapan Mengeja Kata dengan k dan kk

esilapan ini berlaku kerana pengguna tidak dapat membezakan antara imbuhan –

kan dan meN –kan dengan imbuhan –an, peN –an dan ke-…-an akibat pengaruh

sebutan. Imbuhan –kan dan –an tidak akan berubah apabila diimbuhkan pada kata dasar

yang berakhir dengan konsonan k.

K

i) Contoh kesilapan mengeja kata dengan dua k/(kk) pada kata yang sepatutnya dengan satu k/(k)

SALAH BETUL

kebanyakkan

keburukkan

kecantikkan

kedudukkan

kemasukkan

kemudahbaikkan

kenaikkan

kependekkan

kependudukkan

kerancakkan

keretakkan

kebanyakan

keburukan

kecantikan

kedudukan

kemasukan

kemudahbaikan

kenaikan

kependekan

kependudukan

kerancakan

keretakan

39

Page 43: KANDUNGAN - pppnukm.files.wordpress.com dan Pustaka (DBP) ... Banyak organisasi ... ayat atau frasa tersebut sudah mencapai maksud dan menepati struktur tatabahasa

Koleksi Pedoman Bahasa Bil.1

SALAH BETUL

kerosakkan

ketidakmasukkan

peletakkan

pembaikkan

pengelompokkan

percetakkan

pergolakkan

pertunjukkan

peruntukkan

kerosakan

ketidakmasukan

peletakan

pembaikan

pengelompokan

percetakan

pengolakan

pertunjukan

peruntukan

ii) Contoh kesilapan mengeja kata dengan satu k/(k) pada kata yang sepatutnya

dengan dua k/(kk)

SALAH BETUL

meletakan

memasukan

membalikan

membanyakan

membelokan

membotakan

memburukan

memendekan

memperuntukan

meletakkan

memasukkan

membalikkan

membanyakkan

membelokkan

membotakkan

memburukkan

memendekkan

memperuntukkan

40

Page 44: KANDUNGAN - pppnukm.files.wordpress.com dan Pustaka (DBP) ... Banyak organisasi ... ayat atau frasa tersebut sudah mencapai maksud dan menepati struktur tatabahasa

Koleksi Pedoman Bahasa Bil.1

SALAH BETUL

menaikan

menampakan

mencampakan

mencantikan

menggalakan

menggerakan

mengoyakan

menunjukan

menyesakan

meretakan

merosakan

menaikkan

menampakkan

mencampakkan

mencantikkan

menggalakkan

menggerakkan

mengoyakkan

menunjukkan

menyesakkan

meretakkan

merosakkan

41

Page 45: KANDUNGAN - pppnukm.files.wordpress.com dan Pustaka (DBP) ... Banyak organisasi ... ayat atau frasa tersebut sudah mencapai maksud dan menepati struktur tatabahasa

Koleksi Pedoman Bahasa Bil.1

Bahagian 9 Kesilapan Penggunaan sekali, sungguh, paling dan teR-

erbandingan dapat dinyatakan dengan kata adjektif dan terbahagi kepada tiga, iaitu

darjah biasa, darjah bandingan dan darjah penghabisan.

P i) Darjah biasa

1. Hidup keluarga itu sederhana sahaja.

2. Laut tenang ketika waktu pagi.

3. Malam ini bulan terang.

4. Perangai pemuda itu baik.

5. Tubuh budak itu kurus.

ii) Darjah bandingan

Darjah bandingan digunakan dalam dua bentuk sama ada darjah bandingan

yang sama atau darjah bandingan yang berbeza.

a) Darjah bandingan yang sama

Darjah bandingan ini menggunakan kata adjektif dengan awalan se-.

Contohnya:

1. Air sirap itu semanis gula.

2. Anak saya tidak setinggi anaknya.

3. Fatimah tidak sepandai kakaknya.

4. Gadis itu secantik puteri raja.

5. Masakannya tidak sesedap masakan ibu saya.

6. Rumah Ali sebesar rumah Ahmad.

Nota: Awalan se- ini boleh bertukar ganti dengan kata sama.

