fonetik dan fonologi

47
1.0 Pendahuluan Bahasa yang dihasilkan melalui alat artikulasi manusia disebut pertuturan, kalimat atau ujaran, iaitu satu sistem bunyi yang teratur atau percantuman bunyi yang hadir secara berulang-ulang atau berurutan. Bahasa berasal daripada bunyi-bunyi yang disebut bunyi-bunyi bahasa. Bahasa bertindak melalui dua bentuk iaitu melibatkan bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan melalui alat ujaran manusia dan merangsang pemikiran, situasi sosial dan makna. Kajian bunyi terbahagi kepada dua bidang, iaitu fonetik dan fonologi. Fonetik dan fonologi merupakan satu bidang kajian yang membincangkan mengenai bunyi bahasa. Fonetik merupakan satu bidang kajian yang berfokuskan kepada pembentukan bunyi bahasa. Manakala fonologi merupakan satu bidang kajian yang mengkaji mengenai bunyi bahasa dan mempunyai sistem dan peraturan yang terdapat dalam bahasa tersebut. Menurut Abdullah Yusoff dan Che Rabiaah Mohamed (2005), bunyi bahasa merupakan bunyi atau gabungan bunyi-bunyi yang dihasilkan melalui rongga pernafasan yang membentuk perkataan. Menurut Henderson, bidang fonologi ini perlu diasingkan daripada bidang fonetik memandangkan bidang fonetik tidak mungkin dapat merangkumi pemerian seluruh bunyi yang dihasilkan oleh manusia. Sebagaimana yang dinyatakan, bahawa bidang fonetik adalah bidang yang mengkaji fenomena bunyi bahasa manusia sejagat, maka pada teori dan praktiknya, bidang ini mengkaji 1

Upload: muhd-sofi

Post on 21-Jan-2016

88 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: fonetik dan fonologi

1.0 Pendahuluan

Bahasa yang dihasilkan melalui alat artikulasi manusia disebut pertuturan, kalimat atau

ujaran, iaitu satu sistem bunyi yang teratur atau percantuman bunyi yang hadir secara

berulang-ulang atau berurutan.  Bahasa berasal daripada bunyi-bunyi yang disebut

bunyi-bunyi bahasa.  Bahasa bertindak melalui dua bentuk iaitu  melibatkan bunyi-bunyi

bahasa yang dihasilkan melalui alat ujaran manusia dan merangsang pemikiran, situasi

sosial dan makna.  Kajian bunyi terbahagi kepada dua bidang, iaitu fonetik dan fonologi.

Fonetik dan fonologi merupakan satu bidang kajian yang membincangkan mengenai

bunyi bahasa. Fonetik merupakan satu bidang kajian yang berfokuskan kepada

pembentukan bunyi bahasa. Manakala fonologi merupakan satu bidang kajian yang

mengkaji mengenai bunyi bahasa dan mempunyai sistem dan peraturan yang terdapat

dalam bahasa tersebut. Menurut Abdullah Yusoff dan Che Rabiaah Mohamed (2005),

bunyi bahasa merupakan bunyi atau gabungan bunyi-bunyi yang dihasilkan melalui

rongga pernafasan yang membentuk perkataan.

Menurut Henderson, bidang fonologi ini perlu diasingkan daripada bidang fonetik

memandangkan bidang fonetik tidak mungkin dapat merangkumi pemerian seluruh

bunyi yang dihasilkan oleh manusia. Sebagaimana yang dinyatakan, bahawa bidang

fonetik adalah bidang yang mengkaji fenomena bunyi bahasa manusia sejagat, maka

pada teori dan praktiknya, bidang ini mengkaji bunyi dari segi sifat bunyi itu, cara

pengeluarannya, dan aspek pendengarannya.

Bidang fonetik dibahagikan kepada tiga iaitu fonetik auditori, fonetik akustik dan

fonetik artikulasi. Fonetik artikulasi adalah fonetik yang mengkaji bagaimana bunyi-

bunyi bahasa itu dihasilkan atau dikeluarkan. Bunyi-bunyi itu terhasil daripada udara

yang keluar daripada paru-paru(udara sebenarnya keluar masuk paru-paru semasa

seseorang itu bernafas) kemudian lalu pada pita suara yang boleh menentukan

keadaan bunyi itu sama ada nyaring, kuat, perlahan atau sebagainya ,kemudian udara

itu keluar melalui rongga ,iaitu rongga tekak, rongga mulut atau rongga hidung untuk

mewujudkan “gema”.

1

Page 2: fonetik dan fonologi

2.0       Definisi fonetik

Fonetik ialah kajian tentang bunyi-bunyi ujaran manusia. Kajian fonetik memberikan

tumpuan kepada ‘fon’ atau bunyi-bunyi bahasa dan bagaimana bunyi- bunyi itu

dihasilkan, didengar dan diinterpretasikan.

Maksud dan definisi fonetik menurut Kamus Dewan(1996:354), fonetik ialah ilmu

bahasa (linguistik) yang berkaitan dengan penyebutan kata dan lambang yang

menunjukkan sebutannya. Manakala mengikut Merriam Webster’s Collegiate Dictionary

tenth edition (1996:873), fonetik dikatakan sebagai “the system of speech sounds of a

language or group of languages”. Kamus Oxford Advanced Learner’s Dictionary of

current English (1992:671) fonetik merupakan “the study of speech sounds and their

production”.

Mengikut kamus The World Book of Dictionanry (1981:1566) menyatakan fonetik

sebagai “the science dealing with sounds made in speech and the art of pronunciation.

concerned with the production of these speech sounds by the articulating organs of the

speaker, the sound waves in which they result, and the auditory effect they produce on

the hearer”.

Kamus Collins Shorter English Dictionary (1990:858) pula menjelaskan fonetik

sebagai “the science that deals with pronunciation and the representation of the sounds

of speech.”Mengikut Kamus Linguistik(Harimurti Kridalaksana, 1984:51) memberikan

definisi fonetik sebagai “ilmu yang menyelidiki penghasilan, penyampaian dan

penerimaan bunyi bahasa.” Akan tetapi mengikut Encyclopedia Americana

(1994:955)mendefinisikan fonetik sebagai “ the science that investigates the sounds

made by the speech organs, seeking to describe them, account for their production, and

classify them.”

Selain definisi-definisi yang diberikan dalam kamus dan ensiklopedia beberapa

pandangan dan pengertian tentang fonetik oleh beberapa orang

sarjana bahasa juga disertakan di sini bagi menjelaskan konsep fonetik tersebut.

