kerja kursus fonologi dan fonetik

25
1.0 Pengenalan Menurut Asmah Hj.Omar (1986) bahasa yang digunakan oleh manusia menggunakan alat-alat ujaran yang terdapat dalam tubuh badan manusia itu sendiri. Contohnya bibir, lidah, lelangit dan pita suara. Mengikut Haji Sabran (1984) dalam buku berjudul ’Kajian Bahasa Untuk Pelatih Maktab Perguruan menyatakan bahawa fonetik ialah kajian tentang fenomena bunyi atau pertuturan manusia sejagat. Mengikut Arbak Othman (1983) pula, fonetik adalah kajian tentang bunyi-bunyi ujar. Fonologi pula ialah bidang yang mengkaji sistem bunyi yang diucapkan oleh manusia (Ali Mahmood, 2010). Menurut Rahimah Haji Sabran dan Rahim Sham (1985), bidang fonologi mengkaji sistem bunyi- bunyi yang tertentu dalam pertuturan, khusus bagi sesuatu bahasa. Ini jelas daripada pendapat Henderson yang menyatakan “the study of the systematic organization of selected speech sounds in the spoken form of individual language has variously been called phonology”. 1.1 Konsep fonologi dan fonetik Definisi fonetik menurut Kamus Dewan (1996:354), fonetik ialah ilmu bahasa (linguistik) yang berkaitan dengan penyebutan kata dan lambang yang menunjukkan sebutannya. Bunyi-bunyi yang seakan-akan bunyi bahasa atau bunyi-bunyi lain selain bunyi bahasa yang dihasilkan oleh bukan manusia tetapi menyerupai bunyi bahasa manusia, bahkan bunyi yang dihasilkan oleh manusia yang bukan daripada organ-organ sebutan manusia ataupun bunyi-bunyi lain yang cara penghasilannya bukan diucapkan oleh alat pertuturan manusia ataupun bunyi mungkin dihasilkan oleh alat artikulasi tetapi tidak digunakan dalam pertuturan, misalnya bunyi batuk, bunyi siulan, bunyi berdehem, bunyi dengkuran, sendawa dan yang seakan dengannya bukanlah dalam penelitian fonetik. Justeru itu, fonetik 1

Upload: rohana-jalil

Post on 24-Dec-2015

146 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

fonetik dan fonologi

TRANSCRIPT

Page 1: Kerja Kursus Fonologi Dan Fonetik

1.0 Pengenalan

Menurut Asmah Hj.Omar (1986) bahasa yang digunakan oleh manusia

menggunakan alat-alat ujaran yang terdapat dalam tubuh badan manusia itu sendiri.

Contohnya bibir, lidah, lelangit dan pita suara. Mengikut Haji Sabran (1984) dalam

buku berjudul ’Kajian Bahasa Untuk Pelatih Maktab Perguruan menyatakan bahawa

fonetik ialah kajian tentang fenomena bunyi atau pertuturan manusia sejagat.

Mengikut Arbak Othman (1983) pula, fonetik adalah kajian tentang bunyi-bunyi ujar.

Fonologi pula ialah bidang yang mengkaji sistem bunyi yang diucapkan oleh

manusia (Ali Mahmood, 2010). Menurut Rahimah Haji Sabran dan Rahim Sham

(1985), bidang fonologi mengkaji sistem bunyi- bunyi yang tertentu dalam pertuturan,

khusus bagi sesuatu bahasa. Ini jelas daripada pendapat Henderson yang

menyatakan “the study of the systematic organization of selected speech sounds in

the spoken form of individual language has variously been called phonology”.

1.1 Konsep fonologi dan fonetik

Definisi fonetik menurut Kamus Dewan (1996:354), fonetik ialah ilmu bahasa

(linguistik) yang berkaitan dengan penyebutan kata dan lambang yang menunjukkan

sebutannya. Bunyi-bunyi yang seakan-akan bunyi bahasa atau bunyi-bunyi lain

selain bunyi bahasa yang dihasilkan oleh bukan manusia tetapi menyerupai bunyi

bahasa manusia, bahkan bunyi yang dihasilkan oleh manusia yang bukan daripada

organ-organ sebutan manusia ataupun bunyi-bunyi lain yang cara penghasilannya

bukan diucapkan oleh alat pertuturan manusia ataupun bunyi mungkin dihasilkan

oleh alat artikulasi tetapi tidak digunakan dalam pertuturan, misalnya bunyi batuk,

bunyi siulan, bunyi berdehem, bunyi dengkuran, sendawa dan yang seakan

dengannya bukanlah dalam penelitian fonetik. Justeru itu, fonetik bermaksud meneliti

bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan oleh organ sebutan manusia dalam pertuturan

mengikut cara pengeluarannya, daerah pengeluarannya dan alat-alat pengucapan

yang terlibat untuk menghasilkan bunyi bahasa. Fonetik juga merangkumi

penyampaian dan penerimaan bunyi bahasa. Fonetik merangkumi tiga aspek iaitu

penelitian penghasilan bunyi bahasa yang diucapkan oleh alat-alat pertuturan

manusia atau lebih dikenali sebagai fonetik artikulasi. Aspek yang kedua ialah

penelitian penyampaian bunyi bahasa atau juga dikenali sebagai fonetik akustik.