42

Page 46: KANDUNGAN - pppnukm.files.wordpress.com dan Pustaka (DBP) ... Banyak organisasi ... ayat atau frasa tersebut sudah mencapai maksud dan menepati struktur tatabahasa

Koleksi Pedoman Bahasa Bil.1

Contohnya: sebesar = sama besar

secantik = sama cantik

semanis = sama manis

sepandai = sama pandai

sesedap = sama sedap

setinggi = sama tinggi

b) Darjah bandingan yang berbeza Darjah bandingan ini menggunakan kata penguat lebih atau kurang yang

berfungsi sebagai bandingan. Contohnya:

1. Anaknya lebih gemuk daripada anak jirannya.

2. Bunga ini lebih harum daripada bunga itu.

3. Gadis itu kurang cantik daripada kawannya.

4. Kami kalah kerana kami kurang cekap daripada pasukan lawan.

5. Kedai itu kurang maju daripada kedai di sebelahnya.

6. Rambut saya lebih panjang daripada rambutnya.

iii) Darjah penghabisan

Penggunaan kata adjektif dalam ungkapan darjah penghabisan dapat

dilakukan dengan cara yang berikut:

a) se + kata adjektif + gandaan + kata nama

1. Dialah sebaik-baik sahabat yang pernah kukenali.

2. Secantik-cantik bunga segar, jika tidak disiram, layu juga

akhirnya.

3. Sekeras-keras batu, tidak sekeras hatinya yang degil itu.

4. Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh juga ke tanah.

5. Setinggi-tinggi gunung, tinggi lagi impian saya.

43

Page 47: KANDUNGAN - pppnukm.files.wordpress.com dan Pustaka (DBP) ... Banyak organisasi ... ayat atau frasa tersebut sudah mencapai maksud dan menepati struktur tatabahasa

Koleksi Pedoman Bahasa Bil.1

b) ter + kata adjektif

1. Antara kami berempat, dia yang tertinggi.

2. Dialah pelajar yang terpandai di sekolah kami.

3. Gadis itu antara yang tercantik di kampungya.

4. Inilah pemandangan yang terindah yang sempat saya rakam.

5. Markah peperiksaan kali ini adalah yang terbaik yang pernah saya

peroleh.

6. Tokoh termasyhur itu meninggal dunia semalam.

c) paling + kata adjektif

1. Antara adik-beradiknya, dialah yang paling cerdik.

2. Bagi saya, masakan ibulah yang paling lazat.

3. Dialah yang paling pandai dalam mata pelajaran matematik.

4. Kita mesti mencari cara yang paling baik untuk menyelesaikan

masalah tersebut.

5. Menara itu paling tinggi di negara tersebut.

6. Pokok yang paling besar itu telah tumbang semalam.

d) kata adjektif + sekali

1. Ahmad pandai sekali.

2. Besar sekali rumah di atas bukit itu.

3. Cerdik sekali adik awak yang kecil itu.

4. Guru bahasa Melayu saya baik sekali.

5. Lazat sekali makanan yang saya makan tadi.

6. Pemain bola keranjang itu tinggi sekali.

44

Page 48: KANDUNGAN - pppnukm.files.wordpress.com dan Pustaka (DBP) ... Banyak organisasi ... ayat atau frasa tersebut sudah mencapai maksud dan menepati struktur tatabahasa

Koleksi Pedoman Bahasa Bil.1

e) ter + amat, sangat + kata adjektif

1. Bangunan itu tersangat tinggi.

2. Di dalam kelas, dialah yang teramat pandai.

3. Dia tersangat baik sehingga kami begitu sayang kepadanya.

4. Inilah makanan yang tersangat lazat yang pernah saya makan.

5. P. Ramlee seorang seniman agung yang teramat masyhur.

6. Puteri raja itu teramat cantik.

f) amat, sungguh, sangat + kata adjektif + sekali

1. Mereka amat cergas sekali

2. Dia amat pandai sekali

3. Bangunan itu amat tinggi sekali

4. Salmah sangat baik sekali

5. Suaranya sangat merdu sekali

6. Rupanya sungguh cantik sekali

7. Ramu sungguh cergas sekali

ii) Kata penguat seperti amat, sungguh dan sangat terbahagi kepada tiga, iaitu kata

penguat bebas, kata penguat hadapan dan kata penguat belakang.

a) Kata penguat bebas Kata penguat ini boleh hadir sebelum atau selepas kata adjektif.