Mengikut Ferdinand de Saussure dalam buku Pengantar Linguistik Umum yang

diterjemahkan oleh Ajid Che Kob Course in Ge neral Linguistics menyatakan “ fonetik

merupakan bahagian-bahagian  yang asas dalam ilmu bahasa, manakala fonologi,

2

Page 3: fonetik dan fonologi

hanya satu disiplin Bantu dan terangkum ke dalampertuturan (1993:37).”Mengikut Adrin 

Akmajian et. Al. dalam bukuLinguistik: Pengantar bahasa dan Komunikasi terjemahan

Aishah Mahdi dan Azizah Hussein daripada buku Linguistik :An Introduction to

Language and Communication menyatakan: “ Fonetik ialah bidang yang

memperkatakan bagaimana bunyi bahasa dihasilkan (dituturkan) dalam saluran suara

bidang kajian yang dikenali se bagai fonetik artikulasi , dan juga sifat fizikal

gelombang bunyi bahasa yang dihasilkan oleh saluran suara (bidang yang dikenali

sebagai fonetik akustik).Sementara istilah fonetik biasanya bermaksud kajian tentang

sifat artikulasi dan akustik bunyi. (1995:61).

Manakala Marsono dalam bukunya fonetik memberikan definisi fonetik adalah

seperti yang berikut: “Fonetik (phonetics) ialah ilmu yang menyelidiki bunyi-

bunyi bahasa tanpa melihat fungsi itu sebagai pembeda makna dalam suatu bahasa”

(1986:1”).Prof. Dr J.W.M Verhaar Gadjah Mada Universiti Press, Yogyakarta, 1988,

dalam bukunya Pengantar Linguistik memberikan pengertian fonetik seperti berikut:

“Fonetik atau ilmu bunyi menyelidiki bunyi sebagaimana terdapat dalam parole”.Dr.

Awang Had Salleh (Nov 1958 : 536-540),menjelaskan bahawa fonetik ialah mengkaji

bunyi bahasa dari segi cara pengeluarannya, daerah pengeluarannya dan sifat

fizikalnya.

Fonetikamnya ialah pengkajian terhadap unsur bahasa dalam bentuk bunyi.

(1993:40) Alias Mohamad Yatim, dalam bukunya Fonetik dan Fonologi:Suatu Tinjuan

menyatakan: “Fonetik ialah kajian saintifik mengenai bunyi bahasa dan rumus yang

melibatkan pengeluarannya.”(1992:2) Mengikut Arbak Othman menghuraikan fonetik

sebagai: “ Fonetik merupakan bidang yang dipelajari segala bunyi bahasa (bunyi-bunyi

yang dihasilkan oleh alat-alat pertuturan manusia) dan memberikan simbol fonetik untuk

masing-masing bunyi itu.

Raja Mukhtaruddin bin Raja Mohd.Dain memberikan pengertian fonetik sebagai

berikut “ Fonetik mengandungi teori-teori mengenai bunyi bahasa. Dalam fonetik akan

terdapat konsep-konsep mengenai bunyi bahasa, kriteria-kriteria pengklasan bunyi-

bunyi bahasa, teknik menghuraikan pengeluaran bunyi bahasa dan lain-lain

seumpamanya.” (1982:40).

3

Page 4: fonetik dan fonologi

Menurut Siti Hajar Abdul Aziz (2011) pula, asal perkataan fonetik adalah

daripada bahasa Greek yang kemudiannya disebut sebagai phone yang bermaksud

bunyi (suara), iaitu kajian tentang bunyi-bunyi ujaran manusia. Kajian fonetik

memberikan tumpuan kepada ‘fon’ atau bunyi-bunyi bahasa dan bagaimana bunyi-

bunyi bahasa itu dihasilkan, didengar dan diinterpretasikan.

Sementara Indirawati Zahid dan Mardian Shah Omar (2006) pula menyatakan

fonetik ialah kajian mengenai bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan oleh manusia iaitu

bunyi yang digunakan sebagai alat komunikasi.  Selain itu, fonetik juga boleh

didefinisikan sebagai mempelajari segala bunyi yang diucapkan melalui mulut manusia,

baik bunyi manusia, bukan bunyi bahasa, mahu pun bunyi-bunyi marginal, dan

memberikan simbol fonetik untuk setiap bunyi. (Dr. Lufti Abas, 1975).

Nik Safiah Karim dan Wan Malini Ahmad dalam buku Teks Bahasa Melayu

STPM yang diterbitkan oleh Penerbit Fajar bakti Sdn.Bhd (2006) pula mentakrifkan

bahawa fonetik ialah bidang yang mengkaji bunyi-bunyi yang dihasilkan oleh kita iaitu

manusia dan memberikan lambang kepada bunyi-bunyi tersebut. Menurut Prof.

Emeritus Dr. Abdullah Hassan dalam bukunya Fonetik Dan Fonologi : Siri P & P

Bahasa Melayu (2005) pula menjelaskan bahawa fonetik ialah bidang yang mengkaji

penyebutan bunyi manusia, terutama bunyi yang digunakan dalam pertuturan.

2.1       Cabang-cabang fonetik

Bidang fonetik terbahagi kepada tiga cabang utama, iaitu fonetik artikulasi,

fonetik akustik dan fonetik auditori.  Fonetik artikulasi mengkaji cara bunyi-bunyi bahasa

dihasilkan oleh manusia dan bahagian-bahagian (articulator) yang terlibat dalam

penghasilan bunyi.  Selain itu, cabang ini juga melakukan pengelasan terhadap bunyi

bahasa berdasarkan cara bunyi itu dikeluarkan oleh alat tutur.

Fonetik akustik pula mengkaji sifat-sifat bunyi bahasa.  Sifat fizikal yang dimaksudkan

ialah gelombang bunyi ujaran yang dihasilkan oleh pita suara. Gelombang bunyi ini

dapat diukur dengan menggunakan alat seperti spektogram dan osiloskop.   Antara sifat

yang diberi perhatian dalam kajian fonetik akustik termasuklah nada, frekuensi dan

amplitud.

4

Page 5: fonetik dan fonologi

Fonetik auditori pula mengkaji cara otak memproses bunyi yang diterima melalui telinga

dan cara bunyi-bunyi tersebut diinterprestasikan.  Proses yang terlibat

dinamakan  sebagai mendekod, yang melibatkan pendengar.  Penutur menukarkan

maklumat yang hendak disampaikan dalam bentuk kod-kod yang tertentu seperti bunyi,

kata dan ayat manakala pendengar pula mentafsir maklumat ini dalam otak bagi

menjadikannya sesuatu yang bermakna dalam komunikasi yang berlangsung.

(Indirawati Zahid & Mardian Shah Omar, 2006).

2.2       Definisi fonologi

Fonologi ialah kajian tentang sistem bunyi bahasa yang berkaitan senarai bunyi bahasa

dan ciri-ciri bunyi tersebut serta peraturan khusus yang menjelaskan cara bunyi-bunyi

tersebut berhubung antara satu sama lain. Tugas bidang fonologi ialah merumuskan,

menghuraikan dan menjelaskan segala bentuk bunyi dalam sesuatu bahasa secara

terperinci.

Maksud fonologi juga didapati dan dipetik daripada pendapat beberapa orang

sarjana bahasa. Mengikut Adrian Akmajianet al dalam bukunya Linguistik: Pengantar

Bahasa dan Komunikasi terjemahan oleh Aishah Mahdi dan Azizah Hussien memberi

pengertian tentang fonologi seperti yang berikut: “ Fonologi ialah subbidang linguistic

yang mengkaji struktur dan pemolaan sistematik bunyi dalam bahasa manusia. Istilah

fonologi digunakan dalam dua cara. Dari satu segi, fonologi sesuatu bahasa tertentu

dan rumus yang mengawal penyebaran bunyi tersebut.