Aspek yang ketiga ialah penerimaan bunyi bahasa dalam proses pendengaran,

termasuk nada, kelantangan, kepanjangan dan kualiti bunyi serta tindak balas

pendengar untuk mengetahui rangsangan fizikal yang didengarinya yang juga

dikenali sebagai fonetik auditori.

1.2 Bunyi Bahasa1

Page 2: Kerja Kursus Fonologi Dan Fonetik

Bunyi boleh ditakrifkan sebagai gelombang-gelombang udara yang digetarkan

pertama sekali oleh pita suara, dan diubah dalam tenggorokan, rongga mulut, dan

rongga hidung. Gelombang-gelombang udara ini seterusnya menyentuh gegendang

telinga pendengar, sebagaimana dinyatkan oleh Lutfi Abas (1985; 46) Manakala

bunyi bahasa ialah bunyi yang terdapat di dalam apa juga bahasa di dunia ini , bunyi

bahasa ialah bunyi yang berfungsi dalam pertuturan.

A) Bunyi vokal

Bunyi vokal ialah bunyi-bunyi bahasa yang bersuara, iaitu ketika menghasilkan bunyi

tersebut, pita suara digetarkan. Terdapat lapan bunyi vokal iaitu enam vokal asli

[a,e,i,o,dan u]. Dua vokal yang terdapat dalam kebanyakkan dialek [ɛ dan ɔ].

Terdapat empat vokal depan [i], [e][ɛ], dan[a], satu vokal tengah [ɚ], dan tiga vokal

belakang[ u], [o] dan [ɔ]. Kata depan, tengah, dan belakang merujuk kepada

bahagian pada lidah. Ciri-ciri bunyi vokal ialah bersuara, udara keluar dari paru-paru

berterusan, dan udara keluar tanpa sekatan. Penghasilan bunyi-bunyi vokal pula

ditentukan oleh beberapa ciri tertentu iaitu, keadaan bibir sama ada dihamparkan

atau dibundarkan, bahagian lidah yang terlibat sama ada depan lidah atau belakang

lidah, turun naik lidah sama ada dinaikkan setinggi-tingginya, dinaikkan sedikit atau

diturunkan, keadaan lelangit lembut, sama ada dinaikkan dan udara dari paru -paru

keluar melalui rongga mulut sahaja ( menghasilkan bunyi-bunyi vokal atau oral) atau

dinaikkan tetapi tidak rapat sehingga udara dari paru-paru keluar melalui rongga

mulut dan juga rongga hidung ( menghasilkan bunyi-bunyi vokal yang disengaukan)

dan keadaan glotis dirapatkan dan semasa udara keluar dari paru-paru pita suara

bergetar. Vokal merupakan bunyi bersuara iaitu ketika dihasilkan udara dari paru-

paru keluar berterusan melalui rongga tekak dan rongga mulut tanpa sebarang

gangguan. Vokal boleh dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu:

i Vokal hadapan

ii Vokal tengah

iii Vokal belakang

Gambarajah vocal adalah seperti dibawah:

2

Page 3: Kerja Kursus Fonologi Dan Fonetik

a) Vokal hadapan sempit atau tinggi [ i ]

Hadapan lidah dinaikkan setinggi mungkin ke arah lelangit keras tetapi tidak

membuat sekatan kepada arus udara manakala bibir dalam keadaan

dihamparkan. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan untuk menutup bahagian

rongga untuk membuat sekatan, halangan atau sempitan. Pita suara

kemudiannya dirapatkan dan digetarkan.

contoh:

Awalan Pertengahan Akhiran

Ikan Sila ceri

Insan Silau basi

Ibu Limau keli

b) Vokal Hadapan Separuh Sempit atau Separuh Tinggi [ e ]

Bagi menghasilkan bunyi vokal /e/ pula, bahagian bibir atas dan bibir bawah

hendaklah dihamparkan. Kemudian, hadapan lidah pula dinaikkan separuh tinggi

iaitu rendah sedikit sahaja daripada bunyi vokal /i/. Manakala lelangit lembut dan

anak tekak pula dinaikkan dengan menutup bahagian rongga hidung.Udara dari

paru-paru disalurkan keluar ke rongga mulut tanpa menerima sebarang

gangguan. Bersamaan dengan itu juga, bahagian pita suara dirapatkan serta

digetarkan. Contohnya:

Awalan Pertengahan Akhiran

Ekor Belek sate

Epal Berang tauge

Elok Kekok kole

c) Vokal Hadapan Separuh Luas atau Separuh Rendah [ ε ]

