forum 1

4
Kajian literatur sangat penting untuk memahami sesuatu isu yang akan dikaji oleh penyelidik. Apakah akan terjadi sekiranya seseorang penyelidik mengabaikan aspek ini? Jawab 1 Kajian literatur sangat penting untuk memahami sesuatu isu yang akan dikaji oleh penyelidik. Jika penyelidik mengabaikannya ini akan menyukarkannya untuk mencari topik yang relevan dan menarik untuk dikaji. Dengan tidak mempelajari, memilih dan melaporkan kajian literatur yang digunakan akan menjadikan kajian penyelidik itu tidak mempunyai nilai akademik. Ia juga tidak dapat menyedarkan pembaca akan potensi kesukaran kajian yang hendak dilakukan. Penyelidik juga menghadapi kesukaran untuk menunjukkan apa yang dilakukan dalam sesuatu bidang, mengenalpasti kelemahan yang boleh diperbaiki dan menyediakan fakta-fakta permulaan bagi kajian yang baharu. Penyelidik juga tidak dapat memberikan cadangan untuk merangka tindakan, memberikan justifikasi kesesuaian topik dan memberikan keyakinan kepada penyelidik bahawa topik itu berbaloi untuk diselidiki dan berpotensi untuk menemui sesuatu yang berguna. Terdapat beberapa bahagian penting yang amat memerlukan kita merujuk kepada kajian literatur seperti pembangunan teori kajian, perkembangan reka bentuk kajian dan juga kaedah pengumpulan dan penganalisaan data. Pendek kata, semua aspek dalam penulisan penyelidikan memerlukan sumber rujukan literatur yang betul bagi membuktikan perbincangan kajian penyelidik bersifat saintifik dan empirikal. Hasil kajian penyelidik akan berada di tahap surface dan dasar sahaja. Dan yang terpenting, kajian literatur bukan hanya sekadar memberikan laporan ringkasan hasil kajian lepas, tetapi memberi peluang kepada penyelidik menguasai penulisan penyelidikannya dengan identity sendiri melalui perbincangan kajian literatur yang kritis dan kritikal. Jawab 2

Upload: anuar-jais

Post on 26-Sep-2015

29 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Forum 1

TRANSCRIPT

Kajian literatur sangat penting untuk memahami sesuatu isu yang akan dikaji oleh penyelidik. Apakah akan terjadi sekiranya seseorang penyelidik mengabaikan aspek ini?Jawab 1Kajian literatur sangat penting untuk memahami sesuatu isu yang akan dikaji oleh penyelidik. Jika penyelidik mengabaikannya ini akan menyukarkannya untuk mencari topik yang relevan dan menarik untuk dikaji. Dengan tidak mempelajari, memilih dan melaporkan kajian literatur yang digunakan akan menjadikan kajian penyelidik itu tidak mempunyai nilai akademik. Ia juga tidak dapat menyedarkan pembaca akan potensi kesukaran kajian yang hendak dilakukan. Penyelidik juga menghadapi kesukaran untuk menunjukkan apa yang dilakukan dalam sesuatu bidang, mengenalpasti kelemahan yang boleh diperbaiki dan menyediakan fakta-fakta permulaan bagi kajian yang baharu. Penyelidik juga tidak dapat memberikan cadangan untuk merangka tindakan, memberikan justifikasi kesesuaian topik dan memberikan keyakinan kepada penyelidik bahawa topik itu berbaloi untuk diselidiki dan berpotensi untuk menemui sesuatu yang berguna. Terdapat beberapa bahagian penting yang amat memerlukan kita merujuk kepada kajian literatur seperti pembangunan teori kajian, perkembangan reka bentuk kajian dan juga kaedah pengumpulan dan penganalisaan data. Pendek kata, semua aspek dalam penulisan penyelidikan memerlukan sumber rujukan literatur yang betul bagi membuktikan perbincangan kajian penyelidik bersifat saintifik dan empirikal. Hasil kajian penyelidik akan berada di tahapsurfacedan dasar sahaja. Dan yang terpenting, kajian literatur bukan hanya sekadar memberikan laporan ringkasan hasil kajian lepas, tetapi memberi peluang kepada penyelidik menguasai penulisan penyelidikannya dengan identity sendiri melalui perbincangan kajian literatur yang kritis dan kritikal. Jawab 2Kajian literature bertujuan untuk menjelaskan tentang kajian yang akan dijalankan berdasarkan maklumat dan pengetahuan yang tepat tentang hubungkait isu yang hendak dikaji. Jika diabaikan penyelidikan yang dibuat tidak akan mencapai tujuan-tujuan penyelidikan seperti berikut; Menunjukkan penyelidik kenal bidang pengetahuan dan menyakinkan pembaca. Menunjukkan perkembangan sesuatu bidang dan kaitan dengan kajian. Merumuskan pengetahuan dalamsesuatu bidang dan menggabungkan keputusan yang berlainan. Usaha menambah kepada korpus ilmu dgn melihat daripada perspektif lain atau merujuk kepada idea baru. Selain itu penyelidik tidak kenal tentang sesuatu bidang pengetahuan dan menjadikan pembaca yakin tentang pengetahuan dan kebolehannya. Tidak dapat menunjukkan penyelidikan dahulu dan bagaimana ia dikaitkan dengan projek yang akan dijalankan kini. Penyelidik tidak dapat menggariskan arah penyelidikan melalui pengkajian semula dan perkembangan ilmu pengetahuan. Ia juga tidak dapat mengintegrasi dan merumus hasil penyelidikan yang diketahui dalam sesuatu bidang, sesuatu sorotan yang mencantumkan dan memberi hasil penyelidikan keputusan yang berlainan. Penyelidik tidak belajar daripada hasil penyelidikan idea-idea baharu. Penyelidik tidak dapat memberi tahu pembaca apa yang orang lain hasilkan supaya seseorang penyelidik boleh mengambil manfaat hasil usaha orang lainJawab 3Kajian literatur sangat penting untuk memahami sesuatu isu yang akan dikaji oleh penyelidik. Jika diabaikan, penyelidik tidak dapat mengenal pasti kajian-kajian terdahulu yang lebih kurang sama dengan kajiannya. Menerusi prinsipbased on previous research, penyelidik tidak dapat menentukan jurang yang boleh kajian literatur sumbangkan untuk kajiannya. Penyelidik tidak dapat bantuan untuk membuat keputusan untuk tidak menjalankan kajian yang sama tersebut. Penyelidik tidak dapat menggunakan rujukan seperti artikel jurnal, tesis, kertas kerja, prosiding, buku malah dokumen-dokumen yang berkaitan. Penyelidik tidak mencari sumber yang kukuh hasil daripada penulisan buku daripada sarjana terbabit dan juga jurnal-jurnal terkini yang dihasilkan. Penyelidik tidak dapat memilih bahan-bahan yang dipilih hendaklah berkait rapat dengan objektif penyelidikan, soalan kajian yang dikemukakan dan isu yang dibincangkan. Ia bukan merupakan deskripsi senarai bahan bacaan yang diperolehi atau semata-mata ringkasan kajian-kajian dalam bidang yang diselidiki. Tujuan tinjauan bahan literatur ialah untuk mendedahkan kepada pembaca, isu, idea, teori dan kajian empirikal yang telah dijalankan dan berkaitan dengan soalan kajian anda. Bahan-bahan yang lazim dirujuk terdiri daripada artikel jurnal, laporan penyelidikan, buku, monograph dan sebagainya. Setiap bahan yang dipilih hendaklah dinilai secara kritis dengan memberi tumpuan kepada soalan kajian yang ketengahkan, metodologi yang digunakan, penemuan yang diperolehi serta perbincangan penulis. Jawab 4