Menurut Arbak Othman (1983), fonologi merupakan bahagian daripada linguistik

deskriptif  yang  mempelajari bunyi-bunyi yang diucapkan dalam atau melalui mulut

manusia.  Nik Safiah Karim dan Wan Malini Ahmad Teks Bahasa Melayu STPM terbitan

Fajar Bakti Sdn.Bhd, Shah Alam (2006)  pula menjelaskan bahawa fonologi ialah

cabang ilmu bahasa yang mengkaji bunyi bahasa sesuatu bahasa dan fungsinya dalam

sistem bahasa tersebut. Bunyi bahasa disusun dengan sistem dan bidang fonologi

bertujuan untuk menganalisis sistem ini. Fonologi terbahagi kepada dua iaitu fonetik

dan fonemik.  Fonemik merupakan bidang yang mengkaji bunyi-bunyi sesuatu, iaitu

pengkajian tentang fungsi atau struktur bunyi bahasa itu.

5

Page 6: fonetik dan fonologi

Menurut Rahimah Haji Sabran dan Rahim Syam (2005) pula,  bidang fonologi

mengkaji sistem bunyi-bunyi yang tertentu dalam pertuturan, khusus bagi sesuatu

bahasa. Abdullah Hassan (2005), pula menyatakan fonologi ialah bidang yang mengkaji

sistem bunyi-bunyi dalam bahasa.Munurut sarjana dari Indonesia dalam bukunya

: Pengantar Linguistik , Prof. Dr J.W.M.Verhaar, Gadjah Mada Universiti

Press, Yogyakarta, ,1988, menyatakan bahawa , fonologi ialah bidang yang menyelidiki

bunyi bahasa hanya menurut segi fungsionalnya sahaja.

Dari segi yang lain pula, fonologi merujuk bahagian teori tentang bahasa

manusia yang umum yang berkaitan dengan sifat universal

sistem bunyi semula jadi.”(1995:112) Manakala Frank parker dalam Linguistik untuk

Bukan Ahli Linguistik menjelaskan: “Fonologi merupakan suatu bidang yang mengkaji

sesuatu bahasa, iaitu rumus-rumus yang menentukan sebutan.” (1974:112). Abdullah

Hassan pula dalam bukunya Linguistik Am untuk Guru Bahasa Malaysia

menyatakan bahawa fonologi mengkaji bunyi-bunyi yang berfungsi dalam sesuatu

bahasa itu.”(1993:40)

Maksud dan makna fonologi menurut kamus dewan pula ialah,

fonologi merupakan kajian tentang bunyi sebutan dalam sesuatu bahasa.(1996:354)

Dalam Merriam Webster’s Collegaite Dictionanry tenth edition (1996:874) fonologi

dihuraikan sebagai “the science of speech sounds including, especially the history and

theory of sound changes in a language or in two or more related languages. Mengikut

Kamus Linguistik (Harimurti Kridalaksana,1984:51) memberikan definisi fonologi

sebagai bidang dalam linguistic yang menyelidiki bunyi-bunyi bahasa mengikut

fungsinya. Kamus Oxford Advanced Learner’s Dictionanry of CurrentEnglish (1992:671)

memberi pengertian fonologi sebagai “the study of the systems of speech sounds,

especially in a particular language. Manakala kamus Chamber Family Dictionary

(1990:572) menghuraikan fonologi sebagai “ the study of system of sounds in language

and of the history of their changes. Dalam Collins Shorter English Dictionary(1993:858)

fonologi dikatakan “the study of the sound system of a language or of language in

general.”The World Book Dictionary(1981:1567) menerangkan fonologi sebagai “ the

system of sound used in language”.

.

6

Page 7: fonetik dan fonologi

1.4      KESIMPULAN

Kajian fonetik dan fonologi melibatkan organ pertuturan manusia secara langsung.

Organ tutur manusia ini disebut alat artikulasi. Terdapat banyak alat artikulasi manusia

dan setiap satunya mempunyai kedudukan dan fungsi yang berbeza  dalam

menghasilkan bunyi bahasa. Namun demikian terdapat unsur yang bukan dikategorikan

sebagai alat artikulasi manusia, tetapi mempunyai peranan yang amat penting dalam

menghasilkan bunyi. Unsur tersebut ialah udara dan merupakan sumber tenaga utama

dalam menghasilkan bunyi.

Bunyi vokal atau konsonan merupakan antara bunyi bahasa yang dihasilkan oleh alat

artikulasi manusia. Semua bunyi vokal merupakan bunyi-bunyi bersuara, manakala

bunyi konsonan ada yang bersuara dan ada yang tidak bersuara. Bunyi bersuara dan

tidak bersuara ini berkait rapat dengan keadaan pita suara. Sekiranya keadaan pita

suara (glotis) tertutup rapat sewaktu udara keluar melaluinya, maka getaran akan

berlaku pada pita suara dan bunyi yang terhasil ialah bunyi bersuara. Sebaliknya jika

pita suara itu direnggangkan atau terbuka sewaktu udara melaluinya, maka getaran

pada pita suara tidak berlaku maka yang terhasil ialah bunyi yang tidak bersuara.

 Kaedah fonetik juga merupakan kaedah yang paling sesuai untuk guru-guru mengajar

kanak-kanak membaca dengan cepat kerana kaedah ini telah dibuktikan secara saintifik

sebagai kaedah otak manusia membaca.  Hal ini adalah kerana otak membaca dengan

memecahkan perkataan yang dilihat kepada bunyi-bunyi, lalu otak membunyikan huruf-

huruf yang dilihat bagi menyebut atau membaca  perkataan itu. 

7

Page 8: fonetik dan fonologi

3.0       Perbezaan bidang-bidang fonetik dan fonologi

Menurut Nik Safiah Karim dan Wan Malini Ahmad (2006), bidang fonetik ialah bidang

yang mengkaji bunyi-bunyi yang dihasilkan oleh manusia dan memberi lambang

kepada bunyi tersebut.  Manakala bidang fonologi pula ialah satu cabang ilmu bahasa

yang mengkaji bunyi bahasa sesuatu bahasa dan fungsinya dalam sistem bahasa

tersebut. Bunyi bahasa disusun dengan sistem dan bidang fonologi bertujuan untuk

menganalisis sistem ini.

Siti Hajar Abdul Aziz (2011) pula menjelaskan bahawa fonetik ialah bidang yang

mengkaji fenomena bunyi atau pertuturan manusia yang direalisasikan melalui

lambang-lambang tertentu.  Manakala fonologi pula bertugas untuk merumus,

menghurai dan menjelaskan segala bentuk bunyi sesuatu bahasa secara teliti dan

terperinci untuk menentukan peraturan dan bentuk bunyi secara spesifik.