Bunyi vokal /ε/ dapat dihasilkan melalui hadapan lidah yang dinaikkan separuh

rendah ke daerah lelangit keras, tetapi rendah sedikit daripada cara

menghasilkan bunyi vokal /e/. Kemudian, lelangit lembut dan anak tekak

3

Page 4: Kerja Kursus Fonologi Dan Fonetik

dinaikkan untuk menutup rongga hidung. Udara dari paru-paru disalurkan keluar

ke bahagian rongga mulut dan pita suara digetarkan. Manakala bibir pula adalah

berada dalam keadaan dihamparkan. Vokal ini juga dikenali juga sebagai vokal

depan lampau separuh rendah. Sebagai contoh perkataan dielek kelantan:

Awalan Pertengaha

n

Akhiran

Esok Getek ude

Ejek Pelek tule

Edoh Beso gode

d) Vokal hadapan luas atau rendah [ a ]

Turut dikenali juga sebagai vokal hadapan lampau rendah. Untuk menghasilkan

bunyi vokal tersebut, hadapan lidah hendaklah diturunkan serendah yang

mungkin. Kemudian lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan untuk menutup

bahagian nasal. Seterusnya udara dari paru-paru disalurkan keluar ke bahagian

rongga mulut sambil menggetarkan pita suara. Walau bagaimanapun,udara yang

keluar ini tidak mengalami sebarang halangan. Sebaliknya, bibir pada ketika ini

adalah dalam keadaan yang melampau dan bunyi yang dihasilkan pula ialah

bunyi [a]. Sebagai contoh:

Awalan Pertengahan Akhiran

Adik Rapi bila

Asuh Rapat kita

Alam Ragi rupa

B) Vokal tengah

1) Vokal Tengah ( Pendek )[ ә ]

Bibir berada di keadaan hampar. Tengah lidah dinaikkan sedikit ke arah

lelangit keras.Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga

hidung supaya udara tidak dapat keluar melalui rongga hidung.Pita suara

dirapatkan supaya udara yang keluar dari paru-paru ke rongga mulut

menggetarkan pita suara. Vokal ini hanya ada di awal dan tengah perkataan

sahaja.

Awalan Pertengahan Akhiran

emak kemas -

enam berat -

emas penat -

4

Page 5: Kerja Kursus Fonologi Dan Fonetik

C) Vokal belakang

1) Vokal Belakang Sempit ( Tinggi ) [ u ]

Bibir dibundarkan. Belakang lidah dinaiikan tinggi(setinggi mungkin ke arah

lelangit lembut.Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutupi rongga

hidung supaya udara tidak dapat keluar melalui hidung.Pita suara dirapatkan

supaya udara yang keluar dari paru-paru mengetarkan pita suara ke rongga

mulut.

Awalan Pertengahan Akhiran

Ubi Kusta paku

Unta Kubur bayu

Untuk Kundur labu

2) Vokal Belakang Separuh Sempit ( Separuh Tinggi) [ o ]

Bibir dibundarkan. Belakang lidah dinaikkan separuh tinggi ke arah lelangit

lembut. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung

supaya udara tidak dapat keluar melalui rongga hidung. Pita suara dirapatkan

supaya udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut menggetarkan pita

suara.

Awalan Pertengahan Akhiran

obor bola soto

oren tolong solo

Opah toleh polo

3) Vokal Belakang Separuh Luas ( Separuh Rendah) [ͻ ]

Bibir dibundarkan.Belakang lidah dinaikkan ke arah lelangit lembut. Lelangit

lembut dan anak tekak dinaikkan dan menutup rongga hidung supaya udara

tidak dapat keluar melalui rongga hidung. Pita suara dirapatkan supaya

udara dari paru-paru keluar dengan menggetarkan pita suara ke rongga

mulut. 5. Contoh ( dalam dialek Kelantan ) :

Awalan Pertengahan Akhiran

oloh Sudoh bilo

ore Pokok kito

Otok Boroh guwano

4) Vokal sengau

5

Page 6: Kerja Kursus Fonologi Dan Fonetik

Penyengauan atau nasalisasi merupakan artikulasi tambahan yang berlaku

pengaruh daripada proses penyebutan bunyi perkataan yang mengandungi

konsonan sengau yang diikuti oleh vokal. Semasa menyebut bunyi sengau,

misalnya m, n, ny, ng seperti dalam perkataan malam, nasi, nyamuk, ngantuk

pengaruh bunyi sengau m, n, ny dan ng merebak kepada bunyi vokal kerana

rongga hidung tidak sempat ditutup sepenuhnya semasa menyabut bunyi

vokal dalam perkataan tersebut.Biasanya vokal-vokal sengauan ini hadir

dalam keadaan berikut :

1. Sebelumnya terdapat konsonan sengauan.

Contohnya : [ mama ] [ minum ]

2. Kedua-dua vokal dalam susunan perkataan KVKV atau KVKVK. Dalam

struktur ini, konsonan yang pertamanya adalah separuh vokal atau geseran

glotis [ h ].

Contoh : [ ɲawa ] [ m ãhu ]

3. Kedua-dua vokal yang menuruti konsonan sengauan dalam susunan

KVVK.

Contoh : [ m Ɂal ] [ m Ɂak ]

4. Kedua-dua vokal yang mengikuti konsonan sengauan dalam susunan

KVKVV.

