forum 3

2
Assalamualaikum dan Salam sejahtera, Pada pendapat saya perbezaan diantara polisi kolonial British dan Belanda kepada muslim di Kepulauan Melayu boleh dilihat melalui politik, ekonomi dan sosial. Namun saya akan beri penekanan terhadap aspek politik dan sosial. Dari aspek politik boleh dilihat dari segi pentadbiran dan perundangan British dan Belanda itu sendiri semasa mereka melakukan kolonialisme terhadap Tanah Melayu dan Indonesia. Bagi penjajah British, polisi kolonial ini dapat dilihat menerusi aspek perundangannya apabila beliau memperkenalkan sekularisme dalam sistem perundangan sivil dan jenayah yang berasingan di kesemua jabatan kecuali yang berkaitan dengan agama dan adat istiadat Melayu. Tindakan ini, secara tidak langsung telah mewujudkan sistem perundangan Islam yang lebih formal yang mana disokong oleh statut, akta, pengesahan dan sebagainya mengikut logik barat seperti yang telah sedia ada. Institusi Islam formal seperti jabatan dan majlis agama Islam yang diperkenalkan oleh British juga lebih bertujuan supaya British dapat mengawalnya. Hal ini yang secara tidak langsung telah memberi implikasi besar kepada sistem perundangan Malaya apabila aspek orang awam dalam Islam dan peranan perundangan Islam diabaikan dan dihadkan kepada lingkungan peribadi sahaja. Disebabkan itu, konsep perundangan dualisme ini menjadi lebih jelas apabila perundangan Islam hanya digunakan dalam urusan berkaitan tentang keagamaan sahaja sedangkan perundangan Inggeris dijadikan sebagai undang-undang negeri Melayu. Berbanding Belanda, Belanda di Indonesia telah menggunakan polisi etika yang berasaskan moral dalam menghentikan semua pengaruh Islam dalam politik masyarakat Muslim. Belanda telah bekerjasama dengan ketua-ketua kaum adat dan menggunakan lembaga adat bagi membendung pengaruh Islam. Selain itu, Belanda juga turut menggunakan Van Der Berg dan Snouck Hugronje untuk merosakkan kehidupan dan kemurnian akidah Islam secara halus dari dalam. Hal ini kerana, Shouck Hugronje ini telah terlebih dahulu memiliki pengetahuan mengenai Islam. Snouck Hugronje ini juga adalah merupakan seorang Islamologis yang didatangkan oleh Belanda ke Indonesia dan diangkat sebagai penasihat serta diberi tugas untuk merumuskan segala polisi-polisi Belanda terhadap Islam. Hal ini kerana, Belanda melihat Islam itu sendiri sebagai ancaman kepada pentadbiran mereka di Indonesia disebabkan itu, peranan snouck hugronje digunakan bagi mempengaruhi masyarakat muslim di Indonesia pada ketika itu. Belanda juga turut menggunakan modus vivendi bersama pemimpin agama yang digelar Bupati untuk mendekati dan mempengaruhi mereka tentang Islam. Selain itu, pada tahun 1905, Belanda turut mengeluarkan undang-undang bahawa sesiapa yang hendak mengajarkan agama Islam, mesti terlebih dahulu mendapat izin daripada pemerintah Belanda. Ini secara tidak langsung menyebabkan penyebaran Islam menjadi lumpuh dan tidak dapat berkembang.