Fonetik ialah kajian terhadap bunyi fizikal percakapan manusia.  Ia berkaitan

dengan sifat fizikal bunyi (fon) serta proses penghasilan fisiologi, penerimaan auditori,

dan persepsi neurofizikal.  Manakala Fonologi ialah kajian yang dilakukan mengenai

pola bunyi bahasa iaitu tentang bunyi-bunyi yang berfungsi dalam sesuatu bahasa yang

dikenali sebagai bunyi bahasa.

Fonetik juga mempelajari cara kerja organ tuhuh manusia, terutama yang

berhubungan dengan penggunaan bahasa manakala fonologi ialah ilmu tentang

perbendaharaan fonem sesebuah bahasa.  Fonem merupakan istilah linguistik dan

merupakan gabungan terkecil dalam sesuatu bahasa yang masih boleh menunjukkan

perbezaan makna. Fonem berbentuk bunyi.  Contohnya bunyi [k] dan [g] merupakan

dua fonem yang berbeza, seperti dalam perkataan "cagar" dan "cakar".

8

Page 9: fonetik dan fonologi

JADUAL PERBEZAAN BIDANG FONETIK DAN FONOLOGI

Fonetik fonologi

Fonetik adalah subdisplin linguistik,

kajian tentang bunyi sebagai fenomena

dalam dunia fizikal, fisiologi, anatomi,

neurologi dan psikologi manusia yang

menghasilkannya.

Fonologi adalah subdisplin linguistik yang

mengkaji bunyi bahasa, iaitu tentang fungsi,

perlakuan dan organisasi bunyi sebagai item

linguistik

Fonetik adalah kajian tentang sifat-sifat

semula jadi, produksi dan persepsi bunyi

–bunyi bahasa yang dihasilkan.

Kajian tentang sistem bunyi sesuatu bahasa

dan sifat-sifat semula jadi sistem tersebut

secara umum. Segala yang berkaitan

dengan sistem dalam bahasa iaitu

pasangan terkecil fonotaktik dan

sebagainya.

Kajian ini dapat dipecahkan kepada tiga,

iaitu fonetik akustik, fonetik artikulatori

dan fonetik auditori.

Kajian adalah berkaitan dengan hubungan

antara butir-butir leksikal dengan butir-butir

leksikal lain yang membentuk ayat.

Mengkaji unsur setiap bunyi. Kajian berkaitan dengan penelitian pola-pola

intonasi.

Menghasilkan transkripsi fonetik untuk

semua bunyi dari semua bahasa.

Menghasilkan sistem ejaan sesuatu bahasa.

Asas kepada kajian fonologi Input kepada kajian linguistik tinggi, iaitu

morfologi dan sintaksis

Tidak dapat memerikan seluruh bunyi

yang dihasilkan oleh manusia,

tidak dapat menghalusi segala

variasi bunyi tersebut dan tidak

dapat menghuraikan sistem bunyi semua

bahasa yang dituturkan oleh manusia

dengan sempurna.

Dapat merumuskan, menghuraikan dan

menjelaskan segala bentuk

bunyidalam sesuatu bahasa secara telitidan 

terperinci dengan tujuan untuk

menentukan peraturan dan bentuk bunyi

secara spesifik.

9

Page 10: fonetik dan fonologi

Kedua-dua bidang ini saling melengkapi antara satu sama lain. Bagi memahami

fonologi , aspek fonetik perlu dikuasai terlebih dahulu. Apabila sudah menguasai bidang

fonetik barulah sistem bunyi bahasa dalam sesuatu bahasa dapat difahami dan

dihuraikan dengan sempurna. Hubung kait antara kedua-dua bidang ini sangat rapat di

antara satu sama lain.Garis pemisah antara kedua-duanya adalah kurang jelas

walaupun ada sarjana cuba meletakkan garis pemisahnya. 

 Selain daripada dapatan di atas, perbezaan fonetik dan fonologi dapat disimpulkan

antara lain, i) Fonetik ialah kajian tentang sifat-sifat semula jadi, produksi dan persepsi

bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan; ii) Kajian fonetik dapat dipecahkan kepada tiga

bahagian iaitu fonetik akustik, fonetik artikulasi, dan fonetik auditori; iii) Bidang fonetik

mengkaji unsur setiap bunyi; dan iv) Bidang fonetik menghasilkan transkripsi fonetik

untuk semua bunyi dari semua bahasa. Manakala bagi medan fonologi ialah i) Fonologi

merupakan kajian tentang sistem bunyi bahasa dan sifat-sifat semula jadi sistem

tersebut secara umum; ii) Kajian fonologi adalah berkaitan dengan hubungan antara

butir-butir lekasikal  dengan butir-butir leksikal lain yang membentuk ayat; iii) Bidang

fonologi mengkaji pola-pola intonasi; dan iv) Justifikasi bidang fonologi membentuk

sistem ejaan sesuatu bahasa.

10

Page 11: fonetik dan fonologi

3.0      Fungsi alat dan daerah artikulasi

3.1 Alat artikulasi 

Menurut Siti Hajar Abdul Aziz (2008: 93), alat artikulasi ialah organ atau organ yang

berfungsi untuk mengeluarkan bunyi bahasa. Terdapat banyak alat yang terlibat dalam

mengeluarkan bunyi bahasa, iaitu alat-alat yang terlibat dalam sistem udara yang keluar

dan masuk ke paru-paru untuk menghasilkan bunyi. Alat artikulasi terbahagi kepada

dua, iaitu alat yang boleh digerak- gerakkan dengan bebas dan boleh diletakkan pada

beberapa kedudukan di dalam mulut serta daerah pengeluaran.

Menurut Indirawati Zahid, Mardian Shah Omar(2006: 30) dalam buku fonetik dan

fonologi, alat artikulasi adalah alat yang digunakan bagi menghasilkan bunyi. Alat-alat

ini adalah bibir atas dan bawah, hujung lidah, hadapan lidah, belakang lidah, gusi, batas

gusi, lelangit keras, lelangit lembut dan pita suara. Alat artikulasi terbahagi kepada dua,

iaitu yang pasif dan aktif. Alat artikulasi aktif adalah alat yang boleh digerakkan

manakala yang pasif pula adalah sebaliknya.

Alat-alat artikulasi adalah alat-alat atau organ-organ yang mempunyai peranan untuk

berfungsi dalam mengeluarkan bunyi-bunyi bahasa. Alat-alat artikulasi dapat dilihat

seperti yang berikut :

11

Page 12: fonetik dan fonologi

ALAT-ALAT ARTIKULASI

12

1. Bibir atas 11. Tengah lidah

2. Bibir bawah 12. Belakang lidah

3. Gigi atas 13. Akar lidah

4. Gigi bawah 14. Epiglotis

5. Gusi 15. Pita suara

6. Lelangit keras 16. Rongga tekak

7. Lelangit lembut 17. Rongga Hidung

8. Anak tekak 18. Rongga mulut

9. Hujung lidah 19. Rahang

10. Hadapan lidah 20. Tenggorok

Page 13: fonetik dan fonologi

Anak tekak

Menurut buku Siti Hajar Abdul Aziz(2008: 95), anak tekak terletak di bahagian belakang

rongga mulut dan berhampiran dengan lelangit lembut. Menurut buku Frank

Parker(1994: 114), anak tekak ialah daging yang tergantung dari lelangit lembut.