Contoh : [ duniya ] [ m n ua i ]

5. Vokal bagi perkataan yang berasal daripada bahasa Arab yang menuruti

geseran rongga tekak [ Ɂ ] dalam tulisan jawi dilambangkan oleh [ E ].

Contoh : [ saɁat ] [ m n ã faɁ ã t ]

2.2 Bunyi Konsonan asli

Konsonan ialah bunyi selain daripada bunyi vokal. Konsonan terhasil apabila

terdapat gangguan atau halangan oleh alat artikulasi terhadap udara dari peparu.

Konsonan terdiri daripada konsonan bersuara dan konsonan tidak bersuara.

Konsonan bersuara bermaksud konsonan yang terhasil apabila tekanan udara yang

keluar dari peparu menggetarkan pita suara manakala konsonan tidak bersuara

adalah konsonan yang terhasil apabila udara dari peparu tidak menggetarkan pita

suara dalam bahasa melayu konsonan terbahagi kepada 2 iaitu konsonan asli dan

konsonan pinjaman. Konsonan asli bahasa melayu merupakan konsonan yang sedia

6

Page 7: Kerja Kursus Fonologi Dan Fonetik

ada dan diguna oleh penutur bahasa melayu tanpa sebarang perlakuan adaptasi

oleh penutur. Dalam bahasa Melayu terdapat 9 jenis konsonan iaitu :

a) dua konsonan letupan dua bibir bersuara dan tidak bersuara ( p, b ).

b) dua konsonan letupan gusi bersuara dan tidak bersuara ( t, d ).

c) dua konsonan letupan lelangit lembut bersuara dan tidak bersuara ( k, g ).

d) satu konsonan hentian glo tis. ( ? )

e) dua konsonan letusan bersuara dan tidak bersuara ( c, j )

f) dua konsonan geseran tidak bersuara, iaitu geseran gusi tidak bersuara ( s ) dan

geseran glotis bersuara ( h ).

g) satu konsonan getaran bersuara ( r ).

h) satu konsonan sisian bersuara ( I ).

i) empat konsonan sengauan bersuara (m, n, ŋ , n )

j) dua konsonan separuh vokal bersuara, iaitu ( I ) dan separuh vokal dua

bibir bersuara ( w ).

k) satu konsonan separuh vokal lelangit keras bersuara ( j ).

Penghasilan konsonan-konsonan tersebut melibatkan daerah-daerah artikulasi

seperti dua bibir,gusi,lelangit keras,lelangit lembut,pita suara,glotis dan rongga

hidung.

1. Konsonan Letupan

A) letupan Dua Bibir Tidak Bersuara [ p ]

Dua bibir dirapatkan untuk menghalang sepenuhnya udara dari paru-paru yang

keluar ke rongga mulut. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan dirapatkan

kepada dinding tekak bagi menyekat udara supaya tidak dapat keluar melalui

rongga hidung. Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut tanpa

menggetarkan pita suara. Udara tersekat sepenuhnya pada bibir kemudian

dilepaskan serta-merta.

Awalan Pertengahan Akhiran

pokok Lepas atap

pukul Dapur dakap

panjat Sepak sedap

B) Letupan Dua Bibir Bersuara [ b ]

Dua bibir dirapatkan untuk menghalang sepenuhnya udara yang keluar dari paru-

paru ke rongga mulut. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan dirapatkan

kepada dinding tekak untuk menyekat udara supaya tidak dapat keluar melalui

rongga hidung. Udara dari paru-paru keluar dengan menggetarkan pita suara ke

7

Page 8: Kerja Kursus Fonologi Dan Fonetik

rongga mulut dan tersekat sepenuhnya seketika pada bibir mulut kemudian

udara dilepaskan dengan serta merta.

Awalan Pertengahan Akhiran

buku tiba sebab

batu tubuh kitab

budak tabur adab

C) Letupan Gusi Tidak Bersuara [ t ]

Hujung lidah dirapatkan pada gusi untuk membuat sekatan penuh pada arus

udara yang keluar dari paru-paru ke rongga mulut. Lelangit lembut dan anak

tekak dinaikkan dan dirapatkan pada dinding tekak untuk menutup rongga hidung

supaya udara tidak dapat keluar melalui rongga hidung. Udara yang keluar dari

paru-paru ke rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara, kemudian tersekat

pada bahagian gisi. Udara kemudiannya dilepaskan dengan serta merta.

Awalan Pertengahan Akhiran

tahu satu sebut

tarik datuk lembut

tolong putus parut

D) Letusan gusi bersuara [ d ]

Hujung lidah dirapatkan pada gusi untuk membuat sekatan penuh pada arus

udara yang keluar dari paru-paru ke rongga mulut. Lelangit lembut dan anak

tekak dinaikkan dan dirapatkan pada dinding tekak untuk menutup rongga hidung

supaya udara tidak dapat keluar melalui rongga hidung. Udara dari paru-paru

Keluar dengan mengetarkan pita suara ke rongga mulut dan tersekat

sepenuhnya pada gusi, kemudian udara tersebut dilepaskan dengan serta-merta.

