forum 3

Upload: anuar-jais

Post on 19-Oct-2015

8 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Forum 3

TRANSCRIPT

Berpandukan kepada komponen pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Kesihatan, cuba kenal pasti pelaksanaan kurikulum yang mengintegrasikan di antara kandungan dan kemahiran dari pelbagai disiplin bagi mencapai matlamat Pendidikan Kesihatan.UtamaPendekatan integrasi melibatkan kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran dirangkum dalam satu pendekatan yang lebih luas dalam konteks pendidikan kesihatan. Manakala matlamat Pendidikan Kesihatan ialah supaya murid dapat mengamalkan gaya hidup sihat sebagai budaya masyarakat Malaysia. Pendekatan pendidikan kesihatan merujuk kepada bagaimana usaha-usaha untuk mengubah tingkah laku atau penyampaian sesuatu maklumat, sikap atau kemahiran itu dilakukan. Pendekatan integrasi melibatkan kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran dirangkum dalam satu pendekatan yang lebih luas dalam konteks pendidikan kesihatan. Contohnya, integrasi antara mata pelajaran kesihatan dalam pendidikan dengan mata pelajaran sains. Dalam mata pelajaran sains banyak didapati perkara pendidikan kesihatan contohnya tentang tubuh badan manusia. Dengan ini secara tidak langsung murid akan belajar perkara-perkara yang terdapat di dalam mata pelajaran sains dan di integrasikan dengan mata pelajaran kesihatan contohnya tentang tubuh badan manusia. Integrasi mata pelajaran ini juga dapat membolehkan dan meningkatkan lagi pemahaman dan pengekalan ingatan mata pelajaran tersebut kedalam ingatan minda murid dengan melukis peta minda. Disamping itu pendidikan muzik juga boleh diintegrasikan dengan mata pelajaran kesihatan apabila guru boleh membantu murid mengingati mata pelajaran ini dengan menyanyikan lagu berdasarkan tajuk mata pelajaran dengan menggunakan melodi lagu-lagu masa kini.Jawab 1

Pendekatan integrasi melibatkan kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran dirangkum dalam satu pendekatan yang lebih luas dalam konteks pendidikan kesihatan. Manakala matlamat Pendidikan Kesihatan ialah supaya murid dapat mengamalkan gaya hidup sihat sebagai budaya masyarakat Malaysia. Kurikulum Pendidikan Kesihatan yang terancang dan persekitaran yang kondusif dapat menggalakkan proses pengajaran dan pembelajaran bagi meningkatkan potensi individu ke tahap optimum. Saranan mengintegrasikan Seni dalam Pendidikan Kesihatan mempunyai kebaikan dan kelebihan. Antara kelebihan-kelebihannya adalah seperti berikut: (a) Mempunyai kepelbagaian dan keseragaman aktiviti dalam bentuk unit-unit kerja. Apabila seni dalam pendidikan diintegrasikan di dalam unit-unit kerja, maka bertambahlah peluang pelajar untuk menceburi aktiviti-aktiviti pembelajaran. Dengan ini tahap kebolehan mereka untuk menyelesaikan sesuatu masalah dalam sesuatu unit kerja akan meningkat kerana mereka telah mempunyai kelebihan media yang boleh dijadikan sebagai alat bantu dalam menyelesaikan masalah. (b) Mempunyai ruang untuk menampung kepelbagaian akitiviti Seni dalam Pendidikan. Apabila setiap aspek kurikulum dimanfaatkan dengan sebaik mungkin untuk tujuan meleraikan proses penyelesaian masalah, secara tidak langsung akan dapat mewujudkan peluang yang baik bagi menerap dan melaksanakan aktiviti seni visual, muzik dan kesihatan. (c) Mempunyai ruang untuk menampung skop perpaduan yang luas.

Apabila Seni dalam Pendidikan diintegrasikan dengan bidang kesihatan, akan terbit suatu tanggapan, baik di kalangan guru mahupun murid, bahawa integrasi itu merupakan sebahagian daripada program aktiviti sekolah dan bukannya sesuatu yang bersifat terasing dan terpisah. Contoh, kemahiran daripada pendidikan Seni Visual juga boleh diintegrasikan dalam mata pelajaran kesihatan seperti melukis tubuh badan manusia dan sebagainya.Jawab 2

