forum

9
Forum 1 Kamus dewan edisi keempat telah mengistilahkan pintar sebagai cekap, pandai, panjang akal, cerdik, licik serta mahir dalam membuat sesuatu pekerjaan. Cerdas pula membawa maksud sempurna akal, cerdik , pandai dan pintar. Manakala berbakat pula menurut kamus dewan adalah individu yang mempunyai kebolehan semulajadi. Ini bermakna kanak-kanak pintar cerdas ini mempunyai bakat dan kebolehan yang semulajadi. Akibat daripada kelebihan yang mereka perolehi maka mereka memerlukan program pembelajaran yang berbeza tahapnya daripada kanak-kanak yang seusia mereka. Program yang khusus adalah perlu bagi menyedari sumbangan mereka terhadap diri sendiri dan Negara. Namun dalam kelebihan yang mereka perolehi , mereka juga tidak lari daripada masalah. Masalah ini wujud dari dalam diri dan juga persekitaran. Antara masalah yang wujud adalah lemah konsep kendiri, fobia, keupayaan yang tidak seimbang, masalah bersosial dan masalah dalam mengembangkan potendi. Dalam konteks ini, amatlah relevan apabila kanak-kanak pintar cerdas ini dikategorikan dalam pendidikan khas kerana murid-murid khas ini perlu kepada keperluan khas merujuk kepada keperluan kanak-kanak iaitu atas satu sebab atau yang lain seperti memerlukan bantuan khas, sokongan, dan rangsangan. Kanak- kanak ni juga memerlukan program pendidikan yang perlu diubah mengikut tahap keperluan bakat mereka. Oleh itu kanak-kanak pendidikan khas bukanlah sahaja merujuk kepada kanak-kanak yang mempunyai masalah pembelajaran, pendengaran,penglihatan tetapi juga ia merujuk kepada mereka yang tidak dapat menguasai pembelajaran tetapi mereka juga mempunyai bakat semulajadi yang luar biasa yang perlu digilap dan dikawal sentiasa.

Upload: jangok

Post on 01-Oct-2015

220 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

hi

TRANSCRIPT

Forum 1Kamus dewan edisi keempat telah mengistilahkan pintar sebagai cekap, pandai, panjang akal, cerdik, licik serta mahir dalam membuat sesuatu pekerjaan. Cerdas pula membawa maksud sempurna akal, cerdik , pandai dan pintar. Manakala berbakat pula menurut kamus dewan adalah individu yang mempunyai kebolehan semulajadi. Ini bermakna kanak-kanak pintar cerdas ini mempunyai bakat dan kebolehan yang semulajadi.Akibat daripada kelebihan yang mereka perolehi maka mereka memerlukan program pembelajaran yang berbeza tahapnya daripada kanak-kanak yang seusia mereka. Program yang khusus adalah perlu bagi menyedari sumbangan mereka terhadap diri sendiri dan Negara. Namun dalam kelebihan yang mereka perolehi , mereka juga tidak lari daripada masalah. Masalah ini wujud dari dalam diri dan juga persekitaran. Antara masalah yang wujud adalah lemah konsep kendiri, fobia, keupayaan yang tidak seimbang, masalah bersosial dan masalah dalam mengembangkan potendi.Dalam konteks ini, amatlah relevan apabila kanak-kanak pintar cerdas ini dikategorikan dalam pendidikan khas kerana murid-murid khas ini perlu kepada keperluan khas merujuk kepada keperluan kanak-kanak iaitu atas satu sebab atau yang lain seperti memerlukan bantuan khas, sokongan, dan rangsangan. Kanak-kanak ni juga memerlukan program pendidikan yang perlu diubah mengikut tahap keperluan bakat mereka. Oleh itu kanak-kanak pendidikan khas bukanlah sahaja merujuk kepada kanak-kanak yang mempunyai masalah pembelajaran, pendengaran,penglihatan tetapi juga ia merujuk kepada mereka yang tidak dapat menguasai pembelajaran tetapi mereka juga mempunyai bakat semulajadi yang luar biasa yang perlu digilap dan dikawal sentiasa.