Awalan Pertengahan Akhiran

Duka duduk Tekad

Dapur sidang Maksud

Dalam padang Abad

E) Letusan lelangit lembut tidak bersuara [ k ]

Belakang lidah dinaikkan dan dirapatkan pada lelangit lembut untuk membuat

sekatanpenuh pada arus udara yang keluar dari paru-paru ke rongga mulut.

Lelangit lembut dan anak tekak dirapatkan pada dinding tekak untuk menyekat

8

Page 9: Kerja Kursus Fonologi Dan Fonetik

udarasupaya tidak dapat keluar melalui rongga hidung. Udara dari paru-paru

keluar ke rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara. Udaratersekat pada

bahagian lelangit lembut, kemudian dilepaskan dengan serta merta.

Awalan Pertengahan Akhiran

Kota Sukat badak

Koma Sukan sorak

Kutu Sukar karak

F) Letusan lelangit lembut bersuara [ g ]

Belakang lidah dinaikkan dan dirapatkan pada lelangit lembut untuk membuat

sekatan penuh pada arus udara yang keluar dari paru-paru. Lelangit lembut dan

anak tekak dirapatkan kepada dinding tekak untuk membuat sekatan supaya

udara tidak dapay keluar melalui rongga hidung. Udara dari paru-paru keluar

dengan menggetarkan pita suara ke rongga mulut dan tersekat pada bahagian

lelangit lembut. Udara tersebut kemudiannya di lepaskan dengan serta merta.

Awalan Pertengahan Akhiran

gambar agar beg

gaung agih dialog

gambir agama monolog

G) Letupan Lelangit Keras- Gusi Tidak Bersuara [ č ]

Depan lidah dirapatkan pada daerah lelangit keras-gusi untuk membuat sekatan

pada arus udara dari paru-paru ke rongga mulut. Lelangit lembut dan anak tekak

dinaikkan dan dirapatkan pada dinding tekak untuk membuat sekatan supaya

udara tidak dapat keluar melalui rongga hidung.Udara dari paru-paru keluar ke

rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara. Udara tersebut tersekat seketika

pada bahagian lelangit keras-gusi. Kemudian udara tersebut dilepaskan dengan

perlahan(bukan dengan cepat atau dengan serta merta).

Awalan Pertengahan Akhiran

cuti banci mac

curi koci koc

cili kunci

H) Letupan Lelangit Keras – Gusi Bersuara [ ǰ ]

Depan lidah dirapatkan pada daerah lelangit keras- gusi untuk membuat sekatan

pada arus udara dari paru-paru ke rongga mulut. Lelangit lembut dan anak tekak

9

Page 10: Kerja Kursus Fonologi Dan Fonetik

dinaikkan dan dirapatkan kepada dinding tekak untuk menyekat udara daripada

memasuki rongga hidung. Udara dari paru-paru keluar kerongga mulut dengan

menggetarkan pita suara dan tersekat pada daerah lelangit keras – gusi. Udara

dilepaskan perlahan ( bukan dilepaskan dengan cepat atau serta merta ).

Awalan Pertengahan Akhiran

jambu Tajam kolaj

juri Hujan kolej

jumpa Hujah imej

I) Hentian Glotis [Ɂ ]

Pita suara dirapatkan serapat-rapatnya. Lelangit lembut dan anak tekak

dinaikkan dan dirapatkan kepada dinding tekak untuk membuat sekatan supaya

udara tidak dapat keluar melalui rongga hidung. Udara dari paru-paru keluar dan

tersekat serta terhenti pada bahagian glotis dan tidak dilepaskan.

Awalan Pertengahan Akhiran

Ɂibu saɁat, anaɁ,

Ɂikan jumaɁat goloɁ,

Ɂada - tidaɁ

Konsonan Geseran

Geseran Gusi Tidak Bersuara [ s ]

Daun lidah dinaikkan ke arah gusi untuk membuat sempitan. Lelangit lembut dan

anak tekak dirapatkan pada dinding tekak bagi menyekat udara daripada keluar

melalui rongga hidung. Udara dari paru-paru keluar dengan menggeser melalui

sempitan pada daerah gusi. Pita suara tidak digetarkan.

Awalan Pertengahan Akhiran

sama dasar bas

sapu pasar kebas

samar risau cantas

Geseran Glotis Bersuara [ h ]

Pita suara direnggangkan untuk membuat sempitan pada glotis. Lelangit lembut dan

anak tekak dinaikkan dan dirapatkan pada dinding tekak bagi menutup rongga ke

hidung supaya udara tidak dapat keluar melalui hidung. Udara keluar dengan

menggeser melalui sempitan glotis. Pita suara digetarkan.

Awalan Pertengahan Akhiran

hangat tahap pipih

10

Page 11: Kerja Kursus Fonologi Dan Fonetik

hisap sihat papah

hasad bahan sampah

Konsonan Getaran

1. Getaran Gusi Bersuara [ r ]

Hujung lidah dikenakan pada gusi. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan

dirapatkan pada dinding tekak supaya udara tidak dapat keluar melalui rongga

hidung. Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut dan menggetarkan hujung lidah

dan pita suara digetarkan.

