folio psk aktiviti di sekolah laporan khidmat masyarakat - form 2 v2

17
FOLIO PENDIDIKAN SIVIK & KEWARGANEGARAAN AKTIVITI DI SEKOLAH LAPORAN KHIDMAT MASYARAKAT 1 NAMA : __________________ KELAS : __________________ TAHUN : __________________ GURU : Pn. Che Khairani MARKAH : __________________

Upload: seangoonshengtang

Post on 03-Jul-2015

1.204 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Folio PSK Aktiviti Di Sekolah Laporan Khidmat Masyarakat - ForM 2 V2

FOLIO PENDIDIKAN

SIVIK & KEWARGANEGARAAN

AKTIVITI DI SEKOLAH

LAPORAN KHIDMAT

MASYARAKAT

1

NAMA : __________________KELAS : __________________TAHUN : __________________GURU : Pn. Che Khairani MARKAH : __________________

Page 2: Folio PSK Aktiviti Di Sekolah Laporan Khidmat Masyarakat - ForM 2 V2

Isi KandunganBil Perkara M/S

1. Muka Hadapan 1

2. Isi Kandungan 2

3. Pengenalan 3

4. Penghargaan 4

5. Objektif Pelaksanaan 5

6. Strategi Pelaksanaan 6

7. Tempoh Pelaksanaan 7

8. Masalah-Masalah Pelaksanaan 8

9. Kos Pelaksanaan 9

10. Gambar 10

11. Lampiran 11-15

12. Kesimpulan 16

2

Page 3: Folio PSK Aktiviti Di Sekolah Laporan Khidmat Masyarakat - ForM 2 V2

PengenalanSaya _____________ pelajar Sekolah Menengah

Kebangsaan Seri Serdang daripada ______. Saya

telah menjalankan tugasan ini secara individu. Bagi

‘Folio Khidmat Masyarakat’ tema yang telah ditetapkan

adalah bertajuk ‘Aktiviti di Sekolah’. Ini bererti semua

tugasan perlulah dilakukan di sekitaran kawasan

sekolah. Tempoh masa aktiviti yang harus ditetap

adalah selama 10 jam. Jadi pelajar haruslah

melakukan pelbagai aktiviti sehinggalah cukup tempoh

masa yang telah diberikan iaitu selama 10 jam.

Projek ‘Folio Khidmat Masyarakat’ ini dilaksanakan

adalah bertujuan untuk menyedarkan diri pelajar

tentang tanggungjawab mereka terhadap sekolah.

Selain itu, ia dapat melahirkan perpaduan antara

masyarakat sekolah. Ia juga dapat melahirkan sikap

bekerjasama dan bertoleransi serta sifat ikhlas dalam

melakukan pekerjaan. Tambahan pula, ia dapat

menjadikan kawasan persekitaran sekolah menjadi

lebih ceria dan bersih.

Page 4: Folio PSK Aktiviti Di Sekolah Laporan Khidmat Masyarakat - ForM 2 V2

3

P enghargaan Pertama sekali, saya ingin mengucapkan ribuan

terima kasih kepada semua pihak yang telah banyak

menolong saya menjayakan folio ini. Saya mengambil

kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima

kasih kepada guru mata pelajaran Pendidikan Sivik &

Kewarganegaraan iaitu Pn. Che Khairani. Ucapan

terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa

kerana memberikan sokongan moral dan dorongan

supaya berjaya menyiapkan folio ini. Saya juga ingin

tujukan ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan

yang telah bersama-sama saya dalam berusaha

menyiapkan tugasan ini.

Page 5: Folio PSK Aktiviti Di Sekolah Laporan Khidmat Masyarakat - ForM 2 V2

4

Objektif Pelaksanaan

Tugasan saya ini merangkumi objektif-objektif yang

berikut:

- Untuk mewujudkan semangat kekitaan dalam

perhubungan masyarakat sekolah.

- Dapat memupuk sikap ikhlas dalam melakukan

pekerjaan.