Forum 2Teori Kecerdasan Pelbagai menekankan bahawa kemampuan intelektual yang diukur melalui ukuran ujian IQ adalah sangat terbatas. Ini kerana ukuran ujian IQ menekankan pada kemampuan logikal-matematik dan bahasa sahaja. Sebenarnya, setiap orang mempunyai caranya yang tersendiri dan unik untuk menyelesaikan persoalan atau masalah yang dihadapi mereka. Tambahan lagi, kecerdasan bukan hanya dilihat dari nilai yang diperolehi seseorang. Hal ini kerana kecerdasan merupakan kemampuan yang dimiliki oleh seseorang untuk melihat sesuatu masalah dan seterusnya berupaya menyelesaikan masalah tersebut atau membuat sesuatu yang berguna kepada orang lain. Definisi kecerdasan pelbagai yang diberikan oleh Gardner (1983) adalah kepakaran kecerdasan manusia seharusnya mempunyai kemahiran untuk menyelesaikan masalah, menangani masalah sesuai dengan masa dan tempat dan menghasilkan output yang efektif.An intelligence is the ability to solve problems, or to create products that are valued within one or more cultural setting(Gardner 1983)Kecerdasan Pelbagai yang mencakupi sembilan kecerdasan pada dasarnya merupakan pengembangan dari kecerdasan otak (IQ), kecerdasan emosional (EQ) dan kecerdasan spiritual (SQ).Teori Kecerdasan Pelbagai mempunyai pengaruh signifikan dalm pendidikan serta membawa kesan penting pembelajaran organisasi. Gardner mengatakan bahawa pendidikan tradisional dengan proses pengujian tradisional (ujian IQ) telah mengabaikan kecerdasan pelbagai manusia. Menurut beliau, kebanyakan ujian IQ hanya mengukur kebolehan verbal atau bahasa dan pemikiran logical atau matematik. Kemahiran lain seperti sosial, interpersonal dan emosi yang membolehkan manusia berfungsi dengan berkesan telah dikecualikan daripada ujian IQ tradisional.Teori Kecerdasan Pelbagai oleh Gardner (2000) mendasari dua prinsip asas iaitu manusia mempunyai kecerdasan yang pelbagai dan semua orang dapat mengembangkan kesemua kecerdasan ini ke satu tahap yang kompeten. Teori ini hasil daripada kajian beliau yang dijalankan terhadap pelbagai lapisan masyarakat yang mempunyai pelbagai kriteria tersendiri dalam kalangan kanak-kanak biasa dan kanak-kanak istimewa. Menurut Howard Gardner, kecerdasan tidak boleh diwarisi semata-mata dan kecerdasan boleh dipengaruhi oleh budaya, persekitaran, peluang pendidikan, makanan, suasana pembelajaran dan lain-lain. Teori Kecerdasan Pelbagai yang diperkenalkan oleh Howard Gardner lebih kepada aspek kognitif dan perkembangan psikologi, antrapologi dan sosiologi dalam menjelaskan kecerdasan manusia. Pada mulanya teori ini terdiri daripada tujuh kecerdasan tetapi pada tahun 1999, dua lagi kecerdasan dimasukkan ke dalam teori ini.Pendapat yang dikemukakan oleh Howard Gardner menunjukkan bahawa kecerdasan seseorang dapat ditingkatkan melalui pendidikan dan latihan. Menurut Gardner, setiap individu mempunyai tahap kecerdasan yang berbeza kecerdasan dan kecerdasan tersebut boleh ditingkatkan dengan pendidikan melalui aktiviti yang bersesuian. Dalam konteks pendidikan guru memainkan peranan penting untuk merancang aktiviti dalam pengajaran dan pembelajaran supaya dapat memenuhi keperluan kecerdasan iaitu yang terdiri daripada sembilan kecerdasan yang diperkenalkan oleh Gardner.Gardner berjuang untuk membuktikan bahawa kecerdasan yang berasaskan aras kesatuan bukan merupakan satu ukuran keupayaan intelektual seseorang yang sempurna. Gardner mendakwa bahawa teori Kecerdasan Pelbagai mengetengahkan fakta bahawa manusia wujud dalam satu konteks yang pelbagai dan konteks ini digunakan untuk membajai kelainan-kelainan susunan dan himpunan kecerdasan. Gardner seterusnya menggunakan teori Kecerdasan Pelbagai dalam bukunya The Unschooled Mind: How Children Think and How Schools Should Teach (1991). Dalam buku ini beliau membincangkan pelbagai gaya pembelajaran dan menyarankan supaya meninggalkan pendekatan pintas dalam bidang pendidikan untuk mendidik semua kanak-kanak dan melihatnya mudah untuk belajar secara tradisional. Justeru pada pendapat saya Ujian IQ semata-mata tidak dapat mengambarkan potensi murid pintar, cerdas, berbakat dan kreatif yang sebenar kerana kecerdasan ini begitu flesibel.