Awalan Pertengahan Akhiran

rapat kurap debar

rasuah karib sedar

rakan sirap malar

Konsonan Sisian

1. Sisian Gusi Bersuara [ l ]

Hujung lidah dikenakan pada bahagian tengah gusi untuk membuat sekatan pada

arus udara yang keluar dari paru-paru ke rongga mulut. Lelangit lembut dan anak

tekak dinaikkan dan dirapatkan pada dinding tekak untuk menutup rongga ke hidung

supaya udara tidak dapat keluar melalui rongga hidung.Udara dari paru-paru keluar

ke rongga mulut, tetapi hanya dapat keluar melalui sisian atau tepian.

Awalan Pertengahan Akhiran

lelaki selat pukal

lena silat sundal

lama solat bakul

Konsonan Sengauan ( Nasal )

1. Sengauan Dua Bibir Bersuara [ m ]

Bibir bawah dirapatkan pada bibir atas untuk membuat sekatan pada arus udara

yang keluar dari paru-paru ke rongga mulut. Lelangit lembut dan anak tekak

diturunkan supaya udara dapat memasuki rongga hidung. Udara dari paru-paru

memasuki rongga mulut dan keluar melalui rongga hidung. Bibir mulut dibuka dan

pita suara digetarkan.

11

Page 12: Kerja Kursus Fonologi Dan Fonetik

Awalan Pertengahan Akhiran

malap sama lembam

marah samun kelam

murka semak talam

Sengauan Gusi Bersuara [ n ]

Hujung lidah dirapatkan pada gusi untuk membuat sekatan pada arus udara

yangkeluar dari paru-paru ke rongga mulut. Lelangit lembut dan anak tekak

diturunkan membuka rongga hidung supaya udara dapat keluar melalui rongga

hidung. Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut dan terhalang pada bahagian

gusi, kemudian keluar melalui rongga hidung. Pita suara digetarkan.

Awalan Pertengahan Akhiran

nona sana papan

namun mana depan

nanas kena simpan

Sengauan Lelangit Keras [ ɲ ]

Depan lidah dirapatkan pada daerah lelangit keras-gusi untuk membuat sekatan

pada arus udara yang keluar dari paru-paru ke rongga mulut. Lelangit mulut dan

anak tekak diturunkan dengan membuka rongga hidung supaya udara dari paru-paru

dapat keluar dari rongga hidung. Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut dan

terhalang pada daerah lelangit keras gusi, kemudian keluar melalui rongga hidung.

Pita suara digetarkan. Contohnya :

Awalan Pertengahan Akhiran

nyonya minyak -

nyawa banyak -

nyamuk lanyak -

Sengauan Lelangit Lembut Bersuara [ ɳ ]

Belakang lidah dinaikkan dan dirapatkan kepada lelangit lembut untuk menyekat

udara yang keluar dari paru-paru ke rongga mulut. Lelangit lembut dan anak tekak

diturunkan sehingga membuka rongga hidung supaya udara dapat keluar dari paru-

paru ke rongga hidung. Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut dan terhalang

pada daerah lelangit lembut, kemudian keluar melalui rongga hidung.

12

Page 13: Kerja Kursus Fonologi Dan Fonetik

Awalan Pertengahan Akhiran

nganga bangkai menang

ngantuk bingkai lemang

ngaji bangku selang

Separuh Vokal Dua Bibir Bersuara [ w ]

Belakang lidah di angkat ke arah lelangit lembut, tetapi tidak menyentuh lelangit

lembut (sama seperti kedudukan lidah untuk membunyikan vokal belakang [u] ).

Udara keluar dari paru-paru ke rongga mulut menggetarkan pita suara.

Semasamenghasilkan bunyi vokal [u], lidah dengan pantas berubah ke kedudukan

(posisi) untuk menghasilkan vokal tengah [e]. Contohnya :

Awalan Pertengahan Akhiran

wang awak Sepak takraw

wangi bawa -

wanita lawa -

Separuh Vokal Lelangit Keras Bersuara [ j ]

Depan lidah dinaikkan ke arah gusi seperti hendak menghasilkan bunyi vokal

[ i ],kemudian semasa menghasilkan bunyi itu kedudukan lidah berubah dengan

pantas ke kedudukan vokal tengah [ e ]. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan

dan dirapatkan kepada dinding tekak supaya udara tidak keluar melalui rongga

hidung. Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut dan menggetarkan pita suara.

Awalan Pertengahan Akhiran

yatim dayang -

yuran bayang -

yakin sayang -

Konsonan Pinjaman

Konsonan pinjaman bukan berasal daripada bahasa Melayu tetapi dipinjam daripada

bahasa lain, seperti bahasa Arab, Inggeris, Sanskrit dan sebagainya. Ada yang bunyi

asalnya terus digunakan dalam banyak kata dan digunakan sehingga kini. Bunyi-

bunyi itu ialah bunyibunyi geseran.