Kajian literatur sangat penting untuk memahami sesuatu isu yang akan dikaji oleh penyelidik. Jika diabaikan, penyelidik tidak dapat menjelaskan bahawa pengetahuan tentang kerja dan kajian lalu yang relevan membolehkan mereka mentakrifkan dan memantap soalan kajian mereka. Sebagai tambahan, mereka menyatakan bahawa penelitian terhadap kajian berkaitan dapat membantu mereka mengenal pasti kaedah, prosedur, dan instrument yang terbukti berguna dan yang kurang berguna bagi kajian mereka. Ringkasnya, tujuan utama kajian literatur adalah untuk menunjukkan bahawa seseorang pengkaji memahami apa yang telah dilakukan dan dicapai oleh pengkaji lain dalam bidang kajian pilihan, dan menjelaskan bagaimana kajian yang hendak dijalankan itu berbeza dari kajian lain. Kajian lepas adalah a critical analysis of the research conducted on a particular topic or question in the field of science. Ia merupakan analisis berupa kritik (membangun maupun menjatuhkan) dari penilitian yang sedang dilakukan terhadap topik khusus atau pertanyaan terhadap suatu bahagian dari keilmuan. Tinjauan literatur bukannya ringkasan terhadap sesebuah kajian tetapi merupakan cerita ilmiah terhadap permasalahan kajian tertentu yang dilakukan oleh orang lain. Penyelidik juga gagal melakukan tiga perkara utama perlu dicari dalam penyelidikan iaitu;i. Katakan apa yang dikatakan oleh penelitian (teori)

ii. Katakan bagaimana penelitian dilakukan (metodologi)

iii. Katakan apa yang hilang/kurang, iaitu lompang (ruang kosong) yang ingin disii oleh penelitian penyelidik.

Jawab 5Kajian literatur sangat penting untuk memahami sesuatu isu yang akan dikaji oleh penyelidik. Jika diabaikan, penyelidik tidak mendapat kepentingan terhadap kajian literatur seperti berikut; telah membaca dengan cukup luas berkaitan kajian tersebut. Tujuan dari kajian telah dikenalpasti dengan jelas. Tulisan penyelidik mengandungi definasi yang jelas dan mengklasifikasi batasan daripada batasan berkenaan dengan penelitian yang bakal penyelidik jelaskan. Kajian menumpukan kepada perkembangan muktahir topik yang hendak dikaji. Kajian akan menggunakan sumber yang utama. Penyelidik juga tidak dapat membuat kritikan terhadap literatur yang telah dibaca seperti berikut; Aliran yang logik daripada penulisan penyelidik. Struktur kajian penyelidik telah dinyatakan dengan jelas. Sukar bagi penyelidik membuktikan bahawa mereka telah membaca dengan luas, sekaligus fokuskan kepada topik penelitian yang spesifik. Penyelidik telah memfokuskan kepada masalah yang paling relevan. Penyelidik tidak dapat membuat interpretasi terhadap kajian literatur seperti berikut; Penyelidik telah memfokuskan dan membuat penilaian terhadap apa yang telah dibaca. Masih ada ruang yang lebar belum terisi dalam penelitian tersebut. Penyelidik menggunakan hasil penelitian itu untuk membuat interpretasi anda terhadap kajian itu.