Forum 3Program pemecutan merujuk kepada pengubahsuaian yang dilakukan terhadap tempoh masa pembelajaran untuk memenuhi keupayaan kognitif seseorang. Program ini membolehkan kanak-kanak PCB mencapai potensi mereka tanpa dibatasi kadar kelajuan pembelajaran yang ditentukan oleh pelajar biasa (Fox,1979: Davis & Rim,1989; Rogers,2003; Van TasselBaska,1992,2004). Program pemecutan (acceleration) dan pengayaan (enrichment) berjalan seiring dan saling berkaitan dalam pelaksanaan program untuk kanak-kanak PCB di seluruh dunia. Program pemecutan memberikan kredit kepada pelajar bagi menghabiskan kurikulum dalam masa yang singkat atau mendalami satu-satu cabang ilmu secara lanjutan. Manakala, program pengayaan(enrichment) merupakan kerangka dan strategi yang dirancang sebagai aktiviti tambahan yang mengukuhkan pemahaman pelajar terhadap cabang ilmu seperti kursus bahasa asing, pengajian drama atau fotografi yang tidak menyumbang apa-apa kredit untuk kemasukan atau penempatan awal pelajar pintar cerdas dan berbakat.Kanak-kanak pintar cerdas boleh dibantu melalui tiga jenis program: i. Pengasingan, ii. Pemecutan (acceleration) iii. Pengayaan

i). Pengasingan Dalam program pengasingan, kanak-kanak diasingkan daripada rakan sebaya di mana mereka disediakan kurikulum khas yang mampu menggalakkan kebolehan istimewa mereka. Pengasingan ini bertujuan mengeluarkan kanak-kanak daripada kelas biasa yang tidak dapat membantu perkembangannya secara optima.ii. Pemecutan (acceleration)Program pemecutan pula boleh dilaksanakan dengan dua cara. Satu cara ialah di mana kanak-kanak ini dikeluarkan daripada bilik darjah mereka untuk subjek-subjek spesifik. Mereka dimasukkan ke kelas untuk subjek tersebut. Maka mereka akan belajar dengan murid atau pelajar yang lebih tua daripada mereka. Cara kedua ialah di mana murid tersebut disediakan dengan rancangan khas dalam kelas yang sama. Rancangan ini membantu mereka belajar sesuatu bidang kemahiran mereka pada kadar yang lebih cepat berbanding rakan sebaya.