- Dapat menyedarkan diri tentang tanggungjawab diri

terhadap sekolah

- Dapat melahirkan sikap bekerjasama dan bertolak

ansur semasa melakukan pekerjaan.

- Dapat menjadikan kawasan persekitaran sekolah

bersih dan ceria.

- Untuk memupuk perpaduan antara masyarakat

sekolah.

Page 6: Folio PSK Aktiviti Di Sekolah Laporan Khidmat Masyarakat - ForM 2 V2

5

StrategiPelaksanaan

Sebelum saya melaksanakan tugasan ini, saya telah

mengatur beberapa perancangan dan strategi bagi

memastikan tugasan saya dapat dijalankan dengan

sempurna dan lancar. Antara strategi yang telah saya

atur untuk tugasan ini ialah:

- Membuat temujanji terlebih dahulu dengan guru

pemantau sebelum melakukan tugasan.

- Mencari tugasan yang tidak memudaratkan tetapi

mengambil masa yang agak panjang untuk

disiapkan

- Melakukan tugasan secara berkumpulan bagi

memudahkan perlaksanaan.

- Bertanya kepada guru-guru sekiranya terdapat

tugasan yang boleh saya lakukan

- Melakukan tugasan semaksima mungkin dalam

tempoh satu hari.

Page 7: Folio PSK Aktiviti Di Sekolah Laporan Khidmat Masyarakat - ForM 2 V2

- Sentiasa membawa borang perlaksanaan ke mana

sahaja supaya dapat melakukan khidmat masyarat

ketika masa lapang.

6

Tempoh Pelaksanaan

Untuk tugasan kali ini, kami telah diberi masa yang

agak panjang untuk menyiapkan laporan khidmat

masyarakat bagi aktiviti-aktiviti di sekolah. Oleh itu,

kami telah diperuntukkan masa selama beberapa

minggu. Tempoh yang diberikan bermula pada 8 April

2011 dan berakhir pada 9 Mei 2011. Pada mulanya,

kami diminta untuk menghantar lebih awal, tetapi

terdapat beberapa masalah yang telah melambatkan

tarikh penghantaran tugasan ini.

Walaubagaimanapun, kami hadapi masalah ini

dengan hati yang terbuka. Saya mula melakukan

aktiviti ini pada 25 April 2011, iaitu dua minggu lepas

guru menerangkan kepada kami tentang apa yang

perlu dilakukan untuk menyiapkan tugasan ini.

Akhirnya, saya telah berjaya menyiapkan tugasan ini

Page 8: Folio PSK Aktiviti Di Sekolah Laporan Khidmat Masyarakat - ForM 2 V2

pada 5 Mei 2011. Saya bercadang untuk

menghantarnya pada 9 Mei 2011 iaitu tarikh yang

perlu kami hantar tugasan ini.

7

MASALAH-MASALAH

PERLAKSANAANSepanjang saya melaksanakan tugasan ini, saya telah

menghadapi pelbagai dugaan dan masalah yang

pastinya saya untuk melaksanakan tugasan. Antara

masalah-masalah yang saya hadapi ialah:

- Sukar untuk mencari kawasan yang sesuai untuk

melaksanakan tugasan.

- Tempoh untuk melakukan tugasan singkat kerana

tugasan yang diberikan mudah untuk disiapkan

- Terdapat segelintir guru yang enggan memberikan

tandatangan di borang perlaksanaan

- Kadang-kadang terdapat murid pagi di kawasan

melaksanakan tugasan menjadi sukar untuk

Page 9: Folio PSK Aktiviti Di Sekolah Laporan Khidmat Masyarakat - ForM 2 V2

dilaksanakan.

- Terdapat juga segelintir guru tidak dapat memberi

kerjasama yang baik dan marah-marah kami

8

Kos...Pelaksanaan...