Pendekatan integrasi melibatkan kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran dirangkum dalam satu pendekatan yang lebih luas dalam konteks pendidikan kesihatan. Manakala matlamat Pendidikan Kesihatan ialah supaya murid dapat mengamalkan gaya hidup sihat sebagai budaya masyarakat Malaysia. Menurut Passe (1999) terdapat dua pendekatan bagi pelaksanaan integrasi dalam kurikulum iaitu: Adaptasi ke dalam kurikulum yang ada : Sesuatu perkara yang diintegrasikan ke dalam mata pelajaran yang sedia ada. Pendekatan ini melihat hubungan antara mata pelajaran dan seterusnya menggalakkan rentasan disiplin. Sebagai contoh antara mata pelajaran seni visual dengan muzik dan kesihatan, mata pelajaran kemahiran hidup dengan matematik serta antara sains dengan pendidikan jasmani dan kesihatan. Adaptasi adalah melalui konsep penggabungjalinan, penyerapan dan penerapan. Selain itu unsur-unsur nilai murni, KBKK, unsur patriotisme, unsur-unsur kebersihan dan penjagaan alam sekitar boleh diintegrasikan melalui pendekatan adaptasi ini. Membina kurikulum baru : Mata pelajaran yang baru akan diwujudkan dengan di dalamnya mengandungi unsur-unsur yang hendak diintegrasikan. Contohnya disiplin kesihatan telah dimasukkan ke dalam mata pelajaran pendidikan jasmani sehingga menjadi mata pelajaran pendidikan jasmani dan kesihatan. Gabungan unsur sejarah, geografi dan hal ehwal tempatan telah mewujudkan mata pelajaran kajian tempatan.

Jawab 3

Pendekatan integrasi melibatkan kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran dirangkum dalam satu pendekatan yang lebih luas dalam konteks pendidikan kesihatan. Manakala matlamat Pendidikan Kesihatan ialah supaya murid dapat mengamalkan gaya hidup sihat sebagai budaya masyarakat Malaysia. Manakala dari sudut pedagogi, integrasi melibatkan kaedah dan teknik mengajar yang meliputi pelbagai isi pelajaran dan kemahiran melalui unit pembelajaran dan bidang pelajaran yang khusus untuk tujuan membantu dalam pendekatan menyelesaikan masalah sebagai satu cara belajar. Guru juga boleh menggunakan kemahiran nyanyian daripada mata pelajaran muzik ke dalam mata pelajaran kesihatan. Banyak lagu-lagu patriotik yang boleh dinyanyikan untuk penghayatan semangat patrioitisme di kalangan pelajar seperti Jalur Gemilang, Lagu Rukun negara, Bahtera Merdeka, Tanjung Puteri sebagainya. Lagu-lagu bertemakan motivasi diri, semangat kekeluargaan, keamanan dan kemakmuran juga boleh diperolehi dengan banyak untuk disesuaikan dengan tajuk-tajuk pengajaran guru dalam mata pelajaran kesihatan. Penyerapan merupakan proses mengintegrasikan unsur-unsur isi kandungan daripada dua atau lebih mata pelajaran dalam sesuatu pelajaran. Contohnya, daripada mata pelajaran kesihatan, guru akan mengambil petikan atau artikel kesihatan bagi aktiviti bacaan dan kefahaman dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Dengan ini, murid akan memperoleh ilmu pengetahuan kesihatan semasa mempelajari kemahiran mata pelajaran Bahasa Melayu. Jawab 4Pendekatan integrasi melibatkan kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran dirangkum dalam satu pendekatan yang lebih luas dalam konteks pendidikan kesihatan. Manakala matlamat Pendidikan Kesihatan ialah supaya murid dapat mengamalkan gaya hidup sihat sebagai budaya masyarakat Malaysia. Integrasi dari sudut pedagogi boleh berlaku dengan dua cara, iaitu; (i) Berkait dengan prosedur mengajar: Yang menggabungkan pelbagai bidang pelajaran melalui unit-unit kerja, dan bidang-bidang pelajaran itu akan membantu mengembangkan konsep-konsep dan pemahaman terhadap unit-unit itu. (ii) Melibatkan perhubungan antara dua atau lebih bidang pelajaran: Perhubungan terjalin dengan sebegitu rupa membuatkan isi atau kandungan setiap bidang bertambah mapan dalam usaha untuk mempertingkatkan kefahaman dalam bidang-bidang lain yang bersangkutan. Dalam kebanyakan program disekolah rendah kedua-dua pendekatan ini dianggap sangat praktik dan memberi makna kepadanya. Kesemua mata pelajaran seni visual, muzik dan kesihatan boleh diintegrasikan kerana ketiga-tiga subjek ini mempunyai motif dan tujuan yang sama. Malahan dengan diadakan pengintegrasian mata pelajaran ini akan memperkukuhkan dan memantapkan lagi kefahaman pelajar tentang tajuk-tajuk yang hendak diajar.