folio kerjaya 2013

Upload: muhd-shafik-bin-zulkifli

Post on 03-Apr-2018

234 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/29/2019 Folio Kerjaya 2013

    1/4

    FOLIO KERJAYA 2013MAKTAB RENDAH SAINS MARA

    PARIT,PERAK .

    NAMA : NUR FAKHIRA BINTI ZULKIFLI

    KELAS : 504

    NO.MAKTAB : 12482

  • 7/29/2019 Folio Kerjaya 2013

    2/4

    PENGENALAN

    Apa maksud kerjaya yang sebenarnya? Menurut Tolbert (1994), kerjaya didefinisikan

    sebagai rangkaian pekerjaan yang melibatkan diri seseorang individu. Sesetengah

    individu mungkin akan kekal dengan satu pekerjaan sepanjang hidupnya dan ada juga

    individu yang gemar bertukar-tukar pekerjaan. Kerjaya menurut Super (1957, 1972)

    pula merangkumi persediaan-persediaan yang dilakukan oleh seseorang individu

    sebelum bekerja dan juga peranan lain yang dilakukan selepas bersara.

    Teori Perkembangan Kerjaya Ginzberg

    - Merupakan hasil usaha 4 orang pakar dalam bidang ekonomi, sosiologi dan psikologi.

    - Seseorang bergerak mengikut beberapa peringkat yang kait-mengait antara satu sama

    lain.

    - Proses pemilihan kerjaya merupakan sesuatu yang penting dan menjadi fokus dalam

    teori ini.

    - Nilai, keadaan persekitaran sebenar, atribut psikologi dan peluang pendidikan serta

    pencapaian memberi kesan kepada proses pemilihan ini.

    Unsur-unsur Teori Ginzberg

    1. Pemilihan kerjaya ialah satu proses perkembangan secara tipikal berlaku dalam satu

    jangka masa yang lebih daripada 10 tahun.

    2. Proses perkembangan ini merupakan proses yang tidak boleh berpatah balik.

    3. Proses pemilihan kerjaya berakhir apabila telah berlakunya kompromi antara

    minat,kebolehan, nilai dengan peluang yang ada.

    4. Terdapat 3 peringkat perkembangan kerjaya iaitu peringkat Fantasi (6-11 tahun),

    peringkat Percubaan (11-18 tahun), dan peringkat Realistik (17-20 tahun). Namun,

    proses pemilihan kerjaya tidak terhenti setakat umur 20 tahun sahaja tetapi proses ini

    berlaku sepanjang hayat individu.

  • 7/29/2019 Folio Kerjaya 2013

    3/4

    Memahami Jenis-Jenis Kerjaya

    Secara umum, kerjaya boleh dibahagikan sekurang-kurangnya kepada lapan

    bidang utama :

    1. Bidang kewangan/perniagaan/hartanah

    2. Bidang penulisan dan komunikasi

    3. Bidang saintifik/perubatan

    4. Bidang perkeranian dan pentadbiran

    5. Bidang seni reka dan kreatif

    6. Bidang teknikal

    7. Bidang keusahawanan

    8. Bidang perkhidmatan

  • 7/29/2019 Folio Kerjaya 2013

    4/4