iii. PengayaanProgram pengayaan melibatkan pendekatan yang menyediakan pengalaman pengayaan sama ada di dalam atau di luar kelas. Misalnya aktiviti tambahan seperti lawatan ke muzium atau perpustakaan negara. Selain itu guru boleh merancang projek atau aktiviti lain yang memerlukan murid mencari maklumat yang lebih mendalam tentang sesuatu topik dan dilakukan oleh murid secara bersendirian. Program dan aktiviti luar bilik darjah. Melalui aktiviti ini, kanak-kanak akan didedahkan kepada situasi menjadi pemimpin dan yang dipimpin dalam sesebuah organisasi. Hal ini dapat menyediakan kanak-kanak kepada menjadi anggota masyarakat yang baik ketika mereka dewasa kelak dimana mereka mungkin menjadi seorang ketua dan dalam masa yang sama menjadi pengikut bagi seseorang yang lain. Selain itu, ia juga mendedahkan kanak-kanak kepada kemahiran komunikasi yang berkesan di antara ahli kumpulan. Ketua akan memainkan peranan agar setiap daripada anak buahnya mendapat setiap pergerakan dan bunyi yang dilakukan dengan baik. Program bersama keluarga. Elemen ini akan merapatkan dan menggalakkan interaksi dan kerjasama antara ibu bapa dan juga kanak-kanak tersebut. Ia boleh dilakukan untuk menggalakkan sosial kanak-kanak dan merapatkan lagi hubungan kekeluargaan antara ibu bapa dan anak. Secara tidak langsung, aktiviti ini dapat menarik perhatian kanak-kanak serta merangsang minda mereka untuk mengecam bunyi atau aksi yang ditunjukkan oleh ibu bapa mereka.Program sosial berhemah juga boleh merangsang minda kanak-kanak disamping meningkatkan sosial kanak-kanak dan juga meningkatkan keyakinan diri mereka. Fitrah kejadian seseorang kanak-kanak amat meminati sesuatu yang berbentuk animasi dan hanyalan seperti kartun dan alat permainan yang mewakili setiap apa yang mereka kagumi. Maka aktiviti berkaitan animasi mewujudkan peluang untuk kanak-kanak mengaplikasikan hanyalan dan juga animasi yang mereka fikirkan. Aktiviti ini jua mendedahkan kepada kanak-kanak bagaimana cara untuk berfungsi dalam satu kumpulan yang besar. Ianya memperkembangkan daya imaginasi dan kreativiti kanak-kanak dalam pembawakan watak masing-masing. Semangat kerjasama dan berpasukan dipupuk dalam menjayakan sesuatu persembahan. Aktiviti bahasa isyarat. Melalui aktiviti ini, dapat memberikan pendedahan kepada kanak-kanak tentang aktiviti main peranan. Aktiviti ini juga dapat menguji kreativiti kanakkanak dalam mempersembahkan kefahaman mereka dalam sesuatu benda atau haiwan dalam bentuk bahasa isyarat. Mereka juga akan menyesuaikan setiap perlakuan yang dilakukan untuk menjamin kefahaman si peneka. Ianya juga memerlukan komunikasi dua hala yang berkesan.Aktiviti Melukis. Kanak-kanak melukis sebagai Medium Komunikasi. Lukisan merupakan bentuk komunikasi awal kanak-kanak sebelum mereka berupaya untuk bertutur. Ianya dijadikan alat perhubungan yang berkesan untuk berinteraksi. Kanak-kanak juga melukis sebagai cara mencapai kepuasan diri. Melukis merupakan aktiviti yang mampu memberikan kepuasan kepada kanak-kanak. Melalui lukisan, kanak-kanak dapat meluahkan perasaan dan emosi selain dapat membina kekuatan otot. Aktiviti sebegini juga dapat membantu menajamkan daya intuisi kanak-kanak. Melukis juga untuk meningkatkan daya penguasaan kendiri (Self Esteem). Aktiviti melukis dapat memberikan kepuasan kepada kanak-kanak dalam meluahkan apa yang dilihat lalu dipindahkan semula dalam bentuk dan rupa imej yang unik mengikut tahap pemahaman mereka. Melalui aktiviti melukis, kanak-kanak dapat meningkatkan daya sensitiviti pancaindera. Aktiviti renang. Kemahiran kanak-kanak yang paling asas perlu menguasai untuk belajar berenang adalah kemampuan untuk menahan nafas. Kemampuan untuk menahan nafas akan membantu kanak-kanak menjadi lebih selamat di dalam dan sekitar air dan mempersiapkan mereka untuk berenang di dasar yang memerlukan tempoh masa yang singkat yang akan dikeluarkan di bawah air. . Kajian menunjukkan banyak faedah diperolehi daripada aktiviti berenang seperti kemahiran motor kasar dan halus, refleksi (masa tindak balas), kuasa tumpuan (fokus), kepintaran / kecerdasan, tabiat sosial, interaksi sosial, keyakinan diri, kebebasan dan boleh menangani situsi yang di luar jangka.

Antaranya lagi adalah menyediakan program pendidikan holistik dan suasana pembelajaran kondusif khusus untuk pelajar-pelajar pintar cerdas akademik. Membangun, menyedia, dan melaksanakan kurikulum pembelajaran yang sesuai dengan keperluan pembelajaran pelajar pintar cerdas akademik yang mempunyai potensi intelek yang tinggi. Menyediakan pengalaman awal bagi pelajar pintar cerdas untuk belajar di institusi pengajian tinggi sekali gus mendapat bimbingan mentor dari kalangan ahli akdemik. Mengumpulkan pelajar Malaysia yang berpotensi intelek tinggi untuk diberi peluang kepada mereka mendapatkan pengalaman awal dalam projek penyelidikan bagi membangunkan potensi minda kreatif dan berinovasi dalam kalangan pelajar berkenaan. Menjadi model pendidikan pintar cerdas yang melibatkan pengintegrasian kurikulum pendidikan menengah dengan suntikan sukatan pelajaran tahap pengajian tinggi. Mewujudkan satu wadah perkongsian pintar dan usaha sama di antara industri, institusi pengajian tinggi, dan sekolah dalam usaha saling lengkap melengkapi bagi menyediakan suasana pengalaman pembelajaran yang boleh membantu perkembangan holistik pelajar pintar cerdas akademik.