Menurut Radiah Yussoff dan Nor’ Aini Ismail(2006: 23), anak tekak ialah sekeping otot

yang terdapat di bahagian hujung lelangit lembut.

Lidah

Menurut Siti Hajar Abdul Aziz(2008: 95-96), lidah terbahagi kepada lima bahagian, iaitu

hujung lidah, tengah lidah, hadapan lidah, belakang lidah dan daun lidah. Kedudukan

bahagian belakang lidah ialah bertentangan dengan lelangit lembut manakala

kedudukan tengah lidah ialah bertentangan dengan pertemuan lelangit keras dengan

lelangit lembut. Hadapan lidah terletak bertentangan dengan lelangit keras. Hujung

lidah pula terletak bahagian yang paling akhir lidah. Sementara itu, daun lidah berada di

sepanjang garisan yang menghadap gusi.

Pita suara

Menurut Siti Hajar Abdul Aziz(2008: 96), pita suara terletak di dalam ruang tenggorok.

Pita suara terdiri daripada dua keping selaput yang boleh terbuka dan tertutup. Menurut

Dr. Abdullah Hassan(1983: 44),pita suara terdiri daripada dua pasang selaput nipis

yang tumbuh di kiri kanan bahagian dalam rengkung bertentangan dengan halkum.

13

Page 14: fonetik dan fonologi

Rongga

Menurut buku Bahasa Melayu 1 yang ditulis oleh Siti Hajar Abdul Aziz, rongga

terbahagi kepada tiga, iaitu rongga tekak, rongga mulut dan rongga hidung. Rongga

tekak bermula dari bahagian atas selaput pita suara hinggalah ke bahagian anak tekak.

Rongga mulut pula bermula dari ruang di belakang lidah membawa ke bahagian dalam,

sementara rongga hidung bermula dari bahagian belakang anak tekak menghala ke

hidung.

Bibir

Menurut buku Bahasa Melayu 1 yang ditulis oleh Siti Hajar Abdul Aziz, bibir terletak di

bahagian luar rongga mulut. Bibir terdiri daripada otot kenyal yang boleh dihamparkan

dan dibundarkan. Menurut Linguistik Am yang ditulis oleh Prof Emeritus Dr Abdullah

Hassan, bibir ialah kumpulan otot yang kenyal dan boleh diubah-ubah bentuknya

dengan mengawal otot-otot pada bibir.

Gigi

Menurut buku Bahasa Melayu 1 yang ditulis oleh Siti Hajar Abdul Aziz, gigi terbahagi

kepada dua,iaitu gigi atas dan gigi bawah. Menurut Linguistik Am yang ditulis oleh Prof

Emeritus Dr Abdullah Hassan, gigi bermaksud lidah yang tidak bergerak.

Gusi

Menurut buku Bahasa Melayu 1 yang ditulis oleh Siti Hajar Abdul Aziz, gusi terletak

antara gigi dengan lelangit keras. Menurut laman web

http://www.tutor.com.my/tutor/arkib2002, gusi ialah bahagian yang cembung di gigi

menurun ke bahagian dalam rongga mulut.

Lelangit

Menurut buku Bahasa Melayu 1 yang ditulis oleh Siti Hajar Abdul Aziz, lelangit dapat

dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu lelangit keras dan lelangit lembut. Lelangit

keras terletak di antara gusi dengan lelangit lembut manakala lelangit lembut pula

terletak ke dalam sedikit, iaitu selepas lelangit keras dan sebelum anak tekak. Menurut

Linguistik untuk bukan ahli linguistik yang ditulis oleh Frank Parker dan diterjemahkan

14

Page 15: fonetik dan fonologi

oleh Raja Rahawani Raja Mamat, lelangit keras ialah tulang yang berbentuk cembung

pada bahagian atas mulut manakala lelangit lembut ialah bahagian belakang lelangit

keras.

Epiglotis

Menurut buku Linguistik Am yang ditulis oleh Prof Emeritus Dr Abdullah Hassan,

epiglotis ialah anak tekak yang terdiri daripada sekolompok otot yang berbentuk bujur

daun yang boleh bergerak ke depan atau ke belakang bagi menutup rongga rengkung.

Menurut buku yang ditulis oleh Indirawati Zahid dan Mardian Shah Omar, epiglotis ialah

tisu yang terletak di belakang lidah dan di depan pintu masuk ke larinks.

15

Page 16: fonetik dan fonologi

3.2 Fungsi daerah artikulasi

Alat artikulasi atau alat atau organ yang berfungsi untuk mengeluarkan bunti bahasa.

Terdapat banyak alat yang terlibat dalam mengeluarkan bunyi bahasa iaitu alat-alat

yang terlibat dalam sistem udara yang keluar dan masuk ke paru-paru untuk

menghasilkan bunyi bahasa.Bunyi bahasa yang dihasilkan ialah vokal, konsonan dan

diftong. Setiap alat artikulasi mengeluarkan bunyi bahasa mengikut daerah pengeluaran

bunyi bahasa yang tertentu. Alat-alat artikulasi utama terdiri lidah, gigi, bibir, gusi,

lelangit, rongga hidung dan pita suara.

Lidah

Lidah merupakan alat artikulasi yang terpenting paling aktif dan digelar tulang belakang

kepada pertuturan manusia. Lidah terbahagi kepada lima bahagian iaitu belakang lidah,

tengah lidah, hadapan lidah, daun lidah dan hujung lidah serta pembahagian ini

membolehkan lidah menghasilkan pelbagai bunyi.

Belakang lidah : bahagian lidah yang paling belakang dan bertentangan dengan

lelangit lembut

Tengah lidah atau akar lidah :bahagian lidah yang  bertentangan antara

pertemuan langit keras dan lelangit lembut

Hadapan lidah : bahagian lidah yang bertentangan dengan lelangit keras

Daun/akar lidah : bahagian lidah sepanjang garisan menghadap gusi

Hujung lidah : bahagian lidah yang paling akhir dan bertemu dengan gigi

Sebagai contoh, vokal depan sempit [i] dalam perkataan ‘ikan’ memerlukan bahagian

hujung lidah berada pada kedudukan paling tinggi dalam rongga mulut. Selain itu,

bahagian hadapan lidah, tengah lidah dan belakang lidah memainkan peranan yang

penting dalam penghasilan bunyi-bunyi vokal, iaitu bunyi vokal hadapan, tengah dan

belakang. Hujung lidah merupakan bahagian yang paling berperanan dan boleh

digerakkan ke mana-mana bahagian mulut untuk membuat penyekatan udara. Hal ini

membolehkan lidah dapat membuat deskripsi pelbagai jenis penghasilan bunyi dengan

adanya pembahagian-pembahagian ini.