1. Geseran Bibir- Gigi Tidak Bersuara [ f ]

13

Page 14: Kerja Kursus Fonologi Dan Fonetik

Bibir bawah dihampirkan pada gigi atas untuk membuat sempitan supaya udara

keluar dengan menggeser melalui ruang yang sempit. Lelangit lembut dan anak

tekak dinaikkan menutup rongga ke hidung supaya udara tidak dapat keluar melalui

rongga hidung. Udara dari paru-paru keluar dengan menggeser melalui sempitan

pada daerah bibir-gigi. Pita suara tidak digetarkan. Lelangit lembut dan anak tekak

dinaikkan menutup rongga ke hidung supaya udara tidak dapat keluar melalui rongga

hidung. Udara dari paru-paru keluar dengan menggeser melalui sempitan pada

daerah bibir-gigi. Pita suara tidak digetarkan.

Awalan Pertengahan Akhiran

faham sifir mualaf

fikir sifar huruf

fitnah sifat maaf

Geseran Bibir-gigi Tidak Bersuara [v]

Bibir bawah dihampirkan pada gigi atas untuk membuat sempitan supaya udara

keluar dengan menggeser melalui sempitan. Lelangit lembut dan anak tekak

dinaikkan dan dirapatkan pada dinding tekak menutup rongga ke hidung supaya

udara tidak dapat keluar melalui rongga hidung. Udara dari paru-paru keluar dengan

menggeser melalui sempitan pada daerah bibir-gigi. Pita suara digetarkan.

Awalan Pertengahan Akhiran

vokal universiti -

varnis novel -

variasi - -

Geseran Gusi Bersuara [z]

Daun lidah dinaikkan ke arah gusi untuk membuat sempitan. Lelangit lembut dan

anak tekak dirapatkan pada dinding tekak bagi menyekat udara daripada keluar

melalui rongga hidung. Udara dari paru-paru keluar dengan menggeser melalui

sempitan pada daerah gusi. Pita suara digetarkan.

Awalan Pertengahan Akhiran

zink muzium lafaz

zaman muzik hafaz

zakat kuiz

14

Page 15: Kerja Kursus Fonologi Dan Fonetik

Geseran gusi lelangit keras [s]

Lelangit lembut dinaikkan dan depan lidah dinaikkan ke lelangit keras. Pita suara

tidak bergetar.

Awalan Pertengahan Akhiran

syukur misal -

syamil mesyuarat -

syahadah - -

2.3 Bunyi diftong

Gabungan dua vokal yang terdapat dalam satu suku kata. Diftong terbentuk apabila

berlaku pengeluncuran bunyi-bunyi vokal yang disebut secara berterusan tanpa ada

segmen dan bunyi yang bermula daripada satu vokal dan beralih kepada bunyi vokal

yang lain. Terdapat tiga diftong dalam bahasa Melayu iaitu, [ ai, oi, au ].

1) Diftong yang pertama iaitu ai, berlaku apabila bahagian hadapan lidah pada

mulanya berada pada kedudukan untuk vokal [ a ], kemudian bergerak kepada

kedudukan untuk vokal[ i ] tetapi tidak setinggi membunyikan vokal [ i ].

Contohnya, cuai, gulai, salai.

2) Diftong yang kedua ialah au, hadapan lidah berada pada kedudukan untuk vokal

[ a ], kemudian bergerak kepada kedudukan vokal [ u ], bibir yang dihamparkan

kemudian dibundarkan. Contohnya, garau, surau, silau.

3) Diftong yang ketiga ialah diftong oi. Semasa dihasilkan, lidah berada pada

kedudukan vokal [ o ] dan kemudian bergerak kepada vokal [ i ]. Bibir yang mula-

mula dibundarkan tetapi kemudian berkeadaan hampar.

Contohnya, amboi, sepoi, dodoi.

15

Page 16: Kerja Kursus Fonologi Dan Fonetik

2.0 Transkripsi

3.1 Petikan Dewan Masyarakat

“Pemerkasaan” dan “Permartabatan” Bahasa Melayu

Oleh HASSAN AHMAD

Sejak 1990-an, orang Melayu sering bercakap tentang soal perlunya bahasa Melayu

diperkasakan dan dimartabatkan. Mereka mengadakan banyak seminar dan

menubuhkan pelbagai jawatankuasa untuk memperkasakan bahasa Melayu.

Anehnya, mereka yang sibuk memperlihatkan keprihatinan terhadap isu ini

termasuklah pegawai kerajaan dalam sektor kerajaan yang bertanggungjawab

memperkasakan atau memartabatkan penggunaan bahasa Melayu dalam urusan

rasmi kerajaan sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perkara 152 Perlembagaan

Persekutuan dan Akta Bahasa kebangsaan 1963/1968, tidak menjalankan tugas

mereka dengan berwibawa. Lebih aneh lagi, orang yang sibuk bercakap tentang soal

memperkasakan bahasa Melayu itu terdiri daripada mereka yang bertanggungjawab

“memperkosa” bahasa Melayu. Mereka bukan sahaja mengabaikan mutu

penggunaan bahasa Melayu (misalnya, menggunakan bahasa rojak Melayu-

Inggeris), tetapi dalam tidak yakin dengan Dasar Bahasa Kebangsaan yang digubal.