Contohnya:

1a. Pakaian seragam pasukan itu amat kemas.

1b. Pakaian seragam pasukan itu kemas amat.

45

Page 49: KANDUNGAN - pppnukm.files.wordpress.com dan Pustaka (DBP) ... Banyak organisasi ... ayat atau frasa tersebut sudah mencapai maksud dan menepati struktur tatabahasa

Koleksi Pedoman Bahasa Bil.1

2a. Pemandangan di tepi pantai itu sangat indah.

2b. Pemandangan di tepi pantai itu indah sangat.

3a. Tiupan angin pada waktu petang sungguh nyaman.

3b. Tiupan angin pada waktu petang nyaman sungguh.

b) Kata penguat hadapan.

Kata penguat ini terletak di hadapan kata adjektif. Contohnya:

1. Harga batu permata itu paling mahal.

2. Pokok di belakang rumah saya terlalu tinggi.

3. Sungai itu agak dalam.

c) Kata penguat belakang

1. Indah nian puteri bunian.

2. Keputusan peperiksaannya kali ini baik sekali.

3. Lambat benar bas itu sampai.

iii. Kesilapan penggunaan teR-, sekali dan paling Dalam bahasa Melayu, imbuhan teR- dan kata penguat sekali dan paling sudah

menunjukkan darjah penghabisan. Oleh itu, suatu kata adjektif itu hanya boleh

menggunakan teR- atau sekali atau paling. Kedua-dua atau ketiga-tiganya tidak

boleh digunakan serentak. Misalnya, apabila suatu kata adjektif itu telah

menggunakan imbuhan teR-, maka kata penguat sekali dan paling tidak perlu lagi.

Begitu juga sebaliknya. Contohnya:

46

Page 50: KANDUNGAN - pppnukm.files.wordpress.com dan Pustaka (DBP) ... Banyak organisasi ... ayat atau frasa tersebut sudah mencapai maksud dan menepati struktur tatabahasa

Koleksi Pedoman Bahasa Bil.1

SALAH BETUL

paling terbaik sekali

paling terbaik

paling tercantik sekali

paling tercantik

paling termasyhur

paling masyhur sekali

paling terpandai sekali

terindah sekali

terpandai sekali

tertinggi sekali

terendah sekali

baik sekali

paling baik

cantik sekali

paling cantik

paling masyhur

masyhur sekali

pandai sekali

terindah

terpandai

tertinggi

terendah

47

Page 51: KANDUNGAN - pppnukm.files.wordpress.com dan Pustaka (DBP) ... Banyak organisasi ... ayat atau frasa tersebut sudah mencapai maksud dan menepati struktur tatabahasa

Koleksi Pedoman Bahasa Bil.1

Bahagian 10 Kesilapan Penggunaan Kata Nafi bukan atau tidak i) Kesilapan penggunaan kata nafi tidak

Kata nafi tidak digunakan untuk penafian dalam frasa kerja dan frasa adjektif.

Contohnya:

SALAH BETUL

bukan berjaya

bukan bertunang

bukan berusaha

bukan besar

bukan hidup

bukan kaya

bukan kecil

bukan manis

bukan mati

bukan melanggar

bukan membawa

bukan menangkap

bukan mengantuk

bukan miskin

tidak berjaya

tidak bertunang

tidak berusaha

tidak besar

tidak hidup

tidak kaya

tidak kecil

tidak manis

tidak mati

tidak melanggar

tidak membawa

tidak menangkap

tidak mengantuk

tidak miskin

48

Page 52: KANDUNGAN - pppnukm.files.wordpress.com dan Pustaka (DBP) ... Banyak organisasi ... ayat atau frasa tersebut sudah mencapai maksud dan menepati struktur tatabahasa

Koleksi Pedoman Bahasa Bil.1

SALAH BETUL

bukan muda

bukan pandai

bukan pergi

bukan rendah

bukan tinggal

bukan tinggi

bukan tua

tidak muda

tidak pandai

tidak pergi

tidak rendah

tidak tinggal

tidak tinggi

tidak tua

ii) Kesilapan penggunaan kata nafi bukan

Kata nafi bukan digunakan untuk penafian dalam frasa nama dan frasa sendi nama.