16

Page 17: fonetik dan fonologi

Gigi

Selain lidah, Gigi juga berperanan penting dalam penghasilan bunyi bahasa meskipun

peranannya tidaklah aktif. Kedudukannya yang statik dan sentiasa digunakan sebagai

penampan aliran udara dalam penghasilan bunyi. Penampan aliran udara inilah yang

seterusnya menghasilkan bunyi.

Bibir

Bibir adalah alat artikulasi yang terletak pada bahagian luar rongga mulut. Bibir terdiri

daripada otot-otot kenyal yang boleh dihamparkan dan dibundarkan dan berperanan

mengeluarkan bunyi yang berbagai-bagai. Selain itu, Bibir juga menjadi sempadan

paling luar daripada rongga mulut. Bibir juga berfungsi membuat sekatan kepada udara

yang keluar daripada rongga mulut. . Kedua-dua bibir (atas dan bawah) dapat

digerakkan, dihamparkan dan dibundarkan. Misalnya, untuk menghasilkan bunyi b, w

dan v.  Apabila membunyikan bunyi [ i ] misalnya keadaannya menjadi terhampar,

manakala jika menyembunyikan bunyi [ u ] bibir menjadi bundar. Bibir juga berfungsi

dalam membuat sekatan kepada udara yang keluar daripada rongga mulut, untuk

menyembunyikan bunyi [ m ] misalnya, udara disekat di bibir.

Gusi

Gusi merupakan bahagian yang cembung dan menurun dari gigi ke bahagian dalam

rongga mulut. Organ ini digunakan sebagai daerah sebutan. Gusi memainkan peranan

dalam penghasilan bunyi-bunyi seperti bunyi [ t ], [ d ], [ l ] dan sebagainya dengan

bantuan hujung lidah yang berfungsi membuat penyekatan.

Lelangit

Lelangit dapat dipecahkan kepada dua bahagian, iaitu lelangit keras dan lelangit

lembut. Lelangit lembut menganjur dari sempadan lelangit keras hingga ke akhir rongga

mulut. Lelangit keras bermula dari sempadan gusi di bahagian hadapan atas rongga

mulut dapat diturunnaikkan untuk menutup atau membuka saluran rongga tekak terus

ke rongga hidung. Apabila dinaikkan, rongga mulut akan terbuka dan udara akan keluar

melalui rongga mulut dan apabila diturunkan, rongga mulut akan tertutup dan udara

terpaksa keluar melalui rongga hidung. Oleh sebab itu, alat artikulasi ini amat penting

bagi menentukan sama ada bunyi yang dikeluarkan itu bunyi sengau ataupun

17

Page 18: fonetik dan fonologi

sebaliknya. Apabila lelangit lembut diturunkan, bunyi yang keluar adalah sengauan

manakala jika dinaikkan, bunyi yang keluar bukanlah bunyi sengau. 

Rongga Hidung

Terletak di atas rongga mulut yang dipisahkan oleh lelangit. Rongga hidung boleh

dibuka atau ditutup, bergantung kepada keadaan sama ada anak tekak dan lelangit

lembut dinaikkan atau tidak.

Pita suara

Pita suara terletak dalam ruang tenggorok (halkum) dan amat penting dalam

penghasilan bunyi. Proses pengeluaran suara berlaku dengan cara memperluas dan

mempersempit lubang yang terdapat di antara dua keping selaput nipis berkenaan.

Sewaktu pernafasan biasa, pita suara direnggangkan supaya arus udara boleh melalui

tanpa sekatan. Makna kata, dalam pernafasan biasa, glotis terbuka. Jikalau glotis

dirapatkan serapat-rapatnya dan tekanan udara dari paru-paru yang kuat menyebabkan

rapatan itu dilepaskan serta merta, terjadilah bunyi letupan pita suara. Jika glotis

dirapatkan tetapi tidak menutup keseluruhan ruang, maka udara dari paru-paru dapat

lalu. Sekiranya laluan udara itu menggetarkan pita, bunyi yang dihasilkan disebut bunyi

bersuara, misalnya [ a ]. Manakala jika pita suara tidak bergetar, bunyi yang dihasilkan

dikatakan bunyi yang tidak bersuara, misalnya [s].

Tulang rahang

Tulang rahang juga terlibat dalam penghasilan bunyi-bunyi bahasa dalam

menentukan kedudukan gigi dan bibir. Tulang rahang memainkan peranan utama

kerana mulut akan terbuka luas jika rahang dibuka dan tertutup jika rahang ditutup.

Anak tekak

Lokasi anak tekak terletak di bahagian belakang rongga mulut dan berhampiran

dengan lelangit lembut (anak tekak bersambungan dengan lelangit lembut). Anak tekak

berperanan sebagai alat artikulasi bersama dengan lelangit lembut khususnya dalam

menentukan sama ada sesuatu bunyi yang hendak dikeluarkan itu bunyi sengau atau

tidak. Di samping itu, anak tekak juga boleh digerak-gerakkan sama ada dinaikkan atau

diturunkan.

18

Page 19: fonetik dan fonologi

3.3 Cara penghasilan bunyi-bunyi bahasa

A )Vokal Hadapan Sempit (i)

Untuk mengeluarkan bunyi vokal ini, hadapan lidah dinaikkan hingga hampir

menyentuh lelangit keras, sementara hujung lidah didekatkan pada gusi. Lelangit

lembut diangkat untuk menutup rongga hidung. Udara dari paru-paru melalui rongga

mulut sambil menggetarkan pita suara tanpa sekatan, halangan atau himpitan yang

boleh menyebabkan geseran kedengaran. Bibir berada dalam keadaan terhampat. Pita

suara dirapatkan supaya udara yang keluar dapat menggetarkan selaput udara.

Contoh:

[ikan] [lari] [kiri] [tilik] [lihat] [topi]

Rajah 1: Vokal hadapan sempit [i].

19

Page 20: fonetik dan fonologi

B) Vokal tengah[ә]

Bahagian tengah lidah dinaikkan ke arah pertemuan antara lelangit keras dan lelangit

lembut. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan untuk menutup rongga hidup, pita

suara dirapatkan supaya semasa udara keluar melaluinya, pita suara dirapatkan

supaya semasa udara keluar melaluinya, pita suara akan bergetar. 

Contoh:

[әmpat] [pәpәt] [kәnduri] [pәrahu] [tәmpat]

( Vokal ini hanya terdapat di awal dan di tengah suku kata sahaja)

Rajah 2: Vokal tengah [ә].

20

Page 21: fonetik dan fonologi

C) Vokal Belakang Sempit (u) 

Dihasilkan dengan menaikkan belakang lidah setinggi-tinggi yang mungkin, tetapi

tidak menyekat arus udara dari paru-paru. Bibir dibundarkan, glotis dirapatkan dan

lelangit lembut dinaikkan. Udara ditekan keluar dari paru-paru dan pita suara bergetar

Contoh:

[ubat] [ulat] [undang] [udang] [ulang] [ular]

Rajah 3: Vokal belakang sempit [u].