Barang Harga

Kertas A4 (Biding Set) RM 4.50

PVC Plastic Cover (2

Keping)

RM 1.00

Pencetakan RM 2.00

Elektrik RM 1.50

Jumlah RM 9.00

Page 10: Folio PSK Aktiviti Di Sekolah Laporan Khidmat Masyarakat - ForM 2 V2

9

Gambar-Nyatakan Aktiviti Di Sini-

-Letak Gambar di Ruang ini-

Page 11: Folio PSK Aktiviti Di Sekolah Laporan Khidmat Masyarakat - ForM 2 V2

10

LAMPIRA

Page 12: Folio PSK Aktiviti Di Sekolah Laporan Khidmat Masyarakat - ForM 2 V2

N

11

BORANG PELAKSANAAN PROJEK

BIL.

JENIS AKTIVITI TARIKH TEMPOH MASA

CATATAN/ULUSAN GURU

Jumlah masa yang diperuntukkan ialah ___________.

Page 13: Folio PSK Aktiviti Di Sekolah Laporan Khidmat Masyarakat - ForM 2 V2

12

Surat Kebenaran

Saya ______________________________________________ membenarkan __________________________________ tingkatan 2 __________________.

Melakukan aktiviti berikut: (a) _________________________________(b) _________________________________(c) _________________________________(d) _________________________________(e) _________________________________

Lokasi : __________________________Tarikh : __________________________Masa : __________________________

Tandatangan Guru……………………….……..........( )

Disahkan oleh: Panitia Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Sesi Petang.

13

Surat Kebenaran

Saya ______________________________________________ membenarkan __________________________________ tingkatan 2 __________________.

Melakukan aktiviti berikut: (a) _________________________________(b) _________________________________(c) _________________________________(d) _________________________________(e) _________________________________

Page 14: Folio PSK Aktiviti Di Sekolah Laporan Khidmat Masyarakat - ForM 2 V2

Lokasi : __________________________Tarikh : __________________________Masa : __________________________

Tandatangan Guru……………………….……..........( )

Disahkan oleh: Panitia Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Sesi Petang.

14

Surat Kebenaran

Saya ______________________________________________ membenarkan __________________________________ tingkatan 2 __________________.

Melakukan aktiviti berikut: (a) _________________________________(b) _________________________________(c) _________________________________(d) _________________________________(e) _________________________________

Lokasi : __________________________Tarikh : __________________________Masa : __________________________

Tandatangan Guru……………………….……..........( )

Disahkan oleh: Panitia Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Sesi Petang.

15

Page 15: Folio PSK Aktiviti Di Sekolah Laporan Khidmat Masyarakat - ForM 2 V2

KesimpulanDi akhir perlaksanaan tugasan, saya mendapati

terdapat banyak faedah yang diperolehi semasa

melakukan aktiviti di sekolah. Sepanjang saya

menjalankan aktiviti di sekolah ini saya dapat

mewujudkan semangat kekitaan dalam perhubungan

masyarakat sekolah. Ia juga dapat mewujudkan

semangat kekitaan dalam perhubungan antara

masyarakat sekolah. Selain itu, aktiviti ini juga dapat

melahirkan rasa ikhlas semasa melakukan pekerjaan.

Bukan itu sahaja, aktiviti khidmat masyarakat juga

dapat melahirkan sikap kerjasama dan bertolak ansur

dalam diri semasa melakukan pekerjaan. Di samping

itu, aktiviti ini juga telah menyedarkan diri saya tentang

tanggungjawab yang perlu saya lakukan terhadap

sekolah. Bukan saya seorang sahaja, malah semua

warga sekolah ini. Akhir sekali, aktiviti khidmat

masyarakt ini telah menyebabkan kawasan sekolah

menjadi lebih bersih dan ceria. Pastinya, keadaan ini

memberikan keselesaaan untuk semua pelajar bagi

menggunakan kemudahan-kemudahan yang terdapat

di sekolah ini. Saya juga merasa bangga kerana dapat

memudahkan urusan orang lain untuk menggunakan

kawasan-kawasan yang telah saya bersihkan.

16