Upload: akusyah91

Post on 29-Sep-2015

9 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Islam AT

TRANSCRIPT

Assalamualaikum dan Salam sejahtera,

Pada pendapat saya perbezaan diantara polisi kolonial British dan Belanda kepada muslim di Kepulauan Melayu boleh dilihat melalui politik, ekonomi dan sosial. Namun saya akan beri penekanan terhadap aspek politik dan sosial. Dari aspek politik boleh dilihat dari segi pentadbiran dan perundangan British dan Belanda itu sendiri semasa mereka melakukan kolonialisme terhadap Tanah Melayu dan Indonesia. Bagi penjajah British, polisi kolonial ini dapat dilihat menerusi aspek perundangannya apabila beliau memperkenalkan sekularisme dalam sistem perundangan sivil dan jenayah yang berasingan di kesemua jabatan kecuali yang berkaitan dengan agama dan adat istiadat Melayu. Tindakan ini, secara tidak langsung telah mewujudkan sistem perundangan Islam yang lebih formal yang mana disokong oleh statut, akta, pengesahan dan sebagainya mengikut logik barat seperti yang telah sedia ada. Institusi Islam formal seperti jabatan dan majlis agama Islam yang diperkenalkan oleh British juga lebih bertujuan supaya British dapat mengawalnya. Hal ini yang secara tidak langsung telah memberi implikasi besar kepada sistem perundangan Malaya apabila aspek orang awam dalam Islam dan peranan perundangan Islam diabaikan dan dihadkan kepada lingkungan peribadi sahaja. Disebabkan itu, konsep perundangan dualisme ini menjadi lebih jelas apabila perundangan Islam hanya digunakan dalam urusan berkaitan tentang keagamaan sahaja sedangkan perundangan Inggeris dijadikan sebagai undang-undang negeri Melayu. Berbanding Belanda, Belanda di Indonesia telah menggunakan polisi etika yang berasaskan moral dalam menghentikan semua pengaruh Islam dalam politik masyarakat Muslim. Belanda telah bekerjasama dengan ketua-ketua kaum adat dan menggunakan lembaga adat bagi membendung pengaruh Islam. Selain itu, Belanda juga turut menggunakan Van Der Berg dan Snouck Hugronje untuk merosakkan kehidupan dan kemurnian akidah Islam secara halus dari dalam. Hal ini kerana, Shouck Hugronje ini telah terlebih dahulu memiliki pengetahuan mengenai Islam. Snouck Hugronje ini juga adalah merupakan seorang Islamologis yang didatangkan oleh Belanda ke Indonesia dan diangkat sebagai penasihat serta diberi tugas untuk merumuskan segala polisi-polisi Belanda terhadap Islam. Hal ini kerana, Belanda melihat Islam itu sendiri sebagai ancaman kepada pentadbiran mereka di Indonesia disebabkan itu, peranan snouck hugronje digunakan bagi mempengaruhi masyarakat muslim di Indonesia pada ketika itu. Belanda juga turut menggunakan modus vivendi bersama pemimpin agama yang digelar Bupati untuk mendekati dan mempengaruhi mereka tentang Islam. Selain itu, pada tahun 1905, Belanda turut mengeluarkan undang-undang bahawa sesiapa yang hendak mengajarkan agama Islam, mesti terlebih dahulu mendapat izin daripada pemerintah Belanda. Ini secara tidak langsung menyebabkan penyebaran Islam menjadi lumpuh dan tidak dapat berkembang.

Dari aspek sosial pula, iaitu perbandingan dari segi pendidikan dapat dilihat melalui tindakan British yang memperkenalkan polisi sekularnya dalam pendidikan.Reformasi sistem pendidikan kepada penduduk Melayu Muslim telah menyebabkan wujudnya budaya pemisahan dalam masyarakat Melayu. Melalui pengwujudan sistem pendidikan baru yang bercirikan dan bersifat kebaratan ini adalah bertujuan untuk mendapatkan sokongan daripada golongan aritokrasi Melayu. Salah satu kaedah yang berjaya dilaksanakan oleh British adalah melalui sebuah pusat khas yang mendidik orang Melayu yang layak bagi mengisi jawatan-jawatan kosong dalam perkhidmatan awam pada era penjajah. Perkembangan sistem pendidikan di bawah penjajahan British menyebabkan sistem pendidikan agama yang dijalankan melalui institusi tradisional seperti pondok atau surau mengalami kemerosotan. Tanpa sumber kewangan yang kukuh dan pentadbiran formal yang sistematik, sistem pendidikan tradisional ini ketinggalan di belakang berbanding pendidikan British. Walaupun British turut memperkenalkan sistem pendidikan vernakular kepada orang Melayu ia dilihat tidak lebih daripada usaha mereka untuk mengekalkan kekuasaan mereka ke atas Tanah Melayu. Bagi Belanda pula, pengawalan dari segi pendidikan dapat dilihat melalui sikap dan dasar diskriminasi Belanda itu sendiri dalam pemberian bantuan dan sumbangan. Hal ini dapat dilihat melalui sumbangan dalam jumlah yang besar telah diberikan keada pihak gereja bagi tujuan penyebaran Kristian berbanding dengan bantuan yang diberikan kepada masjid dan penyiaran Islam yang dilihat sangat sedikit. Selain itu, Belanda juga turut memberikan subsidi kepada sekolah-sekolah agama, namun begitu motif mereka adalah untuk mengawasi sekolah-sekolah tersebut yang mana dianggap sebagai satu percubaan untuk mengatasi dan menghalangi kegiatan Islam. Kesimpulannya, perbandingan diantara polisi kolonial Biritish dan Belanda kepada Muslim di Tanah Melayu jelas dapat dilihat daripada kedua-dua aspek yang dijelaskan di atas. Meskipun British bertindak lebih sekular sewaktu penjajahannya di Tanah Melayu namun begitu tindakan British ini telah mengundang kebangkitan nasionalisme dalam kalangan rakyat tempatan. Melalui keadaan ini, Belanda melihat bagi mengelakkan berlakunya keadaan seperti mana yang terjadi ke atas kolonial British, kolonial Belanda telah memberi jaminan kebebasan kepada orang muslim dan Belanda menganggap orang muslim perlu hormat kepada Belanda. Tindakan yang dilakukan oleh Belanda ini adalah bertujuan bagi mengelakkan berlakunya peperangan yang dianggap sebagai pembaziran.