21

Page 22: fonetik dan fonologi

D) Lima bunyi konsonan asli bahasa Melayu

Terdapat 18 konsonan asli termasuk dua konsonan separuh vokal .Konsonan dalam

bahasa Melayu dibahagikan kepada 7 jenis seperti berikut:

1. Letupan  :       p, b,  t, d, k, g  2.  Letusan  :       c,  j 

3.  Geseran :        s,  h 4.  Getaran  :       r 

5.  Sisian  :          l  6.  Sengauan:      m, n, ny,  ng 

7.  Separuh vokal  : w, y,

Cara penghasilan bunyi konsonan asli 

1) Konsonan Letupan:

Letupan Dua Bibir[p] dan [b]

Bibir bawah dan bibir atas dirapatkan. Lelangit lembut dinaikkan . Arus udara keluar dari

paru-paru melalui rongga mulut dan tersekat di pertemuan dua bibir. Kemudian sekatan

itu dilepaskan serta-merta . Jika semasa menghasilkan bunyi itu glotis direnggangkan

dan pita suara tidak bergetar,  bunyi yang dihasilkan ialah [p] .Contoh [parah], [rupa]

Jika semasa menghasilkan bunyi itu glotis dirapatkan dan pita suara bergetar bunyi

yang dihasilkan ialah bunyi [b]. Contoh, [baru], [habuk]   seperti dalam rajah di bawah

:    

Rajah 4: Konsonan letupan bibir [p] dan [b].            

22

Page 23: fonetik dan fonologi

 Letupan Gusi [t] [d] 

Hujung lidah dirapatkan ke gusi. Lelangit lembut dinaikkan . Arus udara keluar

dari paru-paru melalui rongga mulut dan tersekat di pertemuan hujung lidah dan gusi.

Kemudian sekatan itu dilepaskan serta-merta . Jika semasa menghasilkan bunyi itu

glotis direnggangkan dan pita suara tidak bergetar, bunyi yang dihasilkan ialah

[t] .Contoh [tanah], [mata]. Jika semasa menghasilkan bunyi itu glotis dirapatkan dan

pita suara bergetar bunyi yang dihasilkan ialah bunyi [d].Contoh [dada], [nada].

Rajah 5: Konsonan letupan gusi [t] dan [d].  

23

Page 24: fonetik dan fonologi

 Letupan Lelangit Lembut [k] [g] 

Belakang lidah ditemukan dengan lelangit lembut. Lelangit lembut dinaikkan . Arus

udara keluar dari paru-paru melalui rongga mulut dan tersekat di pertemuan belakang

lidah dan lelangit lembut. Glotis direnggangkan dan pita suara tidak bergetar, bunyi

yang dihasilkan ialah [k] .Contoh [kaki], [laku], [sagu]. Jika semasa menghasilkan

bunyi itu glotis dirapatkan digetarkan  bunyi yang dihasilkan ialah bunyi [g] iaitu letupan

lelangit lembut bersuara. Contoh [gaya], [pagar], [segar] seperti rajah di bawah :

Rajah 6: Konsonan letupan lelangit lembut [k] dan [g].  

24

Page 25: fonetik dan fonologi

2)Konsonan Geseran:

Geseran Gusi Tidak Bersuara [ s ]

Hujung lidah dirapatkan pada gusi . Lelangit lembut dinaikkan untuk menyekat

perjalanan udara ke rongga hidung.  Arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga

mulut dan di biar bergeser dengan daerah pertemuan hujung lidah dan gusi.  Oleh

sebab bunyi ini bunyi gusi tidak bersuara, glotis direnggangkan dan pita suara tidak

bergetar. Contoh [masa], [bas], [salah].Rujuk rajah di bawah :

Rajah 7: Konsonan geseran [s].  

25

Page 26: fonetik dan fonologi

Geseran Glotis [h]

Glotis terbuka luas. Lelangit lembut dinaikkan untuk menyekat perjalanan udara ke

rongga hidung.  Arus udara ditekan keluar dari paru-paru dan melalui sempitan

dilakukan pada bahagian glotis supaya semasa udara keluar melalui ruang tersebut,

akan terhasil bunyi geseran. Adakalanya [h] disampaikan sebagai vokal tak bersuara,

yang sama daerah artikulasi dengan vokal-vokal yang lain. Contoh [hawa], [maha] rujuk

rajah di bawah :

Rajah 8: Konsonan geseran [h].  

26

Page 27: fonetik dan fonologi

3) Konsonan Letusan:

Letusan Gusi Lelangit Keras[c],[j] 

Bunyi letusan atau afrikat dihasilkan dengan depan lidah ditemukan dengan lelangit

keras. Lelangit lembut dinaikkan rapat ke dinding  belakang rongga tekak. Arus udara

yang keluar dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dan tersekat di belakang

pertemuan depan lidah dan gusi. Bagi menghasilkan bunyi letusan gusi lelangit keras

bersuara  [ j ] ,pita suara digetarkan dan untuk letusan bunyi yang tidak bersuara [ c ]

pita suara tidak digetarkan. Contoh [cawan], [baca] .  Dalam bahasa Melayu asli kedua-

dua konsonan ini hadir pada awal dan tengah perkataan sahaja.Kehadiranya pada akhir

perkataan, hanya pada perkataan-perkataan pinjaman.

Rajah 9: Konsonan letusan [j] dan [c].  

27

Page 28: fonetik dan fonologi

4) Konsonan Getaran:

Getaran Gusi [ r ] 

Untuk menghasilkan bunyi konsonan ini, Hujung lidah dikenakan pada gusi , kemudian

hujung lidah  tersebut digetarkan . Lelangit lembut dinaikkan   ke  belakang rongga

tekak.  Glotis dirapatkan dan pita suara digetarkan.

Rajah 10: Konsonan getaran [r].  

5) Konsonan Sengauan:

Terdapat 4 jenis bunyi sengau atau nasal dalam bahasa Melayu iaitu sengau dua bibir

[ m ] ,sengau gusi [ n ],sengau lelangit keras[ ny] dan sengau lelangit lembut.

[ng ]Bunyi-bunyi sengau dihasilkan dengan membiarkan udara yang keluar dari paru-

paru terus keluar melalui rongga hidung. Udara boleh keluar melalui rongga ini kerana

anak tekak dan lelangit lembut diturunkan menyebabkan ruang ke rongga hidung

terbuka. Udara itu disekat atau ditahan pada bahagian-bahagian tertentu, seperti pada

bibir, gusi, lelangit keras atau lelangit lembut. Dalam bahasa Melayu semua bunyi

28

Page 29: fonetik dan fonologi

sengau adalah bunyi bersuara. Hal ini bermakna semasa menghasilkannya, glotis

dirapatkan  dan pita suara mengalami getaran.

Konsonan  Sengauan Dua Bibir [m]

Bibir bawah dirapatkan ke bibir atas. Lelangit lembut diturunkan. Arus udara  dari paru-

paru  keluar melalui rongga hidung. Glotis dirapatkan dan pita suara bergetar. Contoh

perkataan [malu], [aman].Rujuk rajah di bawah :

Rajah 11: Konsonan sengauan [m].  