Dasar Pembelajaran dan Pengajaran Mata Pelajaran Sains dan Matematik dalam

Bahasa Inggeris (PPSMI) yang diputuskan pada 2003 adalah salah satu bukti

kegoyahan kepercayaan orang Melayu terhadap bahasa mereka sebagai bahasa

ilmu sains dan Teknologi. Padahal bukan mereka tidak tahu sudah ada ribuan orang

profesor, pensyarah, guru, dan sarjana yang mengajar mata pelajaran Sains dan

Matematik di sekolah hingga ke peringkat pengajian tinggi dalam bahasa Melayu.

Sejak 1970-an, taraf bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa urusan

rasmi kerajaan, dan sebagai bahasa ilmu, mengalami nasib yang tidak menentu.

Apabila timbul bantahan, kritikan, dan teguran daripada pelbagai pihak, maka pihak

yang berkuasa terhadap Dasar Bahasa Kebangsaan melakukan tindakan segera,

tetapi tidak menyelesaikan masalah.

Datuk Dr. Hassan Ahmad, Ketua Eksekutif Yayasan Karyawan. Beliau juga bekas

wakil tetap Malaysia ke UNESCO dan bekas Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan

Pustaka.

16

Page 17: Kerja Kursus Fonologi Dan Fonetik

3.2 Transkripsi tulisan tangan

_________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________

17

Page 18: Kerja Kursus Fonologi Dan Fonetik

_________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________

4.0 Refleksi

Sepanjang membuat kerja kursus ini saya dapat mengetahui bahawa kerja kurus ini

adalah berkaitan dengan cara sebutan huruf itu dibunyikan. Sebutan fonetik dan

fonologi ini dapat membantu murid itu mempelajari dan memahami bahasa kedua

dengaan lebih mudah. Bagi Orang Melayu fonetik amat berguna untuk mempelajari

Bahasa Inggeris. Masalah penyebutan bunyi bahasa asing dapat diselesaikan

dengan baik jika memahami bidang fonetik. Di dalam kamus contohnya kamus

Oxford ditunjukkan dengan jelas cara penyebutan sesuatu perkataan Bahasa

Inggeris dengan menggunakan huruf vokal, konsonan dan diftong di dalam sebutan

fonetik dan fonologi. Masalah sebutan sesuatu perkataan dapat diselesaikan dengan

betul jika mengetahui sebutan fonetik dan fonologi. Murid-murid tidak perlu takut

salah lagi untuk menyebut perkataan Bahasa Inggeris di depan khalayak yang

menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pertama di dalam kehidupan

mereka.

Pengetahuan tentang peranan dan fungsi alat-alat ujaran yang terlibat

untuk menghasilkan sesuatu bunyi bahasa dan dengan bantuan gambarajah akan

membantu murid memahami tatacara pengeluaran sesuatu bunyi bahasa asing di

dalam bahasa mereka. Di dalam Bahasa Melayu sendiri terdapat beberapa

perkataan yang melibatkan e pepet dan e taling juga sukar untuk ditentukan

sekiranya tidak mengetahui bidang fonetik dan fonologi untuk menyebutnya bagi

murid-murid bukan berbangsa Melayu dan bagi mereka yang tidak menggunakan

Bahasa Melayu di dalam kehidupan mereka. Murid-murid yang mahu belajar

membaca juga akan menghadapi masalah untuk mmebatangkan sukukata jika tidak

mengetahui tentang bidang fonetik dan fonologi. Mereka telah diasuh secara tidak

langsung oleh guru mereka di dalam bidang fonetik dan fonologi di dalam bidang

pembacaan. Contohnya perkataan yang mempunyai dua makna berbeza tetapi di

dalam ejaan yang sama ialah semak dan perang.

Kajian fonetik dan fonologi ini amat berguana kepada guru-guru Bahasa

Melayu. Pengetahuan tentang ciri-ciri bahasa seperti struktur dan sistemnya akan

18

Page 19: Kerja Kursus Fonologi Dan Fonetik

memudahkan guru-guru memberikan huraian dan penjelasan aspek-aspek sebutan

bahasa kepada murid. Pengetahuan bidang fonetik artikulatori akan membuatkan

para guru lebih berkemampuan untuk memberikan penjelasan kepada pelajarnya

tentang proses penghasilan Sesuatu bunyi bahasa, terutamanya bunyi-bunyi bahasa

asing.

Guru-guru juga boleh memberi perbandingan semasa mengajar bahasa

kepada murid yang tidak memahami Bahasa Melayu dengan menggunakan bidang

fonetik dan fonologi. Guru-guru oleh memudahkan murid-murid ini untuk memahami

Bahasa Melayu dengan menggunakan sebutan fonetik dan fonologi. Guru-guru

dapat memperluaskan perbendaharaan kata murid di dalam Bahasa Melayu dan

Inggeris sekiranya murid dapat memahami sebutan Bahasa Melayu dan Inggeris

dengan menggunakan bidang fonetik artikulatori.

19