Contohnya:

SALAH BETUL

tidak dari Kuantan

tidak di desa

tidak di Subang

tidak doktor

tidak emak mertua

tidak gas

tidak kakak

tidak Kassim

tidak ke Ipoh

bukan dari Kuantan

bukan di desa

bukan di Subang

bukan doktor

bukan emak mertua

bukan gas

bukan kakak

bukan Kassim

bukan ke Ipoh

49

Page 53: KANDUNGAN - pppnukm.files.wordpress.com dan Pustaka (DBP) ... Banyak organisasi ... ayat atau frasa tersebut sudah mencapai maksud dan menepati struktur tatabahasa

Koleksi Pedoman Bahasa Bil.1

SALAH BETUL

tidak kerajaan

tidak ketua kampung

tidak lembu

tidak mahasiswa

tidak oleh ibu

tidak pelajar

tidak tangan

tidak tentang masakan

tidak tentang Perdana Menteri

tidak untuk kekasih

tidak untuk wanita

bukan kerajaan

bukan ketua kampung

bukan lembu

bukan mahasiswa

bukan oleh ibu

bukan pelajar

bukan tangan

bukan tentang masakan

bukan tentang Perdana Menteri

bukan untuk kekasih

bukan untuk wanita

Nota: Kata nafi bukan hanya boleh digunakan di hadapan frasa kerja dan

frasa adjektif apabila digunakan untuk mendukung maksud

pertentangan maklumat. Contohnya:

1. Ulasannya bukan bertujuan untuk menghina penulis berkenaan, tetapi

sekadar memberi pandangan peribadi. (frasa kerja)

2. Dia bukan hendak bekerja tetapi hendak bermain sahaja. (frasa kerja)

3. Dia bukan sahaja cantik, malah pintar juga. (frasa adjektif)

4. Program latih tubi bukan bertujuan untuk mendera peserta tetapi untuk

menerapkan disiplin dan ilmu yang dipelajari. (frasa adjektif)

50

Page 54: KANDUNGAN - pppnukm.files.wordpress.com dan Pustaka (DBP) ... Banyak organisasi ... ayat atau frasa tersebut sudah mencapai maksud dan menepati struktur tatabahasa

Koleksi Pedoman Bahasa Bil.1

KETUA PENGARAH DATO’ HAJI A. AZIZ BIN DERAMAN PENGARAH JABATAN BAHASA DR. HAJI AWANG BIN SARIYAN KETUA BAHAGIAN PENGEMBANGAN BAHASA SEKTOR AWAM HAJAH ZAITON BINTI AB. RAHMAN PENYUSUN ABDULLAH BIN MARJUNID AZIZAH BINTI AHMAD AHMAD FAZLY BIN SAHAR Khidmat Nasihat Bahasa boleh dihubungi melalui:

• Bahagian Pengembangan Bahasa Sektor Awam, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. Tel.: 03 - 21481960, 21485887 atau 21481011 Faks.: 03 – 21422029 atau 21445727 • Bahagian Pengembangan Bahasa Sektor Swasta, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. Tel.: 03 – 21485905 atau 21481011 Faks.: 03 – 21422029 • Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah, Beg Berkunci 149, 88999 Kota Kinabalu, Sabah. Tel.: 088 – 439314 atau 439316 Faks.: 088 – 439732

51

Page 55: KANDUNGAN - pppnukm.files.wordpress.com dan Pustaka (DBP) ... Banyak organisasi ... ayat atau frasa tersebut sudah mencapai maksud dan menepati struktur tatabahasa

Koleksi Pedoman Bahasa Bil.1

• Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak, Peti Surat 1390, 93728 Kuching, Sarawak. Tel.: 082 – 444711 atau 444712 Faks.: 082 – 444707 • Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Selatan, No. 1 & 3, Jalan Susur Dewata 1, Larkin Perdana, 80350 Johor Bahru, Johor. Tel.: 07 – 7475656 atau 7472020 Faks.: 07 - 2358686 • Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Timur, Lot PT 107 – 109, Seksyen 26, Jalan Abdul Kadir Adabi, 15200 Kota Bharu, Kelantan. Tel.: 09 – 7475656 atau 7472020 Faks.: 09 – 7475252 • Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Utara, No. 31, Lorong P.S.2, Bandar Perda, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Tel.: 04 – 6211011 atau 6211012 Faks.: 04 - 6211013

52