29

Page 30: fonetik dan fonologi

Konsonan  Sengauan Gusi [n]

Hujung lidah ditemukan dengan gusi. Lelangit lembut diturunkan. Arus udara  dari paru-

paru  keluar melalui rongga hidung. Glotis dirapatkan dan pita suara bergetar. Contoh

perkataan [nanas]

Rajah 12: Konsonan sengauan [n].  

30

Page 31: fonetik dan fonologi

Konsonan Sengauan Gusi-Lelangit Keras[ny]

Depan lidah ditemukan ke lelangit keras. . Lelangit lembut diturunkan. Arus udara  dari

paru-paru  keluar melalui rongga hidung. Glotis dirapatkan dan pita suara bergetar.

Contoh perkataan [banyak]

Rajah 13: Konsonan sengauan [ny].  

Konsonan Sengauan Lelangit Lembut [ng]

Belakang lidah diangkat ke lelangit lembut. Lelangit lembut diturunkan. Arus udara  dari

paru-paru  keluar melalui rongga hidung. Glotis dirapatkan dan pita suara bergetar.

Rajah 14: Konsonan sengauan [ng].  

31

Page 32: fonetik dan fonologi

REFLEKSI

Pertama sekali pengkaji sangat bersyukur kerana dapat menyiapkan tugasan ini

dengan jayanya. Apa yang dapat pengkaji gambarkan semasa menerima tugasan ini

ialah halangan-halangan yang terpaksa hadapi sama ada dari segi kewangan, masa

serta sumber. Namun setelah diberi penerangan daripada pensyarah Bahasa Melayu,

pengkaji dapat memahami serta memudahkan merangka setiap proses untuk

melaksanakan tugasan ini.

Sepanjang proses menyiapkan kerja kursus ini, pengkaji dapati bahawa bidang

fonetik dan fonologi bidang yang dianggap remeh atau kurang penting sebenarnya satu

bidang yang besar peranan. Sebagai contoh, sebelum ini pengkaji kurang memahami

tentang fonologi. Namun begitu setelah pengkaji mengkaji serta mencari maklumat

mendalam tentang perkara tersebut bagi tugasan ini, pengkaji dapat memahami bidang

fonetik dan fonologi yang merupakan bidang asas dalam bahasa selain ilmu morfologi

dan semantik yang sering dibicarakan dalam kajian Bahasa Melayu.

Pengkaji dapat memahami bahawa fonologi ini merupakan sesuatu yang indah

untuk dipelajari sebagai seorang manusia yang dicipta oleh ALLAH s.w.t di muka bumi

ini. Hal ini mengajar pengkaji supaya lebih menghargai setiap satu kelebihan serta

kelemahan kami.

Apa yang paling membuat pengkaji teruja apabila dapat mengetahui pelbagai bunyi–

bunyi bahasa yang indah yang selama ini pengkaji langsung tidak mengetahui. Melalui

kajian ini juga, pengkaji dapat mengaplikasikan teknik sebutan sesuatu huruf lebih jelas

kepada murid. Melaluinya juga, pengkaji dapat mengetahui dengan lebih mendalam

mengenai fungsi alat dan daerah artikulasi dan membantu pengkaji sebagai seorang

guru dalam sesi pengajaran di dalam kelas.

Pada masa hadapan pengkaji berharap, dapat mengkaji lebih mendalam bagaimana

cara membaiki kesilapan teknik sebutan dengan lebih terperinci. Pengkaji mendapati

banyak guru bahasa memandang ilmu ini kurang penting. Antara syor-syor yang

pengkaji cadangkan,

32

Page 33: fonetik dan fonologi

1. Kursus khas asas fonetik untuk guru tahap satu.

2. Bidang ini diajarkan dalam semua kursus bahasa di Universiti.

Akhir kata, pengkaji begitu bersyukur serta gembira kerana dapat juga menyiapkan

kerja kursus ini dengan jayanya walaupun pelbagai halangan terpaksa hadapi

sepanjang proses melaksanakan tugasan ini.

33

Page 34: fonetik dan fonologi

Rujukan

Abdullah Hassan. (2005). Linguistik am: Siri pengajaran dan pembelajaran bahasa

Melayu.   Kuala Lumpur: PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd.

Arbak Othman.  (1983).  Permulaan ilmu linguistik:  Suatu pengenalan konsep dan

bidang  kajian secara toritis.  Kuala Lumpur:  Sarjana Enterprise.

Indirawati Zahid & Mardian Shah Omar.  (2006).  Fonetik dan fonologi.  Kuala

Lumpur: PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd.

Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir.  (2005).  Teori bahasa:  Implikasinya terhadap

pengajaran tatabahasa.  Tanjong Malim:  Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Nik Safiah Karim & Wan Malini Ahmad. (2006).  Teks bahasa Melayu STPM.  Shah

Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Nor Hashimah Jalaludin (2000) Asas Fonetik, Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala

Lumpur

Prof Emeritus Dr Abdullah Hassan (2006), Fonetik dan Fonologi PTS Professional

Publishing Sdn Bhd (Kuala Lumpur)

Raja Mukhtaruddin bin Raja Mohd. Dain. (1980).  Kaedah dan teknik mengajar bahasa: 

Dengan rujukan khas kepada pengajaran bahasa Melayu.  Kuala Lumpur: Pustaka

Ilmu.

Sheikh Roslam Sheikh Abdullah & Aminuddin Bin Mamat (2011).  Modul

PGSR: WAJ3104 Literasi bahasa.  IPG Kampus Kota Bharu.

Siti Hajar Abdul Aziz.  (2011).  Bahasa Melayu I edisi kedua.  Kuala Lumpur:  Oxford

Fajar Sdn. Bhd.

Prof Emeritus Dr Abdullah Hassan (2006), Fonetik dan Fonologi PTS Professional

Publishing Sdn Bhd (Kuala Lumpur)

.

34

Page 35: fonetik dan fonologi

http://abkar178.blogspot.com/2012/11/perbezaan-fonetik-dan-fonologi.html

http://www.scribd.com/doc/16581406/Fonetif-Dan-Fonologi

http://www.scribd.com/doc/53622484/fonetik-dan-fonologi-bunyi-bahasa

http://www.scribd.com/doc/13416756/Fonetik-Dan-Fonologi-Vokal

BMM3103 Pentaksiran dan Pengujian BM: INTERAKSI 6 : Kaedah Penilaian Bahasa

http://mohamednaqib.blogspot.com/2010/08/alat-alat-artikulasi-serta-fungsinya.html

http://www.scribd.com/doc/19005927/Alatalat-Artikulasi

http://www.tutor.com.my/stpm/fonologi/Fonologi.htm l

http://www.slideshare.net/BelindaPanjang/bm-mei-2012

http://cikgunoorsgi.blogspot.com/2010/10/konsonan-asli-bahasa-melayu.html

35